“Baby, look here”
Dara menoleh dan reaksinya dirakam oleh kamera Polaroid
berwarna merah jambu milik mama. “Mom”
D Najwa tersenyum. “Beauty. My proud daughter”
Dia terjaga dan semuanya kembali nyata. Mimpi yang terasa sangat betul.
Dara memandang sekeliling. Gelap. Seperti hatinya.
“Can I help you miss?”
Pramugari
menyoal setelah menghampiri. “Nope. I’m
fine” Dara menyelak rambut hadapan yang menutupi keseluruhan dahi. Dia
melihat Judy yang tidur lena.
Jude,
you rindu mama tak?
Dia
merenung ke luar tingkap kapal terbang 307 yang begitu gah merentasi laut malam
yang tidak kelihatan penghujungnya.
“Dara”
Dia
menoleh melihat Judy yang baru sedar. “Hey” dia memberi senyuman, nipis. Judy
membalas walaupun masih mamai.
“Tak
tidur?”
“Nah.
I dah puas tidur dari NY sampai KL”
Judy
membetulkan tempat duduknya yang sebentar tadi ditolak ke belakang agar lebih
selesa untuk tidur. “You risau?”
Diam.
Dia merenung langit yang gelap. Risau? Mungkin. Sedih? Sudah tentu. I miss her. Damn much. “Matahari dah
naik”
Mereka
sama-sama merenung matahari yang begitu cantik. Hari baru. Permulaan baru.
“Indahnya” Judy bersuara. Dara senyum segaris. “Nice language, Jude. Mama mesti proud”
Tekak
terasa kelat, berpasir. Mama. My mama. Dia menahan rasa. Judy perasan. Dara
bukan stok nangis bagai nak rak walau dia sedih teruk mana pun.
“She’s coming home, Dara. Thanks to you”
Dara
menoleh. Wajah Judy ditatap. Mata sudah bergenang namun masih mampu ditahan
supaya tidak mengalir. “Right. She’s
coming home. Forever”
Forever. Forever. Perkataan itu
mengulang di minda. Perit. Sakit. Sedih. Takut. Semua ada. Hey mom, are you happy? Tiada jawapan. Dara melepas keluhan.
“Miss, please put your safety belt. We’re
gonna landing soon”
Pesanan
pramugari membuat mereka kembali sedar. Judy membantu Dara yang sedikit
terkial. Dara memberi senyuman, pengganti ucapan terima kasih.
“I
yakin semuanya akan selamat”
Judy
bersuara, sekadar mahu menyedapkan hati. Dara tidak riak. Semuanya dirasa
semakin keliru.
*********************************************************
“Hey mom”
“Yes, baby?”
“Why you always turning down offer from Malaysia?”
Wajah mama berubah riak. Dia merenung Ipad tanpa jawapan.
“Cuz, I’m busy” Dara menjuling mata. “Oh, come on!”
Mama menarik senyum segaris. Namun nampak terpaksa.
“We’ve family somewhere there. Right?”
Mama segera mengangguk. “Yes baby. Somewhere there”
“Dara”
dia kembali semula. Melihat Judy sedang beratur untuk melepasi pemeriksaan
kastam. “Jangan mengelamun”
Dara
menjuling mata namun Judy tersenyum. Sebaik melepasi pemeriksaan kastam, mereka
menuju kearah bagasi dan menunggu.
“The reporters already here. We’ve to use the
airport police”
Dara
mengangguk. Dia segera mengangkat keluar 2 bagasi besar sebelum menyusunya
diatas troli. Judy menolak troli menuju ke pintu keluar. Jantungnya berdegup
laju.
“Tunggu
sekejap”
Dara
melihat Judy menghilang. Dia memegang troli memerhati. Walaupun jauh, dia
melihat ramai wartawan yang sudah berkampung.
“When we landed there, be prepared. Akan
ramai reporter dari negara sana”
Dara membuka beg yang digalas sebelum mengeluarkan cap baseball berwarna hitam. Sempat dia memerhati sekeliling. Rata
orang yang turun satu kapal dengan mereka terkejut dengan kehadiran wartawan
yang sangat ramai.
“Lets go”
Troli
bertukar tangan. Dia melihat beberapa polis sudah menggelilingi mereka. Dara
menghela nafas. Here comes the drama.
Langkah
diatur dengan berhati. Cap baseball
ditolak jatuh lebih bawah untuk menutup muka. “Dara” Judy berhenti dengan
tiba-tiba. “Tangan” dia mencapai tangan Judy.
“Always be near me” dia berpesan, serius.
Mereka berjalan keluar dari pintu. Kerlipan kamera mulai kelihatan hingga
menyilaukan mata. Tiba-tiba dia berasa takut. Mom. I need you.
******************************************
Kereta
Alphard berwarna hitam meluncur laju membelah lebuhraya meninggalkan lapangan
terbang. Dara merenung ke luar tingkap. Pulau Pinang. Dia tidak bermimpi untuk
sampai ke sini.
“Mom, why we never going back?”
Mama mengangkat kepala memandang. “Back where?”
“Its eid day. Should we celebrating with our family?”
Dara menghela nafas. Mama banyak menyimpan rahsia.
Sehingga Dara sendiri tidak mengerti. “We’ve family. Grandpa Jason dan Granma
Nancy. Papa’s family”
“Don’t you miss them?”
“Who?” mama berpura, tidak faham.
Cantiknya. Dia melihat bangunan yang tinggi dihadapanya ketika ini.
Kenapa mama beria taknak pulang?
“Mereka
dah berada dirumah”
Dara
menoleh. “Atuk dan nenek you” dia menambah. Tiada riak. Sememangnya dia tak
punya rasa. Sejak kecil, mereka tak pernah pulang. Dara melihat wajah mereka
sekadar di album lama. Dia sendiri tak pasti apa kemelut keluarganya sebenar.
“Mereka
nak kebumikan D lepas Zuhur”
“Okay”
dia menjawab, sepatah. Judy melepas keluhan. “Dara” dia memanggil. Dara
menoleh, tiada emosi. Judy risau. Dara gemar pendam semuanya sendiri. D selalu
pesan. Dara lebih kuat dari disangka tapi dia juga terlalu lemah.
“I’m fine” Dia mampu membaca soalan
dimata Judy. Pembantunya itu sekadar mengangguk. Tidak mahu menyoal lagi. Dia
sangat risau. Dara menangis sekejap sahaja selepas dapat beritahu D meninggal
dunia. Selepas itu, tiada lagi tangisan. Hanya wajah tidak berperasaan.
Dara,
apa perasaan you sekarang? Dia takut untuk menyoal. Takut Dara akan break sepenuhnya. Akhirnya dia
membiarkan suasana sunyi diantara mereka.
Villa
Indah Permai. Dia hampir terbeliak membaca nama itu. Permai ke? Indah ke?
Kelihatan agak banyak kereta parkir dihalaman villa. Kereta mereka menyusur
masuk sebelum berhenti.
Dara
turun dari kereta dan membuka cap yang
dipakai. Semuanya sangat asing. Seolah-olah berkunjung ke rumah kawan. Bukanya
saudarah sedarah sedaging.
Pintu
rumah yang terbuka tiba-tiba sahaja dipenuhi orang yang hadir. Dara kaget.
Siapa mereka? Dia langsung tidak mengenali sesiapa. “Alesandara?”
Dia
memerhati seorang wanita yang sedikit berumur memakai selendang berwarna hitam.
Nenek? Dia pernah melihat wajah itu di album. Wanita itu turun ke tangga
menghampiri. Matanya merah, mungkin menangis.
“Alesandara
Damia?” dia menyoal lagi. Lambat Dara mengangguk. “Ya Allah” tubuhnya dirai dan
dipeluk, erat. Dara keras, tidak membalas. Judy hanya diam disebelah. “Nenek
rindu kamu” hanya wanita itu sahaja bersuara.
Pelukan
direnggang selepas beberapa ketika. Nenek merenungnya sebelum menyeka airmata.
“Dah besar panjang cucu nenek” dia mengusap wajah Dara seolah-olah ingin
melepaskan rindu. “Marilah masuk. Mama kamu tengah tunggu kamu”
Dia
mengenggam tangan Dara, erat. Sebaik masuk, semua mata terarah kepada mereka.
Dara berganjak setapak ke belakang. “Ini cucu saya” nenek membuat pengumuman.
Mereka bertambah terkejut. Dara memandang sekujur tubuh yang sudah dibaluti
kain berwarna putih. Dia menjadi sebak.
Tangan
nenek dilepas sebelum dia mengatur langkah kearah tubuh itu. Dia melutut dengan
tangan yang menggeleter. “Hey mom. I’m
here” dia bersuara, perlahan. Mata bergenang dengan pantas. Suasana menjadi
sunyi daripada bacaan yassin sebentar tadi.
“I miss you. A lot” suara tersekat-sekat di kerongkong. Dara
segera menyeka airmata yang tumpah. Mama sudah tidak bernyawa. Mama tidak
menjawab. Tiada lagi Hey baby. Tiada
lagi I miss you more. Semuanya dibawa
pergi bersama.
“Dara”
bahu disentuh, lembut. Dia melihat nenek yang sudah menangis. Airmata tumpah
lagi. “My mom. She’s gone. Forever”
perkataan itu sangat sakit. Segala kekuatan yang digunakan sudah habis. Dia
sudah menangis. Judy menekup mulut. Akhirnya.
***********************************************************
Seminggu
mama pergi. Suasana sangat sunyi. Terlalu sunyi. Dara rindu mama. Terlalu
rindu. Terasa baru semalam mereka bergelak-tawa. Macam baru semalam mereka di apartment di NY sedang berbual dan
bergurau.
Mom. I miss you. So much.
Dahulu,
malu nak sebut. Konon nak control cool depan
Anne, Zach da Ericka. Tapi sekarang bila mama dah tiada, dia mulai menyebut
perkataan itu. Sehingga termimpi.
Tubuh
dibaring diatas katil. Kosong sangat. Terasa dia tak punya sesiapa lagi.
Walaupun dah balik negara sendiri. Duduk rumah keluarga sendiri. Dara
mengangkat tangan. Bracelet silver yang
diukir nama mereka berdua masih kukuh dipakai.
“Present for your late birthday gift”
Dara meletak tangan di belakang kepala. Minggu depan mereka akan kembali
ke NY semula. Nak buat apa? Papa dah takda. Mama baru pergi. NY dah takda
apa-apa. Kecuali family sebelah papa.
Dirinya benar-benar rasa tertinggal.
Pintu
diketuk beberapa kali. Dara bangun dari katil dan membuka. “Hey babe” Judy memberi senyuman. “Buat
apa je?”
“Nothing much”
“Semua
sepupu-sepupu you dah nak balik rumah masing-masing. Nenek ask you to come down and meet them”
Akward. Hanya itu sahaja perkataan yang
sesuai. Mereka memandangnya seperti alien
mata tiga. Dia melihat mereka seperti makhluk planet Marikh. What a great family bonding. Salah
siapa, ma? Dara turun ke bawah bersama Judy.
Suasana
yang ceria tadi berubah apabila melihatnya turun. Semua mata tertumpu kearahnya.
“Dara” nenek memanggil. Dia duduk disebelah wanita itu. “Ini maklong dan
paklong”
2
pasangan suami isteri itu melihatnya dengan senyuman. “Anak mereka Syazwani dan
Nabila” dia mengangguk. “Itu paksu dan maksu”
“Anak
mereka Daniel”
Senyuman
diukir. “Hai” dia bersuara, kekok. Mereka mengangguk, tersenyum. Dara melihat
Judy yang sudah menghilang diri di dapur. “Dara sihat?” Paklong akhirnya
bersuara.
“Sihat”
Sunyi.
Rasa kekok sangat. “Paklong dengan Maksu akan balik sekejap lagi. Mereka tidur
di hotel sebab taknak ganggu Dara dekat rumah”
“Sorry” dia menutur. Mereka segera
menggeleng. “Tak. Kami nak beri peluang untuk Dara rasa selesa disini” susah
rasanya. Untuk rasa selesa walau dirumah keluarga sendiri. Bila hampir berbelas
tahun tak pulang.
“So, what’s you plan after this? Nenek
cakap Dara akan balik New York minggu depan”
“That’s the plan. Tapi Dara dah tak punya
apa-apa disana. No papa. And mama too.
I’ll just go with the flow, I guess”
Mereka
diam. Dara menghela nafas. “Tinggallah sini. Dengan nenek” maksu memberi
cadangan. Dia tidak menoleh kearah nenek. Dia memandang Judy yang sekadar
memeluk tubuh.
“Boleh
rapatkan semula hubungan yang putus” Paklong menambah. Dara memberi senyuman
yang nipis. “Thought you never care about
me?” soalan sinis dilontar. Mereka berpandangan.
“We always care, Dara. Kami sentiasa
rindukan kamu”
Dara
menggeleng. Tipu! Selama dia NY, tiada langsung berita. Mereka tak pernah
bertanya. Ini ke keluarga? Ini cara keluarga yang care dan rindu?
“I’ve to go. Have a safe journey then”
Dia
mengangkat punggung dan berlari naik keatas. Pintu ditutup dan dia terbaring
diatas katil dengan nafas yang turun naik. Mom.
I’m hurt. Really hurt.
*****************************************************8

No comments:
Post a Comment