Gambar mama bersamanya di Gold Coast ditenung lama.
Senyuman yang sungguh ikhlas. Sekelip matanya semuanya direnggut tanpa belas
ihsan. Dara menghela nafas. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa mama tak pernah
mahu pulang?
Dahulu,
tak terfikir nak tanya. Mungkin sebab dirinya selesa dengan ada mama dan Judy
sahaja. Sekarang bila mama takda. Bila dia terpaksa duduk dirumah ini. Semuanya
mulai bermain di minda.
Why are you doing this to me, mom?
Rasa
kesal menjengah. Kenapa mama tinggalkan dirinya hadapi semua ini? Berdepan
dengan keluarga yang kononya kisahkan dia. Jika mereka benar-benar peduli,
mereka akan mencarinya. Mereka akan cuba menghubunginya.
Petang
tadi, keluarga paklong dan maksu sudah berangkat. Maksu kembali ke Perancis
sementara Paklong di Australia. Hanya tinggal dia dan Judy sahaja. Itupun
minggu depan mereka akan kembali ke New York semula.
Apa
kemelut keluarga mereka sebenarnya? Dia sendiri tak pasti. Nenek tak membuka
mulut. Dia pula tidak mahu bertanya. Nak salah siapa? Mama tak pernah bawa dia
pulang. Jika tidak kerana album yang disimpan, Dara takkan tahu dia punya
keluarga di Malaysia.
“Dara”
suara Judya terdengar di balik pintu. Dia menghela nafas. “Go away!”
Judy
diam. Dia tahu Dara terluka dan perlu sendirian. “Its dinner time. Turunlah makan sekali. Nenek tengah tunggu you”
Tawa
kecil dilepaskan. Tunggu? Selama ini nenek kisah ke dia makan apa di sana?
Nenek kisah ke samada dia rindu nenek ataupun tidak. Mereka semuanya hanya
berpura-pura. Pentingkan diri sendiri.
“I’m not hungry” dia membalas selepas
agak lama membisu. Judy mengeluh. Keras sungguh Dara kadangkala. Tapi Judy tak
salahkan Dara. Jika dia ditempat Dara, mungkin dia akan lakukan perkara yang
sama.
“Kalau
lapar, you turun. I akan suruh maid simpan
makanan untuk you”
Dara
meletakkan bingkai gambar tersebut diatas meja sudut bilik. Tak sabar nak balik
New York. Tinggalkan semua ini dan mulakan hidup baru. Walaupun tanpa mama.
Mahupun papa. Asalkan Dara punya Judy. Dia yakin dirinya mampu berdikari dan
teruskan hidup.
***************************************************************************
Dia
mengerut dahi. Nenek tak tidur lagi? Jam di dinding hampir pukul 2 pagi. Dia
menarik kerusi dapur dan duduk dihadapan nenek.
“Jude?”
Dia
tergelak. “Panggil saja Judy, nek” nenek memberi senyuman. “Nenek ingat Jude
nampak lebih moden”
Judy
sekadar menggeleng. “Nenek tak tidur lagi?”
“Nenek
dahaga tadi. Itu yang datang dapur minum air”
Gelas
dihadapan sedikit kosong. Dia mengangguk. Pasti nenek risau pasal hal petang
tadi. Judy melihat nenek menghabiskan air didalam gelas.
“Judy
minta maaf pasal Dara”
“Tak
apa. Nenek faham dia masih keliru”
Judy
diam. Dara. Dia yang kenal lama pun tak mampu menduga. “Dia anak tunggal, nek.
Dekat New York, kawan boleh kira dengan jari. Dara tak reti berkawan. Dunia dia
hanya ada mama dia”
Entah
kenapa, dia tidak mahu nenek salah-sangka. Dara tidak seperti yang mereka
sangka. Mungkin sekarang emosi Dara masih tidak stabil. “Nenek tahu Dara gadis
yang baik. Mungkin masih kekok dengan keluarga sendiri”
“Sejak
kecil, dia tak pernah balik. Dara ingat nenek tak kisah tentang dia. Mama dia
pula langsung tak mahu membuka kisah mengenai nenek dan yang lain. Sebab itulah
Dara sangka nenek tak sayang dia”
“Judy”
dia memandang. “Nenek mana yang tak sayang cucu. Lebih-lebih lagi cucu yang
dipisahkan berbelas tahun lama”
Judy
mengangguk. Namun kenapa D masih taknak pulang? Dari apa yang dilihat, nenek
bukanlah seorang wanita yang tegas mahupun keras. Apa sebenarnya masalah anak
beranak ini?
