Keesokan harinya, Dara dibenarkan pulang. Kez
sengaja ambil cuti untuk membawa Dara pulang. Zaid dengan senang hati
meluluskan cutinya sambil sempat memberi beberapa nasihat yang sangat berguna.
Kez tahu Zaid hanya inginkan yang terbaik untuknya.
Sebaik
kereta diparkir, Dara sudah membuka pintu kereta. Kez segera keluar mendapatkan
Dara. Dia memegang tangan Dara namun ditarik oleh isterinya. Kez kaget.
“Dara
boleh jalan sendiri”
Perlahan
dia melangkah menuju ke pintu rumah. Kez segera membuka dan Dara masuk. “Dara
nak berehat didalam bilik”
Dia
berjalan namun kepalanya tiba-tiba rasa berdenyut. Nasib baik dia sempat
memegang tiang tangga. Kez segera mendapatkan Dara “Awak okay?”
Dara
mengangguk. Dia ingin naik semula namun dihalang. Sekelip mata, tubuhnya
dicempung dan Kez membawanya naik ke atas. Dara terdiam. Hatinya berdebar.
“Abang
nak bawa Dara ke mana?” dia sedikit kalut apabila Kez membuka pintu biliknya
dan bukan bilik Dara. “Senang sikit abang nak jaga awak. Tak larat rasanya
abang nak berulang-alik dari bilik abang ke bilik awak”
Dara
terdiam. Kez membaringkan tubuhnya diatas katil sebelum menyelimutkan tubuhnya.
Suhu penghawa dingin juga diturunkan supaya tidak terlalu sejuk.
“Awak
berehatlah. Saya dah telifon Manda beritahu awak cuti hari ini dan esok”
Dara
hanya mengangguk. Matanya dipejam. Dia hanya mahu berehat tanpa memikirkan
apa-apa. Tanpa disedarinya, Kez mencium dahinya lembut.
“Sweet dream, sayang” dia mengucap
lembut. Hatinya terasa hangat.
************************************
“Damia.
Damia”
Sayup-sayup
dia mendengar suara Kez memanggil. Airmata mengalir. Sudah terlalu lama dia
tidak mendengar panggilan itu. Sudah terlalu lama suara itu tidak memanggil
namanya.
“Sayang”
mata dibuka perlahan. Dara memandang sekeliling. Dimana aku? Otaknya berfikir
sejenak sebelum semuanya kembali dirungkai. Dia menoleh ke kiri. Kez.
Senyuman
diukir. “Makan dulu”
Mangkuk
bubur dibawa hampir sebelum Kez menghulur sudu bersama bubur. Dara memandang. “Makanlah.
Awak perlu tenaga”
Perlahan
dia menjamah. Tekak terasa sakit. Kez kemudian menghulur air. Dara menghirup.
Tekaknya rasa lebih baik.
“Makan
banyak-banyak. Awak nampak kurus sangat”
Dara
memandang Kez. Kenapa dia terlebih prihatin? Bukankah lelaki ini membencinya?
Kez memberi senyuman apabila mata mereka bertembung.
“Sedap?”
dia menyoal apabila Dara menjamah suapan kedua. Dia hanya mengangguk. Hati
masih sakit dengan apa yang Kez lakukan padanya. Tak mungkin Dara lupa.
Beberapa
suapan, Dara menolak. “Kenyang dah?”
Dia
mengangguk. Kez meletakkan mangkuk bubur di atas meja lampu sebelum mengambil
ubat dan air yang dibawa bersama.
“Makan
ubat dulu”
Dara
hanya menurut. Tubuh yang berat dan lemah buat dia bergantung sepenuhnya kepada
Kez sekarang ini.
Kez
melihat Dara menelan ubat sebelum kembali berbaring. Dia segera menyelimut
tubuh isterinya itu. Sempat meletakkan belakang tangan di kepala Dara. Panas
sudah semakin berkurang. Kez menarik nafas lega.
