Fail
yang diberikan oleh mama di ruang tamu tadi dibelek. Mereka sekarang tengah
menunggu giliran untuk dipanggil mendaftar. Amal membuka fail yang disusun siap
semuanya. Dia sedikit lega
“Nanti
kamu bagi je fail ni dekat orang yang daftar tu. Semuanya ada dalam ni. Jangan
risau. Mama dah suruh along dengan Kai tengokkan hari tu”
Senyuman terukir. Dia beruntung
punya mama dan abang-abang yang sangat melindungi. Walaupun Kai selalu
menyakitkan hati tapi dia tahu Kai menyayanginya. Amal menutup semula fail yang
diberi sebelum memandang sekeliling.
Kelihatan semua orang sibuk dengan
urusan sendiri. Ada juga yang sudah berbual dengan kawan baru. Amal menghela
nafas. Aku je yang kekok. Mungkin sebab itu mama risau. Memandangkan dia
bersekolah di rumah, Amal punya masalah untuk bersosial. Dia agak kekok dengan
orang baru. Malah, kalau terasa dikerumuni, Amal akan cepat panik dan boleh
pengsan bila-bila masa sahaja.
“Nur Fatin” suara pensyarah yang
membantu mereka mendaftar itu kedengaran. Amal sedikit panik. Selepas ini
adalah giliranya. Dia cuba mengawal pernafasan. Cool, Amal. Rilex. Bukan apapun ni. Jangan panik sangat.
Tangan digenggam erat. Dia harus
kuat. Semua ini sekadar pendaftaran biasa. Dia tak perlu takut macam waktu SPM
dahulu.
“Awak okay?” suara disebelah
menyoal. Amal menoleh. Kaget sekejap melihatnya memandang dengan wajah risau.
Amal mengangguk.
“Awak nampak takut. Jangan risau.
Pensyarah tu takkan makan kita” dia ketawa tiba-tiba. Amal sebenarnya, tak
faham sangat. Tapi dia tetap tersenyum.
“Saya Husna. Awak boleh panggil Una
je. Awak?” tangan salam persahabatan dihulur. Amal segera menyambut. “Amalina
Imani. Amal je”
Una mengangguk sebelum kembali
tersenyum. “Saya pun cuak. Sebab itu saya bercakap dengan orang. Kalau saya
gementar, lagi banyak saya bercakap”
Amal mengangguk. Memang tak dinafikan
lagi. Namun dia juga rasa tenang berbual dengan Una sekarang. Tak rasa panik
sangat. “Kalau saya gementar, saya akan pengsan”
Una menoleh pantas dengan mata
terbeliak. Amal mengukir senyum. Memang aneh tapi itulah dirinya. Nasib baiklah
doktor Harith kata dia tak apa-apa. Kalau ikut mama, dia sampai nak buat x-ray
di kepala sebab takut ada apa-apa.
“Serius?” dia menyoal dengan wajah
tak percaya. Amal mengangguk. “Jadi awak kena bercakap dengan saya. Supaya saya
boleh lupa semuanya”
Una akhirnya ketawa. Amal hanya
tersenyum. “Kita ni memang ditakdirkan ke apa? Awak rawat masalah saya dan saya
rawat masalah awak”
“Mungkin” mereka sama-sama
tersenyum.
******************************************
Langkah Kai berhenti sebaik melihat
dewan yang penuh dengan pelajar baru. Tangan masuk didalam poket seluar. Dia
menjenguk ke dalam. Ramai juga pelajar baru kolej. Mana budak tu?
Mata liar mencari gerangan gadis di
minda. Dhani dan Mika berpandangan. Pelajar junior
perempuan yang melintasi mereka sudah tersenyum-senyum melihat gelagat Kai
sekarang ini.
Dhani menepuk bahu temanya itu. “Oi.
Apa gaya macam nak mengorat junior ni?
Kot ya pun. Sabarlah dulu”
Kai menoleh. Dia memandang pelajar junior yang melintasi mereka sambil
memberi senyuman. Dia baru tersedar. Kai menggosok leher belakang dengan rasa
malu. Mika menggeleng.
“Kau cari siapa? Adik kesayangan?”
Mika menyoal. Dalam hati mengutuk sebenarnya. Budak ni nampak je dingin dengan
Amal. Macam tak ambil tahu sangat. Tapi dia jaga juga. Walaupun dalam
diam-diam.
Dhani turut menjenguk mencari Amal.
Kemudian dia ternampak gadis itu sedang berbual dan ketawa dengan kawanya. “Tu.
Adik kesayangan kau”
Kai segera melihat ke arah yang
ditunjukkan. Dia lega melihat Amal yang berbual dengan gembira. Nampaknya, dia
harus memberi report dengan segera
kepada Datin Nora sebelum dibebel panjang. Mika masih tersenyum.
“Comel juga. Lama aku tak jumpa Amal
‘kan?”
Kai menoleh, memberi pandangan
seorang abang. Mika masih ketawa. Konon dingin. Tapi jangan sentuh adik
kesayangan. Boleh bergaduh tak kiralah kawan baik ke tak. Dhani turut
tersenyum.
“Kalau kau nak rasa penumbuk sulung
Kai. Dipersilakan, Encik Mikail oi” Dhani menepuk bahu Mika dengan tawa kecil.
Kai menggeleng. “Over. My. Dead. Body”
Mika ketawa. Meremang juga bulu roma
sebenarnya. Sungguh protiective la,
Kairil Adam ni. Tak fun langsung.
Mereka akhirnya berjalan melewati dewan.
“Kau nak apa? Aku nak pergi order ni” Una menyoal sebaik mereka
duduk di meja untuk makan tengah hari. Amal melihat menu yang diletakkan di papan. Sekarang, dia blur. Macam sungguh pilihan makanan. Aku nak makan apa ni?
Amal memandang Una. Temanya itu
ketawa. “Blur kan? Aku pun tengah
hafal nama-nama dia. Pening kepala kot”
Dia mengangguk. Setuju sangat. Punya
banyak menu. Sampai tak tahu nak pilih yang mana? “Aku nak apa yang kau makan
je la. Malas nak fikir”
Una menoleh. “Serius?” dia
mengangguk. Telifon tiba-tiba berbunyi. Una berlalu ke kaunter dan Amal
menjawab telifon.
“Assalamualaikum, ma”
“Waalaikumsalam, sayang. Kamu dah
makan tengah hari?” Amal tersenyum. Mama ni. Buat aku macam budak tadika. Tiap
jam telifon. Nasib baiklah cakap ada kelas. Nanti lunch call balik. Kalau tak, tak larat nak angkat.
“Baru nak makan, ma. Kawan tolong
belikan”
Datin Nora terperanjat. Amal dah
buat kawan? Ini satu berita yang bagus. Dia sebenarnya risau kalau Amal
ditinggalkan sendirian. Anak bongsunya itu pun bukan jenis berkawan. Diam je
kalau jumpa orang tak kenal.
“Amal dah ada kawan? Bagusnya anak
mama ni. Apa nama dia?”
“Husna. Mama tak sibuk ke?” dia
melihat giliran Una sudah tiba. “Tengah lunch
dengan auntie Lily ni.
Mama telifon kamu sekejap. Lega mama bila dapat tahu kamu dah ada kawan”
Amal tersenyum. “I told you. Jangan risaulah. Amal okay”
Datin Nora mengukir senyuman. Amal
dah besar. Dia yang harus belajar untuk melepaskan anaknya itu. “Baiklah. Mama
minta maaf tak percayakan kamu. Kamu jumpa Kai tak?”
Kai? Batang hidung pun tak nampak.
Mungkin sebab mereka tak sama course dan
abangnya itu adalah pelajar tahun akhir. Jadi, susah nak bertembung.
“Belum lagi, ma. Tak apalah. Amal
boleh jumpa dekat rumah”
Datin Nora tergelak. “Budak bertuah”
Amal tersengih. Una sudah kembali bersama tray
makanan yang dipesan.
“Okaylah ma. Amal nak makan ni. Kita
jumpa dekat rumah nanti. Love you”
“Love
you too. Jaga diri”
Panggilan dimatikan. “Nasi goreng
ayam. Esok kita cuba yang lain pula” Una menghulur sudu dan garfu kepadanya.
Amal mengangguk.
“Tak kisah. Janji makan”
***************************
Datin Nora masih tersenyum sewaktu
Datin Lily kembali bersama pinggan berisi nasi kampong kegemaran mereka. Wanita
itu turut tersenyum melihat sahabatnya itu dalam mood gembira. Berlainan benar sewaktu masuk ke butik pagi tadi.
Risau semacam.
“Amboi. Happy nampak. You cakap dengan buah hati ke?” dia mengusik sebelum
menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Datin Nora.
“Ha’ah. Buah hati pengarang jantung
I”
Datin Lily tersenyum. Dia tahu hanya
seorang sahaja yang mampu buat sahabatnya ini senyum sampai telinga.
“Amal dah okay ke dekat kolej tu?”
dia menyoal dan kemudian menghirup sirap selasih yang dipesan. Datin Nora
mengangguk. “Dia tengah lunch dengan
kawan dia. Terkejut I dibuatnya. Budak tu mana reti bergaul dengan orang.
Tiba-tiba dah ada kawan”
“Itulah you. Selalu manjakan dia
sangat. Budak tu reti je berdikari. You yang protective melampau”
Datin Nora hanya tersenyum.
Dikalangan teman-teman rapat sudah mengetahui sikapnya yang terlalu sayangkan
anak. Semuanya disayang sama rata. Namun Amal sentiasa punya tempat yang
istimewa dihatinya.
“Itu je anak perempuan yang I ada,
Lily” dia membalas, tenang. Datin Lily mengangguk. Dia menjamah ayam masak
merah yang dipilih tadi dengan sopan.
“Tapi dia bukan anak kandung you
‘kan? You masih tak jumpa family betul
dia?” Datin Lily menyoal. Dia juga tahu kisah disebalik siapa sebenarnya Amal.
Walaupun Datin Nora dan Datuk Megat Akasha sebolehnya tidak mahu sesiapapun
memberitahu Amal tentang itu.
Wajah Datin Nora berubah. Dia
sentiasa risau jika itu berlaku. Amal sudah dianggap seperti anak sendiri. Dia
tak pernah menganggap Amal bukan seperti along dan Kai. Walaupun dia tahu
dirinya kejam. Namun dia berharap Amal bersama mereka selama-lamanya.
“Itulah. Semua dah I buat. Kasha pun
sekarang taknak ambil tahu. Dia dah anggap Amal macam anak dia. Kami sayang
Amal. Dia satu-satunya puteri dalam keluarga. Kalau boleh, I nak Amal dengan I
sampai bila-bila”
Datin Lily mengangguk. Dia faham.
Datin Nora dan Datuk Megat Akasha memang pasangan yang sangat baik. Mereka
mengambil Amal sebagai anak angkat apabila Amal ditakdirkan hilang ingatan dan
tidak punya saudara-mara. Namun itulah. Mereka sentiasa diburu rasa takut kalau
Amal diambil daripada mereka.
“Tapi you kena bersedia, Nora. Amal
bukan milik you sepenuhnya. I sebagai kawan taknak you terluka bila Amal dibawa
pergi nanti”
Datin Lily memberi nasihat. Dia
lihat betapa sayangnya Datin Nora kepada Amal. Malah, temanya ini sudah
menganggap Amal sepenuh anak sendiri. Tapi dia juga mahu Datin Nora sedar. Amal
boleh diambil bila-bila masa sahaja. Keluarga kandungnya lebih berhak ke atas
gadis itu.
“I berharap hari itu takkan terjadi,
Ly. I tak tahu apa yang akan jadi pada I kalau Amal pergi dari keluarga kami”
Datin Nora menguis nasi dihadapanya
ketika ini. Datin Lily hanya diam. Tiada sesiapapun yang mampu memahami kasih
seorang ibu. Walaupun anak itu bukan anak yang dikandung 9 bulan. Dia sendiri
takkan mampu memahaminya.
*****************************
“Assalamualaikum”
Pintu dibuka sebelum dia berlalu ke
ruang tamu untuk berehat. Hari pertama di kolej berlalu dengan lancar. Tak ada incident yang mama risaukan. Namun ada
satu perkara yang sebenarnya ingin disoal sejak kali pertama di melihatnya
sewaktu mengambil SPM dahulu.
“Amal dah balik?”
Mata yang hampir tertutup tadi,
dibuka pantas. Dia memberi senyuman melihat gerangan yang menegurnya tadi.
“Baru sampai, ibu. Letih sikit”
Ibu Siti tersenyum. “Ibu buatkan air
nak? Amal nak minum air apa?”
Wajah Amal bercahaya. “Boleh Amal
tolong? Sebenarnya, hari ini hari jadi Kai ‘kan?” dia bingkas bangun dengan
wajah bertenaga.
“Ye. Amal nak buat apa? Along kata
nak ajak satu keluarga makan luar”
Amal diam sekejap. Hmmm. Apa ye? Walaupun mereka selalu
bertekak namun Kai sentiasa disayangi. Lagipun, Kai juga abangnya. Walaupun
berbeza sekali dengan along.
“Kek!” dia bersuara, tiba-tiba
dengan wajah riang. Ibu Siti tergelak besama rasa terkejut. “Amal nak buat kek?
Betul ke ni?”
Dia segera mengangguk. “Tapi kena
minta tolong chef in the hous la.
Amal mana reti sangat nak buat kek”
Ibu Siti mengangguk. “Tak penat ke?
Kita boleh tempah je kek tu”
Amal menggeleng. “Amal okay.
Lagipun, hari ini bukan berlajar lagi. Pensyarah suruh perkenalkan diri dan
bagi course outline je. Jomlah, bu.
Nanti tak sempat pula”
“Iyalah. Amal nak buat kek apa?”
Mereka menapak ke dapur. “Kek
pelangi. Amal tengok dekat internet, kek pelangi tengah famous sekarang”
********************************
Pintu rumah dibuka selepas memberi
salam. Aneh. Selalu ada je ibu Siti nak sambut. Kaki menapak ke ruang tamu. Tak
ada orang dekat rumah ke?
Kai meletakkan beg sandang ke atas
sofa sebelum berlalu ke dapur. Langkah terhenti melihat Amal yang
tersengguk-sengguk menahan mata diatas meja makan. Dahi berkerut sedikit. Budak
ni tunggu makan sampai tertidur ke? Mana ibu Siti?
Perlahan kerusi ditarik dan dia
duduk disebelah. Senyuman terukir melihat tepung yang tercalit di pipi. Kai
menggeleng. Buat apalah sampai bertepung muka? Dah habis ke semua bedak yang
mama beli?
Tangan diangkat dan dia mengesat
kesan tepung itu dengan lembut. Nyenyak sungguh lena sampai tak sedar orang
buat apa. Helaan nafas dilepaskan. Amalina Imani. Gadis ini hadir tidak diduga
sebenarnya. Namun kehadiranya buat kehidupan mereka berubah. Mama dan papa
sangat menyayangi Amal. Begitu juga dengan abang.
Kau, Kai? Hati menyoal pantas. Dia
tidak menjawab. Diri sendiri masih mencari jawapan yang sesuai untuk perasaan
ini. “Hmmm”
Dia berganjak sedikit. Bunyi loceng
dari oven mengejutkan dirinya. Kai
berlalu kearah oven berwarna putih yang berada dibawah rak makanan. Dia
mencapai glove tebal berhampiran
sebelum mengeluarkan ‘barang’ yang dimasak.
Wajah berubah melihat kek yang siap
dibakar kini berada di atas cabinet menyimpan
pinggan dan mangkuk untuk tetamu. Kai menoleh melihat Amal yang masih tertidur.
Dia masak kek?
“Amal”
Kai menoleh pantas mendengar suara
itu. Ibu Siti masuk ke dalam dapur dengan tergesa-gesa. “Shhhh” dia memberi isyarat Amal yang masih tidur. Ibu Siti
mengangguk. Dia menghampiri Kai.
“Tuan muda dah keluarkan kek? Nasib
baiklah. Ibu hampir terlupa tadi”
Kai hanya memandang ibu Siti
mengubah tempat kek yang sudah hampir sejuk itu. “Kek untuk siapa, bu?” dia
menyoal, hairan. Ibu Siti hanya tersenyum.
“Kek untuk tuan mudalah. Amal nak
buat sendiri katanya. Untuk dinner malam
ni”
Wajah Kai berubah. Amal buat kek
untuknya? Biar benar? Ibu Siti kemudian menyapu icing berwarna putih diatas kek tersebut dan diratakan supaya
nampak cantik.
“Letih sangatlah tu. Balik dari
kolej tadi, terus tolong ibu buat kek untuk tuan muda. Sampai tertidur”
Kai memandang Amal yang masih
tersengguk-sengguk. Timbul perasaan aneh yang dia sendiri tak faham. Selama
ini, dia melayan Amal agak buruk. Rasanya, Amal sendiri mampu faham. Dia
sememangnya dingin dengan gadis itu.
“Assalamualaikum. Ibu oh ibu”
Kai terkejut. Ibu Siti menoleh.
“Along ni. Selalu bising setiap kali balik rumah” wanita itu hanya mampu
menggeleng. Kai segera berlalu keluar.
“Kai? Awal kau balik hari ni?”
Dahi dikerut sedikit. Mimpi ke aku?
Selalu, dia akan lepak dekat Venus sampai mama bising suruh balik. Hari ni awal
pula ada dekat rumah?
“Diam sikit boleh?”
Dia berlalu ke atas dan membuatkan
Kuzer semakin hairan. PMS ke budak ni? Angin tiba-tiba. Dia berlalu ke dapur
melihat ibu Siti sibuk menghias kek. Kemudian, dia lihat Amal yan tertidur
berbantalkan lengan sendiri.
“Nasib baik Amal tak bangun. Along
ni bising lah. Kasihan Amal. Dia baru nak rehat”
Kuzer memberi sengihan dengan rasa
bersalah. Dia mengurut tengkuk. “Sorry,
bu. Patutlah budak tu marah along tadi”
Ibu Siti hanya tersenyum. Kuzer
berlalu disebelah Amal. Budak kecik ni. Sampai tertidur. “Dia buat apa, bu?
Sampai tidur macam ni”
“Buat kek untuk birthday party Kai malam ni”
Kuzer mengangguk. Sayang juga.
Ingatkan, tahu nak bergaduh je. Dia mengukir senyuman. Comel sungguhlah adik
aku yang sorang ni. Dia menghela nafas.

waaaaa sweet la amal siap wat kek pelangi lagi utk kai hehhehe....si kai neh dlm ati ada taman astakona ke kat amal neh 2 yng protective semacam je tuh hahahha...tersentuh yeh amal wat kek beday...
ReplyDelete