Thursday, 20 December 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 33

                  Mereka tiba di sebuah padang yang dipenuhi dengan keluarga yang datang beriadah. Dara menoleh kearah Kez yang sudah melipat lengan baju hingga ke siku dan menanggalkan tali lehernya.
                “Kita nak bersenam ke?” dia menyoal, keliru. Kez tersenyum. “Wait a second” dia berlari meninggalkan Dara sendirian.
                Penat berdiri, Dara menjadi satu tempat yang sedikit teduh dibawah pokok yang besar. Dara melipat kaki sebelum memeluk keduanya bersama helaan nafas. Mereka nak buat apa sebenarnya ni? Tiba-tiba dia terkejut apabila seorang kanak-kanak perempuan berdiri dihadapanya.
                Senyuman diukir. “Hai”
                Budak perempuan itu tersenyum. “Nak?” dia menghulur coklat ditangan. Dara tergelak. “Adik punya ke?” dia mengangguk.
                “Mama suruh kongsi”
                Dara mengambil sebiji. “Terima kasih” dia mengukir senyuman. “Nama apa ni?”
                “Qistina”
           Dara mengangguk. Dia mengusap rambut Qistina dengan lembut. Naluri keibuan membuatkan dia begitu mengharapkan anaknya nanti seperti Qistina. Tapi kemelut didalam perkahwinanya ketika ini membuatkan impian itu terlalu sukar untuk dipenuhi.
           “Damia”  dia menoleh. Kez berjalan kearahnya sambil membawa wau. Dara memandangnya, hairan. “Abang nak buat apa ni?”
                Kez memberi senyuman, nakal. “Mainlah. Takkan nak makan kot?” Dara masih mengerut dahi. Biar benar suami aku ni? Mata Kez memandang budak perempuan disebelah Dara. “Siapa ni?”
                “Oh, ini Qistina. Mama dia suruh kongsi cokelat dia dengan Dara”
                Kez kerut dahi. Kemudian dia ketawa. Dara terkejut apabila Qistina terus berlari kearah mamanya tanpa berkata apa-apa. “Pelik”
                Dia bangun mendapatkan Kez. “Awak pegang hujung. Abang pegang tali”
                Mereka menjarakkan diri. Nasib baik cuaca tidak panas tapi berangin. “Dah boleh ke?” dia menjerit sedikit. “Sekejap”
                Kez mengangkat tangan untuk merasakan kelajuan angin. Wajahnya yang serius buat Dara tergelak. “Okay, lepas”
                Sekelip mata, wau tersebut sudah berada diatas. Dara kagum. Dia berlari mendapatkan Kez dengan senyuman. “Dah naik. Dah naik”
                “Nak try?”
                Dara mengangguk. Kez menghulurkan tali kepada Dara. “Tarik perlahan-lahan dan lepas. Tarik dan lepas. Okay?”
                Kez melihat Dara yang khusyuk memerhati wau diatas. Senyuman terukir tanpa sedar. Dia memerhati sahaja. Kez baru sedar. Sejak berkahwin, dia tak pernah lihat Dara segembira ini. Dia semakin jarang melihat senyuman Dara yang benar-benar ikhlas.
                Aku dah banyak lukai hati dia ke? Dia teringatkan kata-kata Jas tadi. Dara lepaskan semuanya demi aku? Dia lepaskan apa? Kalau tanya Dara pasti dia takkan beritahu apa-apa.
                Penat berlari membawa wau, Dara akhirnya duduk disebelah Kez dengan nafas yang turun-naik. Kez menghulurkan air mineral untuknya.
                “Penat?” Dara mengangguk. Dia terkejut apabila Kez mengesat peluhnya dengan berhati-hati. Dia tergamam. Kez memberi senyuman. “Tunggu kejap”
                Dia terkebil-kebil. Kez ni selalu hilang kemudian bawa benda pelik-pelik. Dia menunggu agak lama sebelum mendengar bunyi loceng basikal. Dara menoleh. Kez membunyikan loceng itu sekali lagi sebelum tersenyum. Dara berdiri dengan rasa terkejut.
                “Mana abang dapat?”
                “Sana” dia memandang kearah booth menyewa basikal. Dia menggeleng sebelum tersenyum. “Puan Alessandara Damia?” dia menyoal. “Sudikah awak naik basikal dengan saya?”
                Dara ketawa. Dia mengangguk sebelum duduk di tempat duduk belakang. Dara kemudian memeluk pinggang Kez. Hatinya berdegup kencang. Apabila Kez mulai mengayuh, hatinya jadi semakin tenang. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa ketika ini.
                “Damia”
                “Hmmm”
                Kez mengerling. Hatinya turut berdebar. Adakah dirinya dah jatuh cinta? Adakah ini cinta? “Kita mulakan semula”
                Dara mengangkat muka. Kez memberhentikan kayuhan. “Kita mulakan semuanya. Abang hanyalah Khairul Muslim. Dan awak hanyalah Alessandara Damia. Tanpa kenangan zaman sekolah. Tanpa ingatan yang dahulu. Abang nak kenal Damia yang sekarang”
                Dara terdiam. Melupakan semuanya dan memulakanya semula? Tidak semudah itu. Tapi jika Kez sudah berusaha, Dara tidak harus menghalang. Sekurang-kurangnya Kez mahu mengenali dirinya walaupun harus memulakan semuanya semula.
                “Jika diantara kita tiada Eva, Dara boleh bertoleransi dengan apa sahaja”
                Kez terdiam. Dia mengangguk, faham. Eva hanyalah satu kesilapanya yang tidak tahu menghargai cinta Dara. Kez sudah berlajar dari kesilapanya. Lebih-lebih lagi daripada Jas. “Jangan risau. Tiada lagi Eva diantara kita”
                Senyuman diukir dengan rasa sedikit lega. Dia pegang janji Kez kerana Dara tahu Kez tak pernah memungkiri janjinya. Dia kembali memeluk pinggang dan suaminya itu kembali mengayuh. Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan untuk aku menghadapi cabaran dalam mempertahankan rumahtangga kami. Sesungguhnya, aku hanya mahu menjadi isteri kepada Khairul Muslim.

**************************
                Dara pulang agak lewat hari ini. Terlalu ramai pelanggan yang datang sehingga dirinya dan Manda tak menang tangan. Dara sudah berkira-kira untuk menambah seorang lagi pekerjanya untuk memudahkan mereka berdua.
                Setelah memparkir kereta, dia menuju ke pintu. Dara agak hairan melihat kereta Kez sudah tersadar di dalam garaj. Awal Kez balik hari ni. Dia memberi salam sebelum membuka pintu. Setelah menutup pintu, Dara menoleh ke ruang tamu.
                “Ya Allah, mak!” jantungnya hampir gugur melihat Kez berdiri dengan wajah serius sambil memeluk tubuh. Dia sudah menyalin pakaian yang lebih santai.
                “Abang! Terkejut Dara tadi”
                Kez masih merenungnya, tajam. Dara kehairanan. Aku buat salah lagi ke? “Kenapa?” dia menyoal, risau. Kena sampuk ke suami aku ni? “Kenapa balik lambat?” dia menyoal ala tentera.
                “Tadi pelanggan ramai sangat”
                “Kenapa tak call?” Dara semakin hairan. “Dara ingat abang balik lambat. Selalu abang balik lewat kan?”
                Kez menghela nafas. Beria dia balik awal hari ni sebab nak jumpa Dara. Alih-alih isterinya takda dirumah pun. “Lain kali kalau balik lambat, telifon abang. Taklah abang risau macam ni”
                Dara terdiam. Rasa aneh bila Kez ambil berat tentangnya. “Come here” dia memanggil. Dara kaget. “Hah?”
                “Come. Here.
                Kakinya melangkah walaupun agak ragu. Dara berhenti dihadapan Kez namun sedikit jauh. “Dekat lagi” dia mengarah. Terasa nak garu kepala pula sekarang ni.
                “Ish, budak ni”
                Dara terkejut apabila Kez menariknya ke dalam pelukan. Jantungnya berdegup laju. Macam baru lepas lawan lari 100 meter. Kez menghela nafas. Anehnya cinta. Baru tak jumpa beberapa jam dah rasa rindu.
                “A….abang” Dara cuba merenggangkan pelukan namun Kez kembali memeluknya, erat. Dara kaku. Tak pernah Kez begini. Okay ke tidak suami aku sekarang ni?
                “Mulai hari ini, awak harus peluk saya sebelum keluar dari rumah dan selepas pulang”
                “Hah?”
                “Kalau tak, ada hukumanya yang pasti awak takkan mahu buat” dia mengukir senyuman. Hatinya tenang bila Dara didalam pelukan seperti ini.
                “I miss you
                Kaki terasa macam jelly sekarang ini. Ucapan yang sederhana namun membuatkan dia tak keruan. Akhirnya Dara membalas pelukan Kez dengan senyuman. I miss you too.  

*******************************
Langkah Zaid yang ingin masuk ke pejabat terhenti. Siapa yang bersiul dalam pejabat ni? Dia menoleh ke tepi. Kez? Betul-betul Kez? Dia melihat Kez tersenyum sebelum menyapa setiausahanya. Zaid kerut dahi. Kez nampak happy sedangkan minggu lepas baru kena serang dengan adik sendiri. Sesuatu berlaku ke?
                Tak jadi nak masuk, Zaid menukar arah menuju ke pejabat Kez. Inilah masanya untuk mengorek rahsia. Ketukan di pintu kedengaran. “Masuk”
                Zaid membuka pintu dengan sengihan. Wajah Kez berubah. “Morning” temanya itu menyapa. Kez memandangnya, tajam. “Kau nak apa ni?”
                Zaid memegang dada dengan wajah sedih. “Terasa aku. Nak tanya khabar kawan sendiri pun tak boleh ke?” dia menyoal, berpura-pura terkilan. Kez buat muka menyampah.
                “Macam la aku baru kenal kau semalam, Id”
                Pantas Zaid memberi sengihan sebelum menghampiri meja Kez. “Apanya?” dia menyoal sambil membelek kertas yang diletakkan didalam tray masuk diatas mejanya. “Tak ada apa-apa” tapi dia masih tersenyum, penuh makna.
                “Id, walaupun kau bos aku, tak semestinya aku tak cekik batang leher kau sekarang ni”
                Zaid ketawa. Garangnya. Tadi punya happy. So?” dia menyoal. Kez memandang. “Apanya?” Zaid menjungkit kening. “Ada cerita seronok ke sampai kau bersiul tadi?”
                Kez menggeleng. “Serius la, Id. Aku rasa baik kau apply ganti tempat wartawan Melodi tu. Tentu banyak gossip artis yang kau dapat korek”
                Zaid hanya tersenyum. Memandangkan Kez adalah seorang sahabat yang paling payah nak mendengar dia mengadu ataupun meluahkan perasaan, Zaid rasa dia memberi perhatian yang lebih untuk lelaki ini. Ditambah pula dengan usia Kez yang muda 3 tahun darinya. Kez dianggap seperti adik sendiri.
                “Tidaklah. Untuk orang yang baru lepas kena serang dengan adik sendiri minggu lepas, kau nampak terlalu gembira hari ni. Apa dah jadi?
                Kez terdiam. Minggu lepas membuka matanya tentang siapa Dara dan siapa dirinya yang sebenar. Sekarang, hatinya lebih tenteram. “Tak ada apa-apa. Aku cuma happy je. Salah?”
                Zaid hanya tersenyum. Dia lega melihat Kez sudah mampu tersenyum seperti ini. Kerana sejak kebelakangan ini, dia tahu Kez tertekan.
“Id, aku nak tanya kau sikit boleh?” Zaid mengangguk. “Macam mana kau tahu kau jatuh cinta?” Zaid hampir jatuh kerusi dan ketawa bergolek-golek mendengar soalan Kez. Namun melihat wajah Kez yang serius, tak sampai hati pula nak buat macam tu.
                “Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan cinta ni? Ingat aku doktor love ke?”
                Kez mengeluh. Memang tepat kata hatinya tadi. Zaid Hamidi memang tak boleh pakai kalau bab cinta ni. Zaid tersenyum. “Sebenarnya, aku tak boleh jawab spesifik la sebab taste kau dan aku lain. Tapi secara generalnya, bila kau dengan dia, kau akan happy. Adakalanya sakit hati pun ada. Yang penting dan aku pegang sampai sekarang, setiap kali aku jumpa dia, jantung aku berdegup bagai nak gila”
                Diam. Zaid memandang Kez yang begitu serius. Kez jatuh cinta dengan siapa? Dara? “Macam mana kalau kau suka dia tapi ada perkara yang dia buat yang membuatkan kau tak boleh terus-terang?”
                Zaid kerut dahi. Apahal budak ni tanya soalan pelik-pelik. Kez selepas hilang ingatan lebih pelik daripada Kez yang dulu. “Bro, bagi aku lah. Aku boleh terima apa sahaja kelemahan dan kesilapan dia sebab aku cintakan dia dan aku tahu tak semua orang sempurna. Kecuali kalau dia ada lelaki lain. Itu boleh membuatkan atuk dan nenek aku pun naik hantu”
                Kez memandang sekejap sebelum ketawa. Zaid tersenyum. Jadi, kegembiraan kau ni sebab perempuan la? “Jadi, kau nak beritahu aku tak siapa perempuan tu?”
                Pantas Kez menggeleng. “Aku banyak kerja ni. Kau boleh keluar sekarang” Zaid terkejut. Budak ni. Ingat aku office boy ke aci halau macam tu. Bertuah sungguh. “Jangan cakap perempuan tu Eva!”
                Kez terkejut. Eva? Apa kena Eva dengan aku pula? “Jangan merepek boleh?”
                Zaid tersengih. Jadi, sahlah Dara. Rasa nak tergelak pun ada. Jatuh cinta dengan isteri sendiri. Jatuh cinta dengan orang yang sama walaupun setelah hilang ingatan. Hanya Kez yang boleh lakukan semua itu.
                “Iyalah. Bukan Eva. Apapun, aku gembira lihat kau macam ni. Sejak kebelakangan ni, aku tengok kau tension sangat. Sampai aku nak tegur pun takut. Nanti kau membebel tentang projek macam dulu”
                Kez hanya tersenyum. “Tapi rasanya sekarang kau lagi suka membebel. Iyalah. Kau dah makin tua ‘kan?”
                “Cis. Tak guna kau!” Zaid menarik muka. Kez hanya ketawa. Bebananya sedikit kurang apabila berbual dengan Zaid.

“Kez, I nak tengok cerita ni” suara Dara kedengaran. Sesuka hati je datang dan tukar channel. Kez tersenyum namun dia tetap memang remote control. Dara mendengus.
                “Apa? Siapa Kez? Siapa?”
                Dara memandangnya. Dia ingin membalas namun terdiam semula. Kez menjungkit kening. Sengaja mengusik. Dia lebih senang mendengar Dara memanggilnya abang berbanding nama.
                “Dara nak tengok cerita tadi”
                “No” dia menggeleng tanpa berfikir pun. Dara mengetap bibir. Degil. Dia melihat Kez ketawa. Suka benar dengan Maharaja Lawak walaupun ulang berpuluh kali. Dara memeluk tubuh dengan rasa sebal.
                “Mulai sekarang, awak dilarang untuk panggil saya dengan nama”
                Dara terkelu. “I don’t really like it” dia menambah, jujur. Dara rasa berdebar. Apa yang cuba Kez sampaikan sekarang ini?
                “You change the channel then I call you abang”
                Kez tergelak. Dara tersenyum. Dia memandang Dara. “Nope” senyuman diberi. Dara mencebik. Keras hati sungguh. Tak berubah sejak dahulu. Terpaksalah Dara melihat juga Maharaja Lawak. Dia memerhati Kez sebelum memastikan lelaki itu sudah leka.
                Perlahan, dia menggerakkan tangan dan terus mencapai remote. Kez terkejut. “Ha ha. My turn now” dia menukar channel kepada The Voice. Dara tersenyum, puas. Kez memandang, geram. Budak ni.
                Kez menggeletek pinggang Dara sehingga buat isterinya itu buat gaya ala kungfu diatas sofa. Kez ketawa. Tak pernah dia lihat Dara macam ni. “Nak bagi tak? Nak bagi atau abang geletek lagi?”
                Dalam masa itu, Kez cuba mencapai remote yang sengaja dijauhkan oleh Dara. “Dapat pun” dia memberi senyuman. Namun senyuman itu hilang apabila melihat betapa dekatnya mereka ketika ini. Dara menjadi malu. Jantungnya berdegup bagai nak gila sekarang ini.
                Kez memandang Dara yang nampak kaku. Perebutan mengenai remote sudah lama dilupakan. Suasana menjadi sangat kekok ketika ini. “Err, abang!” dia bersuara. “Hmmm”
                “Da…Dara nak bangun”
                “Kenapa?” dia menyoal, lembut. Meremang bulu roma Dara. “Dara nak ke dapur” dia menjawab dengan kekuatan yang masih ada. Kez tersenyum. Perlahan dia mengusap pipi Dara. Cantik. Isterinya ini memang cantik.
                Dara terasa hampir cair. Nasib baiklah mereka diatas sofa. Kalau berdiri, dah lama Dara jatuh ke bawah. “A…abang”
                “Ye sayang”
                Dara terdiam. Pertama kali Kez mengungkapkan perkataan itu. Perlahan Kez mencium dahinya dengan lembut. Seluruh badan Dara menggeletar. Kez tersenyum. Dia lupa semua persengketaan mereka. Dia lupa dia pernah membenci wanita ini.
                “You are so beautiful” dia memuji lembut sebelum kucupan ke dua singgah di mata. Dara masih membisu. Namun dia senang dengan perlakuan Kez ketika ini.
                “I think I’m falling in love with you” Dara tergamam. Kez memberi senyuman yang mencairkan hati. “Ah!” Kez terkejut dan Dara menggunakan kesempatan itu untuk  menolaknya hingga jatuh terduduk diatas lantai. Dara segera berdiri.
                “Dara baru teringat. Dara ada kerja”
                Dia bangun dengan pantas sebelum berlari naik ke atas. Kez memandang. Dia terkejut. Kemudian, dia menghamburkan tawa yang mengisi keseluruhan ruang bawah rumah. Tak sangka Dara guna taktik seperti ini. Isteri siapalah ini?

***************************************
                Dara turun ke bawah apabila terasa rumah sedikit sunyi. Hujung minggu begini selalunya mereka keluar beriadah. Namun memandangkan hari ini Kez hanya mahu berehat, Dara turutkan sahaja. Lagipun, banyak lagi draf yang harus dilihat sekarang ini.
                Dia menjengah di ruang tamu, kosong. Dia kemudian ke dapur. Kosong juga. Dara kehairanan. Kez keluar ke? Dia kemudian menjenguk ke luar. Kedengaran Kez sedang bersiul sambil mencuci kereta. Senyuman terukir.
                “Abang disini rupanya”
                Kez mengangkat muka melihat Dara di muka pintu. “Cari abang ke?”
                Dara menggeleng. “Dara rasa rumah sunyi  je tadi. Ingatkan abang keluar”
                Kez tersenyum. “Malam nanti ma ajak dinner” Dara mengangguk. Dia menyarung selipar kemudian keluar ke perkarangan rumah.
                “Nak Dara tolong?”
                Kez segera menghulurkan span kepadanya. “Amboi, macam tunggu orang tanya je ‘kan?”
                Senyuman diberi. Dara segera menggosok badan kereta tersebut dengan air sabun. Dia tersenyum mendengar Kez kembali bersiul. Sejak akhir-akhir ini, Kez semakin kerap pulang awal dan berehat dirumah. Jika ada telifon pun, dia pasti menyuruh mereka berbincang di waktu pejabat sahaja.
                “Abang” dia memanggil. “Ye”
                “Abang”
                “Ye sayang”
                “Abang” dia ketawa, kecil. Kez mengetap bibir. Baru dia perasan Dara sengaja memanggilnya. Budak ni nak kena agaknya. “Abang”
                “Ni abang awak” Dara terkejut apabila wajahnya disimbah dengan air paip. Kez ketawa, kuat. Comel sungguh bila Dara terkejut macam ni.
                “Abang!” kali ini panggilan itu naik satu nada. Kez masih ketawa. “Basah baju Dara” dia mendengus, geram. Bertuah punya suami. Kez menghampiri dan melihat Dara sedang mengelap wajahnya.
                “Sini”
                Dia menarik tangan Dara untuk lebih dekat. “Okay tak?”
                “Main macam budak-budak” dia membebel. Kez hanya tersenyum. Dia mengesat mata dan dahi yang sudah kering. Dalam diam Dara mencapai pili air berhampiran sebelum memberi senyuman.
                “Abang”
                “Ye sayang” Kez terundur ke belakang apabila disembur dengan tiba-tiba. Kali ini Dara pula yang ketawa. “Okay. This is war
                Dia berlari ke tempatnya semula dan mulai mengambil pili air. Dara sudah menyorok di bawah apabila Kez terus-terusan menyembur sehingga dia tidak sempat bangun untuk membalas balik.
                “Nak menyorok mana lagi hah?”
                Dara menjerit apabila Kez menghulurkan pili tersebut supaya kena ke badanya walaupun dia sudah menyorok. Dara berlari keluar ke bahagian rumput di perkarangan rumah. Kez masih terus menyerbu sehingga beberapa kali Dara tersedak akibat terminum air tersebut.
                “Abang. Stop. Dara tak boleh bernafas”
                Kez meletakkan pili di bawah. Dia melihat Dara terbatuk-batuk. Baru Kez tersedar dia sudah melebihi had. Kez menghampiri dengan pantas. “Okay tak ni?”
                Dara mengangguk namun dia masih terbatuk. “O…okay” mata juga sudah merah menyala. Kez menggeleng. Hilang akal ke kau, Kez? Nasib baik tak lemas isteri  kau!
                “Marilah masuk. Sejuk ni”
                Dia menarik tangan Dara masuk sebelum menyuruhnya duduk disofa. Kemudian, Kez berlalu ke bilik bawah sebelum keluar bersama tuala kecil.
                “Sini” dia menyuruh Dara menghadapnya sebelum dia menggosok rambut Dara dengan lembut. Dara terdiam. Hatinya berdebar. Tak pernah Kez seperti ini. Suasana diantara mereka tiba-tiba menjadi sunyi.
                “I’m sorry” dia mengucap perlahan. Dara mengangkat muka. “Awak okay ‘kan?” dia mengangguk sebelum tersenyum. Kez sedikit lega. Satu kucupan singgah di bibir Dara sebelum dia kembali mengeringkan rambut isterinya itu. Dara benar-benar terkejut. Dia tak sangka Kez akan buat seperti itu.
                Sekarang siapa yang lagi mat salleh ni? “My turn
                Kali ini, Kez pula duduk dan Dara mengelap rambutnya dengan lembut. “Kalau demam nanti, payah pula nak kerja” dia membebel sendiri. Kez hanya mendengar. Dia sangat bahagia. Semua yang Dara lakukan sentiasa buat dirinya berdebar.
                “Damia”
                “Hmm”
                “Thank you” Dara kehairanan. “Kenapa?”
                “Sebab bertahan dengan perangai buruk abang. Sebab tak putus asa dengan abang. Sebab untuk semua ini”
                Dara mengukir senyuman. Jika ini adalah hasilnya, semua itu dirasakan sangat berbaloi. Walaupun ini bukan Kez yang dahulu namun sekurang-kurangnya, Kez ini turut mencintai dirinya.
                “Nanti Dara nak minta pampasan untuk semuanya” dia mengusik. Kez tergelak kecil.
                Perlahan dia menarik Dara ke dalam pelukan. Dara terkejut namun dia semakin selesa. “Stay with me forever, will you?”
                Hatinya berbunga. “Till Jannah. Insya-allah

2 comments:

  1. Menjauhlah derita hadirkan bahagia.akak suka...tahniah dik

    ReplyDelete
  2. ohohoho...i really like this n3 after waiting it sooooooo longggg hokeyyyyyy....ahahhahaha...gud job gud job...tp dah abes ke??????

    ReplyDelete