Jas merenung villa berwarna putih yang berada
dihadapanya ketika ini. Dia menelan air liur. Biar benar ini rumah Dara? Gila
besar tahap tak ingat. Rumah teres keluarganya kelihatan tidak terbanding
langsung dengan villa bak istana ini.
Dia
terkejut apabila tiba-tiba suara kedengaran dibalik sebuah kamera yang terlekat
bersama dinding. “Siapa?” wajah seorang wanita yang tidak dikenali terpapar.
“Emm,
saya Jas. Kawan Dara”
Tiada
jawapan. Pintu pagar rumah itu dibuka. Jas kaget. Nak suruh aku masuk ke? Dia
memandang sekeliling. Ya Allah besarnya. Siapa ada kolam air pancut lagi. Dia
tak sangka Dara sekaya ini.
Apabila
tiba dihadapan pintu, loceng dibunyikan. Beberapa ketika, pintu dikuak.
Senyuman diberi oleh wanita itu. “You mesti Jas” dia mengangguk. “Mari masuk”
pintu dibuka luas dan Jas bangun.
Mak
ai. Besarnya rumah. Macam istana. Barang-barang sikit punya mahal. Dia menahan
diri dari ternganga mulut melihat hiasan dalaman rumah itu. “Saya Judy. Panggil
Jude je” dia menoleh melihat wanita tadi menghulurkan tangan.
“Jasmin.
Jas saja” dia mengangguk sebelum menyuruh Jas duduk. “You kawan sekolah Dara?”
Jas mengangguk, menelan air liur. Janganlah Jude ni marah sebab kes asam pedas
hari tu. Sampai tiga hari Dara demam gara-gara kepedasan asam pedas itu.
Mengingatkan itu, rasa geramnya pada abang kembali.
“Minta
maaflah terpaksa menyusahkan kamu pula. Sebenarnya I ada urusan di NY untuk
beberapa minggu. Nenek dia pula sudah berangkat ke Perancis untuk lihat maksu
dia yang baru bersalin. Kalau tidak, I yang sepatutnya jaga dia”
“Tak
apa, kak. Dara kawan saya juga”
Judy
mengangguk, lega. Jas nampak seperti kawan yang baik. Dia lega kerana Dara
punya kawan seperti Jas. “Akak” dia bersuara apabila tidak mampu menahan lagi
perasaan ingin tahunya. “Ye?”
“Mana….mama
Dara?” dia menyoal, perlaha. Takut kalau-kalau menyinggung hati. Judy memberi
senyuman, nipis. “Meninggal. Sebulan yang lepas. Dara balik kesini untuk
pengebumian mama dia. Tapi I buat keputusan untuk tinggal disini. Dengan nenek
dia”
Jas
tergamam. Meninggal? Patutlah Dara menangis menyebut nama mama dia. Itupun
setelah diceritakan oleh abang. Dia bertambah kasihan. Siapa sangka Dara lalui
semua ini? Tapi orang di sekolah asyik bercakap mengenai dia. Pasal nama la.
Pasal bahasa la.
“Papa
dia?”
Judy
ketawa kecil. Dara, Dara. Masih tak berubah. Kawan baik sendiri pun tak
diberitahu tentang keluarga sendiri. “Papa dia meninggal lepas dia umur 7
tahun. Dara tak berapa ingat sangat sebab dia kecil lagi waktu tu”
Jas
terdiam. Kedua mereka meninggal Dara yang baru 17 tahun. Dia kagum dengan
ketabahan Dara. Kalau dirinya, pasti tidak mampu hidup seperti normal lagi.
Mereka dikejutkan dengan bunyi beg yang ditarik turun menuruni tangga. Jas
mengalih perhatian kepada Dara yang cantik degan skinny jeans, blouse putih dan fedora berwarna coklat cair.
“Dah
siap kemas?” Judy menyoal. Dara mengangguk sebelum menarik beg ke ruang tamu.
“Amboi besarnya beg. Nak lari rumah ke?”
Mereka
berdua tergelak. “Nonsense” Dara
menggeleng. “Hai Jas” temanya itu memberi senyuman. “I minta maaf sebab
menyusahkan you. I dah kata dekat Jude I boleh tinggal seorang. Tapi dia ni
payah nak dengar cakap”
Judy
tergelak. “Iyalah. You satu-satunya yang I ada sekarang” Dara menjuling mata.
Jas tersenyum. Mereka sangat rapat. “Parents
you tak apa ke I tinggal sebulan dekat rumah you?” Dara menyoal, risau.
Sebolehnya dia tak mahu menyusahkan sesiapa.
“Jangan
risau. Mereka lagi seronok. Parents I
tak kisah langsung”
“See. Nothings gonna happened. You risau
lebih”
Judy
memberi senyuman, “I dah suruh pemandu tunggu di luar. Dia akan hantar kamu
berdua ke rumah” Jas mengangguk. Mereka berlalu ke luar rumah. Pemandu segera
keluar dari kereta dan mengambil beg Dara.
Dara
memandang kearah Judy. Dia menjadi sebak. Walaupun hanya sebulan namun terasa
sangat lama. Sejak mama meninggal, Judy sentiasa disampingnya sepertimana
nenek. Dia tidak mahu kehilangan mereka pula.
“Hey babe” Judy menyelak rambut Dara ke
belakang telinga. Dara memberi senyuman, nipis. Judy cuba menahan rasa.
“Be a good girl. Anak dara kena rajin
turun dapur. Pandai-pandai bawa diri dekat rumah orang. Cuba bergaul sedikit”
Dara
mengangguk. Kelopak mata sudah bergenang. “Flight
you pukul 2 esok kan?” dia mengangguk. “Nak I hantar?” Dara menyoal. Judy
menggeleng.
“You
ada sekolah. Jangan risau. I call you
later. Kita skype pun boleh.
Nanti I inbox dekat you” Dara memeluk
Judy dengan erat. “Be safe. I don’t want
to lose you too”
Judy
mengangguk. Airmata tumpah sedikit. “Jangan risau pasal I. Berlajar elok-elok”
pelukan dilepaskan. Jas sudah masuk kedalam kereta. Dara turut ikut. Judy
memberi lambaian terakhir sebelum kereta berlalu keluar dari perkarangan rumah.
*************************************************************
Jas
memberitahu, riang. Dara ketawa. Jas sejak diberitahu mahu menumpang di rumah,
punyalah excited sampai sanggup nak
jemput dia dari rumah.
Pemandu
mengeluarkan beg yang dibawa. “Saya bawa” dia mengambil beg daripada pegangan
pemandu. Mereka berjalan masuk ke perkarangan rumah Jas. “Ma, pa” dia
memanggil. Dara menggeleng. Perangai huduh sungguh.
Seketika
kemudian, pasangan suami isteri membuka pintu dengan senyuman. “Ta-da” Jas
mendepa tangan seolah-olah baru menghabiskan pementasan. Si isteri menggeleng.
“Jasmin Alwani” suaranya kedengaran. Jas tersengih.
“Ini
ma dan pa aku”
Dara
mengangguk. Dia menyalami mereka dengan sopan. “Amboi, anak mat salleh mana Jas
jumpa ni?” ma mengusik. Dara memberi senyuman. “Ini Dara” Jas menambah. Mereka
mengangguk.
“Marilah
masuk. Biar pa bawa barang ke dalam”
Tangan
Dara sudah digenggam dan dibawa masuk. Dia melihat Jas yang sekadar memberi
sengihan. Mereka kemudianya duduk diruang tamu. Dara sedikit kekok. 4 pasang
mata sedang merenungnya tidak berkelip. Dia risau jika pakaianya tidak sesuai
untuk kesini.
“Ma,
pa. Berhentilah renung Dara macam nak telan. Dia pun takut”
Mujurlah
Jas bersuara. Mereka tersedar sebelum melepaskan tawa. “Kagum sekejap ma. Indah
sunggah ciptaan Allah ye. Rambut perang. Kulit putih. Tapi anak melayu” Jas
menjuling mata. Dara tersenyum, malu.
“Ma
aku memang drama. Kau tahan je la” dia berbisik, perlahan. Dara sekadar
mengangguk. “Nanti Dara tidur sebilik dengan Jas boleh? Rumah pa ni kecil je
berbanding rumah kamu”
“Tak
apa pa….”
“Anggap
sahaja kami macam ma dan pa Dara. Sekarang, ma dan pa sudah ada anak baru
selain Jas dan Kez”
Dara
memberi senyum. “Dara tak kisah, pa. Tapi kan….” Mereka semua diam. Dara buat
muka serius. “Jas berdengkur tak waktu tidur?” ketawa pecah. Jas mengetap bibir.
Amboi anak orang putih ni. Sejak fasih bahasa Melayu, ada sahaja benda nak
kenakan aku. Satu geng dengan abang.
“Itu
ma tak tahu. Kamu tidur malam ni kamu tengoklah. Jas dengkur ke tidak”
Dara
memberi sengihan kepada Jas yang sudah mendidih disebelah. “Mana ada Jas
dengkur” dia bersuara, kuat. Ma dan pa hanya ketawa. Jas bertambah geram. Lawan
tauke nampak! Dara ketawa, kecil.
“Jadi,
siapa yang mat salleh? Mama dan papa Dara?” ma menyoal, ingin tahu. “Papa. Dia
asal NY. Jadi, banyak keluarga sebelah papa disana. Tapi kami tak rapat sangat”
ma mengangguk. Jas diam. Dia baru tahu kisah silam Dara tadi. Jas akui dia
terkejut. Dara mampu senyum dan ketawa seperti biasa walaupun kehilangan
ibubapa diusia yang muda.
“Dengar
cerita, ada orang tu tak fasih BM waktu mula-mula datang?” pa mengusik. Dara
tertunduk malu. “Iyalah. Jas ingat anak mat salleh mana la tersesat masuk
sekolah kami. Dara ni faham BM tapi nak cakap balik tak reti. Dia lebih senang
balas dalam BI. Lepastu, terkebil-kebil la nak faham dengan slang bagai. Jenuh
la otak Jas fikir sejak kawan dengan dia ni”
Dara
memberi sengihan sebelum menepuk belakang Jas. Temanya itu membalas sengihan.
Ambik kau! “Sekarang dah okay?”
“Sangat
okay, pa. Dara dah boleh cakap. Tapi Jas cakap slang Dara masih tak boleh ubah” pa mengangguk. “Baguslah. Walau
Dara lahir luar negara pun, tapi jangan lupa asal-usul. Jangan lupa agama. Itu
sahaja beza orang islam dengan orang agama lain di luar sana”
Dara
mengangguk. Pa terasa seperti papa. Walaupun kenanganya bersama papa hanya
samar kerana masih kecil. Tapi dia yakin papa mesti macam pa jika papa masih
hidup sekarang ini.
“Abang
mana, ma? Sejak tadi tak nampak batang hidung”
“Biasalah
abang kamu. Dengan latihan basket dia
tak habis-habis. Ma sampai nak suruh dia kahwin saja dengan bola basket dia tu”
Mereka
tergelak. Jas menggeleng. Ma, ma. Drama sungguh. “Dekat SPM pun asyik main basket lagi? Tahulah pelajar harapan
pun. Bukanya permainan basket tu
masuk soalan exam pun”
“Ma
dah berbuih membebel. Tapi si Kez tu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Mana nak dengar. Kalau main basket, lupa
dunia”
Dara
hanya diam mendengar mereka sekeluarga berbual. Jauh disudut hati yang dalam,
dia cemburu melihat Jas. Dia cemburukan keluarga Jas. Seumur hidup, dia hanya
punya mama dan kenangan papa. Sekarang, dia hanya ada kenangan mama dan papa.
Namun Dara yakin. Pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.
******************************************************************
Kez
keluar dari bilik. Jam dah tunjuk pukul 12 malam. Ma dan pa tentu dah tidur
dalam bilik. Dia menuju ke dapur. Langkahnya terhenti melihat lembaga yang
berada didapur.
Biar
benar? Takkan hantu kot? Dia menggosok mata. Sah! Memang lembaga. Jantungnya
berdebar. Anak lelaki kalau takut, wajib humban masuk gaung. Macam mana nak
jadi ketua keluarga kalau penakut macam anak ayam? Eh kau Kez. Mana kau tahu
anak ayam tu penakut?
Kez
melangkah berhati-hati. Dia tidak membuka lampu namun menyelinap ke belakang si
lembaga. Buatnya si lembaga ni ada parang ke pistol ke. Alamat arwah kau malam
ni. Tak sempat ambil SPM. Tak sempat nak kahwin.
“Siapa
kau?” dia memaut leher si lembaga. “Ahhhh” jeritan yang nyaring hampir
memekakkan gegendang telinganya ketika ini. Apahal macam pernah dengar je suara
ni? Lampu dapur dibuka. Ma, pa dan Jas dah berdiri dengan wajah terkejut.
“Pa
ada pencuri. Kez dah tangkap ni”
Dia melihat pa menggeleng. Jas menepuk dahi. Ma
menguntum senyuman. Apa kes semua cool je?
Takda siapa nak buat laporan polis ke? Dia mengerut dahi. “Ehem!” dia kaget.
“Boleh lepaskan ke?” suara itu! Dia merenggangkan pautan. Si lembaga berpaling.
“Oh
mak kau!” dia menyumpah, terkejut. Dara menjungkit bahu sambil mencekak
pinggang. “Ambil kesempatan nampak?”
Jas
sudah hentam gelak. Ma dan pa menggeleng. Ma sempat mengeluh. “Khairul Muslim.
Itulah ma pesan balik awal. Tetamu ada di rumah pun taktahu”
Kez
kaget. Gila malu! Gadis dihadapanya itu sudah menayangkan gigi, menyakat.
“Itulah Khairul Muslim. Kawan adik sendiri pun tak kenal?” Dara menokok,
gembira melihat wajah kelat Kez. Lelaki itu merenungnya, tajam.
Jas
menghampiri sebelum memeluk leher Dara. “Dia akan tinggal rumah kita sebulan.
Nenek dia ke Perancis. Kakak dia kena ke NY. Kakak dia yang minta tolong Jas
tumpangkan Dara dekat sini”
Patutlah!
Boleh heart attack aku tiba-tiba ada
anak orang putih ni dekat sini. “Kamu balik pukul berapa tadi, Kez?” ma
menyoal. Alamak! Kantoi pula. “Abang lepas kedai mamak tadi. Tengok bola dengan
crew basket. Itu yang lewat”
Ma
menggeleng. Pa sudah malas nak ambil pot. “Dah, dah. Pergi masuk tidur. Esok
nak sekolah” ma dan pa dah berlalu ke bilik semula. Jas tersengih. “Gotcha. Muka gila riak bila dapat
tangkap pencuri”
“Jas”
Kez bersuara sambil mengetap gigi. Jas ketawa sambil menjelir lidah. “Mari
Dara. Jangan layan orang yang perasan detective
conan ni” mereka berlalu sambil ketawa. Kez menahan diri. Sabar Kez Control macho, bro. Hilang macho kalau
naik angin macam naga. Kez kembali sedar. Dara? Dalam rumah ni? Sama rumah
dengan dia? Gila!
**********************************************************
“Abang!” jeritan Jas hampir memecahkan telinga
walaupun dia dah pakai helmet ketika ini. “Apa nak lagi?” takkan tak habis
sakat aku pasal kes semalam kot? Jas menghampiri dengan wajah keruh.
“Nak
minta tolong sikit ni”
Sudah.
Tetiba cakap sikit punya baik. Takda sarkatik macam semalam. Nak minta aku buat
sesuatu la tu. “Apanya?” dia menyoal, malas.
“Tolong
hantar Dara ke sekolah”
Beliak
mata Kez. “Apa?” dia menyoal sekali lagi. “Ala, tolonglah. Takkan nak suruh Jas
bawa dia ke?”
“Apa
salahnya?” Jas menepuk dahi. Abang aku pagi-pagi ni lambat fikir pula. Abang
siapalah dia ni. “Lupa ke lesen Jas L lagi. Mana boleh bawa orang”
Kez
diam. Ya tak ya jugak. Dia lupa pula. Kez mengeluh. Hailah. Satu lagi masalah.
Nak kena bawa anak orang putih tu pula. “Boleh ‘kan, bang?” Jas menyoal lagi.
“Ya
iyalah. Siapa lagi nak hantar?”
“You’re the best la abang” dia sudah
belari masuk dengan ceria. Baru kejap tadi muka macam tapai basi. Sekarang dah
macam kena loteri. Kez menggeleng. Macam-macam perangai adiknya yang seorang
ini.
Seminit
kemudian, dia melihat Dara yang siap berpakaian sekolah dan menggalas beg
keluar dari rumah. Mata mereka bertembung. “Hai….detective conan” dia sempat mengusik. Kez menjuling mata. “Derhaka.
Saya tak hantar awak pergi sekolah baru tau”
Wajah
Dara berubah. “You hantar I?” dia menyoal, terkejut. “Iyalah. Lesen Jas tu L lagi.
Mana boleh bawa orang. Nanti accident dengan
anak orang, jenuh nak jawab pula”
Dara
menelan air liur. Naik motor dengan Kez? Dia rasa budak-budak dekat sekolah
takkan memandangnya dengan aura membunuh. Tapi akan bunuh dia terus. Ngeri
siot! Dara menggeleng, tiba-tiba. “La, kenapa geleng pula?” banyak songeh
sungguh anak orang putih ni.
“Nak
suruh I kena pancung dengan Kelab Peminat Khairul Muslim ke?”
Kez
kerut dahi. Kelab Peminat Khairul Muslim? Sejak bila pula wujud kelab tu? Tak
dengar pengetua umum apa-apapun. “Hah? Kez menjungkit kening, tak faham. “Nak
suruh I kena bunuh dengan peminat you ke?”
Oh.
Ingatkan apa tadi. Kez buat muka selamba. “Bukan masalah saya” dengan tenang,
dia bersuara. Dara mengetap bibir. Bagus punya mamat! Lepas diri sendiri je
kerjanya. “Nak naik ke taknak?” Kez menyoal. Cepatlah! Kang kena berdiri depan
perhimpunan pula. Jatuh saham aku!
Dara
mendengus. Dia rasa terpaksa sangat. Dengan lemah, Dara memakai helmet namun
terkial-kial mahu memakai safety belt dibawah
dagu. Kez menoleh. Apahal lama sangat pakai helmet pun? Dia melihat Dara yang
terkial memakai tali helmet. Dia senyum sendiri. Comel la pula tengok dia macam
ni.
“Meh
sini nak tolong” dia bersuara. Dara menghampiri. Kez menundukkan wajahnya
sedikit sebelum mengikat tali helmet. Dara rasa jantungnya seperti berlari 100
meter patah balik dan lari sekali lagi. Kalaulah Kez boleh dengar degupan
jantung dia sekarang ni. Malu oi.
“Siap”
dia memberi senyuman. Suasana kekok dengan kesedaran betapa rapatnya wajah
mereka ketika ini. Darah terasa menyerbu ke muka. Dara segera menoleh dan cuba
naik diatas motor. “Pegang baju saya. Nanti jatuh”
Dara
menurut dan dia naik dengan selamat. Keadaan kekok samada mahu memeluk
pinggangnya atau sekadar memegang baju. Buatnya mamat ni bawa laju, mau
tergolek aku dekat atas jalan. Free je
kena gilis kereta nanti. Akhirnya dia buat keputusan untuk sekadar memegang
baju sekolah lelaki itu.
“Dah
sedia?” dia menyoal tanpa menoleh. Dara sekadar mengangguk. Kez mulai menekan
minyak motor Kawasaki ninja kesayangan. Senyuman diukir. Kali pertama perempuan
naik motornya. Iyalah 2 kali. Itupun Jas. Tapi Jas tu bukan perempuan. Ewah kau
Kez, kalau bukan perempuan, habistu apa? Ala, dia adik. Bukan perempuan.
Hatinya yang menyoal, hatinya juga menjawab.

best , keep it up ! can't wait for the next entry *anne
ReplyDeletethanks :)
ReplyDelete