Friday, 5 October 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 17

            Pintu wad VIP yang diduduki nenek dibuka dengan rasa berdebar. Kata Kez, nenek sudah dipindahkan ke wad biasa selepas doktor berpuas hati dengan tahap kesihatanya sekarang ini. Bersama bakul berisi buah-buahan, dia menapak masuk.
            “Nenek tak boleh makan ni. Nanti doktor marah Jas”
            Dia mendengar suara Jas yang serba-salah. “Ala, sikit je. Nenek teringin nak aiskrim ni. Dara selalu ajak nenek makan dulu”
            Dada terasa sebak. Pasti nenek sangat merindui dirinya. “Ehem” dia akhirnya bersuara. Membuatkan mereka berdua berpaling. Nenek dan Jas sama-sama terkejut. “Dara” dengan pantas Jas memeluknya, erat. Dara tersenyum. Sudah lama juga tidak bertemu Jas. Semuanya hanya di alam maya sahaja.
            “Kau sihat?” dia menyoal sebaik merenggangkan pelukan. Dara sekadar mengangguk. Dia kemudian berlalu kearah nenek yang memegang aiskrim baskin robin. Kening dikerut dengan sengaja. Nenek mengukir senyuman, bersalah.
            “What happen to doctor’s said about no ice cream for you?” dia menyoal seperti anak kecil. “Nenek teringin. Jas ni ikut peraturan sangat”
            Dara menjuling mata. Nenek siapa la yang rebel sangat ni? Dara meletakkan bakul diatas meja sebelum duduk disebelah nenek. Wajahnya masih serius. “Nenek tengah pulih. Harus ikut cakap doktor dan Jas”
            Dia mengambil aiskrim tersebut sebelum diberi kepada Jas. “Sorry nek. Cucu garang nenek dah balik” Jas segera berlalu dengn tawa apabila Dara memandangnya, tajam. Dara kemudianya kembali memandang nenek.
            “How are you? How many times I told you to not overwork your body. You are not in you 40’s anymore. You should get your rest and let others do the work
            Nah! Bila Dara dah membebel dalam bahasa Inggeris. Kez dan Jas hanya mampu memandang sambil tersenyum. Mereka tahu Dara tak bermaksud untuk marah. Dia sekadar risau. “Nenek bukanya budak kecil. Nenek boleh jaga diri nenek”
            “And now you here. On this bed. In the hospital”
            Nenek diam, tidak bersuara. Dara menghela nafas. Bukan maksud dia untuk memarahi nenek. Allah sahaja tahu betapa risaunya dia sepanjang perjalanan ke mari. Pelbagai prasangka buruk bermain di minda sehingga perjalanan berbelas jam itu, dia tidak tidur langsung.
            “Dara minta maaf” dia akhirnya bersuara. Nenek mengangkat muka. “Dara risau sangat tadi. Takut kalau terjadi apa-apa pada nenek. Nenek taktahu macam mana perasaan Dara bila dapat tahu nenek kena heart attack. Dara takda disamping nenek jadi Dara sangat risau”
            Kelopak mata nenek bergenang. Dara turut sama ingin menangis. ”I’m really sorry. I love you so much. I’m sorry” dia memeluk nenek dengan erat. Airmatanya tumpah. Jas yang memerhati turut menyeka airmata. Scene yang sangat indah. Jika dahulu Dara pernah membenci neneknya, sekarang Dara paling takut kehilangan neneknya. Dia bersyukur kerana Dara telah banyak berubah.
            “Nenek minta maaf juga. Nenek janji tak makan aiskrim lagi”
            Mereka semua tergelak. Dara terus tak jadi nak menangis. Nenek. Allah knows how much I miss you. How much I worried about you. Dara bersyukur sangat nenek masih bertahan. Hanya nenek sahaja yang Dara ada sekarang ini. Tolong jangan tinggalkan Dara.

