Monday, 8 April 2013

:) Bab 7

          Thea melihat jam ditangan. Kalau tak silap, seharusnya Q sudah tiba di kolej sekarang. Betul ke tindakan aku ni? Q lelaki yang sangat sibuk dan terkenal. Macam mana kalau orang sedar dia berada di kolej? Pasti wartawan akan mengambil berita ini dan menulis yang bukan-bukan.

            “Thea” suara Nas mengembalikan perhatian. “Huh?”
          “Kau nak makan apa?” dia menyoal disebalik keriuhan pelajar yang turun sama ingin menjamu selera.
            “Nasi ayam je”
            “Teh ais?” Sara menyoal. Senyuman diukir bersama anggukan. Sara ketawa sebelum berlalu bersama-sama Nas. Thea kemudian mengeluarkan telifon untuk melihat samada Q menelifon ataupun menghantar meseg.
            Kosong. Dia menghela nafas. Mungkin dia punya jadual hari ini. Thea cuba menyedapkan hati. Tapi kalau dia datang, nak berbual apa?
            Arghhh. Terasa kepala berpinar-pinar sekarang. Perutnya turut rasa dipulas-pulas. Tak pernah dia berkeadaan seperti ini. Thea meletakkan kepala diatas meja bersama keluhan. Sejak Q hadir, hidupnya yang tenang menjadi berkocak.
            Tapi bukan semuanya tak baik. Bersama Q, Thea cuba untuk menjadi semesra yang mampu walaupun sangat sukar. Bersama Q, Thea berlajar cara menghargai seseorang dan menerima pertolongan yang diberi.
            “Hey”
            Dia kaget sebentar. Mata sedikit terbeliak apabila tiba-tiba wajah itu turut didalam posisi yang sama dan memberi senyuman kepadanya. Thea segera bangun. Begitu juga dengan lelaki itu. Q tergelak, kecil. Thea nampak sangat comel. Rasa nak simpan dalam poket je.
            Thea memandang sekeliling. Nasib baiklah semua pelajar sibuk dengan urusan masing-masing. Hatinya berdebar. Kalau orang sedar kehadiran Q sekarang, pasti keadaan menjadi kecoh nanti.
            “A...awak....” dia terdiam. Q ketawa lagi. Entah kenapa, semua perkara yang Thea buat nampak comel. Thea menghela nafas, cuba mengawal rasa gementarnya agar tidak memalukan diri sendiri.
            “Ye saya. Kenapa?” dia menyakat dengan senyuman, sinis. Thea mengetap bibir. Q memberi senyuman, tampan. “Kita nak berbual dekat sini ke? I don’t mind. Tapi....”
            Dia memerhati sekeliling. Bising ya amat. Macam mana nak cakap kalau ada je orang menjerit, ketawa dan bertepuk tampar berhampiran mereka. Thea mengangguk. Ini sememangnya bukan tempat yang sesuai.
            “Mari. Saya bawa awak ke tempat lain”
            Mereka sama-sama bangun dan berlalu. Thea sempat menghantar meseg kepada Nas dan Sara supaya mereka tidak risau. 

******************************************

            Q memerhati sekeliling sambil mengekori Thea yang hanya membisu. Ternyata walaupun sudah beberapa kali bertemu, mereka masih lagi kekok diantara satu sama lain. Ini ke tempat Thea belajar? Cantik juga tempat ni.
            Perasaan ingin sambung belajar tiba-tiba muncul. Tapi Q sedar. Sekarang belum masanya. MARS perlukan perhatian penuh darinya. Selaku ketua dan paling tua, segala gerak-geri dan keputusan yang diambil akan diikuti oleh ahli yang lain.
            “Sini boleh?” soalan Thea mengejutkan dirinya. Q memerhati taman buatan yang sangat cantik sebelum mengangguk. “Boleh je. Jom kita duduk”
            Mereka duduk disebuah gazebo berhampiran. Suasana sepi seketika. Masing-masing taktahu apa yang perlu dikata. “Kekok kan?” dia menyoal bersama tawa. Thea mengangguk bersama senyuman. Q menghela nafas.
            “Saya minta maaf”
            Q menoleh pantas. Thea minta maaf? “Saya tak bermaksud begitu. Tapi nampaknya ramai yang salah faham”
            “Mungkin cara produksi edit yang nampak benda tu kurang menyenangkan. Saya faham awak sedikit tertekan dengan apa yang peminat saya katakan”
            Thea menoleh memandang Q. “Awak marah?” dia menyoal, risau. Q hanya tersenyum. “Mungkin perkara ini buat kita tak selesa. Saya tak marah. Sebenarnya saya lega awak luahkan apa yang awak rasa. Walaupun kita hanya berlakon tapi saya taknak kita kekok antara satu sama lain”
            Gadis itu mengangguk. Q menghela nafas. “Thea” dia memanggil, perlahan. Jantung Thea berdegup laju. Ramai orang memanggilnya seperti itu namun kenapa hanya lelaki ini yang berjaya membuatkan dia berdebar-debar?
            “Ye”
            Q tersenyum. “Apa kata kita mulakan semula?” dia menyoal, memberi cadangan. Thea kerut dahi. “Mulakan semula?”
            “Sebagai kawan. I know that all this about husband and wife thing freak you out. Saya juga begitu. Jadi, kita mulakan semula. Walaupun kita tak mampu jadi suami dan isteri, kita boleh jadi kawan ‘kan?”
            Thea diam, berfikir. Kawan? Itu kedengaran lebih baik berbanding suami isteri. Mereka sangat muda. Thea masih tak nampak dirinya sebagai isteri seseorang. Tambahan lagi, isteri kepada artis terkenal seperti Q.
            Perlahan dia mengangguk. “Mungkin itu lebih baik” Q sedikit lega. Sekurang-kurangnya, Thea tidak menolaknya terus.
            “Baiklah” dia kemudian menghulur tangan. Thea kaget. “Hai. Saya Qhalid Rayyan. Orang ramai panggil saya Q. Saya ketua kumpulan MARS” senyuman lesung pipit diukir.
            Thea terkebil-kebil sebentar sebelum dia menyambut huluran tangan Q. “Fathea Husna. Semua orang panggil saya Thea. Urmm, saya takda kumpulan”
            Q ketawa. Thea tersenyum sedikit. Dia tak tahu Thea ada sisi humour macam ni. Mungkin idea menjadi kawan tidaklah buruk seperti yang disangka. “Mulai sekarang, anggap saya sebagai kawan awak. Macam mana awak layan Nas dan Sara, saya harap awak berikan layanan yang sama”
            Thea mengangguk. Itu tak menjadi hal. Q bertambah lega. Habis satu masalah. “Jadi” dia bersuara sedikit kuat. “Awak course apa?”
            “Pengurusan pejabat. Saya di semester 5 sekarang. 1 sem lagi untuk habis”
            Q mengangguk. “Kenapa orang panggil awak Q?” dia menyoal, tiba-tiba. Q tergamam sekejap. “Kenapa orang panggil saya Q?” Thea mengangguk. “Qhalid suit you better
            Senyuman terukir dengan pantas. “Itu pilihan Reza sebenarnya. Saya juga rasa not bad. Q sound simple and easy to remember.
            Thea mengangguk. “Boleh saya panggil awak Qhalid?” dia menyoal, tiba-tiba. Sekali lagi Q terkejut. Dia tak sangka Thea sangat blunt macam ni. Mana Thea yang kalau ditanya sepatah, sepatah dijawab? Berubah terus.
            “Kenapa?” dia sekadar ingin mengusik. Thea diam sekejap. “Saya suka nama tu lagi” dia menjawab, selamba. Q hanya mampu ketawa.
            Suits yourself. Sekarang kita dah okay?”
            Thea mengukir senyuman. Q dazed sekejap. Kali pertama dia melihat Thea senyum seperti ini. “Kita dah okay” dia menjawab, sedikit riang. Q hanya mampu tersenyum.

********************************
 
            Kereta di parkir di tempat yang disediakan. Enjin masih tidak matikan namun Q sudah merenung ke luar tingkap. Pasar malam? Ini ke tempat yang Thea nak bawa?
            Dia menoleh apabila terasa bahunya ditepuk. Thea sudah siap memakai cap sambil menarik sedikit lengan sweater yang dipakai sehingga ke siku. “Jom”
            Q mengangguk. Dia mematikan enjin sebelum segera turun dan kemudian membuka pintu untuk Thea. “Thanks” dia membalas dengan senyuman. Suasana sangat riuh dengan suara penjual yang cuba melariskan barang jualan mereka. Ini kali pertama dirinya ke tempat seperti ini.
            “Inilah tempat kegemaran saya setiap malam” Thea memberitahu. Q masih lagi dalam keadaan kagum. Thea tersenyum sebelum mencuit lengan Q. Lelaki itu menoleh. Mereka kemudian berjalan memasuki lorong pasar malam yang sudah dipenuhi orang ramai.
            Pelbagai barang yang dijual daripada pakaian, barang mainan sehingga ke warung yang menjual makanan. Thea nampak teruja dan membuatkan Q tersenyum. Jadi, ini kehidupan Thea? Sememangnya mereka sangat berlainan.
            “Disini tak ramai remaja. Jadi awak tak perlu risau dikenali” Thea memberitahu. Q sekadar mengangguk. Mereka berjalan lagi. Barangan yang dijual menarik minat Q yang selama ini hidupnya hanya berkisar dengan tempat kerja dan asrama sahaja.
            “Thea!” dia menoleh. “Makcik” segera dia pergi ke warung Makcik Nisa yang menjual kuih-muih. “Hari ni cepat benar donut mama kamu habis. Kejap makcik ambilkan duit”
            Thea sekadar mengangguk. Dia menoleh apabila terasa Q berdiri disebelah “Donut?” dia menyoal, hairan. “Mama selalu buat donut dan hantar disini. Saya akan kesini setiap malam untuk ambil duit”
            “Sendiri?”
            Thea mengangguk. Q hampir tak percaya. Sendirian malam-malam macam ni? Thea takda ayah ke? Mama dia benarkan dia keluar malam seorang diri? “Ini duitnya. Beritahu mama kamu ramai pelanggan yang suka donut tu. Suruh mama kamu buat lebih sikit ye”
            “Baik. Terima kasih” Makcik Nisa mengukir senyuman. Dia kemudian terpandang lelaki disebelah Thea. “Ini siapa?”
            Mereka berpandangan. “Kawan. Qhalid namanya”
            Makcik Nisa mengangguk. Q mengukir senyuman. “Tak pernah makcik lihat Thea bawa kawan-kawan dia ke mari. Kawan perempuan pun tak pernah. Kalian berdua ni kawan je ke?”
            Thea tersedak sikit. Wajah Q terasa hangat. “Eh. Tak-tak. Kami memang kawan. Kawan je” Makcik Nisa hanya ketawa. Mereka menjadi kekok.
            “Tak apalah. Kamu jaga Thea baik-baik ye. Jangan bagi dia sakit”
            Q terkejut. Thea juga tergamam. “Eh. Kami nak kena pergi dulu” makcik Nisa mengangguk. “Hati-hati. Kirim salam dekat mama kamu”
            “Baik”
            Thea menarik Q untuk pergi. Nasib baiklah Makcik Nisa tak sempat beritahu apa-apa. Q tidak perlu tahu sedalam itu. “Awak tahu” dia bersuara, sedikit kuat. Thea menoleh.
            “Awak sangat misteri. Sepatutnya saya yang menjadi watak itu” Q memeluk tubuh dengan wajah tak puas hati. Thea menguntum senyum. “Terlalu banyak watak lelaki seperti itu. Bagilah chance pada perempuan pula”
            Q akhirnya ketawa sambil menggeleng. Semakin mengenali, semakin dia tertarik. Semakin tertarik, semakin hatinya berdebar. Fathea Husna. Siapa sebenarnya awak? “Jadi, kita nak ke mana pula sekarang?” dia menyoal sambil menghampiri Thea yang beberapa langkah dihadapan.
            “Awak lapar?”
            Q mengangguk. Walaupun sekejap lagi, dia harus terus ke bilik latihan namun demi Thea. Dia abaikan semua itu. “Saya tahu tempat laksa yang paling sedap dekat sini”
            Tanpa sedar dia menarik tangan Q. Terperanjat sedikit Q dibuatnya namun dia mengukir senyuman. Thea dah semakin selesa denganya. Sesuatu yang melegakan. Mereka akhirnya tiba di gerai yang berhampiran. Thea pantas menariknya duduk dimeja yang kosong.
            “Thea!” suara Pakcik Hashim membuatkan Thea tersenyum. Q kagum. Kebanyakan orang disini mengenali Thea. Walaupun gadis ini nampak dingin tapi dia disenangi ramai orang.
            “Lamanya kamu tak kesini. Tak kerja ke?”
            “Hari ni off day” Pakcik Hashim menganggum. “Laksa special ke?” Thea ketawa sedikit sebelum mengangguk. “Macam biasa”
            “Baik. 2 minit”
            Thea hanya mengangguk. Q mengesat peluh didahi sebelum memandang Thea. Apabila sedar dia dipandang, Thea menoleh. “Kenapa?” dia menyoal bersama kerutan. Q hanya menggeleng.
            You amazed me actually
            “Ke...napa?”
            Q ketawa. “Saya bukan siapa-siapa disini sedangkan awak. Macam maskot. Semua orang kenal. Sini Thea. Sana Thea. Bahkan, pakcik jual laksa pun kenal awak”
            Thea tersenyum. Q memeluk tubuh dengan wajah penuh curiga. “Awak ni.....menarik” itu perkataan yang sesuai walaupun kedengaran agak aneh. Thea kerut dahi. “Menarik?”
            Yes. Awak berubah 100% bila saya cadangkan kita berkawan. Do you really hate me as your husband?”
            Wajah berubah sedikit. Perbualan mereka terganggu sedikit apabila Pakcik Hashim kembali bersama 2 mangkuk laksa dan air. “Terima kasih, pakcik”
            “Makanlah. Kalau nak tambah, beritahu ye” Thea hanya mengangguk. Dia kemudian menolak mangkuk satu lagi kepada Q. “Makanlah. Sedap ke tak”
            Q menurut. Dia menjamah perlahan sambil diperhati Thea. Q menahan senyuman apabila Thea menanti dengan penuh minat untuk pendapatnya. “Okay?” pantas dia menyoal. Q tersedak sedikit. Dia kemudian mengangguk dan mengangkat ibu jari.
            “Pedas sikit”
            Thea sedikit lega. Dia kemudian menjamah laksa didalam mangkuknya. Rasa macam dah berkurun tak datang sini. Selepas apa yang berlaku, Thea sentiasa merindui laksa Pakcik Hashim.
            “Awak memang suka laksa ke?” dia menyoal apabila melihat Thea makan dengan penuh berselera. “Kegemaran. Seminggu, saya mesti suruh mama buatkan laksa”
            Q mengangguk. Thea suka laksa. Dia sematkan kenyataan itu di minda. “Oh ya. Kita takkan bertemu minggu depan” dia memberitahu. Thea menoleh. “Awak sibuk?”
            “Saya ke Indonesia untuk fanmeeting
            Thea tergamam. “Awak ada fans dekat Indon?” dia menyoal, terkejut. Q mengangguk. “Sekarang baru awak percaya yang MARS terkenal?” dia mengecilkan sedikit mata, berpura-pura terasa. Thea terdiam. Patutlah Sara sanggup beratur 3 jam semata-mata demi konsert MARS.
            “Okay”
            Q hampir tersedak. “Okay je?” dia menyoal, tidak percaya. Thea mengangguk. Nak cakap apa lagi? Mereka bukanya tak berjumpa terus. Thea menghirup teh ais untuk menghilangkan rasa pedas.
            “Taknak pesan apa-apa?” Q menyoal lagi. Thea menggeleng. Walaupun mereka sedikit rapat berbanding sebelum ini namun masih ada garis pemisah yang menyedarkan Thea bahawa mereka hanya berlakon.
            Q kembali memenuhkan perut dengan laksa namun rasa sakit sedikit dirasa. Langsung tak rasa sedih. Langsung tak cakap apa-apa. Ice princess Thea sudah kembali.

**********************************
 
            “Thea” suaranya sedikit merengek. Q memandang jam ditangan. Sekejap lagi akan ditemu bual oleh Luna Maya didalam program Galaksi.
            “Kenapa?” dia menyoal, tenang. Q menghela nafas. Aku setengah mati rindu. Gadis ni gaya cool je cakap jangan selalu call sebab bil mahal. Hot headed ice princess.
            “Awak buat apa?” dia menyoal kemudian. Sempat dia memandang Mika buat muka melihatnya yang gaya orang mati bini.
            Study. Awak tak busy ke?”
            “Sekejap lagi ada temu bual dengan Luna Maya”
            Thea mengangguk. Otaknya sudah berada pada balance sheet dihadapan mata. “Hmmm” Q menggeleng. Sungguhlah gadis. Awak tak rindu saya ke?
            “Awak study apa?”
            “Akaun”
            Q menghela nafas. Thea kalau fokus sesuatu perkara, memang orang lain takkan boleh masuk campur. Salah satu sikap Thea yang Q faham.
            “Saya balik lusa”
            “Okay”
            Akhirnya Q ketawa. Sungguh dia mengalah. “Kenapa awak gelak?” Thea menyoal, hairan. Orang tengah rasa macam nak berperang buat akaun, dia boleh ketawa pula.
            Even me, Q, the leader of MARS tak boleh ambil perhatian awak dari akaun ‘kan?” dia menyoal, lebih kepada diri sendiri. Sebenarnya, dia kagum. Thea sahaja yang boleh buat dia seperti ini.
            Thea menghela nafas. Dia tahu Q sedikit terasa. “Okay. Awak sihat?” dia menyoal, mendatar. Q ketawa lagi. Dia kemudian menggeleng. Sungguhlah gadis. Ini ke tahap prihatin awak? You never forgot to amazed me.
            “Boleh la. Cuaca tak menentu dekat Jakarta. Saya perlu jaga suara saya sebaik mungkin. I miss Malaysia. Tak sama dengan negara sendiri”
            Senyuman terukir sedikit. Balance sheet sudah tidak menjadi perhatianya ketika ini. “Minum air banyak-banyak. Saya search internet tadi. Indonesia akan hujan untuk beberapa hari ini. Pastikan awak pakai pakaian yang tebal”
            Q tergamam. “Awak buat semua tu untuk saya?” dia menyoal, tidak percaya. Terasa dirinya ibarat orang bodoh ketika ini. Dia search internet untuk kau pun, kau dah terharu? Apa kena kau, Qhalid Rayyan?
            “Saya lihat gambar awak sewaktu tiba di airport. Ramai juga peminat awak ye?”
            Are you trying to degraded our popularity, gadis?”
            Gadis? “Tak. Saya cuma tak sangka....awak...sepopular...itu”
            Q menggeleng. Hanya awak je yang tak tahu betapa popularnya MARS. “Now you know huh?” Thea sekadar mengangguk.
            “Thea. Mari makan sayang” suara mama menganggu perbualan mereka. “Sekejap” dia membalas. Q tersenyum. Suatu hari nanti dia mahu bertemu mama Thea.
            “Saya kena pergi. Bye”
            Panggilan dimatikan terus. Q tergamam. Dia melihat telifon bimbit yang kembali gelap. Terkelu dia sekejap sebelum ketawa. Thea, Thea. Q hanya menggeleng.
            “Acap” Tish menghampiri sambil memandang Q. “Huh?” Acap angkat muka dari PSP yang dipegang. “Kamu rasa Q tu okay ke?”
            Acap menoleh ke belakang. Dia melihat Q tersenyum merenung telifon. “Dia baru lepas cakap dengan Thea” Mika memberitahu tanpa ditanya. “Kat asrama pun macam ni. Senyum sorang-sorang” Dhani menambah disebelah.
            Tish memandang bersama anggukan. Thea huh? Q senyum hanya kerana bercakap dengan Thea. Q yang selama ini nak bercakap pun payah dah pandai senyum? Ini sesuatu yang menarik untuk dilihat. Memang tak salah Reza pilih watak heroin untuk kali ini.

**************************
 
            Hari Jabatan Perdagangan. Suasana di padang meriah dengan pelbagai aktiviti sukan yang diadakan sambil disertai oleh semua pelajar jabatan tersebut. Berhampiran dengan Pusat Islam pula terdapat gerai yang menjual pelbagai benda namun kebanyakan adalah gerai menjual makanan.
            “Pukul berapa game kau?” Nas menyoal Sara disebelah. “Sekejap lagi. Marilah”
            Mereka berjalan kearah gelanggang bola jaring yang berhampiran. Beberapa pasukan sudah berkumpul kerana perlawan akan bermula bila-bila masa sahaja.
            “Kau okay?” Nas menyoal. Thea sekadar mengangguk. Mereka mengambil tempat dibawah pokok yang rendang sementara Sara sudah berada didalam kumpulanya.
            “Aku baca tadi. MARS ada dekat Indonesia sekarang?”
            Thea hanya mengangguk. “Bila dia orang nak buat fanmeeting dekat sini huh?” Nas menoleh. Dia melihat Thea asyik memandang Sara. Dia menghela nafas.
            “Thea. Aku tanya kau” dia merengek sedikit. Kadangkala, kena banyak bersabar dengan Thea ni. “Aku bukanya ahli MARS”
            Nas mengetap bibir. “Memanglah. Tapi kau isteri ahli kumpulan MARS” dia menjawab, geram. Thea menoleh. Dia hampir terlupa mengenai itu. Sengihan diberi. Nas tarik muka.
            “Aku tak ambil tahu sangat jadual dia orang”
            Typical Thea. Apa yang kau harapkan Nas? Budak ni kenal MARS pun tak. Selamba badak je sound Q depan kamera. Thea is....Thea. Kemudian dia tersenyum. Mungkin itu yang membuatkan Thea menarik.
            Bunyi wisel membuatkan mereka menoleh. Kelihatan kumpulan Sara bermula dahulu. Mereka menjerit memberi sokongan. “Look who’s here
            Linda memberi senyuman, sinis. “Budak biasiswa” kawan disebelah menjawab. Mereka kemudian ketawa, menyindir. “Blah la kau” Nas menjawab, kasar. Linda memeluk tubuh dengan wajah geram.
            I’m not talking to you. Jadi jangan perasan”
            Nas mencebik. Sekali aku sekeh, masuk longkang juga karang. Terus hitam balik rambut tu kot. “Hoi budak biasiswa” dia memanggil, kasar. Thea buat tak dengar. Dia menjerit nama Sara untuk memberi semangat.
            “Hoi. Kau pekak ke. Aku panggil kau. Budak biasiswa”
            “Sara shoot” Thea menjerit lagi. Linda bertambah geram. Budak biasiswa ni sengaja buat tak endah dekat aku. “Berani kau buat tak endah dengan aku” bahu Thea ditolak geram. Thea menoleh, tajam. Linda sedikit ke belakang kerana terkejut.
            “Kau nak aku jadikan kau bola jaring tu ke?” dia menyoal perlahan namun berjaya meremangkan bulu roma Linda. Wajahnya berubah. “Jangan....jangan...nak berlagak...ye. Dasar budak....biasiswa”
            Nas mencebik. Takut tapi masih nak menganggu. Linda ni takda life ke? Tak penat ke cari pasal dengan semua orang. Thea bangun tiba-tiba. Linda sedikit terkejut. “Kenapa? Nak gaduh?” dia mendekatkan diri. Linda ke belakang.
            “Be...berani...ka...kau”
            Thea mendengus. 1 semester je lagi Thea. Bersabar. “Marilah Lin. Takda guna bergaduh dengan minah ni. Tak berbaloi pun”
            Kawan-kawan disebelah menarik tanganya. Linda mengangguk. “Betul cakap you guys. Mari” dia membetulkan rambutnya dengan riak berlagak. Thea mengeluarkan sedikit kakinya sebelum Linda tersadung dan terjatuh mencium rumput.
            Hilaian tawa kedengaran apabila ramai yang melihat peristiwa itu. Nas tergamam namun kemudian turut ketawa. Wajah Linda sudah dipenuhi dengan tanah. “Thea!”
            “Ye. Itu nama aku” dia menjawab selamba. Linda mendengus. Tak guna! Siaplah kau! Aku balas nanti. Kawan-kawannya segera membantu dia bangun semula. Thea mengukir senyuman. “Siap kau! Kau akan kena nanti”
            Thea hanya mengangguk. “Basuh muka tu” yang lain ketawa lagi. Nas sudah menekan perut yang terasa sakit. Thea tersenyum, puas. “Serius, Thea. Itu memang lawak gila”
            Dia kembali duduk. Kadangkala Linda perlu diajar. Sudah banyak kali dia terlepas. Sekali terkena, apa salahnya. Rasanya orang lain pun bersorak kalau sesuatu berlaku pada Linda.

1 comment: