Pintu dibuka. Judy tergamam. “Ya Ampun. Bilik anak dara ke, bilik lepas kena bom?”
Dara mengangkat muka.
Kenapa? Dia memandang sekeliling.Patutlah. Kertas berselerak sini-sana. Judy
menjingjat untuk tidak memijak apa-apa sebelum bersila diatas katil.
“You buat agenda perang ke?”
Dia
tergelak. “I malas nak kemas. Nanti dah siap baru I simpan. Sorry”
Judy menggeleng. Biarlah.
Asalkan Dara selesa. Lagipun, ini bilik Dara. “Nanti dah siap, biar bibik yang
kemaskan. Jangan tidur lewat. Mata dah macam panda”
“Baik, ma’am”
Dara kembali meneruskan
kerja. Namun dia perasan Judy masih duduk diatas katil. Tiada tanda-tanda untuk
kembali ke biliknya semula. Dara menoleh.
“You ada benda nak cakap
dengan I ke?”
Judy sudah tergelak. Dara
menggeleng. Sengal punya Judy. Buat macam tak biasa pula. Mereka bukanya
berpisah lama pun. Baru beberapa minggu. “Spill.
You nak tahu apa?”
Dia memberi sengihan. “You
dengan Kez. How?”
“How? What how?”
Judy mendengus. Buat tak
faham pula budak ni. “Macam mana? Dah 2 tahun kawan. Takkan dia tak beritahu
apa-apa kot?”
Dara terdiam. Dah 2 tahun
sebenarnya. Mereka masih di landasan kawan. Salah ke kalau dia tunggu pihak
lelaki yang bersuara? Salah ke jika dirinya sebagai perempuan hanya menunggu
sahaja? Dara sendiri tak pasti. Dia takut jika dirinya hanya bertepuk sebelah
tangan.
“Jangan lama-lama, Dara.
Nanti melepas baru gigit jari you”
Dara tergelak. “Hey. Dia
yang patut gigit jari kalau terlepas I” dia membalas, selamba. Judy mencebik.
Ceh. Perasan sungguh. Takut ada yang menangis tak berlagu pula nanti.
“Whatever it is. You
nak biar sampai bila? Dia dah berlepas nun jauh ke Jepun. Kalau dia sangkut
dekat awek Jepun macam mana? Nangis la you nanti”
Dia mengeluh, tiba-tiba.
Soal hati dan perasaan ni memang awal-awal lagi angkat bendera putih. Bukan tak
mahu tapi takut. Perasaan dikecewakan itu lebih sakit dari bertepuk sebelah
tangan. Sekurang-kurangnya, hati tak terluka kalau tak meluahkan apa-apa.
“I pihak perempuan, Jude. He’s the right person to take a step about
our relationship. Bukanya I, pihak perempuan”
“Tapi sekarang bukan zaman
P. Ramlee. Tunggu date bawah pokok
pisang”
Amboi. Judy dah pandai
tengok cerita P.Ramlee yang dahulu dikatakan meremang bulu roma? Ini memang
boleh bawa masuk Melodi ni. “You tahu macam mana I dengan kisah cinta ni kan? I
bukan allergy cuma....”
“Takut patah hati?”
Dia terdiam. Seketika
kemudian mengangguk. “Dara. Semua benda ada risiko sendiri. Kalau you tak ambil
risiko, sampai bila nak ubah hubungan ini?”
“You tak faham. I sayang
Kez. I value this friendship more than
anything. Kalau I confess
dan ia buat hubungan kami kekok, I juga yang merana. Cinta boleh buat
hubungan persahabatan hancur. You tahu tak?”
Judy mendengus. Payah
sungguh cakap dengan orang yang takut jatuh cinta ni. Dia sahaja yang beria
sedangkan dua-da masih suka pendam rasa. Sampai bila? Seorang dah di Jepun.
Seorang di Malaysia. Macam mana nak bersatu kalau jumpa pun 6 bulan sekali?
********************************************************************
ANAK TUNGGAL D NAJWA,
BEKAS SUPERMODEL TERKENAL DUNIA. WASIAT AKAN DIBACA BEBERAPA HARI MENJELANG
HARI LAHIR KE 20.
