“Kau bawa berapa beg?”
“3. You?”
Jas gelak. “Samalah. Ma
cakap aku dah macam nak pindah rumah je” Dara tersenyum. Dia melipat baju untuk
beg yang ke 3.
“Daftar pukul 8 pagi kan?”
“Ye, cik Jasmin Alwani.
Jangan lewat”
“Iyalah, cik Alessandara
Damia”
Mereka sama-sama tergelak.
Siapa sangka mereka akan dapat U yang sama. Course
yang sama. Tinggal tahu
kelas samada sama ataupun tidak sahaja.
“Rasa cuak tak?” Jas
menyoal. Dara meletakkan telifon diatas lantai dan membuat speaker supaya senang mereka berbual sambil membuat kerja.
“Mestilah.
Tapi I ada you. Takdalah rasa cuak sangat”
Senyuman terukir. Cepatnya masa
berlalu. Lusa mereka akan mendaftar masuk ke UITM mengambil course Pengurusan Pejabat. “Nanti ma
dengan pa hantar kau?”
“Yeap. Kau?”
“Judy je rasanya. Nenek tak berapa sihat kebelakangan ini”
Diam seketika. “Jas” Dara
bersuara. “Kenapa?”
“Flight Kez pukul 2 esok ‘kan?”
“Yeap. Kau nak hantar ke?”
dia menyoal. Dara menggeleng.
“Tak rasanya”
Jas terkejut. Pelik!
“Kenapa?”
“I ada hal dengan Judy.
Beritahu Kez I tak boleh hantar dia ye”
Jas mengesan sesuatu.
Abang juga tak ceria walaupun tawaran itu adalah impianya selama ini. Adakah
sebab Dara? Tapi mereka hanyalah kawan. Abang pula tak bercerita apa-apa.
“Kau dengan abang bergaduh
ke?” Dara terkejut. “Tak adalah” Jas tidak berpuas hati. Dua-dua keras kepala. Jas tahu masing-masing menyimpan
perasaan sesama sendiri. “Kau tak sedih abang pergi Jepun?”
“Takda orang nak main basket dengan I lagi” Jas tergelak. Dara
tersenyum. “Lepas ni, susah la nak sambut hari jadi. ‘Kan?” Dara terkejut. Jas dah hentam gelak tak ingat
dunia. Dara rasa malu. Macam mana boleh kantoi ni?
“So sweet la kau orang berdua. Nampak macam anjing dan kucing tapi still lepak bersama. Sambut hari jadi
bersama. Patutlah abang muka monyok je. Ada orang lupa hari jadi dia rupanya”
Dara terasa mahu menyorok
dibawah katil ketika ini. Amboi la, Jas. Kalau dapat bahan menyakat orang.
Seronok sungguh. “Diamlah, Jas”
Jas masih ketawa. Namum
lebih terkawal. “Abang yang tak pernah kisah hari jadi sendiri boleh merajuk
hanya sebab kau lupa hari jadi dia. Kau tak rasa something ke, Dara?”
Soalan Jas buat dia
terkedu. Dara tidak tahu jawapan yang harus diberi. “Tapi memandangkan abang
dan kau jenis yang keras hati, aku tahu takkan ada sesiapa yang declare apa-apa” keluhan kedengaran.
Dara hanya diam.
“Kau suka abang aku ke?”
Jas menyoal selamba. Dara kelu. “Dara?” dia memanggil. “Ye” dia menjawab, lemah. “Aku tahu
kau masih keliru. Tapi aku harap kau tak menyesal kalau terlambat nanti”
****************************
Jas
melihat abang yang nampak sungul. Seolah-olah menanti seseorang. Setiap minit
menoleh mencari seseorang. Beberapa kali melihat jam ditanga. Jas mengeluh.
Pasti tunggu Dara. Kerasnya hati Dara. Takkan taknak jenguk langsung. Abang aku dah macam mak ayam hilang anak dah sekarang ni.
“Abang”
Bahu Kez ditepuk. “Nak
makan apa-apa tak?” dia menyoal sementara menunggu ma dan pa mencari parkir kereta.
Kez menoleh. Dia langsung tiada selera untuk makan.
Jas menghela nafas. Tak
boleh jadi. Kalau terus begini, ma dengan pa pasti risau. Abang ni kalau nak
angau, pelik sungguh. Macam hilang nyawa bila tak dapat jumpa.
*****************************************
“Betul you taknak pergi?”
Judy menyoal sekali lagi. “I nak kemas untuk esok. Banyak lagi dekat luar beg”
“Boleh tinggal seorang
ni?” nenek pula menyoal. Dara tersenyum bersama anggukan. Dia kemudian menyalam
tangan nenek sebelum melihat mereka masuk ke dalam kereta.
“Kami pergi makan je. Lepas itu, balik terus. Jangan tidur”
Dara memberi tabik. “ Yes bos”
Sebaik kereta Judy hilang,
Dara masuk ke dalam semula dan mengunci pintu. Dia berlalu naik dan masuk ke
dalam bilik. Dara menghela nafas. 10 minit sebelum kapal terbang Kez berlepas.
Kerasnya hati kau, Dara. Kez pasti kecewa.
Aku tak mahu berharap
kepada sesuatu yang tak pasti. Dia menjawab sendiri. Lagipun, kami tak ada
hubungan yang spesifik kecuali hakikat Kez adalah abang kembar Jas yang
merupakan kawan baik aku.
Dara duduk diatas katil
memandang gambar mereka berdua. Hatinya sebak dengan tiba-tiba. Tiada ucapan goodbye. Tiada pesanan. Dara tahu dia
kejam. Tapi ini yang terbaik. Mereka tidak saling berharap. Senyuman Kez
merobek hatinya yang sudah cedera.
Siapa sebenarnya awak Kez?
Kawan? Seorang abang? Atau sekadar teman bermain basket?
Telifon yang berbunyi
menyedarkan dirinya. Nama Jas tertera sebagai pemanggil. Dara segera menjawab.
“Hello”
Diam. Dara hairan. Jas
taknak jawab ke? “Hello” dia bersuara sekali lagi. Diam lagi. Dara semakin hairan. “….lo” dia mendengar
suara itu. Tanganya terasa lemah dengan tiba-tiba.
“Damia?”
suara itu menyoal. Dara cuba mengawal perasaan sendiri ketika ini. “Ye
bercakap” dia membalas tenang walau hati, hanya ALLAH sahaja yang tahu.
“Saya
dah ada dekat airport” dia bersuara
lagi. Dara mengetap bibir. “Maaf tak boleh hantar you disana”
“Its okay” dia membalas. Dara diam
mengawal airmata. Jangan nangis, Dara! “Saya akan masuk 5 minit lagi”
“Jaga diri” Dara akhirnya
mampu bersuara.
“Awak juga”
“Jangan leka main basket”
“I try”
“Selalu senyum jumpa orang”
Mereka sama-sama tergelak.
“Dekat sana takda asam
pedas”
Diam. Dara mulai sebak.
“Jangan baling bola basket kena kepala orang lain”
Airmata menitis juga. Nada
suara masih dikawal. Dara taktahu dia akan merasa sakit seperti ini walaupun
sekadar bercakap di telifon.
“I’m sorry for that” dia menggeleng. Itu
kenangan yang pasti akan diingati setiap kali bermain basket.
“Jangan main hujan”
Dia mendengar Kez
tergelak. Dara turut tersenyum. Baru sekarang dia sedar tawa Kez dan senyum Kez
memberi kebahagiaan di hatinya.
“Damia”
Kez memanggil. “Don’t cry for me”
Airmata turun seperti empangan yang
pecah mendengar ucapan itu. Kez berdehem membetulkan kerongkong. “I wont”
“Saya kena pergi” dia bersuara,
perlahan. “Jumpa lagi” panggilan dimatikan.
Kez menyeka airmata di hujung mata.
Dia menoleh melihat Jas memeluk tubuh memandangnya, tajam. “You such a fool”
************************************
“Dara”
Dia mengangkat muka. Jas menayangkan
surat berwarna putih dihadapan dengan senyuman. “Surat lagi?” Kinah menyoal.
Jas mengangguk.
Dara mendengus. “Buang je la”
“Mana boleh. Kena baca isinya dahulu”
“I tak minat” dia
bersuara, tenang. Dara mengemas buku yang bersepah diatas meja library ketika ini. Jas memandang Kinah
yang sekadar menjungkit bahu.
“Punyalah banyak secret admirer. Satu pun dia tak
berkenan”
Dara menyumbat earphone
di telinga. Dia malas
nak layan. “Jas, marilah kita baca berdua. Kalau bagi Dara, masuk tong sampah
la jawabnya”
Jas
mengangguk bersama sengihan. Dia duduk disebelah Kinah sebelum membuka surat
yang diberi. “Amboi. Wanginya. Sembur minyak wangi satu botol ke?”
Kinah
ketawa disebelah. Mereka membaca satu per satu ayat yang dikarang. “Saat saya
lihat awak di kafe hari itu, jantung saya berdegup kencang”
Jas memandang Kinah. “Euwwww” mereka bersuara, serentak.
Jas menggoyang bahu, geli. Ada lagi mamat jiwang macam ni dalam dunia sekarang?
“Sudikah awak menjadi
permaisuri didalam hati saya?”
Kinah rasa nak muntah. Dia
menolak surat tersebut kearah Jas. “Sudah, sudah. Aku rasa nak muntah sekarang.
Tak sanggup baca dah”
Jas bersetuju. Dia melipat
semula surat tersebut. Patutlah Dara taknak baca pun. Kalau dia yang diberi
surat inipun, dia akan buang ke dalam tong sampah sahaja. Jas melihat Dara yang
hampir tertidur disebelah. Dia menghela nafas.
“Dara” bahu disentuh. Dara
menoleh. “Balik biliklah. Kau letih sangat” dia bersuara, lembut. Dara
mengangguk. Mereka mengambil buku yang dibawa sebelum melangkah keluar dari library menuju ke hostel.

nak lg......
ReplyDeletesayonara Kez......hiiiii
ReplyDelete