“Tidurlah” dia mengusap kepala Dara dengan
lembut. Dara hanya mengangguk.
Tidak
menunggu lama, Kez melihat Dara sudah tertidur. Dia memerhati wajah tidur Dara
dengan agak lama. Benar cakap Zaid. Walaupun dia tidak mencintai Dara namun dia
tak berhak melukai Dara seperti ini. Sedangkan hatinya sendiri sakit melihat
Dara menangis. Kez pasti hatinya masih mengenali siapa yang dicintainya
walaupun mindanya kosong ketika ini.
************************************
Dara
tersedar apabila terasa tanganya sedikit lenguh. Dia memandang syiling. Sakit
kepala sudah hilang namun rasa panas didalam badan masih ada. Dia menoleh
memandang Kez yang tertidur sambil duduk. Hatinya menjadi hiba.
Pasti
Kez letih menjaganya semalaman. Tiba-tiba dia merasa sebak. Kenapa Kez? Kenapa
disaat saya mahu lepaskan awak, semua ini terjadi? Apa sebenarnya takdir kita
berdua?
Perlahan
tangan kiri diangkat. Dia mengusap rambut Kez dengan lembut. Mereka menyimpan
perasaan sejak sekolah. Berlarutan walaupun terpisah benua. Walaupun
masing-masing tidak meluahkan apa-apa, hati mereka seolah-olah sudah membuat
perjanjian. Walaupun jauh mereka terbang, akhirnya mereka kembali ke sisi
masing-masing juga.
Kelopak
mata bergenang. Sakitnya untuk melepaskan lelaki ini pergi. Tapi jika dia tak
bahagia disamping aku, untuk apa kami saling melukai satu sama lain? Airmata
turun perlahan. Dara rasa terlalu lemah sekarang. Bila membabitkan cinta,
Alessandara Damia tidak mampu menjadi kuat seperti selalu.
Hey Kez. I love you. I love you so much. I
love you too much that it hurts me a lot.
Dara
menghela nafas. Airmata diseka pantas apabila Kez bergerak. Dia berpura-pura
seperti baru bangun tidur. Kez menggosok mata. Leher terasa lenguh kerana tidur
seperti ini. Dia melihat Dara yang baru bangun.
“Morning” suara sedikit garau. Dara
memberi senyuman, hambar. Tanpa bicara, Kez meletakkan belakang tanganya
dikepala Dara.
“Dah
semakin kurang. Baguslah” dia bersuara sendiri. Dara hanya memandang.
“Sekarang, biar saya buatkan breakfast. Awak
tentu lapar kan?”
Senyuman
diukir. Dia bangun membetulkan tulang yang terasa lenguh. Dara memerhati dengan
rasa kagum. Walaupun baru bangun tidur, Kez masih kelihatan tampan dimatanya.
“Biar
Dara tolong”
Kez
menoleh. Dara menolak selimut sebelum turun dari katil. “Bubur abang masin sangat
semalam” dia bersuara datar. Kez kaget. Dara berjalan melintasinya dengan
selamba lalu keluar dari bilik. Kez tergelak. Patutlah sikit je makan. Ingatkan
tak lalu.
Mereka
sama-sama turun ke bawah menuju ke dapur. Dara hampir tidak berkelip melihat
keadaan dapur yang bersepah. Dia menoleh kearah Kez yang sekadar memberi
sengihan, nakal.
“Err,
abang kelam-kabut semalam. Sorry”
sebelah mata dipejam dan kedua belah tangan dirapat, memohon maaf.
Dara
menggigit bibir dari memberi senyuman. Kez kelihatan comel. Dia menghela nafas.
“Dara ingat abang berperang” dia menyindir sebelum menuju ke sinki. Kez
tersenyum sebelum membantu mengumpul periuk dan pinggan yang diguna dan
diletakkan ke dalam sinki.