Dia hampir tersedar melihat tajuk akhbar hari ini. Milo yang panas itu
membakar lidahnya yang ibarat kebal kerana terlalu terkejut.
“Nak tambah roti, cik
Dara?”
Dia segera menggeleng.
Dara membuka akhbar untuk membaca cerita dengan lebih lanjut. Matanya hampir
terbeliak membaca berita yang sangat terperinci itu. Dia terkejut apabila
mendengar suara Judy di ruang tamu.
“I kena uruskan dengan
Carl terlebih dahulu. Kita tak boleh buat apa-apa statement pun”
Dara mengunyah roti
didalam mulut. Telinganya dicapangkan untuk mendengar perbualan Judy dengan
orang yang tak dikenali itu.
“I know. Tapi I takkan buat apa-apa yang boleh hancurkan masa depan
Dara. I takkan bawa dia balik dari U dia”
Entah kenapa, dia menduga
orang itu adalah Maleek. Orang kuat syarikat mama. Mereka bersyukur sangat
Maleek ada untuk uruskan syarikat disana sementara mereka disini.
“I takkan bawa dia balik
semata-mata untuk adakan press conference
disana. You gila? New York bukanya dekat”
Dia hampir tersedak. Balik
New York? “You uruskan hal disana. Apa-apa, contact
I. I akan uruskan hal disini. I tak pasti siapa yang leaked out info tentang Dara disini. Selama ini kami selesa je
hidup tanpa wartawan”
Dara menapak keluar
melihat Judy sudah mematikan panggilan. Dia memeluk tubuh. Judy menoleh dan
mata mereka bertembung. “Hey babe”
wajahnya sengaja diceriakan. Dara memandang tanpa reaksi.
“I dah baca paper hari ni. Wasiat? Wasiat apa?
Kenapa I taktahu apa-apa?”
Wajah Judy berubah. Dia
menghela nafas seolah-olah sudah kantoi. Dara semakin ingin tahu. Apa yang Judy
sembunyikan?
“Sebelum D meninggal lagi.
Dia dah siapkan wasiat untuk you. Kalau ditakdirkan dia meninggal sebelum you
capai umur 20. I tak beritahu you sebab I tunggu you betul-betul umur 20. Tapi
I taktahu macam mana press boleh
dapat tahu lebih awal. Malah, mereka tahu you tak balik New York dan masih
disini”
Dara duduk diatas sofa
dengan pelbagai perasaan. Mereka hidup tentang selama ini kerana menyembunyikan
identiti mama. Maleek dan Judy sudah berkomplot mengatakan dirinya sudah
kembali ke New York untuk memberi ruang peribadi untuknya yang masih bersedih.
Sekarang mereka dah tahu semuanya. Dia takkan mampu hidup seperti biasa lagi.
“Jadi? Apa rancangan you?”
“I dah call Carl. Dia akan cuba kesini ASAP. Wasiat akan dibaca lebih awal
untuk tidak dihebahkan kepada press”
Dia mengangguk. Jadi, Carl
akan kesini? “Macam mana dengan berita I disini? You rasa dia orang akan kejar
I macam mana dia orang kejar mama ke?”
Judy terdiam. Dia sendiri
tak pasti. Berita D di luar negara boleh melariskan semua majalah. Namun
disini, dia tak pasti. Dia tak mengenali sesiapapun dikalangan wartawan disini.
“Honestly” dia memandang tepat kearah
Dara.
“I don’t know. I rasa press disini
tidaklah segila press disana. Kan?”
Dia menyoal semula. Dara
menghela nafas. Press dimana-mana
sama sahaja. Hanya perlu kaitkan nama D Najwa. Mereka akan mengerumuninya
seperti semut nampak gula. Pengaruh mama sangat kuat walaupun banyak berkerja
di luar negara.
“Dara” Judy memanggil. “Buat
masa sekarang, you kena ambil cuti dekat U”
Matanya terbeliak. “What are you saying?”
Judy menghela nafas. Dia
tahu Dara pasti tidak akan setuju. “Keadaan agak kurang baik. I takut you kena
balik ke New York. All the stockholders tentu
nak jumpa you memandangkan you akan ambil-alih syarikat secara sah”
Ambil-alih syarikat? Oh wait. I baru 20 tahun. Baru habis
SPM. Baru nak masuk U. Mama tak beritahu pun dahulu bila besar dia kena
ambil-alih syarikat.
“I tak tahu apa-apa pun”
Exactly. Inilah masalahnya bila D sendiri berkeras mahu Dara jalani
kehidupan secara normal. Sekarang, dirinya yang harus menerangkan semuanya
kepada Dara yang nampak sangat lost.
***********************************************************************
Semuanya seperti sudah
tunggang terbalik. Keadaan sangat kecoh. Dihadapan rumah nenek, wartawan
berkampung untuk merakam gambarnya. Ada yang lebih berani, memanjat rumah untuk
naik ke biliknya. Buat pertama kali, Dara hidup dalam ketakutan. Dia tak pernah
melalui saat seperti ini.
Hidup U sudah ditinggalkan
hampir seminggu. Dia rindu Jas. Dia rindu Kinah. Tapi dia lebih rindu Kez.
Semua orang dihalang untuk berjumpa denganya ketika ini. Sekadar mampu
menelifon sahaja. Kata Judy, dia tak mahu memperjudikan keselamatan rakan-rakan
yang lain pula.
Kali ini Dara bersetuju.
Dirinya sahaja yang harus diburu. Bukan Jas, Kinah mahupun Kez. Tapi semua itu
buat dirinya bertambah sunyi. Seperti menjalani hukuman rumah sahaja. Langsung
tak boleh keluar. Iyalah, sampai press buat
khemah depan rumah.
Carl sedang berusaha ambil
perintah mahkamah untuk berinya ruang dan menjauhkan press. Tapi nampaknya semua itu ambil masa yang lama. Wasiat pun
belum sempat dibaca sebab terlalu sibuk uruskan hal disini.
Dia mengeluh sebelum
mencapai gambar mama di atas meja sudut katil. Mom. Why did you lied to me? Semakin lama, semakin dirinya rasa
mama terlalu banyak memendamkan. Sehingga dirinya sendiri terkejut. Seumur
hidup, dia berada di dalam perlindungan mama. Mama yang akan menghalang
wartawan daripada mendekati dirinya. Sekarang bila mama dah takda, siapa lagi yang
boleh jadi pelindungnya?
Ketukan di pintu buat Dara
kembali sedar. Dia bangun sebelum membuka. Judy memberi senyuman. “Carl is here. Wasiat akan dibaca
sekarang”
Dia mengangguk. Sudah tiba
masanya. Dara kemudianya turun bersama Judy. Nenek dan Carl kelihatan berbual
sebelum sama-sama berpaling apabila menyedari kehadiranya di ruang tamu.
“Hey Dara”
Senyuman diberi. Carl
adalah peguam keluarga yang dilantik mama. Anak melayu yang mencipta nama di
luar negara. Mereka rapat bila mama lantik Carl untuk satu kes saman mengenai
pakaian mama yang di duplicate oleh
pasaran gelap.
“How are you? I’m sorry that you have to fly away from NY just for this”
Carl senyum sambil
menggeleng. “Don’t worry. This is my job.
How about you? All this must scare the hell of you, right?”
Dia hanya mampu memberi
sengihan. Sangat menakutkan. Tak pernah terfikir hidupnya akan jadi begini.
Carl menghela nafas. “Baiklah. Boleh kita mulakan sekarang?”
Kembali
ke New York uruskan syarikat mama? Satu keputusan yang dahulu pasti memberi
senyuman sampai ke telinga. Tapi kenapa sekarang rasa macam susah nak terima?
Dara melihat Carl meneliti sekali lagi wasiat. Takut-takut dia terlepas pandang
beberapa perkara kecil.
“I rasa itu sahaja. You akan dapat
harta D untuk diuruskan sendiri. Tapi kalau you selesa, I akan suruh Daniel’s
uruskan seperti yang mereka buat sekarang”
“D tinggal semuanya untuk Dara?”
Judy menyoal, kagum sebenarnya. Dia tahu D buat harta dengan rekaanya dan
kerjanya sebagai supermodel terkenal.
Tapi tak sangka sebanyak ini.
“Semuanya hasil dia sebagai
supermodel dan royalti rekaanya. Dara is
the only daughter that she had. Semuanya adalah untuk Dara”
Wow. Benar-benar wow. Sekelip mata,
Dara menjadi jutawan walaupun baru berusia 20 tahun. Judy memandang Dara. Dia
nampak tidak gembira. Kenapa?
“Dara”
Dia menoleh. “Huh?” Judy menjungkit
kening. “Apa rancangan you sekarang?”
Rancangan? Rancangan memasak ke?
Otak dah tak mampu berfikir dengan waras. Semua ini mengejutkan sekali. “I kena
balik New York ke?”
“Bergantung kepada you. Tapi you
harus ke sana setiap kali ada meeting penting.
Staff akan perlukan you untuk permission setiap
koleksi baru yang akan dipamerkan dibawah nama syarikat you”
Kepalanya terasa berpusing 360
darjah. “Wait? Itu bermaksud setiap
minggu”
Carl hanya mengangguk. Dia turut
bersimpati. “You kena balik New York juga untuk uruskan semua paperwork. Nama D akan ditukar kepada
nama you dan kami perlukan your
signature. Perkara ni ambil masa yang lama sebab sangat rumit”
Dia sudah mengeluh. Macam mana
dengan U? Macam mana dengan life disini?
“Jude” temanya itu segera menoleh. “Yes,
babe”
“I taktahu nak buat apa sekarang”
dengan jujur dia mengakuinya. Judy memandang dengan simpati. “Dara” nenek
bersuara akhirnya. Dara menoleh.
“Kamu harus pulang ke sana uruskan
syarikat mama kamu. Dia tak punya sesiapa lagi kecuali kamu”
“How
about you?”
Nenek memberi senyuman. “Nenek boleh
kesana atau kamu kembali ke sini. Tak susah kan?”
Diam. Honestly, semua ini rasa sangat gila. Memang tak masuk dek akal. A lot of money come with a lot of
responsibility and headache.
“I akan pulang ke New York dahulu
untuk uruskan semuanya. I akan tunggu you disana”
Dia mengangguk. Mungkin ini yang
terbaik. Sampai bila nak mengharap orang luar uruskan syarikat mama? “I
perlukan masa disini. Kena urus dengan U lagi. Is it okay with you?”
“No
worry, babe. I tunggu je” Carl memberi senyuman menyakinkan. Dara mengeluh.
Kenapa tak seronok balik New York, Dara? Bukan itu ke impian kau sejak kau
kesini? Itu dulu. Bila tak kenal siapa-siapa. Bila buat perang dingin dengan
nenek. Bila rasa macam Malaysia ni hell sangat.
Sekarang, banyak yang dah berubah. Hatinya dah berat untuk tinggalkan Malaysia.
“Cheer
up, babe. Now, you one of the most rich teenagers”
Dara memberi senyuman paksa. Itu
bukan sesuatu yang dibanggakan. Cukuplah dengan apa yang ada selama ini. “You
akan dapat balik New York” Judy menambah.
“Jude”
Dia menghela nafas. “Seriously, I takkan mood langsung nak balik New York. I tak happy pun” Judy terdiam. Dia nampak semua itu disebalik raut wajah
Dara. Judy memeluk bahu Dara dengan lembut.
“I sentiasa yakin semua yang berlaku
kepada you pasti punya hikmah tersendiri. Don’t
give up to easy, babe. You still young. Live your life to the fullest. I
yakin you akan looked back and smile thinking all the challenge that you
manage to go through. Even if you’re hurt in the middle of the journey”
**********************************************************
Suasana dirumah Jas sunyi. Seperti
diduga, mereka terkejut dengan berita yang dibawanya hari ini. “Kau biar
benar?” Jas menyoal untuk kali ke-25.
