Friday, 4 January 2013

Isteri Aku Rambut Blonde 35



                Kez membuka mata apabila terasa matahari membuatkan matanya perit. Dia melihat langsir yang sudah dibuka. Kez mengeliat merenggang otot yang lenguh. Dia menoleh apabila teringat peristiwa semalam. Tempat Dara sudah kosong. Dia sedikit terkejut. Pasti Dara dah bangun.
                Dia bangun mencapai tuala sebelum masuk ke bilik mandi. 5 minit kemudian, Kez keluar bersama seluar jeans pendek dan t-shirt berwarna hitam. Dia mengeringkan rambut sebelum berlalu turun ke bawah sambil bersiul. Senyuman masih tidak lekang dari bibir.
           “Baru bangun?” Jas menegur di bawah. Kez memberi sengihan. “Abang letih sangat semalam”
                “Bertuah la abang. Nasib baik Dara bangun awal. Pa ingat nak suruh abang beli nasi lemak di luar je. Kalau tunggu abang, sampai esok la kami semua kelaparan”
                Jas mencebik sebelum berlalu ke dapur. Kez menggaru kepala. Apa kena budak tu hari ni? “Kez!” langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang pa.
                “Bangun dah kamu?”
                Dia mengangguk. “Papa nak ajak kamu keluar beli barang mentah. Ma kamu dah bising dari tadi lagi” Kez terdiam. Sekarang ke? Baru nak jumpa Dara.
                “Marilah. Pa tak larat dengar dah”
                Dia keberatan namun pa dah ajak. Takkanlah nak tolak. Akhirnya Kez berlalu ke ruang tamu. Dia sempat mengerling kearah dapur. Suara Dara kedengaran berbual dengan Jas dan ma. Dia mengeluh. Takpa, Kez. Hari ni ada 24 jam. Jangan risau! 

********************************

                “Jas” Dara duduk disebelah temanya itu yang asyik mengunyah kacang sambil layan movie di HBO. Asyik sungguh tengok tv. Dara hanya menggeleng.
                “Jas”
                “Hmmm”
                “Jas”
                “Haa”
                Dara tersenyum. “Jas!”
            “Ya Dara. Kenapa?” dia menyoal, sebal. Dara ketawa. Jas mendengus, geram. Aku tekun tengok, aci panggil-panggil pula. “Janganlah marah. Sembanglah dengan I. Bosan tahu?”
                “Dara” dia bersuara pula. “Yes?”
              Shut up!” Jas memberi isyarat diam sebelum kembali menonton tv. Dara mencebik. Bertuah punya Jas. Nanti I taknak sembang apa-apa lagi dengan you.
            Dia bangun dari sofa dan berlalu naik ke atas. Selepas sarapan, semua orang buat hal masing-masing. Dara yang kebosanan mulai mencari idea untuk menghilangkan rasa bosan. Beg galas didalam bilik dibuka. Dia mengeluarkan drawing book dan sebatang pensil.
                Idea! Dara diam memejamkan mata. Dia cuba mencari idea yang baik untuk rekaan kali ini. Agak lama dia berteleku sebelum merasa pipinya dikucup lembut. Dara membuka mata.
                “Menung apa sampai berkerut dahi?” Kez menekan dahi Dara agar tidak berkerut. Isterinya itu menggeleng. “Tengah fikir idea untuk rekaan terbaru. Kasihan Judy uruskan semuanya. Dara ingat nak bantu serba sedikit”
                “Judy yang uruskan syarikat mama disana?” Dara mengangguk. “Kenapa tak tolong dia?” dia menyoal lagi. Dara baru tersedar. Kez masih tidak tahu apa yang berlaku diantaranya dengan Judy dan sebab kenapa dirinya tinggal disini.
                “Sepatutnya sewaktu Dara pulang kesini 2 bulan sebelum kita kahwin, Dara harus kembali ke New York semula. Selama ini, Dara berjumpa abang pun sebab Dara cuti je”
                Kez diam mendengar. “Lepas SPM, Dara ambil keputusan untuk ambil-alih syarikat mama disana. 4 tahun juga Dara juggle masa uruskan syarikat dan pulang kesini bertemu abang. Tapi waktu abang ditakdirkan kemalangan dan hilang ingatan, Dara rasa lebih baik Dara disamping abang. Membantu abang berbanding Dara disana”
                “Jadi, Dara lepaskan syarikat mama dan mulakan semuanya semula disini?”
            Dia hanya mengangguk. Bila difikirkan semula, memang rasa sayang sangat. Betapa sukarnya mahu mencipta nama di kota itu. Walaupun nama mama sangat kukuh disana tapi Dara tetap bermula daripada bawah. Apabila terpaksa meninggalkan semuanya, Dara akui dia sememangnya rasa berat hati.
            “Sebab abang ke?” Kez menyoal, perlahan. Dara memberi senyuman. “Sebab kita” Kez terkelu. “Sebab kita. Sebab Dara mahu selamatkan rumahtangga kita. Sebab Dara mahu abang sedar siapa Dara sebenarnya”
                Kez menghela nafas. Dia rasa bersalah sekarang ini. Kini dia faham apa yang Jas cuba beritahu. Dara korbankan masa depan sendiri untuknya sedangkan dia terus menyalahkan isterinya tanpa mengetahui perkara sebenar.
                Come here” dia memanggil. Dara turun dari katil dan dengan rela masuk ke dalam pelukan Kez. Dia rasa tenang dan selamat didalam pelukan lelaki ini.
                I am really sorry. Dara korbankan masa depan sendiri demi abang. And that I’m still acting like a jerk to you
                Dara hanya tersenyum. Dia sudah memaafkan semuanya. Kebahagiaan yang diperolehi hari ini adalah berkat kesabaranya. Dara sentiasa yakin Kez akan pulang ke pangkuanya semula walau sejauh mana dia pergi.
                “Jangan salahkan diri abang. Sebelum kita berkahwin pun, Dara dah buat keputusan ini. Tempat  Dara adalah disisi abang. No matter where you are, I will always stay beside you. Itu tempat seorang isteri”
                Kez mengeratkan lagi pelukan. Sempat dia mencium ubun-ubun Dara. Hatinya berbunga. Dia benar-benar sudah jatuh cinta. Kalaulah dia cuba mengenali Dara dengan lebih awal, pasti Dara takkan dilukai seperti itu. Mulai sekarang, dia mahu menebus semua luka yang diberi! 

******************************

                “Macam ni okey?”
                Dara berganjak ke belakang sedikit. “Tepi sikit” Manda mengangguk. “Okey?”
                “Angkat yang kiri tu ke tepi sikit”
                Dara melihat sekali lagi. Kemudian mengangguk. Ini nampak cantik lagi. “Okey?” Manda menyoal, lemah. Penat juga angkat letak patung ni. Ingat senang. Manda berlalu ke sebelah Dara.
                “Hmm. Nice
                Dia tersenyum. Dara mengangguk. “Patutlah pereka fesyen terkenal. Kenapala boss buka butik kecil ni sedangkan boss ada syarikat sendiri?”
                Dara tidak menjawab. Dia berlalu ke patung sebelum membetulkan rekaan terbaru yang dipamerkan. Agak lama barulah dia berpuas hati. Manda menggeleng. Perfectionist sungguh.
                Boss
                “Hmm?” dia menoleh. “Rekaan ni kita akan dihantar ke New York ke?”
                Dara mengangguk. Manda terkejut. New York? Kemudian di pamerkan? “Tapi akan diubah suai mengikut cuaca disana”
                “Hmm” dia mengangguk. “Oh ya. Mungkin nanti saya mahu bawa awak buat lawatan kerja disana. Tapi saya harus letakkan tarikhnya dulu”
                Manda terkejut. “Hah? Lawatan kerja dekat syarikat boss?” Dara mengangguk. Manda juga pekerjanya. Dia mahu Manda mempelajari segala ilmu dengan Judy sebelum pulang dan membantunya disini.
                “Serius?” dia menyoal, kedengaran sangat terkejut. Dara tergelak. “Iyalah! Awak pekerja saya” Manda menelan air liur. Itu impianya sejak kecil! Memang tak salah waktu dirinya membuat keputusan untuk berguru dengan Dara dahulu.
                Perbualan mereka terhenti apabila mendengar bunyi loceng pintu butik mereka dibuka. “Selamat datang” Manda menyambut. Dara masih leka membetulkan rekaan di patung.
                “Ye. Saya nak berjumpa dengan boss awak”
                Dara kaget. Suara itu! Dia menoleh. Terasa hendak luruh jantung melihatnya berdiri dengan angkuh sambil memberi senyuman sinis. “Kenapa?”
                Long time no see, huh?
                Dara tidak menjawab. Manda memandang perempuan itu kemudian boss. Kenapa rasa macam ada aura yang tegang sekali dekat mereka berdua ni? Dia memandang Dara. Pertama kali lihat wajah boss yang macam nak makan orang.
                “Kau nak apa?” dia menyoal, kasar. Eva buat muka. “Kau taknak jemput aku duduk? Aku pun pelanggan butik kau”
                Dara diam. Sempat memandang Manda. “Can you give us a moment?
                “Ah? Ye” dia berlalu keluar dari butik. Dara mempersilakan Eva untuk duduk sofa berhampiran. Dia sendiri tak pasti apa sebab Eva kesini. Tapi Dara berharap kesabaranya cukup untuk menghalang dirinya daripada melakukan sesuatu yang pasti akan dikesalinya nanti.
                “Ada apa yang kau nak beritahu? Sampai datang berjumpa di butik aku?”
                Eva tersenyum. Sakit hati apabila kerana perempuan ini Kez membuat dirinya seperti kain buruk. Sakit hati kerana walaupun Kez lupa semuanya tentang Dara tapi dia masih boleh jatuh cinta pada orang yang sama.
                How’s your life? Seronok akhirnya kau dapat apa yang kau nak? Gembira bila Jas datang serang aku dekat syarikat dan malukan kami berdua? Aku ingat kau jenis yang tak ambil peduli”
                “Apa yang kau nak sebenarnya?”
                Wajah Eva berubah. Muka bertambah serius. “Pulangkan Kez semula. Kau dah manderem apa dekat dia sampai dia lupakan aku sekelip mata?”
                Dara ketawa. Rasa tak percaya pun ada. How dare she! Meminta seolah-olah Kez adalah barang. Meminta seolah-olah Kez miliknya sejak dahulu. Tangan rasa bergetar kerana terlalu ingin menampar seseorang sekarang ini.
                “Kau memang berani kan?” dia menyoal, tenang. Eva mengangguk lantas menyandarkan tubuhnya di kerusi. “I will fight for my love one
                Dara menggeleng. Sabarlah hati. Jangan buat macam budak sekolah. “Aku sebagai isteri, tak pernah sekali pun pergi ke pejabat kau dan buat kecoh. Berani kau datang butik aku dan buat kecoh ‘kan?”
                “Walau kau bersama SUAMI aku sampai tengah malam, tak pernah aku call kau walau sekali dan buat perangai macam orang hilang akal. Berani kau datang sini dan minta aku lepaskan Kez kan?”
                Dara menghela nafas. Dia bangun menghampiri Eva. Senyuman diberi. “Berani kau ‘kan?”
                Pang! Tamparan singgah di pipi. Eva terkejut. Segera dia berdiri. “Berani kau datang ke BUTIK aku dan minta aku pulangkan SUAMI aku pada kau ‘kan?”
                Kali ini pipi kiri pula menjadi mangsa. Eva semakin terkejut. “Kau ingat aku lepaskan kau, tak buat apa-apa pada kau sedangkan kau goda suami aku, kau boleh datang sini dan berlagak?”
                Sekali lagi dia menampar. “Kau tak guna!” tangan Eva dipegang pantas. Nafas Dara turun naik menahan marah. Sudah lama dia bersabar. Sudah lama Eva dibiarkan begitu sahaja. Sekarang, bukan salah dirinya lagi. Eva yang mencarinya.
                Leher baju dicekak kuat. “Kau….Kau….nak….buat….apa?”
                Senyuman diukir. “Ajar kau!” tubuh Eva dilempar diatas lantai. Dara membuka heels yang dipakai sebelum menghampiri dan menarik rambut Eva. Perempuan itu menjerit sakit.
                “Ini! Aku patut lakukan ia sejak dahulu. Untuk perempuan yang tak ada maruah macam kau!”
                “Ahhhh”
                Hampir 5 minit dia memperlakukan Eva sepuas-puasnya. Dara dah tak peduli. “Bos, bos!” pinggang dipegang oleh Manda yang baru tiba. “Lepaskan I. I cakap lepaskan!”
                Bos, cukuplah. Mati budak tu nanti”
                Dara memandang Eva yang sudah teresak-esak diatas lantai dengan rambut yang berserabut dan kedua belah pipinya merah kesan tamparan. Manda yang memang pun rasa ngeri. Tak pernah dia tahu bos boleh buat macam ni. Selalu nampak sweet je.
                “Saya rasa awak baliklah. Takut nanti pelanggan nampak, lagi teruk”
                Eva bangun namun masih mendengar esakan. Dia terlalu terkejut untuk berlawan balik. Eva tak sangka Dara akan berbuat seperti ini. “Aku takkan lepaskan kau!”
                “Kau nak kena lagi ke?!” dia bergegas keluar dari butik. Kemudian barulah Manda melepaskan Dara. Fuhh. Pertama kali lihat pergaduhan sebenar diantara wanita. Tapi bos menang! Cayalah!
                Dara mendengus. Rasa tak puas hati masih ada. Nasib baiklah Manda ada. Kalau tak, lagi teruk Eva dikerjakan olehnya. Dia melabuhkan punggung diatas sofa sambil membetulkan tudung yang sudah tidak di posisinya.
                “Cayalah, bos. Pertama kali saya lihat bos macam ni”
                Dara melihat Manda memberi sengihan. “Saya tengok bos dah macam rancangan WWE tu. Tak kasi can langsung. Saya ingat nak masuk lepas bos puas je. Tapi saya rasa kalau saya tak masuk, mati perempuan tu dikerjakan boss
                Dia terkedu. Sekarang baru tersedar apa yang dilakukan. “Teruk sangat ke?” dia menyoal, risau. Manda mengangguk. Kemudian, dia berlalu duduk disebelah. “Memang macam pemangsa” dia tergelak. Dara menggeleng. Habislah aku!
                “Kenapa kamu tak masuk awal? Saya bukanya boleh naik angin. Kamu tengok sendiri akibatnya ‘kan?”
                Manda hanya tersenyum. “Nak kasi can bos lepaskan semua kemarahan dulu” dia menjawab selamba. “Manda!”
                Dara meraup wajah. Rasa marah sudah hilang. Baru sekarang rasa menyesal. “Dia ke perempuan yang ganggu suami bos?” Manda menyoal. Dia sempat menangkap butir bicara Dara tadi.
                Perlahan Dara mengangguk. Patutlah! Memang patut kena. Nasib baiklah Dara tak macam watak drama yang tahu menangis je bila ditimpa masalah. “Sekarang baru saya sedar” dia bersuara, perlahan.
                “Apa?”
                Women can get a little scary when it comes to protecting their love ones
                Dara terdiam. Betulke? Mungkin. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Kez semula. Walaupun terpaksa bersabar lama dengan sikap Eva yang menyakitkan hati.
                “Man” pekerja itu menoleh.
                When protecting your love one, you must be as selfish as you can be. That’s the only way you can be happy 
                Manda mengangguk faham. Dia sudah melihat buktinya. Tak perlu ditanya lagi. 

*********************************

                Papa rindu kamu
                Dia membaca semula ayat yang ditulis dibelakang gambar yang sedikit kusam itu. Otaknya terasa tidak mampu berfikir lagi.
                Apa sebenarnya hubungan papa dan Dara? Anak-beranak ke? Tapi papa Dara dah meninggal waktu dia kecil. Mama Dara pula waktu sekolah menengah.
                Arieff meraup wajah dengan keluhan berat. Boleh jadi gila dibuatnya. Akhirnya, Arieff ambil keputusan membawa gambar tersebut keluar dari bilik dan turun ke bawah.
                Kelihatan papa sedang membaca suratkhabar dengan khusyuk. Dia menghampiri sebelum duduk disofa bersebelahan.
                “Pa”
                “Hmmm”
                Arieff diam sekejap. Macam mana nak mula ni? Papa akan marah ke? “Rieff nak cakap sikit”
                Datuk Ayden memandang Arieff. Dia tersenyum sebelum melipat akhbar dan meletakkan ia diatas sofa. “Kenapa? Kamu nak kahwin?”
                Arieff kaget sekejap. Huh? “Eh, bukan, bukan”
                Datuk Ayden tersenyum. Macam anak dara pula, malu-malu. “Bukan itu sebenarnya, pa. Ada yang lagi penting”
                “Cakaplah. Papa dengar”
                Arieff menelan air liur. Suara tak terasa nak keluar tiba-tiba. Dia kemudian menghulur gambar yang diambil. Datuk Ayden mengambil dan melihat. Wajah berubah, terkejut.
                “Rieff jumpa waktu mencari kad kahwin anak pak ngah hari tu. Siapa ni, pa?”
                Datuk Ayden terdiam. Tak sangka Arieff akan berjumpa gambar ini. Bertahun lamanya, gambar ini tersimpan rapi didalam bilik bacaanya.
                “Pa?”
                Perhatianya kembali kepada Arieff dihadapan. Kemudian, dia menghela nafas dengan rasa berat hati. “Ini adik kamu”
                Arieff terkedu. Adik? Dara? Fikiran rasa sukar untuk mencerna perkataan baru itu. Seumur hidup, dia tahu dirinya adalah anak tunggal. Mana pula datang Dara sebagai adiknya pula?
                “Adik?”
                Datuk Ayden mengangguk. Berbelas tahun rahsia ini disimpan rapi. Demi menjaga hati semua orang walaupun hatinya sendiri terluka. Kerana sikapnya sendiri, ramai orang yang telah dilukai olehnya.
                “Sebenarnya, papa berkahwin dengan mama kamu secara paksa. Kerana ingin menyatukan 2 keluarga dan 2 syarikat. Papa sayangkan arwah mama kamu, Rieff. Tapi tak seperti Diyana. Melinda hanya dianggap sebagai adik kerana kami membesar bersama”
                Arieff diam. Melinda, mama. Tak pernah pula dia mendengar apa-apa cerita daripada mama. “Papa kenal D waktu papa sambung berlajar di luar negara. Papa kesana kerana merajuk hati. Papa tinggalkan arwah mama di Kanada dan papa ke New York. Disanalah papa jumpa D. Kami sama-sama tahun pertama waktu itu”
                “Papa sendiri tak sangka. Kami sangat serasi. D adalah perempuan yang papa impikan selama ini. Bersama dia, papa jadi diri sendiri. Tanpa kekangan sesiapa. Tanpa tanggungjawab kepada apa-apa. Kami sangat bahagia”
                Dia terdiam. Terasa tidak mampu mengungkapkan kata-kata. “Sehingga kami ambil keputusan untuk berkahwin. Waktu itu, D tak tahu yang papa pernah berkahwin”
                Arieff terkejut. Jadi, papa berkahwin dua dan curang? Dia sangat terkejut hingga tidak tahu reaksi bagaimana yang harus diberi.
                “Kami sangat serasi, Rieff. I’m head over heels for her. I thought that we’re gonna be just fine. Papa tunggu sehingga kami tamat berlajar untuk papa memberitahu segalanya”
                Dia menggeleng apabila mengingatkan apa yang berlaku selepas itu. Semuanya musnah. Jika dia tahu itu akan berlaku, Datuk Ayden akan memberitahu semuanya lebih awal.
                “Mama dapat tahu ke?” Arieff menyoal, perlahan. Rasa kasihan mengenang mama yang ditipu oleh papa. Rasa sedih kerana sampainya hati papa melukai mama walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.
                “Keluarga papa dapat tahu. Arwah atuk kamu suruh papa balik waktu itu juga jika papa tidak mahu dikeluarkan daripada senarai waris keluarga”
                Arieff terdiam. “Papa terpaksa pulang dan tinggalkan D. Waktu itulah papa tahu mama kamu sudah 2 bulan mengandungkan kamu”
                Datuk Ayden menghela nafas. Dia memegang gambar anaknya itu dengan erat. Papa sangat merindui kamu, sayang. Maafkan papa kerana jadi pengecut. Maafkan papa kerana tidak mempertahankan mama kamu dahulu.
                “Habistu, apa papa buat?”
                Arieff dipandang semula. “Papa tinggal disana bersama mama kamu. Waktu itu, papa lupakan D demi keluarga papa. Keluarga mertua papa. Sehinggalah pagi tu”
                Pagi? Kenapa dengan pagi?
                “Jantung papa hampir luruh lihat D berdiri dihadapan pintu rumah keluarga papa dalam keadaan kesejukan. Tapi dia masih mengukir senyuman dan cakap dia rindukan papa”
                Tak mampu terbayang oleh Arieff memandangkan dia tak pernah bertemu dengan arwah. Tapi dari cerita Dara, mamanya meninggal waktu dia di sekolah menengah. Tapi, Dara beritahu papanya meninggal ketika dia masih kecil. Jadi, kenapa papa mengaku dirinya sebagai papa Dara?
                “Bila Mel keluar bersama perutnya, D nampak sangat terkejut. Papa terpaksa kenalkan D sebagai kawan kolej papa pada Mel. Waktu itu papa lihat wajah D yang terluka”
                Berbelas tahun. Namun perasaan sakit itu masih ada. Wajah terluka D masih di minda. Sehingga sekarang, dia tak mampu meminta maaf kepada D. Sehingga sekarang, wanita itu hidup dalam keadaan membenci dirinya.
                “Dia cakap apa-apa?” Arieff menyoal, semakin tidak sabar.
                “Dia hanya tanya siapa Mel dan apa hubungan kami. Papa terpaksa beritahu perkara sebenar kerana tidak punya banyak pilihan. Papa pilih mama kamu berbanding dia”
                Sungguh dia rasa menyesal. Datuk Ayden membawa rasa itu sehingga ke akhir hayatnya.
                “D tak marah?”
                Datuk Ayden menggeleng. Kalau D lakukan semua itu, tidaklah dia merasa bersalah sehingga ke saat ini. Jika D lakukan itu, dia akan punya sebab untuk membenci wanita itu.
                She just stood there with her frozen hand. Maybe heart too. Without do anything. Yell or scream. Just looked at me with teary eyes and prayed that maybe I choosed her. Prayed that maybe this is just a nightmare
                Kelopak terasa bergenang. Dia melukai hati satu-satunya wanita yang pernah dicintainya. “I hurt her. Deeply. Kemudian D pergi. Itu kali terakhir papa lihat dia. Waktu itu D tak beritahu pun yang dia sedang mengandung”
                Arieff meraup wajah. Otaknya sedang berpinar setelah mendengar cerita papa. Semuanya seperti tidak masuk akal sekarang ini.

1 comment:

  1. owhhhh....ada papa lagi rupanya Damia ni...tp kejam seyh papa dia wat cenggitu kat mama Damia...agaknya kalo damia tau ni nak ke dia maafkan dengan sesenang megi je papa dia 2 sedang sebelum ni dia mati2 ingatkan yang papa dia dah xde.perghh caya la damia bila dia mengamuk...tp kan cam ne agaknya reaksi kez bila dia dapat tau damia pukul Eva nak2 plak kalo Eva menyongsangkan fakta sebenar kat kez n kata damia sengaja pukul dia...kalo x pon bila Eva upah owang utk apa2kan damia sebab dia kan dah dendam giler kat damia...uwaaa...stres3

    ReplyDelete