Saturday, 8 December 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 31

         “Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan”
        Dia mendengus. Terasa nak baling telifon ketika ini. Dimana Kez? Sudahlah hujan lebat. Kereta pula buat hal. Dara memandang keadaan sekeliling yang gelap. Memanglah rumah dah dekat tapi kalau nak ambil tindakan berani berjalan kaki, itu memang mencari nahas.
       Dara mencuba sekali lagi. Namun hasilnya tetap sama. Dara meletakkan kepala di stereng kereta. Apa yang perlu dilakukan sekarang? Dia melihat jam ditangan. Sudah pukul 9 malam.
         Akhirnya dia ambil keputusan untuk berjalan kaki. Dara sempat menghantar meseg kepada Kez sebelum dia mencapai beg tangan lantas keluar dari kereta. Selepas ini pasti dia akan ingatkan diri sendiri untuk menyediakan payung bagi menghadapi keadaan seperti ini.
         Sejuknya! Dia memeluk tubuh bersama badan yang menggigil. Langkah dipercepatkan dengan mulut terus-terusan meminta perlindungan daripada Nya.
         10 minit berjalan, akhirnya Dara tiba dihadapan pintu pagar. Perkarangan rumah masih kosong. Kez tidak balik lagi. Dia membuka pintu pagar sebelum berjalan masuk ke bawah bumbung garaj. Badan menggigil dengan lebih teruk. Segera Dara membuka pintu rumah dan masuk.
       Dia naik ke atas dan membuka pintu bilik. Tuala di capai dan terus masuk ke bilik mandi. 5 minit kemudian dia keluar bersama pyjama sambil mengelap rambut yang basah. Diluar, hujan masih lebat. Siap dengan kilat yang sesekali membuatkan dirinya terkejut.
           Dara turun ke bawah membuka lampu rumah. Pukul 11 malam. Kez masih tiada bayang. Dara menghela nafas. Telifon diatas meja dicapai dan nombor Kez didail. Masuk voicemail lagi. Dia mendengus. Susah betul nak jawab telifon. Lain kali, letak je terus dalam tong sampah. Biar tak dengar langsung.
           Tidak lama selepas itu, dia mendengar bunyi enjin kereta. Dara menyelak langsir tingkap. Kez baru balik. Segera Dara membuka kunci pintu utama dan menunggu disofa. Beberapa minit kemudian, Kez membuka pintu masuk sebelum mengunci semula.
            “Abang baru balik?”
             Kez mengangguk. “Mana kereta awak?” dia menyoal. Tadi baru tersedar kereta Dara tiada di perkarangan rumah.
             “Dara ingat abang tak sedar”
         Kez terkejut. Apa kena pula kali ni? Dara menghela nafas. Dia menghampiri dengan rasa geram. “Give my your phone” dia bersuara, tegas. Kez kaget. “Apa awak nak buat?”
          “Give me!” bukan maksud Dara untuk meninggikan suara tapi kesabaranya memang sudah habis sekarang ini. Kez menyeluk saku seluar lantas menghulurkan kepada Dara.
       Dara melihat telifon yang dioff. Hatinya rasa bagai dibakar ketika ini. Dia sendiri yang mengaktifkan telifon tersebut. Tidak lama kemudian, miscall daripada Dara mulai muncul. Kez terkejut. Dia mematikan telifon tadi kerana meeting tapi dia terlupa untuk menghidupkanya semula.
             “And I thought your battery died or you forgot to charge your phone
          Seluruh badan terasa lemah. Dia memandang Kez. Mata bergenang dengan pantas. “Abang tahu kenapa Dara call? Abang tahu kenapa berpuluh-puluh kali Dara call?”
              Kez hanya membisu. Hatinya semakin sakit. Cakap Kez! Beritahu saya alasan awak! Jangan diam macam tunggul kayu! Kalau diikutkan hati, mahu dia menjerit semuanya kepada Kez sekarang ini. Tiba-tiba, telifonya bergetar. Dara melihat nama pemanggil.
             Tanpa menunggu, dia menjawab. “Hello Kez. Esok awak breakfast dengan saya tempat biasa ye? I miss you already
              Eva! Ya Allah. Dugaan apa yang kau beri ini? Dara memandang Kez yang seperti ditangkap melakukan sesuatu yang besar. Tanpa sedar, dia membaling telifon ke lantai. Hancur berkecai, sama seperti hatinya sekarang ini. Kez terkejut.
                “Abang ada affair dengan Eva? Abang ada hubungan sulit dengan dia?”
                “Apa awak merepek ni?”
          “Did you having an affair with her?!” suara dikeraskan dengan rasa marah yang teramat sangat. Kez menelan air liur. “Kenapa kalau ada? Saya berhak untuk berkahwin dengan orang yang saya cinta!”
         Dia benar-benar rasa lemah sekarang ini. Terasa tidak mampu berdiri. Kenapa? Kenapa semuanya harus jadi seperti ini? Selepas apa yang aku lakukan, ini ke balasan Kez?
                “I am your wife. How dare you have an affair when you have your wife!” dia menjerit kuat. Dara dah tak peduli. Hatinya benar-benar hancur. Kez tak guna! Awak memang tak guna!
                “Isteri yang memaksa saya? Isteri yang menggongkong saya? I don’t love you. So stop with all this. Awak yang hendak berkahwin dengan saya. Bukanya saya. What do you expect from me? Saya berhak mencari wanita yang saya cintai walaupun saya sudah berkahwin!”
             Airmata mengalir laju. Kez! Awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Dara menggeleng. Dia tak mahu percaya. Dia tak mahu percaya Kez tidak mencintainya. Dia tak mahu percaya Kez memilih Eva berbanding dirinya.
           “Apa yang perlu Dara buat, bang? Apa lagi? Dara dah buat semuanya untuk abang! Dara telan semuanya demi abang. Dara bersabar dengan perangai abang. Apa lagi yang abang nak?”
           Dara benar-benar terasa kalah. Dia penat dengan sikap Kez. Dara boleh terima semuanya. Dia terima kebencian Kez. Dia boleh terima kata-kata Kez yang melukai hatinya. Tapi sampai bila-bila pun Dara tak boleh terima jika Kez ada perempuan lain!
          “Dan Dara sangka abang boleh diubah. Dara sangka perlahan-lahan, abang akan kembali ingat. Sebenarnya, Dara yang bodoh. Dara ingat Dara boleh ubah abang!”
          Airmata semakin laju mengalir. Hati yang sudah hancur, takkan mungkin boleh disembuh lagi. Kali pertama dia merasa sakitnya mencintai orang yang tidak mencintai kita.
         “Dara kalah. Abang buatlah ikut suka hati abang. Dara penat sangat, bang” dia sudah menangis teresak-esak.
 “Dara penat sangat” dia berlalu naik keatas bersama hati yang sudah parah. Sampainya hati Kez. Teganya Kez membuatnya seperti ini. 

