Suasana
di ruang tamu sedikit riuh apabila bacaan yassin sudah tamat. Hari ini adalah
majlis tahlil yang dibuat untuk arwah mama. Pejam celik pejam celik, sudah 7
tahun mama meninggal. Sudah 7 tahun juga dirinya kehilangan ‘dahan’ yang selama
ini tempat dirinya bergantung.
“You
duduk sini. Jangan bergerak banyak. I takut you jatuh or kena rempuh. Nanti Kez marah I”
Dara
hanya mampu tersenyum. Judy sangat protactive
sebaik melihat perutnya yang sudah nampak buncit. Apapun tak dibenarkan
buat. Hanya berehat sahaja. Dia adakalanya tergelak. Judy lebih teruk dari
nenek. Namun sebab itulah yang membuatkan dia menyayangi Judy.
Perhatianya
terganggu mendengar suara sanak-saudara yang nampak gembira bermain
kejar-mengejar didalam rumah. Dara hanya duduk menyandar dinding ruang tamu.
Sofa sudah dialih ke ruang lain untuk memberi ruang orang membaca tahlil.
Senyuman
terukir apabila dia dihulur sepinggan agar-agar sirap. Dara memandang Kez yang
melabuhkan punggung disebelahnya. “Sedap” beria dia memberitahu. Dara menjamah
satu sebelum mengangguk, bersetuju.
“Mama’s favourite kuih”
Dara
sedikit terkejut. Dia tak pernah tahu tentang itu. “Iye?”
Kez
mengangguk. “Dulu abang selalu kena paksa makan kuih ni tiap-tiap hari.
Bayangkan” Kez menjuling mata. Dara menampar lembut lengan suaminya. “Abang!”
Suaminya
ketawa. Dia menghantuk lembut dahinya ke dahi Dara. Isterinya itu mengukir
senyuman. “Lapar ke? Nak bang ambil makan?”
Dara
menggeleng. “Jangan risau. Judy dah pastikan Dara makan dengan cukup sebelum
orang tahlil datang lagi. That women. She
is so protactive. Tak tahulah kalau dia jaga Dara. Mesti banyak perkara
Dara tak boleh buat”
Kez
hanya tersenyum. Perlahan dia mengenggam tangan Dara. Isterinya itu menoleh. “Are you okay?” dia menyoal, lembut. Dara
memandang, hairan sebelum faham. Kemudian dia mengangguk. “I have you and our baby. My life is complete now. Abang jangan
risau. Dara tak apa-apa”
Perlahan
Kez mengusap pipi Dara. Dia berharap selepas ini tiada lagi dugaan buat Dara.
Terlalu banyak yang harus Dara lalui sehingga Kez jadi risau. Sudahlah sekarang
Dara sedang mengandung. Seperti kata doctor, emosi Dara harus dijaga.
“I love you. Always remember that”
Dara
mengukir senyuman. Hatinya berdebar namun matanya terpancar kebahagiaan dari
hati tersebut. Kez turut memberi senyuman. Dara melentokkan kepala di bahu Kez
sambil memaut lengan suaminya itu. Hatinya sudah kembali tenang. Semoga tiada
lagi dugaan untuk rumahtangga ini, Ya Allah. Aku memohon pada-MU.
Jas
menghampiri sebelum perasan Dara sudah memejamkan matanya di bahu abang. Dia
rasa serba-salah untuk mengejutkan Dara yang keletihan tapi perkara ini tidak
harus ditunggu lagi. “Abang” dia memanggil. Kez memandang Jas.
“Ada
orang nak jumpa Dara” dia memberitahu walaupun sedikit risau. Kez memandang
Dara yang tertidur. Dia jadi kasihan. “Jumpa esok boleh? Dara letih sangat hari
ni”
Jas
diam sekejap. Esok? Rasanya dah tak boleh tunggu dah. “Abang” Jas menghela
nafas. Dia tah abang pasti sudah mengetahui semuanya. “He is Dara’s papa”
Kez
tergamam. Papa Dara? Papa kandung Dara yang dianggap mati? Jas mengangguk
apabila melihat abang seperti tidak percaya. “Are you sure this is the right time? Hari ni tahlil her mom. Abang taknak sesuatu berlaku
pada Dara. She’s pregnant too”
“Dara
akan okay. Jas kenal kawan baik Jas” yakin dia menutur. Kez terdiam. Dia tahu
dirinya tak berhak menentukan semua itu. Kez sendiri tak pasti samada Dara mahu
bertemu dengan papa kandungnya itu ataupun tidak.
Akhirnya
Kez buat keputusan. “Sayang, sayang” dia mengusap pipi Dara, lembut. Dara
bergerak sedikit sebelum membuka mata. “Hmmm?”
Kez
serba-salah. Dia tak mahu Dara terkejut. “Majlis dah habis ke?” dia menyoal
sambil menggosok mata yang sedikit kabur. Kez menggeleng. “Someone wants to meet you” Dara memandang Kez. Siapa? Ada kejutan
lagi ke?
“Mari”
Kez menghulur tangan. Dara menyambut dengan senyuman sebelum mereka sama-sama
berjalan keluar dari rumah. Dara sedikit hairan apabila Kez membawanya sehingga
ke tempat parkir kereta di luar. Siapa yang Kez nak bawa jumpa ni? Hatinya
semakin curiga.
“Abang”
dia memanggil apabila mereka berhenti dihadapan kereta BMW berwarna hitam. Kez
mengeratkan lagi genggaman tanganya. Dara cuba melihat orang didalam kereta
tersebut namun hampa. Kegelapan malam sememangnya tidak membantu. Ditambah lagi
dengan cermin yang ditinted.
Tidak
lama kemudian, pintu kereta dibuka. Dara terkejut melihat Arieff keluar dari
tempat pemandu dengan segak berbaju melayu. Pintu kereta belakang pula dibuka.
Dara bertambah terkejut. Walaupun dia tak mengenali lelaki itu namun Dara mampu
meneka siapakah dia. Jantung berdegup lebih kencang.
“I’m here. Don’t worry” Kez berbisik,
lembut. Dara mengangguk. Adanya Kez, dia sedikit tenang. Dara menanti sehingga
mereka berdua berdiri dihadapanya bersama dengan Jas yang serius sekali sekarang.
Dara menghela nafas memandang lelaki itu.
Hampir
menangis dirinya apabila melihat betapa seirasnya mereka. Dia tak perlukan
apa-apa bukti. Dara tahu inilah papa yang disangkakan mati berbelas tahun
lamanya. “Dara?” dia akhirnya bersuara namun kedengaran ragu-ragu. Dara
mengangguk.
Datuk
Ayden hampir tidak bernafas. Dara. Anak perempuanya, Dara. Anak perempuan yang
‘dilarikan’ oleh D kerana mahu menghukumnya. Anak yang diketahui kewujudanya
tetapi tidak mampu ditemui. Hati merasa sebak tiba-tiba. Mata terasa hangat.
“My daughter, Dara?” dia menyoal lagi.
Mata terasa bergenang. Dara cuba menahan airmata sambil mengangguk, lemah.
Airmata Datuk Ayden menitis. Dia tak pernah bermimpi akan punya peluang seperti
ini seumur hidupnya. Dia tak pernah bermimpi akan bertemu dengan Dara seperti
ini.
“Papa
rindukan kamu sayang” pantas dia memeluk Dara dengan erat. Airmata Dara tumpah
jua. Hatinya terasa bagai dicincang lumut. Dia menangis kuat. Berbelas tahun.
Berbelas tahun dia hidup dengan kenyataan dirinya tak punya papa. Berbelas
tahun dia mencemburui rakan sekolahnya yang menyambut Hari Bapa. Malah dia juga
mencemburui Jas.
Ya
Allah. Inikah aturan takdir yang KAU aturkan untuk aku, Ya Rabbi? Dara terasa
lemah seluruh badan. Pelukan direnggang. Airmata masih menitis. Datuk Ayden
menyeka, lembut. Dia memandang setiap inci wajah Dara. Sama seperti gambar yang
diambil oleh Penyiasat Peribadi yang diupahnya.
“Ini
adalah doa papa setiap kali sembahyang. Papa berharap bertemu dengan kamu dan
mampu meminta maaf kepada kamu diatas segala yang berlaku. Papa bersyukur
sangat, sayang. Doa papa termakbul akhirnya”
Dara
hanya mampu menangis. Dia taktahu nak cakap apa. Semua ini sangat mengejutkan
namun dia gembira. Akhirnya, Alessandara Damia punya seorang papa. Tiada
sesiapa lagi yang boleh mengejeknya. Tiada sesiapa lagi yang boleh
memperlekehkan dirinya.
*****************************************************************************************
Tangan
papa digenggam erat. Dia melihat airmata papa mengalir tidak henti-henti sambil
membaca surat yang mama tulis. Dara sendiri tak pasti samada papa mampu melihat
disebalik airmata yang mengalir seperti air terjun.
Seketika
kemudian, papa melipat semula surat yang diberi. Di wajahnya tergambar seribu
sesalan yang tak mampu ditafsir oleh sesiapa. Dara hanya mampu memandang tanpa
memahami. Segala kemelut yang berlaku akhirnya terungkai walaupun kemelut papa
dan mama masih menjadi tanda-tanya. Dara tak mahu menyoal. Perkara itu sudah
lama berlaku.
“Papa
lukai mama kamu. Papa biar dia menderita kerana sikap pengecut papa. Papa biar
dia besarkan kamu sendirian sedangkan papa tahu bagaimana susahnya hidup kamu”
Papa
memandang kearahnya. “Papa minta maaf kerana kamu punya seorang papa yang tak
berguna. Seorang papa yang tak mampu melindungi isteri dan anaknya” Dara
terdiam. Papa memandangnya dengan rasa kesal. Pasti papa menyesali sikapnya
terhadap mama.
“Kalaulah
papa berani waktu itu. Kalaulah papa pertahankan mama kamu waktu itu”
“Papa
akan hilang Rieff” Dara menjawab, pantas. Papa terdiam. Arieff juga terkejut.
Dara member senyuman, nipis. “Semua yang berlaku buat Dara sedar. Kadangkala
apa yang dirancang, tidak menjadi seperti yang kita mahukan kerana Allah ada
percaturanya sendiri. Percaturan yang lebih baik”
Dia
memandang Kez yang sedang berbual dengan Jas. Senyuman terukir. “Allah beri
Dara keluarga mertua yang sangat penyayang. Suami yang mencintai Dara
sepenuhnya. Adik ipar yang menyokong Dara ketika susah dan senang. Ma dan pa
yang menganggap Dara seperti keluarga sendiri. Kalau semua ini tak berlaku,
Dara takkan bertemu mereka”
Papa
terdiam. Arieff mengangguk, perlahan. Dara kembali memandang mereka. Sekelip
mata, dirinya dikurniakan seorang papa dan seorang abang. Indahnya aturan Allah
sebenarnya. Hanya kita sahaja yang tak mampu memahaminya.
“Papa
tak perlu minta maaf. Papa tak buat salah pada Dara. Sayangnya, papa tak sempat
bertemu mama” dia sedikit kesal. Kalaulah mama sempat bertemu nenek dan papa.
Pasti mama akan pergi dengan tenang tanpa rasa kesal seperti yang ditulis
didalam suratnya.
“Kalaulah
papa boleh tebus semuanya semula. Kamu dan Rieff banyak terluka kerana sikap
papa. Mama kamu dan mama Rieff juga menderita kerana papa. Kerana papa, banyak
orang-orang yang papa sayangi terluka”
Dara
hanya tersenyum. Semua itu sudah berlalu. Tiada lagi dendam. Dara hanya mahu
menghargai apa yang dimilikinya sahaja. “Jangan salahkan diri sendiri. Dara
bersyukur kerana kita akhirnya bertemu. Betul ‘kan, Rieff?”
