Wednesday, 17 October 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 20

Mereka tiba awal di lapangan terbang hari ini. Dara ambil keputusan untuk menyimpan bagasi dan menuju ke kaunter tiket untuk mengesahkan tiketnya. Selesai semua, dia kembali kearah Kez yang sedang menunggu. Bersama cermin mata gelap, t-shirt polo dan jeans straight cut membuatkan dia nampak sangat bergaya.
            “Lapar tak?”
           Dara mengangguk. Sarapan tadi dimakan kerana terpaksa. Sedih nak tinggalkan nenek yang berusaha untuk ceria walaupun Dara melihat dia terpaksa.
            “Kita makan McD je la. Okay?” Dara menyoal. Kez sekadar mengangguk. Mereka mengatur langkah kearah McD yang berhampiran. Kez ke kaunter sementara Dara mengambil meja yang kosong.
            Suasana di lapangan terbang tidaklah terlalu sibuk. Hanya kelihatan beberapa orang pelancong asing yang menunggu penerbangan masing-masing. Mungkin kerana musim cuti sekolah masih belum tiba. Dara mengeluarkan Ipad. Dia membuka folder gambarnya bersama nenek.
            “Jaga diri kamu baik-baik. Kirim salam nenek pada Judy”
            Dia mengangguk. Dada dah rasa sebak. Nenek sudah semakin sihat tapi dirinya tetap merasa risau. Disini, tiada sesiapa yang pedulikan nenek. Dara tidak mahu menganggu Kez yang semestinya sibuk dengan kerja.
            “Nenek jaga diri juga. Jangan overwork. Dara taknak nenek kena serang lagi”
            Dia menghela nafas. Hang on, nek. Insya-Allah, Dara akan pulang menjaga nenek dan jadi seorang cucu yang baik. Kez kembali bersama 2 burger, 2 air dan 2 fries. Dara meletakkan Ipad diatas meja.
            “Rindu nenek?” dia menyoal apabila melihat gambar nenek. Dara mengangguk. Dia risau sebenarnya. Kesihatan nenek tidak sebaik dahulu. “Saya akan jaga nenek. Awak jangan risau”
            “You sibuk. Tak boleh sentiasa jaga nenek”
            Kez menguntum senyum. “Don’t worry. Saya akan uruskan hal disini. Awak ke sana dengan tenang hati ja”
           Dara mengangguk. Dia menghirup air pepsi yang beli sebelum menjamah fries. Kez menjamah burger yang dibeli. Tiada bicara. Dia hanya mahu melihat wajah ini sepenuhnya sebelum berangkat. Dara cuba menyimpan setiap lekuk, setiap garis senyum, setiap lesung pipit yang ada didalam minda.
            “Saya tahu saya kacak. Tapi tak perlu la tenung macam tu”
            Dia tersedak apabila ditegur seperti itu. Kez tergelak. Damia, Damia. Kenapa awak comel sangat? Dara mengelap mulut dengan tisu. Dia memandang kez yang masih tersenyum. “Naik lif…”
            “Tekan sendiri?” kening dijungkit. Dara mencebik. Kez ketawa lagi. Ayat sejak zaman sekolah. Siapa sangka gadis ini akhirnya menjadi miliknya?
            “Setiap hari awak diwajibkan untuk on ym dan skype. Awak kena beritahu saya semua perkara yang awak buat setiap hari”
            “Ingat saya alat perakam ke kena beritahu semuanya?”
            Kez mengecilkan mata, wajah tak puas hati. Budak ni, mengaku je la. Jaga sikit hati tunang ni. “Ish, menderhaka tunang sendiri ke?”
            Dara menjelir lidah namun dia bahagia. Kez kembali tersenyum. Dara kemudianya mengeluarkan kamera Polaroid berwarna merah jambu yang dibawa. “Kez”
            Lelaki itu mengangkat muka dan Dara segera menangkap gambarnya. Kez kaget. Dara mengambil hasil yang keluar dengan senyuman. “Ini untuk saya di New York”
            Kez menggeleng. Dara kemudian menangkap gambarnya sebelum hasilnya diberi kepada Kez. “Ini untuk awak di Malaysia” Kez mengambil gambar tersebut. Dia tersenyum. Kalau tengok gambar, mesti rasa rindu tu lagi membuak-buak.
            Selesai makan, mereka kembali ke ruang menunggu. Sekejap sahaja masa berlalu. Dara harus masuk ke dalam dengan segera. Langkah mereka berhenti dihadapan pintu Balai Berlepas. Dara berpaling memandang Kez yang menyeluk saku seluar.
            “I kena pergi”
            Dia mengangguk. Dara menghela nafas. “You jaga diri”
            Angguk lagi. Dara cuba menahan perasaan sendiri. “Jangan khusyuk kerja sampai skip makan. I akan suruh Jas membebel dekat you nanti”
            Kez tersenyum juga. Dara sedikit lega. “You….taknak cakap apa-apa ke?”
            Kez diam. Dia hanya memerhati wajah Dara. Wajah yang bakal dirindui selepas ini. “Saya akan rindu awak setiap hari” dia bersuara, lembut. Dara mengukir senyuman.
            “Jaga diri. Jangan bekerja teruk-teruk. I doakan kejayaan you disana”
            Masa semakin suntuk. Terasa ingin sahaja masa berhenti agar mereka punya banyak waktu untuk bersama. “Damia” dia memanggil. Dara memandang.
            “Do take care of yourself. I love you” dunia terasa berhenti seketika. Matanya tidak berkelip memandang Kez yang tenang menuturkan ayat itu. Terasa ingin menangis. Terasa ingin ketawa gembira. Akhirnya dia sekadar mengangguk. Kepala digosok perlahan sebelum Dara melangkah masuk.

********************************************

            Letih gila. Baru balik site kena menghadap kertas kerja yang berlonggok atas meja. Inilah nasib seorang civil engineer yang kadangkala nak lunch pun tak sempat. Kez meletakkan topi berwarna putih diatas meja. Alamak ai. Sungguh aku rindu aircond pejabat. Dari pagi tadi sampai tengah hari kena berdiri ala askar dekat site.
            Kez kemudianya duduk diatas kerusi merehatkan badanya yang terasa lenguh. Projek Perumahan Travis Sdn Bhd yang diuruskan sememangnya menguji kesabaran dan keletihan. Itulah. Dulu konon seronok nak jadi Ir. Sekarang, rasakan Khairul Muslim.
            Sedang mata hampir terlelap, pintu biliknya diketuk. Kez mengeluh. Baru je bercadang nak lelap sekejap. Sudahlah semalam tidur pukul 3 pagi. Bagun pukul 7, bos dah call suruh pegi site. Padahal dia dah siap park kereta bawah bangunan syarikat.
            Mata digosok perlahan sebelum dia menyuruh masuk. “Oi” hah? Apa oi oi? Takda nama ke aku ni? Mata dibawa ke pintu. Pandangan kabur sebentar sebelum jelas melihat wajah Zaid memberi sengihan di muka pintu. Siput punya kawan.
            “Waalaikumsalam, Ir Encik Zaid Hamidi”
            Zaid dah hentam gelak. Kurang asam punya kawan. Selamba badak kenakan aku. “Kami nak keluar lunch. Nak join tak?”
            Aduyai, badan dah rasa nak patah satu-satu. Kalau bergerak sedikit pun, dah dengar bunyi tulang bergesel. Baru je rasa nak rehat. “Jomlah. Lama gila kau tak lepak dengan kita orang semua”
            Adda menjengul muka di balik pintu. Kez ketawa. Kecil sungguh minah ni. Aci jengul macam budak-budak. “Iyalah. Semua tu sebab aku kena urus hal Travis sampai nak lepak pun tak menyempat” amboila ayat Encik engineer. Menangis cikgu BM kau dahulu, Kez.
            “Cool la, bro. Tension je muka cepat tua” Ain menambah. Kez hanya mampu menggeleng. Iyalah, dah lama tak lepak dengan 3 budak engineer yang tak serupa langsung dengan kerjaya yang diambil. Kez bangun menghampiri mereka.
            “Nak lepak mana?”
            “Moonstar. Aku lapar makan thai”
            Kez hanya mengangguk. Perutnya dah berbunyi. Kalau Dara tahu, pasti telinga kena tadah la dengar dia membebel. Mereka kemudianya masuk ke dalam lif dan turun ke bawah.
            “Cantik kan dia?”
            Adda dan Ain berhenti di kedai runcit untuk melihat majalah yang dipamerkan. Kez mengerut dahi. Apa kena budak berdua ni? Dia memandang Zaid. Temanya itu hanya menjungkit bahu. Adda mengambil majalah yang diingini sebelum membayar dan menghampiri mereka.
            “Kau orang tenung apa dari tadi?” Zaid menyoal, hairan. Perempuan. Kadang-kadang susah nak faham. “Ni. Cantik tak dia?”
            Kez kaget. Gambar Dara tertera sebagai wajah majalah WANITA kali ini. Jantungnya berdebar. “Siapa ni?”
            Ain menggeleng. Sungguh tak up to date langsung. “Inilah fesyen designer yang tengah top dekat New York sekarang. Busana muslimah dia, gila cantik. Sampai ada artis Hollywood pun ambil baju dia”
            Dia kagum. Sebagai anak Malaysia, dia tumpang bangga. Iyalah, anak Malaysia berapa kerat je yang berjaya di luar negara. Contoh yang dia tahu pun cuma Jimmy Choo. Adda membelek majalah tanpa niat untuk berbicara.
            “Jomlah. Taknak gerak lagi ke?”
            Mereka segera tersedar sebab utama mereka kesini. Kaki diatur masuk ke dalam kedai dan memilih meja kosong. Tak lama, meja mereka dihampir pelayan dan masing-masing memesan makanan yang diingini.
            “Patutlah baju cantik. Orangnya pun cantik. Siap berhijab lagi”
            Zaid mengangguk. “Tapi muka dia macam takda melayu pun. Mix ke?”
            Adda mengangguk. “Mak dia melayu. Bapa dia mat salleh. Aku dengar, parents dia meninggal waktu dia belasan tahun. Bayangkanlah duduk sendirian dekat negara orang. Tragis jugak la”
            Zaid ketawa, kecil. Dia memandang Kez yang mengelamun jauh. “Kau okay ka, bro?” Kez tersedar. “Huh?”
            “Jauh merenung. Kau sihat tak ni?”
            Kez mengangguk. Majalah di tangan Adda dipandang jauh. Rindunya. 2 hari tak berbual. Gadis itu sibuk dengan kerja hingga tiada masa. Terpaksalah dia disini menanggung rindu.

