Saturday, 22 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 12


Meriahnya. Hari pekerja kafe diadakan di tepi pantai. Dia diambil oleh Kinah menggunakan kereta sebelum sama-sama kesini.
            ”Sedapnya bau makanan”
          Kinah menggosok perut yang sudah berkeroncong. Dara memerhati sekeliling. Kelibat Kez masih tidak kelihatan.
        ”Jom Dara” panggilan Kinah mengejutkan dia disebelah. Dara mengatur langkah kearah tempat pembakar yang dipenuhi dengan pekerja lain.
            ”Da.Ra!” Nabil bersuara, riang. ”Hai Na.Bil!” Dara tergelak.
           Izzat disebelah hanya menggeleng. ”Makan?” Hakim menghulur kepak ayam yang sudah siap dibakar.
            ”Memang nak makan pun. Lapar gila” Kinah sudah mengambil pinggan kosong yang disediakan. Dara memilih 2 ketul ayam dan sosej sebelum duduk disebelah Ain dan Hana.
            ”Hai” mereka menegur, ceria. ”Baru sampai ke?”
            Dara mengangguk. Kinah kembali bersama 2 gelas air sirap limau. Dia kemudianya duduk disebelah Dara menghadap pemandangan laut yang hitam. Hanya kedengaran bunyi ombak sahaja.
          ”Pedas sikit kan?” Kinah bersuara sambil mengunyah ayam didalam pinggan. Dara bersetuju. Nasib baiklah dia dah boleh tahan dengan masakan yang pedas. Semuanya kerana kerja gila menerima deal daripada Kez dahulu. Kalaulah dia tahu apa itu asam pedas, bagi 1 juta pun belum tentu dirinya bersetuju.
            ”Aku dengar Kez akan buat persembahan lagi malam ni”
            ”Ya?”
      Kinah mengangguk. ”Semakin sukalah si Nadia dan konco-konconya itu” Dia tergelak sambil menggeleng. Kinah, Kinah. Anti sungguh dengan si Nadia tu. Kalau berjumpa, bergaduh je kerjanya.
           Dara merenung laut dihadapan. Tenangnya. Dah lama tak rasa tenang macam ni. Teringat waktu dirinya dan mama bercuti ditepi pantai. Rindunya kenangan waktu itu. Sudah jauh mama ditinggalkan. Dirinya sudah meneruskan hidup sendiri. Namun mama akan tetap ada didalam hatinya sampai bila-bila.

*************************************************

            ”Hey”
           Dia menoleh melihat Kez duduk disebelah sebaik persembahanya tamat. Senyuman nipis diberi. ”You dah makan?”
            ”Baru habis. Awak?”
            ”Sebaik sampai, saya dah makan”
            Kez tergelak sambil menggeleng. ”Minggu depan result keluar”
            Dara mengangguk. Rasa cuak gila. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik, esok dah nak tahu keputusan. Takut gila.
            ”Awak balik New York semula ke?”
            ”Hah?”
            ”Iyalah. Kawan-kawan awak banyak disana. Awak nampak lebih selesa disana”
            Dara diam. Balik semula? Dia tak pernah terfikir selepas hampir setahun disini. Jika dahulu, dia yang beria-ia tak mahu pulang. Sekarang, dirinya pula yang tak mahu kembali. ”Macam mana dengan you? Dah ada perancangan sendiri ke?”
            ”Entah. Basket takkan mungkin dibawa hingga usia 30 tahun. Saya kena cari kerja yang lebih stabil”
            Dia tergelak. Memang gila sungguh. ”I forgot. You and your basketball life
            Senyuman diberi. ”Tak sehebat awak yang masukkan 3 pointer berturut-turut”
            ”Credit goes straight to my coach
            Senyuman masih dibibir. Kez memandang Dara yang turut senyuman. Apa yang saya rasa ni hanya mainan perasaan remaja ke? Adakah semuanya akan dilupakan bila kita meningkat dewasa?
            ”Kez”
            Lelaki itu menoleh. ”Thanks” kerutan muncul didahi. ”Untuk semuanya”
            Gaya macam takkan jumpa lagi je lepas ni. ”Untuk apa?”
            ”Saja. Tiba-tiba nak cakap” dia memberi sengihan. Kez menjulingkan mata. Macam-macam. ”Thanks untuk awak juga”
            Dara akhirnya tergelak. ”Gaya macam kita tak jumpa lagi lepas ni” Kez sekadar memberi senyuman. Jantungnya berdebar. Dara diam memandang. Haila cik jantung ni. Kenapa tiba-tiba macam orang lepas lari 100 meter?
            Mereka akhirnya diam bersama. Masing-masing menyimpan rasa. Masing-masing merasa perasaan mereka hanyalah perasaan remaja. Tak serius. Dara bermain dengan jari sendiri. Kez merenung jauh. Tiada sesiapapun yang mahu meluahkan apa yang mereka rasa ketika ini.