**************************************************************

            “Nah”
            Dia menghulur milo panas yang dibeli dari kantin hospital. Dara mengukir senyuman, pengganti ucapan terima kasih. Jas mengambil tempat dihadapanya.
            “Kenapa tak beritahu aku kau nak balik? Hampir heart attack aku tadi tengok kau tiba-tiba muncul”
            “Surprise” dia buat muka teruja. Jas terasa nak ketuk kepala. “Sengal”
            Dara ketawa, kecil. “You rindu I kan?” dia menyoal bersama sengihan. Terasa ingin menyakat Jas yang sudah 2 tahun tidak berjumpa. “Aku rasa abang lebih rindu kau”
            Dia terdiam. Jas memberi senyuman. Aku bukan Jas yang senang disakat macam dulu, Dara. Aku dah berlajar dari abang tahu? “Aku musykil sebenarnya” Jas buat muka serius.
            “Kenapa?”
            “Macam mana abang boleh tahu kau nak balik sedangkan aku tak tahu apa-apa?”
            Dara terkelu. Dia menghirup milo panas dalam usaha tidak mahu menjawab persoalan Jas tadi. Jas menguntum senyum. Dara, Dara. Aku kawan kau sejak sekolah menengah. Sekali kau senyum, aku dah tahu apa perasaan kau.
            “I suruh Jude beritahu rumah. Dia orang kata akan hantar driver untuk ambil I. Manalah I tahu driver tu sebenarnya Kez”
            Jas mengangguk. “Oh, begitu ke?” dia menyoal nada sinis. Dara mengangguk. “Memang macam itu pun la”
            Temanya itu ketawa. Dara mengetap bibir. “Walaupun terpisah benua, kalian masih keep in touch kan?” dia menyoal lagi. Dara menahan rasa. Budak ni. Nak kena cekik hidup-hidup ke? Jas memberi sengihan, suka.
            “Diamlah, Jas. Minum air you”
            Geramnya. Jas kalau dapat bahan. Memang angkat bendera putih awal-awal. Jas menggeleng dengan senyuman. “Macam mana runaway kau dekat sana? Aku dengar banyak press buat liputan memandangkan kau anak D Najwa”
            “Don’t remind me. I rasa kehidupan I tak macam orang 2-3 bulan sebelum runaway tu berlansung. I hardly have time to sleep and eat. Anne cakap I dah macam panda dekat zoo. Ericka gelakkan I bila satu hari I terlanggar pintu kaca syarikat sebab terlalu zoom out. Zach have another nickname for me
            “Apa dia?”
            “Zombie” Jas pecah gelak. Dara mengeluh. Bertuah punya kawan. Bukanya nak bersimpati. Jas mengawal tawa apabila melihat Dara yang muram. Dia kembali bersimpati. Tentu sukar buat Dara untuk membuktikan kebolehan diri memandangkan dia akan sentiasa dibayangi nama arwah mamanya yang sangat gah.
            “Sukar ke?” dia menyoal, ikhlas. Dara mengangguk. “Mama I punya nama yang besar di New York. Bila I ambil keputusan untuk ikut jejak langkah dia, people tend to have high expectation for me. Mungkin itu yang buat I terbeban”
            Sungguh dia rasa kasihan. Melihat eyebag bawah mata Dara menggambarkan semuanya. Pasti sukar tapi Dara masih mampu bertahan. “Aku yakin kau tak kurang hebatnya dengan mama kau. Lagipun, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?”
            Dia sekadar mengangguk. Mengenangkan semua kesusahan yang dialami buat Dara sedar betapa sukarnya menjadi seorang D Najwa dahulu. Pasti mama lalui lebih banyak perkara sukar untuk buat namanya sehebat sekarang. Sebagai anak, walaupun dia tidak mahu dikaitkan dengan nama mama namun dia harus akui. Sebenarnya, nama mama itulah yang banyak membantunya selama ini.
            “So, berapa lama kau dekat sini?”
            “I kena pastikan nenek betul-betul sihat. I taknak risau lagi bila di New York. Kez cakap nenek kena serang sebab overwork. Tapi nenek tak boleh rehat sebab takda orang sebagai pengganti. I sebenarnya tak tahu nak buat macam mana. I nak bantu nenek tapi syarikat mama juga perlukan I”
            “Dara” suara Jas buat pandanganya menghala kearah temanya itu. “Kau bukanya robot. Kau tak boleh buat 2 perkara dalam satu masa. Kecualila kau ada klon kau lagi seorang untuk bantu kau”
            Dara tersenyum. “How I wish I have twins too
            “Wo, itu bukan kebanggan kalau kau dekat tempat aku. Dapat abang yang sengal dan keras hati macam abang tu, kau akan lebih rela jadi anak tunggal”
            Dia tergelak. “Kez akan merajuk kalau dia dengar” Jas hanya tersenyum. Tapi kalau diberi 1 juta pun, dia takkan tukarkan abang dengan apapun. “So, kau dengan abang macam mana?”
            “Hah?” dia menyoal, tidak faham. “Dia ada cakap apa-apa tak?” Dara menggeleng. Kez ada sesuatu nak dicakap ke? Jas menepuk dahi. Sengal punya abang. Ingatkan dia dah settle awal-awal lagi. Tapi lambat sungguh dia bertindak.
            “Kez nak cakap sesuatu dengan I ke?” Dara menyoal. Jas memandang sebelum hanya mampu mengeluh. Kalau aku cakap, abang pasti tak suka. Terpaksalah biarkan abang lakukan part dia tanpa diganggu.
            “Tak ada apa-apa” Dara kerut dahi. Jas ni cakap belit-belit. Macam ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