******************************

       Orang kata kalau kita sayangkan orang tu, kita lepaskan dia pergi bersama orang yang dicintainya berbanding dia tinggal dia disisi kita tapi menderita. Airmata mengalir sebaik mata dibuka keesokan harinya. Dara ingat semuanya akan hilang bila dia bangun namun semua itu sekadar untuk melarikan diri dari kenyataan yang sebenar.
            Dia mengiring ke kiri. Gambar perkahwinanya yang digantung di dinding merobek hati yang sememangnya sudah hancur. Airmata menitis menuruni pipi. Perit. Sakit. Tak pernah Dara rasa seperti ini. Sewaktu bercinta, tak pernah wujud orang ketiga diantara mereka. Tapi kenapa selepas berkahwin, baru semua ini berlaku?
             “After what had happen, I still love you so much. How fool I am, Kez? How did I love you so much?
             Dia menangis lagi. Dara tak pernah rasa dirinya selemah ini. Kali ini dia jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangun lagi.
             Semua kenangan berputar di minda. Disaat Kez meluahkan perasaan kepadanya.
             “Someone who I can love without having a second thought
       Jangan seksa diri sendiri Dara. Minda mengingatkan. Namun jika dia sendiri tak mampu mengawal hatinya, siapa lagi mampu?
            “I’ve never been inlove so I can’t recognize how love actually are” waktu itu dia mampu rasakan kejujuran Kez. Kerana mereka bersama sejak sekolah. Dara tahu hidup Kez hanya dengan basketball dan Jas sahaja.
            “The feeling that I have for this past 4 years was never a teenager’s feeling at all. It is true”
            Waktu itu, sebak sangat. Tak sangka Kez yang keras hati. Yang dingin boleh meluahkan perasaanya. Malam itu adalah malam yang takkan Dara lupakan seumur hidup.
            “So, will you marry me?”
Thank you, sayang. I love you so much
Awak dah lupa Kez? Betapa sukarnya untuk kita bersama? Betapa kerasnya hati kita berdua. Setelah bertahun lamanya akhirnya kita mampu mengakui hati sendiri. Awak lupa semua itu?
“Thank you so much. Terima kasih kerana terima saya. Insya-ALLAH, saya akan menjadi imam terbaik untuk awak dan bakal anak-anak kita nanti”
Can you still keep your promise, Khairul Muslim? Awak berjanji untuk menjadi yang terbaik untuk saya. Apa yang awak lakukan sekarang? Berapa banyak airmata saya yang sudah mengalir kerana awak.          
         Dia ingat menjerit. Melepaskan semuanya yang terbuka. Dara ingat memukul Kez. Membuat lelaki itu cedera. Biar Kez rasa apa yang dirasainya ketika ini. Namun Dara sudah tidak punya kekuatan lagi. Dia sudah terlalu lama menjadi kuat hingga sekarang dia tak punya apa-apa lagi.
         Dara mengesat lemah airmata. Seluruh badan terasa tidak mampu lagi. Kepala juga terasa amat sakit ketika ini. Dia cuba bangun namun tiba-tiba biliknya terasa berpusing 360 darjah. Dara meletakkan belakang tapak tangan di kepala. Panas! Dia tahu dirinya demam. Semuanya kerana berhujan malam semalam.
          Perlahan-lahan dia bangun. Walaupun terasa sangat payah namun Dara gagahkan diri juga. Dia melihat cermin di meja solek. Muka yang bengkak sudah memberitahu semuanya. Dia menjadi sayu. Semuanya kerana Kez. Dia ketawa sambil menggeleng. Airmata kembali turun.
         “Sejak bila kau jadi bodoh sebab cinta, Alessandara Damia?”
        Dia menghela nafas. Sejak aku kenal Kez! Tubuh digagah untuk berdiri. Dia menuju ke bilik air dengan menggunakan kekuatan yang ada. Pintu bilik mandi ditutup dan pili shower dibuka.
       Dara duduk bersila diatas lantai tanpa membuka apapun. Dia membiarkan sahaja air dari shower membasahi tubuh untuk menghilangkan semuanya. Airmata kembali mengalir. Dara mengangkat ke dua belah kaki sebelum meletakkan dagunya diatas lutut. 

Sudah cukup cukup sudah,
Cukup sampai disini saja,
Daripada hati gelisah,
Cintaku kau balas dengan dusta,
Sudah cukup cukup sudah,
Cukup sampai disini,
Daripada batin terseksa,
Lebih baik ku pergi saja. 

         “Adakah sudah tiba masanya untuk saya lepaskan awak mencari kebahagiaan sendiri, Kez?” dia menangis lagi. 

***********************************

          I said stop it, Eva. Enough is enough
        Eva tergamam. Tak sangka Kez akan meninggikan suara kepadanya hari ini. Kez mendengus. Otak terasa hendak pecah sekarang ini. Sudahlah dirumah masalah Dara. Di pejabat Eva pula. Sampai bila aku nak macam ni?
         “Kenapa dengan awak ni?”
         Kez meletakkan pen diatas meja. Serabut. Terasa nak menjerit untuk melepaskan semuanya. “We should stop. I am a married man. Saya tak mahu teruskan hubungan ini”
         “Apa maksud awak? Awak baru je terima saya beberapa hari yang lepas. Kenapa ni Kez? Apa yang berlaku?”
       “I hurt her. She’s crying because of me. Awak tahu betapa teruknya saya rasa sekarang? Walaupun saya tak punya apa-apa perasaan pada Dara tapi saya tak pernah mahu lihat dia seperti itu. She is my wife. As a husband, I should make her happy. Bukanya macam ni”
             Eva terdiam. Dia tahu Kez dalam keadaan serba-salah. Dia tahu dirinya sangat pentingkan diri ketika ini. Namun Eva sudah tidak mampu melepaskan Kez lagi. Eva boleh lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Kez ketika ini.
            “Sooner or later, she will accept it, Kez. Saya yakin Dara boleh terima hakikat awak tak cintakan dia. Lagipun, saya tak pernah suruh awak ceraikan dia. Saya dah cukup bertolak-ansur awak tahu tak?”
                Kez hanya membisu. Dia meraup wajahnya dengan pelbagai perasaan. Dia sendiri tak pasti apa perasaanya kepada Eva. Dia hanya keliru sekarang ini.
                “Sudahlah. Awak boleh keluar. Saya dah takda mood untuk berbincang”
                Dia melihat Kez yang sudah kembali menghadap komputer dihadapanya. Eva tidak mampu bercakap apa-apa lagi. Dia tahu Kez perlukan masa. Tapi apa yang pasti, Eva akan pastikan Kez menjadi miliknya!
                “Saya keluar dulu. Awak berehatlah. Nanti kita lunch bersama”
              Kez mengeluh sebaik pintu biliknya ditutup. Wajah menangis Dara menghantui dirinya saban hari. Walaupun dia sendiri mengakui hatinya tidak pernah punya apa-apa perasaan. Tapi kenapa aku yang merasa sakit? Kenapa aku yang rasa bersalah?
                “Kez”
                “I said we should stop. Don’t you under….”
                Kez tersentak melihat Zaid di pintu. Wajah temanya itu berkerut. “Kau marah siapa sampai aku pun jadi mangsa ni?” dia menyoal, hairan. Kez menghela nafas. Zaid menghampiri selepas menutup pintu.
                “Tak ada apa-apa. Kenapa kau dekat sini?”
            Zaid merenung tajam. Dia tahu Kez ada masalah. Dia bukanya kenal Kez semalam. Walaupun lelaki ini banyak menyembunyikan kisah hidupnya tapi Zaid kenal sangat dengan Kez.
                “Aku bukanya nak menyibuk. Sebagai kawan, aku kenal kau lama. Tapi telinga aku ni dah sakit mendengar pekerja syarikat kita bercakap”
                “Tentang apa?”
                “Kau dan Eva” Kez terkejut. Zaid menarik kerusi lantas duduk dihadapan Kez. Wajah Kez kaku, tidak bergerak. “Apa sebenarnya hubungan kau dengan Eva?”
                Kez terdiam. Dia tak tahu nak jawab apa. Zaid mengeluh. Walaupun dia tak kenal Dara tapi mereka pernah berjumpa dahulu. Dia senang melihat Dara disamping Kez. Tapi kenapa sekarang semuanya berubah? Kenapa Kez berubah?