“Dia perlu masa. Dara masih terkejut. Tapi Judy
yakin dia akan mampu menerima semua ini” Nenek mengangguk. “Betul ke Judy nak
bawa Dara pulang semula?”
“Itu
rancangan asal. Sekarang, Judy tak pasti. Kami tak punya sesiapa lagi disana”
Nenek
diam. “Judy”
“Ye
nek”
“Nenek
nak cucu nenek semula” Judy diam. Permintaan nenek buat Judy serba-salah. Siapa
dia untuk tentukan keputusan yang terbaik untuk Dara. Selama ini, semuanya D
yang uruskan. Dan Dara pula kelihatan tidak kisah.
Sekarang,
D dah takda. Dirinya adalah penjaga Dara. Kalau dia buat keputusan untuk Dara,
agak-agak Dara akan mengamuk tak? Susahnya nak buat keputusan. Judy mengeluh,
berat.
***********************************************************************************************
“What the hell are you
talking about?”
“Dara”
Judy mencerun memandang. Dara diam sekejap namun darahnya tetap mendidih. “Are you out of your mind? The flight is
tomorrow. Did you cancel it?”
“I akan cancel nanti”
Dara meraup wajah, cuba menahan emosi ketika ini. Sah Judy dah kena
sampuk sejak datang Malaysia. “The plan
is we’re going back to New York after 2 weeks. We’re not living here. I want to
go home”
“This is your home”
“This is not my home!” Suasana semakin tegang. Baju sudah separuh dikemas.
Beg pertama juga hampir siap. Tiba-tiba Judy dan dan bawa berita yang buruk
ini.
“Your home is where your family at, Alessandara”
Dara
diam. “I’ve no family. Did you forget?
Both my parents are dead!” dia mengetap bibir, geram. “Yes. But you still have you grandma. Your paklong dan maksu. Your
cousin”
“The hell with them. I don’t care”
“Alessandara
Damia!”
Suara
Judy sudah naik satu kod. Judy bila marah, nama penuhnya akan disebut. Dara
mendengus. Tetap tidak berpuas hati. Dia duduk diatas katil dengan rasa sebal.
“Listen. This is the time. Don’t make the
same mistake your mom do. You’ve lost a lot since then. Sekarang masa untuk
betulkan semuanya”
“For what? They never did anything for me.
They never try to find me. They never
called. Kenapa I harus ubah semuanya jika keadaan sekarang adalah yang terbaik?”
“Sometime, things happened for a
reason, Dara. Everybody makes mistake and they learn. They deserve second
chance. Sebagai yang lebih muda, tak salah untuk you mengalah. Keadaan
sekarang bukan yang terbaik, Dara. You akan hilang keluarga you jika you terus
begini”
Dara memandang lama. “I dah hilang keluarga I, Jude. Lama dahulu”
Judy duduk disebelah tanpa jawapan. Dia tahu Dara marah. Namun
permintaan nenek sangat sukar untuk ditolak. Nenek benar-benar mahu menebus
kesalahanya kepada Dara dahulu. Sebagai orang luar, dia tiada hak untuk membuat
keputusan bagi pihak mereka.
“Dara”
bahu dipegang, lembut. Dara tidak berkutik. “Alessandara” dia memanggil lagi.
Dara menghela nafas. “Bagi peluang. Berlajar memaafkan. You dah tak ada sesiapa
lagi dalam dunia ni. Tebus kesalahan mama you yang tak mampu jadi anak yang
baik untuk nenek”
“This is not where I’m belong, Jude. Tolong
jangan paksa I. Ini yang terbaik untuk kami semua. I’m hurt. Deeply. They are not my family. My mother is the only family
that I have”
“Dara”
Helaan
nafas dilepaskan. Judy dah tak mampu kata apa-apa. Dia tahu Dara akan berkeras
seperti ini. Namun dirinya rasa bersalah dengan permintaan nenek.
“Apa
kata you try untuk setahun. Kalau you
tak mampu, kita akan pulang”
Dara
menoleh. Seriously, Jude? Bahagian
mana keputusan I yang you tak faham? “Please,
Dara. For me. I nak you happy”
“Jude, you know that I love you”
Dia
mengangguk. “Tapi I takkan ubah keputusan I” Dara memandangnya, serius.
Langsung tidak berganjak. Judy mengeluh. Nak cakap apa lagi? Dara sendiri beria
tak mahu.
“You
ni……keras kepala sungguh” dia mendengus. Dara hanya mampu memberi senyuman,
hambar. Biarlah Judy nak marah pun. Nak kata keras kepala ke. Kejam ke. Dia
yang merasa semuanya. Judy tak rasa bila dia dibuang oleh keluarga sendiri.
Judy tak rasa bila mama meninggal dan dirinya sendirian sahaja didunia ini.
Judy tak rasa semua itu.
“Jangan
cancel flight kita”
Dia
sempat berpesan. Judy mengangguk, lemah. Dia kemudianya bangun dari katil
dengan rasa lemah. Maaf nek. Judy tak mampu nak pujuk Dara. Mungkin semua ini
berlaku kerana kedegilan D dahulu. Jika tidak, Dara takkan seperti ini. Takkan
sekeras ini.
******************************************************************
Suasana di lapangan terbang lengang. Mungkin bukan
cuti sekolah agaknya. Masih ada setengah jam sebelum flight mereka. Dara duduk di kerusi bersama headphone dan galaxy note di tangan. Judy ke bilik air.
“Dara” dia menoleh melihat nenek di bawah
memandang. Tanpa reaksi, dia membawa beg tarik menuruni tangga.
“Dara nak balik ke?” nenek menyoal, sayu. Dia mengangguk.
Hati dikeraskan.
“Dara ada sekolah. Judy perlu uruskan syarikat mama. Kami
memang kena balik”
Wajah nenek berubah. Dara sedar tapi dia bukan tak
nampak. Mereka tak pernah bertemu. Ini kali pertama. Dia seharusnya tidak
mempunyai apa-apa rasa.
“Judy kata kamu taknak tinggal disini”
Diam. Dara memandang ke atas. Mana Judy ni? Tak reti turun
ke?
“Dara ada banyak perkara yang perlu diuruskan
disana” nenek mengangguk, lemah.
Hatinya rasa sedih. Kenapa? Mereka tak pernah rapat. Kenapa tiba-tiba nenek
sedih lihat dia pergi?
“Your ticket” huluran tiket kapal terbang
dari Judy buat dia terkejut. Dara segera mengambil dengan senyuman.
“Lapar
ke?”
Dia
menggeleng. Dara ingin cepat-cepat naik flight
dan kembali ke New York. Tak sabar nak pulang ke rumahnya. Tapi tentu akan
sunyi. Mama dah takda. Judy tinggal di apartment lain. Sayunya bila teringatkan
hal itu nanti.
Judy
duduk disebelah. Dia berharap sangat Dara akan ubah fikiran. Tapi rasanya tak.
Awal pagi tadi Dara dah bersiap untuk balik. Langsung tiada rasa kesal.
D,
ini ke yang you nak? Anak you hilang nenek dia. Sama seperti you hilang mama
you dulu. Tiba-tiba rasa geram. Baru sekarang dia rasa D pentingkan diri. D
buat Dara rasa mereka tak punya sesiapa kecuali satu sama lain. Tapi sekarang,
D dah pergi. Dara akan sentiasa bersendirian jika mereka pulang ke New York.
“Jude”
dia menoleh. “Zach akan ambil kita di JFK” senyuman diberi. Judy hanya
mengangguk. Dara, Dara. You benar-benar gembira ke?
“Dia
membebel sebab I balik tak beritahu. Katanya dia nak bercuti dekat sini”
Judy
melihat Dara sibuk membalas tweet dari
Zachary. Kenapa dia yang tak gembira? Dia menghela nafas. Judy dikejutkan
dengan bunyi telifon bimbitnya.
“Hello”
“Ini
telifon Cik Judy Rania ke?” suara
lelaki kedengaran. Dia mengerut dahi. Takda nama, hanya nombor sahaja. “Ye
saya. Siapa ni?”
Dia
diam mendengar penjelasan lelaki itu. Tubuh terasa lemah dengan tiba-tiba. Ya
Allah. Telifon hampir jatuh mendengar berita yang disampaikan.
“Dara”
Judy menoleh. Dara menarik headphone yang
dipakai. Judy menahan diri yang sedang menggeletar ketika ini. “What wrong? You okay tak ni?”
Judy
menggeleng. “Nenek you” dia bersuara, terketar-ketar. Dara hairan. “Heart attack. Sekarang ada dekat ICU.
Katanya kritikal”
Dia
tergamam. Nenek? Heart attack?
Airmatanya Judy gugur tanpa ditahan lagi. Dara masih tenang walaupun jantungnya
berdegup kencang.
“Kita
kena balik” dia bersuara, tegas. “Tapi…”
“Dara!”
suara Judy tegas. Dara terkejut. “I cakap kita balik. Now!” dia bangun bersama beg galas dan troli. Nasib baik bagasi
masih tak disimpan. Dara tak mampu membantah lagi.

No comments:
Post a Comment