************************************

            “Damia. Damia”
            Dia terasa tubuhnya digerakkan. Dara tersedar sedikit namun dia ambil masa untuk membuka matanya yang terasa berat. Dara meraup wajah yang terasa letih sebelum membuka mata. Dia melihat Kez tunduk memandangnya dengan wajah risau.
            Kez? Aku dekat mana? Otaknya mulai bergerak. Kali terakhir ingatanya adalah di belakang pentas runaway di New York. Kez datang New York ke?
            “Awak letih ni” dia bersuara, lembut. Dara kembali tersedar. Oh, nenek sakit dan dirinya kembali ke Malaysia. Dara menggeleng. “I okay”
            Degil sungguh. Kez menghela nafas. “Nenek pesan suruh saya bawa awak pergi makan. Sejak turun flight awak tak makan apa-apa kan?”
            Dia hanya mengangguk. Perutnya tiba-tiba terus merasa lapar apabila Kez mengingatkan dirinya tentang makan. Dara bangun menghampiri nenek yang sudah nyenyak tidur. Dia menarik selimut nenek hingga ke paras dada sebelum mencium pipi nenek dengan lembut.
            Kemudian, dia menoleh kearah Kez yang sudah menukar pakaian dengan jeans straight cut, t-shirt AX dan sneakers. Dia nampak tampan seperti biasa. “I basuh muka dulu”
            Dia berlalu ke bilik air yang berada didalam wad. Matanya terbeliak melihat tudung yang sudah senget-benget, mata yang bengkak macam panda. OMG. Terasa ingin menjerit mengenangkan Kez yang sudah melihat wajahnya tadi. Dara menekup muka dengan rasa tidak percaya.
            Stupid, Dara. Silly, Dara. Macam mana kau boleh careless sampai macam ni? Dara kembali memandang wajah di cermin. Dia membuka tudung sebelum membasuh muka. Mata terasa sedikit segar. Dia kemudian merapikan rambutnya sebelum kembali memakai tudung. Setelah berpuas hati, dia keluar semula dari bilik air.
            “Boleh kita pergi sekarang?” dia menyoal sambil menyeluk saku seluar. Dara mengangguk. Dia kemudian mencapai beg tangan sebelum keluar dari wad bersama dengan Kez.
            “You tak kerja ke esok?”
            “Saya minta cuti” Dara menoleh. “I susahkan you ke?” dia menyoal dengan rasa bersalah. Kez hanya tersenyum. Comel. Hatinya berdebar.
            “Nenek amanahkan saya untuk jaga awak sepanjang awak kesini. How can I say no to that. Jangan risau. Saya tak kisah pun”
            Dara kembali diam. Dia rasa terharu kerana dia sering dengar Jas merungut betapa sibuknya Kez hingga nak makan malam sekali pun susah. Mereka kemudianya masuk ke dalam kereta Harier berwarna hitam milik Kez.
            “Awak nak apa makan hari ni?”
            “Seafood. Boleh?” dia menyoal dengan senyuman. Dia rindukan seafood pakcik Azis yang pernah dibawa oleh Jas dahulu. Di New York, tak jumpa lagi seafood yang rasanya sama seperti seafood pakcik Azis.
            Tanpa bicara, Kez menekan minyak menuju ke Bayan Lepas. Dara membuka radio untuk memecah kesunyian diantara mereka berdua. “Saya dengar awak buat runaway
            “Projek pertama I. Projek itu akan memberi tanggapan kepada orang luar siapa I sebenarnya”
            “Tak apa ke awak pulang ke sini dalam kesibukan semua itu?” dia menyoal, tenang. “Sebenarnya, I naik flight sejurus selepas I habis press conference untuk runaway. Sebab itulah I letih sikit”
            “Awak harus jaga kesihatan sendiri juga selain risaukan kesihatan orang lain” dia berpesan. Dara hanya mengangguk. Rasa pelik pula bila ada orang concern tentang kesihatanya kecuali Judy dan nenek. Namun perasaan itu juga buat hatinya berbunga.