“Biar
abang buat”
Dia
menolak lembut tubuh Dara. Isterinya itu kelihatan terkejut. “Abang yang
sepatutnya kemas. Awak duduk dulu. Hari ni kita nak masak apa?”
Dara
memandang Kez yang sudah membuka air pili. Akhirnya dia ambil keputusan untuk
duduk di kerusi meja makan dan memerhati Kez bekerja.
“Abang
nak makan apa?”
“Tak
kisah. Asalkan sederhana dan sedap”
Dara
mengangguk. Dia sedang membayangkan menu pada hari ini sebelum tersedar.
“Abang….tak kerja?”
Kez
menggeleng tak memandang. “Abang ambil cuti” dia menjawab tenang. Dara diam.
Dan segala yang terjadi malam itu mulai terbayang di minda. Kez perasan suasana
diantara mereka kembali sunyi. Dia menutup air sebelum menoleh memandang Dara.
“Abang
minta maaf”
Dara
kaget. “I hurt you. I am truly sorry for
that. Abang tak sepatutnya layan awak macam tu” Dara diam. Hatinya yang
terluka bukan mudah untuk dipujuk. Bukan dengan meminta maaf.
“Abang
cintakan dia?” Dara menyoal. Walaupun sakit tapi dia harus mengetahui hakikat
sebenar. Dia mahu tahu dimana kedudukanya didalam hati Kez sekarang ini. Kez
terdiam.
“Abang
tak pasti. Tapi abang selesa dengan dia. Abang tak bermaksud hendak duakan
Dara”
Abang
dah buat pun. Hatinya bersuara pedih. Dara menghela nafas. Setiap kali perkara
ini dibangkitkan, tubuhnya terasa tidak bermaya. Melihat Kez yang begitu hampir
namun tidak boleh dicapai. Melihat Kez yang sama namun tidak mencintainya. Dara
tak pasti mana satu yang melukai hatinya ketika ini.
“Abang
minta Dara masa untuk abang pastikan sendiri hati abang. Abang nak kenal Dara
dengan lebih rapat. Abang nak tahu apa yang buat semua orang cakap abang
mencintai Dara dulu”
Kez
menghela nafas. “Boleh Dara beri abang peluang tu?”
Dara
terdiam. “Macam mana dengan Eva?” Kez terkelu. Dia tak pasti dengan Eva. Dara
menahan rasa. Sakit sangat. Kalaula Kez boleh nampak hatinya ketika ini.
“Baiklah.
Dara boleh beri abang peluang itu. Dara akan buat abang jatuh cinta kepada Dara
semula. Dara akan pastikan abang jatuh cinta pada Dara semula”
Kez
tersenyum. Salah satu perkara yang buat dirinya tertarik adalah semangat juang
Dara. Tak pernah dia lihat Dara lemah kecuali malam itu. Mungkin benar Dara
sudah penat. Namun sekarang Dara sudi memberinya peluang kedua.
“Thanks” senyuman diukir. Dara membalas
hambar. Dia tahu dirinya bodoh. Dia tahu Kez hanya akan melukai hatinya sahaja.
Tapi Dara tak mahu mengalah. Dia mahu apabila sampai satu saat nanti, hatinya
sendiri akan menolak Kez tanpa rasa sakit lagi. Buat masa sekarang, dia mahu
melindungi apa yang sudah menjadi miliknya sahaja.
************************************************
Langkah
Jas terhenti melihat wanita bertudung merah jambu itu sedang menghirup kopi
sambil merenung ke luar tingkap. Hampir dia tak percaya jika tidak dilihat
dengan mata sendiri. Perlahan kakinya menghampiri meja wanita itu.
“Dara?”
Dia
menoleh. Senyuman diukir. “Hai Jas” suaranya sedikit ceria. Sudah lama tidak
bertemu Jas kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.
“Apa
dah jadi pada kau?” dia terus menyoal. Dara sedikit terkejut. “Apanya?”
“Kau
ambil dadah ke?”
Dara
menampar lengan Jas. Suka benar mengusik. Jas memandang tajam sehingga Dara
jadi tak selesa. “Kenapa you tengok I macam orang bersalah je ni?”
Jas
mengeluh. Dia tahu pasti sesuatu berlaku kepada Dara sehingga berat badan
temanya ini turun dengan mendadak.
“Kau
ada masalah ke?”
Dara
tersenyum sambil menggeleng. Masalah rumahtangganya tidak harus diberitahu.
Termasuklah Jas. “I diet. You tak tahu ke?”
Jas
tidak ketawa. Dia sangat risau. Dara dah macam mayat hidup sekarang ini. Dahulu
pun Dara kurus tapi tak adalah sampai cengkung macam ni. “Kau tahu lambat-laun
aku pasti dapat tahu juga kan?”
Dara
terdiam. Dia tahu dirinya tak boleh simpan apa-apa rahsia dari Jas. Mereka
berkawan terlalu lama sehingga Jas mampu meneka apa yang dialami olehnya tanpa
diberitahu.
“I
okay. Jangan risaula”
Dia
menghirup kopi yang dipesan. “You nak minum apa? I panggil waiteress”
Jas
memberi pesanan sebelum dia kembali memandang Dara. Dia masih tak puas hati.
“Kenapa you tiba-tiba nak jumpa I ni? You nak kahwin ke?” dia mengusik.
“Merepek
je kau. Aku nak jumpa bestfriend aku
yang sibuk mengalahkan perdana menteri. Tak boleh ke?”
Dara
tersenyum. You memang comel la, Jas. Tapi tak boleh beritahu depan-depan, nanti
Jas cekik lehernya. “You rindu I ye?”
Jas
mencebik. Perasan sungguh anak mat salleh ni. Dara tersenyum. Jas mengingatkan
Dara pada Judy. Tiba-tiba dia rindu Judy. Perbualan terakhirnya dengan Judy
berakhir dengan Judy merajuk. Sehingga sekarang Judy masih tidak
menghubunginya.
“Minggu
depan, ma nak buat tahlil untuk arwah nenek aku. Kau tolong beritahu abang.
Jemput sekali nenek. Ma suruh kau orang berdua ambil cuti lama sikit”
Dara
mengangguk. Dia pun dah lama tak menghubungi ma dan nenek. Dara berharap sangat
mereka memahami dirinya yang sememangnya sangat sibuk.
“Nanti
I beritahu Kez” senyuman diberi. Jas hanya mengangguk. Pesananya tiba dan Jas
menghirup sedikit. “Dara”
“Kenapa?”
“Are you happy?”
Dia
kaget. Jas memandang tepat kearah matanya. “Kenapa tiba-tiba tanya soalan gaya
polis ni?” dia ketawa namun kedengaran kekok. Jas hanya diam. Dia tahu Dara
sembunyikan sesuatu darinya.
“Kau
dah banyak berubah sejak berkahwin. Aku rasa aku dah hilang sahabat aku, Alessandara
Damia yang dulu”
Dara
rasa terpukul. Jas menghela nafas. “Dara, aku mungkin adik abang. Tapi aku juga
sahabat baik kau. Kalau abang salah, tak pernah aku menangkan dia hanya kerana
hubungan sedarah. I will hate him if he
hurt you. Kau dan abang tiada beza untuk aku. Aku sayang kau macam aku
sayang abang”
Dia
diam memandang Jas. “Apa yang jadi? Apa yang abang dah buat sampai kau jadi
macam ni?” dia menyoal lagi. Dara tahu dia dah tak mampu menukar tajuk lagi.
Jas akan mendesak sehingga mendapat jawapan yang dia puas hati.
“I caught him having an affair with Eva”
sekali nafas dia menuturkan semuanya. Jas tergamam. Abang ada hubungan sulit
dengan Eva? Betul ke? Dara menahan rasa. Hatinya sudah hancur. Dia hanya
bertahan dengan serpihan yang masih bernyawa. Dia bertahan dengan cinta yang
masih ada.
“Betulke?”
semuanya terasa terlalu mengejutkan. Tak mungkin abang sanggup buat macam tu.
Abang yang Jas kenal bukan seperti itu. “Mereka masih di peringkat awal” dia
menjawab, tenang. Jas memandang Dara. Hatinya sayu. Dia tahu betapa terlukanya
Dara jika dilihat dari fizikal Dara sekarang. Kasihanya kawan aku.
“Sebab
itu kau sampai macam ni?”
Dara
tersenyum. “I makan hati, Jas” dia menjawab, perlahan. Jas tak terkata apa. Dia
rasa bersalah lihat Dara macam ni kerana abang. Mengenangkan abang, terasa nak
hantuk kepala kembarnya itu sekarang juga. Jas geram. Walaupun Kez abangnya
tapi itu tak bermakna Jas akan menyebelahi Kez. Lebih-lebih lagi dalam hal
macam ni. Dia juga seorang wanita seperti Dara yang pasti terluka jika suami
punya hubungan sulit.
“Kenapa
kau tak beritahu aku? Kenapa kau simpan semuanya?” dia menyoal, kesal. Dara tak
pernah berubah sejak mereka berkenalan waktu zaman sekolah. Jika tidak
diberitahu Judy, pasti Jas tak tahu ibubapa Dara sudah meninggal dunia. Samalah
keadaanya seperti sekarang ini.
“Ini
hal rumah tangga I, Jas. Tak sepatutnya I ceritakan pada you”
Jas
terdiam. Itu memang benar. Tapi kalau dah teruk macam ni, rasanya perkara ini
tidak harus dibiarkan. Eva! Perempuan tak guna. Sejak zaman sekolah, perempuan
itu tak habis-habis menyakitkan Dara. Sekarang walaupun tahu abang sudah
berkahwin, dia ingin menjadi perosak rumahtangga orang pula.
*********************************
“Ye,
boleh saya bantu?”
Kehadiranya
disambut oleh penyambut tetamu. Jas tersenyum. “Yes. May I see miss Eva?”
“May I know your name, miss?”
“Jasmin
Alwani”
Penyambut
tetamu itu mengangkat telifon dan mendail nombor sambungan Eva. “Hello cik Eva.
Disini saya ada cik Jasmin Alwani ingin berjumpa dengan cik”
Penyambut
tetamu itu diam seketika. Dia memandang Jas. Tanpa bicara, Jas merampas telifon
yang dipegang. Jas memberi senyuman mengatakan semuanya tak apa-apa.
“Oh yes. You have to see me right now. Kalau
kau tak mahu aku buat kecoh disini baik kau jumpa aku sekarang juga!”
Dia
meletakkan semula ganggang ditempatnya. Jas memandang penyambut tetamu itu yang
kelihatan masih terkejut. Senyuman diukir. “Jangan risau. Kami kenal sejak
sekolah lagi. Saya main-main je tadi”
Penyambut
tetamu itu sekadar mengangguk. “Pejabat cik Eva tingkat berapa ye?”
“Tu….tujuh
belas”
Jas
mengangguk, mengucapkan terima kasih dan berlalu kearah lif. Dia menekan butang
17 dan menunggu. Jika Dara tidak mampu, biar dia sendiri yang buat. Dara dan
abang adalah keluarganya. Jika ada orang luar yang mahu menjadi penganggu, dia
harus menghapuskan orang itu dengan segera!
Apabila
dia tiba di tingkat 17, Jas menghampiri penyambut tetamu dihadapan pejabat.
“Saya ada appointment dengan cik Eva”
“Silakan.
Bilik cik Eva sebelah kanan”
“Thanks” langkah diatur tanpa
mempedulikan matayang memandang. Sebaik tiba dihadapan bilik Eva, pintu
diketuk. Jas membuka sebaik mendengar suara Eva menyuruhnya masuk.
“Kau
rupanya. Jemputlah” dia bersuara, tenang. Jas menggeleng. Dia kesini bukan mahu
berbual ataupun minum kopi dengan Eva. Jas punya misi penting demi kebahagiaan
2 orang yang disayanginya.
“Tak
perlu. Aku ada hal penting nak cakap dengan kau”
Eva
menghela nafas. Dia memandang Jas sebelum mengangguk. “Cakaplah. Apa yang
penting sangat sampai kau ugut aku di tempat kerja aku”
Jas
ketawa, sinis. Sungguh talam dua muka. Terasa mahu ditampar-tampar sahaja muka
plastik itu. “Kau mungkin dah tahu. Telinga aku ni sakit mendengar kisah kau
dengan abang aku. Kisah cinta kalian berdua yang buat aku muntah”
Eva
terdiam. Namun dia cuba berlagak selamba. Eva sudah bersedia dengan semua ini.
Namun dia tak sangka Jas yang akan berjumpanya. Bukanya Dara. “Aku ingatkan kau
dah berubah. Aku ingat kau dah matang. Tapi kau masih sama. Tak berubah!”
“Apa
kau nak cakap sebenarnya ni? Aku takda banyak masa sangat nak layan kau tahu
tak?”
Jas
mengetap bibir. Perempuan ni. “Sejak bila kau jadi muka tak tahu malu menangih
cinta suami orang? Mana maruah kau? Kau dah terdesak sangat sampai suami orang
pun kau nak?”
Eva
tergamam. Suara Jas yang tinggi menyakinkan Eva bahawa pekerja di luar
pejabatnya juga boleh mendengar. “Apa kau cakap?”
“Sejak
bila kau ambil alih title jadi
perosak rumahtangga orang pula? Kau dah bosan dengan title perempuan tak tahu malu ke?”
Hatinya
bagai dihiris. Wajah terasa dibakar mendengar tuduhan Jas. “Kau ni dah gila ke?
Datang pejabat aku tuduh aku macam-macam? Aku kacau rumahtangga kau ke? Yang
kau sibuk sangat kenapa?”
“Aku
takkan sibuk kalau orang itu bukan abang aku dan kawan baik aku!”
Eva
terdiam. Jas memandang, geram. Nasib baik mereka ditempat orang. Kalau tidak,
pasti nahas si Eva ni dikerjakanya. “Kau tahu apa yang Dara lalui? Kau pernah
lihat tak keadaan dia sekarang? Dia pernah satu sekolah dengan kau. Dia pernah
kenal kau. Sampainya hati kau buat dia macam ni ‘kan?”
“Apa
yang kau tahu? Aku dahulu kenal Kez. Aku dahulu yang luahkan perasaan pada dia.
Tapi Dara yang tak berbuat apa-apa yang dapat semuanya. Kau pernah rasa
peritnya bila lihat orang yang kau tak cinta bahagia dengan musuh kau sendiri?”
“They are married now! Apa yang tak kena
dengan kepala otak kau sekarang ni hah? Aku tak peduli apa kisah silam kalian
berdua tapi abang dan Dara sudah berkahwin. Bahagian mana lagi yang kau tak
faham? Hebat sangat ke luka kau sampai sanggup runtuhkan rumahtangga sahabat
kau sendiri!”
Eva
terdiam. Dia tak mampu membalas apabila Jas menuduhnya seperti itu. Dia rasa
terhina namun Eva cuba buang perasaan itu. Demi cinta, dia tak kisah diberi
panggilan apapun.
Ketukan
di pintu membuatkan mereka menoleh. Jas melihat abang membuka pintu. Dia
mendengus. Airmata Eva segera mengalir. Dia berlari mendapatkan Kez di pintu.
Dia tak peduli dengan mata pekerja yang memerhati. Eva hanya perlukan Kez.
“Jas!
Apa kamu buat dekat sini? Sampai luar abang dengar suara kamu”
Jas
memandang Eva yang memaut lengan Kez. Hatinya sakit. Sekarang dia faham apa
yang Dara rasa. Eva memang pandai berpura-pura. “You too look great together huh?” dia menyoal, sinis. Kez terdiam.
Dia memandang Eva disebelah.
“Maafkan
saya kalau menganggu tapi rasanya lebih baik cik keluar sekarang sebelum saya
panggil pengawal. Cik dah buat kacau disyarikat saya sekarang ni”
Jas
memandang lelaki berkot disebelah abang. Dia memberi senyuman. “Jangan risau.
Saya akan pergi tanpa perlu dihantar. Saya cuma nak lihat muka perampas yang
tak tahu malu dan mahu merosakkan rumahtangga orang lain ni je!”
Dia
memandang tajam kearah Eva. Jas berlalu berhadapan dengan abang. Dia
benar-benar kecewa. Dia tak pernah sangka abang akan berkelakuan seperti ini.
“You such a fool. How dare you hurt her?! Dia
lepaskan semuanya demi abang. Dara lupakan impianya sendiri demi abang. Abang
memang tak sedar dek untung!”
Jas
berlalu selepas berpuas hati. Entah kenapa dia berkelakuan seperti ini. Namun
hatinya terluka lihat keadaan Dara. Terasa mahu menangis dihadapan Dara sewaktu
melihatnya hari tu.
Zaid
menggeleng. Keadaan dah semakin teruk. Tapi siapa wanita ini? Yang pasti, dia
bukan Dara. Zaid yakin dia bukan Dara. “Siapa dia Kez? Macam mana dia boleh
datang buat kecoh dekat sini?”
Kez
menarik tanganya yang dipegang Eva. Dia mengeluh. “Adik aku” dia menjawab,
lemah. Zaid terkejut. Adik? Berbeza benar dengan sikap Kez. Dia kemudian
mendengar bisikan di belakang. Zaid menoleh. “Semuanya bersurai dan buat kerja
masing-masing”
Mereka
menurut walaupun suara-suara sumbang masih kedengaran. Zaid memandang Eva yang
mengesat airmata. Dia tak merasa kasihan. Eva yang mencari nahas. Untunglah
adik Kez tak buat lebih dari menjerit tadi. Kalau tak, tentu keadaan lebih
teruk.
“Kau,
ikut aku. Eva, awak ambil cuti hari ni. Berehatlah dirumah”
****************************************
Zaid
duduk dikerusi. Dia memandang Kez yang masih berdiri dengan rasa kekok. Zaid
mengeluh. Dia kasihan lihat Kez namun Kez juga bersalah dalam hal ini. Walaupun
Zaid tak pasti kenapa adik Kez marah sangat dengan abangnya tadi.
“Duduklah.
Nak jadi tunggul ke?”
Kez
menarik kerusi lantas duduk. Zaid meletakkan kedua belah tangan diatas meja.
Dia menongkat dagu bersama keluhan. Tak tahu nak mula dengan apa bila lihat
wajah Kez yang muram. Pasti Kez malu sangat sekarang ni.
“Sekarang
kau dah lihat apa yang terjadi? Aku rasa macam aku aktor sampingan dalam drama
Melayu tadi”
Kez
masih diam. Zaid menggeleng. “Kez!” lelaki itu memandangnya. “Putuskan hubungan
kau dengan Eva dan pulang ke pangkuan isteri kau. Ini nasihat aku sebagai
sahabat kau!”
“Id”
“Aku
cuma tersasar. Tak harus perbesarkan hal ini. Aku sendiri masih tak pasti apa
hubungan aku dengan Eva. Aku sendiri tak sangka perkara ini akan jadi seperti
ini”
Zaid
mengangguk. Dia tahu Kez hanya tersasar. Sebab itulah dia mahu sedarkan Kez
ketika dia masih boleh diselamatkan. “Habistu? Apa yang adik kau marah sangat?
Aku ingat tadi dia Dara yang dah berubah”
Kez
menyandarkan tubuhnya dikerusi. “Dara adalah kawan baik dia sejak sekolah lagi.
Jas tak ada adik-beradik perempuan jadi Dara sudah dianggap seperti keluarga
sendiri. Lukai Dara sama seperti aku lukai Jas”
Zaid
mengangguk. Patutlah. Namun dia tertarik melihat Jas mempertahankan Dara
walaupun Kez adalah abangnya. Pasti Dara sangat penting sehingga dia sanggup
bersemuka dengan Kez tanpa mempedulikan orang disekeliling.
“Jadi,
apa rancangan kau? Jangan sampai dia datang serang Eva untuk kali kedua. Kalau
itu terjadi, aku akan terpaksa lepaskan salah seorang daripada kalian berdua.
Kau tahu kau dan Eva adalah asset syarikat kan?”
Kez
meraup wajahnya dengan pelbagai perasaan. Dia sendiri masih terkejut dengan
suara lantang Jas tadi. Tak pernah Kez sangka Jas akan ambil tindakan seperti
ini.
“Jangan
risau. Aku tahu apa aku nak buat” senyuman diukir. Zaid mengangguk. Mungkin Eva
benar-benar mencintai Kez tetapi lelaki ini sudah berkahwin. Dara lebih berhak.
Kerana itulah Zaid memilih untuk disamping Dara ketika ini.
“Kau
pun baliklah. Aku tahu kau perlukan rehat. Berehatlah dekat rumah kau. Aku
taknak dengar apa-apa lagi selepas ini”
*********************************
“Boss” dia mengangkat muka. Manda memberi
sengihan.
“Ada
orang nak jumpa” Dara mengerut dahi. “Siapa?”
“Marilah”
dia memanggil. Dara menggeleng sebelum menurut. Dia keluar dari pejabat menuju
ke ruang utama kedai. Dia terkejut melihat Kez menoleh sebelum memberi
senyuman.
“Dia
cakap dia suami boss”
Dara
tergamam. Kez kelihatan tampan dengan
baju kameja berwarna biru, tali leher yang dilonggarkan dan lengan baju dilipat
hingga ke siku.
“Kita
pernah berjumpa waktu fashion show hari
tu, Manda. Saya juga yang telifon awak beritahu Dara ambil cuti hari tu”
Manda
baru tersedar. “Oh ya tak ya ‘kan? Saya lupa pula. Hai, saya Manda” dia
menghulur tangan dengan senyuman. Nasib baik suami boss. Kalau tak, awal lagi aku kebas. Kacak sungguh. Sesuai sekali
dengan boss.
“Saya
Kez” mereka bersalam sebelum ketawa. Kez kembali memandang Dara yang masih
terkejut. Dia menghampiri sebelum mengusap pipi Dara dengan lembut. Dara segera
tersedar. “Awak okay tak ni? Kenapa nampak pucat sangat? Demam lagi ke?”
Dara
tergamam sehingga tidak mampu menjawab. Kez tergelak. Dara nampak comel. Manda
menguntum senyuman. Kez dan Dara nampak sangat secocok. “Manda, boleh saya
pinjam boss awak?”
Manda
tersedar. Dia segera mengangguk. “Jangan risau. Awak boleh pinjam sampai
bila-bila pun. Saya tak kisah”
Dara
menjegil mata. “Manda!” temanya itu hanya tersengih. “Pergilah. Nanti lewat
pula”
Kez mengenggam tangan Dara.
Isterinya itu terkejut. Mereka berpandangan seketika sebelum Kez memberi
senyuman dan membawanya keluar dari butik.

No comments:
Post a Comment