Arieff
sedikit terkejut namun dia segera mengangguk. “Rieff tak pernah salahkan papa.
Semua yang berlaku bersebab. Papa adalah papa terbaik didunia. Rieff harap Dara
juga mampu berkata seperti itu selepas itu” Papa member senyuman. Dara
mengangguk.
“Dan
Dara pasti cucu papa pun tak sabar nak jumpa atuk dia” Dara memegang perutnya.
Wajah papa berubah. Dia memandang perutnya dengan rasa kagum.
“Berapa
bulan dah ni?”
Dara
mengangkat sebelah tangan dengan senyuman. Papa kelihatan terkejut. “Tak lama
lagi la?” Dara mengangguk. Papa memegang perutnya dengan berhati-hati.
“Cepat-cepat
lahir ye sayang. Atuk tak sabar nak main dengan kamu. Dulu atuk tak sempat main
dengan mama kamu”
Dara
memandang Arieff yang tergelak kecil. Apabila mereka bertemu pandang,
masing-masing hanya tersenyum. Kisah mereka dahulu, biarlah menjadi rahsia
sehingga mati. Takdir mereka sekarang ini lebih indah. Arieff juga sudah
meneruskan hidup dan menerima hakikat. Dara pula bakal menjadi seorang ibu.
Semuanya mendapat happy ending
mereka.
*****************************************************
Cantiknya
bintang. Dia merenung ke langit yang pekat bersama senyuman. Indahnya malam
ini. Hatinya terasa sangat lapang. Ibarat segala beban yang digalas, sudah
dilepaskan sepenuhnya. Senyuman semakin mekar. Dia sangat bersyukur dengan
nikmat yang diberi ILLAHI.
Mama.
Jangan risau. Dara sangat gembira disini. Dara ada papa dan abang untuk
melindungi Dara. Dara ada Kez yang mencintai Dara. Dara ada ma, pa dan Jas yang
sentiasa berdiri dibelakang Dara. Dan Dara ada Judy dan nenek yang sentiasa
menyayangi Dara.
Airmata
menitis perlahan. Dia terlalu merindui mama. Semuanya sudah kembali ke tempat
asal mereka kecuali mama. Jauh disudut hati, tempat mama akan sentiasa kosong
dan dirindui. Dara sedikit terkejut apabila terasa sepasang tangan memeluk
pinggangnya dari belakang. Dara mengerling sedikit dan melihat Kez meletakkan
wajah di bahunya. Senyuman diukir.
“Tengok
apa?” dia menyoal, lembut. Dara memegang tanganya. “Bintang. Mama sangat suka
tengok bintang. Ketika di rumah, kami ada beranda yang menghadap langit New
York. That’s our favourite place memandangkan
mama sentiasa sibuk”
Kez
mendengar teliti. Dara menghela nafas. “Abang” dia memanggil. “Hmmm?”
“Mama
sudah boleh lepaskan Dara sepenuhnya ‘kan? Papa dan abang sudah ada. Mama tak
perlu risaukan Dara lagi kan?”
Tubuhnya
dipusing lembut. Dara memberi senyuman bersama sedikit rasa pahit. Kez
memandang bersama senyuman nipis. Dia kemudian menarik Dara ke sisi sebelum
pinggang isterinya itu dipaut. Kez merenung langit malam.
“Hai
mama” dia bersuara tiba-tiba. Dara sedikit terkejut. “Ini Kez. Satu-satunya
menantu mama” senyuman terukir di bibir Dara. “Mama jangan risau. Insya-ALLAH,
Kez jaga Dara sehingga ke akhir hayat. Mama tenanglah disana. Kami akan
sentiasa mendoakan mama”
Dia
menoleh kearah Dara sebelum mengenyit mata. Dara tergelak juga. Kez hanya
tersenyum. Dia kembali memusing tubuh Dara supaya menghadap kearahnya. Tanganya
memaut pinggang Dara.
“Selamba
je cakap dengan mama kan?” Dara menyakat. “Kalau mama ada, abang mesti jadi
menantu kesayangan dia”
Dara
buat muka namun dia sendiri mengakuinya. Mama pasti akan menyayangi Kez
sepertimana nenek sekarang. Dara bersyukur apabila lelaki yang dicintai sejak
zaman sekolah ini disenangi oleh ahli keluarganya.
Tiba-tiba
Kez mendekatkan wajahnya. Dahi mereka bertembung. Dara jadi tak keruan melihat
Kez yang tersenyum. “Dah nak jadi mommy pun
masih blush lagi ke?” dia mengusik.
Dara menolak dada Kez namun suaminya itu masih kuat memaut pinggangnya. Dara
menoleh ke kiri. Kez tergelak.
“Sayang”
dia memanggil lembut. Dara mengetap bibir yang ingin tersenyum. Hatinya sudah
cair. “Sayang” dagunya ditarik dan Kez kembali mendekatkan dirinya dan dahi
mereka bertembung.
“Thank you so much”
Dara
memandang hairan. “Kenapa?”
“Sebab
sudi jadi isteri abang. Sebab sudi jadi ibu kepada anak abang. Sebab sudi untuk
bersama abang sehingga ke akhir hayat”
Dia
terdiam kerana terharu. Kez tersenyum lagi. Ini sahaja perempuan yang berada
didalam hatinya. Hanya seorang ini sahaja.
“Semoga
kita jadi mama dan papa yang terbaik untuk anak-anak kita nanti” Dara
mengangguk. Dia sentiasa berdoa untuk itu. Terasa besar tanggungjawab mereka
sekarang. Anak-anak mereka akan dibentuk mengikut corak mereka sendiri.
“Alessandara
Damia” dia memanggil. Dara memandang dengan penuh rasa cinta. “Yes, Khairul Muslim?” senyuman nakal
diukir. Kez ketawa kecil.
“Stay with me forever”
Senyuman
diukir sebelum kucupan singgah dipipi. Dia memandang Kez.
“Till Jannah. Insya-ALLAH”
Itu janji mereka. Semoga diberkati Allah
Yang Maha Esa.
************************************************************************
author note :
alhamdulillah, finally. Macam nak jerit :) with the support that you guys show me, novel ni berjaya dihabiskan juga. Sorry for the short ending. This is the best that I can do. Harap tak kecewa sangat.
saya bermula sejak darjah enam lagi (years ago rite?) baru sekarang berani mengupload dan membiarkan orang lain membacanya. A million thanks for you guys yang sanggup baca walaupun tak sangka ada orang yang menyukai karya yang dibuat.
Semua watak takda kena-mengena antara sesiapa. Hanya rekaan dan pemerhatian semata. mohon jasa readers tidak upload dimana-mana. Karya ini milik aisyaalwanie.blogspot semata.
thanks to each and everyone of you yang masih menunggu karya ini sehingga ke episod final. hugs and kisses. Maybe I'm gonna start with new novel. I hope you guys can give me the same support too.
last, keep reading. xoxo :)

uwaaaa ending dia mmg dah tp tp sedih skit sbb x cite pon pasal jas...nak tau gak dia ngan sp sbb kite baget dia ngan kawan kez 2..tp persoalan 2 x terjawab jugak rupanya ke u ade cite2 nak wat cite pasi jas plak...nak3....mesti best kalo wat cite dia sbb jas 2 kan sengal pon ade gak
ReplyDeleteHAHA. pasal Jas tue, memang terfikir jugak nak kasi dengan kawan2 Kez.
ReplyDeletetapi rasanya dah penat dengan novel ni. Ini je yang mampu. anyway, thanks for spending your time reading this.
haaah?! dah habis... x puasnya baca... huhuhu.. dah ikut drp bab 1 sampai 39... adeh... rindukan dara dengan kez. serius!!!
ReplyDelete