-Miss
Dara, I’ve sent you the e-mail draft for our winter collection-
Ya
Allah. Semangat jatuh dengan segera. Hampir 200 draf yang harus diteliti satu
per satu. Hasil kajian selama 2 bulan oleh pasukanya. Dara membuka fail yang
pertama. Dress. Ada hampir 50 jenis pilihan rekaan, jenis
kain dan aksesori yang dipadankan.
Terasa
hendak pitam sekarang. Dia pantas mencapai diari sebelum mencatat perkara yang
ingin diubah mahupun ditambah. Hampir 3 hari tidak bekerja. Memang wajarlah
bertimbun-timbun kerja menunggu. Ini pun nasib baik tidak berada di New York . Lepas semua
draf dikelaskan, dia harus turun ke kilang pula untuk memilih kain yang sesuai.
Siapa kata jadi pereka fesyen glamour? Mereka tak tahu usaha disebalik setiap
helai baju yang dihasilkan.
Telifon
bimbitnya berbunyi. Dara mengangkat sebaik melihat nombor luar negara.
“Yes?”
“It’s me” Judy bersuara. Dara mengangguk
seolah-olah Judy dihadapanya ketika ini. “Anything
happen there? Semua okay ‘kan ?”
“You
balik sini esok kan ?”
Dara
terkedu. Dia melihat kalendar yang di gantung di dinding. Ya Allah. Cutinya
tamat lusa. Dara terdiam. “Jude” dia bersuara setelah agak lama. “Jangan cakap
you taknak balik sini”
Bull’s eye. “For your company sake, Dara. Setiap kali you balik sana , pasti ada sahaja
sebab you taknak pulang kesini. Mungkin selepas ini I perlu halang you dari
balik sana agaknya”
Dara
terkejut dengan suara keras Judy. “I ada sebab I, Jude” dia berharap sangat
Judy akan mengerti. “Sebab apa? Nenek ataupun Kez? I tahu wedding you 2 bulan lagi. Tapi kami disini berusaha demi you. Tak
boleh ke you berkorban sedikit demi kami?”
Dia
rasa tersindir. Dara sedar Judy banyak membantunya. Tapi dia benar-benar ingin
duduk disini sekarang ini. Lebih-lebih lagi dengan keadaan Kez.
“Kez
kemalangan, Jude”
Judy
terdiam. Dara menghela nafas. “Dia hilang ingatan” hatinya sakit. Mereka bakal
berkahwin 2 bulan dari sekarang tapi Kez langsung tak ingat apa-apa. “Dia tak
ingat I langsung” mata sudah bergenang. Kedengaran Judy menghela nafas.
“Macam
mana boleh berlaku?”
“Kepala
dia mengalami hentakan kuat waktu kemalangan berlaku. Doktor juga lakukan
pembedahan di kepala untuk mengeluarkan darah beku. Either one of them is the reason he lost his memories”
Dia
dah takda mood nak buat kerja. “How about you. You okay? Nak I kesana?”
Judy menyoal, risau. Dara menggeleng. “I
need you to stay there. Mulai sekarang I akan uruskan syarikat kita dari
sini. You akan mewakili I untuk semua meeting
mahupun interview. It’s about time
I’ve to let go something for him. He needs me more”
Dara
berharap Judy faham. Kez sudah banyak berkorban deminya. Sekarang adalah
giliran Dara pula. “You nak lepaskan semuanya demi dia? Demi Kez yang langsung
tak mengingati you?”
“I love him, Jude” Judy terdiam.
"Dia lebih
penting daripada segalanya. I tahu you akan faham suatu hari nanti bila you
jatuh cinta. Letting go something for him
is not a big deal if you really love him. I taknak kehilangan Kez”
Judy
diam. Dia tahu dia tak mampu memujuk Dara lagi. Apabila Dara dah buat
keputusan, tiada apapun yang mampu mengubahnya. “I don’t know what to say. I tahu you fikirkan yang terbaik untuk
masa depan you”
Senyuman
diukir dengan rasa lega. “You sentiasa boleh pulang kesini, Jude. You tahu I
akan sentiasa rindu you ‘kan ?”
Judy
tergelak. Dia kemudian mengeluh. “Oh,
Dara. I hope he’s really worth it. I taknak you menyesal di kemudian hari. In case anything happen, you’re always
welcome to come back here. You know righ?”
“Yes, I know. Thanks a lot, Jude” dia
berharap semuanya akan berjalan lancar disana. “I hanya tanggung kerja you
disini. Ambil la sebanyak mana masa yang you perlukan. D&D CEO will always be you”
Panggilan
dimatikan selepas beberapa minit. Dara menghela nafas. Adakah ini keputusan
yang terbaik? Adakah dirinya takkan menyesal? Dara memandang bingkai gambar
dirinya dan Kez sewaktu majlis pertunangan mereka.
He’s worth it. I yakin.
*****************************************************
“Hai Dara” ma
menyambut di muka pintu dengan senyuman. Dara turut tersenyum. “Ma nak kemana
ni?”
“Ada kerja sikit. Kamu datang jenguk Kez?”
Dara mengangguk.
“Sekarang waktu dia makan tengah hari. Boleh kamu tolong bantu dia?”
Dia kaget seketika
sebelum mengangguk. “Ma jangan risau. Dara jaga Kez.”
Ma mengukir
senyuman. “Terima kasih, Dara”
Sebaik menghantar
ma keluar, Dara berlalu ke ruang dapur. Kelihatan maid sedang menyiapkan makanan untuk Kez.
“Non Dara udah
datang?”
“Makanan Kez dah
siap?” dia menyoal. “Udah non. Tinggal dibawa ke atas aja”
“Kalau macam tu,
biar saya bawa”
“Emang enggak
apa-apa, non?”
Dara tersenyum.
“Tak apa. Ma suruh saya jaga Kez hari ini”
Sumarti memberikan
dulang makanan kepada Dara. Kakinya terus dibawa ke bilik Kez. Pintu diketuk
beberapa kali.
“Masuk”
Dengan penuh
bersusah-payah dia membuka pintu bilik lelaki itu. Bukanya nak tolong buka.
Ingat diri anak raja ke? “Lambatnya, kak
Ti. Saya dah lapar tahu tak?”
Kez kaget. Eh,
budak ni lagi? Dara memberi senyuman. Kez mengeluh. “Hari ni, saya akan jaga awak. Ma ada kerja.
Sumarti dah pergi pasar”
Kez diam. Dia
melihat sahaja Dara meletakkan makan diatas katil. Kez masih tidak faham kenapa
Dara beria-ia menghampirinya. Mereka benar-benar bertunang ke? “Taknak makan
ke?” Dara menyoal.
“Nak makan macam
mana?”
Dia menayangkan
tanganya yang berbalut. Dara terlupa. Tapi berbalut je. Bukanya simen. Memang
anak manja sungguh. Dara mengambil pinggan sebelum menceduk nasi menggunakan
sudu. Dia kemudian menyuap kearah Kez. Lelaki itu menjamah tanpa banyak soal.
“Sakit ke?” Dara
menyoal apabila mereka hanya membisu sedari tadi. “Sakit apa?”
“Tangan dengan kaki
tu?”
“Biasa je”
Dara memandang Kez
yang tidak mahu mengangkat muka. Kez sangat berubah. Seolah-olah mereka pernah
bermusuh dahulu.
“Kez” dia
memanggil, lembut. Lelaki itu mendengus. “Nak apa lagi ni? Tak elok kita berdua
dalam bilik macam ni tahu tak?”
Dia terdiam. Tak
habis-habis ulang benda yang sama. Memang awak tak suka sangat ke saya duduk
berdekatan awak? “You tak ingat langsung ke?” dia menyoal walaupun sudah
mengetahui jawapanya. Kez memandang. Dia merenung jauh sebelum menggeleng.
“Tak. Mungkin awak
tak penting sebab itulah saya tak ingat”
Hatinya bagai
ditusuk anak panah. Sekali tapi sangat perit. Dara menahan rasa. Tak penting?
Kalau tak penting, awak takkan tunggu saya selama 4 tahun! Kalau tak penting,
hubungan yang bermula sejak sekolah ini takkan berakhir di jinjang pelamin!
Hati rasa geram, tiba-tiba.
“Nasib baiklah awak
lupa ingatan, Khairul Muslim” dia bersuara, perlahan.
“Kenapa semua orang
beria suruh saya ingat awak? Awak siapa sebenarnya? Huh?”
Sabar, Dara. Dia
betul-betul tak ingat. “Saya tunang awak” Kez menjuling mata. Itu tahulah.
Sejak setiap kali buka mata, ma dan Jas akan ingatkan kenyataan itu.
“Macam mana saya
boleh jatuh cinta pada awak?”
Dara terkedu. Tak
pernah pula tanya pada Kez dahulu? Kalau diri sendiri tak tahu, takkanlah aku
nak tahu pula? “I tak tahu. Tanyalah diri you sendiri”
Kez diam. Dahinya
berkerut memikirkan sesuatu. Dara memandang. Kez nampak comel. “Peliknya. Saya
langsung tak ingat apapun tentang awak”
Dara menghela
nafas. Dia sedikit kecewa. Kez memandangnya. Dia turut keliru. “So, nama awak Dara ke?” dia menyoal
lagi. Dara mengangguk. Kez hentam gelak sampai terbaring-baring diatas katil.
“Hahaha. Dara. Hahaha”
Dara mengetap
bibir. Kez ni betul-betul sakit atau pura-pura. Dara menahan sabar. Kalau
sekadar luka dan tidak bersimen, nahas dah tubuh kurus dihadapanya ketika ini.
“Interesting. Pelik tapi menarik. Apa
nama penuh awak?”
“Alessandara Damia”
Kez diam seketika.
“Saya panggil awak Damia la. Dara macam tak proper
sangat”
Dara kaget. Selama
inipun, hanya Kez sahaja yang memanggilnya Damia. Dara mengangguk, bersetuju.
Kez kemudian mendekatkan wajah mereka secara tiba-tiba. Dara tergamam.
“Hmmm” dia menoleh
ke kiri dan kanan seperti menilik sesuatu.
“Saya cuba
cari sebab apa saya suka awak sampai kita bertunang. Tentu ada sesuatu pada awak
yang buat saya jatuh cinta ‘kan ?”
Dara tidak mampu
menjawab. Jantungnya terasa nak keluar dari badan sahaja ketika ini. Kez
memberi senyuman. Cantik. Itu memang tak dinafikan. Tak nampak muka melayu pun.
Kacukan ke tunang aku ni?
“Awak mix eh?”
Dara mengangguk.
Patutlah. Kez menjauhkan wajahnya semula. Barulah Dara mampu menarik nafas
lega. Cayalah kau, Kez. Sekali dapat anak mat salleh. Dia memuji diri sendiri.
“Jas cakap kita
kenal waktu sekolah”
Angguk lagi. “Macam
mana?”
Dara diam sekejap.
Nak cerita ke? Nanti terkejut pula dia. “You hentam kepala I dengan bola basket sampai pengsan” Kez terbeliak.
Sampai pengsan? Kuat sangat ke? Tanpa sedar, dia menjadi risau. “Dan berdarah juga” Dara menambah. Sengaja
mahu buat Kez bersalah.
“Serius?”
Dara mengangguk,
serius. Kez berganjak sedikit, takut kalau Dara ingin membalas dendam. Dara
tersenyum. Jika tidak mengetahui Kez sekarang lupa ingatan, pasti Dara masih
merasakan Kez sekarang adalah Kez yang dahulu.
“Waktu sekolah, you
selalu buli I. Mentang-mentang la waktu itu I baru je balik Malaysia ”
Dia mengecilkan
mata dengan wajah geram. Kez menggaru kepala. Betul ke? Kenapa aku tak ingat
apapun? “You sengaja betting dengan I
makan asam pedas. Sebab you kata anak orang putih macam I mana tahan pedas. Tapi
masalahnya, asam pedas tu pedas sangat”
Kez tergelak. Dara
tersenyum. Perhubungan yang bermula kerana rasa sakit hati apabila dicabar.
Siapa mampu menyangka kisah mereka begitu panjang?
********************************************************
Dara kembali
setelah hampir 3 jam berbual. Kez masih sama kecuali dengan kenyataan bahawa
semua tentang diri Dara telah dilupakanya. Adakah semua yang berlaku ada hikmah
disebaliknya?
“Baru balik?” nenek
menegur dari sofa. Dara hanya memberi senyuman, hambar. Dia kemudian duduk
disebelah nenek sebelum melentokkan kepala di bahu nenek.
“Macam mana Kez?”
Semangatnya jatuh
tiba-tiba. Bagaimana nak hadapi tunang yang melupakan tunangnya sendiri?
Bagaimana nak menghadapi Kez yang tidak mengingati apapun tentang mereka?
Sekuat-kuat Dara, keadaan seperti ini tidak pernah dihadapi olehnya.
“Dia masih tak
ingat Dara, nek”
Dara melepaskan
keluhan. Disaat mereka hampir berkahwin. Kenapa semua ini berlaku? “Sabarlah.
Nenek yakin kalau kamu sentiasa disisi dia, Kez akan mulai ingat sedikit demi
sedikit”
Pujukan nenek tidak
mampu menenangkan hati Dara. Dia mengeluh lagi. “2 bulan lagi kami nak kahwin.
Macam mana kalau Kez taknak kahwin dengan Dara?”
Nenek menoleh. “Kez
cakap dia taknak kahwin dengan kamu ke?”
“Tidaklah. Itu
andaian Dara”
Nenek menarik nafas
lega. Dara menyandarkan tubuh di sofa. Bagaimana dengan hubungan mereka
sekarang? Bagaimana dengan perkahwinan yang bakal berlangsung? Otaknya terasa
sakit memikirkan semua itu.
“Nenek dah bercakap
dengan Puan Maria. Dia mahu teruskan juga perkahwinan kamu. Lagipun, Kez sudah
semakin pulih. Nenek rasa takda masalah pun nak teruskan perkahwinan ini”
Dara terdiam. Tapi
Kez nak ke? Aku nak hampir pun, dia dah tarik muka empat belas. Tadi boleh
berbual pun kira bersyukurlah. Sejak Kez hilang ingatan, lelaki itu melayanya
seperti seorang musuh. Kalau diikutkan rasa, sudah banyak kali hatinya terluka.
“Kenapa ni?” nenek
menyoal, risau. Dara nampak tidak gembira. Ada sesuatu yang merunsingkan cucunya ini ke?
“Dia nak ke kahwin
dengan Dara, nek?” dia menyoal, lemah. “Dara nak dekat pun tak boleh. Kez macam
benci sangat dekat Dara, nek. Macam mana kami nak kahwin kalau Kez langsung tak
ingat apa-apa tentang Dara?”
Nenek diam
seketika. Dia memandang Dara dengan rasa simpati. Terlalu banyak dugaan yang
cucunya ini hadapi. Dia bersyukur sangat bila Dara mampu hadapi semuanya dengan
tabah. Tapi kadangkala nenek risau. Dia takut Dara berpura-pura tabah dihadapanya
tetapi diri sendiri sangat menderita.
“Insya-Allah. Nenek
yakin Kez akan ingat kamu semula”
Keyakinan nenek
tidak membantu. Dara hampir putus asa ketika ini. Tapi mengenangkan 6 tahun
hubungan yang terjalin, dia kuatkan semangat. Bukan senang untuk mereka
bersama. Dara takkan lepaskan Kez dengan mudah. Biarlah Kez nak benci ke, nak
menyampah ke, nak tarik muka ke. Dara akan kuatkan semangat.
“Nek!”
“Dara nak cepatkan
tarikh perkahwinan kami”
Nenek terkejut. Dia
melihat Dara mengangguk dengan penuh yakin. “Kamu yakin?”
“Sangat yakin!”
senyuman bersemangat diberi. Takdir mereka kali ini, biar Dara yang tentukan!
******************************************************
Kez kembali ke
pejabat selepas hampir seminggu bercuti. Ma dah bising sebab risau dirinya
belum benar-benar pulih. Tapi Kez tahu dirinya. Kemalangan yang berlaku
tidaklah teruk mana. Mungkin kaki masih bersimen tetapi luka kecil yang lain
sudah sembuh sepenuhnya.
“Hoi budak simen!”
dia menoleh. Zaid menayang gigi, tersengih. Kurang asam jawa punya kawan. “Kau
penah rasa tendangan budak simen?” dia memandang, geram. Zaid ketawa. Dia
kemudian berjalan menghampiri Kez. Dengan tongkat pun masih nak datang kerja. Workaholic sungguh budak ni.
“Macam mana kau?
Sihat?”
Kez mengangguk.
“Tunggu buka simen je sekarang”
Zaid memandang.
Masih tampan. Nasib baiklah muka tak apa-apa. Kalau tak, hilang asset termahal.
Dia senyum sendiri. “Aku musykil sebenarnya”
“Kenapa?”
“Kau ni betul-betul
hilang ingatan ke? Aku tengok kau sama je”
Kez menghela nafas.
Ya. Dia pun rasa dirinya masih seperti dahulu. “Aku ingat semuanya kecuali
seseorang”
Zaid terkejut.
“Siapa?”
“Dara”
“Dara? Tunang kau?”
dia menyoal, pantas. Kez terkejut. Zaid tidak terkata apa-apa. Biar benar? Kez
lupa tunang sendiri? “Kau biar betul, Kez? Kau lupa tunang kau sendiri?”
Kez mengangguk.
Kenapala semua orang seperti tadi kehidupanya kecuali dirinya sendiri? “Kenapa
semua orang cakap dia tunang aku? Aku langsung tak rasa apa-apa pun pada dia”
Zaid hampir membesarkan mata. Takda perasaan? Dahulu
punya angau sampai sanggup skype di
tempat kerja. Sekarang, dah takda apa-apa rasa pula. Pelik sungguh. “Kau jangan
buat gila. Kalian kawan sejak sekolah menengah. 2 bulan lagi kalian kahwin,
tahu?”
Kali ini, Kez pula
terkejut. “Kahwin?” Zaid mengangguk. Takkan benda penting ini pun dia lupa?
“Apahal dia orang tak beritahu aku apa-apa?”
Zaid hampir menepuk
dahi sendiri. “Kau tahu sejak hari pertama kalian bertunang, Kez. Tolonglah!
Kau lupa semua yang berkaitan Dara ke?”
Kez terdiam. Dia
berkahwin dengan Dara yang langsung tak dikenali? Ingat ini zaman P Ramlee ke,
kena kahwin paksa macam ni?
“Takkanlah parents aku nak suruh aku kahwin dengan
orang yang aku tak kenal? Kau ni merepeklah, Id”
Zaid menggeleng.
Dia mengeluh, berat. Rasa nak ketuk kepala Kez sekarang ini. “Habistu? Kau nak
membantah? Kau dah gila?”
“Apa salahnya? Aku
lelaki dewasa yang boleh buat keputusan sendiri. Aku takkan berkahwin dengan
perempuan yang aku tak cinta”
Zaid terkejut. Kez
nampak serius. Takkan Kez nak batalkan perkahwinan dan pertunanganya dengan
Dara? “Kau betul-betul tak ingat dia ke?”
Kez menjuling mata.
Dia sudah bosan dengan soalan yang sama. Penting sangat ke Dara tu? Kalau
penting, tentu dia takkan melupakan kewujudan gadis itu! Tapi itu bukan masalah
sekarang. Kez harus bertindak untuk batalkan perkahwinan yang akan berlangsung.
Mereka tidak boleh memaksanya seperti budak kecil.
****************************************************
Tiba dirumah, dia
mendengar suara orang bergelak-tawa di ruang tamu. Kez menghela nafas sebelum
menghampiri ruang tamu. Pa, ma, Jas dan budak tu sedang berbual sambil ketawa.
Tanpa menegur mereka, Kez melintasi mereka.
“Kez” damn. Dia menoleh kearah mereka. “Baru
balik?” ma menyoal, lembut. Kez mengangguk. “Kez naik dulu, ma”
“Nanti dulu” pa
pula bersuara. Kez menghela nafas. Dia benar-benar letih. “Kez nak rehat, pa.
Letih sangat ni”
Dara memandang
sambil menahan rasa. Kez buat seolah-olah dia tak wujud ketika ini. “Mari duduk
dulu. Kami akan hal nak bincang dengan kamu” suara tegas pa buat dia mengalah.
Kez mengatur langkah menuju ke sofa sebelum duduk bersebelah dengan Jas.
“Ada apa ni?” dia
menyoal dengan rasa sebal. Matanya menangkap wajah tak puas hati Dara. “Ma
dengan pa panggil Dara kesini. Kami bersetuju untuk percepatkan perkahwinan
kamu berdua”
Kez terkejut. Dia
memandang pa dan kemudian ma yang mengangguk. Dia kemudian memandang Dara. “Ini
keputusan awak ke?” Dara terkejut. Kez memandangnya, tajam. “Saya beritahu saya
perlukan masa kan? Awak tak dengar ke?
Semua terkejut
dengan sikap kasar Kez ketika ini. Dara menghela nafas. “Ini keputusan ibubapa
awak” dia menjawab, tenang. Kez mendengus. Dia tak percaya. Pasti ini rancangan
Dara. Semakin lama, gadis ini semakin merimaskan dirinya.
“Baiklah. Kalau
macam tu, Kez tak bersetuju. Kez bantah!”
Mereka sekali lagi
terkejut. “Abang!” Jas bersuara di sebelah. “Dah gila ke? Abang taknak kahwin
dengan Dara?”
Kez mengangguk.
“Abang takda apa-apa perasaan pada dia. Abang langsung tak ingat dia. Buat apa
abang kahwin dengan dia?”
Kez. Dara terasa
sebak. Sejak bila Kez pandai melukainya seperti ini? Sejak bila Kez pandai
pegang pisau dan toreh hatinya seperti ini? “Budak ni” ma menjegil mata. Kez
buat tak nampak. Sebagai lelaki, dia berhak menyatakan pendirianya. Ini bukan
zaman 80-an!
“Kez harap ma dan
pa hormati keputusan Kez. Perkahwinan ini takkan berlangsung!”
Suasana menjadi
sunyi. Dara menghela nafas melihat Kez sudah bangun. You jerk. Kalau saya tahu begini perangai awak. “You tak guna!” dia
bersuara, cukup untuk buat Kez menoleh. “Apa awak cakap?”
“I don’t care whether you love me or not. I
don’t care whether you remember me or not. Our wedding date is next 2 weeks.
Nothing will change that except with Allah will. Manusia dipegang pada
janji, lembu dipegang pada tali. So tell
me, Khairul Muslim. You are human, aren’t you?”
Kez tergamam. Jas
hendak tergelak. Rasakan. Dia gembira kerana Dara tidak membiarkan sahaja abang
ikut kepala sendiri. You go girl. Bangga
aku dapat kakak ipar macam kau!
“Sebagai seorang
lelaki dewasa, awak harus tahu untuk menepati janji awak, janji keluarga awak
kepada saya. Jika awak nak kami layan awak macam lelaki dewasa, so start with keeping your promise to me”
Ma menguntum
senyum. Dara menghela nafas. Tak sia-sia berlajar pshycology waktu di New York dahulu. Boleh gunakan waktu terdesak
seperti ini. Kez menghela nafas. Dia tak mampu membalas.
“Berhenti dengan
sikap keanak-anakkan awak. Saya takkan mengalah. Walaupun awak benci saya.
Walaupun awak rasa terpaksa mengahwini saya. Honestly, I don’t give a damn about that” dia memandang wajah pa.
Sempat meminta maaf. Pa hanya memberi senyuman tanda tidak kisah.
“Dara balik dulu,
pa, ma” dia bersalam dengan mereka berdua. Kez masih lagi dalam keadaan
terkejut. “As long as I love you. Nothing
else matter” dia bersuara, perlahan sebelum berlalu keluar. Airmatanya
tumpah. Bodoh kau, Dara! Nampak sangat kau terdesak! Kau memang bodoh!
“Jas, kamu bantu
mama siapkan semuanya ye?”

sengal punye Kez, nasib baik u 2 hilang ingatan tau kalo tau i sendiri yang akan baling kepala u 2 guna bola basketball 2 tau...sj je cari pasal dia nih.
ReplyDeleteu go girllll....caya la...i tau u strong...u boleyh lalui semua ni...x kisah la ape owang nak kate...perigi cari timba ke, pp x malu hidung tersorong2 ke yang penting Kez x jatuh ke tangan Eva...dia 2 tunggu masa je nak rampas Kez dari u Damia...so bertahan n bertabah la yeh..kalo sememangnya jodoh u dgn Kez kuat korang akan tetap bersama walaupun jalan menuju bahagia 2 bersimpang siur n berduri...Ganbatte!!!!FIGHTING!!!