Thursday, 6 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 3


Nenek masih di ICU. Kata maid, nenek diserang selepas beberapa jam mereka meninggalkan rumah. Itupun nasib baik ketika nenek di dapur. Semua orang ada. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan jadi.
            Dara lihat Judy disebelah sudah merambu airmata. Hatinya sedikit terasa namun tiada airmata yang turun. Hanya ada rasa takut. Mungkin sebab Judy cakap nenek satu-satunya keluarga dia yang tinggal. Dara memegang tangan Judy.
            “Don’t worry. Nenek will be fine” dia cuba menenangkan Judy. Pembantunya itu mengesat airmata yang menuruni pipi.
            “You tak risau ke, Dara? Nenek you tengah bertarung dengan maut didalam sana. Kenapa you nampak tenang sangat?”
            Kesabaranya hilang bila lihat Dara yang sangat tidak berperikemanusian. Tahulah kalau marah pun. Tapi kenapa takda rasa simpati langsung. Sejak bila Dara berubah seperti ini?
            “I yakin nenek akan selamat”
            Judy mendengus. Berfikiran positif memang tiada salah. Tapi tolong jangan kejam sangat Dara. You tak rasa takut ke? Risau ke? “Itu nenek you. Ahli keluarga you. Gaya you sekarang macam you datang lihat rakan sekerja mama you je”
            Dara mendengus. Habistu? Nak suruh menangis macam you? Itu bukan jalan penyelesaian. Nenek takkan sihat jika dia menangis. Judy menggeleng. Dia geram dengan sikap Dara sekarang ini. Dara dah melampau!
            Mereka menoleh apabila pintu dibuka. Seorang doktor berjalan menghampiri mereka sambil menanggalkan mask yang dipakai. “Awak keluarga Puan Sri Zubaidah?”
            Judy segera menggangguk. “Nasib baiklah Puan Sri cepat dihantar ke hospital. Keadaan Puan Sri sudah stabil. Kami akan tempatkan dia di wad biasa”
            Dia memanjatkan syukur ke hadrat ILLAHI. Syukurlah nenek masih bertahan. Dara turut lega. “Jangan beri dia tekanan. Permakanan juga harus dijaga. Kami akan pantau kesihatan Puan Sri sehingga dia betul-betul sihat”
            “Baik. Terima kasih, doktor” senyuman diberi. Dia berlalu meninggalkan mereka berdua. Judy meraup wajah dengan rasa lega. “Syukurlah nenek tak apa-apa” Dara bersuara, perlahan. Judy mengangguk. Mungkin ada hikmah semua ini berlaku.

******************************************************************

PUAN SRI ZUBAIDAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL KERANA SERANGAN JANTUNG
Akhbar bahasa melayu itu diselak. Dia membaca tulisan wartawan dengan teliti. Tak sangka nenek sangat berpengaruh. Semua orang mengenali nenek. Sama seperti mama. Waktu mama meninggal, ramai wartawan menunggu di luar.
Dara melipat semula akhbar yang dibeli. Dia bangun menghampiri nenek yang masih tidur didalam wad VIP. Nenek kelihatan sangat tenang. Seperti tidur sahaja. Dibalik wajah putih itu, kelihatan kedut-kedut tua yang tidak mampu disembunyikan. Dara merenung lama.
I’m sorry. For hurting you like this.
Kerana anak tunggal, Dara berlajar pendamkan semuanya sendiri. Dia tidak pandai menunjukkan emosi yang dirasai. Mungkin kerana mama juga banyak pendamkan rahsia. Mereka sememangnya saling tak tumpah. Menutup pintu hati untuk melindungi diri sendiri.
            Bukan maksud untuk buat nenek sampai macam ni. Jauh disudut hati, dia juga sedih lihat nenek seperti ini. Iyalah. Walaupun tak pernah berjumpa. Ini neneknya. Ahli keluarganya. Betul cakap Judy. Sebagai yang lebih muda, dia harus mengalah lebih awal. Tak adalah perkara terjadi sampai macam ni.
            Perhatianya terganggu apabila pintu wad dibuka. Judy masuk bersama buah tangan yang dibeli. Senyuman hambar diberi.
            “Nenek tak sedar lagi?” dia menyoal. Dara menggeleng. “Dari tadi I tunggu. Dia tak bangun-bangun pun”
            Judy memandang nenek yang masih terbaring. “Mungkin kesan ubat bius masih ada rasanya” Dara sekadar mengangguk kerana dia sendiri tak arif dengan ilmu perubatan ni. Judy meluahkan bakul buah-buahan diatas meja.
            Dara berlalu duduk disofa semula. “I baca dia orang tulis pasal nenek. Kenapa you tak beritahu nenek ahli perniagaan terkenal?”
            “You tak pernah tanya pun” soalan sinis dilontar semula. Dara terdiam. Judy berpaling menghadapnya. “You tak pernah kisah pun pasal nenek you. Di fikiran you, mereka semua mengkhianati you”
            Diam. Dara tahu Judy marah dengan sikapnya yang ambil mudah. Tapi hatinya bukan senang untuk dipujuk. Berbelas tahun dirinya tidak bertemu nenek. Bukan mudah untuk menganggap semuanya tak penah berlaku.
            “Itu sebenarnya yang berlaku ‘kan? Kenyataanya, mereka tak pernah peduli. I duduk lama di New York. Tipulah kalau dia orang tak tahu. Nenek ahli perniagaan. Dia boleh upah penyiasat untuk cari I disana”
            Judy menggeleng. Mungkin ada benar cakap Dara. Tapi dia yakin semua ini berlaku kerana bersebab. Jika nenek benar-benar marahkan D dan Dara, nenek takkan beria menyuruh Dara tinggal disini. Dia yakin ada perkara yang tidak beritahu oleh D mahupun nenek.
            “Sudah tiba masanya untuk you rungkai masalah yang berlaku dalam keluarga you, Dara. Sampai bila nak bermusuh dengan nenek sendiri? You dah tak ada sesiapa lagi didunia ni. I yakin semua ini pasti ada puncanya”
            Dara diam semula. Beri peluang? Dia masih berfikir. Memberi peluang maksudnya dia akan tinggal di sini untuk selama-lamanya. Judy berlalu duduk disebelah. Dia berharap sangat Dara akan mengubah fikiranya.
            “Dara” mereka terkejut mendengar suara nenek. Dara bangun bersama Judy menghampiri katil nenek. “Ye, nek” Judy bersuara.
            “Dara mana?” dia menyoal, lemah. Judy memberi ruang untuk Dara ke hadapan. “Dara di sini, nek” terasa kekok memanggil panggilan itu. Ini adalah kali pertama. “Dara” tangan dipegang erat. Airmatanya turut. Dara terus rasa sebak.
            “Jangan tinggal nenek, sayang. Nenek tak ada sesiapa lagi” rayuan nenek meruntun hati. Judy sudah menangis. Dia sahaja yang membisu walaupun airmatanya turun.
            “Janji dengan nenek. Dara takkan tinggalkan nenek”
            Dia mengangguk akhirnya. Rayuan nenek buat dia tak sampai hati. Dirinya bukan sekejam itu untuk melukai hati nenek untuk kali kedua. Nenek memberi senyuman, nipis. Dara mengesat kesan airmata di pipi nenek.
            “Nenek kena rehat. Dara janji Dara akan jaga nenek”
            Mungkin sudah tiba masanya untuk memperbetulkan semuanya. Dia mahu tahu sebab mama merajuk hingga ke New York dan tidak pernah pulang. Dia mahu tahu apa masalah sebenar mama dan nenek. Judy mengucap syukur. Akhirnya.
            “Nenek rindu kamu. Nenek tak pernah lupakan kamu. Setiap minit nenek merindui kamu. Kalaulah kamu tahu semua itu”
            Dara terdiam. Benarkah? Hatinya terusik mendengar luahan nenek. Dia melihat nenek yang kembali tertidur. Dara mengenggam tangan nenek dengan erat. Adakah pemergian mama adalah pembuka jalan untuk semuanya? Adakah kepulanganya ini adalah untuk membetulkan semula kemelut yang berlaku?
Judy memegang bahu Dara, erat. Dia sebak bercampur terharu. Syukurlah Dara mahu mengalah. Syukurlah Dara mahu menjaga neneknya. “I’m proud of you, babe” dia bersuara, perlahan. Dara mengangguk perlahan.  

*******************************************************


 You look funny” Judy menahan tawa melihat buat kali pertama Dara berpakaian uniform untuk ke sekolah. Dara menahan rasa.
            “Pertama kali I lihat you macam ni. Memang macam budak sekolah”
            “Shut up, Jude
            Judy melepaskan tawa bersama mata masih di jalan. Dara menghela nafas. Nasiblah. Kali pertama pakaian ini diberi oleh maid pun dia sendiri terkejut. Tak sangka Malaysia ada pakaian uniform. Dekat New York, pakaian mereka tidak ditentukan. Kerana itu adalah kebebasan pelajar.
            “Tapi you nampak lebih sopan”
            Dara melepaskan tawa, kecil. “Comel right?” Judy buat gaya nak muntah. Dara hanya ketawa. Judy mengukir senyuman.
            Dara merenung ke luar tingkap. Hari pertama disekolah. Yeay? Dia tak rasa gembira. Macam mana agaknya penerimaan kawan sekolahnya nanti. Mampukah mereka terima dirinya ini.
            How I wish you guys were here.
            Anne, Zach dan Ericka. Sungguh I rindu you all. Zach dah bising sebab dirinya tak jadi balik. Anne merajuk sebab dirinya ambil keputusan untuk tinggal disini terus. Ericka je yang masih cool seperti biasa. Dia menghela nafas.
            “You fikir apa?” Judy bersuara. Dara kembali memandang Judy disebelah. “Nothing
            Judy memerhati dari ekor mata. Pasti banyak yang Dara fikirkan sekarang ini. Walaupun risau tapi dia yakin Dara mampu hadapi semuanya.
            Kereta Judy akhirnya berhenti dihadapan bangunan berwarna putih didalam sekolah. Sesi pembelajara sudah berjalan. Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Pintu dibuka dan dia keluar bersama beg galas.
            “Senyumlah sikit. You bukan kena hukuman gantung. Nak masuk sekolah baru je. You seharusnya happy
            Tiada reaksi. Judy menghela nafas. Mesti kes nervous sangat sampai tak mampu berfikir dengan betul. Judy mengenggam tangan Dara. “Hey” dia mengangkat muka.
            “Everything gonna be alright. I always be here. You tahu kan?”
            Dia mengangguk, perlahan. Judy memberi senyuman. “Marilah. Kita kena daftar you dahulu”

**************************************************************************************
Seperti dijangka. Semua pandang macam dirinya alien kepala tiga. Sepanjang koridor, ramai yang berbisik sesama sendiri. Sesekali terdengar juga suara mereka di telinga.
            “Eh kita ada budak baru ke?”
            “Apahal cikgu rilex je tengok rambut dia?”
            “Dengar kata dia anak orang putih baru balik Malaysia”
            “Ala, perasan cantiklah tu”
            Kalaulah ada kapas untuk telinga. Dia sanggup pergi beli. Betapa jahatnya mulut manusia. Kalau hatinya ni buah tembikai, dah berkecai agaknya.
            Langkah diatur dengan wajah yang memandang ke hadapan. There is no way I will bow to that stupid act. Dia menghela nafas. Sabarlah wahai hati.
            Sampai di kantin, dia berdiri kaku. Apa nak buat? Macam mana nak beli makan? Judy sempat titipkan RM10 kepadanya ketika ini. Jika di New York, semuanya dibayar sewaktu mula-mula masuk sekolah.
            Dia kemudian melihat seorang pelajar beratur dihadapan kaunter bersama pelajar lain. Dara mengekori perlahan. Akhirnya tiba juga. Dara melihat semua makanan yang disediakan. What is that? Satu pun tak kenal, macam mana nak makan?
            Akhirnya dia berlalu ke bahagian air sahaja. Dengan membayar RM1, dia diberi segelas air. Dara menoleh dan cuba mencari meja kosong. Semuanya diduduki walaupun ada 2-3 orang sahaja untuk satu-satu meja.
            Dia akhirnya duduk di bangku batu berwarna putih. 2 orang pelajar kelihatan terkejut. Mereka segera berlalu dan meninggalkan dirinya sendiri. Dara menghela nafas. Ketara sangat ke?  Dia berbeza kerana rambutnya? Kulitnya? Ataupun bahasanya?
            Dara menghirup air yang dibeli. Yuck. What is this? Dia membelek air berwarna merah. Ingatkan perisa strawberi tadi. Dara mendengus. Sehari lagi di sekolah awam ni, dirinya akan mati kebuluran.
            “Hoi anak orang putih!” dia menoleh. 3 orang perempuan berdiri tidak jauh darinya. Dara kembali menghirup air yang pelik itu. “Tak guna. Baru hari pertama dah berlagak!”
            Tiba-tiba, salah seorang pelajar menolak cawan tersebut hingga tertumpah diatas bajunya. Suasana yang bising di kantin seperti tadi, menjadi sunyi dengan serta-merta. Semuanya tertumpu kearah drama yang bakal berlaku sekarang ini.
            “Kau tak dengar atau pekak? Aku bercakap dengan kau ‘kan?”
            Dara mengawal rasa walaupun terasa ingin menghayunkan penumbuk di muka gadis ini sekarang. “Jangan sebab kau rambut blonde. Tak reti cakap melayu. Nak berlagak dengan aku. Hey, aku tak hairanlah kau baru balik sini ke tak. Berlajar hormat dengan orang lebih tua. Takkan mak kau tak ajar kau?!”
            “What your problem, women?” dia bersuara, bersama ketenangan yang kian hilang. Perempuan itu mendengus sambil memeluk tubuh.
            “What you problem konon. Hoi, jangan nak berlagak cakap BI dekat sini. Kau anak melayu ‘kan? Tak reti cakap melayu ke?”
            “I cakap, apa masalah you sebenarnya?” tamparan singgah di pipi. Perempuan itu terkejut. Kawan-kawanya tergamam. Suasana di kantin seperti di landa garuda.
            “You faham Bahasa Inggeris ‘kan? You berlajar bahasa ini kan? Kenapa soalan senang pun you tak boleh faham?!”
            Dara memandang, tajam. Semuanya boleh terima. Semuanya. Sehinggalah perempuan ini membangkitkan perihal mama. No one. I REPEAT no one have the right to say that to my mother.
            “Perempuan tak guna!” dia sudah menyerbu ke hadapan namun Dara mengelak. Perempuan itu tersungkur diatas lantai. Satu kantin bersuara, terkejut. Dara menoleh. Dia baru perasan baju sekolahnya yang berwarna merah. Dah macam datang period rasanya.
            “Alessandara. Eva!”
            Dia menoleh melihat cikgu Siti berdiri dengan wajah marah. Rakan-rakanya membantu Eva bangun. Tangisan sudah kedengaran.
            “Dia mula dulu cikgu. Saya tak buat apa-apapun”
            Dara hampir tak percaya. This bitch! She never learn. Dia menggigit bawah bibir. Rasa nak bagi tamparan sekali lagi. Biarlah kena buang sekolah ke. Kena hantar balik New York ke. Darahnya dah mendidih.
            “Both of you. In my office. Now!”
            Seluruh kantin mendengar suara cikgu Siti sekarang ini. Dara menghela nafas. Teachers. Never like them before. Never will. Dia mengatur langkah dengan tenang. Langsung tak menoleh kearah Eva yang terhencut-hencut. 


2 comments:

  1. mmg best la dara.. tp kalu kwn2 dara dr new york dtg malaysia skola ngn dara skali lg gempak .... sye org pertama add aisya sbb citer anda mmg best n jln citer pun mmg menarik...

    ReplyDelete
  2. thank you :) oleh sebab penulisan2u lambat upload, so terpaksalah saya buat blog untuk novel ni.

    kawan dara datang? hurmm, menarik. :)

    ReplyDelete