Monday, 23 December 2013

I Give My First Love To You - 1

            “Apa kau tenung hah? Berani kau tenung aku!”
            Tubuhnya ditunjal beberapa kali. Rakan-rakan lelaki itu tersenyum sinis memandangnya. Mata masih memberi pandangan tajam kearah lelaki bertopi itu.
            “Aku cakap kau langgar aku. Kau tak reti minta maaf ke hah?”
            Tengkingan lelaki itu langsung tidak mendatangkan apa-apa kesan. Lelaki itu kelihatan lebih sakit hati. Dia menoleh kearah 2 rakanya yang lain. “Budak ni memang tak guna ‘kan?”
            Rakan disebelah kiri mengangguk dengan wajah serius. “Kau ajar je dia, Rif. Budak macam ni memang berlagak”
            Rif kembali menoleh kearah budak lelaki dihadapanya. Tak guna! Dia langsung tak takut. Dia tak kenal siapa aku? Leher baju budak lelaki itu ditarik kasar.
            “Aku suruh kau minta maaf. Susah sangat ke?”
            Pipinya ditepuk kasar beberapa kali. “Baik kau lepaskan” dia nampak tenang namun pandangan yang diberi membuatkan Rif merasa badanya bagai disapa angin yang sejuk.
            “Apa kau cakap? Kau memang nak mati ke hah?” rakan dibelakang pula bersuara. Budak lelaki itu mendengus bosan. Rif mengeratkan lagi cekak di leher baju. “Berani kau langgar aku ‘kan? Kau sedar siapa aku hah?”
            Kesabaranya teruji apabila budak lelaki itu sekadar memandang tanpa berkelip. Memang tak perlu susah-payah menggertak. Budak ni memang tak makan saman.
            “Tak gu…..”
            Belum sempat tumbukan singgah diwajah, dia terlebih dahulu ditendang di perut. 2 rakanya yang lain kelihatan terkejut.
            ”Addy”
           Tenguk digerak kiri dan kanan sambil dia memulas pergelangan tangan dengan wajah geram. “Sampai mati pun kau tak mampu insuran muka aku. Berani kau cuba nak cederakan asset paling penting untuk aku?”
            Bahunya ditepuk lembut sebelum ketawa kedengaran disebelah. “Patutah lewat. Kau ditahan ke?”
            Addy memberi senyuman. Naim menggeleng. “Baguslah. Aku pun dah lama tak gerakkan sendi-sendi aku”
            Shafiq disebelah sudah bersedia. Rif memandang 2 rakanya yang kaku. “Kau orang tunggu apa lagi? Habiskan!”
            Addy memandang Naim dan Shafiq. “Siapa lambat, belanja Zeus” 3 sahabat itu ketawa sebelum mata mereka mulai berubah memandang 2 lelaki yang sedang meluru kearah mereka ketika ini.

********************************

            Arghhh. Tubuh dihenyak diatas sofa 3 berwarna hitam yang berada di Zeus. Addy membuka jaket yang dipakai. Suasana Zeus yang menenangkan sememangnya sangat diperlukan ketika ini.
            Shafiq ketawa tiba-tiba. “Nasib baiklah Carl datang cepat. Kalau tak, mati dia orang tu dikerjakan kau”
            Addy mendengus bersama senyuman, sinis. “Memang salah timing la. Aku tengah cari sesuatu untuk lepaskan kemarahan aku tadi”
            Naim menggeleng. Mereka kemudian dihampiri seorang gadis memakai pakaian seragaman Zeus. “Daripada cara kalian senyum, aku dah boleh agak. Apa masalah yang korang buat lagi kali ni?”
            Nana menggeleng sebelum meletakkan menu diatas meja dihadapan 3 lelaki itu. Shafiq meletakkan siku diatas meja lalu memandang Nana gaya orang mabuk cinta. “Kalau I beritahu, apa yang I dapat?”
            Naim disebelah hanya mampu mengggeleng. Nana mengetuk kepala Shafiq menggunakan menu diatas meja. “Aduhhh. Damn girl. Kekasaran adalah dilarang tahu?”
            Kepalanya digosok perlahan. Addy dan Naim ketawa. Nana mencebik. “Itu yang kau dapat. Kau orang nak apa hari ni?”
            Dia sudah bersiap-sedia dengan buku kecil untuk mencatit menu. Shafiq tarik muncung 14 belas. “I nak jus. Oren”
            “Teh ais” Naim bersuara kemudian. Nana memandang lelaki disebelah Naim. Jantung berdegup lebih laju berbanding biasa. “Addy?”
             Lelaki itu menggeleng. “Aku tak haus. Ricky mana?”
            “Sana” mereka bertiga menoleh. Ricky kelihatan sibuk melayan pelanggan wanita yang hadir. Dasar kasanova. Pantang nampak perempuan dahi lincin. Semuanya nak sapu bersih.
            “Hmmm. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga apalah yang perempuan-perempuan tu nampak pada si Rick tu. Nak kata handsome, aku 100 kali okay lagi. Kaya? Zeus ni je yang dia ada. Hmmm
            Dagu digosok sambil berfikir. Naim tersenyum. Bahu temanya itu ditepuk lembut. “Ayat, bro. Ayat! Perempuan akan cair dengan kau walaupun kau muka macam Mahmud Jun”
            Shafiq mencebik. Caitt. Itulah masalah perempuan zaman sekarang. Sebab itu jugalah, banyak sangat kes kena tinggal. Cepat sungguh tergoda bila dengar ayat-ayat manis. Dia orang tak tahu ke itu memang skil lelaki sejak lahir?
            Mereka menoleh apabila mendengar kerusi ditolak tiba-tiba. Nana kaget seketika melihat Addy berjalan kearah pentas. Kepala pula sudah dipakaikan beanie berwarna kelabu. Keadaan menjadi kecoh dengan jeritan pelanggan wanita yang hadir apabila Addy naik ke atas pentas lalu mengambil gitar yang tersedia.
            Melihat lelaki itu dibawah cahaya lampu manakala keadaan disekeliling gelap membuatkan Nana semakin jatuh hati. Buku yang berada di tangan digenggam erat. Lelaki itu memberi pandangan kosong ke arah tetamu yang hadir. Rata-rata mereka sudah terpikat walaupun belum mendengar suaranya.
            Naim menghela nafas. Dia bersandar sambil memeluk tubuh. Petikan gitar mulai kedengaran memecah sunyi Zeus ketika ini. Perhatian Ricky juga sudah beralih kepada Addy diatas pentas. Tanpa usaha yang lebih, Addy Ashraf berjaya menarik perhatian semua orang di dalam Zeus ketika ini.
            “Ini salah satu pembaziran”
            Shafiq bersuara tiba-tiba. Pelanggan wanita seperti sudah dipukau apabila mendengar suara Addy ketika ini. Naim menoleh, menyoal.
            “Tak menggunakan kelebihan yang ada. Tapi ini lebih kejam. Dia buat orang jatuh berkali-kali tapi tak berniat langsung nak hulurkan tangan”
            Dahi Naim berkerut sedikit. Dia cuba memahami metafora yang Shafiq sampaikan. Naim kemudian terpandang Nana yang berdiri kaku tidak bergerak sejak Addy berada diatas pentas. Kemudian, dia mulai memahami.

            I miss you
            I miss you so much
            I really miss you so much
            Even if I call your name thousand times
            You will not coming back

            I don’t even remember your face now
            Is this wrong for me
            You left me for a very long time
            My heart died for a thousand times

            Naim menghela nafas. Wajah lelaki itu tidak memberi apa-apa reaksi namun dia seolah-olah mampu membaca hatinya ketika ini. Naim menggeleng. Sampai bila kau nak macam ni, Addy? Sampai bila kau nak seksa diri kau sendiri?

