“Kenapa ramai sangat orang malam ni?” dia menyoal,
hairan. Tak pernah kafe mereka penuh seperti ini. Rata-rata yang hadir adalah
pelanggan perempuan.
“Ada
persembahan khas”
Dara
mengerut dahi.”Persembahan apa?”
Dia
menoleh ke hadapan melihat Kez bersama Izat dan Nabil hadir membawa gitar
masing-masing. Dara semakin hairan. Apa mereka buat dengan gitar?
“Minggu
ke dua setiap bulan akan ada persembahan khas dari mereka bertiga. Sebab itulah
ramai pelanggan perempuan hari ni”
Patutlah.
Dara menoleh kearah kumpulan Nisa yang tersenyum-senyum dan sesekali berbisik.
Dia tergelak kecil. Macam-macam perangai orang ni sebenarnya.
Tapi
dia tak pernah lihat Kez bermain gitar waktu tinggal dirumah mereka dahulu.
Dunianya hanyalah basket. Banyak
sungguh skill lelaki ini rupanya. Patutlah diminati ramai di sekolah mereka
dulu.
“Check. Mic 1,2,3”
Suaranya
bergema di kafe. Kez duduk diantara Nabil dan Izat. Tidak dinafikan dia adalah
yang paling tampan diantara mereka. Jas mesti hentam gelak kalau lihat abangnya
ketika ini. Tentu Jas sendiri taktahu abangnya punya bakat yang lain.
“This song is
dedicated for you guys. Listen”
Tepukan
kedengaran. Dara memeluk tubuh apabila lampu kafe digelapkan dan sportlight dihala hanya kepada mereka
bertiga.
The moment I saw you
My heart beating
All the misunderstanding that we have
Never mean to hurt you
I always think love is an illusion
Untill you came into my life
Prove me that i’ve been wrong
To show me how to love in my life
Lesung
pipi tu. Dara tahu ramai yang sudah jatuh hati kerana lesung pipit itu.
Termasuk dirinya. Kez mengingatkan Dara kepada Zach. Cuma Zach tidak pernah
dianggap melebihi seorang kawan. Tapi Kez, keadaan sedikit berbeza. Mereka
bergaduh. Mereka menyakitkan hati satu sama lain. Tapi mereka akan berbaik
semula dan berkawan seperti biasa,
I’m sorry for all the word I said
I never mean to hurt you like that
The reason is I don’t know yet
I try to figure the feeling that I have
Kez mengangkat muka apabila tiba part
bridge. Matanya bertembung dengan mata Dara yang berdiri agak jauh. Seperti
bait-bait lagu yang dicipta. Siapa sangka semuanya adalah mengenai Dara? Jika
sewaktu basket, Dara adalah
pesaingnya. Tapi ketika lagu ini dicipta, Dara adalah sumber inspirasinya.
Tepukan
gemuruh diberi sebaik Kez dan yang lain menamatkan persembahan yang begitu
mengasyikkan itu. Dara memeberi senyuman. I’m
proud, Kez. “Semakin ramailah kelab peminat Kez nanti”
Dara
tergelak. “Kau tak nak masuk?” dia mengusik. Kinah segera menggeleng. “Aku
lebih suka lelaki yang kurang mendapat perhatian. Senang sedikit nak dijaga”
Hmm,
betul juga. Kalau hot sangat pun,
asyik risau je. Takut kalau-kalau si lelaki terpikat dekat orang lain. Diri sendiri yang
merana.
“Thanks for the attention. Kita jumpa
lain kali”
Lampu
dibuka dan suasana kembali seperti biasa. Dara melihat jam ditangan. Kafe akan
ditutup sebentar sahaja lagi. Pelanggan yang hadir sudah ramai yang beransur
pulang. Dara menuju ke bilik loker untuk menyalin pakaian.
10
minit kemudian, dia keluar dengan pakaian biasa. Kelibat Kez sudah tidak
kelihatan. Dara mengatur langkah menuju ke perhentian bas. Dia masih tidak mahu
diambil oleh Judy walaupun dipaksa. Kadang-kala dia sendiri hairan dengan tahap
kedegilan yang dirinya miliki. Kasihan Judy kerana terpaksa deal dengan sikap degilnya itu.
