Bersama beg
yang disilang, Thea melangkah masuk ke kawasan perkarangan kolej. Semester 5.
Terasa cepat sangat masa berlalu. Satu semester lagi sebelum semuanya berakhir
dan dirinya boleh membantu mama sepenuhnya.
“Thea!” dia
menoleh melihat Nas melambai tangan sebelum menutup pintu Persona hitam
miliknya dan kemudian berlari kearahnya.
“Lamanya
tak jumpa kau. Rindu aku”
Kaget dia
sekejap apabila Nas memeluk tanpa segan-silu. Thea memandang sekeliling. “Err,
Nas”
“Hmm”
“PDA” dia
menoleh tubuh Nas dengan pantas. Aina Nasuha. Rakan yang sangat suka Public Display Affection. Seorang yang
manja, mungkin kerana anak bongsu didalam keluarga. Nas tarik muka.
Thea
membetulkan baju yang dipakai. “Mana Sara?”
Temanya itu
hanya menjungkit bahu. “Belum datang lagi. Kau sihat?” tangan dipaut dengan sengihan.
Thea akhirnya tersenyum. “Kau ni macam anak kucing sungguh. Macam manalah Paan
tahan dengan kau”
Nas hanya
ketawa. “Aku laparlah. Kita lepak kafe dulu”
Tanpa
menunggu jawapan dia menarik tangan Thea melewati bangunan pentadbiran.
Sesekali Thea ketawa mendengar lawak Nas yang kadangkala tak masuk akal. Tapi
itulah yang merapatkan mereka. Sikap Nas yang sentiasa mesra membuatkan dirinya
tak kisah dengan layanan dingin Thea. Lagipun, dia tahu sebab Thea seperti
sekarang jadi Nas tak ambil hati.
“Eh, ada
lagi ke budak biasiswa ni?”
Langkah
terhenti sebaik mendengar suara itu. Teman disebelahnya ketawa. “Aku ingatkan
dia extent sebab banyak failed. Muka tak malu lagi datang kolej
swasta padahal family takda duit nak
bayar yuran pun”
Nas memandang.
Eh budak ni. Kena siku dengan Thea karang baru diam kot. “Biasalah. Orang
miskin, Lin. Kita kena faham. Muka memang tak tahu malu”
Penumbuk
dikepal dengan darah yang mendidih di kepala. Tawa mereka membuatkan kepalanya
semakin sakit. Thea memandang ketua kumpulan, Linda Datuk Harun. Dia
menghampiri wanita berambut perang palsu dan berpakaian tak cukup kain itu.
Senyuman
sinis diberi. “Kenapa? Berani kau sentuh aku! Aku pastikan kau tinggal lama
dalam penjara nanti. Kau tak kenal siapa papa aku?”
Linda
berundur ke belakang apabila melihat Thea semakin menghampiri. Kawan yang lain
hanya berdiri kaku tak bergerak. Nas memberi senyuman. Memang cari nahas!
Apalah salah Thea asyik kena hadap caci maki diaorang je sejak semester satu
lagi.
“Sekurang-kurangnya
aku tak guna duit bapak aku dan habiskan dengan beli barang make-up untuk tutup muka kau yang tak
lawa atau beli beg yang hanya bawa purse tanpa
buku”
Linda
terkedu. Dia memegang wajahnya. Tak lawa? Thea mengetap bibir. Kalau ikutkan hati,
lebam biji mata perempuan ni aku buat. “Aku rasa baik kau guna duit bapak kau
tu buat surgery”
“Surgery?”
Thea
mengangguk. “Untuk otak kau supaya bijak sikit dari aku. Kalau kau dapat dekan
sem ni, aku belanja kau buat plastic
surgery”
Nas ketawa
dibelakang. Linda memandang tajam. Thea berlalu kearah Nas yang mengangkat ibu
jari kepadanya. Dia mengenyit mata. Nas tersenyum.
“Oh ya.
Setahu aku, kalian yang repeat paper sejak
semester 3 sampai tak boleh praktikal. Tak gitu?”
“Thea!” dia
menjerit, geram. “Jumpa lagi” dia berjalan bersama Nas tanpa menoleh lagi.
***********************************************
“Korang
kerja lagi ke hari ni?”
Sara
mengangguk. Memanglah kalau diikutkan, mama dan papa boleh menyara dirinya yang
hanya 3 beradik. Tapi dia kadangkala malu melihat Thea yang berusaha untuk
mendapatkan sesuatu dengan hasil sendiri.