**********************************

             Beberapa keping gambar mengenai kejadian 2 hari lepas berada diatas meja ketika ini. Addy mengambil beberapa keping untuk dilihat. Menarik! Angle pun cantik. Nampak clear muka aku tanpa berselindung. Sesiapa yang ambil gambar ini memang seorang yang professional. Mungkin juga diupah.
            Gambar-gambar itu diletak semula diatas meja. Dia memandang lelaki yang duduk bertentangan denganya ketika ini. “Pagi tadi paksu lihat sampul surat berisi gambar-gambar ini diatas meja. Bila disoal, tiada sesiapapun yang tahu siapa yang menghantarnya. Maknanya, ada seseorang yang mahu hancurkan imej kamu, Addy”
            Dia menghela nafas. Ini bukan perkara baru. Setiap kali ini berlaku, Carl pasti akan uruskan semuanya dengan senyap. Dia tak perlu bimbang apa-apa.
            “Beritahu Carl. Dia akan uruskan semuanya”            
            Zairil menanggalkan cermin mata yang dipakai. Kepalanya terasa berdenyut apabila masuk pejabat selepas seminggu bercuti namun terpaksa berhadapan dengan masalah daripada Addy. Tak habis-habis dengan masalah.
            “Itu bukan masalahnya, Addy” dia menghela nafas memandang satu-satunya anak saudara yang ditinggalkan arwah kakak. Namun yang seorang inilah yang selalu memeningkan kepalanya. Seorang ini juga yang membuatkan tidurnya tidak nyenyak dan mungkin menyumbang kepada rambut yang beruban tidak lama lagi.
            “Ini. Nasib baik papa kamu tiada disini. Kamu tahu apa yang dia akan lakukan jika perkara ini sampai ke telinga dia?”
            Addy memberi reaksi tidak kisah. Dia membetulkan duduk sebelum mulai mengetuk meja paksu. Langsung tiada perasaan bersalah mendengar soalan paksu tadi.
            “I told you. Carl will take care of it. Jangan risau. It will not affecting you or your beloved school
            Zairil memandang remaja berusia 17 tahun yang merasakan dirinya memiliki segalanya dengan kemewahan yang ada. Kesabaranya hampir hilang melihat tingkah-laku acuh tak acuh yang diberikan Addy.
            Namun dia hanya mampu mengeluh tanpa sebarang kata. Hendak dicakap lebih-lebih, dia tahu ianya sekadar menghabiskan air liur. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Berhadapan dengan Addy, memang harus menahan sabar. Dirinya yang sentiasa tenang pun hampir hilang kawalan ketika ini.
            “Apa yang berlaku? Macam mana kamu boleh terlepas tanpa Carl? Mereka cederakan kamu ke?”
            Addy mendengus. Dia tak perlukan seorang ayah saudara yang berpura-pura mengambil berat sedangkan dirinya sendiri tiada di majlis pengebumian kakak sendiri. Addy tak perlukan seorang paksu yang berpura-pura risaukan dirinya sedangkan lelaki itu hanya muncul 3 tahun yang lepas.
            “Ada apa-apa lagi yang nak ditanya? Kalau tak, Addy kena masuk kelas. Kalau lewat, paksu juga tak mampu dengar aduan cikgu ‘kan?”
            Sungguh dia merasa kalah ketika ini. 3 tahun yang lepas dia kembali untuk bersama Addy. Namun remaja itu sudah menutup pintu hatinya daripada sesiapa sahaja. Zairil sedar bahawa semua ini adalah salahnya juga. Kelukaan Addy. Kesakitan Addy. Walaupun dia tahu dari awal namun dia mengambil masa yang lama untuk kembali kepada anak saudaranya itu.
            Zairil akhirnya menggeleng, lemah. Addy mengangguk sebelum menolak kerusi lalu bangun. Dia mengambil beg yang diletakkan di kerusi sebelah. “Pastikan paksu tak diberikan gambar-gambar seperti ini lagi. Paksu akan uruskanya dengan Carl”
            Addy mengangguk tanpa berminat. Beg disandang ke belakang. Sempat dia membetulkan baju kameja putih yang dipakai. “Pergi dulu”
            Pintu ditutup perlahan. Zairil menghela nafas lemah. Macam-macam masalah. Apa paksu nak buat dengan kamu, Addy? Ke mana hilangnya Addy yang sering mengekori paksu kemana sahaja dahulu? Kenapa perginya Addy Ashraf yang memandang paksu dengan mata bercahaya suatu ketika dahulu?

**********************************

             “Balqis Sofea!”
            Dia bangun seperti zombie yang baru tersedar daripada tidur apabila mendengar suara itu. Dengan mata yang masih tertutup, dia menggaru kepala yang tidak gatal. Walaupun dalam keadaan mamai, dia masih mampu mendengar derapan kaki yang semakin menghampiri bilik tidurnya.
            “Qis! Qis!”
            Hujung katil diduduki dan kakinya digerak beberapa kali. “Kenapa kau menjerit, Atikah Syuhada oi? Aku tidur pukul 3 pagi semalam siapkan assignment Puan Asmiza tahu?”
            Syu menggeleng. Ini lagi besar! Masalah tak cukup tidur Qis boleh ditolak ke tepi dahulu. Dengan sengihan, dia menayang sampul surat berwarna putih dihadapan Balqis yang sedang mengikat rambutnya.
            “Kau nak dengar ke? Atau kau nak baca sendiri?”
            Balqis fokus kepada sampul yang dipegang Syu. Mata memandang logo yang tertera di sampul surat yang dipegang. Pantas tanganya mencapai sampul tersebut lalu membukanya dengan rakus.
            Syu menguntum senyum. Dia pasti perkara ini akan memberi senyuman di bibir Balqis untuk pagi itu. Dia menunggu Balqis membaca surat tersebut sebelum dia melihat bibir teman baiknya itu mengukir senyuman.
            “Sekarang beritahu aku. Kau nak tidur semula atau jumpa En Nizam sekarang?”
            Balqis melipat semula surat yang selesai dibaca dan disimpan semula ke dalam sampul yang dipegang. Dia memandang Syu yang sedang tersenyum.
            “Macam mana dengan kau? Dapat sekali dengan aku tak?”
            Syu mengherotkan sedikit bibir. Wajah Balqis berubah. Kenapa muram? Dia tak dapat ke? Mereka dah berjanji untuk menjalani praktikal di tempat yang sama.
            Lengan Syu dipegang. “Kau tak dapat sekali dengan aku ke?”
            Syu membetulkan duduk dengan wajah muram. Balqis menolak selimut ke tepi. “Cakaplah. Kau dapat ke tak?”
            Wajah Balqis ditenung lama. Sedikit demi sedikit, dia mengukir senyuman dan kemudian ketawa. Balqis semakin hairan. Apa kena budak ni? Sekejap sedih sekejap happy. Waras ke tak kawan aku ni?
            “Mestilah sekali! Gila kau tak sama. Aku boleh meroyan tahu?”
            Dia melayangkan sampul yang sama namun tertera namanya. Balqis tergamam seketika. Mereka berpandangan. “Arghhhh
            Kolej Kediaman Za’ba bergegar dengan jeritan pelajar semester 7 bidang TESL Universiti Perguran Sultan Idris itu. Mereka berpelukan dengan rasa gembira. Memang tak disangka akhirnya impian untuk sama-sama praktikal dicapai juga.
            Seketika kemudian, pelukan direngang. Mereka berdua masih tersenyum. “Kolej Delima. Akhirnya, impian kau tercapai juga. Dapatlah jumpa kesayangan dekat sana nanti”
            Wajah tiba-tiba terasa hangat. Syu ketawa. “Eleh. Macamlah aku taktahu sebab apa kau pilih sekolah tu ‘kan?”
            Balqis buat tak dengar. Dia mulai berkira-kira untuk turun dari katil namun dihalang oleh Syu. “Beritahu aku, Qis. Kau masih tak boleh lupakan dia ke?”
            Balqis menolak lembut tangan Syu sebelum turun dari katil. Syu menggeleng. Apa nak jadi dengan kawan aku seorang ni? Sejak dari tahun 1 hingga sekarang. Balqis hanya mampu menyimpan rasa didalam hati sahaja. Kerana itulah, Balqis jadi macam ni sekarang.
            “Aku lapar. Kau siaplah. Lama tak makan roti canai Pakcik Hamid dekat depan tu”
            Syu menghela nafa sebelum bangun dari katil. Kaki yang ingin melangkah terhenti sekejap apabila terpandang bingkai gambar yang disorak disebelah buku-buku TESL yang tebal-tebal belaka.
            Kaki dihala kearah meja belajar sebelum dia menarik bingkai gambar itu keluar. Syu kaget sekejap sebelum dia mengeluh. “Balqis Sofea! Budak bertuah!”
            Bingkai gambar itu diletak semula diatas meja bersama gelengan di kepala. Dia kemudian berlalu keluar untuk bersiap.

********************************

            “Selamat pulang, tuan muda”
            Kepulanganya disambut oleh semua pembantu rumah yang menunggu dihadapan pintu dengan membuat 2 barisan. Addy melangkah tanpa menghiraukan mereka sebelum berlalu ke ruangan dapur.
            Pintu peti ais dibuka lalu dia mengambil mineral kecil untuk menghilangkan rasa haus ketika ini. Kaki kemudian dibawa ke ruang tamu yang kembali sunyi.
            “Tuan muda dah pulang?”
            Dia tersedak air yang diminum apabila mendengar suara itu. Addy menoleh ke belakang melihat ketua pembantu rumah, Ibu Hajjah berdiri dengan senyuman yang bermakna. Addy menelan air didalam mulut dengan pantas.
            Ibu Hajjah menggeleng. “Ambilkan minuman untuk tuan muda”
            Addy melihat seorang pembantu mengikut arahan yang diberi. “Tuan muda seharusnya meminta kepada pembantu. Tak elok untuk minum seperti tadi. Seorang pewaris…….”
            Keluhan kedengaran. “……seharusnya punya etika dalam apa juga yang dilakukanya. Betul ‘kan?”
            Ibu Hajjah terdiam sekejap. Addy buat muka bosan. Setiap hari dileteri dengan ayat yang sama sehingga dia sudah mampu menghafal. Didalam villa ini, Ibu Hajjah akan berkuasa jika papa ataupun Carl tiada.
            Memandangkan wanita separuh abad ini mengenali arwah mama dan papa sebelum mereka berkahwin lagi, dia seakan-akan mempunyai kuasa yang papa sendiri tak mampu membantah. Kerana itu jugalah, Addy sendiri hanya mampu mengutuk didalam hati tapi tidak diluahkan di bibir.
            “Tuan muda berehat dahulu. Saya akan sediakan minum petang sebentar lagi”
            Addy mengangguk tanpa membantah. Setiap ucapan Ibu Hajjah adalah arahan yang harus dipatuhi walaupun untuk seorang pewaris seperti dirinya. Sebenarnya, dia juga sudah penat untuk melawan Ibu Hajjah yang sentiasa punya idea untuk membuat dirinya mengikut semua arahan wanita itu tanpa sedar.
            “Saya akan ke Zeus petang nanti. Tak perlu siapkan minum petang dan makan malam. Saya takkan ada dirumah sampai malam”
            “Tuan muda” langkahnya terhenti sebelum mendaki tangga. Dia menoleh. “Tan Sri berikan arahan yang jelas. Tanpa Carl, tuan muda tidak boleh kemana-mana. Saya rasa tuan muda harus mengikuti arahan itu selepas kehilangan tuan muda 2 hari lepas ‘kan?”
            Dia memberi senyuman yang meremangkan bulu roma. Aishhh. Addy menahan sabar. Dia tak mampu membantah. Ibu Hajjah seperti punya aura yang membuatkan dirinya yang sentiasa rebel ini pun terpaksa menurut tanpa membantah. Senyuman diukir semakin lebar apabila melihat tuan muda terdiam.
            “Baiklah. Saya akan siapkan minum petang untuk tuan muda”
            Dia berlalu ke dapur tanpa menoleh lagi. Addy menggaru kepalanya dengan rasa sebal. Beria dia merancang untuk lepak di Zeus petang ini. Perkara yang sukar dilakukan jika adanya papa mahupun Carl. Tapi dia terlupa bahawa dirumah ini masih ada Ibu Hajjah yang tarafnya sama seperti Carl.
            Dengan rasa sebal, dia melangkah mendaki tangga menuju ke bilik.

*********************************

            “Mama! Mama!”
            Dia bergegas keluar daripada Proton Pesona berwarna hitam yang dipandu abah. Kaki terus berlari laju apabila pintu rumah dibuka oleh mama. Tubuh kurus itu dipeluk erat untuk menghilangkan rasa rindu yang dipendam selama ini.
            “Rindunyaaaa”
            Puan Liza ketawa sambil mengusap belakang anak kesayanganya. “Baru tak balik sebulan dah rindu? Macam mana nak pergi sambung oversea nanti?”
            Pelukan direnggang. Balqis tarik muncung 14. “Mama ni. Memang nak Qis jauh dari mama ke? Qis cakap yang Qis nak duduk dekat mama je ‘kan?”
            “Budak bertuah” dia meluku kepala Balqis dengan lembut. Balqis memberi sengihan. “Balqis Sofea. Tahulah kamu rindukan mama kamu pun. Taknak tolong abah angkat barang kamu ke?”
            Balqis menoleh. Sengihan bersalah diberi. “Sorry. Qis tolong sekarang” dia membuat tabik hormat sebelum kembali mendapatkan abah yang sedang memunggah semua barang yang dibawa pulang.
            Mama, abah dan Balqis membawa semua barang masuk ke dalam rumah. Beg tarik berwarna merah diletakkan diruang tamu. Balqis melabuhkan punggung diatas sofa.
            “Ahhhhh. Rindunya rumah”
            Dia memerhati sekeliling. Perasaan hangat yang dirasai setiap kali berada dirumah. Perasaan selamat dan tenang kerana tiada sebarang masalah yang mampu menganggunya ketika ini.
            “Mama kamu gembira sangat bila kamu cakap praktikal nanti kamu akan berada dirumah. Abah tak larat nak dengar dia membebel cakap rumah sunyi sejak kamu di UPSI”
            Abah melabuhkan pungguh disofa satu berhampiran. Balqis tersenyum. Dia memeluk bahu mama yang duduk disebelah. “Mama rindu Qis ye?”
            Puan Lisa tergelak melihat wajah comel Balqis. Memang rindu sangat dengan buah hati pengarang jantung hatinya ini. Balqis sahaja hartanya yang paling bernilai didunia ini.
            “Jangan risau. 5 bulan Qis akan duduk rumah. Sampai mama bosan”
            “Mungkin lagi sukar untuk mama kamu lepaskan kamu selepas ini. Hati-hati” abah menambah selamba. Balqis ketawa.
            “Apa salahnya? Ini je anak perempuan kita, Encik Rizal oi. Awak ada banyak anak perempuan ke?”
            Mereka bedua ketawa mendengar mama seolah-olah merajuk. Balqis menggeleng. Sungguh dia merindui rumah. Dia rindukan masakan mama dan usikan abah. Kalaulah arwah abang masih ada. Rumah pasti akan lebih meriah dengan usikan lelaki itu.

A/N : 

this is my new novel beside 143. No worries because i'll try my best to finish 143 and frequently update new entry. Keep reading, readers :)

1 comment:

  1. owwwhhhhh nasib bek bg tau akan sambung n habiskan 143 ingat senyap dah tetiba ade cite baru kite tgk....tp cite senyum 2 bila nak sambung????

    ReplyDelete