“Ye Jas” dia menjawab, penuh
kesabaran. Jas menggeleng. Mungkin masih sukar untuk menerima kejutan ini. “Kau
takkan balik sini dah?”
Senyuman nipis diberi. “Kalau I
cuti, I akan balik sini”
Jas mendengus. “Iyalah tu. Balik
sana, mesti lupa kami dekat sini kan?”
“Jas” ma bersuara. Dara hanya
membisu. Dia faham perasaan Jas. Tapi dirinya berkali-kali ganda lebih sedih.
Ketika zaman sukarnya, mereka yang berada disisi untuk guide. Ketika dia rasa satu dunia membenci, Jas je yang berani
tegur dan tak pesimis dengan luaranya.
“I
have no choice”
Ma
mengangguk. “Takpalah. Nanti kalau Dara lapang, datanglah jenguk kami disini.
Kami akan sentiasa sokong Dara dari belakang”
Hati terasa sedikit lega. Pantas dia
memberi senyuman. “Ma nak pergi buat chocolate
cake kegemaran kamu. Kalian berbual la ye”
Ma berlalu ke dapur untuk memberinya
ruang. Dara kembali memandang Jas yang masih merajuk. “Jas” dia memanggil sayu.
Tak dapat nak bayangkan hidup tanpas Jas. Mereka bersama hampir 3 tahun.
Walaupun disana ada Anne, Zach dan Ericka, tapi takkan dapat menggantikan Jas.
“I’m
sorry” penuh ikhlas dia bersuara. Benar-benar berharap Jas memahami
keputusanya kali ini. “Jas” Kez bersuara disisi. Adiknya itu mendengus sambil
menyeka hujung mata. Dara turut sebak.
“Aku nak tolong mama. Kau stay sini untuk dinner”
Tanpa sempat, Jas bangun dan berlari
ke dapur. Dara tahu dia menangis bersama ma disana. Dia menghela nafas. Airmata
menitis. Dara menundukkan muka. Tak pernah dirinya sangka sangat sukar untuk
meninggalkan orang-orang yang disayangi.
Tanpa suara, tangan menghulurkan
tisu. Dara mengangkat muka. Kez disebelah memberi senyuman, tampan. “Buruknya
nangis” dia tersedak kerana ingin tergelak. Sengal punya Kez. Ada hati nak
mengusik lagi.
Kez senyum. Okaylah, boleh gelak
lagi. Tak parah sangat. Jas yang emo terlebih. Nasib baik Dara ni cool je. “Bila flight?” dia menyoal, tenang. “Esok. Pukul 2”
Dia mengangguk. Jarak akan semakin
jauh. Jepun-New York. Mereka masih berjodoh atau tidak? Kez sendiri tak pasti.
“Akhirnya awak balik sana. Tentu seronok”
Dara hanya diam. Seronok? Dia
sendiri tak tahu. Seronok nak jumpa Anne dan yang lain. Tapi sedih nak
tinggalkan Jas dan yang lain.
Kez memerhati. Gelang pemberian
masih ditangan. Sekurang-kurangnya dia masih ada tempat didalam kehidupan Dara
yang bakal sibuk. Mungkin mereka hanya ditakdirkan untuk sekadar menjadi kawan
sahaja. “You tak kisah?”
“life
awak hanya awak sahaja yang boleh tentukan. Saya taknak awak menyesal
dikemudian hari”
Dada terasa sebak. Dia takkan lupakan
mereka semua. Orang-orang yang disayanginya. “Jangan lupakan kami disini. Jas
tu emosi sikit. Nanti dia akan okay sendiri”
Suasana kembali sunyi. Dara tak tahu
nak cakap apa lagi. Mereka kembali kekok. Kez baru pulang, dia pula akan
berangkat. Mungkin mereka memang takda jodoh. Hubungan jarak jauh sangat sukar.
Dara tak mahu lukai hati sendiri dan orang lain. Biarlah mereka sekadar kawan.
Mungkin ini lebih baik.