“Shift malam ke?”
“Ye, Cik
Nasuha. Kenapa? Nak kerja sekali ke?”
Nas
tergelak sebelum menggeleng. “Baru nak ajak lepak mall. Lama kot tak keluar bersama”
Sara
menoleh kearah Thea. “Aku kena ambil Tirah dekat sekolah” dia menjawab, tenang.
Nas mencebik. Sejak akhir-akhir ni, Thea dah jarang lepak macam dulu. Sentiasa
sibuk 24 jam kalah Perdana Menteri.
“Kau ni
sibuk memanjang”
Thea
menghela nafas. “Aku tak macam kau, Nas” dia membalas, perlahan. Sara memegang
lengan Nas apabila melihat temanya itu ingin membalas. Dia kemudian menarik Nas
untuk berhenti sekejap.
“Kenapa
kau?” dia menyoal, geram. “Jangan terasa la, Nas. Thea....dia....family dia....” Sara mengetap bibir, tak
mampu berkata lanjut. Nas kerut dahi. “Kenapa dengan family dia?”
“Mama dia
baru diceraikan. So, sekarang dia orang
tengah berusaha untuk mulakan hidup baru. Kau faham la angin Thea. Dia emosi
sikit kebelakangan ni”
Nas
tergamam. Diceraikan? Mama dan papa Thea? Dia memandang Thea yang berjalan
perlahan dihadapan. Dia rasa simpati. Patutlah Thea nampak tak ceria macam
selalu. Walaupun selalu Thea bukanlah ceria sangat.
“Serius?
Aku ingat diaorang selalu bergaduh je”
Sara hanya
mengangguk bersama keluhan. Dia juga tak sangka perkara itu berlaku tapi
melihat Thea yang tenang, dia risau jika Thea tak mampu tanggung semuanya
nanti. Thea menoleh apabila terasa dirinya berjalan sendiri.
Dia
menoleh. “Nas, Sara” dia bersuara sedikit lantang. Mereka berdua kelihatan terkejut.
“Tahulah korang putih. Tapi aku tak. Taknak balik ke?”
Mereka
segera tersedar sebelum memberi sengihan. Segera kaki diatur menghampiri Thea
yang menunggu. Mereka sama-sama menoleh ke hadapan semula sebelum terkejut
melihat seorang lelaki berhenti betul-betul dihadapan mereka bersama senyuman.
Thea
memandang hairan. Bersama pakaian yang semi-formal, dia tak nampak macam
penculik. Tapi siapa tahu apa niat disebalik senyuman yang dipamerkan. Nas
memandang Sara. Mereka menjungkit bahu.
“Cik Fathea
Husna?” dia menyoal, tenang. Thea diam sekejap. “Tak” dia menjawab pantas
sebelum berlalu. Reza kerut dahi. Bukan dia ke? Tapi gambar sama je.
“Itu Cik
Fathea kan?” dia menyoal temanya yang berdua. Mereka mengangguk. Reza segera
menoleh sebelum cuba menyaingi langkah Thea yang laju. Dia sedikit mengah
sebelum berjaya memintas gadis itu.
“Kenapa
dengan awak? Kalau saya jerit, nahas awak dikerjakan nanti”
“Bertenang
dulu, cik. Saya sebenarnya datang ada hajat” dia bersuara pantas. Tak sangka
watak gadis comel ini sedikit dingin. Dari gambar nampak macam perlu dilindungi
je. Tapi ini yang menarik. Macam mana agaknya jika digandingkan dengan Q yang
pendiam tu? Dia senyum sendiri.
Thea kerut
dahi. Apahal pulak mamat ni senyum sorang-sorang? Risau aku. Dia menoleh
melihat rakanya sudah berdiri disisi. “Encik!” suara Nas mengejutkan lelaki
itu. Dia segera berdehem, mengawal rasa malu di muka.
“Oh ya.
Saya perkenalkan diri saya dulu. Saya Reza, pengurus kumpulan MARS”
Sara
tergamam. Nas hampir tersedak. Biar benar? Dihadapan mereka sekarang adalah
pengurus kumpulan MARS? “Jadi?” Thea menyoal, membuatkan Reza hampir terjatuh.
Budak ni buat-buat tak tahu atau memang tak tahu?
“Awak kenal
MARS ‘kan?”
Thea
menggeleng. Kalau Maroon 5 punya
pengurus mungkinlah aku merayu nak jumpa si Adam tu. Kalau MARS, rasanya.....
dia menoleh kearah 2 sahabat yang sudah terkedu. Mereka yang akan jadi gila
sekejap lagi.
Reza
semakin kagum. Dalam 10 orang budak perempuan yang ditanya, kadar peratus untuk
semuanya mengenali MARS adalah tinggi. Tapi berlainan pula dengan gadis ini.
“A...abang....pengurus...MARS?”
Dia
mengangguk. Pandangan Reza kembali kearah gadis dihadapanya ini. “Tak
mengapalah. Saya ada hal dibincangkan dengan cik Fathea. Boleh kita duduk
dimana-mana dulu?”
Thea ini
menggeleng namun Nas memegang lenganya dengan pantas. “Boleh. Marilah ke kafe
kami” dia memandang Sara yang cepat menjawab. Thea menghela nafas.
Suasana
kafe lengang memandangkan kebanyakan pelajar sudah bergerak pulang. Thea
menoleh memandang Nas dan Sara yang duduk meja lain sambil memerhati dirinya
sambil tersenyum-senyum. Thea mengeluh. Dia melihat jam ditangan. Dirinya harus
menjemput Tirah.
“Boleh
beritahu apa kaitanya saya dan MARS? Saya ada hal penting sebenarnya ni”
Reza
sedikit terkejut namun segera mengangguk. Rasa nak tersedak air limau ais pun
ada dengan sikap Thea ketika ini.
Dia
kemudian mengeluarkan sampul koko dan kemudian diletakkan diatas meja. Senyuman
diberi. “Tahniah, cik Fathea. Anda terpilih menjadi watak utama dalam reality show pertama bersama MARS iaitu I Got Married”
I what? Dia hampir terbeliak mendengar
Reza menutur hampir satu nafas sahaja. Rasa macam tiba-tiba telinganya pekak
sekejap. “Saya apa?”
Sampul koko
itu dibuka dan Thea melihat isinya. I Got
Married. Dia tergamam. Sejak bila aku kahwin? Otak terasa bengong sekejap.
Aku kahwin tapi aku sendiri tak tahu? Dia semakin keliru. “Cop!” tangan diangkat
untuk diberi ruang sekejap. Reza mengangguk.
“Apa benda
ni?” dia menoleh kearah Nas dan Sara. “Errr, rancangan baru” Nas menjawab,
selamba. Thea menghela nafas. Aku siku juga budak Nas ni karang. Main-main
pulak dia.
“Sara” dia
memandang Sara yang diam. Hatinya kuat mengatakan yang Sara tahu perkara ini.
“Sara Imani Binti Abdul Rahman”
“Theaaaaa”
dia bersuara, takut-takut. Thea sudah boleh menganggak. Ini mesti kerja Sara. “Apa
yang kau buat kali ni, Sara?” dia menyoal, lemah. Dirinya dah cukup ada masalah
yang perlu dihadapi. Kenapa nak ditambah lagi?
“Aku minta
maaf banyak-banyak. Aku nak kau happy je.
Kebelakangan ni, aku rasa macam aku hilang Thea sepenuhnya. Kau berubah
mendadak sangat”
“Semua
orang berubah, Sara. Aku tak suka kau buat apa-apa tentang hidup aku tanpa
pengetahuan aku”
Sara
terdiam. Dia tahu dirinya bersalah namun dia hanya mahu mengembalikan senyuman
di wajah Thea macam dulu.
“Tak perlu salahkan Sara. Dia buat ni
demi kau. Cubalah sekali sekala kau terima je apa yang kami buat. Kami bukanya
bersimpati, Thea. Kami nak kau kongsi masalah kau dengan kami. Kau tak anggap
kami ni sahabat kau ke?”
Thea hanya
memandang tanpa reaksi. Nas mendengus, sedikit geram. “Maaflah encik. Saya tak
berminat dengan semua ni. Saya minta maaf diatas sikap kawan-kawan saya. Encik
carilah perempuan lain yang memang peminat MARS. Saya tak mampu”
Dia bangun
menggalas beg. Biarlah dikatakan bodoh ataupun tak menghargai peluang. Didalam
hidupnya kini ada mama dan Tirah yang harus dijaga. Thea tak ada masa untuk
bermain dengan perkara seperti ini.
*******************************
Reza
melempar fail yang dibawa ke atas mejanya yang bersepah. Dia kemudian
melonggarkan tali leher yang dipakai. Tiba-tiba aircond terasa tidak mampu menampung bahang yang terasa ditubuh
ketika ini. Dia mundar-mandir dihadapan meja bersama kerutan.
Ini kali
pertama bertemu gadis seperti ini. Gadis yang sangat berbeza namun sangat
mengkagumkan. Gadis yang kelihatan lemah namun sangat berpendirian. Entah
kenapa, dia hanya mahukan gadis itu sebagai pendamping Q walaupun mereka telah
mencari pengganti sekiranya gadis itu menolak.
Ketukan
dipintu buat langkahnya terhenti. Reza melihat Tish menolak pintu dengan
senyuman. Reza sekadar mengangguk.
“Kenapa?”
dia menyoal, pantas. Wajah Reza yang tak ceria membuatkan Tish menyoal. Reza
menghela nafas sebelum meraup wajahnya.
“Oh-ho. Tell me. Apa yang berlaku dengan watak
heroin kita?”
Tish sudah
tersenyum. Jarang sekali melihat Reza yang tertekan seperti ini. Pasti ada
kena-mengena dengan gadis pilihanya untuk rancangan MARS kali ini.
“She said no” dia bersuara, sedikit kuat.
Tish terkejut. “Apa?”
“Dia tolak.
Katanya dia ada banyak perkara nak difikirkan dari menjadi isteri kepada ketua
kumpulan MARS. Kau boleh bayangkan tak? Punyalah aku beria nak beritahu dengan
harapan dia akan melonjak gembira. Tapi dia mentah-mentah tolak. Sudahlah waktu
aku tanya dia awak ni cik Fathea ke? Dia selamba je jawab tak. Sakitnya hati
aku!”
Tish
ketawa. Dia semakin tertarik dengan gadis bernama Fathea ini. Pastinya seorang
gadis yang menarik sehingga mampu menolak tawaran yang sangat lumayan seperti
ini.
“Kau tahu?
Aku cakap dia akan jadi isteri kepada ketua kumpulan MARS dan tanya samada dia
kenal MARS. Dia geleng. Kau bayangkan, Tish! MARS baru habis konsert satu
Malaysia minggu lepas. Macam mana dia tak boleh kenal MARS? Nak kata duduk
hulu, berlajar kolej swasta. Even her
friend know MARS. Arghhh”
Reza
menghempuk meja dengan rasa geram. Dia korbankan masa senggangnya untuk bertemu
sendiri dengan gadis itu. Ini balasanya? Darah yang mendidih terasa tak mampu
diturunkan walau dituang dengan ais batu sekalipun.
Tish masih
tersenyum. Dia memeluk tubuhnya memandang reaksi Reza ketika ini. Pertama kali
lihat Reza naik darah seperti ini. Malah waktu MARS lupa datang latihan pun
Reza tak semarah ini.
“She is interesting” dia bersuara,
tenang. Reza diam sekejap sebelum senyuman akhirnya terukir. Dia memandang Tish
sebelum mengangguk. “Thats why I want her
no matter what. Aku nak lihat apa lagi watak yang ada disebalik wajah dan
tubuh badan yang comel tu”
“If I don’t know you, I might think you’re
crazy, Rez”
Reza
mengangguk. Kadangkala dirinya juga tak memahami diri sendiri. “Aku tak sabar
nak jumpa dia. Digandingkan dengan Q. Macam kau kata. Jarang sekali nak lihat
remaja 20-an keatas yang tak berminat dengan MARS. Samada dia berpura-pura atau
dia memang tak kenal MARS, akan dapat dibuktikan jika dia terima tawaran ini”
“Aku tahu.
Tapi macam mana nak pujuk dia? Dia nampak macam dah nekad takkan terima tawaran
kita. Dari cara dia, peluang kita sangat tipis”
Tish
mengukir senyuman. Dia sudah memikirkan jalan penyelesaian sejak Reza tengah
marah-marah tadi lagi. “Temukan dia dengan Q. Kita lihat apa jawapan dia
selepas ini”
Reza
terdiam. Dia berfikir sejenak. “Kalau dia berpura-pura, dia akan segera
bersetuju sebaik lihat Q. Kenapa aku tak fikirkan perkara ni dari tadi?”
“Kenapa
juga kau jadi pengurus MARS ‘kan?” Tish menyindir, selamba. Reza memandang
tajam sebelum Tish ketawa.
*******************************************
Sejak tadi
dia melihat renungan tajam Sara yang tak puas hati dengan tindakanya 2 hari
lepas. Sara buat pemberontakan mata walaupun ketika di kolej. Thea hanya mampu
melihat kerana dia sudah nekad. Semua ini bukanya main-main. Siapa yang gila
nak main kahwin olok-olok macam ni?
“Order apa, bang?”
Lelaki
bertopi baseball dan berpakaian
kasual itu merenung menu yang diberi. “Makanan apa yang sedap dekat sini?” dia
menyoal tanpa menoleh.
“Selalu
pelanggan tetap disini suka nasi goreng istimewa kami bersama tomyam istimewa”
Lelaki itu
mengangkat muka. Thea kaget sekejap. Macam pernah lihat tapi dimana? Bersama
cermin mata tanpa cermin yang dipakai, dia memberi senyuman yang membuatkan
matanya turut tersenyum.
“Bagi saya
yang itulah. Dengan sirap limau”
Thea
mengangguk sebelum berlalu ke kaunter dan memberi pesanan yang diminta. Thea
mengambil kain sebelum mengelap meja berhampiran. Dia kemudian berdiri di
kaunter menunggu makanan tiba.
“Kenapa kau
tolak tawaran tu?” Sara menyoal, perlahan. Thea mengeluh. “Aku bukanya ada
banyak masa lapang, Sara. Kolej waktu pagi. Kerja waktu malam. Gap yang ada pula aku kena ambil Tirah
dan jaga dia. Kami takda Cik Ros untuk tumpangkan Tirah. Mama tak mahu
tinggalkan Tirah sendirian dirumah”
“Habistu?
Kau ingat MARS ada banyak masa lapang sangat?”
Thea tidak
menjawab. Dia tahu Sara terasa hati denganya ketika ini. “Siap” dia menoleh
mengambil pesanan. Thea membawa ke meja lelaki itu.
“Terima
kasih”
Hanya
senyuman diberi sebelum dia kembali ke sisi Sara. “Kau tahu berapa ramai
perempuan yang sangat bertumbuk sekalipun untuk berada ditempat kau sekarang?”
“Aku rela
berikan tempat aku tu pada diaorang”
Sara
mendengus. Rasa nak hantuk kepala sendiri di meja. Wujud ke perempuan macam
Thea ni zaman sekarang? Kalau tak kerana mereka kenal sewaktu kecil, dia akan
kata Thea perempuan gila sekarang ini.
Suasana yang
tiba-tiba kecoh membuatkan mereka menoleh. Kelihatan pelanggan berbisik sesama
sendiri. Thea memandang Sara. Pelanggan tadi kelihatan menunjuk kearah lelaki
yang memesan makanan padanya tadi.
“Ada artis
datang kedai kita ke?” Sara menyoal, separuh berbisik. Thea hanya menggeleng.
Manalah tahu. Tapi rasa macam terkenal juga sebab ramai yang kenal dia.
“Lelaki tu.
Diaorang tunjuk lelaki tu”
Thea
menoleh. Memang lelaki sama yang diambil pesanan tadi. Kelihatan dia masih
makan dengan tenang. “Ya Allah. Thea!” lenganya dipegang tiba-tiba. Thea
menoleh, sedikit terkejut. “Kenapa?”
“Itu. Q”
Sara hampir menjerit apabila mengetahui identiti lelaki itu. “Q? MARS?” Thea
menyoal. Walaupun dia tak kenal sangat ahli kumpulan MARS tapi tahulah nama
setiap seorang. Iyalah kalau setiap hari terpaksa tahan telinga dengar Sara
bercerita tentang MARS. Dirinya pun dah menghafal tanpa sedar.
Suasana
semakin kecoh. Beberapa pelanggan perempuan ingin bangun dan menghampiri
dirinya. Thea melihat lelaki itu pun sudah sedar bahawa penyamaranya sudah
diketahui. Dia menghabiskan suapan terakhir sebelum menghirup sirap limau yang
masih bersisa.
Sebaik
dirinya bangun, jeritan mulai kedengaran. Thea memandang dengan rasa kaget. Tak
syak lagi. Memang dia lelaki yang tampan tu. Dia menghampiri mereka berdua.