“Nah”
Dara terkejut. Telifon siapa pula ni? Dia mengangkat muka melihat Kez berdiri
dengan jeans, plain t-shirt berwarna
hitam serta cap. “Siapa?”
“BFF
awaklah. Bising awak tak jawab telifon”
Teragak-agak
Dara mengambil telifon yang dihulur sebelum diletak ditepi telinga. “Hello”
“Oi.
Buat apa tak jawab call aku? Sibuk
ke?”
Dara terkejut. Jas kalau
cakap, macam orang ada 10 meter jauh. Dia melihat Kez duduk disebelah. “Bateri mati.
Nanti I call you balik”
“Patutlah. Nasib baik dapat call abang. Risau aku dah lama tak lepak dengan kau. Sihat?”
Senyuman
terukir. “Sihat. Datanglah kafe. Kita boleh borak panjang” dia mengerling kearah Kez yang merenung jalan
tanpa emosi. “Minggu depan weekend, jom
tengok wayang. Dah lama kita tak keluar ‘kan?”
“Untunglah
duduk rumah tak buat apa ‘kan?”
Jas ketawa. “Ala, bukan
selalu. Hari Sabtu. Ahad kau boleh rest satu
hari” Jas masih memujuk. Dara diam sekejap. “Iyalah. Minggu depan. Nak jumpa
dekat mana?”
“Kau
tahu Prangin Mall ‘kan? Kita lepak situ dulu”
Memanglah
tahu. Tapi bukanya ingat sangat. Nampaknya kena susahkan Judy hujung minggu ni.
“Iyalah tuan puteri sebujur sirih” Dara menggeleng. Panggilan dimatikan sebelum
menyerahkan semula telifon kepada Kez.
“Habis gayut?” dia
menyindir. Dara mencebik. “Dah. Pergilah balik” Kez tergelak. “Ini bukan
perhentian bas awak pun”
“Memanglah
tak. Tapi bukanya you balik naik bas pun ‘kan?”
“Saja
nak lepak ambil angin” Kez menyandarkan kepala di board pengiklanan dibelakang. Dara kehairanan. “I tak sangka you
pandai nyanyi”
Kez
memberi sengih. “Tengok oranglah. Saya ni sudahlah handsome, pandai main basket
plus captain pula tu. Saya juga pandai main gitar dan menanyi juga.
Pokoknya, saya ni memang wow lah”
Dara
buat muka menyampah. “Masuk lif tekan sendiri la”
Kez
tergelak. Seronok lihat wajah Dara ketika ini. “Kenapa tiba-tiba nak
kerja?” dia menyoal, serius. “Saja”
“Nak cari pengalaman?” Dara mengangguk. “Kaki dah baik?”
dia menyoal, semula. “Judy dah urut sikit. I tak pakai heels dah” Kez tersenyum bersama anggukan.
“Jas buat apa dekat rumah?”
“Goyang
kaki dan besarkan badan Takda orang nak dikacau, itu yang call awak ajak keluar” Dara ketawa membayangkan Jas yang sedang goyang kaki
sambil menjamu selera. Suasana menjadi sunyi. Kez juga tidak berusaha untuk
memulakan perbualan. Akhirnya Dara turut bersandar sambil menunggu bas tiba.
“Dah fikir nak ambil apa
lepas dapat result nanti?”
“Entahlah. Kena tahu result macam mana dulu baru boleh pilih”
Kez menjawab, datar. Dara bersetuju. Beria merancang kalau result cukup-cukup makan je, nak buat apa?
“Apa inspirasi you buat
lagu tu?”
“Orang” dia menjawab,
ringkas. Dara menoleh bersama sengihan. “Girlfriend?”
Kez tergelak. “Bakal”
kerutan terukir. “Belum lagi?” Kez menggeleng. “Slownya. Nanti kena kebas dengan orang baru gigit jari” Kez ketawa.
“Takda orang nak dekat dia
pun. Saya je” Dara mencebik. Payahlah kalau kes terlebih confident macam si Kez ni. Kasihanlah perempuan itu nanti. Tahan je
dengan perangai boyfriend dia ni.
Tanpa sedar masa berlalu
dengan pantas. Dara bangun apabila melihat bas sudah menghampiri perhentian bas
mereka. Kez turut berdiri. “Awak nak balik dah?” lelaki itu mengangguk. Tak gentleman sungguh kau ni Kez. Cakap je
la kau nak tunggu dia sampai naik bas.
“Balik elok-elok” sempat
dia berpesan. “Jangan tertidur dalam bas pula”
Dara tergelak. Kez
menggosok kepalanya dengan senyuman. Dara kaku, tidak mampu bergerak. “Jumpa
esok”
Anggukan diberi sebelum
berpusing dan naik ke dalam bas. Dara mengambil tempat yang mampu dilihat oleh
Kez. Lelaki itu masih berdiri, langsung tiada tanda untuk bergerak pergi.
Akhirnya bas menyusur meninggalkan perhentian bas dan Kez berlalu.
********************************************************
Prangin Mall agak sesak
dengan orang di hujung minggu. Bila difikirkan, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di mall ini. Sewaktu sekolah dahulu, tidak
sempat kerana sibuk dengan SPM.
“Alessandara!”
Dia menoleh melihat Jas
memberi sengihan. Dara menggeleng. “Formal sungguh panggil nama I pun”
Jas tergelak sebelum
memeluk Dara dengan erat. Dara kaget. Rindu sangat agaknya. “Kurusnya kau. Tak cukup makan ke?”
Pelukan direnggangkan.
Dara tersenyum. “I letih
kerja. You tahu apa?” dia mengusik. Jas menarik muncung sedepa. “Tahulah aku
duduk rumah je. Tapi kau nampak letih sangat. Teruk sangat ke kerja kau?”
“Biasalah. Nama pun kerja”
Jas mengangguk. Namun dia tidak mampu menghalang dari rasa risau. Tubuh
Dara kelihatan susut dengan mendadak. Takut juga kalau Dara punya penyakit yang
lain selain letih.
“Sekarang nak pergi mana?”
“Makan. Aku belanja”
“Wah, patutnya orang kerja
yang kena belanja” Dara tersenyum. “Jangan risau. Hari ini aku akan pastikan
kau naik berat badan”
****************************************
Dara kembali ke kafe dan
melihat pekerja perempuan berbisik sesama sendiri. Dia melintasi mereka sebelum
ke loker sendiri. Dara membuka pintu loker sebelum meletakkan beg yang dibawa
ke dalam. Selepas siap,
dia menutup semula loker miliknya.
“Dara”
Dia
menoleh. Mereka
menghampiri bersama jambangan bunga masing-masing. “Kenapa?”
Mereka tersenyum-senyum.
“Kami nak minta tolong kau”
Kerutan didahi kelihatan.
“Tolong apa?” Aneh betul la budak-budak ni hari ni.
“Hari ni birthday Kez”
Nisa bersuara. Dara terkejut. Birthday
Kez? Mana dia orang tahu? Aku yang kenal lama pun tak ambil tahu birthday Kez mahupun Jas.
“Jadi?” dia menyoal semula.
Dengan pantas, mereka
serentak menghulurkan jambangan bunga tersebut. “Boleh tolong bagi dekat dia
tak?”
Dara ke belakang sedikit.
Menakutkan. Senyuman berharap yang diberikan. Nasiblah Kez. “Boleh kan, Dara?”
Fia menyoal dengan penuh berharap. Dara serba-salah. Tak boleh jamin kalau Kez
nak terima hadiah ni. Tapi tak sampai hati nak hampakan mereka semua.
Akhirnya, dia mengangguk.
“Baiklah” sekelip mata, tanganya penuh dengan jambangan yang diberi. Dara
terkejut. “Terima kasih, Dara”
Bilik loker kembali sunyi.
Dara menghela nafas. Pelik
sungguh perangai. Kenapa tak beri sendiri? Tentu Kez lebih menghargainya.
Dara duduk dikerusi dan
meletakkan jambangan bunga diatas kerusi. Hari ni birthday Kez rupanya. Maknanya birthday
Jas juga. Kalau di New York dahulu, birthday
boy/girl pasti adakan party dirumah
mereka. Semua itu seperti sudah menjadi tradisi.
Tapi Jas masih tak
beritahu apa-apa. Masalah sungguh. Dekat Malaysia, macam mana mereka sambut birthday ye? Bagi hadiah? Atau
buat surprise party? Kalau tanya
Judy, dia tahu ke? Dia pun lama duduk luar negara. Nenek? Tak mungkinlah.
Kepala terasa bagai nak pecah.
Itulah. Tahu kawan je. Birthday kawan
taknak tahu. Sekarang, nak buat apa? Takkan nak buat taktahu? Mahu Jas merajuk
tak bercakap seminggu denganya. Keluhan dilepaskan. Payahnya!
******************************************
-Jumpa
awak belakang kafe-
Kertas berwarna kuning yang
dilekatkan di pintu loker dibaca. Kez mengerut dahi. Siapa ni? Tak reti tulis
nama ke?
Dia mengambil kertas itu sebelum berlalu keluar. Kez
kemudianya ke pintu belakang dan membuka. Dia terkejut melihat Dara berdiri
bersama jambangan bunga yang penuh di tangan. Dia kaget seketika.
“Happy birthday”
Dara
memberi senyuman. “Ini bukan hadiah I. Hadiah dari pekerja lain. Actually, I tak tahu pun hari ni birthday you”
Kez masih berdiri kaku. Dara kehairanan. Kenapa dengan
Kez? Terlalu terkejut ke? Ke tak tahu nak cakap apa-apa?
Dara menghampiri. “Nah”
dia menghulurkan jambangan bunga itu kepada Kez. Lelaki itu terkejut. “Hah?”
Tindakan pantasnya
mengambil jambangan bunga yang diberi Dara. “My arm” dia mengurut tanganya yang terasa sengal. Dara ketawa
melihat Kez yang kelihatan tidak tahu nak buat apa dengan jambangan bunga yang
banyak sangat.
“Hadiah awak?”
Dara kaget. “Hah?”
“Mana hadiah awak?” dia menyoal, selamba. Dara gelabah. Dia ni tak dengar ke aku cakap apa tadi? “I
mana tahu hari ni birthday you”
Kez mencebik. “Kata kawan”
dia menyindir, perlahan. Dara mengetap bibir. Dia datang dah angin nak sindir-sindir. “Kalau dekat New York, birthday boy/girl yang buat party
untuk kawan-kawan hadir. Mana ada bagi hadiah-hadiah ni”
“Damia.
Damia. Can’t forget New York life yet?” Diam. Dia rasa disindir sangat. “Salah ke? I duduk
sana sejak lahir. Sekurang-kurangnya I berusaha untuk cope dengan life disini”
“Dekat
New York pun berlajar tolong beri hadiah orang lain ke?”
Dara mendengus. It just a birthday. Apa yang nak disoal sangat. “Bukan I yang hulur diri nak tolong mereka.
Kalau you mesra, mesti mereka sendiri yang beri pada you. Taklah dia orang
ganggu I”
“Awak sukalah dia orang
bagi hadiah ni dekat saya?” Kez menyoal lagi. Control, Kez.
Kau akan dedahkan rahsia sendiri. Apahal kau emosi sangat? Bukanya kalian ada
apa-apa pun.
“Ini birthday you. Mereka juga ikhlas. What wrong
with that?”
Kez mendengus. Kenapalah susah
sangat nak faham, Damia? Takkan nak suruh saya karang hikayat untuk beritahu
semuanya? “Apa-apa je la, Damia”
Dara melihat Kez berlalu masuk
semula tanpa menoleh. Sakitnya hati! Dara rasa nak cekik-cekik je batang leher
lelaki ini. Dah tolong pun, nak marah-marah. Emosi sungguh!

2 maknanya si damia ni otak dia lambat pik up jugak la huhuhuhu
ReplyDeletehaha. dah kez pun taknak beritahu apa2. :)
ReplyDelete