“Kai,
Amal. Turun sayang. Kita nak gerak sekarang”
Suara Datin Nora kedengaran. Amal
menyapu lip gloss pink kegemaran
sebelum membetulkan rambutnya untuk kali terakhir. Setelah berpuas hati, dia
mencapai tas tangan berwarna putih sebelum keluar dari bilik.
Ketika hendak menuruni tangga, dia
terserempak dengan Kai yang kacak dengan kemeja hitam dan seluar jeans. Baru sekarang Amal lihat kenapa
kak Hannah sangat tergila-gilakan lelaki ini.
Senyuman diukir. “Handsome nampak” dia mengusik. Kai
menyeluk saku seluar dengan senyuman angkuh. “Beritahu benda yang aku tak tahu”
Amal mencebik. Perasan ya amat.
Abang siapalah dia ni? Mereka akhirnya sama-sama turun ke bawah. Amal mengukir
senyuman melihat mama yang tergamam. Abang disebelah tersenyum.
“Cantiknya anak papa ni. Nak pergi
kahwin ke?” papa mengusik, membuatkan semua orang ketawa. Amal jadi malu.
“Papa ni. Baju ni mama yang
pilihkan”
“Dan sangat sesuai” Mama membetulkan
rambut hadapan Amal yang hampir menutupi mata ketika ini. “Anak mama cantik
sangat. Macam mama”
Papa dan along ketawa. Kai hanya
mampu tersenyum. Datin Nora menoleh. “Kenapa? Along cakap mama tak cantik ke?”
Papa dibelakang sudah mengangkat ibu
jari melihat along terkial-kial menjawab. Amal tergelak kecil. “Cantik. Cantik
sangat. Betul tak, pa?”
Dia menolak kepada papa dibelakang.
Papa mengangguk pantas. Bahu isterinya dipaut lembut. “Isteri papa memang
cantik. Sebab itu papa kahwin dengan dia”
Mereka sekali lagi ketawa. Mama pula
yang jadi malu. Amal menggeleng. Usik-mengusik mama dan papa yang menyebabkan
mereka sentiasa gembira dan tidak pernah bergaduh. Amal bersyukur punya mama
dan papa seperti mereka.
“Ehem. Kita nak dinner dekat sini ke?”
Mereka berempat menoleh melihat Kai
berdiri memeluk tubuh. “Oh ya. Lupa pula. Marilah. Nanti kita terlewat”
“Papa pergi dulu. Amal nak ke dapur
sekejap”
Bergegas dia ke dapur. Kai
memerhati. Pasti nak ambil kek. Dia akhirnya menuruti along keluar sementara
mama menunggu Amal keluar dari dapur.
*****************************************
“Rapat sikit” mama bersuara.
“Kenapa yang jauh sangat? Kai!” mata
memandang kepada anak teruna nan seorang itu. Kai mendengus. Tubuh dirapat
dengan Amal yang duduk ditengah.
“Kai dah 23 tahun, ma” dia bersuara,
lemah. “Apa pula? Along 25, okay je? Control
macho sangat ni”
Kai memberi jelingan tangan. Kuzer
hanya ketawa. Dia tahu sebab Kai macam ni. Tapi biarlah Kai sendiri sedar
perasaanya itu. Lagipun tiada salah sebenarnya.
“Letak tangan kamu atas bahu Amal”
Datin Nora masih memberi arahan. Datuk Megat Akasha yang duduk disebelah, hanya
tersenyum. Dia bahagia melihat keluarganya yang sekarang.
Klik.
Kamera Polaroid itu mulai mengeluarkan hasil gambar yang ditangkap tadi.
Senyuman diukir dengan rasa puas hati. Bukan senang untuk mereka bersama
seperti ini. Selepas ini pasti lebih sukar. Dengan along yang dah ada ura-ura
untuk mendirikan rumahtangga.
Mereka kembali ke tempat duduk
masing-masing. Amal menjamah hidangan yang sediakan oleh pihak hotel. Datin
Nora kembali duduk disebelah suaminya. “Okay kan?” dia menunjuk gambar kepada
Datuk Megat Akasha.
“Kai macam kena paksa je?” Datuk
Megat Akasha mengusik. “Itulah. Budak bertuah. Mama suruh tangkap gambar je.
Bukanya buat apa. Lagipun, kamu birthday
boy. Cubalah senyum sikit”
Amal tersenyum mendengar bebelan
mama. Kai hanya diam menghirup jus oren yang masih bersisa. Kuzer turut
tersenyum.
“Dia dah 23 tahun, ma. Tak mainlah birthday party macam ni. Tak gitu,
Amal?”
Amal mengangguk. Kai menoleh
memandang mereka. “Dah puas hidup?” dia menyoal dengan wajah tiada perasaan. Amal
berganjak kearah along.
“Belum. Along mungkin. Lepas ni dia
nak kahwin dah”
“Apa?” Kuzer berpura-pura terkejut.
Amal ketawa. Kai turut tersenyum. “Budak ni!” Kuzer memaut leher Amal sementara
Kai menggosok rambut Amal yang siap dirapi.
“Ahhh.
Along, Kai! Rosak rambut orang”
Datin Nora menangkap aksi kandid
mereka dengan riang. Datuk Megat Akasha pula menggeleng dengan senyuman. Macam
budak-budak. Padahal, masing-masing mengaku dah tua untuk semua benda macam ni.
Kuzer melepaskan Amal. Dia ketawa
melihat wajah masam Amal yang sedang membetulkan rambut sendiri. Kai masih
tersenyum.
“Habis rambut. Mama, tengoklah
diaorang berdua ni. Komplot buli Amal” dia mengadu dengan rasa sebal. Mama
hanya tersenyum.
“Along, Kai” dia bersuara juga,
untuk mengambil hati si tuan puteri. Kuzer tersenyum sementara Kai menjamah fries didalam pinggan. Pintu bilik
mereka tiba-tiba dibuka. Mereka sama-sama menoleh.
Kelihatan seorang pekerja hotel
masuk bersama meja yang diatasnya ada kek yang dibuat oleh Amal. Datuk Megat
Akasha dan Datin Nora kelihatan terperanjat.
“Cantiknya kek ni. Siapa yang
tempah? Along ke?”
Kuzer segera menggeleng. “Anak manja
mama yang buat”
Amal sempat mencubit lengan along
sebelum menarik tangan Kai untuk berdiri berhadapan dengan kek tersebut. “23.
Kai dah tua”
Dia memberi sengihan, mengusik. Kai
mencubit pipinya dengan lembut. Amal buat muka namun kembali tersenyum. “Amal
yang buat?” papa menyoal, tidak percaya.
“Sampai pakai bedak jenama kati” Kai
menambah disebelah. Amal menunduk sedikit. Datin Nora ketawa. Tak sangka Amal
pandai buat kek. Demi Kai pula tu?
“Apa lagi, Kai? Tiuplah” suara Datuk
Megat Akasha kedengaran. Kai mengangguk. Dia hendak memotong namun berhenti
sekejap. Mereka berpandangan. “Kenapa?” Kuzer menyoal.
“Mana lagu? Takkan nak potong je?”
Mereka semua ketawa. “Eii. Kata bukan budak-budak. Sekarang
apa?” Amal menunjal pipi Kai yang tinggi daripadanya itu dengan rasa geram. Kai
menjelir lidah, sengaja ingin menyakat.
Amal buat muka. “Baiklah. 1, 2, 3”
“Happy
birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Kai sayang, Happy
birthday to you”
Dia buat muka apabila mama
menekankan perkataan sayang. Tepukan kedengaran. Dia dengan gembira memotong
kek yang dibuat oleh Amal. Jauh disudut hati, dia terharu dengan perbuatan Amal
ini.
“Kai dah tua. Yeay. Boleh masuk geng!”
Kuzer bersuara, riang. Mama dan papa
hanya ketawa. Amal juga mengusik. “Tak boleh geng Amal lagi. Ha ha”
Kai mencalit icing diatas kek ke pipi Amal. Gadis itu tergamam sekejap. Kuzer
ketawa. “Sekarang, Amal pakai bedak jenama icing”
Amal mengetap bibir melihat Kai
menjilat icing di jari telunjuk. Dia
kemudian cuba melakukan perkara yang sama namun Kai lebih pantas menahan
tangan.
“Tak mungkinlah” dia buat muka riak.
Amal semakin geram. “Aku je boleh buat”
Amal tergamam apabila hidungnya pula
yang jadi mangsa. Kai berlari meninggalkan Amal yang bakal bertukar hulk tak lama lagi. “Kai!”
Suasana riuh dengan aksi
kejar-mengejar dan mama sibuk mengambil gambar mereka. Datuk Megat Akasha
tersenyum, bahagia. Sejak Amal hadir, hidup mereka semakin bahagia. Amal adalah
punca kebahagiaan mereka. Dia berharap Amal mampu menjadi anaknya selama-lamanya.
******************************
Amal membasuh mukanya yang terasa
berminyak sekarang ini. Senyuman masih dibibir mengenangkan apa yang berlaku
didalam bilik tadi. Dia sentiasa rasa bertuah kerana dikurnaikan keluarga
seperti mereka.
Mama dan papa yang sangat
menyayanginya. Along dan Kai yang melindungi dan sentiasa disisi. Amal tak
minta apa-apa lagi. Dia sudah bahagia dengan semua ini.
Tisu berhampiran sinki ditarik
sebelum dia mengelap wajah dengan perlahan. Pesan mama sentiasa diminda. Orang
perempuan harus jaga muka. Sebab itulah pemikat seorang lelaki. Walaupun
sebenarnya, hati seseorang itu lebih penting dari segala-galanya.
Selesai, dia mengeluarkan lip gloss yang dibawa sebelum mencalit
semula di bibir yang mulai kering. Kemudian, dia menempek semula bedak untuk membuatkan
wajah sedikit segar berbanding tadi.
Amal kemudian menyimpan semula
barang-barang tadi dan mulai memperkemaskan rambut yang habis diusik oleh along
dan Kai. Diaorang berdua tu memang perangai tak senonoh. Suka sangat gosok
kepalanya sampai rambut pun dah berubah tempat.
Pintu tandas dibelakang dibuka. Amal
melihat seorang gadis keluar dengan pakaian pelayan hotel. Senyuman diukir
apabila mata bertentang. Dia kembali merenung cermin melihat make-up yang baru dibuat tadi.
Wajah Farah berubah. Dia seakan-akan
tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Takkanlah? Kaki terasa
lemah tiba-tiba. Tak mungkin! Dia dah meninggal. Tak mungkin dia hidup semula.
Perlahan-lahan, Farah menghampiri.
Tangan dan kaki sama-sama menggeletar takut-takut dia berjumpa dengan yang
bukan manusia. Farah menelan air liur. Mata terasa ingin berair sekarang ini.
Betapa dia merindui wajah itu. Sudah hampir 3 tahun. Dia masih merindu
satu-satunya sahabat karib dunia akhirat ini.
“Li….Lin?”
Amal menoleh melihat gadis itu
memandangnya seperti nampak hantu. Wajah berkerut sedikit. “A…..Alin?” dia
menyoal lagi dengan mata berkaca. Amal sedikit gusar. Siapa pula Alin?
Farah menghampiri. Wajah Amal
berubah. Risau lihat perempuan ini seperti hendak menagis. “Alin….kan?”
Amal menggeleng. Dia bukan Alin. Dia
Amal! Farah mengesat hujung mata dengan rasa sebak. Ini memang Alin. Memang
Alin, sahabatnya! Dia masih tak percaya Alin kemalangan dan jatuh gaung. Dia
yakin, makcik Sarah hanya menipu. Alin tak reti bawa kereta pun. Macam mana dia
boleh masuk gaung?
“Kau Alin ‘kan?”
Amal semakin takut. Budak ni tak
betul ke? Air liur ditelan namun terasa disekat. Tiba-tiba, perempuan itu
memeluknya dengan erat. Dia mendengar esakan kecil.
“Alin. Aku rindu sangat dekat kau.
Mana kau pergi? Makcik cakap kau kemalangan. Habis rentung badan kau. Tapi aku
tak percaya. Hati aku kuat cakap kau masih hidup”
Amal tergamam. Dia kaku didalam
pelukan gadis ini. Apa yang dia cakap ni? Amal langsung tak faham. Pelukan
direnggang. Farah mengesat airmata yang mengalir di pipi.
“Kau kenal aku ‘kan? Aku Farah.
Kawan baik kau dari sekolah rendah lagi. Kita besar bersama, Lin. Aku faham kau
macam mana kau faham aku”
Amal masih kaku. Dia langsung tak
ingat tentang Farah mahupun kenangan mengenai persahabatan mereka. Farah
tersedar. Gadis dihadapanya ini memandang tanpa perasaan. Dia mulai menyoal
semula. Betul ke ini Alin? Tapi wajah mereka memang sama sangat.
“Kau buat apa dekat sini? Cantiknya
pakaian kau, Lin. Apa jadi dekat kau 3 tahun lepas?”
“Hmmm.
Hah?”
Farah menjarakkan sedikit. Wajah
berubah. Dia terkejut dengan penampilan Alin sekarang. Dahulu pun Alin
memandang cantik. Sampai makcik Sarah cemburu. Tapi sekarang, Alin sangat
cantik. Dia hampir menangis kerana terharu.
“Awak…..kenal….saya?” Amal menyoal
setelah agak lama kaku dan membisu. Farah terdiam. Kenapa Alin tak kenal aku?
Dia satu-satunya sahabat Alin. Dia melihat semua penderitaan dan kegembiraan
Alin. Macam mana Alin boleh lupakan dirinya?
Bunyi telifonya mengejutkan mereka
berdua. Farah lihat Alin menjawab telifon. “Hello, ma”
“Amal dekat toilet lagi. Kejap. Amal dah on
the way ke sana”
Panggilan dimatikan. Farah kerut
dahi. Amal? Siapa Amal? Amal kembali memandang Farah. “Maaf. Saya rasa awak
salah orang. Saya bukan Alin”
Dia bergegas keluar tanpa sempat
mendengar alasan gadis itu. Farah memegang sinki dengan pelbagai perasaan. Dia
yakin itu Alin. Mungkin dalam dunia ini ramai wajah serupa. Namun hatinya kuat
mengatakan itu Alin. Hatinya tak mungkin menipu.
Tapi kenapa Alin tak kenal aku?
Kenapa dia bahasa diri dia Amal? Siapa pula mama yang telifon Alin tadi? Farah
menggaru kepalanya. Terlalu banyak persoalan sebenarnya.
*****************************************
“Kenapa
nama kau binti Abdullah?”
“Abang-abang
kau memang bin lain ke?”
“Kau
ada mak tiri ke?”
Jika dahulu dia langsung tak
terfikir tentang itu namun soalan-soalan itu kembali menjengah minda. Amal
bersandar di kusyen kereta. Along sibuk dengan telifon. Kai sudah memejam mata
sambil mendengar lagu menggunakan headphone.
Dia mengeluh, perlahan. Mama. Dia
melihat mama yang asyik berbual dengan papa sambil ketawa. Mata terasa hangat
seperti hendak menangis.
Dada terasa seperti dicucuk-cucuk.
Kenyataan ngeri yang tidak mahu diketahui. Tak sanggup rasanya memikirkan dia
bakal kehilangan keluarga ini. Namun Amal juga sedar. Mereka takkan mampu
seperti ini selama-lamanya.
Dia menoleh kearah along yang
tersenyum membaca message. Amal cuba
untuk tidak membuat along sedar dirinya dilihat sekarang ini. Airmata meleleh
dari hujung mata. Along. Along bukan along Amal ke? Along bukan abang kandung
Amal? Kalau along tahu, along takkan senyum dekat Amal lagi? Along takkan
risaukan Amal lagi?
Dalam diam dia mengesat airmata. Dia
menoleh pula kearah Kai yang tidur. Perasaan ingin menangis semakin
membuak-buak. Amal memejam mata sekejap untuk menahan airmata. Kai. Walaupun
mereka tak sebulu namun dia menyayangi Kai macam dia sayangkan along.
Amal kembali bersandar. Mama
dipandang dengan pandangan sayu. Gelak tawa mama dan papa yang membuatkan dia
bertambah sebak.
Anak
mama ni cantik. Macam mama juga ‘kan?
Mengenangkan itu, dia terasa ingin
meraung. Amal bukan anak mama ke? Betul ke Amal hanya anak angkat? Sebab itu
Amal berbintikan orang lain. Bukan papa. Ya Allah. Dugaan apa yang diberikan
kepada hamba-MU ini.
Mata dipejam semula. Airmata terasa
mengalir. Nasib baik hari sudah malam. Dia perlu menangis untuk melepaskan
semua perasaan ketika ini.
*************************************
Punggung dilabuh diatas gazebo putih
di Taman Botani berhampiran bangunan untuk Bilik Khuliah. Helaan nafas
dilepaskan. Mata terasa macam ada pemberat. Semalam dia menangis sehingga mata
terasa bengkak.
Hasilnya, awal pagi lagi dia ke
kolej. Tanpa sempat bersarapan dengan semua orang. Hanya ibu Siti sahaja yang
tahu. Itupun, dia juga hairan. Amal memegang eyebag dibawah mata. Memang nampak macam tiada semangat pun waktu
berjalan masuk ke dalam kolej. Terlalu banyak didalam fikiran sekarang ini.
Amal bersandar, melepaskan segala
lelah kerana menaiki bas untuk pertama kalinya. Dia juga berlajar untuk
berhati-hati kerana nyaris ditinggalkan dan nyaris terlepas hentian yang betul.
Memang penat. Sebenarnya, dia belajar untuk tidak bergantung harap kepada
mereka lagi. Mana tahu, mungkin selepas ini mereka takkan mampu melindungi
dirinya seperti selalu.
“Hoi!”
Una menyergah tiba-tiba. Amal
memegang dada yang berdegup laju. “Apahal kau menung gaya putus cinta ni? Kau
putus cinta ke?”
Amal buat muka. Cinta apanya?
Masalah aku ni lagi berat tahu? Una menoleh sekali lagi sebaik melihat
lingkaran gelap di bawah mata Amal. Dia menarik dagu temanya itu supaya Amal
tidak cuba menyembunyikanya.
“Apahal gaya macam 10 hari tak
tidur? Kau fikir apa?”
Amal menolak tangan Una sambil cuba
menutup kesan itu dengan rambut hadapanya. Una masih memandang dengan pelbagai
persoalan.
“Kau okay ke?”
Una menyoal, risau. Dah gaya macam
tak tidur setahun. Ada masalah teruk ke budak ni? Amal menoleh. Dia perlukan
seseorang untuk meluahkan semua ini.
“Apa perasaan kau bila kau dapat
tahu kau bukan anak kandung ibubapa kau sekarang ini?” dengan satu nafas dia
menyoal. Terkebil-kebil Una memandang. Amal menghela nafas. Lihat muka blur Una buat dia rasa menyesal bertanya
pada gadis ini.
“Kau….anak angkat ke?” perlahan dia
menyoal. Penuh berhati-hati. Amal mengeluh berat. “Aku tak pasti lagi. Tapi
memanglah pelik bila aku seorang sahaja tak sama binti dengan abang-abang aku”
Una mengangguk. Dia tak mampu bagi
nasihat sebab dirinya tak pernah alami keadaan seperti ini. Tapi ini pasti menganggu
Amal. Sampai tak boleh tidur.
“Kau tak cuba tanya parents kau?” dia memberi cadangan. Amal
menggeleng. “Aku rasa diaorang pun cuba rahsiakan. Mungkin mama tak mahu
kehilangan aku”
Mungkin juga. Iyalah, kalau anak
angkat pun disayang macam anak sendiri. Ibu mana nak lepaskan anaknya semudah
itu? “Macam mana kau tahu kau anak angkat?”
“Aku terserempak dengan seseorang.
Dia cakap muka aku sama dengan muka kawan dia yang sepatutnya meninggal 3 tahun
lepas”
“Meninggal?” Una kelihatan terkejut.
Amal mengangguk. Kalau Una pun terkejut, apa lagi aku? Rasa macam nak pecah
kepala ni fikir semua kemungkinan yang tak masuk dek akal.
“Patutlah aku sentiasa rasa macam
ada sesuatu yang dia orang sembunyikan. Tapi mereka layan aku dengan baik. Aku
tak tahu nak buat apa sekarang”
Una memegang bahu Amal dengan
lembut. Dia hanya mampu tumpang bersimpati. Tentu kepala Amal terasa nak pecah
sekarang ini. “Kau tak cuba jumpa balik dengan orang yang kenal kau tu?”
Amal menoleh. Una mengangguk.
“Mungkin dia ada jawapan untuk semua persoalan dalam kepala kau sekarang”
Suasana sunyi sekejap. Una masih
memandang. Amal kelihatan tenang. Kalau aku, mesti meraung dah. Siapa yang
mampu terima semua ini?
“Mal” perlahan dia memanggil apabila
melihat Amal seperti berada didunia sendiri. “Ataupun cuba kau tanya baik-baik
dengan mama kau. Mungkin dia boleh beritahu kau perkara sebenar”
Amal masih diam. Tanya mama? Amal
tahu mama terlalu menyayanginya. Mama akan terluka jika hal ini dibangkitkan.
Sebolehnya, Amal mahu menyiasat sendiri siapa dirinya yang sebenar. Siapa
keluarganya? Siapa ibubapa kandungnya? Apa yang berlaku sehingga dia langsung
tidak mengingati mereka?

BEST....
ReplyDelete