*******************************************************

           Suasana di sekolah kecoh dengan jeritan dan tangisan. Dara terasa seperti ingin berpatah balik. “Wait. You nak kemana?
            “I tak sanggup nak ambil”
      Judy menggeleng. “No way. You kena hadapinya juga. Come on, Dara. Jadi berani sikit” Dara mengangguk. Kuatkan semangat Dara. Sampai bila nak lari? Langkah diatur kearah dewan.
            “Dara!”
           Lambai Jas yang seperti sudah mendapat keputusanya. “Hey” dia memberi senyuman, resah. “Baru sampai?”
            “Tunggu Jude siap. Itu yang lambat”
           Jas tersenyum melihat Judy disebelah. “You dapat berapa?” dengan pantas dia menyembunyikan slip peperiksaanya. “Pergi ambil diri sendiri punya dulu”
            Dara mencebik sebelum berlalu kearah cikgu Siti. Senyuman diberi. “Apa khabar, Dara?”
            “Baik cikgu”
            Cikgu Siti mulai mencari slip namanya. “Tahniah. 8A”
         Dia terasa bermimpi. 8A? Serius 8A? Hampir tak percaya sahaja. “Kamu diantara 10 orang pelajar terbaik sekolah” cikgu Siti menambah. Dara masih lagi terkejut. Dia sempat mengucapkan terima kasih sebelum berlalu kearah Judy yang setiasa menanti.
         “Macam mana?” Jas menyoal, tidak sabar. “8” dia memberitahu. Mata Jas terbeliak. “8A?” angguk sahaja.
            “Waaaaaa” jeritan Jas membuatkan semua pelajar menoleh kearah mereka. Dara menggeleng namun senyuman diukir. “Tahniah” pelukan dari Jas dibalas erat. “Aku tumpang gembira untuk kau”
       Dara kemudianya memandang Judy yang sekadar tersenyum. “I’m proud, babe” ujarnya, ikhlas. Senyuman diberi. Kalaulah mama ada. Kalaulah mama boleh kongsi kegembiraanya ketika ini. Pelukan diberi. Dara menghela nafas, mengawal perasaan.
            “Mama you pasti bangga”
            Diam. Dara mengeratkan pelukan dan memejam mata. Dia tidak mahu airmata tumpah dihari bahagia ini. Hampir setahun mama pergi, Dara tidak pernah merasa terlalu rindu sehinggalah saat ini. Judy mengusap belakang Dara dengan lembut.
            “I rindu mama”
           Perlahan sahaja diucap. Judy mengangguk, faham. Dirinya turut sebak mengenangkan D yang pasti orang yang paling gembira. “I tahu”