Sara memengang lengan Thea dengan erat.
“Sara,
sakitlah” sepupunya seolah-olah tidak mampu mendengar kerana terlalu terkejut.
Lelaki itu semakin menghampiri dan senyuman diberi semakin lebar. Thea masih
kaku. Tiba-tiba kaki terasa tak mampu bergerak.
“Hai Thea”
dia bersuara setelah berdiri dihadapanya. Thea tergamam. Suara jeritan
pelanggan perempuan membuatkan badanya menggeletar. Apa kena mamat ni? Nak
peminat MARS bunuh aku ke?
Entah dari
mana, dia mengeluarkan jambangan bunga yang sangat cantik. Jeritan semakin
kuat. Thea cuba mencari Sara yang tidak kelihatan. Sekarang hanya ada mereka
berdua sahaja. Pandangan Q masih dihala kepadanya.
Pelanggan
semakin tak keruan apabila Q tiba-tiba melutut dihadapanya sambil memegang
jambangan bunga. Thea merasa seperti darah tidak wujud di mukanya ketika ini.
“Sudikah
awak mengahwini saya?”
“Ahhhhh”
jeritan yang hampir memekakkan telinga membuatkan Thea rasa kakinya tak mampu
menampung tubuhnya ketika ini. Thea memandang keliling. Kerlipan kamera
membuatkan matanya berpinar-pinar. Dia melihat Q yang masih melutut.
Ya Allah.
Ni memang sengaja taknak bagi aku tolak ke apa? Kalau aku biarkan, aku kena
bunuh dengan peminat MARS. Kalau aku terima, aku tetap kena bunuh dengan dia orang.
Thea mengetap bibir. Rasa macam nak lenyapkan badan dengan segera sekarang ini.
Kalaulah ada ilmu halimunan. Dia akan gunakan ketika nampak Q berjalan kearah
mereka lagi.
“Ya! Ya!
Ya!” tiba-tiba dia mendengar fanchant daripada
pelanggan yang ada. Thea semakin keliru. Q masih menanti. Jadi, inilah Thea?
Watak dingin yang menaikkan darah Reza yang sentias cool. Rasanya dah hampir 5 minit aku melutut ni. Tak teringin nak
ambil ke, wahai gadis?
Thea
mengeluh. Tanpa rela dia mengambil bunga tersebut dan tepukan gemuruh
kedengaran di segenap ruang kedai. Q bangun semula sambil membersihkan lututnya
yang sedikit berhabuk kerana melutut terlalu lama.
“Jangan
lupa saksikan rancangan realiti terbaru MARS tak lama lagi. Teruskan menyokong
MARS”
Thea
memandang Sara yang berdiri bersama pekerja yang lain bersama senyuman riang.
Dia ingin meminta bantuan namun Sara hanya buat tak nampak. “Er, awak” dia
segera menoleh. Q mendekatkan sedikit wajahnya sehingga Thea terpaksa berundur
ke belakang. Q tergelak. Comel. Macam mana Reza boleh cakap gadis ni ikut
kepala sendiri?
“Saya kena
pergi terlebih dahulu. Kita jumpa lagi nanti. Saya akan berbual lebih lanjut
dengan awak. Boleh?”
Thea hanya
mengangguk. Dia sekadar mahu lelaki ini segera pergi tanpa menimbulkan lebih
banyak kekecohan di kedai ini. Q mengukir senyuman. Not bad Rez. Comel ‘isteri’ aku ni. Dia berlalu bersama seorang
lelaki dan keadaan kembali tenang.
Sara segera
menghampiri Thea yang keras seperti kena kejutan elektrik. Dia tergelak kecil.
“Hoi!” dia menyergah, sengaja mahu Thea terkejut. “Kenapa kau? Kena sampuk?”
Thea
menggeleng. Dia memberi jambangan bunga kepada Sara. “Aku kena minum air.
Banyak-banyak air. Aku kena ke dapur”
Sara ketawa
lagi. Tak sangka boleh lihat Thea yang gelabah seperti ini. Dia gembira
akhirnya Thea menerima juga walaupun Sara tahu Thea terpaksa sebenarnya. Sekarang,
dia pula tak sabar untuk menunggu bagaimana perjalanan kisah ‘perkahwinan’
mereka nanti.
