“Arghhh”
Stritttttt.
Bunyi tayar kereta yang membingitkan telinga itu membuatkan jalan raya yang
semakin sunyi itu berubah untuk seketika. Nafasnya turun naik dengan keadaan
cemas yang berlaku sebentar tadi. Kenangan 3 tahun lepas berputar di minda.
Tali pinggang keselamatan dibuka
dengan segera sebelum dia tergesa-gesa membuka pintu dan keluar menghampiri
gadis itu. Dia menarik nafas lega melihat gadis itu masih bernyawa walaupun
dalam keadaan menggeletar ketika ini.
Kai menghampiri sebelum menunduk
sedikit. “Cik tak apa-apa?” dia menyoal, sedikit risau. Takut jika dia punya
kecederan yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Gadis itu kelihatan
teragak-agak menurunkan tangan yang menutup telinganya sebelum kepala diangkat.
Lisa tergamam. Dengan cahaya lampu
jalan yang menyuluh lelaki itu ketika ini, sememangnya sama sekali dengan apa yang
diimpikan selama ini. Dia adalah lelaki yang ditunggunya. Lelaki yang
membuatnya jantungnya berdegup seperti orang gila.
Kai memandang pelik. Apa kena minah
ni? Terkejut sampai koma ke? Tapi dia masih bergerak. Apa yang dia pandang? Kai
memetik jari dihadapan gadis itu. Dia kelihatan baru tersedar.
“Awak tak apa-apa?”
Lisa segera bangun namun kakinya
yang masih lemah tidak mampu menampung badanya. Dia hampir terjatuh namun
lenganya segera dipaut. Lisa menoleh. Kacaknya dia! Hati seperti ingin meloncat
keluar ketika ini. Senyuman diukir dengan rasa berbunga.
Kai menghela nafas sebelum membantu
gadis itu berdiri dengan stabil. Dia memerhati tubuh gadis itu untuk mencari
luka yang mampu dilihat. Syukurlah tiada apa-apa. “Awak nak ke hospital untuk lakukan
pemeriksaan sepenuhnya?”
Soalanya mengejutkan Lisa. “Oh. Tak
apa. Saya okay. Awak tak langgar saya pun. Nasib baik sebenarnya”
Kai mengangguk. Semuanya salah Amal.
Kalau aku tak berangan tadi, pasti tak terjadi hal macam sekarang ni. Sudahlah
aku baru nak pulih dari trauma sebab dia. Aishhh.
Memang menyusahkan betul budak tu.
“Hmm.
Saya minta maaf kerana hampir melanggar awak tadi”
Lisa menggeleng dengan senyuman. Dia
seperti dipukau melihat lelaki yang sempurna ini. Semuanya cukup. Tinggi.
Berkulit putih. Hidung yang mancung. Semua yang diimpikan ada pada lelaki ini.
Adakah ini takdir mereka?
“Ini kad saya. Jika awak alami
apa-apa konkusi selepas ini, awak terus ke hospital. Saya akan uruskan bilnya”
Kad berwarna emas itu diambil. Lisa
melihat nama yang tertera pada kad tersebut. Megat Kairil Adam bin Megat
Akashah. Sedapnya nama! Lisa tersedar apabila mendengar bunyi enjin kereta
meninggalkan dirinya. Senyuman semakin lebar.
Yes.
Target sudah ditemui. Sekarang dia hanya perlu merangka rancangan untuk
mendapat lelaki itu. Lisa takkan berputus asa selagi lelaki itu tidak menjadi
miliknya!
***********************************************
+aku
ada dekat parkir+
Amal
bergegas keluar dari hospital mencari kereta milik Kai. Sebentar tadi, dia
meminta pertolongan ibu Siti untuk menghantar pakaian baru untuk dirinya
membersihkan diri. Amal sudah meminta izin mama dan papa untuk menjaga ayah
sepanjang dia di hospital. Mujur mereka tidak kisah asalkan dirinya tidak
mengabaikan kolej.
Langkahnya terhenti melihat seorang
lelaki sedang bersandar di pintu kereta seperti gaya seorang model sambil
merenung langit yang pekat. Amal menghampiri dengan perlahan.
“Hai”
Kai menoleh. Amal memberi senyuman
nipis dengan rasa bersalah. Kai menghela nafas. Amal nampak okay walaupun
lingkaran gelap bawah mata sudah kelihatan. Selain itu, dia masih nampak
seperti biasa. Kai sedikit lega.
