Monday, 17 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 8


“Okay tak kaki tu?” dia menoleh melihat ma memandang dengan wajah risau. Senyuman diberi. “Sikit je, ma. Terseliuh je. Nanti okaylah sendiri”
            Ma menggeleng. Mungkin masih marah. Kasihan pula tengok Kez terkebil-kebil dengar bebelan ma. Pa disebelah pula hanya mengurut kaki yang sudah membengkak.
            “Nanti nenek kamu mesti risau”
            Dara menghampiri. “Nenek takkan risau. Mama pun jangan risau ye?” kepala diteleng sedikit dengan mata berkelip-kelip. Ma yang memandang, pantas tergelak.
            “Ni apa buat muka comel ni? Nak suruh mama masak apa hari ni?”
            Dara segera menayangkan gigi. Ish ma ni. Memahami sungguh la. “Favourite Dara. Boleh kan?”
            Wajah sengaja dikasihankan walaupun tahu ma dah mengalah awal. Ma mengangguk. “Iyalah. Ganti kaki kamu yang bengkak tu”
            “Sayang ma”
            Dia mencium pipi ma tanpa sedar. Diri sendiri terkejut. Eh? Ma mengukir senyuman. “Sorry” perlahan suara menutur. Ma geleng. “Anggap je ma macam mama kandung Dara. Boleh kan?”
            Diam. Perlahan je angguk. “Dara keluar dulu”
            Segera kaki menapak ke ruang tamu. Kosong. Dara menghela nafas. Kemudia, dia keluar rumah. Duduk diatas buaian berwarna merah jambu dan mulai menghayun menggunakan kaki. Gila apa kau, Dara? Sesuka hati cium ma orang. Kalau Jas nampak, apa kata dia?
            Tak sengaja pun la. Sebab selalu sangat buat dekat mama kalau happy dia penuhi permintaan aku. Mengeluh lagi. Grow up, Dara. Takda orang akan share kesedihan dengan you. Bangkit untuk diri sendiri.
            You  still miss her huh? Ingat kau dah boleh lupakan dan mulakan hidup baru.
            Gila! Siapa tak rindu. Itu mama kandung aku. Mama yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari. Dara memandang bracelet yang kukuh di tangan. Jude. I rasa nak nangis. Tapi you tahu I bukan stok nangis dekat rumah orang kan? Never thought I will miss you this much.
            Langkah Jas terhenti sebaik melihat Dara duduk sendiri diluar. Ma suruh ajak Dara masuk makan lepastu ada benda nak cakap. Tapi lihat wajah Dara buat kaki dia berhenti. Dara. Takda senyum macam tadi. Terasa ini sebenar wajah Dara.
             “Mana….mama Dara?”
            “Meninggal. Sebulan yang lepas. Dara balik kesini untuk pengebumian mama dia. Tapi I buat keputusan untuk tinggal disini. Dengan nenek dia”
“Papa dia?”
            “Papa dia meninggal lepas dia umur 7 tahun. Dara tak berapa ingat sangat sebab dia kecil lagi waktu tu”
            Kaki diatur menghampiri. Dara yang sedar, segera menoleh. Senyuman diberi. Kali ini, baru Jas nampak betapa terpaksanya senyuman itu. Jas kemudian ambil tempat disebelah Dara.
            “Kenapa datang gaya along nak mintak hutang ni? Eh, I ada hutang you laksa Mak Kamsiah waktu rehat hari tu ‘kan?”
            Jas tersenyum. Sengal. Waktu sedih pun kau masih nak buat lawak. Tak pernah aku jumpa orang setabah kau dan aku sangat bangga bila jumpa kau.
            “Kau buat apa sini? Melayan perasaan?”
            “I? Layan perasaan? Oh you still didn’t know me that well, Jasmin Alwani
            “Cantik bracelet. Arwah mama you bagi ke?” Dara mengangguk sambil membelek bracelet kesayangan. “Her last gift for my late birthday. Dia lambat seminggu. You boleh bayangkan tak? Mama I bukanya ada anak 12 orang dan kena ingat setiap nama dan hari jadi. I sorang je yang dia ada”
            Dara tergelak kecil. Tiba-tiba rasa sayu. Mom. I’m sorry.
            “Dan kau cuma ada dia kan?”
            Terdiam. Betul-betul tepat. Jas menoleh. Dara masih tenang, tidak beriak. “Aku dengar dari Jude. Kau balik sini sebab hadiri pengebumian mama kau” dia bersuara. Takut juga kalau Dara tiba-tiba menangis bila hal ini diungkit.
            “Jude. Such a bad secret keeper. Memang tepat my instinct dulu. Rahsia I tak selamat dengan dia”
            Dara ketawa, paksa. Wahai hati, jangan menangis. Kau kuat kan? “Dara. Kita mungkin baru kenal. Tapi aku nak rapat dengan kau. Aku nak kenal kau. Tapi aku rasa kau macam bina tembok dalam diri sendiri. Kau takut aku tahu semua rahsia kau ke?”
            Jas memandang, serius. Dara taktahu nak cakap apa. Mereka mungkin baru kenal tapi Dara rasa macam dah lama kenal Jas. Mungkin sebab Jas je satu-satunya orang yang tak diskriminasi bila lihat rambutnya yang lain dari lain. Bila dengar dia hanya fasih BI.
            “Waktu I hilang papa I, usia I 7 tahun. Tak faham lagi maksud mati. Tapi bila mama pergi, I faham semuanya. Dia takkan kembali pada I lagi. I kini adalah anak yatim piatu. I takda sesiapa lagi disamping I. Mungkin mama ibu tunggal, dia ajar I jadi tabah. Jadi kuat. Sebab itu I bukan jenis yang senang tunjuk apa yang I rasa”
            Dia menghela nafas. Membesar di negara orang. Tipulah kalau kata tak sukar. Sangat sukar. Dengan kerjaya mama yang sentiasa buat mereka berpisah. Dia hanya ada Judy. Tinggal di apartment tanpa sesiapa. Seminggu hanya makan pizza yang telah diforzen. Sangat sukar. Kesunyian yang tak mampu diungkapkan. Kerana itu, jauh disudut hati dia membenci keluarganya di Malaysia. Dia salahkan mereka kerana dirinya lalui keadaan seperti itu.
            “I harus terima hakikat I akan membesar tapi figura seorang ayah ataupun ibu. I kena terima hakikat bila I jatuh, takda sesiapa akan hulur tangan bantu I. I kena terima hakikat hidup I sekarang adalah atas kaki I sendiri. You mungkin rasa I punya segalanya. Bukan apa nak risau? My granny is one of the most influence businesswoman in Malaysia. I ada semuanya. Tapi trust me, semua itu takkan buat you happy
            Jas kerut dahi. “Kau tak seronok duduk dengan nenek kau ke?”
            “Family I tak seindah yang you sangka. Sepanjang di New York, I tak pernah pulang kesini. My mom dan nenek bergaduh sehingga mama bawa diri ke sana dan tak mahu pulang langsung”
            Jas terkejut. Biar benar? Bergaduh sampai taknak pulang langsung? Dara menghela nafas. Kenapa dia bercerita? Mungkin kerana merasa Jas benar-benar ikhlas. Mungkin kerana dia perlukan seseorang yang senang untuk diluahkan.
            “Sorry
            Dara memberi senyuman. Dia menoleh sebelum tergelak kecil. “Don’t be. Ini takdir I. I terima seadanya. Jangan pernah rasa kasihan pada I. Hilangla ego I nanti”
            Dia ketawa. Jas hanya memberi senyuman. Dara. Aku bangga dengan kau. Tabahnya kau. Walaupun usia kita sama tapi aku dapat rasa kau lebih matang dalam hadapi cabaran hidup. Walauapapun yang orang cakap, kau tetap teguh.
            “Dara, Jas. Masuk makan”
            Suara ma buat mereka berdua terkejut. Jas memandang Dara sebelum sama-sama ketawa. “That’s the cue to end this heart conversation. Marilah”

*****************************************************************

  
            “Macam mana duduk rumah orang?” Judy mengusik apabila mereka bersantai di ruang tamu malam itu. “Biasa”
            Judy kaget. “Biasa” Dara mengangguk. “Kenapa you macam nampak hantu ni?” Judy menggeleng. “Selalunya you akan cakap nothing much. Sekarang dah biasa? Wow, you pergi berguru ke dekat rumah Jas”
            Dara tergelak. Ayat Judy. Pelik-pelik. “Merepek je la you ni. Mana I pergi berguru. I pergi berlajar cara hidup” kerutan didahi semakin ketara. Cara hidup? Sejak bila Dara pandai bersastera ni?
            “You okay?”
            “Kenapa?”
            “You nampak lain” dia menegur, jujur. Dara tersenyum. “Dia orang nampak rapat sangat. Macam keluarga” tekak terasa berpasir. Judy memandang, tidak berkelip. Dia tahu pasti ada yang tidak kena.
            “You cemburu?”
            Dara menggeleng. “Lebih kepada kasihan” Judy hairan. “Kasihan?” dia masih tidak faham, “Kasihan dekat diri sendiri sebenarnya. I dah macam anak yang lack of family love kan?”
            Judy diam. Dara menarik nafas tanpa riak. Judy mampu membaca walau Dara tidak memberi sebarang reaksi. Dara cemburu lihat rapatnya keluarga Jas. Dara cemburu kerana dia tak pernah punya keluarga seperti itu.
            “Dara” dia memegang bahu gadis itu. Banyak yang ditanggung diusianya yang baru 17 tahun. Judy kagum melihat Dara yang begitu tabah menghadapi semua dugaan itu. “Semua orang ada jalan sendiri. Ada kebahagiaan sendiri. You tak harus cemburu. You akan dapat bahagian you nanti”
            Dara mengangguk, lemah. “You rindu mama you?” Judy menyoal lagi. Dara ni jenis yang takkan cakap kalau tak tanya. Itupun tengok angin. Kalau dia nak jawab, dia jawablah. Kalau tak, dia diam je. Macam sekarang ni.
            Mom. Miss me? Dara menyandar diri di sofa. Semuanya adalah takdir, kata nenek. Takdir yang sangat kejam jika dia tidak punya pedoman. Dia akan gila jika tidak cukup ilmu di dada. Walaupun di negara orang, perkara itulah yang mama titip-beratkan kepada dirinya sejak kecil.
            “Jas cakap dia sunyi sebab takda sibling perempuan”
            Judy mendengar. “Kez layan I macam adik dia” dia mengangguk. “I rasa….” Dia tidak meneruskan ayat itu. Terasa sukar sangat. “Rasa macam keluarga”
            Tiada riak. Judy diam. Dara, Dara! Siapa ajar you sembunyikan perasaan macam ni? “Tak salah anggap keluarga orang lain macam keluarga sendiri. Lagipun, Jas rapat dengan you. Parents dia pun dah anggap you macam anak dia orang”
            “I tahu” perlahan dia menjawab. Judy memberi senyuman, nipis. Dia lega berbicara mengenai hal ini. 2 bulan berlalu, Dara tidak meluahkan apa-apa. Seolah-olah tidak punya perasaan. Baru hari ini dia tergerak hati untuk meluahkan perasaan.
            “Tapi tak macam keluarga sendiri kan?”
            Judy mengangguk. Betul. Tapi sekurang-kurangnya Dara mampu tumpang kasih-sayang mereka. Dara, hidupnya tidak sempurna. Sejak kecil tiada papa. Diusia yang muda, kehilangan mamanya pula. Tapi Dara juga gadis yang sangat tabah.
            “Setiap yang berlaku didalam hidup kita, ada hikmahnya. Kita harus yakin apa yang berlaku itu sebab Allah nak beri yang lebih baik”
            Airmatanya menitis dengan tiba-tiba. Judy terkejut. Dara? Menangis?
            “Hey! Dara”
            Bahu dipegang. Judy sedikit kalut. Dia yang beria mahu lihat Dara menangis. Sekarang, dirinya pula yang kalut. Airmata segera diseka. Dia dah letih berpura-pura. Penat sangat.
            “I naik atas dulu. Good night, Jude
            Tanpa kata, Judy sekadar menghantar menggunakan mata. Dia mengeluh, berat. Kasihan sangat lihat Dara sekarang. Mungkin luaran mereka lihat Dara yang gembira. Dara yang tak punya rasa. Tapi siapa yang mampu menduga apa yang dirasainya didalam hati sendiri?

************************************************************************

 Sungguhlah. Dengan ini saya Alesandara Damia binti Fuad Hudson membuat petition untuk adakan war dengan encik additional mathematics sehingga SPM. Rasa nak hentak kepala atas meja library ketika ini.
            “Apahal yang kerut-kerut macam nenek ni?”
            Dara mengangkat muka melihat Jas dihadapan. “Serius la. I benci gila dengan add maths ni” Jas tergelak. Dara mengerut. “Benci gila?” Dara mengangguk.
            “You dah semakin melayu. Bagus, bagus” sempat dia mengenakan Dara yang tengah pecah kepala sekarang. Dara mengenggam pen dengan erat. Sabar je la budak ni.
            “You study apa?”
            “Sejarah”
            Dara bercahaya. “Sejarah? I suka” dia memanjang leher namun pantas Jas menutup buku. Wajah Dara berubah. “Baca add maths tu. Kau lemah subjek tu” muncung ditarik sedepa. Jas menggeleng.
            Dara memandang sekeliling. Beberapa minggu lagi untuk SPM. Cepatnya masa berlalu. Rasa tak terkejar pula sekarang ni. Semua orang sibuk mengulang kaji. Tiada lagi waktu main-main. Kez juga dah kurangkan aktiviti main basket dia. Itupun lepas kena leter dengan ma 3 hari 3 malam.
            “Jas” dia memanggil. “Hmm” tak mengangkat muka Jas menjawab. Amboi, khusyuk sungguh la kawan aku sorang ni.
            “Lepas SPM, you nak buat apa?”
            “Hah?”
            “Iyalah. Sementara tunggu result. You nak buat apa?”
            Jas diam sebentar. “Holiday” matanya bercahaya. Dara menggeleng. Tak boleh pakai sungguh otak budak ni. Kira nak enjoy saja. “Taknak kerja ke? Cari duit ke?” Jas mengerut dahi.
            “Kau nak cari duit ke?”
            Dara mengangguk. “Kenapa?” Dara diam. “Untuk kegunaan aku sendiri” Jas pelik. Sikit punya besar rumah. Takkanlah nak tanggung cucu sorang pun tak mampu? “Kenapa pandang I macam tu?”
            Jas menggeleng. “Kenapa? Kau tak cukup duit ke?” dia menyoal dengan wajah risau. Dara melepaskan tawa melihat Jas yang begitu bersungguh. “Tak adalah. I nak cari pengalaman je. I tak pernah berkerja seumur hidup I”
            “Samalah kita”
            “Habistu? Taknak try? I dengar abang you buat part-time dekat sebuah kafe”
            “Masalahnya pa dengan ma. Dia orang berat sikit. Sebab I anak perempuan katanya” Dara mengerut dahi. Kenapa dengan anak perempuan? Salah ke?
            “Kenapa dengan anak perempuan?”
            Jas diam. Macam mana nak terang ye? Dah lama anak orang putih ni duduk New York sampai tak kenal adat sendiri. Nasib kaulah Jas. Dapat kawan anak orang putih. “Sebab takut jadi perkara tak tentu. Tahu sajalah zaman sekarang. Banyak sangat kes pasal perempuan. Terutamanya sama umur dengan kita”
            Sebab itu ke? Tapi banyak juga kes dekat New York. Mama masih benarkan dia keluar sampai malam. Asalkan dia tahu jaga diri. Mungkin disini berbeza rasanya. Walaupun hampir setengah tahun duduk di Malaysia, Dara akui dia masih tidak tahu mengenai adat dan larangan masyarakat disini.
            “Sorry ye”
            Dara menggeleng. Kata ibubapa harus diikuti. Mama selalu berpesan. Siapa dia untuk memaksa jika ma dan pa menghalang. “Tak apa. I tak kisah pun” senyuman diberi. Jas sedikit lega walaupun terasa bersalah.

*****************************************************************

 Guys, kumpul sekejap”
            Sekumpulan pekerja lelaki dan perempuan memandangnya. Dara memberi senyuman, nipis. Rule number 1, senyum setiap kali orang pandang. Kata-kata Judy disemat dikepala. “Baiklah. Kenalkan dengan pekerja baru kita. Da…ra”
            Mereka tergamam. Lelaki sudah tersengih-sengih. “Iya saya tahu, Pelik. Tapi biasalah. Dia baru balik New York 6 bulan lepas” Encik Faizal bersuara. Dara memberi senyuman, sudah biasa.
            “Apa nama betul awak?” pekerja wanita yang memakai braces itu bertanya. “Alesandara Damia” dia menjawab. Mereka terkebil-kebil memandang.
            “Baiklah. Nanti-nanti sahaja sesi perkenalan diri. Kita mula kerja sekarang”
            Mereka mulai berpesah membuat tugas masing-masing. Dara diarah untuk menjadi waiter untuk hari ini. Sebelum jadual baru dikeluarkan minggu hadapan. “Hai” pekerja tadi menegur. “Hai”
            “Saya Syakinah. Panggil Kinah je”
            Dara membalas huluran tangan Kinah. “Dara” dia tersenyum, malu. “Saya suka nama awak. Aneh tapi sedap” senyuman diberi. “Boleh cakap melayu?” dia menyoal, tidak bermaksud apa-apa.
            “Tentu. Dah lama saya disini”
            “Berapa umur awak ye?” Kinah menyoal. “17. Awak?” Kinah memberi sengihan. “Samalah kita. Mesti tunggu result SPM ‘kan?” Dara mengangguk. Mereka sama-sama ketawa. “Ehem!” suara Encik Faizal mengejutkan mereka berdua.
            “Kita kena kerja” Dara mengangguk berlalu ke depan. Perkara yang harus diselesaikan adalah mengelap meja dan memastikan meja bersih. Bring it on

No comments:

Post a Comment