*******************************************
“Thea, kamu
dah balik?” suara mama menyapa sebaik pintu rumah dibuka. Thea membuka sneakers yang dibuka sebelum menutup
pintu semula. Dia kemudian berlalu ke dapur dan melihat mama dan Tirah tengah
makan malam. Senyuman diukir.
“Makan
dah?”
“Ha ah.
Ingat nak tunggu kamu tapi Tirah lapar sangat. Itu yang mama makan dulu. Kamu
nak makan?”
Thea
menggeleng. “Thea dah makan di kedai tadi. Mama makanlah”
Dia melihat
lauk hari ini. Ayam goreng dan teluk mata kerbau. Hatinya dihiris pilu. Sekurang-kurangnya
masih ada ayam goreng. Makanan kegemaran Tirah.
“Macam mana
sekolah hari ni?” Thea menyoal Tirah yang makan dengan penuh berselera. “Okay
je. Tirah dapat ramai kawan. Semua orang suka Tirah. Tirah sukalah sekolah tu,
kak”
Thea
tersenyum. Dia lega mendengar Tirah mampu menyesuaikan diri dengan sekolah dan
persekitaran yang baru. “Beritahu kakak kamu dapat berapa BM hari ni”
“Berapa?”
dia menyoal Tirah disebelah. “90” dia menjawab dengan sengihan. Thea terkejut.
90? Tingginya. Tapi dia tahu Tirah sememangnya bijak budaknya. “Bagusnya adik
akak ni” dia memeluk dan mencium pipi Tirah bertubi-tubi.
“Akak ni.
Habis air liur lekat pipi Tirah”
Thea ketawa
melihat Tirah mengesat pipinya. Mama hanya tersenyum. “Thea nak tukar baju
dulu, ma”
Dia berlalu
ke ruang tamu. Langkahnya terhenti melihat sampul surat yang berada diatas meja
kopi di ruang tamu. Kaki dihala kearahnya. Dia mengambil surat tersebut sebelum
membukanya.
“Thea!”
suara mama perlahan serta-merta sebaik melihat Thea membuka surat tersebut. Dia
segera menghampiri sebelum mengambil surat tersebut dengan pantas. “Mama lupa
nak simpan tadi”
Thea
menoleh kearah mama. “Kenapa tak beritahu Thea? Mama nak sembunyikan dari Thea
ke?” dia menyoal, geram. Mama tidak segera menjawab. Dia memasukkan surat
tersebut kedalam sampulnya semula.
“Mama ingat
nak langsaikan minggu ni. Kamu jangan risau. Gaji mama dapat lusa. Mama akan
selesaikanya”
Thea
mengeluh. Bukan itu maksudnya. “Ma” dia menarik mama duduk di kusyen. Thea
memegang tangan mama dengan rasa bersalah. “Thea juga bekerja, ma. Thea boleh
bantu mama. Lagipun, surat lagi satu. Papa minta harta sepencarian untuk rumah
tu? Bukan itu atas nama mama ke?”
“Mama tak
sempat tukarkan nama. Iyalah, mana mama tahu papa kamu nak buat perangai macam
ni. Sekarang, dia minta harta sepencarian. Itu termasuklah rumah yang kita ada
tu. Mama kena naik mahkamah lagi la nampaknya”
Mama
mengeluh, berat. Thea mengetap bibir, geram. Papa. Tak cukup lagi papa seksa
mama? Papa nak seksa kami sekali? Hatinya semakin sakit mengenangkan sikap papa
yang berubah sejak bertemu wanita itu.
“Mama nak
bahagikan juga ke? Maknanya kita kena jual rumah tu?”
“Itu je
jalanya, sayang. Mama nak habiskan semua ini dan taknak ada kaitan dengan papa
lagi. Mama nak hidup tenang bersama kamu dan Tirah je sekarang ni”
Thea hanya
mampu mengeluh. Ambil la, pa. Ambil selagi boleh. Kami tak perlukan semua itu
jadi papa buatlah apa papa mahu. Tapi andai suatu hari nanti papa mahu kembali,
kami juga sudah tak perlukan papa lagi.

nak lg .
ReplyDeletehuh...jahatnye papa thea ni...x berperikemanusiaan langsung....hmmm nampak gayanya Q pon dah mula ske kan Thea 2 tp eme x tau agi ape yang bakal Thea buat nantikan hahahha....kite tengok je la nanti ape jadi....kalo nak wat tajuk I've Got Married pon okies jugak....
ReplyDelete