************************************************************

            Mereka tiba di kedai Pakcik Azis pukul 9 malam. Ramai juga yang sudah berada di kedai tersebut. Kez menuju ke arah ikan yang dipamerkan untuk memilih seafood yang dikehendaki.
            “Awak duduk dulu. Biar saya pilih”
            Tanpa soal, dia menurut. Dara memilih meja yang kosong sebelum duduk. Dia kemudianya mengeluarkan Iphone dari dalam beg tangan. Pasti Judy sedang risau dirumah. Dia ambil keputusan untuk menelifon Judy menggunakan simcard IDD.
            Agak lama berdering sebelum telifonya diangkat. “Hello”
            “You tidur lagi ke?”
            “Hmmm. Who is this?” Dara menggeleng. Judy, you such a heavy sleeper. “Ini I la. Dara. You tak risau ke I tak call you dari tadi?”
            Dia mendengar Judy bangun dengan tiba-tiba. Dara tergelak, kecil. “Yes. I’m very worried. How dare you didn’t call me after you land there.
            “I terus ke hospital lepas mendarat. Nasib baiklah nenek tak apa-apa. Hanya minor heart attack je”
            Judy menarik nafas lega. Dia risau bila mengenangkan keadaan nenek. “Nenek okay? Dia tak apa-apa?”
            “Jangan risau. Nenek fine now. I rasa 2-3 hari lagi dia dah boleh keluar hospital”
            Dara melihat Kez yang sudah menapak kearahnya. Kelihatan mata-mata gadis yang mencuri pandang dirinya. Dara menggeleng perlahan. Tahulah tampan pun. Tak payahlah tenung-tenung macam tu.
            “So, you balik sini bila?”
            Dia diam. Kez menarik kerusi duduk dihadapan. Dara memberi isyarat dirinya bercakap dengan Judy. Kez hanya mengangguk. “I don’t know actually
            “What? You have press conference, tv show, radio show, talk show and so on. You tak boleh tinggalkan semua itu”
            “Jude” dia bersuara, lemah. “Dara” suara Judy turut lemah.
            “Nenek I sakit. I kena ada disisi dia sehingga dia betul-betul sihat. I rasa bersalah sangat bila tahu dia jatuh sakit sebab overwork. I rasa macam nak ambil-alih syarikat dia disini je”
            “You dah gila ke?” Judy menyoal, terkejut. Dara tahu dia gila memikirkan semua itu. Tapi rasa bersalahnya sangat menebal bila lihat nenek terbaring diatas katil hospital dengan wajah keletihan.
            “I talk to you later. I nak dinner ni. Take care of yourself
            Dia mematikan talian sebelum mengeluh, berat. “Awak kena balik sana secepat mungkin?” Kez menyoal, sudah menduga. Dara hanya mengangguk. “Awak tahu awak tak boleh tinggalkan semuanya dan pulang macam itu je ‘kan?”
            Dia mengangguk lagi. Kez menjadi kasihan. Tentu sukar untuk Dara sekarang ini. “Lupakan semuanya dahulu. I dah pesan makanan tadi. Isi perut dan kemudian baru you buat keputusan”
            “Kez” dia bersuara. “Hmmm?”
            “Kalau I balik sana, I akan semakin sukar untuk pulang kesini lagi. Mungkin 2-3 tahun lagi baru I balik ke sini. Mungkin juga I akan suruh nenek jenguk I di New York sebab I terlalu sibuk”
            Kez terdiam. Dia melihat wajah Dara yang muram. 2-3 tahun lagi baru balik ke sini semula? Mampu ke kau nak tunggu lagi, Kez? 4 tahun kau tunggu dia. Mampu ke kau tunggu lagi?

****************************************************8

            Selesai makan, mereka ambil keputusan untuk berjalan di pantai berhampiran. Ramai juga keluarga yang bersiar di tepi pantai untuk mengambil angin. Dara memerhati gelagat si kecil yang begitu hyper berlari kesana-sini sambil dikejar oleh ibunya.
            “Nabil!”
            Dia mendengar suara si ibu memanggil. Langkah Nabil berhenti dan ibunya segera mendukung Nabil kembali ke sisi ayahnya. Dara mengukir senyuman.
            “Tengok apa?” Kez menyoal disebelah. “Budak tu. He’s so cute. Tapi punyalah aktif. Kesian ibu dia kena kejar dia kesana kemari”
            Mereka kemudianya duduk diatas pasir pantai memerhati laut yang gelap-gelita ketika ini. “Kenyang?”
            “Sangat kenyang. Banyak sungguh you order tadi. Ingat perut I perut naga ke?”
            Kez hanya senyum. “Tapi awak habiskan semuanya. Tak kisah la kan?” Dara mencebik. Oh sungguh I tertipu dengan sikap matang you tadi. Sebenarnya you masih tak berubah kan?
            “Judy suruh awak balik ke?”
            “Dia membebel kata I kena hadiri PC la. Talk show, radio show, tv show bla bla bla. Dia membebel macam mak nenek”
            “Dia risaukan awak” Kez bersuara. Dara mengeluh. Dia tahu tapi nenek lebih memerlukan dirinya ketika ini. Semua itu boleh ditungguh sehingga nenek benar-benar pulih.
            “I nak pastikan nenek betul-betul sihat sebelum I pulang ke New York semula. I taknak risaukan dia sepanjang I disana”
            “I kan ada?” Dara menoleh. Sekali lagi dia rasa terharu. Sungguhlah, Kez. Sejak bila Jepun ada course mencairkan hati ni? “I tak boleh terus harapkan you. You have your own life. Takkan nak suruh you tengokkan my nenek pula kan?”
            “Dia nenek I juga, Damia”
            Dara terdiam. Dia nenek I juga? Apa maksud Kez? “Damia” Kez akhirnya bersuara. “Kenapa?”
            Kez menghela nafas. Dia cuba mengawal dengupan jantungnya ketika ini. Cool, Kez. Cool. Sungguh susah. Lebih susah dari menjawab final paper yang membunuh dahulu. Susahnya nak luahkan perasaan bila sudah terlalu lama menyimpanya.
            “Saya tak tahu mana nak mula sebenarnya”
            Jantungnya berdegup laju. Dara memandang Kez yang gelisah. “You....nak beritahu apa-apa pada I ke?” dia memberi ruang buat Kez yang kehilangan kata.
            Tiba-tiba Kez bangun. Dara sedikit terkejut. Dia memerhati sekeliling. Nasib baiklah orang ramai sibuk dengan aktiviti masing-masing. “Alessandara Damia binti Abdullah”
            Dia hendak menangis mendengar nama penuh itu. Namanya kedengaran sangat istimewa apabila disebut oleh Kez. Dara menguatkan semangat untuk mengangguk.
            “Pertama kali saya jumpa awak, hati saya terpaut. Cantik anak orang putih ni tapi nampak kerek habis”
            Kez memberi senyuman signaturenya. “You know, my entire life is about me and my basketball. Never involve a women. Bila saya jatuh hati, saya tak tahu macam mana nak layan awak. Saya langsung tak ada pengalaman. Sebab itulah saya layan awak macam kawan lelaki saya. Saya sakat, saya usik, saya sakitkan hati. Honestly, I’m really thankfull for you who bear with all my weird behaviour
            “Bila lihat awak bertahan je dengan semua yang saya lakukan, saya semakin tertarik. Awak buat saya sedar perempuan bagaimana yang saya mahukan dalam hidup saya. I’m not only want a girlfriend. I also need a bestfriend. Someone I comfortable to talk too. Someone who accept me for who I am. Someone who I can ask to join me play basketball. Someone who I can love without having a second thought