“Maaf. You pulang untuk bergembira
tapi I bawa berita sedih pula”
Kez menoleh melihat wajah muram
Dara. Hatinya berdebar. Hai la, hati. Punya banyak awek Jepun comel-comel tapi
kau berdegup untuk anak orang putih ni juga? Aku kena hantar kau pergi hospital
rasanya. Perlahan dia menggosok kepala Dara. Sayunya nak lepaskan dia pergi.
Tapi aku takda hak nak halang. Ini masa depan dia.
“Take
care of yourself. Walaupun awak duduk sana sejak lahir tapi dah lama awak
tak balik sana. Jangan cepat terpedaya”
Dara ketawa, kecil. Ingat I
budak-budak ke, Kez? I dah 20, tahu?
“Jaga Jas untuk I” dia meminta. Kez mencebik. “Dia bukan budak-budak”
“Jaga diri you”
“Saya bukan budak-budak”
Dara mencebik. Terasa ingin menangis
sekarang ini. Kez menghela nafas. “Damia” dia memanggil, lembut. Dara menoleh.
“Jangan lupakan I” tegas dia
bersuara. Dara kaget. Jantungnya berdebar. “I akan balik dan minta hak I
selepas semua ini berakhir”
Dia tak faham. Hak? Hak asasi
manusia ke? Dahinya berkerut. “Hak awam ke?” sengaja dia mengusik. Kez mengetap
bibir. Kepala gadis itu diluku. Dara mengadu sakit.
“Ingat kepala I ni kepala teddy bear ke?”
Kez buat muka selamba. Dara yang
bertambah geram. “Jangan tanggalkan gelang tu” Dara merenung gelang ditangan.
Kez mengukir senyuman. Dara mulai tak tentu arah. Janganlah senyum macam tu. I
nangis sepanjang flight nanti, Kez.
****************************************
“Sorry,
sorry”
Dia sudah mengetuk jam ditangan
dengan wajah sebal. “You late. Again” Anne
memberi sengihan. Salahnya yang terlampau khusyuk edit gambar sehingga lupa dunia.
“I’m
sorry. I’m too involve with my next project. I’ve to finish it by this month.
You know how hectic my schedule are”
“Hello,
missy. I’m busy too. My runaway due is next week. I’m going crazy anytime soon”
Anne memberi sengihan. Dara kalau
datang angin membebel. Terpaksalah tahan telinga mendengar. “Okay. My bad. Tell you what, today the bill
is on me. Ok?”
Dara mencebik. Ingat aku budak-budak
ke aci sogok dengan makan terus diam? “Please.
Dara. My darling Dara. The cutest. Lovable. Sweet heart, Dara”
Anne buat muka sedih. Dara akhirnya
mengalah. Dah buat muka 10 sen tu. Kesian la pula. “I will surely make you broke this time” Anne ketawa.
“No
biggie, darl. I’m on”
Akhirnya dia mengukir senyuman.
Sengaja nak merajuk dengan Anne. Hampir 2 minggu tak jumpa. Sibuk dengan galeri
yang akan dibuka 2 minggu lagi. Mereka semua sibuk tapi Anne terlalu sibuk.
Kalah Presiden Amerika gayanya.
“Tell
me about your runaway. Ericka told me that it stress you out. Are you okay?”
Dara
menghela nafas. Memikirkan projek itu buat seleranya terus mati. Kehidupanya
sangat tidak teratur apabila harinya semakin dekat.
“It
really stresses me. This is my baby. My first project and it freak me out. What
if this project becomes totally disaster? My company dan my mom’s name will be
affected. I’m so damn nervous and scare.”
“Everything
will be alright. Don’t stress yourself too much. Take care of your face. You
look like some kind of panda at the zoo. When the last time you actually get
your beauty sleep?”
Dara menghirup cappuccino yang
dipesan. Dia akui dirinya sudah jarang tidur. Hanya duduk di studio menyiapkan
rekaan dan melihat detail. Dirinya
mahu semua yang berlaku berjalan dengan lancar tanpa cacat-cela.
“I’m
damn tired right now. I don’t even have time to eat. I only sleep for 2-3 hours
per day. It really makes me feel like old grandmother”
Anne tergelak. Mendengar Dara
mengadu buat dia lega. Risau juga lihat Dara yang dah macam zombie bergerak
sekarang ini. “Everything will be fine.
Don’t worry. You’re one hell great fashion designer. Don’t underestimate
yourself, babe”
********************************************
-Dara, nenek collapse. She on the way to the hospital. The heart attack
her again-
Bagai nak menangis membaca
meseg yang diberi. Kerana terlalu sibuk dengan belakang pentas dan projek
pertamanya, dia tak sempat untuk membaca meseg yang diberi.
Berbelas jam kemudian,
dirinya sudah mendarat di Malaysia dengan rasa risau. Sebaik tamat runaway, Dara bergegas ke JFK untuk naik
flight agar boleh disamping nenek
sewaktu nenek buka mata nanti.
“Damia”
Dia menoleh melihat Kez
hadir bersama cermin mata gelap dan pakaian kasual. Jantungnya berdebar. Kez?
Dia nampak sangat matang. Senyuman diberi oleh lelaki itu. “Cantik you
berhijab” dia memuji, ikhlas.
Ini ke Damia? Serius? Lain
benar. Sejuk mata memandang apabila rambut blonde
itu sudah ditutup sepenuhnya. “Kata driver
akan ambil. Kenapa you?”
“Saya la driver itu”
Dara menghela nafas.
Iyalah. Sejak dia ke New York, Kez jadi rapat dengan nenek. Dia sentiasa disisi
nenek sehinggalah dirinya kembali ke Jepun semula. Dara berterima kasih untuk
itu.
“Sejak bila?”
Dia menoleh. “Huh?”
Mata Kez memberi isyarat
kepada tudung bawal 2 warna yang dipakai. “Awal bulan lepas. I kagum tengok
Yuna pakai tudung waktu dia buat konsert dekat New York dulu. Cantik”
Aneh ke? Tapi tengok Kez cool je. Perasaan ingin bertudung datang
bila lihat Yuna dahulu. Selepas itu barulah Dara sedar. Mungkin jika dirinya
bertudung seperti sekarang, Eva mahupun yang lain takkan punya alasan untuk
menyakitkan hati dengan rambut blondenya
ini.
“Awak nampak....lebih
cantik” dia bersuara, tenang. Dara menoleh. Senyuman tanpa sedar terukir. Kez
turut tersenyum. “Nampak lebih ayu dan sopan”
Terasa nak jerit satu
Malaysia. Jantung dah buat larian 100 meter. Anehnya cinta. Walaupun hanya
sekadar mengungkap ayat itu, tiba-tiba pemandangan diluar dipandang dengan
perasaan yang berbeza.
“Macam mana dengan nenek?
Kenapa dia sampai boleh heart attack sekali
lagi?”
“She’s overwork. Diusia dia sekarang, patutnya dia berehat. Tapi
sebab takda sesiapa untuk menggantikan tempat dia jadi dia beri tekanan kepada
diri sendiri”
Dara menghela nafas. Dia
rasa sangat bersalah. Kerana menguruskan syarikat mama di New York, nenek
ditinggalkan sendirian di Malaysia menguruskan syarikatnya sendiri. Sukarnya
menjadi anak tunggal. Kalaulah dia boleh membelah diri sendiri menjadi 2 orang.
Pasti semua ini takkan jadi masalah.
“Tapi keadaan nenek dah
stabil. Beria dia taknak saya beritahu awak sebab tak mahu awak risau. Tapi
saya rasa awak akan lebih risau kalau awak tak tahu apa-apa”
True. Nenek bukanya muda lagi. Diusia yang sudah 50-an, seharusnya
dia duduk berehat dirumah sahaja. “Saya seharusnya disisi dia sekarang. Dia tak
punya sesiapa lagi”
Paksu dan maksu semuanya
sibuk dengan urusan keluarga masing-masing. Mereka juga jarang boleh pulang
kerana tanggungjawab terhadap kerja masing-masing. “Don’t blame yourself. Kita semua ada tanggungjawab masing-masing.
Nenek faham awak sibuk di New York”
“She’s the only family that i have right now. I don’t want to lose her”
Dara merenung jalan raya
namun fikiranya merawang jauh. Dia tak mahu jadi seperti mama. Dia tak mahu
memusuhi keluarga sendiri lagi. Walaupun sehingga sekarang dirinya masih tak
tahu sebab mereka bergaduh namun semua itu sudah tidak perlu diungkit lagi.
Dara dah hilang mama. Dia tak mahu hilang nenek pula.
“Saya yakin nenek pasti
gembira lihat awak nanti”
Dia menoleh. Kez memberi
senyuman. Lelaki ini nampak semakin matang dalam pertuturan mahupun bahasa.
Tiada lagi sarcasm. Tiada lagi
senyuman menyakitkan hati. Selain dari luaranya yang matang, dalamanya juga
turut sama.
“You dah banyak berubah. Japan really make you life hard, huh?”
Kez ketawa. YOU make my life damn hard, Damia. “You can say that. But that’s not the only
reason why I change actually”
Dara menjungkit kening.
Macam ada sesuatu je ni? “Dah ada girlfriend?”
Walaupun sangat risau kalau Kez mengangguk tapi Dara
harus tahu. Mereka sudah berkawan lama. Saling mengenali satu sama lain. Dara
dah penat dengan this so called
friendship without any progress ni. Dia mahukan kepastian ditambah pula
dengan peningkatan usia diantara mereka berdua.
“Saya lelaki yang tak
perlukan seorang girlfriend”
“Are you gay?” dengan mata terbeliak dia menyoal. Kez menghela
nafas. Sabar je la dengan anak orang putih ni. Perangai tak berubah. Dara
memberi sengihan. Sorry. I just miss my
sarcasm buddy.
Kereta berhenti kerana lampu isyarat bertukar merah. Kez menoleh kearah
Dara. “I don’t need a girlfriend, Damia.
I need a wife”
Hidung diciut dengan
senyuman yang menggugurkan jantung. Dara terasa darah menyerbu ke muka apabila
mereka berpandangan seperti itu. Ya Allah. Apa maksud semua ini? Adakah kami
punya rasa yang sama selama ini?
Kez memandang dengan rasa
kagum. New York change you for good,
Damia. I’m proud. Senyuman semakin lebar. Tuhan sahaja tahu betapa rindunya
saya pada awak. Beberapa kali rasa nak hantuk kepala dekat dinding hostel
kerana lepaskan awak pergi ke New York tanpa meluahkan apa-apa. Is this the right time to tell how you how I
really feel about you?
“I miss you so much that only Allah know how many times I feel like I
want to take a flight and meet you there”
Dia terasa seperti tidak
mampu bernafas. Mata Kez yang merenung matanya buat dia tak mampu bergerak dan
berkata apa-apa. Seolah-olah terpukau.
Cantik. 2 tahun tak jumpa, dia semakin cantik. 2 tahun di
Jepun buat dia semakin mengenali perasaan sendiri. Hatinya hanya berdegup
apabila berjumpa gadis ini.
Pandangan mereka terganggu
apabila bunyi hon dari kereta belakang. Kez kembali memegang stereng sementara
Dara merenung ke luar tingkap. Dia menggigit bibir untuk menghalang senyuman
dari semakin mekar. Kalau ini yang terjadi setiap kali dirinya balik ke Malaysia,
saya rela balik tiap-tiap minggu, Kez.
p/s : kez confession. tunggu ye :)

menunggu kez buka langkah. then, si Dara kenalah bersedia, jgn pulak pengsan nanti.
ReplyDeleteaduhh lambatnya kezz nak confess his feeling towards damia......
ReplyDeleteNAK LAGI PLEASE CEPATLAH UPDATE
ReplyDeleteshafriza : ha'ah. Dara kena bersedia :)
ReplyDeletekalam cinta : sabar, sabar :)
baby mio : komentar setia. saya akan update nanti :)
uffffff.....lambat!!!!!!!!!
ReplyDelete