Judy datang tergesa-gesa selepas dapat telifon dari
guru kelas Dara. Dia masih dalam keadaan separa mengantuk dan separa terkejut.
Tak sangka. Baru hari pertama Dara dah buat hal.
Dia
tiba di bilik pengetua. Rasa macam dirinya pula yang dikenakan hukuman. Dara.
Dara. Perangai dekat New York tak boleh diubah ke? Dia mengetuk pintu bilik
pengetua selepas mendapat kebenaran daripada kerani sekolah.
“Ye?”
wajah wanita berkaca mata itu ditatap. “Saya penjaga Alessandara Damia” dia
bersuara. Dara menoleh melihat Judy berdiri di pintu. Shit.
“Jemputlah”
Judy
masuk dan kemudianya duduk disebelah Dara yang membisu. Judy serba-salah. Nak
cakap apa? Selalu, D yang uruskan semua ini. Tapi D cool je walaupun kena panggil dengan pengetua. Adakah dirinya harus
jadi macam D?
“Saya
sebenarnya tak mahu memanggil cik Judy memandangkan ini kesalahan pertama
Alessandara” pengetua memula bicara. Judy mengangguk penuh fokus.
“Tapi
sebagai pengetua, saya nak penjaga diberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku
disekolah ini. Sewaktu rehat tadi, Alessandara telah bergaduh dengan Eva”
Judy
terkejut. Bergaduh? Dia menoleh kearah Dara. Langsung Dara tak menoleh ke
arahnya. Judy menghela nafas. “Sebab apa, cikgu?”
Pengetua
menggeleng. “Dara taknak buka mulut. Eva pula membisu. Saya tak nak paksa jika
itu keputusan mereka berdua”
Dia
mengeluh pula. Hari pertama sekolah dah bergaduh? “Saya rasa lebih baik cik
Judy bawa Dara pulang ke rumah dahulu. Saya yakin Dara tak bermaksud untuk
lakukan semua ini”
Judy
mengangguk. Dia sendiri tak tahu nak kata apa-apa. Nasib baiklah pengetua ni
jenis yang cool dan bukanya bossy tak tentu hala. “Baiklah. Terima
kasih, cikgu”
Mereka
bangun bersama. Judy menarik tanganya dan memberi isyarat. Dara mendengus. I hate doing this. “Thank you, teacher” pengetua mengangguk dengan senyuman. Dara
berlalu dahulu sementara Judy mengucapkan terima kasih.
Dara
menuruni tangga bangunan sambil menggalas beg. Dia rasa ingin menghilangkan
diri ketika ini. Judy pasti akan membebel. Judy pasti akan marah. Namun semua
itu harus dihadapi kerana dia tak punya tempat untuk dituju. Kalau di New York,
boleh lari rumah Anne.
Dia
terkejut apabila pintu kereta Toyota Camry berbunyi. Dara masuk dan duduk
didalam tanpa bicara. Kemudian, Judy duduk di tempat pemandu. Pintu ditutup.
Suasana sunyi sekali. Dara menekan butang radio. Judy menutupnya semula.
Tekan
lagi. Judy tutup. Dia mendengus. Sekali lagi. Judy menepuk stereng sebelum
menutup dengan kasar. “What the hell are
you doing?”
Dara
menoleh. “I want music. I need music.
What wrong with you?”
Judy
mendengus. Dia benar-benar marah. Semuanya akan pulih jika Dara hanya cakap I’m sorry. Tapi dia tahu Dara keras
kepala. “Jangan cuba tukar topik kita, Dara! You tahu you bersalah dalam hal
ini”
Dia
menghenyak kusyen dengan rasa geram. Shit.
Shit all this. School is hell. I hate it. Judy menghela nafas, cuba
mengawal perasaan marah ketika ini. Kalau dua-dua api, pasti akan meletup.
Biarlah dia jadi air kali ini.
“What happen? Why did you fight? Don’t you
learned your lesson last time?”
Diam.
Sengaja ingin menyakitkan hati. Judy mengenggam stereng. Sabar je la. Perangai
Dara yang degil memang menguji kesabaran.
“I’m talking to you, Alessandara. Don’t push
my limit!”
Dara
menoleh dengan rasa sebak. “Everything!
Everything is wrong. Me staying here. This stupid school. Stupid student. I
hate it. I hate it with all my guts. I want to go home. This is not my home! I
hate here!”
Judy
terkedu. Mata Dara sudah bergenang namun dia pantas menyeka. Dara. Dia merasa
Dara sangat jauh ketika ini. Semuanya serba tak kena. I ambil keputusan yang
salah ke D? I paksa Dara tinggal disini sedangkan dia tak gembira. Salah I ke?
Dara
memeluk tubuh dan membuka radio. Sengaja dikuatkan untuk memberi isyarat supaya
Judy tidak bertanya lagi. Judy menghela nafas. Dara sangat sukar digapai ketika
ini. Walaupun mereka hanya bersebelahan.
“Dara”
dia bersuara, lembut. Dara memusing tubuh menghadap tingkap dan memejamkan
mata. Judy mengeluh. I’m sorry. Dia
tak mampu lihat Dara seperti ini. Akhirnya gear reverse dimasukkan dan dia kemudianya menekan pedal minyak. Kereta
Toyota Camry berwarna perak itu menyusur keluar dari bangunan sekolah.
****************************************************************************************
Pintu
bilik diketuk. Tak rasa nak buka pun. Biarlah. Hatinya perlu dicool down terlebih dahulu. Dara
membaringkan diri diatas katil memegang frame
gambar mama. Airmata turun membasahkan cadar katil. Dia tak sekuat mana.
Semua ini benar-benar menyusahkan.
“Dara”
Suara Judy memanggil. Dara hanya
buat tak endah. Biarkan. Anggap je la I dah tidur. Dara tak pernah marahkan
Judy. Lagipun, ini keputusanya. Tapi semua yang berlaku tadi buat dirinya
benar-benar hilang sabar.
“Dara, open the door. Please”
Rayuan Judy tidak mengusik perasaan.
Dia hanya mahu bersendirian. “Go away” suara
dikeluarkan walaupun terpaksa.
Mom.
It’s really hard. I don’t know if I make a right decision to stay here.
Terasa nak meraung je. Kalau mama
ada, tak lama dia meraung. Peritnya hati. Susahnya nak berhadapan dengan orang
yang suka judge berdasarkan luaran.
“Dara” dia kaget. Itu bukan suara
Judy. “Ini nenek sayang. Bukalah pintu ni”
Dia bangun mengesat airmata yang
mengalir hingga ke pipi. Lambat dia bangun membuka kunci dan pintu. Nenek
memandang dengan rasa risau. “Boleh nenek masuk?”
Angguk. Dia berlalu duduk di atas
katil semula. Nenek memandangnya bersama helaan nafas sebelum duduk disebelah.
Pasti Judy dah ceritakan semuanya. “Dara tak turun dinner pun tadi”
“I’m
not hungry” dia menjawab ringkas. Perutnya memang kenyang walaupun tak
jamah apa-apa lepas balik dari sekolah tadi.
Nenek mengangguk tanpa soal. “Judy
beritahu nenek apa yang berlaku di sekolah” nenek bersuara, perlahan. Dara
hanya diam. Dia dah bersedia dengan kemarahan nenek pula.
“Dara okay? Nenek dan suruh maid buang baju tu. Esok, pakai baju
baru ye?”
“It’s
okay”
Nenek menghela nafas. Dara masih
terasa jauh walaupun sudah hampir 3 minggu disini. Sukar sekali untuk memahami
apa yang Dara rasai. Benar kata, Judy. Mereka berdua perlukan masa yang banyak.
“Dara boleh cerita pada nenek kalau
Dara mahu. Nenek sentiasa ada untuk mendengar”
Diam. Dara tahu nenek cuba untuk
rapat tapi semua ini ambil masa. Bukan semudah ABC. “I’m fine. Don’t worry.”
Nenek sedikit kecewa walaupun sudah
menduga. Judy beritahu Dara bergaduh dengan teman sekelas tadi. Tapi taknak
beritahu sebab apa. Nenek ingatkan dia mampu buat Dara beritahu apa yang
berlaku sebenarnya.
“Dara sayang” nenek memegang tangan
Dara dengan lembut. Cucunya itu menoleh. “Apa yang berlaku antara nenek dan
arwah mama, bukan salah Dara. Semua itu kerana sikap ego kami berdua. Jangan
seksa diri Dara dengan masalah itu. Nenek mahu Dara gembira duduk disini”
“Then,
why you make that decision? You let her go away. Don’t you miss her? Why don’t
you call her to come back?”