*********************************************

            Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Dirinya terasa macam nak pengsan memandang lukisan yang berada dihadapan ketika ini. Dara membetulkan cermin mata yang dipakai sebelum mengikat sanggul rambut yang semakin panjang.
            Esok, ada shoot untuk rekaan terbarunya. Memandangkan rekaan itu mendapat sambutan hangat jadi ramai yang mahu menemu bual dirinya. Pintu diketuk sebelum Dara menyuruh masuk.
            “Hey”
            Senyuman diberi. “You tak tidur lagi?” dia menyoal. Judy menggeleng sebelum menghulurkan secawan air kepadanya. “Thanks
            “I kena finalize baju untuk shoot esok”
            Judy melihat atas katil Dara yang dipenuhi gambar baju-baju yang direkanya. Bersepah-sepah. Kerja dah macam takda esok. Judy menggeleng. Dahulu dia lihat D yang lalui kehidupan seperti ini. Sekarang, Dara pula.
            “I dengar dari nenek you ada perancangan nak tinggal Malaysia terus lepas kahwin. Betul ke?”
            Dara menoleh. Dia hampir terlupa mengenai hal itu. “Macam mana dengan syarikat ni? You nak tinggalkan macam itu je?”
            “I sedang fikir semua itu”
            “Bila Dara? 4 bulan lagi you akan kembali ke Malaysia dan berkahwin. Bila you nak buat keputusan?”
            Dia terdiam. Semua ini membuatkan dirinya serba-salah. “I ingat nak minta bantuan you tengokkan syarikat ni”
            “Habistu? You nak buat apa?” Judy menyoal lagi. “I akan ulang-alik Malaysia dan New York” Dara melihat Judy tergelak, sinis. “You mampu ke? I risau nanti you lupakan terus syarikat ni”
            “What do you mean?
            Judy mendengus. “I nak you buat keputusan yang muktamad. Jangan berdolak-dalih. Syarikat ni perlukan you. Kez juga perlukan you. You rasa you mampu kekalkan keduanya ke?”
            Dara terkejut dengan pertanyaan Judy itu. “Kedua-duanya penting untuk I. I akan kekalkan kedua-duanya”
            “Bagaimana dengan syarikat nenek you? You kata you mahu ambil-alih syarikat dia?”
            Dia terkedu. Shit. Kenapa semua jadi semakin sukar? “I dah rasa nak gila” dia menggaru kepalanya. Terasa ingin menjerit ketika ini. Dia berada ditengah-tengah. Ditarik sebelah kanan dan kiri sehingga hampir tercabut.
            “Dara, you know that you can’t pleased everyone?”
            Dara mengangguk. Tapi dirinya tak sampai hati. “Kalaulah I ada klon” dia melepaskan keluhan. Judy memandang, bersimpati. “You fikirlah masak-masak. I harap you berfikir untuk masa depan you”
            Judy memegang bahunya sebelum berlalu keluar. Dara menghela nafas. Dia dah takda mood untuk buat apa-apa lagi. Sukarnya untuk buat keputusan.

