Di bilik
persalinan pula, keadaan seperti perang dunia ke-3 diantara ahli kumpulan dan stylist yang bersama mereka hampir 3
tahun sejak debut pertama kumpulan
tersebut.
“Ini okay?”
Nia menyoal kearah Mika. Lelaki itu memandang bekas berisi cermin mata hitam
yang disusun cantik itu. “Ini okay?” dia menoleh kearah Dhani.
“Tak”
Mika
mencebik. Dia mencuba yang kedua. “Ini?”
“No”
Tanpa
memandang, Dhani menjawab. Mika menghela nafas. Ada juga yang nak kena headlock dengan aku karang. Dia mencuba
kali ke tiga. “Ini?”
“Sibuk.
Tanya orang lain” Dhani mengikat tali kasutnya yang tertanggal. Mika mengepal
penumbuk. “Tak guna kau!” dia meluru sebelum memaut leher dahi dan mengunci.
“Berani kau! Hah? Berani!”
Suasana
sedikit kecoh dengan gelagat mereka. Dhani meledakkan tawa sementara Mika masih
memandang dengan rasa geram. Orang disekeliling hanya mampu menggeleng. “Tom and Jerry” Nia menjuling mata sambil
menggeleng.
“Orang
sibuk benda lain, dia boleh duduk sini tak bergerak”
Tish
menggeleng melihat lelaki itu disofa sambil mendengar beats. Perlahan lelaki itu dihampiri bersama aksesori yang sesuai
untuk tema pakaian mereka hari ini. “Q” dia memanggil sambil membetulkan rantai
yang ingin diberi.
Lelaki itu
mengangkat muka. “Hmmm?”
“Pakai ni”
dia menurunkan beats sebelum
membenarkan Tish memakaikan rantai ke lehernya. “Kamu tengok tom and jerry tu. Tak habis-habis nak
bergaduh”
Dia menoleh
sedikit kearah Mika dan Dhani. Kemudian tersenyum, mempamerkan lesung pipit
yang mejadi daya tarikan dan kegilaan peminat mereka. Tish sedikit kagum.
Walaupun baru berusia 20-an, Q boleh dikatakan antara lelaki yang tampan
sehingga kadangkala dirinya sendiri terlebih perasaan setiap kali melihat Q
tersenyum.
“Abaikan”
dia menjawab sepatah sebelum kembali memandang Tish. Dia membiarkan sahaja Tish
yang kemudian menggunakan spray untuk
mengemaskan lagi rambutnya yang sudah diangkat ke atas.
“Kadangkala
akak sendiri hairan macam mana kamu jadi satu kumpulan. Mika dan Dhani selalu
bergaduh. Kamu suka bersendiri. Acap pula” dia menoleh kearah seorang lagi ahli
kumpulan MARS yang asyik dengan permainan di Ipad miliknya. Kemudian Tish
menggeleng.
“Sangat
berbeza”
Q senyum
nipis. “Mungkin itulah charm MARS”
dia mempamerkan senyuman yang membuatkan matanya juga tersenyum sekali. Tish
mencebik namun dia turut mengakui. 4 remaja yang membentuk MARS sememangnya
mempunyai karisma masing-masing.
Pintu bilik
persalinan dibuka tiba-tiba. Kelihatan Reza menjengul muka setelah membuka
pintu lebih luas. “5 minit”
Mereka
segera bangun. Mika membetulkan pakaianya sambil melihat cermin buat kali
terakhir. Dhani membuat latihan suara untuk kali terakhir. Acap terpaksa
melepaskan Ipad yang sejak dari tadi dipegang sementara Q menanggalkan beats yang dipakai.
Masing-masing
mengatur langkah menuju ke bahagian belakang pentas. Suara peminat semakin kuat
dan kini barulah rasa gementar itu semakin terasa. Kru belakang pentas segera
menggunakan ear mic kepada setiap
seorang dari mereka.
“Baiklah.
MARS, berkumpul” suara Reza kendengaran kuat untuk menyaingi suara peminat yang
hampir 3 ribu orang.
Mereka
kemudian membuat bulatan sambil memandang wajah ahli yang lain. Senyuman
terukir walaupun jantung terasa hendak terkeluar. “Ini konsert terakhir kamu.
Konsert seluruh negara yang membawa nama MARS ke peringkat lebih tinggi. Ini
kali terakhir untuk kamu menunjukkan siapa MARS yang sebenarnya!”
Kata-kata
Reza membuatkan mereka lebih bersemangat. “Semoga berjaya!”
Reza keluar
dari bulatan untuk memberi ruang kepada mereka berempat. Q menghela nafas.
Semua mata kini tertumpu kearahnya.
“Baiklah. MARS”
“Kill them all” keempat mereka naik ke
pentas bersama sorakan daripada peminat.
**********************************************************************************************
“Oh My!”
Serius
hampir pekak aku dibuatnya. Suara orang menjerit seperti melihat hantu bakal
memberi heart attack kepada gegendang
telinganya. Apalah dosa aku berada ditengah-tengah mereka ni?
Keluhan
dilepaskan. Dia menoleh kearah Sara yang turut join melompat bersama peminat yang hadir. Dia menggeleng. Ikutkan
Sara, kalau boleh nak berteleku dihadapan dorm
MARS semata-mata nak lihat ahli kumpulan remaja popular itu.
Dia
mengalih pandang di skrin besar yang memaparkan ahli kumpulan MARS yang
dianggotai oleh 4 orang remaja lelaki yang kacak. Salah satu strategi yang
sememangnya sangat berguna. Tambah-tambah lagi untuk si Sara yang sememangnya
pantang tengok lelaki kacak.
“Thea. Kau
kenapa?”
Sara
menoleh kearahnya apabila melihat hanya Thea yang duduk dikerusi sedangkan
orang lain sedang berdiri sambil menyorak mendengar nyanyian MARS. Senyuman
paksaan diberi. Sebab kau la, sengal. Apalah nasib aku ada sepupu macam kau.
“Penat” dia
menjawab, ringkas. Sara memandang MARS kemudian memandang Thea. Dia tahu
kenapa. Sara ambil keputusan untuk duduk disebelah Thea. Dia menghulur light stick MARS yang berwarna oren
kepada Thea. Sepupunya itu mengambil tanpa bicara.
“Kau tak
suka ke?”
Thea
menoleh. “Huh?”
“Kau tak
suka MARS ‘kan?” dia menyoal lebih detail. Thea hendak menjawab terus namun tak
sampai hati apabila melihat wajah Sara. Thea hanya mampu menggeluh.
“Aku tak
nampak kenapa kau sanggup beratur 3 jam sebelum konsert untuk diaorang. Aku tak
nampak apa faedahnya kau duduk sini 3 jam dan menjerit sampai hilang suara
semata-mata demi diaorang. Padahal, diaorang bukan kenal kita pun”
Sara senyum
sendiri. Kemudian dia menggeleng. “Itu adalah kesedihan seorang peminat, Thea.
Kau takkan faham”
Thea
memandang Sara sebelum sepupunya itu ketawa kecil. “Aku nak terang pun tak guna
sebab kau takkan faham. Suatu hari nanti kalau kau suka seseorang tu, baru kau
tahu”
Dia buat
muka. Itu tak menjawab soalan pun. Sara menepuk bahunya dengan lembut sebelum
tersenyum. “Janganlah tarik muka macam kena hukuman gantung. Aku bukanya suruh
kau masuk penjara. Ini konsert MARS. Kau tahu berapa ramai orang yang sanggup
bertumbuk untuk ambil alih tempat kau sekarang?”
Thea buat
muka. Aku dengan berbesar hati akan serahkan tempat duduk aku ni pada diaorang.
“Sudahlah. Hargai apa yang ada sekarang. Aku rasa kau seorang je yang tak
gembira tengok konsert MARS”
Sara
kembali berdiri dan mempamerkan kesungguhan sebagai peminat MARS dengan
menghabiskan suaranya. Thea mengeluarkan Mp3 dari poket seluar skinny jeans yang dipakai. Dia menyucuk beats berwarna sama sebelum disumbat di
telinga.
Goodbye MARS. Dia mencebik. Senyuman
kemudian terukir dibibir. Hello Maroon 5.
*********************************************************************************************
“Air!” Dhani
segera mencapai botol mineral yang dipegang Kila sebelum meneguk degan rakus.
Mika mengesat peluh yang menitis. Acap sudah terduduk ditangga sementara Q
menekup tisu di dahinya yang berpeluh.
3 jam
berakhir juga. Segala beban yang mereka rasai hampir 3 bulan sebelum. Segala
usaha, segala keringat dan segala peluh yang dikeluarkan. Semuanya terasa
sangat berbaloi melihat keterujaan peminat mereka sepanjang konsert
berlangsung.
“Okay ke?”
Khai, kru belakang tadbir menyoal risau. “Ada beberapa technical prob tadi. Tapi rasanya tak dikesan”
Semua itu
dibiarkan sahaja memandangkan semuanya sudah berlalu. Selesai, mereka mengatur
langkah yang terasa berat menuju ke bilik persalinan. Kelihatan pasukan stylist dan pasukan fitting and prop sudah mengemas barang-barang yang dibawa.
Q mengambil
tempat disofa berhampiran. Acap tanpa bicara membaringkan diri diatas pahanya.
Q menggeleng. “Panas kot” Acap hanya ketawa tanpa mempedulikan Q.
“Akhirnya”
Mika duduk bersandar di sofa yang sama begitu juga dengan Dhani. Tish yang
memandang hanya tersenyum. Mereka sememangnya rapat walaupun datang dari latar
belakang yang berbeza.
“Macam mana
kaki?” Q menyoal kearah Dhani. Sewaktu lagu terakhir tadi, dia melihat kaki
Dhani yang terkehel sedikit. Dhani melunjurkan kakinya. “Tak ada apa rasanya.
Terkehel sikit”
“Kalau
sakit, beritahu Reza” Dhani sekadar mengangguk sambil menggerakkan kaki
kananya. Q bersandar sofa. Air-cond yang
dipasang membantu mereka yang sememangnya kepanasan akibat hampir 3 jam
dipancarkan dengan lampu spotlight yang
membahang.
Pintu bilik
dibuka. Reza masuk bersama senyuman yang lebar. Dia melihat anggota kumpulan
MARS sudah terbaring keletihan. Sebagai pengurus, dia sangat berbangga dengan
pencapaian MARS sehingga ke hari ini.
“MARS,
kumpul”
Mereka
semua bangun dengan pantas. Acap membetulkan duduknya. Mika dan Dhani bangun
dan duduk diatas sofa. Reza menarik kerusi berhampiran sebelum duduk dihadapan
mereka. “Congrats. The show was awesome”
Mereka
sama-sama tersenyum. Reza tergelak kecil. “Kamu semua penat?” dia menyoal.
“Sangat penat!” Mika menjawab pantas.
“Gila tak
penat?” Dhani yang bongsu turut selamba.
“Q? Acap?”
Mereka
hanya mengangguk. Reza tak mampu nak cakap apa-apa. 2 orang ni memang perangai
pelik sikit tapi itulah keistimewaan MARS yang menarik dimata peminat mereka.
“Baiklah.
Memandangkan korang dah bekerja keras untuk konsert kali ini, abang ada berita
gembira nak beritahu”
“Apa?”
Dhani menyoal dengan mata bercahaya. Reza tersenyum. Dia mengangkat tanda peace. Kerutan didahi setiap seorang
sangat kelihatan.
“Peace?” Mika turut mengangkat 2 jari
dengan rasa kekok.
Reza
ketawa. “2 hari cuti tanpa sebarang jadual”
Mereka
tergamam. “Serius?!” suara Mika dan Dhani membuatkan seluruh bilik bergema.
Reza mengangguk.
“Wow! Cuti!
Fuyooo”
Mereka
berdua sudah bertepuk sesama sendiri. Reza ketawa lagi. Dia melihat Acap dan Q
juga tersenyum lebar. Ini hadiah paling diinginkan oleh MARS setelah hampir 3
tahun bekerja keras. Reza lega akhirnya mereka sudah mampu menarik nafas
panjang tanpa risaukan apa-apa lagi.
***********************************************************
“Kalau awak
sayang saya, awak takkan buat macam ni. Awak takkan cari perempuan lain!”
Suara mama
kedengaran ketika dia menghampiri pintu rumah. “Thea. Baru balik?” makcik
Rosnah menyoal ketika dia membuka pintu untuk mengunci grill rumah.
“Tadi
keluar dengan Sara, Cik Ros”
Wanita
separuh abad itu hanya tersenyum bersama anggukan. “Kak Thea” Tirah berlari
keluar dari rumah dan suara mama semakin kuat. Tira segera mendapatkan dirinya
sebelum memeluknya erat.
“Dari tadi
Cik Ros dengar. Tak habis-habis lagi. Kasihan Tirah”
Thea
memandang Tirah yang menekup muka di bajunya. Dia menghela nafas. “Mama dengan
papa ke?” dia menyoal Tirah. Adiknya itu hanya mengangguk.
“Cik Ros.
Tolong tengok Tirah kejap. Thea nak masuk tengok mama”
Makcik
Rosnah segera mengangguk. “Iyalah. Mari Tirah. Duduk dengan Cik Ros dulu”
Tirah
mengangguk. Dia segera mencapai tangan Makcik Rosnah yang dihulur. Thea sedikit
lega. Nasib baik Tirah anak yang mendengar kata. Thea melihat Makcik Rosnah
membuat Tirah masuk sebelum dia melangkah menuju ke pintu rumah.
Pranggg.
Kedengaran kaca jatuh ke bawah. Dia menanggalkan sneakers yang dipakai sebelum bergegas masuk. “Ma!” dia menuju ke
bilik tidur ibubapanya. Pintu ditolak. Papa kelihatan terkejut dengan
kehadiranya.
“Jantan tak
guna! Aku benci kau! Aku benci!” mama seperti hilang kewarasan ketika ini. Thea
memandang papa yang tidak bergerak. Rupa-rupanya gambar keluarga mereka yang
jatuh berkecai dilempar mama.
“Thea”
Barulah dia
perasan beg yang dipegang oleh papa. “Papa.....nak...kemana?” dia menyoal
walaupun semuanya sudah terang lagi bersuluh. Papa memandangnya sebelum
menggeleng.
“Papa minta
maaf” dia bersuara perlahan. Mama sudah teresak-esak menangis. “Papa. Dia dah
ceraikan mama. Dia nak kahwin dengan betina jalang tu”
Thea
tergamam. Tangisan mama semakin kuat. Papa menghampirinya dengan wajah muram.
“Papa sayang kamu, Thea. Papa sayang Tirah. Maafkan papa” tubuh Thea ditolak ke
pintu sebelum papa berlalu keluar.
“Abang!
Abang! Jangan tinggal saya. Abang!”
Thea
menahan mama yang ingin meluru mendapatkan papa. Mama melurut jatuh ke bawah
tanpa tenaga. Nasib baiklah Thea sempat menampung tubuh mama. Airmata mengalir
melihat penderitaan mama.
“Thea. Apa
kita nak buat? Kenapa papa buat mama macam ni?” mama menyoalnya perlahan. Thea
hanya membisu. Dia cuba menahan airmata yang masih degil mahu mengalir. Dia
perlu kuat demi mama dan Tirah. Dirinya harus menjadi dahan untuk mereka
sekarang ini.
*************************************************************************
author note :
new novel in the house, guys. Banyak lagi yang harus diperbaiki tapi harap anda semua boleh berikan support yang sama macam novel terdahulu.
btw, I really need help here. I still try to find the best TAJUK for this novel. I'll really appreciate it if you guys can give me some idea. Don't need to rush. Tapi buat masa sekarang saya hanya akan meletak smiley sebagai heading untuk tajuk ini.
don't forget to keep reading. comment is a MUST. keke. till then,
xoxo

x leyh bagi tajuk agi la sbb x nampak bayang pon....
ReplyDeletetakpe takpe. take ur time :)
ReplyDeletex apa saya tunggu n3.
ReplyDelete