                “Kau dah lupa kau dah berkahwin? Atau kau buat-buat lupa?”
            Dia rasa disindir. “Aku tak pernah lupa, Id. Aku tak pernah lupa aku kena kahwin paksa dengan orang yang aku tak cinta!” dia menjawab, keras. Zaid menggeleng. Tak habis-habis ungkit cerita lama. Sampai bila kau nak sedar, Kez? 
                “Itu tak mengubah hakikat yang kau dah berkahwin tapi kau tetap jalinkan hubungan sulit dengan Eva!”
                Muka terasa dibakar. Zaid memandang geram. Memang pantang betul untuknya bila lihat lelaki macam Kez boleh terjerumus seperti ini. Dia mahu menyelamatkan Kez sebelum terlambat.
                “Siapa cakap aku ada hubungan sulit dengan Eva?”
       Zaid ketawa, sinis. “Orang disekeliling boleh jadi saksi, Kez. Telinga aku ni” dia menggoyangkan telinganya.
 “Dah bernanah dengar kisah kau dan Eva. Aku tahu selama kau balik lewat beberapa bulan ni bukan sebab kerja. Ramai dah pekerja yang pernah terserempak dengan kau orang berdua”
             “Habistu, kalau tengok aku dengan dia berdua, kami ada hubungan sulit  la, macam tu?”
             “Apa lagi yang orang boleh fikirkan? Pukul 12 kau masih dengan dia. Berdua sedangkan kau dah kahwin. Ada isteri dirumah. Apa yang kau nak orang fikir? Oh, dia orang ni ada meeting dekat mamak sampai lewat malam. Macam tuh?”
            Kez terdiam. “Selama aku kenal kau, tak pernah kau macam ni. Dahulu, aku pernah kutuk kau sebab kau terlalu gila kerja sampai tak bersosial. Tapi sekarang aku rasa lebih baiklah kau macam dahulu. Sekurang-kurangnya, aku masih boleh hormati pendirian kau walaupun kau lebih muda”
         “Kez” Zaid bersuara, lembut. Kez sudah dianggap seperti adik. Begitu juga Dara. Dia mahu membantu menyelamatkan perkahwinan mereka. Oleh itu, Kez harus disedarkan sebelum keadaan berlanjutan lebih lama.
           “Dara isteri kau. Dia tanggungjawab kau. Walaupun kau tak cintakan dia, kau takda hak untuk jalinkan hubungan sulit dibelakang dia. Walaupun kau rimas dengan dia, tolong hormati dia sebagai isteri kau. Kalau kau tak buat, kau rasa siapa lagi nak buat? Jangan sebab Eva, kau rendahkan martabat isteri kau sendiri. Berdosa, Kez. Lakukan hubungan sulit ketika kau masih punya isteri. Kalau betul kau sayangkan Eva, buat cara elok. Aku tak suka dengar benda-benda macam ni”
       Zaid melihat Kez membisu. Dia tahu Kez sedang berfikir. Zaid berharap Kez membuat keputusan yang terbaik untuk perkahwinanya.
                “Sebagai kawan, aku hanya nak kau bahagia. Fikirlah baik-baik”
             Dia bangun menolak kerusi bersama helaan nafas. Tak sangka keadaan jadi seperti ini. Kalau Zaid tahu, dari awal lagi dia menarik Eva keluar dari menguruskan projek bersama Kez. Sedikit-sebanyak, kesalahan ini berpunca darinya juga.
          “Oh ya” dia menoleh sebaik tiba di pintu. Kez memandang. “Kez yang dahulu sangat mencintai Dara. Aku yakin, cinta itu masih wujud. Cuma kau sahaja yang tak mahu mencarinya”
                Pintu ditutup selepas senyuman diberi. Kez mengeluh, berat. Dia tak tahu nak buat apa sekarang. Matanya terpandang cincin perkahwinan mereka. Walaupun benci namun dipakai juga demi menjaga hati Dara. Apa sebenarnya yang sudah berlaku? Siapa Dara pada aku selama ini? 

****************************************

                +bleh abg blik? Dara nk ke hsptal+
                Kez memparkir kereta di garaj kereta kemudian mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat tv terbuka namun Dara sudah tertidur diatas sofa. Perlahan Kez menghampiri. Wajah putih bersih itu kelihatan kemerah-merahan.
                Tanpa sedar dia mengusap dahi Dara dengan lembut. Isterinya itu segera tersedar. “Abang” suaranya kedengaran serak. Kez mengangguk.
                “Dara rasa tak sihat. Boleh hantar Dara ke hospital?”
           Kez meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Panas. Macam dipanggang. Wajahnya berubah. “Kenapa tak call abang awal pagi tadi?”
               Dara hanya diam. Jika tidak kerana tidak larat untuk bangun, pasti Dara lebih rela naik teksi. Menagih kasih lelaki ini buat Dara sangat penat dan terluka.
           Kez bangun membuka kot dan melonggarkan tali leher. Dia melihat lengan baju kameja hingga ke siku sebelum mencempung tubuh Dara dengan mudah. Dara terkejut
                “A…Abang”
                “Awak pasti tak larat nak jalan. Ini lebih cepat”
            Kez melangkah tenang. Hatinya berdebar. Setiap kali berhampiran dengan Dara, hatinya akan berdegup bagai nak gila.
             Dara memaut leher Kez dengan lembut. Terasa mahu menangis sahaja sekarang ini. Sungguh dia sangat merindui Kez. Walaupun berpuluh kali Kez melukai hatinya. Dara masih mahu disamping lelaki ini. Dara masih mahu mencintai lelaki ini. 

****************************************

                Kez memerhati Dara yang sedang nyenyak tidur. Dia melihat jururawat menyelimut tubuh Dara hingga ke paras ada. Kelihatan doktor sedang mencatat sesuatu di bukunya.
                “Encik Khairul”
                Dia tersedar. “Ye saya”
                “Isteri encik alami stress dan demam yang sangat panas. Saya masukkan air kerana badan isteri encik kekurangan air. Kami akan tahan Puan Alessandara untuk sehari dahulu. Jika isteri encik sudah pulih, dia sudah boleh keluar keesokan hari”
          Kez hanya mengangguk. “Terima kasih doktor” mereka bersalam sebelum doktor dan jururawat itu meminta diri untuk pergi.
                Sekarang, hanya tinggal mereka berdua. Kez menghampiri Dara yang masih tidur. Mungkin kesan ubat yang diberi. Baru sekarang Kez perasan betapa kurus dan cengkungnya Dara. Jauh berbeza dengan kali pertama mereka bertemu.
              Tiba-tiba, telifon bimbitnya berbunyi. Kez menjauh sedikit apabila tertera nama Eva sebagai pemanggil.
                “Ye” dia memandang Dara untuk memastikan isterinya itu masih tidur.
                “Dara masuk hospital. Saya tak boleh bertemu awak buat masa sekarang”
                Dia diam mendengar rasa tak puas hati Eva. Kez merasa sesak. Eva mendesaknya untuk berjumpa. Langsung tidak menghiraukan keadaan Dara.
                “Saya taknak bertengkar dengan awak sekarang ni. Dara lebih penting. Bye!”
            Panggilan dimatikan dan telifon dioff. Kez menghela nafas. Sejak bila Eva menjadi pendesak? Sejak bila Eva merasa dia mampu mengawal kehidupanya?
                Telifon disimpan didalam poket semula. Walaupun dia sering balik lewat. Walaupun dia tak pernah menelifon Dara dan membiarkan Dara menunggunya sehingga lewat malam. Dara tak pernah mendesak seperti Eva!
                Kez kembali menghampiri. Dara masih tidur. Syukurlah Dara tak apa-apa. Kalau tak, mesti teruk kena bebel dengan ma dan Jas. Tambah pula nenek. Kez menghela nafas.
                “Kez yang dahulu sangat mencintai Dara. Aku yakin, cinta itu masih wujud. Cuma kau sahaja yang tak mahu mencarinya”
                Zaid kelihatan sangat yakin. Membuatkan Kez berfikir semula. Benarkah dahulu mereka saling mencintai? Benarkah dahulu dia takkan pernah lakukan hal seperti ini kepada Dara? Benarkah cinta itu masih wujud cuma dia tidak mahu mencarinya?
                Kez masih tidak pasti. Dia masih keliru. Sekarang, dia ingin mencari kenangan Dara yang dilupakan dahulu. Siapa sebenarnya Dara? Dimana cinta itu tersembunyi? Semua itu pasti mengambil masa untuk diingati semula.

3 comments:

  1. semoga kez dapat balik memori dia ngan damia....
    mgkn kez x perasan yg dia pernah panggil dara damia...
    damia jgn mudah putus asa...
    eva 2 melampau betul...g antar eva kat lautan artik sana...
    nak lgi...

    ReplyDelete
  2. kesian Damia...sampai hati Kez ada affair ngan Eva. tau la hilang ingatan...tp sanggup dia wat cam 2 kat Damia...cari la perasaan 2 Kez jgn sampai Damia dah berputus asa dan membuang perasaan yang ada 2 pergi menjauh...karang susah dah hang nak dpt kan balik perasaan 2 dari Damia

    ReplyDelete
  3. Is there is no more new entry for this novel? miss Dara so much....

    ReplyDelete