*************************************************************

            -I need you here. All this suck. I hate it-
            Nafas terasa berhenti apabila mendapat meseg daripada Dara. Pantas dia meletakkan cawan diatas pantry sebelum berjalan laju masuk ke dalam bilik. Zaid yang melintasi pun tidak ditegur, membuatkan temanya itu kehairanan.
            Kez membuka laptop sebelum log in kedalam skype. Dia melihat Dara yang sudah online. Pantas dia membuat panggilan kepada Dara. Beberapa minit kemudian, panggilanya di jawab. Seketika kemudian, dia melihat wajah Dara yang sembab dan mata yang merah. Baru lepas menangis. Hatinya menjadi sayu.
            Kalaulah awak disisi saya sekarang. Hatinya merintih rindu. Sungguh susah bila bercinta jarak jauh ni. Ketika Dara susah, dia tak ada disamping gadis itu untuk menemani.
            “What happen?
            Dia mengesat hidung menggunakan tisu. Dara memandang Kez. Dia rindu. Kalaulah boleh terbang ke sisi Kez sekarang juga. “Hai” dia bersuara, serak. Kez semakin risau. Dia rela lihat Dara menangis dan meraung berbanding berpura-pura tidak apa-apa.
            “Saya dapat meseg awak. Kenapa menangis ni? Apa yang berlaku?”
           Airmata menitis lagi tanpa mampu ditahan. “Everything. Tadi ada shoot. Tapi jurugambar datang lambat. Saya tunggu hampir 3 jam dengan heels 4 inci. You know how I hate wearing heels. Lepas datang, dia mengada minta air la, makan la. Saya suruh crew uruskan. Bila tiba nak shoot, baju pula taknak berkompromi. Tak reti duduk statik. Asyik kena perbetul. Saya sakit hati bila tengok jurugambar tu macam nak tak nak je ambil gambar. I hate him. I hate him so much
            Dia mulai teresak-esak. Kez memandang, kaget. Tak tahu samada mahu bersimpati ataupun tersenyum. Dara nampak sangat comel membebel seperti ini. Walaupun Kez rasa, keadaan itu tidaklah teruk sangat. Mungkin Dara hanya lalui hari yang buruk sahaja.
            “Kalaulah saya tahu keadaan begini, pasti saya minta jadi fesyen designer di Malaysia. Sekurang-kurangnya awak boleh marah jurugambar gila tu bila dia buat muka”
            Kez tersenyum. Dara, Dara. “Awak dekat mana sekarang ni?” dia menyoal. “Dekat office. Saya takda mood nak buat kerja. Rasa nak balik Malaysia je sekarang ni”
            Kez hanya memandang. Tak banyak berubah kecuali lingkaran gelap bawah mata menandakan gadis itu tidak cukup tidur. Dia menjadi risau. Badan memerlukan rehat yang cukup untuk bertenaga.
            “Sejak bila Dara yang kental jadi cengeng ni?”
            Dara mencebik. Lelaki ni. Masih tak berubah. Kez ketawa, kecil. “Awak cuma lalui hari yang buruk sahaja. Saya yakin esok bila awak bangun, awak akan dapat hari yang baik pula”
            “You cakap senanglah” Dara melepaskan keluhan. Dia terasa lega sedikit bila meluahkan semuanya kepada Kez. “Saya tahu awak boleh buat. Saya yakin”
            Kez memberi senyuman. Dara menghela nafas. Sukarnya bila saling berjauhan. Walaupun sibuk tapi setiap hari dia teringatkan Kez yang beribu batu jauh. “I’m sorry. I dah lama tak contact you. Sekarang, you terpaksa dengar I membebel pula”
            Dia langsung tak kisah. Asalkan boleh dengar dan lihat wajah gadis ni, sudah cukup bererti. Kez berharap dia mampu disamping Dara jika gadis itu ingin menangis selepas ini. “Saya ingat awak dah lupa tunang sendiri”
            Mata dikecilkan dengan wajah geram. “Mana ada. Setiap minit I ingatkan you. I buat kerja tapi you selalu dalam minda. Tengok ni” dia menarik buku lukisan yang sentiasa dibawa. Helaian dibuka dan semuanya terdapat wajah Kez dalam pelbagai reaksi. Kez tergamam.
            “Setiap kali I ingat you, I akan lukis gambar you”
            Dia memandang dengan rasa terharu. Dara mencebik. Huh, baru awak tahu? “Banyaknya masa awak. Saya musykil, awak benar-benar sibuk atau tak?”
            “Mestilah sibuk. Meja I ni bersepah dengan rekaan tahu?”
            Kez tergelak. Syukurlah tak teruk sangat. Kalau tak, mahu dia ambil flight pergi New York malam ni juga. “Kez” lelaki itu kembali tersedar. “You sihat? Kenapa nampak you kurus sangat?”
            “I’m busy, my love. Sibuk berdiri bawah terik matahari. Nampak tak saya dah makin gelap?”
            Dara memerhati. Takdalah gelap sangat. Masih tampan. Tapi dia risau lihat wajah Kez yang kurus. Tentu makan tak ikut masa. “You tak skip makan kan?”
            Kez menggeleng. Terpaksalah tipu sunat. Nanti Dara membebel dan risau. Dara menghela nafas. “Bulan depan I balik”
            Dia terkejut. “Serius?” wajahnya bercahaya. Dara ketawa. “I cuti 2 minggu. Semalam I mimpi ada orang rindukan I sampai tak lalu makan”
            “Siapa?” kerutan kelihatan, berpura-pura. Dara tergelak. “You ambil I tau” dia bersuara, manja. Kez pantas mengangguk. “Miss Dara” dia mengangkat muka. “We have meeting in 5 minute
            Dara mengangguk. Dia kembali memandang Kez yang hanya tersenyum. “Awak kena pergi” Dara mengangguk. Tak sempat nak bersembang pun. “Nanti saya call awak lagi ye” dia mengangguk.
            “Jaga diri. Kalau rasa nak menangis, cepat-cepat meseg saya”
            Dara mengangguk. Dia memandang Kez. “Kez”
            “I miss you
            Kez mengukir senyum. “I miss you too

1 comment:

  1. sooooooo....sweeettt la Dara n Kez nih.....balik cepat2 M'sia yeh...ade owang windu 2

    ReplyDelete