“Barang kau” dia menghulur beg baju
yang diberi ibu Siti dengan kasar. Amal mengambil dengan ucapan terima kasih.
Kai memeluk tubuh. Suasana sunyi memandangkan jam melawat sudah tamat.
“Kau jaga sendirian ke?” dia
menyoal. Kai cuba untuk tidak kedengaran risau. Amal menggeleng. “Sekali denga
Farah. Banyak yang kami bualkan tadi. Farah cerita semuanya tentang Amal
sebelum Amal hilang ingatan”
Kai melihat kegembiraan di mata Amal sewaktu berbicara
tentang Farah. Kata Amal, Farah adalah kawan Alyn. Farah mengenali Amal yang
mereka tidak kenali. Farah mengetahui semuanya tentang Amal sebelum kemalangan
itu berlaku.
“Kau….okay?” dia menyoal, sedikit
ragu. Amal mengangguk. Dirinya harus lebih kuat untuk menghadapi semua ini.
Jika tidak, keadaan akan menjadi lebih sukar untuk semua orang. “Ma…ma?”
Kai menghela nafas. Dia sendiri tak
pasti. Mama sedikit lain selepas Amal beritahu dia ingin berpindah ke rumah
keluarga kandungnya semula. Malam ini adalah malam pertama mama tanpa Amal.
Selalunya, mama akan menjenguk Amal di bilik terlebih dahulu sebelum tidur.
Mama akan pastikan dia melihat Amal dahulu sebelum tidur tidak kira betapa
lewat pun dia pulang.
“Okay. Kau jangan risau. Pulihkan
dahulu hubungan kau dengan keluarga kandung kau sekarang ini. Kau masih tak
ingat apa-apa tentang diri kau sebelum kemalangan. Keadaan akan sedikit sukar.
Tapi aku yakin Farah akan bantu kau”
Amal mengangguk. Ya. Itu yang harus
dilakukanya sekarang. Dia harus memandang terus ke hadapan tanpa menoleh lagi.
Hidup harus diteruskan walaupun payah.
“Oh ya. Amal baru tahu yang Amal ada
ibu dan kakak tiri”
Wajah Kai berkerut sedikit. Amal
mengukir senyuman. Selama ini, dia hidup dikalangan abang-abang. Tidak
dinafikan, Amal rasa teruja apabila mengetahui dirinya punya seorang kakak
walaupun mereka tidak sedarah.
“Mereka layan kau dengan baik?”
Amal mengangguk. Walaupun sebenarnya
makcik Sarah dan kak Lisa tidak menegurnya langsung namun Amal yakin dia mampu
mengubah semua itu. Mereka adalah keluarganya. Pasti mereka terkejut dengan apa
yang berlaku tadi.
Kai menolak tubuh untuk berdiri. Dia
memandang Amal. Hati sangat berat untuk meninggalkan gadis ini sebenarnya. 3
tahun mereka hidup seperti keluarga. Seperti mama, dia juga sukar untuk
melepaskan Amal walaupun untuk kembali kepada keluarga kandungnya sendiri.
“Jaga diri kau baik-baik. Jangan
paksa diri untuk ingat semuanya. Kalau boleh, telifon mama sehari sekali. Dia
akan merindui kau dan dia perlukan masa untuk lepaskan kau sepenuhnya. Kalau
ada sesuatu berlaku, beritahu aku atau along. Kami masih abang kau”
Amal mengangguk bersama rasa sebak.
Dia menahan airmata walaupun kelopak mata sudah bergenang. Kai menghela nafas.
Hatinya rasa sakit tiba-tiba. Seolah-olah ingin melepaskan sesuatu yang sangat
disayanginya.
“Along pesan untuk kau tak menangis.
Jangan jadi cengeng kerana kami takkan disisi kau lagi. Berhenti jadi anak
manja kerana kau punya keluarga untuk dijaga. Aku yakin kau boleh lakukanya”
Amal mengangguk. Dia menunduk untuk
menghalang Kai dari melihat dia menangis ketika ini. “Kau tahu yang kami
sentiasa ada jika kau ada masalah. Jangan simpan semuanya sendiri seperti
selalu. Walaupun aku suruh kau jadi kuat tapi kadangkala kau perlu lepaskan
juga. Jadi, jika kau rasa kau tak mampu, kau boleh toleh ke belakang. Kami
sentiasa ada”
Kai melihat Amal mengesat airmatanya
dengan esakan kecil. Hatinya turut sama merasa perit. Amal yang menjadi anak
bongsu kesayangan mama dan papa. Amal yang menjadi adik kesayangan along dan
dirinya. Sekarang, gadis itu harus berdiri diatas kaki sendiri. Sekarang, gadis
itu harus berlajar untuk hidup sendiri sambil melindungi keluarganya.
Amal tiba-tiba memandangnya dengan
linangan airmata. Kai tergamam. Dadanya terasa seperti hendak pecah ketika ini.
Kali pertama dia melalui perasaan seperti ini. “Kai. Amal…..Amal…..”
Tanpa minda sempat berfikir logik.
Tanpa minda memberi amaran merah. Hati terlebih dahulu membuat keputusan. Amal
ditarik ke dalam pelukan. Dia sendiri tak pasti tindakanya ini kerana itulah
yang ingin dilakukanya ketika ini.
Amal tergamam. Dia mampu mendengar
degupan jantung Kai yang laju. Dirinya masih terkejut dengan tindakan Kai
sebenarnya namun jatuh disudut hati, dia merasa tenang. Amal merasa selamat dan
tenteram.
Kai menghela nafas. Benarkah apa
yang aku rasa ini? Adakah semua ini dibolehkan? Setelah apa yang berlaku,
inikah jawapan yang diberi oleh hati sendiri? Kai mengeratkan lagi pelukan. Dia
sendiri tak faham apa yang berlaku sekarang. Namun apabila Amal sendiri tidak
menolak, Kai juga tidak mampu berfikir dengan rasional.
Amalina Imani. Apa yang kau dah buat
pada hati aku?
*************************************************
Baju-baju yang sudah dilipat kemas,
diberi kepada mama untuk disusun didalam beg yang merupakan hadiah along
sewaktu mereka bercuti di luar negara tahun lepas. Amal mampu melihat ibu Siti
dan mama yang menahan perasaan sendiri namun dia berpura-pura tidak melihat
kerana tidak mahu merosakkan semuanya.
Apabila tidak mampu lagi, dia bangun
menuju ke arah meja solek. Bingkai gambar yang disusun dengan teratur diatas
meja itu dipandang sayu. Semuanya adalah gambar mereka sekeluarga. Ada juga
gambarnya bersama along dan Kai. Betapa sukarnya untuk menerima hakikat bahawa
dirinya pernah melalui semua kenangan gembira ini dan sekelip mata semuanya
berubah. Dengan rasa lemah, dia mengambil semua bingkai gambar itu dan
dimasukkan ke dalam beg berhampiran.
Telinga kemudian mendengar esakan
kecil. Amal menoleh melihat ibu Siti segera mengesat mata menggunakan hujung
baju. Dia menghela nafas. Hari ini, Amal akan membawa ayah pulang ke rumah.
Hari ini juga dia akan berpindah meninggalkan rumah ini. Sejak pagi tadi, suasana
sudah muram. Walaupun along dan papa cuba untuk menceriakan semua orang namun
mereka juga kelihatan terlalu berusaha. Along dan papa sanggup mengambil cuti
untuk menemani dirinya hari ini.
Dia bangun menghampiri semula 2
wanita yang sangat disayanginya itu. Amal menghela nafas melihat mama yang
sedang meyusun bajunya tanpa memandang kearahnya. Tangan mama digenggam,
menghentikan perbuatanya. Mama mengangkat muka memandang. Amal memberi senyuman
segembira mungkin.
“Tak perlu banyak sangat. Farah cakap
pakaian Amal masih ada di rumah sana. Mereka tak sampai hati nak buang walaupun
sudah 3 tahun”
Mama hanya mengangguk. “Kamu
pilihlah baju mana yang kamu nak bawa. Biar mama susunkan”
Amal lihat mama memaksa diri untuk
tidak menangis. Hatinya semakin pilu. Tapi Amal memilih untuk tidak menyoal.
Dia kembali memandang ibu Siti. “3 helai ini sahaja, bu. Yang lain itu, ibu
simpan semula”
“Semua ini baju kegemaran kamu.
Betul ke kamu taknak bawak?”
Dia kelihatan terkejut. Amal
mengangguk. “Tak mengapa. Ibu simpanlah. Insya-ALLAH, jika diizinkan. Amal akan
pakainya lagi”
Wajah ibu Siti berubah sedikit. Dia
segera menunduk wajahnya dan kembali melipat semula. Amal merenung syiling
sekejap untuk menahan diri dari menangis. Amal mahu berpisah dengan senyuman.
Bukanya airmata. Dia tak mahu mama sedih mengenangkan semua ini. Amal mahu mama
tersenyum.
Sekejap sahaja, semuanya sudah
selesai. Dia juga sudah habis mengemas dan memilih barang yang ingin dibawa ke
rumah sana. Sebenarnya, Amal sendiri tak tahu apa yang harus dibawanya. Dia
juga tak tahu bagaimana keadaan rumah itu sebenarnya. Walaupun ada sedikit rasa
takut namun Amal buang jauh perasaan itu.
Zip beg berbunyi sewaktu mama
menutup beg yang sudah penuh. Dia dan ibu Siti bangun bersama-sama beg yang
siap dikemas. Amal memberi senyuman apabila pandangan mereka bertembung. Tangan
mama digenggam sebelum mereka mengatur langkah untuk turun ke bawah.
Setiap saat dia berdoa untuk masa
berlalu dengan perlahan. Sehingga mereka berdiri di ruang tamu. Papa, along dan
Kai sudah sedia menanti. Amal mengukir senyuman apabila bertemu pandang dengan
papa.
“Sikitnya barang kamu? Tak ambil
semua ke?” papa menyoal, sedikit hairan. “Amal ambil yang perlu je pa. Kalau
kurang, Amal datang ambil lagi”
Papa mengangguk. Ibu Siti mengambil
beg yang ditarik dan kemudian dibawa ke luar rumah. Suasana sunyi sekejap. Mama
mengeratkan genggaman tangan. Amal menoleh. Jujur, dirinya sangat berat hati
untuk lalui semua ini. Terlalu banyak kenangan sepanjang 3 tahun ini. Setiap satunya
sangat berharga dan bakal diingati sehingga akhir hayat.
“Betul taknak along hantar kamu?”
Amal mengangguk. “Ibu dah panggil
teksi. Lagipun, Farah akan tunggu Amal dirumah. Along jangan risau. Amal akan
telifon jika dah sampai”
Kelihatan along juga seperti berat
hati. Amal menghela nafas. Dia menoleh memandang mama yang tidak mampu lagi
menahan perasaanya. Amal mengenggam kedua tangan mama dengan senyuman paksa.
“Tak ada kata yang mampu Amal
ucapkan untuk semua yang mama lakukan. Walaupun Amal bukan darah daging mama
tapi mama sayang Amal seperti anak sendiri. Amal rasa sangat bersyukur. Mama
ajar Amal banyak perkara dalam hidup ini. Kerana kasih-sayang mama, Amal
membesar menjadi anak yang manja dan terlalu menyayangi mama”
Mama mengukir senyuman bersama
linangan airmata. Amal turut merasa sebak. “Amal sayang mama. Jangan lupakan
Amal ye?”
Tangan mama mengusap pipinya sebelum
dia melihat mama mengangguk. “Mama juga, sayang. Mama sayang sangat pada kamu.
Walauapapun kenyataanya, kamu tetap anak mama. Dalam hati mama, akan sentiasa
ada nama Amal”
Amal mengesat hujung mata. Dirinya
harus kuat supaya mama mampu melepaskan dirinya dengan senyuman. Papa
menghampiri. Bahu Amal disentuh lembut. Amal menoleh. Dia semakin sebak melihat
papa memberi senyuman semangat untuknya.
“Rumah ini sentiasa menjadi rumah
kamu. Jika keadaan sedikit sukar dan kamu semakin hilang arah, pulanglah. Pintu
rumah papa sentiasa terbuka untuk Amal kembali”
Dia hanya mampu mengangguk. Ucapan
papa membuatkan hatinya berasa perit sedikit. “Terima kasih, pa. Terima kasih
kerana benarkan Amal berada dibawah lindungan kasih papa”
Kemudian, along pula menghampiri.
Wajahnya jelas mempamerkan apa yang dirasai ketika ini. Sekarang baru Amal
sedar betapa berbezanya along dan Kai. Namun mereka berdua menyayangi dirinya
seikhlas hati.
“Along dengar kamu ada kakak tiri?”
Amal mengangguk dengan senyuman.
“Jangan sayang dia lebih dari along tahu? Along cemburu nanti!”
Mereka sekeluarga ketawa kecil.
Along menguntum senyum. “Rasa macam baru semalam kamu datang ke rumah ini.
Sebenarnya, kehadiran Amal buat along gembira sangat. Sama macam mama yang
inginkan anak perempuan. Along juga impikan seorang adik perempuan yang boleh
along manjakan. Kai tak fun langsung”
Dia sempat mengerling ke arah Kai
disebelah yang seperti ingin mencekik dirinya ketika ini. Amal hanya mampu
tersenyum. Dia tahu along sekadar cuba untuk menceriakan suasana supaya tidak
terlalu sedih.
Kuzer menghela nafas. Walau dia
berat hati sekalipun, Amal harus dilepaskan dengan senyuman. Itu sahaja yang
mampu dilakukan olehnya untuk lihat Amal bahagia. Mereka sekeluarga juga sudah
bersedia dengan kemungkinan ini. Namun semakin hari, Amal semakin disayangi.
Keadaan yang dirasakan mudah dahulu menjadi keadaan paling sukar untuk dilalui
sekarang ini.
“Jaga diri baik-baik”
Dia tak mampu ucapkan lebih daripada
itu. Kepala Amal digosok lembut untuk kali terakhir. Perkara yang sering
dilakukan pada Amal walaupun adiknya itu tidak suka. Amal mengangguk.
Mata memandang Kai yang sekadar
menyeluk saku seluar memerhati disebelah along. Kai berdehem sambil menggosok
belakang lehernya. “Jangan risau tentang kami. Hidup dengan gembira bersama
keluarga kau”
Amal mengangguk. Sekarang, dia
sedikit memahami Kai. Lelaki itu mungkin lelaki yang kurang daripada segi
kata-kata. Namun dia mengambil berat mengikut caranya sendiri. Amal tak lagi
salah anggap terhadap Kai.
“Marilah. Pasti teksi kamu dah
sampai” papa akhirnya bersuara. Semakin lama Amal disini, semakin sukar untuk
mereka melepaskan Amal pergi. Sebagai ketua keluarga, dia harus menjadi kuat
untuk ahli keluarganya terutama isteri yang tercinta.
“Mari”
Tangan mama digenggam semula dan
mereka berbalas senyuman.
****************************************
Teksi yang membawa mereka bertiga
berhenti dihadapan sebuah rumah teres setingkat. Amal menoleh ke luar memerhati
sekeling kawasan perumahan itu. Kelihatan kumpulan kanak-kanak sedang bermain
di taman permainan berhampiran. Ada juga kaum wanita yang sedang berbual sesama
sendiri.
Amal yang leka memerhati hanya
tersedar apabila Farah mengetuk cermin pintunya. Dia kemudian membuka pintu
lalu keluar. “Kau menung apa?”
Hanya senyuman diberi sebelum
memapah ayah yang masih didalam keadaan lemah. “Kau bawa pakcik masuk dahulu.
Aku bawa barang-barang”
Ketika membuka pintu pagar, Amal
melihat makcik Sarah dan kak Lisa membuka pintu rumah. Makcik Sarah segera
mendapatkan ayah sebelum membantunya memapah ayah untuk masuk ke dalam rumah.
“Terima kasih”
Ayah kelihatan sedikit penat.
Mungkin dirinya masih memerlukan rehat yang secukupnya. Suasana menjadi kekok
apabila makcik Sarah hanya duduk disebelah ayah tanpa bersuara. Kak Lisa pula
membaca majalah tanpa menegurnya.
“Assalamualaikum”
Farah masuk bersama beg miliknya dan
ayah. Amal segera membantu membawanya ke ruang tamu. “Nak bawa terus ke bilik
kau ke?”
Amal memandangnya tidak berkelip.
Farah yang menyedari keadaan yang kekok itu menoleh ke arah pakcik Hussain.
“Bilik? Kenapa dengan bilik?”
Kak Lisa akhirnya bersuara. Amal
memandang ayah. Lelaki itu berdehem seketika sambil membetulkan duduknya.
“Mulai sekarang, Amal akan tinggal bersama kita”
“Apa?” suara kak Lisa naik satu
tangga. Ayah mengangguk. “Panjang cerita sebenarnya. Pendeknya, Amal sebenarnya
adalah Alyn”
Wajah makcik Sarah berubah sedikit.
Dia dan Lisa saling bertukar pandangan. “A….apa maksud ayah? Alyn dah mati!”
“Apa buktinya? Sekeping kad
pengenalan yang elok sedangkan seluruh tubuh terbakar?” Farah menyoal, sinis.
Kak Lisa terdiam. Amal sedikit keliru. Apa sebenarnya yang berlaku didalam
keluarga ini?
“Ayah punya bukti yang kukuh, Lis.
Dia adalah Alyn. Selama ini, Amal hilang ingatan dan dijaga oleh sebuah
keluarga. Ayah tahu perkara ini sukar untuk diterima tapi ayah harap kamu cuba.
Amal adalah adik kamu. Dia adalah Alyn!”
Lisa mencebik, geram. Apa sebenarnya
yang terjadi? Alyn sepatutnya sudah mati. Semuanya sudah berjalan mengikut
perancangan. Bagaimana dia boleh terselamat?
“Betul cakap ayah kamu tu, Lis.
Takkanlah ayah kamu nak menipu” makcik Sarah akhirnya bersuara. Dia bangun
menghampiri dengan senyuman. Amal kaget sekejap. Entah kenapa, senyuman itu
membuatkan bulu romanya naik tiba-tiba.
“Kamu hilang ingatan?” dia menyoal
tanpa nada. Amal mengangguk dengan teragak-agak. “Jadi, kamu tak ingat apa yang
berlaku sebenarnya?”
Tanpa sempat Amal menjawab, tubuhnya
dipeluk erat. Amal kaku didalam pelukan. “Rindunya makcik pada kamu. 3 tahun
makcik merindui kamu. Begitu juga dengan ayah kamu. Dia orang paling sedih apabila
mendapat tahu kamu sudah meninggal”
Amal lihat ayah tersenyum. Dia
membalas kekok. Mungkin dirinya memerlukan masa untuk menerima semua ini.
Seketika kemudian, pelukan direnggangkan. Makcik Sarah mengukir senyuman
memandangnya.
“Kamu tentu letih. Pergilah berehat
di bilik kamu. Faye, kamu boleh tunjukkan Amal ‘kan?”
Farah mengangguk. Dia sudah memegang
beg tarik milik Amal. “Ayah?”
Amal memandang ayah di kerusi.
“Jangan risau. Makcik akan bawa ayah kamu ke bilik. Kamu juga perlukan rehat
untuk menerima semua ini. Pergilah”
Apabila melihat ayah memberinya
kebenaran, barulah kaki Amal melangkah mengikuti Farah yang berjalan
dihadapanya.
Pintu bilik yang tertera namanya
dibuka oleh Farah. Amal masuk ke dalam sebelum kakinya seolah-olah digam. Dia
terpegun memerhati keadaan bilik. Amal mampu merasa sesuatu di hatinya walaupun
mindanya kosong ketika ini. Jauh disudut hatinya, Amal tahu ini adalah
biliknya.
Farah menoleh ke belakang apabila
terasa suasana sunyi. Dia lihat Amal yang kaget memerhati sekeliling.
Seolah-olah bilik ini adalah asing untuknya. Kemudian, dia teringat mengenai
keadaan Amal. Ingatan Amal tentang hidupnya sebelum kemalangan masih tidak
ditemui sehingga sekarang. Mungkin sebab itu Amal merasa asing dengan rumahnya
sendiri.
“Kau ingat tak gambar ni?”
Amal tersedar. Dia melihat bingkai
gambar yang dipegang oleh Farah. Dia cuba mengingati kenangan disebalik gambar
mereka berbaju sekolah itu namun hampa. Akhirnya, dia menggeleng lemah.
“Ini hari terakhir kita di sekolah.
Selepas habis je kertas akhir untuk SPM. Aku minta tolong Naim tangkap gambar
ini”
Amal hanya mampu mengangguk. Dia
tahu Farah cuba merangsang mindanya untuk mengingati hidupnya sebelum
kemalangan berlaku. Kaki dibawa menghampiri sebelum bingkai gambar itu diambil.
Mereka berlalu duduk diatas katil.
Bingkai gambar itu diletakkan diatas
meja dan dia kembali memerhati sekeliling. Biliknya sekarang lebih kecil
berbanding biliknya dirumah mama. Namun, rekaan dalaman bilik ini membuatkan
dia merasa lebih dekat dihati sebenarnya. Didalam bilik ini juga terdapat
beberapa gambarnya bersama ayah dan Farah.
“Aku tahu tentu sukar untuk kau
terima semua ini. Aku juga tak memaksa kau untuk ingat semuanya. Asalkan kau
sihat dan disisi aku seperti sekarang, aku dah cukup gembira”
Farah memberi senyuman semangat
untuknya. Amal hanya mengangguk. “Boleh aku tanya sesuatu?”
Farah mengangguk. “Kau….tak pergi
kolej?”
Amal memandang dengan berhati-hati.
Farah menguntum senyum. Dia tak salahkan Amal kerana menyoal. Lagipun, gadis
disebelahnya ini memegang ingatan Amal dan bukanya Alyn.
“Bukan mudah, Amal. Universiti atau
kolej. Kedua-dua itu perlukan perbelanjaan. Jujurnya, aku tak mampu. Sebelum
kau kemalangan, kita berdua dah berjanji untuk bekerja dahulu untuk setahun.
Selepas itu baru sama-sama mendaftar”
Amal terdiam mendengar. Dia tak
menyangka Alyn dan Farah melalui kehidupan yang sukar seperti ini. 3 tahun dijaga
oleh mama, Amal diberi semuanya. Walaupun papa tidak mengajar mereka untuk
hidup mewah namun Amal mendapat semua yang diingini. Kadangkala, terlalu
berlebihan kerana mama memang gemar memanjakan dirinya. Sekarang dia sedar
betapa bertuahnya dirinya dahulu.
“Aku…minta maaf”
Farah menggeleng dengan senyuman.
“Tak mengapa. Bukan salah kau pun. Ini keputusan aku. Jangan rasa bersalah
sebab aku”
Amal kembali diam. Masih terlalu
banyak yang tidak diketahui. Dia sendiri merasa masih ada lagi rahsia yang
disembunyikan didalam keluarga ini sendiri. Walaupun keluarga ini adalah
keluarganya.
“Sebab itu kau bekerja di hotel tu?”
Farah sekadar mengangguk. “Tapi kau
tahu ‘kan yang kak Lisa satu kolej dengan kau?” temanya itu menyoal. Amal
sedikit terkejut. Farah mengerut dahi.
“Oh. Aku lupa. Dia sepatutnya sudah
habis tahun lepas. Tapi memandangkan dia repeat
paper dan sekarang tak ada lagi short
semester, dia kena lalui Penilaian Khas untuk grad”
Kak Lisa satu kolej dengan aku? Dia
faham apa yang Farah sampaikan. Ramai sebenarnya pelajar senior yang melakukan perkara itu. Mereka tidak perlu hadir ke
kolej. Hanya menyiapkan tugasan yang diberi. Di akhir semester, mereka akan
menghantar semua tugasan tersebut dan pensyarah akan meluluskan mereka.
“Tentu sukar untuk kau lalui semua
ini sendiri. Bila kita bertemu pula, aku tak ingat langsung tentang kau”
Farah menunduk sedikit. Sejujurnya,
dia sememangnya merasa kecewa. Namun ketika itu, dia tak tahu apa yang berlaku
kepada Amal. Sekarang, dia mampu memahaminya. Malah, kini dia pula yang bersimpati
dengan nasib Amal.
“Tak perlu risaukan aku. Risaukan
diri kau tu. Selama ini kehidupan kau berbeza dengan kehidupan yang bakal kau
lalui sekarang”
Amal tersenyum. “Faye, kehidupan
sekarang adalah kehidupan aku yang sebenarnya. Kau dah lupa ke?”
Farah tergamam sekejap. Faye? Adakah
dirinya silap mendengar? Amal memanggilnya Faye? Dia kembali memandang Amal
yang sudah membuka beg yang dibawanya. Kemudian, dia melihat Amal mengeluarkan
bingkai gambar yang diletakkan ditempat paling atas sekali didalam beg.
Amal bangun berlalu ke meja
berlajarnya lalu menyusun bingkai gambar itu dengan teratur. Farah sekadar
menjadi pemerhati. Amal membawa gambar keluarga angkatnya bersama. “Mereka
tentu orang yang baik ‘kan?”
Dia menoleh sebelum tersenyum. “Aku
bertuah dipertemukan dengan mereka” senyuman masih di bibir. Farah turut
tersenyum. Dia mampu melihat kebahagiaan apabila Amal berbicara tentang
keluarga kandungnya.
Farah sebenarnya bersyukur apabila
Amal ditakdirkan hilang ingatan mengenai kehidupanya sebelum kemalangan. Itu
kerana dia mahu Amal melupakan semua kelukaan yang dilalui kerana perbuatan
makcik Sarah dan kak Lisa.
“Aku yakin tentang itu. Aku dapat
lihat mereka ikhlas menyayangi kau. Terutamanya mama kau tu”
Dia kemudian membantu Amal
mengeluarkan baju-baju yang dibawa sebelum digantung didalam almari miliknya.
Amal tidak membawa banyak baju. Mungkin kerana mengingati pesanya sebelum ini.
************************************
Nafas dihela sebaik berdiri
dihadapan pagar berwarna biru gelap itu. Mata kemudian memandang papan tanda
kolej yang membawa banyak kenangan untuknya. Namun kebanyakanya adalah pahit
belaka.
“Hoi!”
Kepala ditoleh mendengar suara itu.
Lisa melihat Erin turut berdiri disebelah dan gadis itu memberi senyuman
kepadanya.
“Kau pun kena datang juga?” dia
menyoal, sedikit terkejut. Erin mengangguk. “Aku kena ubah pensyarah. Puan Nisa
dah bersalin. So, sekarang ni aku dibawah
cik Linda”
“Sekali dengan aku?”
Erin memberi sengihan. Lisa menghela
nafas. Memandangkan dirinya tak mampu grad
seperti rakan yang lain, mereka diberi peluang kedua iaitu menjalani
Penilaian Khas. Sepatutnya, setiap pensyarah hanya memantau seorang pelajar
sahaja. Tapi seperti yang Erin beritahu. Sekarang, mereka berdua akan dibawah
pemantaun Cik Linda.
“Kenapa kau datang pula?”
“Hantar inilah. Dia nak sebelum
habis sem”
Lisa buat muka sebal. Sakit hati
pula memikirkan karenah Cik Linda yang menyusahkan dirinya. Memang nasib malang
sungguh ditempatkan dibawah Cik Linda yang garang dan pentingkan kesempurnaan
itu.
Erin tiba-tiba mengeluh. “Itulah.
Aku nyaris meraung bila dapat tahu aku diletakkan bawah Cik Linda. Puan Nisa
baik gila kot. Senang aku bila duduk bawah dia. Tak banyak karenah sangat.
Asalkan aku siapkan semua kerja yang dia bagi”
Mereka kemudian sama-sama mengeluh.
“Marilah. Panas pula duduk sini lama-lama. Nanti membebel pula andartu tu sebab
kita lewat”
Erin ketawa kecil. Lisa tersenyum.
Mereka masih tidak lupa gelaran yang diberi budak kelas dahulu untuk Cik Linda
yang masih membujang walaupun usia sudah beranjak ke pangkal 4.
Keadaan kolej masih seperti biasa
walaupun hampir 6 bulan mereka tidak menapak kesini. Banyak juga junior baru yang tidak dikenali. Tapi
ada juga muka yang familiar di minda
mereka. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Jika mereka tidak carry paper, pastinya mereka akan
sama-sama kovo dengan kawan yang lain.a
“Macam mana ayah tiri kau? Aku
dengar masuk hospital lagi? Sakit teruk ke?” Erin menyoal. Dia dapat tahu
cerita tentang Lisa pun dari rakan kelas yang lain.
“Biasalah. Penyakit sakit jantung ni
macam bom. Menyusahkan betul. Aku dengan mama tak larat nak ulang-alik hospital
tahu?”
Erin hanya mengangguk walaupun dia
sebenarnya hairan. Bukanya dia tak tahu hubungan Lisa dan ayah tirinya itu
memang kurang baik sejak mamanya berkahwin. Erin sendiri taktahu apa puncanya.
“Orang tua, Lis. Kita kena banyak
bersabar. Walaupun itu bukan ayah betul kau. Tak baik kau cakap macam tu”
Lisa mencebik. Dia tak perlukan Erin
unuk menasihatinya. Erin sekadar orang luar yang tak tahu apa-apa. Erin yang
mempunyai ayah seorang doktor pastinya takkan memahami kehidupan orang biasa
seperti dirinya yang sering pening memikirkan masalah duit yang tak pernah
sudah.
Lisa sendiri hairan kenapa mama
memilih ayah sedangkan ramai lagi lelaki kaya diluar sana yang ingin
memperisterikan mama. Kerana pilihan mama itulah, mereka hidup seperti
sekarang. Lisa salahkan mama dan ayah kerana membuat hidupnya susah seperti
ini. Namun dia lebih membenci ayah yang tidak mampu menyediakan apa yang
diingini tetapi melebihkan anak tunggal kesayangan itu.

Best..smbg lg..
ReplyDelete