Thursday, 28 March 2013

:) Bab 6


             Marry had a little lamb, little lamb, little lamb,
            Marry had a little lamb and the little lamb is you
            Mereka berdua ketawa apabila masing-masing menujukkan kearah masing-masing. Thea disebelah hanya mampu menggeleng. Dia tak tahu Q pandai bermain dengan budak-budak. Tirah pula jenis melayan. Memang kena sangatlah.
            “Nak nyanyi lagu apa pula?” Tirah menyoal dibelakang. Dia sudah berdiri diantara kerusi Q dan kerusi Thea sambil memandang Q.
            “Twinkle twinkle littler star?”
            Q segera mengangguk. Thea menghela nafas. Si Q ni pun satu. Melayan juga. Samalah dua-dua ni. Beberapa saat kemudian, dia sudah mendengar suara Tirah menyanyi dengan sedikit pelat. Tanpa sedar, dirinya juga tersenyum.
            “Like a diamond in the sky
            “Yeay. Sedapnya Tirah nyanyi” Q memuji, ikhlas. Tirah hanya ketawa. “Kak Thea lagi pandai nyanyi. Kak Thea pandai main gitar juga”
            Q terkejut. Thea terasa seperti dicekik. Dia memandang Tirah yang hanya ketawa. “Awak pandai main gitar?” dia menyoal, inginkan kepastian. Thea sedikit malu. Dirinya tidak sehebat lelaki disebelahnya ini.
            “Saya belajar sekejap je. Dengan abang saudara”
            Q mengangguk. Abang sudara? Dia sedar dirinya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Thea. Malah dia juga tak tahu Thea punya adik perempuan yang comel macam Tirah.
            “Tak mengapa. Nanti saya ajar” dia memberi senyuman dan pesanan kepada diri sendiri. Thea kembali diam. Q membelok masuk ke parkir yang kosong. Dia menoleh kearah Tirah.
            “Kita dah sampai!”
           Dia berlalu sebelum membuka pintu Thea terlebih dahulu. Thea sedikit kekok. Tak pernah sesiapapun melakukan semua ini untuknya. “Thanks
            “You’re welcome” senyuman tampan diberi sebelum Q membuka pintu Tirah pula. Adiknya itu turun dan segera memegang tangan Q. “Come” tangan dihulur tiba-tiba. Thea kaget sekejap. Q masih menanti. Tirah disebelah hanya tersenyum.
            Akhirnya dia menghulur juga tangan dan Q mengenggamnya. Senyuman terukir. Not bad, Thea. Walaupun masih jauh untuk saya fahami hati awak, saya takkan mengalah dengan mudah. Bersama, mereka melangkah masuk kedalan restaurant yang dibawa.
            “Wooooooow” mulut Tirah tergamam melihat hiasan dalaman restaurant tersebut yang sememangnya dihias khas untuk kanak-kanak sebaya Tirah. Thea turut berasa kagum. Sayangnya waktu dia kecil, restaurant seperti ini tidak wujud.
            “Papan gelongsor” tanpa berkata apa-apa, Tirah segera berlari kearah bahagian permainan kanak-kanak. Thea berjalan menghampiri dengan rasa risau. Tirah baru pulih. Dia tak mahu Tirah jatuh sakit semula.
            “Jangan main kasar-kasar” dia memesan, tegas. Tirah sudah berlalu ke sebelah lain kerana teruja dengan permainan yang disediakan. Thea mengeluh. Sia-sia je. Dia takkan dengar pun.
            “Biarkan dia. Saya bawa dia kesini untuk suruh dia main” Q bersuara disebelah. Thea memandang lemah sebelum mengalah. Asalkan Tirah tak apa-apa.
            “Thea” suara Q memanggil. “Come. Saya tahu awak lapar”
            Thea tergamam melihat 2 pinggan chicken chop sudah tersedia diatas meja. Q mengukir senyuman sebelum menarik kerusi untuknya. “Have a sit” dia mempelawa. Thea duduk tanpa bicara. Q menarik kerusi dan duduk bertentang.
            Perlahan dia memotong makanan yang didalam pinggan dengan kekok. Mereka baru 2 kali berjumpa. Hanya Q sahaja yang nampak bersungguh untuk perhubungan mereka yang palsu ini. Walaupun semu ini hanya lakonan namun Thea tidak mahu Q terlalu berusaha. Dirinya sudah membina tembok yang kukuh agar mereka tidak punya apa-apa perasaan sepanjang lakonan ini berlangsung.
            “Boleh saya tanya?” dia menyoal, tiba-tiba. Thea memandang sebelum mengangguk. “Jangan marah ye” wajah dikerut sedikit dan dia nampak comel. Thea menahan diri dari tersenyum sekarang ini. Kemudian dia mengangguk lagi.
            “Are you always like this? Maksud saya, jarang bercakap? Pendiam? Susah nak senyuman? You look beautiful when you smile though
            Thea terkedu. Dirinya sendiri tak tahu bagaimana nak menjawab sebenarnya. Dia menghirup jus oren dengan perlahan. Q masih menanti jawapan.
            “Saya kekok dengan semua orang” dia menjawab jujur. Q mengangguk tanpa bicara. “Malah dengan Sara dan Nas juga. Didalam hubungan kami, mereka selalunya yang take effort to approach. Maaf kalau saya membosankan”
            Q segera menggeleng. Dia tak mahu Thea salah faham. “No. It is not what I mean. Sebenarnya, saya macam awak juga. But being a singer, saya kena bercakap dengan ramai orang dan peminat. It really help me actually. Sebab itulah, saya harap awak lebih banyak terbuka dengan saya. Lagipun, I am your husband, right?”
            Senyuman diukir, mempamerkan lesung pipit. Thea cuba mengawal dengupan hati sekarang ini. “Boleh saya tanya?” Thea pula menyoal. Q mengangguk sambil membetulkan fedora yang dipakai.
            “Boleh saya berterus-terang?” dia menyoal lagi. Q hanya memberi senyuman. Jarang sekali Thea mahu berbual. Ini mungkin peluang untuk mereka rapat.
            “Maaf kalau terkasar bahasa. Tapi saya rasa awak tak perlulah terlalu memberi perhatian kepada saya. Tak perlu juga cuba untuk menyelami apa yang saya rasai. Cuba untuk mengenali keluarga dan cara kehidupan saya. Lets face the fact. Even if you are my husband, you can’t protect me right? You are just the fake husband. Awak tak boleh lindungi saya dari peminat awak. Awak tak boleh lindungi saya daripada kata-kata mereka yang menikam hati saya. Bukan saya harapkan apa-apa. Tapi saya mahu awak sedar garis yang memisahkan kita. You are the shining star. I’m just the norm night. Saya hargai apa yang cuba awak lakukan tapi saya harap awak hormati keputusan saya”
           Q tergamam. Thea bercakap tanpa henti sehingga dirinya tak mampu berkata apa-apa. Thea menghela nafas. Dia sudah bersedia dengan kata-kata penghinaan daripada peminat MARS nanti tapi ini apa yang dirasai oleh hatinya. Thea mahu Q faham bahawa dia bukanya seperti peminat MARS yang sanggup beratur 3 jam semata-mata mahu bertemu mereka.
            “Kakak!” panggilan Tirah sememangnya melegakan. Thea memandang Q yang masih diam. Terselit rasa bersalah kerana terlalu berterus-terang namun ini sahaja peluangnya. Mereka hanya bertemu sekali dalam seminggu. Thea tak punya masa yang lain.
            “Saya pergi tengok Tirah dulu”
            Dia berlalu kerana mahu menghidarkan diri dari rasa kekok diantara mereka berdua. Q masih lagi terdiam, terkejut. Ini ke sikap Thea yang sebenar? Disebalik wajah comel dan dingin, ada ketegasan yang tak tergugat?

******************************************************

            +Dasar tak sedar diri. Beruntunglah kau dapat buat fake marriage dengan Q+
            Dia scroll ke bawah walaupun hati terasa ditikam bertubi-tubi. Kenapalah aku rajin sangat membaca semua ni? Hati menegah namun minda seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras ketika ini.
            +Hey, kalau kau taknak. Q seribu kali tak mahu la. Kau ingat kau Nora Danish nak demand bagai?+
            +Perempuan macam dia ni, memang patut kena pukul dengan peminat MARS+
            +Berani kau cakap macam tu dengan Q ‘kan? Dasar perempuan berlagak+
            +Dia perasaan dia cantik kot?+
            +Kalau aku jumpa dia, siaplah. Q sendiri tak mengaku isteri nanti+
            Stop it, Thea. Kalau terus baca, bernanah hati sendiri. Silap-silap tempah terus Tanjung Rambutan. The power of fans just show me, how great Q really am. I’m just nothing compare to him.
            Dia termenung memandang skrin komputer. Mata terasa hangat. Bukan dia bermaksud untuk memalukan Q ataupun menyakitkan hati Q. Tapi dirinya yang tidak tahu mengekspresikan diri sendiri ini sering disalah-anggap.
            “Buat apa tu?”
            Dia segera menekan butang pangkah sebelum menoleh. Kelihatan mama menjengul mukanya sedikit dengan senyuman. “Tak ada apa-apa. Kenapa....mama....penuh tepung?”
            Mama ketawa, kecil. “Tirah tiba-tiba nak donut. Mama tengah siapkanlah. Nak tolong?”
            Thea memandang skrin komputer dihadapan sebelum dia menoleh semula dan mengangguk. Daripada memikirkan perkara seperti ini, baik tolong mama. Tenangkan minda. Dia berlalu ke dapur dan melihat mama sedang menggiling tepung yang siap diadun.
            Dia kemudian duduk dihadapan dan memandang. “Nak tolong apa?”
            “Tekan acuan ni lepastu ambil satu demi satu dan buang bahagian tengah” dia memandang dengan penuh teliti sebelum melakukan semua yang diajar dengan berhati-hati.
            Mama memandang dengan senyuman sebelum kembali menggiling. “Macam mana kolej? Study okay ke?” mama menyoal tanpa memandang.
            Thea sekadar mengangguk. “Kerja?”
            Dia angguk lagi. Mama hanya tergelak. Thea memandang bersama kerutan. “Kadang-kadang mama sendiri hairan. Macam mana kamu dengan Sara dan Nas”
            Mindanya tidak mampu memahami. “Maksud mama?”
            “Tidaklah. Kamu ni terlalu kurang bercakap. Mama risau kalau orang anggap kamu tak suka mereka. Oh ya, kamu juga jarang senyum. Walaupun anak mama ni cantik orangnya, tapi senyuman kamu tu lebih cantik”
            Thea diam sekejap. Aku ni terlalu pendiam ke? Sampai mama sendiri tak mampu berbual dengan aku? “Kalau kamu dengan Sara dan Nas, kamu memang macam ni jugak ke?” mama menyoal dengan rasa ingin tahu.
            “Rasanya sama” dia menjawab setelah berfikir sejenak. Mama hanya mampu menggeleng. “Sayang. Mama tahu kamu sukar luahkan apa yang kamu rasa dan inginkan. Tapi kadangkala kamu kena berlajar luahkan supaya hak kamu tidak diambil orang. Kamu kena belajar untuk mempertahankan diri kamu juga”
            Thea meletakkan donut yang terakhir didalam dulang yang sudah disapu tepung. Dia kembali memandang mama.
            “Thea tak pandai nak cakap apa yang Thea rasa” dia mengaku, jujur. Kerana banyak peristiwa yang berlaku didalam hidupnya, Thea mengajar diri untuk diam dan memerhati. Kerana sudah terbiasa, dia sukar untuk mengubah sikapnya itu.
            “Mama tahu kerana mama faham kelukaan kamu. Tapi orang luar tak. Jadi, kamu harus berubah sedikit. Mama tak suruh kamu buat mendadak tapi tak salah mencuba perlahan-lahan”
            Thea sekadar mengangguk. Mungkin cakap mama ada benarnya. Selama ini, dia terlalu selesa dengan diri sendiri tanpa mempedulikan pandangan dan rasa hati orang lain. Pasti Nas dan Sara banyak terasa hati dengan sikapnya ini.

**********************************************

            Mika memandang Q yang masih memetik gitar sambil memainkan lagu jiwang. Sebenarnya, tak tahu bagaimana nak berbual dengan Q selepas melihat episod terbaru rancangan realiti itu. Dia memandang Acap disebelah.
            “Pergilah” dia mengarah sambil berbisik. Acap menjegil mata. “Apahal aku?”
            Mereka menoleh ke arah Dhani. “Kau ahli bongsu. Q mesti nak cakap dengan kau” mereka menolak Dhani ke hadapan. Dhani menoleh.
            “Kalau dia headlock aku macam mana?”
            Mika hampir ketawa mendengar namun ditahan untuk tidak mengeruhkan keadaan. “Tak apa. Bukanya cedera parah pun. Pergilah!”
            Dhani tarik muka. Inilah nasib jadi ahli bongsu. Memang asyik kena buli je. Kaki diatur menghampiri Q yang kurang bercakap sejak 3 hari ini. Apa yang Q rasa sebenarnya? Mereka sendiri tak faham tapi inilah kali pertama mereka lihat Q seperti ini.
            “Eh, banyaknya burung dekat sini kan?”
            Mika dan Acap hampir terjelepok didalam rumah mendengar ucapan Dhani. Tanpa menunggu, ledakan tawa yang kuat dari dalam kendengaran dan membuatkan Q turut tergelak. Dhani memberi sengihan.
            “Sini takda burung, Dhan. Agak-agaklah kalau nak menipu pun” Q bersuara bersama gelengan. Dhani menggaru kepalanya sebelum duduk disebelah Q yang masih memegang gitar kesayangan.
            “Apahal? Ada benda nak cakap?” Q menyoal, pantas. Bukanya tak kenal Dhani. 4 tahun menjadi trainee bersama, ditambah dengan 3 tahun menjadi ahli kumpulan. Dia dah masak perangai mereka setiap seorang.
            “He He. Tak ada apa sebenarnya. Tapi kenapa aku nampak kau macam putus cinta jiwa dan raga ni? Siap main lagu jiwang bagai. Aku tahulah kau tengah cari idea untuk lagu terbaru MARS”
            Q sekadar menguntum senyum. “Aku berfikir sebenarnya” dia menjawab, tenang. Dhani mengerut dahi. Apahal gaya macam A Samad Said pula mamat ni? Kena aura apa sampai dah macam sasterawan negarai?
            “You are the shining star. I’m just the norm night. Kau faham?” dia menoleh ke arah Dhani. Kaget sebentar temanya itu sebelum menggeleng. “Pasal Thea ke?” dia menyoal, perlahan.
            Q tidak menjawab. Dia hanya mengeluarkan keluhan. “Dia sangat misteri dan aku sukar nak masuk dalam kehidupan dia yang sangat dikawal ketat. Mungkin kerana kami hanya palsu jadi dia anggap aku hanya pura-pura ambil-berat pasal dia”
            “Kau serius ke dengan dia?”
            “Untuk masa sekarang. Ya” dia menjawab jujur. Dhani mengangguk. Dia tahu Q seorang yang memahami walaupun kelihatan tidak mesra. Dia mengambil berat orang disekeliling dan kerana itulah dia yang terluka dahulu jika orang disekelilingnya tercedera.
            Q senyum kemudian. “Aku tak pernah jumpa gadis macam dia lagi” itu diakui benar. Thea sangat lain. Namun itu yang menarik minat. Thea jarang bercakap tapi sesekali bercakap, terserlah kematangan didalam setiap perkataan.
            “Itu yang buat kau tertarik?” Dhani menyoal bersama senyuman sinis. Q hanya ketawa. Semuanya masih terlalu awal. Dia sendiri kadangkala keliru samada mereka hanya berpura-pura atau betul. Perasaan yang dirasa ini hanya kerana penggambaran ataupun tulus dari hati.