***********************************************

            Dara kembali ke bilik loker apabila waktu rehat bermula. Kakinya benar-benar letih selepas seharian berdiri melayan pelanggan yang hadir. Dara duduk di kerusi dan mengurut kakinya yang sakit. Itulah, degil! Nenek dan Judy suruh berhenti tapi taknak.
            Nasib diri la, Dara. Kau ada perangai degil yang tak boleh diubah hingga mencederakan diri sendiri. Dara memandang sekeliling bilik loker yang sunyi. Pekerja lain pasti sedang berehat di bilik yang disediakan oleh Encik Faizal.
          Matanya yang meliar, berhenti melihat sampul surat putih di hadapan loker Kez. Dia mengerut dahi. Surat ke? Dara bangun mengambil surat tersebut. Dia terkejut.
           Nagoya University, Japan? Dia mengerut dahi. Kez apply U dekat Jepun ke? Jas pun tak beritahu apa-apa. Dia melihat sampul yang sudah dibuka. Dara terkejut apabila pintu bilik loker dibuka. Kez berdiri dan melihat Dara memegang sampul U yang ditaja.
            Dia segera masuk dan mengambil sampul itu dari tangan Dara. Dara tersedar. “You nak pergi Jepun?” dia menyoal, perlahan. Kez membuka loker sebelum meletakkan sampul tersebut didalamnya. “Saya ditaja”
            Dara menangguk. Jepun? Jauhnya. “You dah beritahu Jas?” dia menyoal semula. Kez diam. “Belum”
            “You ada 2 hari untuk jawapan”
          Kez terkejut. “Awak baca?” dia menyoal semula. Dara terdiam. Dia bersalah kerana membaca surat orang namun Kez lagi bersalah kerana merahsiakan perkara besar seperti ini. “Kalau I tak baca, sesiapapun tak tahu. Nanti I dengar you fly pergi Jepun je”
           Suasana sunyi. Dara duduk memandang Kez. “You nak pergi ke?” Kenapa? Kenapa hatinya rasa sakit sangat sekarang ini? “I taktahu”
            “You tak punya banyak masa lagi, Kez. You nak pergi ‘kan?”
        Kez mendengus. Dara terlalu mendesak. “Ya. Memang saya nak pergi. Salah ke?” Dara terkejut mendengar suara tinggi Kez. “Jadi, kenapa rahsiakan? Ma dan pa pasti kecewa”
            “Itu hal family saya. Takda kena mengena dengan awak”
         Hatinya dihiris tajam. Dia rasa terhina. Dara mengawal airmata yang ingin sahaja turun sekarang ni. “Sorry. I forgot” dia bangun untuk pergi namun lenganya dipengang. Dara menoleh. “I’m sorry” dia memandang dengan wajah sedih. Dara serba-salah.
            Dia melihat Kez duduk diatas lantai bersandar dinding loker. Dara mengambil tempat disebelah Kez. “You nak pergi ke?” dia menyoal, lembut. Kez menggeleng. “Saya tak tahu” dia menjadi kasihan. Pasti Kez memikirkan perkara ini dengan teliti. Bukan senang mahu berlajar di luar negara dan meninggalkan keluarga.
            “You harus buat keputusan untuk masa depan sendiri. You yang berhak tentu hala tuju itu”
            Kez diam disebelah. “Saya nak pergi Jepun” dia bersuara. “Tapi saya taknak tinggal mereka yang lain” dia menambah. Dara terdiam.
            “Kadangkala untuk dapat sesuatu, kita harus korbankan sesuatu. Fikir positif, Kez. Keluarga you akan sentiasa disini menunggu you. Mereka takkan kemana-mana”
            “Saya tahu”
            Mereka diam semula. Dara menyandar kepala di pintu loker. Dia sendiri tak tahu. Semuanya ditangan Kez. Namun jauh disudut hati, dia berharap Kez akan menolak. “Damia” Kez memanggil.
            “Hm?”
            “Macam mana duduk oversea? Tinggalkan keluarga dan duduk sendiri. Sukar ke?”
            Dara tersenyum. “I duduk dengan mama. Tak adalah rasa sunyi. Tapi bila tiba hari raya, perasaan itu akan muncul. Tapi situasi I dengan you tak sama”
         Awak boleh pulang bila-bila masa tapi saya tak. Dara tidak mampu menghabiskan kata-kata yang terakhir itu. Dia kembali memandang Kez yang menundukkan muka.
            “Saya yakin ma dengan pa pasti akan suruh awak terima tawaran ini”
          Senyuman diberi apabila mata mereka bertentang. Macam mana dengan awak? Kez memandang sayu. Tinggalkan awak bermaksud tinggalkan separuh dari jasad saya. Sanggup ke awak tunggu saya?
          “Saya tumpang gembira untuk awak” bahu ditepuk dan senyuman diberi. Namun terasa dipaksa sangat. Tipulah kalau dia kata dirinya tak sedih. Kez akan pergi lama. Mereka juga tak punya apa-apa hubungan. Dalam masa mereka terpisah, banyak perkara boleh terjadi.
          “Awak tak kisah saya pergi Jepun?” dia menyoal, tenang. Dara kaget. Segera dia mengukir senyuman. “Ini hidup you. I tak berhak menghalang”
         Kez sekadar mengangguk. Dia bermain dengan gelang ditangan. Dara hanya memandang. Dia tidak tahu apa yang difikirkan Kez ketika ini. “Saya akan rindu awak”
        Dia terkejut. Kez menoleh dan senyuman tampan diberi. Kez kemudian menggosok kepala Dara dengan lembut. Sukar nak tinggalkan ma, pa dan Jas. Tapi lebih sukar nak tinggalkan awak, Damia. 

4 comments: