Tuesday, 12 March 2013

:) Bab 2

            Mata bergerak sedikit apabila terasa cahaya yang menusuk menghala kearahnya. Sebelum itu dia mendengar bunyi langsir yang diselak. Q mendengus sebelum menarik selimut menutup keseluruhan tubuh sehingga ke kepala.
            Dhani menggeleng. Q kalau masuk Guiness World Record, rasanya boleh menang tanpa bertanding. 2 hari cuti, 2 hari jugalah Qhalid Rayyan ini tidur macam dunia ni tidak wujud kecuali alam tidur sahaja.
            “Q. Bangun! Pukul 2 petang. Kau tak lapar ke?”
            Agak-agaknya Q ni makhluk jenis apa ye? 2 hari tidur tanpa menjamah walau setitis air. Dia kagum sebenarnya. Rasanya semua orang penat tapi Q ni mungkin spesis Koala yang ada dekat Australia tu.
            “Q!” dia menarik selimut apabila Q masih tidak bergerak. Gaya ulat beluncas yang tunggu masa jadi rama-rama je. “Kacaulah kau” dia menarik semula selimut. Dhani menggeleng. Nak kena ni!”
            Dia berlalu ke bahagian kaki. 3 tahun debut ditambah dengan 4 tahun menjadi trainee bersama, mereka saling mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing. Senyuman nakal muncul di bibir. He he. Bukan selalu!
            Dia menggosok tanganya sebelum menyelak selimut di bahagian kaki sahaja. “Rasakan kuasa geli tahap 5”
            Tanpa menunggu dia menjalankan operasinya. Mata Q terbuka luas. Tindakan refleksnya membuatkan dia menendang Dhani jatuh ke bawah katil. “Aduh!” Q bangun dengan pantas. Memandangkan dirinya masih mamun, dia hanya memandang Dhani di bawah tanpa bicara.
            “Oi! Aku nak gerak kau la, mangkuk!”
            Q masih memandangnya tanpa perasaan sebelum kembali sedar. “Rasakan” dia menggosok rambutnya yang berserabut tanpa perasaan. Dhani menarik muncung. Dia bangun sambil menggosok punggungnya yang terasa sengal.
            “Apalah nasib aku jadi ahli bongsu?” dia membebel sendiri. Q ketawa, kecil sebelum kembali membaringkan diri.
            “Ohhh. No. No”
            Dia menarik selimut yang sudah ditarik oleh Q. “Aku letihlah” dia memandang dengan wajah minta simpati. Dhani menggeleng. Aishh, aku yang lelaki ni pun kadangkala tergugat iman bila Q buat wajah comel. Patutlah peminat MARS bagai nak gila kalau Q datang mode comel dia.
            “Sudah sudahlah tu. 2 hari kau tidur mati. Tak cukup ke? Reza cakap nak singgah pukul 3. Kau taknak bangun lagi ke?”
            Q mendengus, tak puas hati. Dia memusing badan dan menekup muka di bantal. Dhani menggeleng apabila mendengar jeritan Q yang tertutup dek bantal yang ditekup. Nak gerak bangun gaya kena pilih pergi berperang. Dia menggeleng tanpa sedar.
            “Bangunlah! Kau tak lapar ke?” Q angkat muka menoleh kearahnya. Bila Dhani soal, barulah perutnya berbunyi. “Korang masak apa?”
            Dhani ketawa kuat. “Kau gila nak bunuh orang? Takdanya nak masak. Delivery pizza je. Ada 2 slices lagi untuk kau”
            Q menghela nafas. Iyalah. Apa yang nak diharapkan kepada budak lelaki yang hanya tahu makan maggie cawan dan hangatkan makanan semalam? Dia menyelak selimut sebelum bangun. Namun sempat Q termenung merenung permaidani. Dhani geleng lagi.
            “Reza cakap ada benda nak bincang. Bangun dan mandi”
            Dia berlalu kearah pintu sebelum menutupnya semula. Q memandang papan nada berhampiran, gitar yang disandar di kerusi serta laptop miliknya. Dia kemudian mengeluh. Sepatutnya cuti 2 hari digunakan untuk mengubah lagu baru MARS namun memandangkan dirinya terlalu letih, dia hentam tidur untuk 2 hari itu tanpa bangun sekalipun.
            “Jangan tidur balik!” suara Dhani kedengaran dari luar. Q mencebik. Macam mak-mak. Dia bangun dengan rasa malas mencapai tuala berhampiran sebelum masuk ke dalam bilik air.

*****************************************************

            Sara memandang Thea yang sibuk mengambil order daripada pelanggan. Jika semuanya selesai, dia mengambil pula tuala bersih sebelum mengelap meja yang sudah dikemas oleh pekerja yang lain. Kegigihan Thea membuatkan Sara tak sampai hati nak tanya. Tapi semalam ibunya beria menyuruh dia menyoal Thea mengenai kedudukan yang sebenar.
            “Thea” dia buat suara riang. Thea sekadar memandang dan memberi sedikit senyuman sebelum berlalu ke kaunter mengambil makanan yang sudah siap dan membawanya kepada pelanggan yang sedang menunggu.
            Sara mengeluh. Macam mana nak tanya ni? Otaknya sedikit berpinar memikirkan waktu yang sesuai dan soalan bagaimana yang ingin ditanya.
            “Dik” Thea berlalu kearah pelanggan yang memanggil. “Pinggan kosong satu” dia mengangguk sebelum berlalu ke kaunter dapur. “Pinggan kosong satu”
            Beberapa minit kemudian dia sudah menghantar pinggan yang diminta kepada pelanggan tersebut. “Fathea Husna” tangan Sara cepat menangkap lengan Thea. Sepupunya itu menoleh bersama kerutan.
            “Kenapa?”
            Sara menghela nafas. Dia memandang Thea sebelum hatinya menjadi sebak. Thea yang dikenali sejak kecil sememangnya sangat dingin. Thea sepupunya memang seorang yang sukar mempamerkan perasaanya samada dia terluka mahupun gembira.
            “Dira” dia memanggil rakan sekerja mereka yang satu lagi. “Cover tempat aku dengan Thea sekejap. Aku ada hal dengan dia”
            Dira mengangguk. “Waktu lunch dah habis. Jangan risau” dia mengucap terima kasih sebelum menarik tangan Thea menuju ke dapur sebelum membuka pintu dapur dan keluar dari kedai. Kemudian barulah dia melepaskan tangan Thea.
            “Kenapa dengan kau?” Thea menyoal, rimas. Kadangkala sikap prihatian Sara membuatkan Thea rimas. Walaupun niat Sara adalah baik namun adakalanya Thea hanya mahu bersendirian tanpa gangguan sesiapa.
            “Mama ada beritahu aku. Betulke?” dia menyoal dengan berhati-hati. “Apanya?”
            Sara diam sekejap. Dia pandang Thea kemudianya. “Pasal papa...dengan....mama...kau” dia melihat wajah Thea tidak tiada reaksi. Sara sedikit terkejut.
            “Ye. Papa aku ceraikan mama aku 2 hari lepas. Tadi baru dapat surat untuk mama hadir mahkamah. Aku dengan mama dah cari tempat tinggal baru. Tirah juga dah pindah sekolah baru. Ada lagi nak tanya?”
            Sepupunya itu terdiam. Thea mendengus. Sikap ambil berat Sara membuatkan Thea kadangkala naik angin. Dia tak perlukan simpati Sara mahupun keluarga Sara memandangkan mereka sekeluarga sudah cukup kasihan.
            “Thea” Sara bersuara, perlahan. Tiba-tiba dia merasa sebak. Sara mengetap bibir menahan rasa melihat Thea yang begitu tenang.
            “Aku okay. Tak perlu risau. Aku dah bersedia sejak dulu lagi. Kami akan teruskan hidup tanpa papa. Lagipun kami dah buat semua itu setahun yang lepas lagi”
            Perlahan Sara memeluk Thea dengan erat. Dia mahu Thea berkongsi tangisan denganya. Dia mahu mendengar luahan hati Thea. Tapi dia tahu sukar untuk semua itu terjadi. Seorang gadis bernama Fathea Husna sememangnya sangat kental jiwa dan raga. Tak siapa mampu menduga apa yang dirasai oleh gadis ini.

*******************************************

            Q keluar dari bilik selesai berpakaian. Dengan seluar jeans pendek dan t-shirt hitam, dia sememangnya ingin santai sahaja dirumah. Kalau boleh nak pakai boxer je. Tapi nanti heart attack pula Reza kalau tengok.
            Kaki terus menuju ke dapur memandangkan perut dah berbunyi irama hip-hop. Dia bertembung dengan Mika yang sedang menuang jus oren kedalam gelas.
            “Yeah. Akhirnya Q bangun juga” Mika menepuk tangan bersama tawa. Q menghampiri sebelum menolak kepala Mika dan kemudian berlalu ke microwave. Seperti yang diberitahu, terdapat 2 slice pizza untuknya.
            Q mengeluarkan pizza tersebut dan dibawa pinggan tersebut ke atas meja dapur. “Korang buat apa je 2 hari ni?”
            Mika meneguk jus yang dituang sebelum berfikir. “Hmm. Mari kita tengok” dia merenung syiling dapur dengan penuh fokus. “Acap, game. Danny, basket. Aku, makan. Itu je rasanya”
            Q ketawa bersama gelengan. “Menarik sungguh hidup kita ‘kan?” kali ini Mika turut ketawa. “Itulah. Ingat nak keluar bersiar-siar kejap lagi. Tapi tengok dulu. Reza akan benda nak beritahu”
            Dia sekadar mengangguk sebelum menjamah pizza yang sudah dihangatkan. Tiba-tiba, loceng rumah dibunyikan. Kedengaran suara Dhani memang Reza. Mereka berdua berlalu ke ruang tamu. Acap masih terbaring disofa namun kali ini bersama PSP kesayanganya.
            “Seronok cuti?” Reza menyoal sebaik melihat MARS bergelimpangan di ruang tamu. Mereka mengangguk. Walaupun tidak keluar kemana-mana namum mampu cuti 2 hari tanpa apa-apa jadual sememangnya sudah cukup buat mereka.
            “Kami ingatkan nak keluar bersiar. Tapi memandangkan ada orang tu pukul 2 tadi baru bangn. Memang harapan je la”
            Dhani mengerling ke arah Q yang hanya buat tak dengar. Dia masih enak menjamah pizza yang disimpan. Reza hanya tersenyum.
            “Baiklah. Abang kesini ada berita sebenarnya”
            Kali ini semua mata tertumpu kearah mereka. Reza memberi senyuman bermakna. Mereka berpandangan. “Oh-ho. Ini petanda tak baik” Mika bersuara pantas. 3 tahun mengenali Reza. Mereka dah boleh baca bahasa tubuh pengurus mereka itu.
            “Rasanya ini berita baik untuk Q sebenarnya”
            Mereka bertiga menoleh kearahnya. Q mengerlip mata tanpa reaksi. “Berita apa?” kali ini barulah Acap bersuara. Reza mengeluarkan kertas yang seperti buku dan diletakkan diatas meja kopi berhampiran.
            Mika segera mencapai buku tersebut. “I got married. Apa ni? Siapa yang dah kahwin?” dia menyoal, hairan. Dhani pula mengambil buku tersebut dan membaca.
            “Rancangan reality show yang terbaru”
            Mereka ternganga. Suasana menjadi sunyi tiba-tiba. “Apa?”
            Reza mengangguk. “Watak utamanya adalah Q” dia tersedak tiba-tiba. Q mencapai gelas jus Mika sebelum meneguk dengan pantas. Mika yang terkejut tak terkata apa-apa.
            “Sekali lagi. Q jadi watak utama I got married?” Acap menyoal sekali lagi. Reza sekadar mengangguk. Dia sudah mengangak reaksi ini yang MARS akan berikan. “Tentang apa ni, bang?” Dhani menyoal setelah pulih dari rasa terkejut.
            “Q akan digandingkan dengan peminat MARS yang dipilih oleh produksi hasil daripada resume yang dihantar. Tiada tempoh masa kerana bergantung kepada pihak produksi. Q dan watak heroin akan berpura-pura berkahwin untuk satu jangkamasa sambil menyelesaikan beberapa mission yang diberi”
            Mereka menoleh kearah Dhani yang menerangkan dengan begitu lancar. Reza mengangguk dengan rasa bangga. Dhani memandang Q. “Terbaik!” ibu jari diangkat.
            “Sekejap” watak utama akhirnya bersuara. “Saya baru 22”
            “Tak guna!” mereka meluru sebelum menghempap tubuhnya. Hampir sesak nafas Q dibuatnya. Reza hanya ketawa. “Berani kau kahwin dulu! Kau kata nak tunggu MARS buat persembahan luar negara. Berani kau khianati janji”
            Acap sudah mencekak leher baju Q sambil menggoyang tubuhnya. “Berani kau kahwin tak beritahu kami? Tak guna!” Mika menarik telinga Q dengan rasa geram.
            Dhani menggeleng. “Budak-budak” dia menjuling mata. Mereka bertiga menoleh kearahnya. “Apa kau cakap?”
            “Oh ya, abang. Siapa perempuan tu?” Sepantas kilat Dhani mengubah tajuk. Mereka turut mengangguk. “Ha ah. Siapa perempuan tu? Cantik tak?”
            “Mesti comel ‘kan?” Mika mengukir senyuman nakal. Dhani menggerakkan jarinya sambil menggeleng. “Mesti peminat setia MARS yang tercinta”
            Selamba Q menolak tubuh Dhani sehingga jatuh ke permaidani. Reza hanya tersenyum. “Itu adalah rahsia sehingga tarikh penggambaran. Rasanya heroin sendiri tak tahu dirinya dipilih”
            Mika memandang Q diatas sofa. “Kalau tak cantik, habislah kau” Q menjentik dahi Mika sehingga temanya itu mengadu sakit.
            “Abang rasa ini peluang terbaik buat MARS mendekati peminat kamu. Selama ini kamu bertemu peminat hanya ketika konsert. Ini satu peluang supaya peminat merasa dekat dengan kamu”
            Q mengangguk. Sebagai artis, semuanya adalah satu kerja. Tak kira samada berpura-pura mahupun betul. Dia sebenarnya tak kisah asalkan perempuan itu senang bersama denganya.
            “Esok datang HQ. Ada meeting bersama pihak produksi”
            Mereka kembali riuh. Mika dan Dhani tak habis-habis mengusik Q. “Habislah kau. Nanti tiap-tiap hari isteri kau telifon tanya kau. Lepas ni semua benda harus diberitahu. Habislah kebebasan lelaki berusia 22 tahun”
            Acap ketawa. Tapi rancangan ini sememangnya menarik. Memandangkan mereka artis, sangat jarang untuk mereka mendekati wanita tanpa diketahui umum. Q sememangnya sangat bertuah.

**********************************************
           
            Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Thea menyeluk saku seluar sebelum mengeluarkan kunci rumah yang sudah di duplicate beberapa hari yang lepas. Setelah membaca ayat kursi dan al-fatihah, dia membuka pintu.
            Lampu ruang tamu masih bernyala. Thea melihat mama di kusyen sambil terlena sementara tv masih dibuka walaupun tiada lagi siaran. Dia menggeleng. Remote control diambil sebelum diletakkan disebelah tv. Dia kemudian menutup tv tanpa mahu mengejutkan mama.
            Dia kemudian berlalu ke bilik tidur Tirah. Adiknya itu sudah nyenyak dibuai mimpi. Perlahan Thea menghampiri sebelum melihat Tirah yang tidur agak buas. Dia senyum sendikit sebelum membetulkan cara tidur Tirah dan kemudian menyelimutkan badan Tirah yang kecil.
            Selesai menutup pintu bilik Tirah, dia kembali ke ruang tamu. Thea memegang bahu mama sebelum mengoyang tubuh mama dengan lembut. Mama terjaga dengan pantas. Dia menggosok matanya beberapa kali.
            “Thea? Baru balik?” dia hanya mengangguk. “Kenapa tak tidur dalam bilik? Thea cakap Thea balik lewat ‘kan?”
            Mama menahan kuap sebelum menggeleng. “Anak dara mama tak balik lagi. Mana mungkin mama boleh tidur dengan nyenyak. Kamu ni esok kolej. Macam mana nak bahagi masa kalau kamu selalu balik lewat?”
            Thea tidak menjawab. Dia mengemas kusyen yang berada diatas lantai dan menyusun ditempatnya semula. “Mama dah buat keputusan ke?” dia menyoal tanpa memandang. Mama diam sekejap.
            “Kamu nak ke papa dengan mama berpisah? Tirah rapat sangat dengan papa. Mama taknak dia bencikan mama sebab berpisah dengan papa”
            Thea menoleh sebaik kerjanya selesai. Dia duduk bertentang dengan mama. “Kalau papa lukakan hati mama dan mama rasa tak ada gunanya untuk bertahan lagi, Thea sarankan mama teruskan je. Kalau mama rasa mama boleh terima papa ada perempuan lain dan mama boleh bermadu, kita boleh lupakan semuanya dan kembali kepada asal”
            Puan Nora terdiam. Thea sememangnya jarang bercakap tetapi kata-kata yang keluar dari mulutnya mempamerkan kematangan didalam dirinya yang baru berusia 20 tahun. Puan Nora tahu Thea banyak menyimpan duka sendiri. Walaupun Thea anaknya namun dirinya sendiri tak mampu menduga apa yang Thea rasa.
            “Mama rasa mama tak mampu bersama papa lagi. Dia pilih perempuan itu berbanding mama dan keluarga kita. Tak ada gunanya lagi untuk mama pertahankan rumahtangga yang tiada fungsi ini lagi. Mama harap Tirah tak benci mama”
            “Ma” Thea bersuara perlahan. Mama memandangnya.
            “Walauapapun yang berlaku, Thea dan Tirah takkan tinggalkan mama. Mulai sekarang, Thea nak mama hidup demi Thea dan Tirah sahaja. Biarlah kalau orang luar mengata. Thea dah pekak sebenarnya mendengar semua tu. Asalkan mama bahagia, Thea tak kisah hidup tanpa papa”
            Puan Nora tergamam. Jadi inilah perasaan Thea sebenar.  Mata terasa hangat tiba-tiba. Sukar sekali untuk Thea memberi sokongan seperti ini waktu dulu. Tapi sokong ini hadir ketika ianya sangat diperlukan.
            “Jangan risau tentang Tirah. Thea rasa Tirah faham situasi mama dan papa. Buktinya, dia tak kisah berpindah sekolah dan papa takda disamping dia. Tirah sudah matang dan faham semuanya. Thea tak rasa Tirah akan salahkan mama”
            Airmata yang mengalir segera diseka. Puan Nora kadangkala memarahi diri sendiri yang begitu mudah menangis. Namun jika perkahwinan hampir 25 tahun hancur begitu sahaja, hati siapa yang tidak terluka? Bukan senang untuk mereka sampai ke tahap ini. Namun semuanya ibarat tidak bererti apabila papa berlaku curang dibelakangnya.
            

2 comments:

  1. kenapa kite rasa watak Q 2 sama cam Lei (Meteor Garden) je....kalo leyh tdo dia mmg x lepas punye miahahhaha....mesti pompuan yg diintai 2 Thea kan hahhahah....nenarik3....kite nampak 1 tajuk nih wat masa ni .....KEMBALIKAN SENYUMAN ITU.....ngeeeeee

    ReplyDelete