Sunday, 2 June 2013

:) Bab 13

                “Sekarang pukul berapa?”
            Q melihat jam ditangan. Hampir 11.30. Dia menghela nafas. “Tak tahu” Thea memandang dan Q hanya mengukir senyuman.
            “Fathea Husna”
            “Ye” dia menjawab. Q tersenyum. “Fathea Husna”
            Thea tertawa. Apa kena Q hari ni? “Thea. Saya akan rindu panggil awak macam ni”
            “Ye. Theaaaa. Awak suka panggil macam tu ‘kan?”
            Q ketawa dan kemudian mengangguk. Suasana kembali sunyi. Masing-masing taktahu apa yang harus dibicarakan.
            “Lepas ni, saya hanya boleh lihat awak di tv” dia bersuara, perlahan. Q hanya mengangguk. “Dengar suara awak di radio”
            Thea senyum, pedih. “Lihat awak ketawa di show bersama ahli yang lain”
            Q hanya diam. Dia tak mampu membalas mahupun membuat janji mereka akan bertemu selepas ini. Q sendiri yakin mereka akan terus terputus hubungan selepas semua ini berakhir.
            “Kalau saya tak jumpa awak 4 bulan yang lepas, saya takkan tahu betapa awak berubah untuk jadi seperti sekarang ini”
            Thea menoleh memandang. “Awak yang dulu, sangat sukar didekati. Saya sering risau kalau-kalau saya buat awak tak selesa ataupun terguris hati”
            “Saya sentiasa perlukan masa untuk selesa dengan orang baru”
            Q mengangguk. Tapi apabila sudah semakin rapat, dia mengenali sisi Thea yang sangat menarik. Gadis yang sangat mementingkan keluarganya. Gadis yang nampak dingin tapi punya senyuman yang boleh mencairkan hati. Pandai bermain gitar dan mengambil berat walaupun tidak ditunjukkan secara terang-terangan.
            “Saya harap kalau kita bertemu di konsert ataupun dimana-mana, kita masih boleh jadi kawan”
            Thea mengangguk. “Sekarang saya akan pilih awak berbanding Maroon 5
            Q tergelak. Thea yang sekarang juga punya sisi homour yang sangat baik. Kedua-duanya menghela nafas. Thea merenung pantai yang gelap-gelita. Pelbagai perasaan dirasai ketika ini. Thea sendiri tak faham.
            Thea melihat jam ditangan. Sudah 12. 05 rupanya. Betapa cepat masa berlalu. Mereka harus kembali ke realiti walaupun sangat sukar.
            “Saya hargai apa yang kita lalui. Saya sangat berterima kasih atas semuanya. Semoga awak dan MARS terus berjaya. Saya akan sentiasa menyokong awak semua”
            Q mengangguk. Dia sendiri cuba menahan airmata yang ingin mengalir. Mereka harus berpisah dengan senyuman. Bukanya tangisan. Dia menoleh kearah Thea yang turut cuba mengawal airmatanya.
            “Jaga diri awak. Saya gembira awak selesa dengan saya. Maaf kerana banyak yang tak sempat kita lakukan bersama. Saya akan simpan dengan rapi setiap kenangan kita bersama”
            Thea mengukir senyuman. Q yang sekarang adalah Q dari MARS, bukanya Qhalid Rayyan, suami Fathea Husna. “And cut

***********************************

            Tepukan kedengaran daripada jurukamera, stylist dan PD yang bertugas. Thea segera bangun begitu juga dengan Q. Airmata diseka pantas apabila dia dihampira oleh mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kepada rancangan ini.
            “Terima kasih. Harap bertemu dengan kamu lagi”
            Thea mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih kepada kru yang terlibat. Mereka banyak membantu dan memberinya tunjuk ajar. Akhir sekali adalah Q. Mereka berdiri dihadapan masing-masing ketika yang lain sibuk mengemas barang.
            Q tersenyum. Begitu juga Thea. “This is it, huh?” Thea hanya mengangguk.
            Thea memandang buat kali terakhir. Lelaki dihadapanya ini adalah idaman ramai perempuan. Boleh dikatakan, semua peminatnya adalah perempuan. Melihat dia berdiri dihadapan dan memberi senyuman untuknya, Thea tahu dirinya bertuah.
            “Ini untuk awak” dia kaget melihat rantai berbentuk bintang yang dipegang dan ditayang dihadapanya ketika ini. Thea memandang dengan rasa hairan.
            “Saya terlupa bawa cincin yang awak beri. Jadi, ini penggantinya”
            Alasan sangat basi, Q! Cakap je la kau nak simpan jadi kenangan. Thea hanya mampu mengangguk bersama hati yang berdebar.
            “Biar saya pakaikan” sekelip mata, rantai tersebut sudah berada dilehernya. Q tersenyum. Memang sesuai sekali. “Awak tak perlu beri saya rantai ni”
            “Ucapan terima kasih dan kenangan untuk awak. Jadi awak bukan bermimpi bahawa awak pernah menjadi isteri kepada Q MARS”
            Dia mengenyit mata dan membuatkan Thea ketawa. Ya! Kenangan yang takkan dilupa sampai bila-bila. “Q!”
            Suara Reza mengejutkan mereka berdua. Dia memberi isyarat untuk segera pergi. “Semoga kita bertemu lagi, Fathea Husna”
            Thea hanya mengangguk. “Jaga diri awak” dia memberi senyuman sebelum menggosok kepalanya dan berlalu dengan langkah yang berat. Thea hanya melambai sebelum kereta Q hilang dari pandangan.

*********************************

5 tahun.

            “Tumpang lalu” dia mengelak seorang wanita yang terpegun berdiri dihadapan kedai Courts yang menayangkan sesuatu di tv yang dijual.
            “Tepi sikit”
            Dia memberitahu dan seorang lagi wanita mengelak apabila melihat dia yang membawa hampir 10 pasang kain dengan termengah-mengah. “Sara!”
            Kerana tidak mampu membuka pintu, dia hanya menjerit di luar bersama peluh yang menitis ke dahi. Segera Sara berlari dan membuka pintu. “Ya Allah. Apahal banyak sangat kain kau bawa? Mana Adim?”
            “Dia cari parking kereta. Apahal yang ramai sangat orang di luar?”
            Sara membantu membawa kain dan mereka masuk ke dalam kedai. Kain tersebut kemudian di letakkan di atas meja. Sara menoleh memandang Thea yang sedang mengesat peluh di dahi. “Fathea Husna!”
            “Ye aku tahu. Kau tak sihat. Jangan bebankan jantung kau. Tirah perlukan aku sekarang”
            Sara terdiam. Thea mengukir senyuman. “Jangan risau. Kalau kau terus manjakan aku, lagilah aku malas nak tolong apa-apa”
            Dia berlalu ke arah meja dan mengeluarkan list dari poket jeans belakang. Thea membelek list dan kain yang berada dihadapanya ketika ini. “Semua cukup ke?”
            “Aku dah check sebelum bawa ke sini tadi. Rasanya takda yang tinggal”
            Sara mengangguk. Mereka berdua menoleh apabila pintu kedai dibuka. “Sorry. Susah gila nak cari parking hari ni. Macam ramai sangat orang”
            Dia masuk ke dalam sebelum menyakut kunci kereta di tempat yang disediakan. “Itulah. Aku pun pelik. Apa yang berlaku hari ni?”
            Sara memandang. Nak beritahu ke? “Tak ada apa-apa. Jualan langsung agaknya”
            Thea mengangguk. Dia kemudian berlalu kearah patung dihadapan kedai. “Aku dah dapat idea untuk rekaan terbaru kita. Malam nanti kita discuss
            “Aku lihat ramai yang kembali waktu zaman Saloma. Ramai yang suka peplum dengan dress panjang tapi simple
            “Walaupun aku tak nampak apa kelebihanya” Adim menjuling mata. Thea dan Sara ketawa. “Kau lelaki. Apa kau tahu?”
            Adim mengangguk. Mungkin itu betul. Bagi lelaki, kalau baju tu baju je la. Apa yang pepelam la, dress panjang la. Kain kembang la. Perempuan!
            Telifon yang berbunyi menarik perhatian Thea. Dia melihat pemanggil sebelum kerutan muncul di dahi. Thea berlalu ke belakang dan menjawab.
            “Assalamualaikum”
            Thea kaget sekejap. “Waalaikumsalam”
            “Maafkan saya. Ini nombor telifon Cik Fathea Husna ke? Kakak kepada Fatirah Hanna?”
            “Ye saya. Siapa bercakap?”
            “Saya cikgu kelas Fathirah. Saya sebenarnya ingin memanggil Cik Fathea ke sekolah sekarang”
            Thea terkejut. Ke sekolah? “Kenapa cikgu? Fathirah tak apa-apa?”
            “Saya rasa lebih baik Cik Fathea ke sini dahulu. Susah rasanya untuk saya terangkan di telifon sekarang”
            Dia mengangguk. Jantung berdengup kencang. Apa yang Tirah buat kali ini? Dia berlalu dan melihat Sara sibuk mengarahkan Adim mengasingkan kain-kain yang dibawa tadi.
            “Kenapa kau?” dia menyoal apabila melihat wajah Thea tidak berdarah. “Aku kena pergi sekolah Tirah. Cikgu dia call tadi. Kau jaga kedai kejap”
            Sara kaget. Lagi? Dia kemudian menggeleng. Tak habis-habis bawa masalah. Tak kesian sungguh dengan si kakak yang bukanya sihat pun. “Pergilah. Terus bawa Tirah balik rumah. Kau rest hari ni. Kau dah bersusah-payah tadi”
            Thea mengangguk. Mindanya sudah berada di sekolah Tirah sekarang ini. “Nak aku hantarkan?” Adim bersuara. Thea segera menggeleng. “Aku okay. Kau tolong Sara”
            Adim sekadar mengangguk sebelum dia melihat Thea berlalu setelah mengambil kunci yang disangkutnya tadi.

*************************************

            Sebaik kamera bernyala dengan warna merah dan menghala kearahnya, senyuman diukir sambil memandang pengacara show pada hari ini.
            “Baiklah. Kita kembali bersama dengan tetamu kita. Yang menjadi kegilaan perempuan di Malaysia. Q Rayyan”
            Tepukan gemuruh hadir daripada penonton didalam set yang rata-ratanya adalah perempuan dan sudah semestinya, peminat setia Q Rayyan. Senyuman dilebar dan membuatkan yang melihat, cair.
            “Sewaktu kita berehat tadi, saya ada tanyakan beberapa soalan kepada Q. Boleh kita kongsikan dengan semua yang hadir dan penonton di rumah?”
            Q memandang penonton di set yang semuanya mempamerkan wajah ingin tahu. Dia akhirnya mengangguk. “Okay. Mungkin ini soalan yang pastinya peminat MARS sendiri ingin tahu. Bila agaknya MARS akan buat album sebagai MARS setelah hampir 2 tahun masing-masing membawa haluan sendiri?”
            Dia diam sekejap. Mereka di luar sana pastinya tidak mengetahui apa yang berlaku. Terlalu banyak yang perlu dirahsiakan apabila menjadi seorang public figure yang rata-rata kehidupan mereka akan diketahui oleh peminat.
            “Insya-ALLAH, jika diizinkan. MARS masih wujud namun kami lebih selesa dengan pergerakan solo sekarang. Lagipun, kami masih menunggu Dhani untuk tamat berlajar”
            Sofea mengangguk. “Jadi, awak masih mahu mengeluarkan album bersama MARS?”
            Q mengangguk. Mereka sahabat dunia akhirat. Walauapapun yang berlaku, MARS terlalu penting untuk dilepaskan begitu sahaja. “Saya masih ketua kumpulan MARS dan pastinya mahu mengeluarkan album bersama ahli MARS yang lain”
            Senyuman diukir dengan rasa kelat. Dia menghela nafas dalam diam. “Dengar semua peminat MARS? Mereka masih bersama namun masing-masing punya komitment sendiri. Jangan risau ye”
            Penonton di studio ketawa dengan usikan Sofea. Q turut tersenyum. “Album sudah. MARS pun sudah. Awak rasa, apa lagi ye yang boleh saya tanyakan kepada Q hari ni?”
            Dia cuba berkomunikasi dengan penonton yang hadir. Q sendiri mampu meneka soalan yang seterusnya. Dia menunduk sedikit sebelum baru tersedar cincin yang dipakai selama ini sudah diganti dengan cincin yang lain. Wajah berubah. Bukanya mereka tak tahu, cincin tersebut tidak boleh disentuh.
            “Teman wanita!” suara salah seorang penonton yang hadir mengejutkan dirinya. Q cuba mengawal reaksi wajahnya ketika ini. Senyuman yang diberi terasa dipaksa. Sofea mengangguk. “Ye betul. Terima kasih”
            Mereka ketawa. “Sekarang awak sudah 27 tahun. Karier awak bermula ketika awak masih muda sehingga sekarang saya sendiri akui Q Rayyan dan Q MARS adalah 2 orang yang berbeza. Berapa umur yang awak rasa sesuai untuk awak mendirikan rumahtangga?”
         Q mengangguk. Setiap kali temubual, ini adalah soalan yang menjadi kegemaran sehingga dirinya sendiri hampir muak mahu menjawab.
            “Walaupun saya bermula muda dan sehingga ke tahap sekarang, saya rasakan masih banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan. Sewaktu bersama MARS, saya target untuk berkahwin di usia 27 tahun. Tapi memandangkan saya sudah melebihi jangkaan tersebut, saya lebih selesa jika fokus saya sekarang hanya kepada kerjaya saya sahaja”
            Sofea mengangguk. Q Rayyan. Senyuman yang mencairkan hati wanita. Lesung pipit yang membuatkan wanita mimpi siang. Dihadapanya sekarang, dia akui hati wanitanya turut bergetar. Jika dilihat Q Rayyan sekarang, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Q Rayyan sekarang lebih matang dengan usianya. Semakin digilai oleh peminat yang lebih tua mahupun lebih muda.
            “Jika awak berjumpa dengan gadis yang sesuai, adakah awak rasa awak boleh mengahwini dia ketika kerjaya awak berada di puncak sekarang?”
            Suasana sedikit riuh. Q masih tenang memandang kamera yang fokus kepadanya. 5 tahun didalam industri. Dia sudah mengerti selok-belok dunia seni ini. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip dan mematangkan dirinya.
            She is dead. There will be no other women. “Mungkin” jawapanya memberi kejutan kepada penonton yang hadir. Sofea turut terkejut. 

2 comments:

  1. hohoho...sori x sempat nak komen bab yang ni walaupun dah lama dah abes bace...line tenet sungguh tenat sekali heheh...uikssss Q dah matang owh....adekah Thea akan jumpa balik ngan Q????macam manalah reaksi Q kali nih...adakah dia betul2 bersedia utk bukakan hatinye utk owang len selain thea???adeh x sabar la plak nak tau kisah seterusnye....

    psst!!! cik tukang tulih sila hupdate cepat sikit neh

    ReplyDelete