***********************************************************
            
            Langkah diatur lebih laju apabila melihat Nas baru keluar dari kereta. Dia melihat Nas mengunci kereta selepas mengambil beg dan buku-buku dan pandangan mereka bertembung. Wajah masing-masing sudah menggambarkan apa yang dirasa sekarang.
            “Dapat contact dia?” Sara pertama menyoal. Dia risau sebaik melihat episode terbaru itu. Tak sangka Thea sanggup cakap macam tu.
            “No. That girl. Keras macam batu. Dia off handphone dia sepanjang cuti”
            Sara menggeleng. Puas mereka mencari Thea yang tiba-tiba hilang. Melihat komen dari peminat, Sara tahu Thea pasti terluka. Mereka diluar sana tidak memahami Thea. Mereka tak kenal siapa Thea. Mereka taktahu apa luka Thea. Kerana itu mereka cepat sekali menghukum.
            “Marilah. Aku rasa dia dekat kelas ni”
            Mreka mengatur langkah masuk ke bangunan khuliah. Beberapa pelajar memandang tajam namun mereka hanya buat tak endah. Pasti Thea kena lebih teruk.
            Sebaik tiba di Bilik Khuliah 1, Nas membuka pintu. Dia mencari segenap ruang. Tak ada. Dia menoleh kearah Sara yang turut menjungkit bahu. Selalunya Thea akan akan di bilik khuliah untuk subjek pertama. Tapi sekarang dia takda. Dimana Thea sembunyi?
            Mereka menyusuri koridor sambil memerhati sekeliling. Telifon aunty Nora tadi, dia cakap Thea keluar awal. Takkanlah tak sampai kolej lagi? Thea bukanya jenis melencong tak tentu hala. Mereka semakin risau.
            Nas masuk ke dalam toilet untuk memeriksa namun hampa. Sara membuka semua pintu yang dijumpai sehingga ke tahap pintu bilik stor tempat makcik cleaner menyimpan barang mereka turut dilihatnya. Bayangan Thea masih tidak kelihatan. Sara mengeluh, berat.
            “Dia tak datang kolej ke?”
            Nas menjungkit bahu. Thea seorang sahabat yang paling sukar diduga. Mereka yang cuba memahami gadis itu namun Thea merupakan sahabat yang baik. “Nas!” bahu temanya ditepuk. Nas memandang bersama pertanyaan.
            “Tu. Tu bukan sneakers Thea ke?”
            Dia menoleh. Hanya kelihatan sepasang kaki yang melunjur disebalik gazebo yang berada di Taman Botanical kolej. Nas memerhati untuk mendapat kepastian. Kemudian dia mengangguk.
            “Memang dialah tu. Mari”
            Mereka berjalan pantas menghampiri sepasang kaki itu. Nas menjengul terlebih dahulu. Kelihatan Thea tersengguk-sengguk bersama mata yang terpejam. Mereka tak jadi bersuara melihat Thea yang nampak sangat letih.
            “Orang cari bagai nak gila. Dia boleh tidur sini?” Sara menggeleng. Thea, Thea. Aku tak pernah jumpa perempuan macam kau! Nas memandang dengan rasa kasihan. Perlahan dia duduk disebelah Thea sebelum menarik kepala Thea dan disandarkan di bahunya.
            “Kau rasa sebab episod tu ke?” dia menyoal, perlahan. Sara mengangguk. Pasti Thea melarikan diri daripada pelajar perempuan kolej mereka yang sangat kejam. “Kita kenal Thea jadi kita tak salahkan dia. Tapi orang luar tak kenal Thea. Sebab itu mereka salah faham”
            Nas sekadar mengangguk. Dia mengerling ke arah Thea yang nyenyak tidur. Apa yang aku nak buat dengan kau ni, Thea?

*********************************************

            +Hai+
            Mata terbeliak sedikit. Dia menekan butang back dan melihat semula nama sender yang menghantar meseg. Thea hampir tak percaya. Q?
            Dia melihat Puan Juwita yang sedang memberi syarahan. Perlahan dia menunduk dan membalas.
            +Hai+
            Q tersenyum. Jarang sekali Thea mahu membalas meseg darinya. Dia melihat Acap yang sedang dihias oleh Tish. Hari ini mereka ada jadual bersama radio Era. Masa lapang digunakan untuk berbual dengan Thea.
            +Busy?+
            +Dalam kelas+
            +Ganggu?+
            +No+
         Q ketawa tiba-tiba. Kemudian dia menggeleng. Ice princess sungguh. Mulanya ingat Thea hanya berlakon tidak mengenali dirinya atau langsung tak kisah siapa dia yang sebenar tapi setelah hampir 2 minggu bersama, Q angkat bendera putih.
            Fathea Husna memang langsung tak heran siapa Qhalid Rayyan yang sebenar. Dia ketawa lagi. Ada lagi ke gadis macam ni zaman sekarang?
            +We need to talk+
            Dia membaca semua komen yang diberi peminat. Sejujurnya dia tahu Thea bukan cuba menyakitkan hatinya. Dia hanya mahu melindungi hati sendiri kerana mereka hanyalah berlakon.
            +When?+
            Q menggeleng. Tanya sepatah, sepatah juga dijawab. Tahanlah kau, Q. Dapat isteri keras hati macam gadis ni. Nasib baik comel. Kalau senyum, bertambah-tambah comel.
            +Private. Without camera. When do you free?+
            Thea sedikit terkejut. Dia ajak aku keluar ke? Tanpa kamera? Ini dah jadi kes lain ni. Thea menghela nafas, cuba menenangkan diri sendiri. Apa yang Puan Juwita cakap dihadapan sudah tak melekat di minda sekarang.
            +Tomorrow. Lunch. Lepastu terus kena kerja+
            Senyuman terukir. Ada chance. Boleh lepak kolej Thea. “MARS” suara Reza kedengaran. Q memandang. “Now” dia memberitahu.
            +Talk to you later. Take care+
            Thea terkejut. Itu je? Dia membaca semula perbualan mereka tadi. Nampak sangat kekok. Tak macam suami isteri langsung. Ini ke yang mama cuba beritahu?
            “Okay, guys. Types of media ada 2 jenis ye. Magnetic media dan Optical media” suara Puan Juwita kembali kedengaran. Thea menyimpan semula telifon didalam poket sebelum kembali memberi tumpuan kepada pembelajaran.

************************************************
           
            “Q”
            Dia menoleh melihat Tish disebelah. “Dah 20 minit kamu dekat sini. Taknak turun ke?” dia menyoal, sebal. Q baru tersedar. Entah kenapa, hatinya berdebar. Mungkin kerana kali ini mereka berjumpa tanpa kamera dan tak perlu berpura-pura.
            “Kejap lagilah, kak”
            Tish menjuling mata. Budak bertuah ni. Nampak macam benar-benar dah angau dengan Thea. Dia orang ni betul-betul ke berlakon? Tish sendiri keliru sekarang.
            “Kenapa kamu nak jumpa dengan dia waktu tiada penggambaran? Kenapa si Reza tu boleh setuju pula?”
            Q senyum. Teringat perbualan bersama Reza semalam. Nasib baiklah Reza jenis boleh terima asalkan imej MARS tidak tercalar.
            “We need heart to heart talk, kak”
            Tish menguntum senyum. Melihat Q yang sanggup mengorbankan waktu rehat untuk bertemu dengan Thea, dia bertambah tertarik. Pertama kali Tish melihat Q mengambil berat mengenai seorang gadis seperti ini.
            “Kenapa akak rasa kamu terlalu ‘menghayati’ watak sekarang ini?” kening dijungkit sebelah. Q ketawa, menutup rasa hati. Dia kemudian membetulkan baseball cap yang dipakai dikepala. Dengan pakaian yang kasual, Q harap dia tidak dikenali sesiapa.
            “Q nak gerak ni” dia memberitahu. Tish mengangguk.
            “Nak akak tunggu sini ke?”
            “Tak pe lah. Mungkin Q lama disini. Akak baliklah dulu”
            Tish mengangguk. Dia melihat Q membetulkan sedikit rambut dan rantai yang dipakai sebelum menoleh kearahnya. “Okay?”
            Senyuman terukir. Kemudian dia mengangguk. Q menghela nafas sebelum memandang ke luar tingkap. Kelihatan beberapa pelajar sudah beransur keluar dari perkarangan kolej. Waktu lunch sudah tiba.
            Come one, Qhalid. Kau boleh.
            Pintu dibuka dan dia turun dengan pantas. Q menutup semula pintu dan kemudian Tish menurunkan cermin tingkap. Senyuman diukir. Q turut tersenyum.
            “Good luck. Have fun” dia mengangguk sebelum menurunkan sedikit cap untuk melindungi wajahnya dan kemudian masuk ke dalam perkarangan kolej. 

2 comments:

  1. hishhhh susah plak idup thea ni bila ade fannatic fan kat Q cenggini....yg x salah pon nampak cam salah je uwaaaaa.....kesian3.....Q hang jgn plak pasni terkantoi ngan fans hang ms detim3 ngan thea 2 karang makin teruk plak thea kene serang ngan dowang seme 2 tau....

    p/s: n3 yg menarik n mendebarkan....sila hup lagi kalo ade mase eh....

    ReplyDelete