2 hari cuti hujung minggu dan selepas peristiwa itu berlaku,
Thea kembali ke kolej seperti biasa. Tapi sebaik menjejak kaki di kawasan
kolej, dia terasa seperti binatang di zoo yang ditenung oleh pengunjung yang
datang.
Semua
merenungnya seperti mahu ditelan hidup-hidup sehingga dirinya menjadi tidak
selesa. Thea tak endahkan pandangan itu dan meneruskan juga langkahnya ke
bangunan khuliah.
“Dia yang
kena propose dengan Q kan?” suara
dibelakang menyoal.
“Iyalah.
Budak biasiswa” mereka ketawa serentak.
“Tak adalah
cantik sangat. Macam manalah pihak produksi pilih dia” terasa menikam dihati
tanpa sempat dihalang.
Thea
menahan sabar mendengar mereka yang sengaja mengumpat agar dirinya mendengar.
Pasti sebab Q hari tu.
“Tak sangka
gatal juga dia kan? Aku ingatkan takda perasaan pada lelaki”
“Iyalah. Q propose terus je terima. Memang dasar
perempuan tak tahu malu!”
Dia terasa
tangan ditarik tiba-tiba. Thea sedikit terkejut sebelum dia melihat Nas berdiri
dihadapanya dengan wajah sedih.
“Kenapa kau
tak balas? Kenapa kau diamkan je?”
Mata terasa
hangat. Hatinya sendiri sakit mendengar hinaan mereka. Macam mana Thea boleh
diam je? “Kau nak suruh aku tumbuk mereka? Bergaduh? Aku taknak keruhkan
keadaan. Mereka dah benci aku. Setakat mengata macam tu, tak beri kesan pada
aku sebenarnya”
Nas
mendengus. Sejak bila Thea lemah ni? Sebelum ni Thea tak benarkan sesiapapun
menghinanya seperti itu.
“Betulke
apa yang diaorang cakap? Kau jadi watak utama rancangan realiti bersama MARS?
Bukan kau tak terima ke waktu itu?”
Memikirkan
itu, hatinya terasa panas tiba-tiba. Mereka semua sengaja membuat dirinya dalam
keadaan serba-salah untuk menerima semua ini. “Tak. Aku dipaksa terima” Nas
terkejut. “Terpaksa?”
“Sudahlah.
Aku malas nak fikir. Aku gerak kelas dulu” dia berlalu tanpa menoleh lagi. Nas
memandang dengan pelbagai tanda tanya.
**************************************
“Nak pergi
jumpa isteri ke?” Mika mengusik sebaik pintu dibuka dan melihat Q disolek oleh
Tish dan kumpulan kecilnya.
“Macam mana
radio?” dia menyoal sebaik melihat dirinya terbaring di atas sofa sambil
memejam mata. “Penat. Rasa nak tercabut anggota badan”
Tish ketawa
kecil. “Kamu buat latihan sampai pukul berapa?”
“5. Pukul 7
terus ke Era. Nasib baik tak tertidur depan mic
je tadi”
Dia menahan
kuap dan mata yang terasa sangat berat ketika ini. Nasib baiklah tiada jadual
untuknya hari ini kecuali radio. Selesai, Q bangun melihat dirinya dicermin.
Dia membelek kiri dan kanan dengan wajah serius.
“Tak overdress ke?”
Bersama wife beater putih, cardigan berwarna hitam dan seluar jeans biru, Q risau jika dirinya
terlalu bersiap semata-mata mahu bertemu gadis itu. Mika membuka sedikit
matanya sebelum menguntum senyum.
“Oh ya. Kau
tak cerita lagi pasal isteri kau tu. Macam mana? Dengar cerita, awal lagi dah
naikkan darah Reza”
Q hanya
tersenyum. Dia kemudian membetulkan rambut yang diturunkan ke bawah kali ini.
“Dengar cerita, sedikit dingin. Tapi akak rasa dia menarik” Mika bingkas bangun
sebaik mendengar pendapatan Tish.
“Akak dah
jumpa dia?”
Tish
menggeleng. “Reza dan Q sahaja yang pernah jumpa dia. Kamu tak lihat cara Q propose dia hari tu? Episod pertama dah
keluar tahu?”
Mika
mencebik. Buat teruja je akak ni. Ingatkan dah jumpa. Kalau sekadar tengok di
tv, semua orang pun boleh cakap. “Busy la
kak. Nak tidur pun tak sempat inikan pula nak tengok tv. Bukanya macam orang
tu”
Mereka
menoleh kearah Q yang masih berdiri di cermin. Tish hanya tersenyum. Mika pula
menggeleng. Parah sungguh. Tahulah dah lama tak keluar dengan perempuan. Tak
pernah tengok Q teruja sampai macam ni.
“Pendapat
kau?”
Q menoleh.
“Hah?”
Mika hampir
menepuk dahi sendiri. Takkan dah angau kawan aku ni? Baru jumpa sekali kot.
“Dia okay ke?”
“Okay” dia
menjawab, tenang. Q memakai jam tangan yang diberi. “Menarik. Bila nak kenalkan
dengan kami?”
“Aku pun
baru jumpa dia sekali. Tapi aku rasa tipis. Sebab aku dulu pun dia tak kenal.
Inikan pula korang bertiga”
Mika
tergelak. “Serius? Dia tak kenal kau? Ketua kumpulan MARS?”
Tish turut
ketawa. Q mengangguk. “Apa yang boleh aku cakap, dia ada watak yang sangat
menarik. Tengoklah dulu nanti. Kalau ada ruang, aku kenalkan pada korang semua”
Mika
kembali membaringkan dirinya diatas sofa. Sedikit cemburu melihat kegembiraan Q
ketika ini. Memandangkan mereka bermula diusia muda, banyak yang dikorbankan demi
mencapai tahap sekarang. Untungnya Q.
“Aku gerak
dulu. Kalau Acap dan Dhani balik, mulakan latihan”
“Yes, cap” mata tertutup rapat dan
dirinya sudah berada dialam mimpi.
*********************************
“Kalau
tambah lagi sejam kelas law, memang
aku sendiri daftar diri masuk Tanjung Rambutan”
Sara memaut
bahu Nas dengan rasa tak bermaya. Segala-galanya berpusing di minda sehingga
dirinya terasa berpinar-pinar. “Tapi kau ‘kan kesayangan Puan Ainin. Apa ada
hal?”
Jelingan
maut diberi. Nas ketawa. Dia sendiri hampir hidrasi kerana hampir 2 jam
menghadapi law sambil menghafal
kes-kes penting. Kenapalah naik sem 5 ni, subjek semakin susah?
“Thea”
Temanya itu
menoleh. “Nak pekena cendol Joe tak? Dah lama kot tak lepak sana” Thea diam
sekejap. “Jomlah, Thea. Aku pun dah lama tak makan cendol tu”
Nas memaut
lengan Thea disebelah. Hari ni mama ambil Tirah jadi dirinya punya masa sebelum
waktu kerjanya bermula. Akhirnya dia mengangguk. “Yeay. Jom naik kereta aku”
Mereka
berjalan keluar dari bangunan khuliah. Kerana asyik berbual, mereka langsung
tidak mnyedari suasana kolej yang sedikit kecoh dengan suara pelajar perempuan.
“Nak makan cendol pulut dengan pulut ayam dia. Memang terbaik wa cakap lu”
“Ni selera
naga ke?” Nas menyindir, selamba. “Bukan selalu. 6 bulan kot aku diet tak makan
benda-benda tu”
Mereka
tergelak mendengar jawapan Sara. “Patutlah kau nampak kurus sikit” Thea
menambah, selamba. Sara tarik muka. “Derhaka
huh?!”
Q melihat
gadis itu masih berjalan dan berbual tanpa menghiraukan dirinya. Keadaan
menjadi sedikit kekok dengan kamera dan pelajar yang mengekorinya. Bertuahlah
aku dapat isteri yang tak kenal suami sendiri. Baru 2 hari, takkan lupa kot?
“Thea”
terasa seperti namanya dipanggil. Langkah dihenti sebelum dia menoleh. Kaget
sekejap dia melihat lelaki itu tampan berdiri macam model dan hanya memberi
senyuman. Thea tak mampu melihat wajahnya dengan jelas dek cahaya matahari yang
membahang.
“Suami kau
dah cari tu” Sara menyindir sebelum ketawa. Thea sempat mencubit lengan Sara
dan temanya itu terus terdiam. “Sakitlah oi!”
Q melangkah
menghampiri gadis itu. Suara-suara tidak puas hati kedengaran walaupun kurang
jelas. Senyuman masih dibibir. “Hai. Baru habis kelas ke?”
Hah? Dia
memandang sekeliling. Rasanya cakap dengan aku. Oh ya, aku ‘isteri’ dia. Thea
mengangguk. “Baguslah. Saya datang nak jemput awak sebenarnya” Thea tergamam.
“Ke...napa?” Sara hampir menepuk dahi Thea yang tiba-tiba lurus bendul sekarang
ni.
“Er, boleh
saya ambil isteri saya semula?”
Awww, hati
tiba-tiba rasa cair macam coklat sekarang ni. Sara dan Nas segera mengangguk.
Kalaulah mereka ditempat Thea. Kalaulah Thea tahu betapa beruntungnya dia? “Ambil
la. Buatla apa awak mahu. Kalau taknak pulangkan pun takpa”
Thea
menoleh, memberi pandangan tajam kepada mereka namun 2 orang temanya itu hanya
tersengih. Q tersenyum. Nasib baiklah ada kawan baik macam mereka. Nak harapkan
ice princess ni, aku berdiri tengah
panas pun, dia buat tak tahu je.
“Marilah.
Panas ni” tanpa bicara dia menarik tangan Thea melewati kelompok pelajar yang semakin
ramai. Jeritan semakin kuat akibat tindakanya sehingga sukar untuk mereka
menghampiri Alphard hitam yang sudah menunggu di luar kawasan kolej.
**************************************
Masuk
didalam kereta, Thea dikejutkan dengan kamera yang tergantung di dashboard hadapan, di tepi tingkat dan dibelakang
tempat duduk pemandu dan sebelah pemandu. Kagum sekejap dia melihat kamera yang
banyak sehingga tersenyum.
Q turut
tersenyum. Cantik. Kenapa jarang sangat senyum? Dia sengih sendiri. Rasa macam
tak percaya apabila diusia 22 tahun, dirinya sudah berkahwin dengan isteri yang
langsung tidak dikenali.
“Ehem”
Thea segera
tersedar. Senyuman semakin pudar sebelum dia menoleh memandang lelaki
disebelah. Ini ke Q? Waktu di konsert, dia tak nampak dengan jelas sangat.
Waktu di kedai pun sama kerana lelaki ini kelihatan tergesa-gesa.
Q diam
sekejap. Memang terasa kekok kerana ini kali pertama mereka berduaan tanpa
sesiapapun kecuali pemandu. “Kenalkan dengan pengurus MARS, Reza. Awak kenal
‘kan?”
Reza
menoleh sekejap sebelum Thea mengangguk. “Maaf kerana berkasar tempoh hari”
Reza hanya tersenyum. Tak adalah macam ice
princess sangat sekarang. Mungkin waktu itu angin dia tak baik agaknya.
“Baiklah.
Saya perkenalkan diri dahulu. Saya Qhalid Ryan ataupun Q. Saya akan menjadi
suami awak” tangan dihulur dengan senyuman. Thea sedikit ragu. Suami? Rasa
macam ada yang tak kena dengan gelaran tu.
“Thea.
Fathea Husna”
Q
mengangguk. Thea? Comel je nama. Patutlah Reza panggil Thea. Semua orang
panggil dia Thea. Dia kemudian mengeluarkan 2 buah telifon bimbit dari poket
seluar. Thea memandang, hairan. “Memandangkan kita sukar untuk berkomunikasi,
saya serahkan salah satu daripada telifon pasangan ini pada awak”
Dia
mengambil telifon yang dihulur sambil membelek. Kali pertama dirinya melihat
telifon bimbit yang diberi. Dia bertambah kagum. Tak tahu pun wujud telifon
macam ni. Terasa dirinya sangat ketinggalan zaman ketika ini.
“Kalau awak
rindukan saya ataupun perlukan seseorang untuk berkongsi masalah, awak boleh
dail 1. Awak akan disambungkan terus kepada saya”
Thea
mengangguk seperti anak kecil. Q tersenyum. “Baiklah. Ini mission pertama awak berdua sebagai pasangan suami isteri”
Q mengambil
kad yang dihulur. Thea turut membaca. “Adakan parti untuk ahli kumpulan suami”
Dia segera memandang Q. Lelaki itu hanya mampu ketawa. “Kami baru jumpa 2 kali.
Nak host parti terus?” dia menyoal
dengan rasa tidak percaya.
Thea juga
mengangguk. “Kami tak kenal pun lagi” dia bersuara, perlahan. Q pula
mengangguk. Kemudian mereka berdua mengeluh. “Nampaknya kita kena beli barang.
Awak reti memasak?” dia memandang tepat kearahnya sehingga Thea jadi tak
keruan.
“Rasanya”
sejak kecil sememangnya dia diajar untuk berdikari memandangkan dirinya harus
menjaga Tirah yang masih kecil manakala mama dan papa sibuk bekerja. Q
mengangguk. Jadi, sekarang mereka hanya perlu singgah ke Tesco dan membeli
barang sahaja.
“Kita nak
buat parti dimana?” dia menyoal lagi. Q baru tersedar. “Ha ah. Kami ada rumah
ke?” dia menyoal kearah PD yang bertanggungjawab.
“Kamu
berdua akan disediakan rumah palsu terlebih dahulu sehingga perkahwinan kamu
semakin stabil dan diberi rumah yang betul”
Mereka
tergelak bersama. “Rumah palsu sambil perkahwinan stabil? Biar betul? Arghhh.
Gila aku macam ni” Q menaikkan sleeve
cardigan hingga ke paras siku dengan rasa geram. Thea hanya diam walaupun
otaknya sedang berfikir banyak ketika ini.
*************************
Sebaik
tiba, mereka segera dipakaikan dengan mic
sambil dibantu oleh kru produksi yang sentiasa mengekori mereka. Pengalaman
seperti ini sememangnya kali pertama buat Thea yang selama ini sekadar menjadi
remaja biasa dan tidak dikenali sesiapa pun.
“Okay?”
lelaki itu menyoal. Thea hanya mengangguk. “Recording
start in 1, 2, 3” kamera dihala kepada mereka. “Mari?”
Mereka
bersama berjalan masuk kedalam ruang tingkat 2 Tesco. Kehadiran kemera
membuatkan perhatian semua orang terhala kepada mereka. Kemudian apabila
menyedari bahawa Q adalah artis yang terlibat, remaja perempuan mulai berkumpul
dan mengekori mereka.
Mereka
bergerak ke tingkat 3 sebelum Q mengambil troli berhampiran dan mereka
bersama-sama melihat barang yang dijual. “Kita nak pergi barang basah terus?”
dia menyoal sambil memerhati sekeliling. Thea sekadar mengangguk.
Mereka
bersama bergerak ke tempat basah yang terdapat dihujung bangunan. Thea berhenti
sekejap melihat barang basah yang dipamerkan. Q tersenyum. “Tak tahu nak beli
apa?” dia menyoal bersama tawa kecil. Thea segera mengangguk.
Q menghela
nafas. “Memang susah. Selalu kalau parti orang buat apa?” dia menoleh kearah
isterinya. Kalau isteri tak tahu, apa yang suami nak tahu? Terasa nak ketawa
pun ada. Mereka masih terlalu muda untuk perkara seperti ini. Ditambah pula
dengan sikap Thea yang sukar mesra. Pasti ‘perkahwinan’ mereka akan lebih sukar
selepas ini.
“Keropok.
Air gas. Kek. Spaghetti”
Tiba-tiba
Thea tersenyum. Q mengangguk. “Ye. Kita buat itu je. Senang. Lagipun, ahli
kumpulan saya tak kisah. Apa sahaja yang boleh dimakan dia orang bedal je”
Kata-kata Q
berjaya membuatkan Thea tergelak. Mereka kemudian berlalu ke bahagian ayam dan
memilih ayam yang diingini. Kemudian mereka ke bahagian spaghetti. Thea memilih
barang yang diperlukan sebelum mereka berlalu ke bahagian snek dan keropok.
“Awak tak
suka makan apa?” tanpa menoleh Q menyoal. Mungkin dengan cara ini mereka boleh
lebih mengenali satu sama lain. “Sayur” dia menjawab pantas. Kemudian baru
tersedar. Q sudah tersenyum.
“Sayur?”
dia memberi sengihan, nakal. Thea segera berpura-pura sibuk memilih barang
sementara dia mendengar Q ketawa. Sabar Thea. Jangan malukan diri sendiri.
Selesai,
mereka membawa troli ke kaunter pembayaran. “Thea” Q menarik tangan Thea yang
asyik membelek barang tanpa menghiraukan sekeliling. “Orang nak lalu” dia
menoleh dan melihat seorang lelaki sedang menunggu kerana jalanya dihalang.
“Maaf” dia
hanya tersenyum sebelum meneruskan perjalanan. “Awak macam ni, saya rasa saya
perlu lebih memerhati awak”
Thea
terdiam. Jantungnya berdegup sekejap namun Thea segera menepis. Mereka hanya
berpura-pura. Tidak seharusnya punya apa-apa perasaaan.

pendek huhuhu.....
ReplyDeletenak lg.
ReplyDelete