Diam. Dara sedikit kecewa. Sampai
bila-bila pun dia takkan dapat rungkai masalah sebenar nenek dan mama. Kalau
itu berlaku, sampai bila-bila pun hubunganya dengan nenek takkan pulih.
“Dara” nenek bersuara, lemah. Dara
menggeleng. Stop it. This thing hurting
me again and again. Kamu semua pentingkan diri sendiri. “Do you know how we live there? How much hurt
that mom get? She hurt herself to not think about all of you. Even if she misses
you that she can die, she can’t back home”
Dia menghela nafas. Nenek takkan
tahu penderitaan mama. Kerana dirinya sahaja yang selalu disamping mama. Kerana
dia yang melihat airmata mama walaupun mama cuba sembunyikan. Peritnya hidup
dibuang keluarga sendiri. Takkan ada sesiapa mampu membayangkanya.
“Maafkan nenek”
Hatinya semakin perit. Bukan itu
yang diminta. Bukan itu yang diinginkan. Dara turun dari katil. Dia sudah tidak
mahu berbicara. Dia berlalu ke tandas tanpa menoleh. Pintu bilik air ditutup
dan airmata kembali menitis. Shit all
this.
**************************************************************************************
Esoknya
dia keluar dari rumah tanpa menunggu Judy. Nenek pun tak ditegur. Sarapan yang
disediakan dipandang sepi. Tak rasa nak makan langsung. Perut tentu dah masuk
angin sebab tak makan sejak pulang sekolah tadi.
Dia
pergi ke sekolah pun dengan dihantar oleh driver.
Kalau dia tahu jalan dengan menggunakan bas, dah lama Dara buat. Hatinya
masih sakit. Judy tak pernah cuba faham. Yang Judy tahu hanya Give them chance, Dara. Give them chance.
The hell with chance. Did THEY give me chance?.
Semua
ini salah. Dia seharusnya naik sahaja flight
terus ke New York dan tak pulang-pulang lagi. Tapi Dara, sanggup ke kau
buat macam tu bila tahu nenek bertarung dengan maut? Langkah berhenti apabila
dia disoal seperti itu.
“Aduh!”
Tindakan
drastiknya itu buat orang dibelakang merempuh tubuhnya dan mereka sama-sama
terjatuh. Perit. Tanganya terseret diatas koridor. Nasib baik tak terkoyak
kulit. Hanya calar sahaja. Dara menoleh melihat gadis itu membetulkan cermin
mata yang sudah melurut di atas hidung.
“Maaf.
Maaf. Saya tak nampak tadi”
Tak
jadi nak marah bila lihat gadis itu beria meminta maaf. Dara bangun memerhati
dia yang sedang mengutip buku. Dia kemudianya tunduk mengutip buku yang berada
hampir dengan kakinya. Mereka bertembung mama. Senyuman diberi terlebih dahulu.
“Terima
kasih” entah kenapa, dia senang mendengar ucapan itu. Dara melihat dia bangun
dengan bersusah-payah. Mana nak bawa buku-buku lagi. Nak betulkan kain lagi.
Dara hanya memeluk tubuh. Dia bukanlah jenis mesra alam bila pertama kali
jumpa.
“Saya
tergesa-gesa tadi sampai tak nampak awak berhenti. Saya kena hantar buku
latihan ini di bilik guru sebelum loceng bunyi”
Dia
terus memberikan alasan walaupun Dara tak bertanya pun. “Eh?” jari tunjuk
dikeluarkan. Dara terkejut. Apa kes minah ni? Nampak hantu belakang aku ke? Dia
menoleh ke belakang sebelum kembali memandangnya.
“Awak
anak orang putih itu ‘kan?” senyuman semakin lebar. Dara buat muka bosan. Here it comes. Dia sudah bersedia dengan
kata-kata selepas ini.
“Gembira
jumpa awak. Saya Jas”
Tangan
dihulur tanpa kata-kata yang menyakitkan hati. Dia akui dirinya terkejut. Agak
lama jugalah dibiarkan tangan Jas tak bersambut. Sehingga Jas sendiri yang
bersalam denganya. Dia ketawa, riang.
“Awak
mesti Dara ‘kan?”
Angguk.
Dia masih terkejut. “Saya dengar cerita pasal awak sejak awak masuk sekolah
semalam. Tapi tak sempat berjumpa dengan awak. Wah, awak nampak lebih cantik
dari apa yang mereka ceritakan”
Mereka?
Dara menghela nafas. Apa agaknya yang mereka ceritakan? “Rambut awak. Cantik!”
ibu jari diangkat dengan penuh rasa kagum. Dara tergelak, kecil. “Ini rambut
betul. Bukanya dye” dia akhirnya
bersuara. Jas bertambah terkejut.
“Serius?
Untunglah awak. Orang disini sibuk nak rambut macam awak”
Senyuman
diukir. This girl is interesting. Jas
menayangkan giginya. “Okaylah. Saya nak kena gerak dulu. Nanti ustaz bising.
Jumpa awak lagi” lambaian diberi. Dara hanya memerhati. Orang pertama yang tak
pandang serong padanya.
“Menung!”
Dia
melihat Jas disebelah. Mata tidak berkelip. Terkejut disergah seperti itu. “Am not. I tengah fikir benda tadi”
Jas
menggeleng. “Nah, air milo kotak favourite
kau”
“Thanks”
Mereka
diam menghirup air masing-masing. Suasana di kantin riuh dengan pelajar yang
lain. Mereka berdua hanya minum memandangkan selepas sekolah mahu ke Pizza Hut.
“Dara”
“Hmm”
“Nak
gi jejalan?” dia menyoal. Dara mengerut dahi. “Kita pegi gelanggang basket nak?” dia menjungkit kening. “Basket? For what?”
“Saja”
senyuman licik diberi. Macam ada yang tak kena. Jas bangun dengan segera dan
menarik tangan Dara untuk bangun bersama. “You tak bosan buat rutin yang sama
dekat sekolah?” dia menyoal ketika mereka menyusuri koridor.
“Maksud
you?”
“Iyalah.
Datang sekolah. Berlajar. Rehat. Lepas itu berlajar balik. Kemudian balik.
Takda fun langsung”
Dara
tergelak kecil. “I baru sampai 2 minggu je dekat sini, Jas. Takda masa nak
bosan lagi. Everything is still new to
me. The rules. The uniform. And the weird faces when they ask for my name”
Jas
ketawa. Bab nama tu memang tak dinafikan. Siapa tak pelik tiba-tiba Alessandara
bertukar Dara? Dia yang tahu pun hampir gelak juga waktu itu.
“Iyalah.
Nama kau unik. Lain dari lain”
“Bukan
sebab nickname I tuh sama erti dengan
virgin?” dia menyakat. Jas mengangkat
2 tangan. “Bukan salah kau diberi nickname
seperti itu”
Dara
ketawa, kecil. Tanpa sedar, mereka tiba di gelanggang basket. Kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermain dan sekumpulan
perempuan sedang melihat dengan senyuman bermakna. Dara mengerut dahi.
“Marilah.
Tak nampak kalau dekat sini”
Jas
menarik tanganya untuk lebih menghampiri basket.
Sebaik perasan kehadiranya, semua mata pelajar perempuan menoleh kearah
mereka. Dara sedikit rimas melihat pandangan yang membunuh itu. Kalau betul la,
dah banyak kali dirinya terbunuh.
“Kenapa
dia datang sini?”
“Ala,
nak tunjuk muka dia yang putih dengan rambut perang dia itu la”
“Sibuk
je. Nak pikat Kez la tu”
Dara
semakin rimas. Hatinya kalau dah panas, perangai buruk pun akan keluar. Eva
disebelah memberi senyuman sinis. Dara menahan kemarahanya ketika ini.
“Hoi
budak perasaan”
Panggilanya
tidak dibalas. Dara sengaja berpura-pura melihat gelanggang. Eva mulai geram.
Berlagak sungguh! “Hoi!”
Bahunya
ditolak kasar. Dara menoleh. “What do you
want? Tak reti duduk diam ke?”
Eva
tergelak. “Reti pun cakap BM. Ingat dah lupa”
The same thing again and again. BM, BM.
Kalau tak reti cakap, mati ke? Kena bunuh diri ke? Bukanya taknak bercakap tapi
bagilah masa. Bukanya otak aku ni otak kamus Dewan Bahasa dan Pustaka!
“You ni kenapa? Masalah ke kalau I tak reti cakap
BM?”
Eva
menjuih bibir mengajuk. “You I konon. Rasa nak muntah aku dengar”
Penumbuk
sudah dikepal. Eva dah nampak kecil je sekarang ni. Cool, Dara. Cool. This bitch is nothing compare to you. Dia
menghembus nafas. “Kau dekat sini buat apa? Nak mengorat?”
Such a narrow-minded. Patutlah perangai
macam kampung. Tak reti cakap bahasa ibunda je cakap lupa daratan. Datang
tengok orang main basket pun kena cop
nak mengorat. Sejak bila bangsa aku jadi macam ni?
“Well, samalah dengan you. Kenapa disini?
Nak mengorat je?”
Walaupun
dia taktahu apakebenda sebenarnya perkataan mengorat tuh. Hentam je la. Rasa
puas bila lihat wajah Eva berubah. Jas disebelah ketawa, kecil. Eva semakin
geram.
“Kenapa Jas? Kau nak bagi saham naik,
kau kawan dengan minah salleh celup ni?” Eva mengalihkan serangan kepada Jas
pula. Perempuan, perempuan. Sebab inilah banyak kes tarik rambut dalam sekolah.
Tak faham kadang-kadang. Suka sangat cari pasal tak tentu arah.
“Apa
masalah korang? Jealous? Kau orang
yang minah salleh celup. Rambut dah macam air karat rumah opah aku”
Dara
menahan senyum. Not bad, Jas. “At least, kami takdalah cakap. Alesandara Damia. New York. 17 years old. Cakap
melayu la? Mak kau tak ajar cakap melayu ke? Dah lama sangat tinggal NY sampai
tak reti cakap bahasa sendiri?”
Darahnya
kembali mendidih. Jas mengalih pandangan. “Since
baby, I tinggal New York. Of course,
my Malay language is not good as my English. Tapi you all duduk sini sejak lahir ‘kan? Kenapa cakap Melayu pun
menyakitkan hati orang?”
Jas
kaget. Amboi, minah salleh ni. Reti berbalas kata dalam Bahasa Melayu ke? Wajah
mereka berubah. “Berlagak!”
Mereka
mengangkat kaki dan berlalu. Dara mengetap bibir. Sabarlah wahai hati. Ini
dugaan, Dara.
“Bila disini, akan ramai yang judge you based on the
appearance. Nenek mahu Dara sabar ye. Nenek tahu cucu nenek kuat”
Pesanan Nenek yang menahanya daripada meletup dan mengeluarkan kata-kata
yang kurang sopan. “You’re great, girl”
Jas memberi sengihan.
“Walaupun
rasa nak gelak juga”
Dara
mengerut dahi. “Why?”
“Serius
Dara. Kau kena ubah slang kau. Tadi
dah cool habis tapi slang kau buat aku nak gelak pula”
“What wrong with my slang? At least, I try? Nanti
ada orang cakap I lupa asa-usul la. Lupa daratan la. Minah salleh celup la”
“Wo,
wo. Cool down. Taka pa. Kau cakaplah
macam mana pun. Janji orang lain faham sudah. Pedulikan orang nak cakap apa.
Orang memang suka mengata orang lain. Tak tengok diri sendiri”
Dara
melepaskan keluhan sebelum duduk diatas kerusi. Sungguh dia rindu New York.
Anne, Zach, Ericka, tak pernah persoal pun pasal language dia. Pasal rambut perang dia. Kenapa orang disini dah jadi
macam hakim tak bertauliah pula?
“Kau
okay?” Jas menyoal, lembut. Dara sekadar mengangguk. “I need
time to cool down” Jas diam. Dia faham Dara terasa. Tentu sukar untuk
sesuaikan diri selepas hampir berbelas tahun di luar negara. Jas semakin
kasihan. Persepsi orang terhadap Dara memang tak baik. Tambah-tambah lagi bila
Dara tak berapa fasih Bahasa Melayu.
“Tak payah fikir sangatlah. Tak berbaloi pun”
Dara
menoleh. “Berbaloi? Macam kamdar punya tagline
tuh?” Jas sudah meledakkan tawa. “Weyh, mana kau tahu lawak tu?”
Jas
sudah menekan perut. Boleh tahan minah salleh ni. Lawak melayu pun dah makin
pandai. Tak lama lagi boleh jadi Gadis Melayu dah. Bukan Miss Universe.
“Hati-hati”
Tiba-tiba,
kepalanya terasa pening. Dara memegang kepala sebelah kiri. Terasa seperti
bintang menggelilingi kepalanya ketika ini. “Dara. Dara” suara Jas kedengaran.
“Kau
okay tak ni?”
Dara
diam. Seketika kemudian, keadaan kembali seperti biasa. “Sorry. My mistake” lelaki disebelah pula bersuara. Dara
memandangnya. “Ya Allah. Darah” jeritan Jas membuatkan mereka di gelanggang
turun berlari menghampiri. Dara masih keliru.
“Bawa
dia ke hospital Kez”
“Gila.
Waktu sekolah lagi ni”
“Bawa
dia pergi bilik rehatlah”
“Jas
bawa dia”
Semuanya
gelap dengan tiba-tiba. Namun dia sempat mendengar Jas menjerit memanggilnya
sebelum tubuh terasa ringan sahaja.
****************************************************************************
“Abang punya pasal la ni”
“Mana
nak tahu kena dia?” lelaki itu membalas.
“Sampai
berdarah kepala dia. Kalau family dia
saman abang, baru padan muka” Jas memberi ugutan yang nada serius
“Teruk
sangat ke?” lelaki itu kedengaran risau.
“Tak
tahulah. Kepala anak orang abang”
Dara
membuka mata dengan perlahan-lahan. Pandangan kabur namun kembali stabil
setelah beberapa ketika. “Jas” dia memanggil, lemah. Dara meraba kepalanya yang
sudah dibalut.
“Kau
dah bangun?”
“Where am I? Where’s Zach?” Jas diam
menggaru kepala. Sudah! Siapa pula si Zach ni? Dara pengsan sampai New York ke?
Dia menoleh kearah abang yang sekadar menjungkit bahu.
“Kau
di bilik rehat. Tadi kau pengsan”
Dara
diam, cuba mengingati semula peristiwa yang berlaku. Kemudian dia mengangguk.
“Oh. I ingat dah” Jas menarik nafas lega. Syukur sangat. Kalau tak, jenuh nak
kena cakap dengan ma, pa. Kena jawab dengan keluarga Dara lagi.
“Nurse kata tak apa-apa. Cedera sikit je.
Tapi you dapat MC 2 hari”
“You call my family?” Jas menggeleng.
“Aku ingat nak telifon lepas kau sedar. Takut dia orang risau pula”
“Don’t”
Jas
mengerut dahi. “Kenapa?” Dara menelan air liur yang terasa kelat. “I taknak
mereka risau. I’m fine. Cedera sikit
je”
Dara
memandang lelaki disebelah yang berpakaian basket.
Dia memberi senyuman, kekok. “Hai” tangan diangkat. “Sorry. Saya yang buat awak sampai macam tu”
Jas
melihat Dara yang masih belum mencerna ucapan abang sebentar tadi. “Ini abang
aku. Khairul Muslim. Tapi semua panggil Kez je”
“Awak
okay? Nanti saya hantar awak ke hospital. Check
mana yang patut”
Dara
menggeleng. Dia lebih mengetahui keadaan diri. “No thanks. I tak apa-apa” Kez sekadar mengangguk. Dia hairan
sebenarnya. Ini ke minah salleh yang heboh dikatakan sejak 2 minggu yang lepas?
Cantiknya! Memang macam minah salleh. Rambut perang dia nampak asli. Mungkin
sebab lain dari rambut air karat bak kata Jas berbanding rakan-rakan sekelasnya
yang lain.
“Okay.
Sekarang kau rehat dulu. Aku dah beritahu cikgu Siti. Jadi, tak payah risau.
Kau rehat sini sampai habis sekolah”
Jas
membaringkan Dara semula ke atas katil sebelum menyelimutkan tubuh gadis itu.
Dia risau namun lega melihat Dara masih seperti biasa.
“Tidurlah.
Nanti kalau loceng dah bunyi aku kejutkan kau”
*******************************************************************************
Sepantas
kilat dia menoleh. Judy memandang bersama baskin robin perisa coklat chip. Dia
mengawangkan aiskrim itu dengan sengihan.
“Apa
sengih-sengih?” dia menyoal, berpura-pura marah. Judy memuncungkan mulut
sebelum duduk disebelah Dara. “Tengok cerita apa?”
“CSI”
sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sabar je la. “Nak?”
Dara
memandang bersama kerutan. “Taknak sudah” sudu berwarna merah jambu itu segera
disambur bersana bakul aiskrim. Judy memberi senyuman. Dara merajuk tak lama.
Dia tahu tentang itu.
“Ini
bukan dah tengok ke? Pembunuh dia pakcik dia kan?”
“Entah.
I rasa macam cerita baru je”
Judy
memandang tv. Bukanlah nak tengok sangat. Tapi ini je saat yang sesuai nak
berbual. Sejak pergaduhan itu, Dara dah sedikit jauh. Judy tak pernah berharap
mereka jadi seperti ini. “You nak cakap sesuatu ke, Jude?”
Kaget.
Huh? Dara masih melihat tv dihadapan. Judy mengangguk. Dara dah buka ruang. “Look. I’m sorry. I tak patut marah you
macam tu. Semua ini sukar untuk you. I sepatutnya lebih memahami”
Diam.
Judy melihat Dara tidak bereaksi. Dia menghela nafas. “I tahu sukar untuk you cope dengan semua ini. I cuma berharap
you tak hanyut. Salah you sebab bergaduh dengan budak tu. Salah I sebab tak
memahami dan marahkan you”
“Jude”
dia memanggil, menghentikan Judy yang masih ingin berbual. “Hmm”
“I’m sorry too” dia menoleh dengan wajah
bersalah. Judy terkejut. “I tak seharusnya bergaduh. Perkara ini hanya kecil
sahaja. I’ve to learn how to control my
anger”
Judy
mengangguk, bersetuju. Dara mungkin bukanlah jenis baran tapi jika ada sesuatu
yang menyakitkan hatinya, Dara akan buat perkara di luar kawalan. “Boleh I
tanya?”
Dara
hanya mengangguk. Sedap sungguh chocolate chip ni. Dia menjilat sudu ditangan. “Kenapa
you bergaduh? Dia ada cakap apa-apa ke?”
Tangan
yang ingin menceduk aiskrim terhenti. Judy diam disebelah. “Dia cakap pasal
mama” balasnya, tenang. Mama? “Dia cakap apa pasal D?”
“Hmmm…tentang
macam mana mama I tak reti jaga anak dia. Tentang macam mana mama I buat anak
dia lupa daratan. Tentang mama I yang tak reti ajar anak dia bahasa ibunda
sendiri”
Dara.
Judy memanggil lemah. Patutlah dia naik angin. Sekelip mata dia semakin rasa
bersalah. Kalaulah dia tahu sebab mereka bergaduh. Pasti Judy takkan marahkan
Dara. “I’m really sorry, babe”
Dara
menggeleng. Bukan salah Judy. Mungkin betul cakap mereka. Tapi itu bukan salah
mama juga. Kalau dengan puaskan hati mereka, mampu kembalikan maruah mama, Dara
akan lakukan. Walaupun sangat sukar.
“I
letih dengan semua ni. So, I dah buat
keputusan”
Judy
mengerut dahi. Dia nak balik New York ke? Dara menoleh memandang Judy dengan
wajah serius. “I akan berlajar BM. I akan berlajar tatasusila masyarakat
disini. I akan lakukan semuanya jika itu buat I diterima dalam kelompok mereka”
Terkebil-kebil
Judy memandang Dara yang nyata sangat serius. “Dara” dia bersuara, perlahan.
Senyuman segaris diberi. Ya. Kalau itu buat dia diterima. Dara akan lakukan.

bile kawan2 dara nk muncul?
ReplyDeletemsti best kalu kwn2 dara skola kat malaysia
Best! TUnggu lama kat P2U..updated best..dah hantar manuskrip ke mana2 penerbit? Ada potensi untuk versi cetak nih
ReplyDeleteeunhae diela : tak pasti kawan dara datang ke tak. Dara mungkin ada seorang je kawan. Jas. Sebab yang lain typical dengan rambut blonde dia :)
ReplyDeleteshafriza : tak hantar mana-mana lagi. saya cuba di p2u sekadar suka-suka :)
Cite ni best. Hari2 sy refresh blog nie tunggu entry baru hehe
ReplyDeleteterima kasih awak :)
ReplyDelete