            Matanya sudah bergenang namun Dara masih diam. Kez menghela nafas. Keadaan sedikit mudah berbanding tadi. Namun dia masih rasa gementar.
            “Sebenarnya, lagu yang saya tulis dahulu adalah berkisarkan awak. Saya harap sangat awak faham but being you. Naive you. Awak tentu tak sangka kan?”
            Dara tersedak kerana tergelak ketika ingin menangis. Silly, Kez. Lelaki itu tersengih. “For this past 4 years, I take a long time to understand my feeling for you. Saya tahu saya pengecut. Even, Jas told me that. Tapi saya tak mahu terburu-buru. Saya taknak apa yang saya rasa ini hanyalah perasaan seorang remaja. I’ve never been inlove so I can’t recognize how love actually are. Saya tak mahu lukai hati sesiapa jadi saya harus pastikan hati saya sendiri. Bila saya ke Jepun, saya sedar saya mula rindu awak. Saya mula fikirkan tentang awak. Awak tak tahu bagaimana hari-hari yang saya lalui disana kerana terlalu rindukan awak”
            Dara menekup mulut menahan esakan. You doing great, Kez. Hatinya benar-benar tersentuh. Airmata mengalir perlahan tanpa mampu dikawal lagi. Lelaki ini berdiri dihadapanya dan sedang meluahkan perasaanya. Perempuan mana yang tidak gembira mendapat love confession daripada lelaki yang dicintainya?
            “Bila saya pulang ke sini, saya sebenarnya ingin luahkan semuanya. But, being the coward me, I let you go without telling you anything. How stupid I am. Saya menyesal sangat kerana mungkin saya akan kehilangan awak waktu itu. Ketika itu saya rasa mungkin kita hanya berjodoh sebagai kawan sahaja”
            Saya pun rasa macam tu. Dara ingin bersuara namun dia menahan. Dia masih ingin mendengar apa yang Kez katakan lagi.
            “Tapi bila awak pulang kesini untuk jenguk nenek, saya semakin yakin. Mungkin inilah masanya untuk saya luahkan semuanya. The feeling that I have for this past 4 years was never a teenager’s feeling at all. It is true”
            Dia menarik nafas. Ini ayat terakhir. “So, Alessandara Damia binti Abdullah”
            Dara memandang tepat kearah Kez. Lelaki itu mengeluarkan sebuah kotak dari poket seluarnya dan melutut. Dia tergamam. Memang betul-betul terkejut.
            “Sudikah awak menjadi suri dalam hati saya?”
            Ya Allah. Airmata turun seperti empangan pecah. Semuanya terasa seperti mimpi. Melihat Kez sedang melutut untuk propose memang terasa seperti bermimpi.
            “I love you since the first time we met. I love you since the first time me fought. I love you since the first time you crush my ego with basketball. I love you since the first time I wrote a song for you. I love you since the first time you celebrate my birthday. I love you since the first time you injured because of me. I love you since then
            Pandanganya semakin kabur. Airmata sudah mencurah-curah jatuh ke pipi. Sungguh dirinya terasa seperti diawang-awangan. “So, will you marry me?”
            Dia menekup mulut. Perlahan, Dara mengangguk. Kez mengukir senyuman sebelum bangun. Tanganya dihulur. Dara mengenggam dan bangun. Kez memakaikan cincin di jari manis dan tepukan gemuruh kedengaran. Dia menoleh melihat ramai yang sudah berkumpul menyaksikan detik bersejarahnya ini.
            “Thank you, sayang. I love you so much
            Ucapan itu hanya didengari olehnya sahaja. Ucapan itu meresap masuk kedalam tubuhnya dan memberi perasaan yang sangat membahagiakan. Sungguh tiada kata yang mampu menggambarkan betapa gembiranya dia ketika ini. 

p/s : no update for three days. ada hal so enjoy :)
p/s/s : akhirnya Kez confess juga. 
p/s/s/s : korang suka tak?

5 comments: