“Susahnya soalan tadi. Rasa nak hantuk kepala dekat
meja”
Dara
tergelak. Jas. Jas. Ayat hiperbola sungguh. Amboi Dara, dah pandai dah
hiperbola sekarang? Cikgu Kasim tentu bangga sebab dia hampir hilang sabar ajar
kau Bahasa Melayu.
“Apa
yang susah?”
“Aku
paling benci English. Siapalah yang cipta bahasa ni hah?”
Dara
menggeleng. “You such a drama queen”
Jas memberi sengihan. Mereka berlalu ke kantin yang sudah penuh dengan pelajar
tingkatan 4 dan 5. Tingkatan 1, 2, 3 rehat lebih awal berbanding mereka.
“Kau
cakap senanglah. English tuh bahasa rasmi kau. Macam kacang je jawab tadi. 15
minit dah siap”
“Its fair right? I rasa nak hantuk kepala
dekat meja waktu paper Bahasa Melayu”
Jas
tergelak. Betul jugak! Bahasa Melayu Dara sudah semakin pulih namun masih
memeningkan. Kadangkala kasihan juga tengok mata dia berbinar-binar lihat
soalan yang diberi. Mereka duduk di meja yang kosong.
“Nak
makan?” dia menyoal. Dara menggeleng. “Pedas. I nak air je”
“Haila
anak orang putih ni. Dah berminggu duduk Malaysia masih tak tahan pedas?” Jas
mengusik sebelum berlalu ke kaunter dan beratur. Dara memandang sekeliling.
Semua sibuk berbual dengan rakan-rakan.
“Oi
Kez” suara lelaki kedengaran. Kantin yang riuh tadi menjadi sunyi apabila Kez
berjalan. Dara menoleh. Eh, macam nak datang arah aku je? Dia menoleh kiri dan
kanan. Semuanya memerhati gerak Kez. Dia ni hotsuff
sekolah ini ke?
“Hai”
dia memberi senyuman, mempamerk lesung pipit di pipi. Dara diam. Hailah, cantik
sungguh lesung pipit tu. “Hai” dia membalas.
“Jas
mana?”
“Ambil
minum” Kez tergelak. “Beli minuman saya rasa” Dara segera tersedar. “Oh. That the correct phrase I guess” Comel.
Taktahu pula kau boleh sangkut dengan anak orang putih, Kez?
Dara
mengangkat muka. Terasa aura membunuh disekeliling. Suasana kembali riuh namun
mata-mata membunuh masih memerhati dirinya. Dara menjadi tidak selesa. Cepatlah
datang Jas. Nyawa aku dah terancam ni. Takkan nak halau pulak?
“Again. Maaf pasal kes bola hari tu. Saya
taktahu saya baling kuat sangat sampai berdarah kepala awak”
“Saya
okay. Takda perut pun” Kez ketawa lagi. Dara mengerut dahi. Dia ni, sesuka hati
gelakkan aku? Ingat aku ni badut ke?
“Parut,
Damia. Bukan perut”
Dara
buat muka menyampah. Tahulah BM saya tak macam awak. A++ agaknya. “Whatever” Jas menghampiri bersama 2
gelas air. “Eh abang. Takda training
basket ke rehat ni?”
“Kejap
lagi. Saja jumpa orang sakit” dia memberi senyuman kepada Dara. Gadis itu
sekadar mencebik. Jas menggeleng. Abang aku ni, sejak bila terlebih mesra?
Selalu kaku je dengan perempuan.
“I
okay. You tak perlu risau. Bukanya I minta ganti-rugi pun”
Jas
mengambil tempat disebelah abang. “Wait a
second. Did you call him ‘abang’?” Dara menyoal. Jas mengangguk. “You bukan
sama umur ke?”
Kez
tersenyum. Jas tergelak. “Kami ni kembar tak seiras la” Jas menjawab. Dara
mengangguk. Patutlah muka tak sama pun. Seorang lelaki, seorang perempuan.
“No wonder”
“Asal
tak makan? Diet?” Kez menyoal Jas disebelah. “Kenyang lagi. Tadi breakfast berat. Ma buat nasi goreng
‘kan?” Kez mengangguk.
“Awak?”
“Dia
cakap makanan kantin pedas” Jas tolong jawab. Dara memberi segaris senyuman. “Can’t cope with Malaysia’s food yet?” dia
menjungkit kening. Dara terasa disindir. “Am
not. I’m just not hungry”
Jas
diam. Apa kes pula budak berdua ni? Dah macam nak mula perang dah nampak.
“Betulke? Nanti merah pula muka anak orang putih ni makan pedas” Kez semakin
galak mengusik. Dara mengetap bibir.
“You
tak percaya?” Kez segera menggeleng. Jas rasa tersepit. “Where’s the fire?” Kez tergelak. “Kedai depan sekolah. Asam pedas.
Ada berani?”
Dara
terdiam. Asam pedas? Apa benda tu? “Abang!” Jas bersuara. Kez segera menekup
mulut adiknya itu. “Deal?”
Dara
semakin geram melihat kening itu naik turun. “Fine! Deal!” Kez tersenyum, puas. Bukan selalu boleh kenakan anak
orang putih. “Kita jumpa depan sekolah”
Kez
mengangkat punggung dan berlalu tanpa bicara lagi. Dara memegang cawan air
dengan erat. Geramnya! Kening tu! Senyum tu! Semuanya menyakitkan hati.
“Emmm,
Dara?”
Dia
baru perasan Jas dihadapan. “Kau serius ke?” dia menyoal. Dara segera
mengangguk. Ingat aku takut sangat ke? Setakat asam pedas tu? Dia pernah masuk
pertandingan makan hot chicken wings dekat
Buffalo waktu di NY dahulu. Cool je
walaupun Ericka kata kulit dia dah macam orang kena panggang.
******************************************************************************************************
Jas
menggeleng. Dia kelihatan aneh namun Dara tidak mahu bertanya. Dia berlalu
keluar dari kelas dan Jas mengekori dari belakang.
“Kau
ada masa untuk tarik diri. Nanti aku beritahu abang”
“No way. I taknak dia dapat sebab untuk
gelakkan I”
Jas
menggeleng lagi. Degil la pula anak orang putih ni. Dia tahu tak apa itu asam
pedas? Dia tahu tak asam pedas Makcik Yam depan sekolah itu memang sangat
sangat pedas? Jas sendiri hampir terbakar lidah bila diajak makan dengan abang
dahulu.
Mereka
tiba di pintu pagar sekolah. Kez bersama kumpulanya sudah menunggu sambil
berbual. Mereka segera menoleh sebaik melihat kelibatnya. “Hai” lelaki bertopi
mengangkat tangan. Dara sekadar mengangguk.
“Ini
crew basket abang aku. Haris, Shaf
dengan Mika”
Mereka
memberi sengihan. “So, this is the so
called Alesandara Damia? Budak NY yang baru pindah sini?” Shaf menyoal,
tiada nada. “Call me Dara”
Mereka
berpandangan sebelum meledakkan tawa. Hantu! Dia tahu mereka gelak sebab. “Baik
kau orang diam” Jas memberi amaran. Mereka menekup mulut namun masih mampu
melihat senyuman yang terukir.
“Boleh
kita pergi sekarang?” Kez akhirnya bersuara. Dara segera mengangguk dan
mengekori Kez dari belakang.
“Apa
kes? Tetiba budak Kez tu ajak kita orang lepak kedai Makcik Yam”
“Deal” Jas menjawab ringkas. Budak
bertiga itu memberi pandangan yang sama. Blur. “Abang terus attack Dara bila tahu dia tak makan
makanan Malaysia sebab pedas”
“Apa?”
mereka bertiga bersuara. Apahal pula budak-budak ni? Dah macam three stooges dah aku tengok. “Jangan
cakap dia nak suruh anak orang putih tu makan asam pedas Makcik Yam” Shaf
bersuara sambil menggeleng.
“Itulah
yang aku risau. Aku rasa Dara pun taktahu apa tu asam pedas. Sengal betulla
abang ni kadang-kadang”
“Kejam”
“Tak
berperikemanusiaan” Mika menelan air liur. Jas mengeluh. “Kez tu memang suka
mengusik. Tak sangka seteruk ini” Haris pula bersuara. Itulah yang aku risau.
Abang macam pay attention terlebih
sangat dekat si Dara ni. Dah angau ke?
****************************************************************
“Awak dah sedia? Taknak tarik diri? Masih ada masa
ni?”
Kez
memberi sengihan menyakitkan hati. “You
wish, mister” Kez ketawa kecil. Kemudian menggeleng. Macam manalah reaksi
minah salleh ni agaknya? Agak-agak berasap tak kepala dia? Kalau sakit anak
dara orang Kez, kau tanggung dan jawablah sendiri. Sudahlah hari tu kau hentak
kepala dia dengan bola basket.
“Err,
Dara” dia menoleh kearah Jas disebelah. “Ini keputusan yang paling buruk pernah
kau buat” Dara mengerut dahi.
“Kenapa?”
Jas
serba-salah. Meja mereka dihampir oleh Makcik Yam bersama 2 mangkuk asam pedas
yang berasap. Dara menelan air liur. Merahnya kuah! Dia memandang Kez yang
tersengih sambil menjungkit kening.
Jungkit
kening. Jungkit. Aku buat wax dekat
kening tu nanti baru tahu! Dia cuba menghidu makanan tersebut namun dia sudah
tersedak. Jas segera menepuk belakangnya.
“Ready?”
Dara
mengangguk, penuh semangat. “Mula” Mika bersuara. Dara segera menceduk kuah dan
merasa. Okay je. Dia memberi senyuman buat Jas. Namun kesan selepas itu
membuatkan dia mengerti kenapa Jas sangat risau tadi.
“Kau
okay?” Jas menyoal. Dara tidak menjawab. Dia menjamah ikan pula. Lagi pedas!
Mata terasa ingin berair. Dia melihat Kez selamba sahaja menghirup kuah asam pedas
tanpa riak. Kecuali peluh yang meniti di rambut yang agak panjang dihadapan.
Suapan
ke 5 rasa bagai nak terbakar lidah. Sudah hampir 2 gelas air diteguknya namun
rasa itu semakin kuat. Jas mengesat peluh yang menitis. Dara kuatkan semangat.
Dia takkan kalah dengan lelaki ini.
“Dara”
Shaf bersuara. Dara memandang. “Muka kau. Merah gila siot” semua mata tertumpu
kearahnya. “Dah macam kena panggang je aku tengok” Harris menokok. Dara hanya
buat tak dengar. Dia terus berusaha menghabiskan semangkuk asam pedas.
10
minit kemudian, hanya tinggal kuah sahaja. Mulutnya terasa ingin mengeluarkan
api sahaja ketika ini. Pedasnya yang amat sangat. Lebih pedas dari hot chicken wings di Buffalo. Dia
meneguk segelas air lagi.
“Done!” Kez meletak sudu diatas mangkuknya
yang licin. Dia memberi senyuman. “Tak habis lagi?” dia menyindir. Dara segera
menyuap beberapa sudu. Kez tersenyum. Comel! Setelah berhempas-pulas, dia
akhirnya habiskan juga semangkuk asam pedas itu.
“I’m done” mereka memandangnya, tidak
berkelip. Dara meneguk gelas air sejuk yang tertahan. “Wow! Aku kagum!” Shaf
bersuara.
“Aku
lagi kagum tengok muka dia” Mika menambah. “Merahnya muka kau” Jas mengesat
peluh yang menitis. Dara menekup tisu di hidung yang sudah berair.
“Well done. I’m impress”
Jas
dan yang lain menggeleng. Sama-sama degil! Sama-sama gila! “Dah habis? Ada nak deal apa-apa lagi? Nak tambah semangkuk
lagi?”
“No” mereka menjawab, serentak. Yang lain
tergelak. Kez melihat Dara yang masih berpeluh. Kasihan pula. Dia mengambil tisu
sebelum mengesat rambut hadapan Dara yang sudah basah. Darah kaget. Yang lain
bagai nak keluar biji mata.
“Kesian.
Muka awak merah sangat”
Dia
memberi senyuman, damai. Tidak lagi menyakitkan hati. Makcik Yam hadir bersama
air susu ais. Kez menghulurkan kepada Dara. “Minum ni. Hilang sikit pedas tu”
Dara sekadar menurut. Kez tersenyum.
Dia
menoleh kearah kawan-kawanya yang bagai kena sampuk. “Apa hal?”
“Gila!”
“Sawan”
“Kasanova
tahap pertama” Harris menunjuk ibu jari. Jas mengetuk kepalanya. Dia memandang
abang, geram. Sah abang aku ni dah gila! Ada ke nak mengorat guna cara ni?
Agak-agaklah. Kawan aku dah macam ayam lepas kena panggang macam dekat bazaar
ramadhan tu.
*******************************************************************************
“I
okay”
Jas
duduk disebelah. Dara sudah meletakkan kepala diatas meja. Mukanya sedikit
merah. Jas meletakkan belakang tangan di dahi Dara. Dia terkejut.
“Weyh,
kau demam ni”
Dara
membuka sedikit mata. “Hah?”
“Kau
demam. Asal datang sekolah lagi?”
Dara
mengerut dahi. “Asal?” dia tidak faham. Jas menghela nafas. “Kau demam. Kenapa
datang sekolah?”
“Oh.
Hari ini test maths. I kena ambil. Kalau
tak, kosong”
Jas
mendengus. Ini semua salah abang. Buat lawak yag tak lawak sungguh. Dia jadi
kasihan. Pasti sukar untuk Dara menerima semua perkara baru ini. “Kau ni. Buat
aku risau je la”
Senyuman
hambar diberi. “Jangan risau. Kejap lagi aku okay”
“Apa
jadi?
“Sebab
abanglah. Buat-buat tak tahu pula”
“Apahal
pula dengan abang?”
Jas
mendegus. “Sebab abang buat lawak luar alam ajak dia makan asam pedas. Sampai
demam budak tu”
Kez
mengerut dahi. Dara demam? Sebab asam pedas? “Kenapa dia datang sekolah pula?”
dia menyoal. Risau jugaklah. Anak orang tu. Kalau jadi apa-apa, sapa nak
tanggung?
“Sebab
hari ni ada test maths. Cik Nadia dah
warning awal-awal. Siapa tak hadir,
dia terus bagi kosong”
Dara
membuka mata yang terasa lemah. Aku dekat mana? Dia memerhati sekeliling.
Otaknya baru berfungsi. Sekolah! “Jas” dia memanggil, lemah.
“Kau
dah bangun?” dia menghampiri. “Aku dahagalah” dia mengadu. Sakit sebegini, dia
sangat perlukan mama. Airmata tumpah dengan mudah. Jas gelabah.
“Okay.
Okay. Jangan nangis. Aku beli air untuk kau”
Dara
mengangguk. Mata ditutup semula. Kez duduk disebelah dengan berhati-hati. Tidak
mahu menganggu gadis itu. Merahnya muka! Itulah kau Kez. Nak deal pun benda pelik-pelik. Teruk budak
ni kena bahan kau!
Esakan
kecil kedengaran. Kez kaget. Dara nangis ke? Dia tak keruan. “Mama” dia menutur
perlahan. Hah? Mama? Dia nak mama dia ke? Kez menggaru kepala.
Airmata
mengalir lagi. Kez tersentuh. Dia mengesat airmata yang mengalir dengan jari. “I’m sorry” dia menutur, perlahan. Dara
masih tidur. Kez mengangkat tangan penuh berhati-hati sebelum menggosok kepala
Dara dengan lembut. Hatinya berdebar.
Dara
kelihatan lebih selesa berbanding tadi. Kez diam memerhati. She look like angel when sleeping. Dia
memuji sendiri. Apa gila kau Kez? Takkan dah sangkut dengan anak orang putih?
Kez menggeleng. Kau memang gila la, Kez.

hahaha yeahh ada pon entry~ best2. keep it up! why not awak letak gambar dara skli ke ? so that readers bole tahu muka dara camne. suggestion only *anne*
ReplyDeletehmmm. interesting. tapi payah nak cari gambar orang rambut blonde :)
ReplyDeleteda kta ank org putih amek jela artis org putih or artis mane2 yg rmbt blonde.. best la dara... tp xkan dye xrindu kat kawan2 kat NY?
ReplyDeleteBoleh..cari je..yg comel2 tau. menunggu enti demi entri.Good job!
ReplyDeleteeunhae diela : mungkin taylor swift sesuai. nanti saya upload. dia sentiasa rindu kawan2 dia tapi dia akan stay Malaysia buat masa sekarang.
ReplyDeleteshafiza : thanks :)
wahh nanti mesti kez suka dara kan, x sbr nak tngu next entry <.lisa>
ReplyDeleteHAHA. kez suka buli dara. tunggulah next entry nanti ye :)
ReplyDeletegood job , cepat2 lah updet :)
ReplyDelete