Dia berlalu keluar dari
ballroom. Nasib baiklah tandas tidak
jauh dari situ. Dara melangkah masuk sebelum memandang cermin yang tersedia.
Rasa gementarnya tadi kian hilang. Namun perasaan tidak selesa kerana direnung
oleh junior Kez masih tidak mampu
dibuang.
“Kau nampak tak tunang
encik Kez?”
“Cantik kan ?” seorang lagi
bersuara. Dara kerut dahi. Dia orang ni berbual dalam tandas? Takda tempat lain
dah ke?
“Cantik apanya. Make-up je tu. Tak tahulah mana yang
encik Kez lihat”
Eh, kutuk aku ke? Dia
diam mendengar. “Tapi muka dia macam mix.
Aku dengar, ayah dia mat salleh”
“Ala , apapun nampak sangat dia tak layak
dengan encik Kez. Aku baru je nak masuk jarum tiba-tiba dia bawa tunang dia
pula. Sebelum ni, tak pernah pun aku dengar dia dengan sesiapa. 24 jam mengadap
paperwork je”
“Ala , jodoh tu. Tak baiklah kau. Encik Kez
dah milik orang lain. Kau kena la terima hakikat”
Pintu dibuka. Dara buat
muka selamba menempek bedak di mukanya. Mereka berdua pucat lesi kerana terlalu
terkejut. “Hai” senyuman diberi.
“Ha…hai. Dah lama
ke….cik Dara dekat sini?”
Dara mengangguk. “By the way, muka saya memang mix dan ayah saya memang mat salleh”
Dengan pantas mereka
berlalu keluar. Dara mendengus. Perempuan. Sampai bila la nak berhenti mengutuk
kaum sendiri? Seronok sangat ke mengata orang? Ingat dengan mengata orang, diri
sendiri akan jadi lebih baik ke?
Setelah selesai, Dara
berlalu keluar. Dia terkejut apabila terserempak dengan Eva yang baru tiba.
Wajah Eva juga berubah apabila mengangkat muka dan melihat Dara berdiri kaku
dihadapanya.
“Eva”
“Dara”
Masing-masing diam.
Langsung tak sangka mereka akan bertemu seperti ini. “Kau sihat?” Dara bersuara
dahulu. Eva mengangguk. “Kau datang dengan Kez?”
Mana dia tahu? “Kau
kerja sini?”
Angguk. Dara terkejut.
Kez tak beritahu apapun. Eva memberi senyuman. “Kez beritahu kau berdua dah
bertunang”
“Hampir setahun”
Senyuman diukir. Wajah
Eva nampak berubah tetapi dia masih tenang. Eva masih simpan perasaan kepada
Kez ke? Kalau betul, memang parahla.
“Dah berapa lama kau
kerja sini?”
“Hampir 3 bulan”
Dara bertambah
terkejut. Kez! Terasa ingin mencekik batang leher Kez ketika ini. Sampai hati
tak beritahu I.
“Oh. Kez ada beritahu” Dara menjawab, perlahan. Eva tersenyum. “Aku tak tahu
pula kau di New York
selama ini”
Ayat tu macam ada
sambungan je. Dara berfikiran sendiri. Ayat tu macam boleh disambung seperti
‘aku tak tahu pula kau di New York , kalau aku
tahu, aku dah lama pikat Kez’ Dara cuba buang jauh prasangka tidak
baik itu.
“Ye. Aku uruskan
syarikat mama aku disana”
Eva mengangguk. “Damia”
mereka sama-sama menoleh. Eva tergamam. Kez nampak begitu tampan dengan suit berwarna hitam berjalur yang tidak
kelihatan. Dia menyeluk saku seluar sambil menghampiri mereka berdua.
“Patutlah saya rasa
lama awak pergi tandas. Buat reunion ke?”
Mereka berdua
berpandangan. Huh? “Lebih kurang rasanya” dia sekadar menambah. “Patutlah saya nak
discuss pasal Travis, awak kata
sibuk. Cik tunang dah balik rupanya”
Dara menoleh memandang
Kez yang memberi senyuman bersalah. “Ha. Betul la. Saya sibuk sebab Dara balik
hari tu. Okaylah. Kami kena gerak dulu. Jom, Damia”
Tangan ditarik pantas.
Eva memandang, sayu. Kez langsung tidak memandangnya yang berusaha bersiap
untuk menarik perhatian lelaki itu. Sejak sekolah, dimata Kez hanya nampak Dara
sahaja. Sejak sekolah, Kez tak pernah peduli kehadiranya disisi lelaki itu. Salahkah
saya jika berharap awak untuk sekadar menyedari kehadiran saya, Kez?
***********************************
Suasana didalam kereta
senyap-sunyi. Kez sengaja berpura-pura fokus sedang dia tahu Dara tengah
memendam rasa sekarang ini. Itulah kau, Kez. Konon nak sembunyikan. Sekarang,
siapa yang susah? Gunung berapi sebelah ni tunggu masa je nak meletup. Dalam
kiraan 3, 2, 1.
“So?” Dara menyoal. Harapkan Kez nak jelaskan, sampai berjanggut la
tunggu. “Kenapa?” dia menyoal, berpura-pura tidak faham. Dara semakin sakit
hati.
“Agak-agak, bila you nak beritahu I yang Eva bekerja di syarikat you dan ditugaskan untuk urus
projek dengan you?”
Diam. Dia cuba
mengatur ayat. “Saya tak beritahu awak ke? Rasanya saya pernah beritahu”
“No. You never tell me anything “
“Then, I’m sorry. Saya terlupa betul nak beritahu awak”
Dara mendengus. Hatinya
terhiris. Apa lagi yang Kez rahsiakan darinya selama mereka berpisah ini?
Adakah Kez yang sekarang masih boleh dipercayai seperti dahulu?.
“Minta maaf kadangkala
tak cukup, Kez” dia bersuara, lemah. Kez diam. Dara merenung ke luar tingkap.
Sungguh dia terasa dengan sikap Kez sekarang ini. Awak rasa semua benda mudah kan , Kez?
“Dahulu you beritahu
apa sahaja pada I. Kenapa sekarang dah pandai nak rahsiakan?
“Sebab saya tahu ini
reaksi awak”
“Sekurang-kurangnya, I tak rasa diperbodohkan seperti tadi!”
“Kenapa pula?” Kez
mengerut. Apa masalahnya sekarang ni? “I langsung tak tahu apa-apa. Tadi
pula terpaksa berpura-pura I tahu segala-galanya. I ni tunang you, Kez. You tak rasa ke yang you perlu beritahu I?”
Kez mengeluh. “Sebab
Eva satu syarikat dengan saya? Itu bukanya benda besar pun. Awak kenal dia
sejak sekolah kan ?”
“Sebab itulah. I terlalu kenal Eva sebab itu I sakit hati. You tahu dia simpan perasaan
kepada you kan ?”
“Itu cerita lama,
Damia. Dia faham that I’m engagged. Selama
bekerja, tak pernah dia buat benda pelik-pelik pun. Kami professional, Damia”
“You memang tak pernah
faham ke?” Dara menuduh, lantang. Faham apa pulak ni? Otaknya mulai berpusing.
“I percayakan you tapi I tak percayakan dia. Eva boleh buat apa sahaja
untuk dapat benda yang diingininya. You sedar tak?”
Sebab itu rupanya. Kez
menghela nafas. “Damia, kita kenal hampir 6 tahun. Saya rasa saya dah cukup
kenal awak dan saya percayakan awak. Sebab itulah saya benarkan awak ke New York walaupun saya
sangat risau. Tak boleh ke awak lakukan perkara yang sama pada saya?”
Dara diam. Dia menyeka
airmata yang ingin menitis di hujung mata. I cemburu tahu tak? I takut dia
rampas you dari I tahu tak? I takut I hilang you bila you satu-satunya orang
yang I cinta dalam dunia ni, you tahu tak?
Suasana sunyi
sehinggalah mereka tiba di perkarangan villa. Dara turun tanpa menoleh Kez
disisi. Hatinya perlu dipujuk terlebih dahulu. “Damia” Kez memanggil. Dara
terpaksa menoleh. Senyuman paksa diukir. “Good
night. Take care of yourself”
Kez menggeleng. Dara
cemburu. Kez menghampiri wanita itu. Eva bukanlah sesiapa untuknya. Hatinya
sudah menjadi milik Dara sejak zaman sekolah lagi. Dara lebih penting daripada
apapun didalam hidupnya ketika ini.
“Awak marah saya tak
beritahu tentang Eva ke?”
Diam. Dara masih
keraskan hati. Dah tahu, nak tanya lagi ke? “Hey, Damia”
Kez memandang. Pertama
kali lihat Dara cemburu. Jauh disudut hati, dia gembira. Mereka berdua terlalu
selesa dengan hubungan ini sehingga tidak pernah mencemburui satu sama lain.
“Apa tenung-tenung? I
bukanya lukisan engineering you”
Dia tergelak. Wajah merajuk
Dara sangat comel. “Saya minta maaf tak beritahu awak. Saya minta maaf kerana
rahsiakan daripada awak. Percayalah, itu tak membawa maksud apa-apa. Kita tak
boleh halang perasaan orang pada kita asalkan saya tahu siapa yang saya cinta.
Siapa yang saya ingin habiskan hidup bersama”
Dara memandang tepat ke
mata Kez. Tiada tanda Kez menipu. Dia sedar dirinya terlalu mempercayai Kez.
Kehadiran Eva takkan mampu menggoyahkan kepercayaan itu.
“Sebenarnya, I’m quite happy that you are jealous
actually”
“What?”
Kez tersenyum. “Saya
risau samada saya ni tak cukup tampan ke sampai awak cool je duduk sana
tak risaukan saya”
Dara kerut dahi. “You!”
dia baru faham. Kez ketawa. Dara tarik muka. “Damia sayang” dia memanggil
sebaik tawanya reda. Dara buat tak endah.
“Alessandara Damia”
sungguhlah hati. Kau ni jenis cair ke bila dia panggil nama penuh? Cepat
sungguh. Tak sempat aku nak merajuk lama-lama.
“Awak sayang saya tak?”
dia menyoal. Jantung Dara berdebar. “Sayang tak?” dia menyoal sekali lagi.
Terasa nak lari masuk rumah sekarang.
“Sayang” perlahan Dara
menjawab. Kez tersenyum. “Then you should
trust me. Saya tahu awak bukan jenis cemburu tak tentu hala ‘kan ?” soalan menjerat
sungguh. Lemah dia mengangguk. Kez lega.
“Now be a good girl dan masuk”
Dara terkejut. Itu je?
Akhirnya dia mengangguk. Kez mengukir senyuman. “Selamat malam” dia bersuara.
Kez melambaikan tangan sebelum melihat Dara masuk ke dalam.
******************************
“Hello, Dara?”
Matanya sedikit terbuka. Siapa yang telifon malam-malam buta ni? Dia
menoleh melihat jam. Hampir pukul 12 malam.
“Hmm. Siapa ni?”
Dia mendengar esakan. Mata segera segar. “Jas?” dia meneka. Suara Jas
sememangnya dikenali. “Dara , abang dia …” dia tidak menghabiskan ayat.
“Kenapa dengan Kez?”
Jantungnya berdengup kencang. Sesuatu berlaku ke? “Abang accident!”
Dunia terasa berhenti
seketika. Ketika sedang berlari ini pun, Dara terasa diawang-awangan. Keadaan
hospital agak sunyi. Dari jauh dia melihat ma, pa dan Jas duduk dibangku
berhadapan bilik kecemasan.
Sebaik melihatnya, Jas
terus berlari dan memeluk Dara. Dia menangis teresak-esak. Dara terkejut. Apa
yang berlaku? “Abang Dara. Abang” hanya itu yang Jas ucapkan. Dara mengusap
belakang Jas untuk menenangkan dirinya.
“Jas, jangan macam ni.
Kasihan Dara” pa mendapatkan mereka sebelum menarik Jas keluar dari pelukan.
Dara memandang pa. Wajahnya kelihatan sungul. “Apa sebenarnya yang berlaku,
pa?” Dara menyoal. Dia perlu tenang. Dara tak mahu jadi seperti Jas.
“Kez kemalangan.
Bersama treler. Paramedik yang bawa dia kesini beritahu Kez cedera teruk di
kepala”
Ya Allah. Terasa batu
menghempap kepalanya ketika ini. Semuanya seakan-akan mimpi. Baru sebentar tadi
mereka berbual. Baru sebentar tadi, Kez memujuknya. Kenapa semua ini berlaku?
“Sekarang hanya 50-50”
Dara menggeleng. Tak!
Kez takkan tinggalkan aku. Kez takkan pergi. Dia dah berjanji! Airmata mengalir
tanpa dipaksa. Pa menghela nafas. Dara pasti terkejut. Tapi syukurlah reaksinya
tidak seperti Jas. “Kez didalam sekarang?” dia menyoal, lemah. Kaki sudah tidak
berdaya untuk menampung tubuh.
“Dara, mari duduk dulu”
ma bangun setelah menenangkan Jas. Dara dibawa duduk disebelah Jas. Tanganya
menggeletar. Mindanya seolah-olah cuba menolak apa yang berlaku
sekarang ini.
Dara mengetap bibir dan
bermain dengan jari. Airmata tidak henti-henti mengalir. Jas disebelah
mengenggam tanganya. Mereka berpandangan seketika, memahami apa yang
masing-masing rasai.
You rasa Kez akan selamat ke?
Aku yakin. Abang takkan tinggalkan kita
Pandangan menjadi
kabur. Jas kembali menangis. Dara melihat ma sesekali mengesat airmata namun
dipujuk oleh pa. Kez, please sayang. Hang
on in there for me. I need you here. Tolong jangan mengalah, Kez. I merayu
pada you. Jangan tinggalkan I.
*************************************
Hampir 2 jam Kez
didalam. Tiada tanda-tanda bilik kecemasan akan dibuka. Jam sudah berganjak ke
2 pagi. Baru sebentar tadi Dara menelifon nenek. Ternyata nenek juga risau
duduk dirumah. Walaupun tadi nenek mahu ikut tapi Dara menolak kerana risaukan
kesihatan nenek yang tidak baik.
Dara membetulkan
kedudukanya. Jas sudak terlentok diatas bahu. Dia menangis teruk tadi. Dara
faham perasaan Jas. Separuh daripadanya sedang bertarung di dalam tanpa mampu dibantu.
Dara bertemu pandang dengan ma yang baru tersedar. Pa juga baru melelapkan mata
beberapa minit yang lalu.
“Kamu tak tidur, Dara?”
Dara menggeleng. Kez
didalam bertarung dengan maut. Bagaimana dirinya mampu tidur dengan selesa? Ma
bangun membetulkan duduk. Dia juga kelihatan letih.
“Kasihan kamu tampung
kepala Jas”
”Tak apa, ma”
Ma menghela nafas
memandang bilik kecemasan yang masih bernyala. “Dara” ma bersuara. Dara
menoleh. “Kamu okay? Ma lihat kamu menangis sekejap je. Kamu tak apa-apa ‘kan ?”
Hatinya kembali sebak.
Mana mungkin dia tak apa-apa. Kalau diikutkan hati, dia mahu menjerit dan mengetuk pintu bilik kecemasan untuk
memanggil Kez. Kalau diikutkan, Dara mahu jadi seperti Jas. Meraung dan
menangis tak henti-henti. Tapi dia tahu itu bukan jalan penyelesaianya. Dara
dah kehilangan banyak orang didalam hidupnya sehingga hatinya dirasakan kebal
dengan perasaan sedih. Namun itu bukan bermaksud dia tidak menyayangi Kez.
Lelaki itu separuh daripada jiwanya.
“Dara okay. Kez pasti
akan selamat. Dara yakin”
Ma mengangguk.
Keyakinan Dara membantu dirinya. Dara menoleh apabila terasa lampu bilik
kecemasan dipadamkan. “Jas, bangun!” dia menolak lembut kepala Jas. Temanya itu
tersedar dengan cepat.
Tak lama kemudian,
seorang doktor lengkap bersama mask keluar
sambil menanggalkan sarung tangan yang dipakai. Dia kemudian menurunkan mask hingga ke dagu. Pa terlebih dahulu
mendapatkan doktor tersebut.
“Macam mana dengan anak
saya doktor?”
Doktor itu memandang
mereka semua. “Pembedahan kami berjaya” Dara mengucapkan syukur. Syukurlah Kez
masih disisi mereka.
“Tapi darah beku banyak
terkumpul dikepala. Kami berjaya mengeluarkan semuanya cuma saya risau dengan
risiko yang bakal Encik Khairul hadapi selepas ini”
Pa hairan. “Risiko apa,
doktor?”
Doktor itu menghela
nafas seketika. “Encik Khairul mungkin ditakdirkan untuk kehilangan ingatanya
kesan daripada pembedahan ini dan hentakan kuat di kepala sewaktu kemalangan
itu berlaku”
Mereka tergamam. Hilang
ingatan? Doktor itu mengangguk. “Semuanya bergantung kepada Encik Khairul. Kami
akan pindahkan beliau ke wad biasa selepas ini dan kami akan memerhati beliau selama
24 jam. Kalau ada yang ingin menemani, hanya seorang sahaja yang dibenarkan”
Pa mengangguk. “Terima
kasih, doktor” mereka bersalam sebelum doktor itu berlalu. “Jas nak teman
abang!” Jas bersuara, pantas. “Biar ma”
“Jas, ma” Pa bersuara,
lembut. “Biar Dara temankan. Jas dan ma ikut pa balik. Boleh, Dara?” dia
tersedar. “Boleh, pa” Pa memberi senyuman. “Pa yakin Kez takkan apa-apa. Dia
akan ingat kita semua”
Dara memberi senyuman
yang terasa kekok. Jas mendapatkan dirinya. “Jaga abang ye?” dia mengangguk. Ma
menepuk bahunya untuk memberi semangat sebelum mereka bertiga berlalu, pergi.

aduhhhhhh...dah hilang ingatan la pulak...pasni tentu kesian kat Damia....
ReplyDelete