Saturday, 11 May 2013

:) Bab 11

She what?”

            Hampir tersembur teh yang dihirup sebentar tadi. Tish meletakkan cawan tersebut ditempatnya semula dan memandang Reza dengan wajah terkejut.
            “Apa kau cakap? Dia nak tamatkan semuanya?”
            Reza mengangguk. Dia menghela nafas tanpa bicara. Terlalu banyak yang berada diminda sehingga dirinya tak mampu berfikir dengan wajar ketika ini.
            “Apa alasanya?” Tish menyoal lagi. Rasa tak percaya pun ada. Biar benar gadis bernama Fathea itu? Dia tak rasa bertuah ke dapat suami seperti Q?
            “Apa yang boleh aku buat? She has a very concreate reason for that. Aku bukan sekejam yang kau sangka”
            Tish terdiam. Teringat peristiwa sewaktu di Indonesia dahulu. “Maksud kau?”
            Reza diam sekejap. Selepas ini, hanya perlu memberitahu pihak atasan pula. Reza sendiri tak pasti kalau permintaan Thea ini akan diterima ataupun tidak.
            “Dia ada penyakit lemah jantung”
            Tish tergamam. “Katanya, jantung dia boleh berhenti bila-bila masa sahaja” Reza memandang Tish yang terkelu, tidak mampu berkata apa-apa. Suasana menjadi sunyi seketika.
            Tish mengeluh, berat. Mereka langsung tak menyangka perkara akan jadi seberat ini. “Apa kau nak buat? Kau terima permintaan dia?”
            “Aku tak bermain dengan nyawa seseorang, Tish. Aku pentingkan MARS. Jika ini terbaik untuk MARS, aku akan lakukanya”
            “Apa kau nak beritahu Q?”
            “Thea minta aku rahsiakan semuanya” Tish terkejut. “Jadi, Q akan seperti orang bodoh. Ditinggalkan oleh isteri sendiri?”
            Reza hanya mampu mengeluh. Semua ini sangat memeningkan kepala. Sewaktu memulakan semua ini, dia tak pernah menyangka keadaan akan jadi seperti ini.
            “Aku akan katakan bahawa ini adalah keputusan produksi. Ini sahaja jalanya, Tish. Aku tak boleh buat apa-apa lagi selain itu”
            Kali ini Tish pula mengeluh. Kepala terasa berpusing sekarang. “Heart failure huh? Kesan daripada serangan hari tu?”
            Reza sekadar mengangguk. Thea sendiri sudah mengaku. Mungkin ini yang terbaik. Demi kebaikan semua orang, Thea mengundur diri. “Siapa sangka? Dalam beribu peserta, aku pilih dia. Dalam banyak-banyak penyakit, aku tak pernah menyangka watak heroin aku punya penyakit yang boleh membunuh dia bila-bila masa sahaja”
            Tish hanya membisu. Dia risau sebenarnya. Q kelihatan terlalu serius walaupun mereka sekadar berlakon. Melihat perlakuan Q sejak mengenali Thea, Tish tahu Q semakin tertarik dengan gadis ini. Antara MARS dan seorang gadis. Apa agaknya keputusan Q nanti?

**********************************************

            Thea melihat frame gambar yang mempamerkan kesemua ahli kumpulan MARS yang ditempah khas olehnya. Kali pertama melihat poster yang ditunjuk Q, mindanya terus mendapat idea untuk melakukan semua ini.
            “Cantik ke?” dia menyoal diri sendiri. Bagi dirinya, memang dah cantik. Tapi apa pendapat Q? Frame tersebut sengaja diletak berhampiran dengan pintu masuk kerana tempatnya yang strategik.
            Setelah berpuas hati, dia kembali ke dapur dan melihat masakan yang hampir siap sepenuhnya. Q akan lewat sedikit hari ini kerana jadual yang agak padat. Jadi, Thea ambil keputusan untuk datang ke ruamh mereka terlebih dahulu dan menyiapkan semua.
            Dia mengacau kuah spagheti yang hampir mendidih. Teringat kali pertama dirinya memasak untuk Q dan ahli kumpulan MARS yang lain. Q pernah memintanya untuk memasak sekali lagi. Setelah termenung hampir setengah jam dihadapan rak barangan makanan, dia akhirnya memilih untuk memasak spagheti kegemaran Q.
            Apabila siap, Thea menutup api dan kemudian menuang kuah tersebut kedalam mangkuk diatas meja. Dia kemudian meletakkan mangkuk tersebut dibawah tudung dan mulai mengemas. 10 minit kemudian, keadaan menjadi seperti sebelum digunakan.
            Thea mengangguk tanda berpuas hati. Dia kemudian menanggalkan apron yang dipakai sebelum berlalu ke masterbedroom. Barang sedikit bertambah apabila melihat beberapa barang milik Q yang mungkin dibawanya sewaktu mereka tiada penggambaran.
            Dia duduk diatas katil dan melihat gambar polaroid yang ditangkap oleh Q sewaktu hari pertama mereka bertemu. Senyuman terukir sedikit. Walaupun aneh namun dia mampu melihat kegembiraan diwajah sendiri.
            “Sebulan. Itu tempoh yang diberi oleh pihak produksi untuk menamatkan semuanya. Saya akan beritahu Q juga nanti”
            Helaan nafas dilepaskan. Sebulan. 4 minggu sahaja lagi untuk mereka bertemu. Sekali seminggu bermakna, hanya ada 4 kali sahaja lagi pertemuan mereka berdua. Terasa sangat cepat masa berlalu. Mereka sudah hampir 3 bulan menjadi pasangan suami isteri. Walaupun jarang bertemu namun banyak juga kenangan yang dikongsi bersama.
            Thea mengambil gitar milik Q yang disandar berhampiran katil. Tanpa sedar, dia memainkan beberapa not muzik. Mata terasa hangat mengenangkan ini kali pertama dan kali terakhir meraikan hari jadi Q. Qhalid Rayyan yang hanya miliknya seorang.

********************************************
 
            Bunyi loceng rumah mengejutkan Thea yang sedang menonton tv di ruang tamu. Dia segera mengambil remote control berhampiran sebelum menutup tv dan bangun menghampiri pintu. Setelah menghela nafas untuk beberapa ketika, Thea membuka pintu.
            Senyuman diukir walaupun wajahnya kelihatan sangat penat. “Hai. Lama awak tunggu?”
            Thea menggeleng walaupun hampir 3 jam menunggu sehingga hampir bosan. Q melangkah masuk dengan pelbagai perasaan. Melihat Thea menunggu ketika dirinya pulang bekerja, terbit satu perasaan bahagia dihati. Seolah-olah mereka sememangnya pasangan suami isteri.
            Langkah terhenti apabila dia terpandang frame yang agak besar dilekat di dinding menghela ke ruang tamu. Q berdiri memandang tanpa berkelip. Thea memandang dengan rasa gementar. Dia suka ke? Tak suka? Besar sangat ke?
            “Awak buat?” dia menyoal, sedikit ceria. Thea sekadar mengangguk. “Cantik. Kreatif juga. Sebab ini awak minta poster hari tu?”
            Pipi terasa hangat mendengar pujian Q. Lelaki itu ketawa, kecil. Tak sangka Thea punya idea sehebat ini. Menarik. Boleh letak dekat asrama juga nanti.
            “Awak suka?” dia menyoal, perlahan. Q menoleh dan mengangguk. “Menarik. Rasanya yang lain pun mesti suka. Mika lagi suka kalau muka dia dibesarkan macam ni”
            Thea tertawa akhirnya. Q memandang dengan rasa terharu bercampur kagum. Macam mana agaknya kalau mereka benar-benar berkahwin? Begini ke kehidupan seharian mereka? Q sendiri terkejut apabila dirinya boleh menyoal seperti itu.
            “Awak berehatlah dulu. Awak mesti penat kan?”
            Q sekadar mengangguk. Dia berlalu ke ruang tamu dan meletakkan barangnya diatas permaidani sebelum duduk diatas sofa. “Theaaaa” dia memanggil.
            “Hmm?”
            “Duduk sini kejap” dia menepuk tempat kosong disebelah. Thea hanya menurut walaupun agak hairan. “Awak tak kerja hari ni?”
            “Saya ambil cuti”
            Q terkejut. Ambil cuti? Demi aku? “Saya hanya wish di telifon sahaja waktu hari jadi awak minggu lepas. Saya taknak ganggu awak”
            Its okay. Asalkan awak tak lupa, saya dah cukup gembira” senyuman diberi nampak lemah. Thea menyandar badan di sofa sambil merenung tv yang gelap. Suasana sunyi diantara mereka tidak membuatkan dirinya kekok lagi. Malah, sedikit tenang.
            “Saya nak tidur sekejap. Pukul 9 kita makan. Boleh?”
            Thea hanya mengangguk. Dia tahu Q pasti sangat letih. Tiba-tiba, Q melentokkan kepala di bahu dan mengenggam kananya. Kaget sekejap Thea apabila diperlaku seperti itu. “Q” dia memanggil, kekok. Tak pernah Q seperti ini. Kenapa tiba-tiba berubah?
            I miss you. I miss you so much” dia menutur perlahan. Hanya mampu didengari olehnya. Thea terasa jantungnya berdebar hebat.
            “Kalaulah semua ini adalah realiti. I will be the happiest man in the world” dia kemudian ketawa perlahan. Q menghela nafas. Kalaulah. Thea hanya diam membiarkan. Tak sampai hati ingin menolak apabila melihat Q yang sudah tertidur.
            Thea memandang tanganya yang digenggam erat. Hati merasa sebak tiba-tiba. Jika semuanya sudah berakhir, adakah awak akan terus mengenggam tangan saya seperti ini? Jika jadual awak tak dikosongkan semata-mata bertemu saya, mampukah kita seperti ini walaupun hanya sekali dalam seminggu?
            Thea tahu semua jawapan pastinya tidak memihak kepada diri sendiri. Mengenangkan itu, hatinya bagai dihiris sedikit demi sedikit. Wajah tampan Q membuatkan hatinya berdebar. Namun sikap ambil-berat dan suka tersenyum lelaki ini yang membuatkan dirinya tertarik.
            Qhalid Rayyan. Semua kenangan ini akan saya simpan rapi didalam hati saya. Mengenali awak yang terlalu bersinar dan melihat awak tertidur berbantalkan bahu saya, walaupun cuma mimpi, ianya adalah mimpi yang paling indah. Awak mengajar saya banyak perkara dan menyedarkan saya bahawa awak bukanlah Q yang ditunjukkan di pentas. Saya gembira mengenali Qhalid Rayyan yang pastinya bukan semua orang mampu.

***************************************
 
            Ini pinggan ke dua. Thea yang melihat terasa kenyang apabila Q menjamah spagheti yang dimasak dengan penuh berselera. Mungkin kerana dia sendiri sedang kelaparan sekarang ini.
            “Awak tak makan ke tadi?” dia menyoal, risau. Sudahlah kurus je badan tu. Jarang pula makan. Macam manalah ada tenaga menari atas pentas?
            “Tengah hari tadi. Selepas itu, saya terlalu sibuk. Sempat minum air je”
            Tanpa sedar, Thea menggeleng. Satu sikap yang Thea faham. Q jika terlalu sibuk, dia akan lupa semuanya termasuk makan. Dari kurus, menjadi lebih kurus. Jauh disudut hati, dirinya risau melihat lelaki ini.
            “Awak diet ke?”
            Q hampir tersedak mendengar soalan Thea. Segera dia meneguk air oren berhampiran. “Saya perlukan stamina untuk menari. Awak rasa saya perlu berdiet ke?”
            Segera Thea menggeleng. Badan kurus macam ni, nak diet lagi? Nanti tinggal tulang agaknya. “Kalau awak lagi kurus dari saya, itu pelik namanya”
            Q hanya tersenyum. “Awak makan sikit je? Tak lapar ke?”
            “Saya baru makan tadi. Lagipun, saya buat untuk awak. Makanlah”
            Lelaki itu hanya mengangguk sebelum kembali menjamah spagheti yang masih ada didalam pinggan. Thea hanya memerhati. 4 kali. Perkara itu terngiang-ngiang di telinga.
            “Reza...ada beritahu apa-apa ke?” dia menyoal, perlahan. Q menggeleng. “Kenapa? Ada yang perlu saya tahu ke?”
            Thea pula menggeleng. Pasti Reza perlukan masa untuk memberitahu Q mengenai hal ini. Buat masa sekarang, biarlah mereka menghargai masa yang ada.
            Tiba-tiba, dia teringat akan gitar yang berada didalam bilik. Hadiah hari jadi Q. Itupun setelah dipaksa oleh Sara yang sakit jiwa melihat dirinya yang langsung tak ambil kisah.
            “Selepas makan nanti, awak ke bilik kita ye” dia memberitahu. Q menghirup air kosong dengan wajah hairan. “Kenapa?”
            Senyuman nipis diukir. “Adalah. Saya ke bilik dahulu”
            Tanpa sempat disoal, dia bangun meninggalkan Q sendirian. Terpinga-pinga lelaki itu dengan tindakan Thea yang tiba-tiba. 

*********************************

            “Thea?”
            Teragak-agak dia membuka pintu masterbedroom yang berhampiran dengan ruang tamu. Tergamam sekejap melihat bilik yang gelap namun hanya disinari dengan lilin yang membentuk hati.
            Q melihat Thea duduk diatas katil sambil memegang gitar. Senyuman diukir membuatkan dirinya terpesona. Tanpa sedar, bibir sendiri turut mengukir senyum.
            This is my gift for you. Maaf sebab tak mampu menjadi isteri terbaik untuk awak. Maaf kerana awak terpaksa berusaha untuk rapat dengan saya. Thanks for everything
            Dia diam memeluk tubuh dengan rasa terharu. Ini kali pertama seorang gadis melakukan semua ini kepadanya. Terasa seperti watak mereka tertukar sekejap. Petikan gitar yang kedengaran menarik perhatianya.
            You seem quite shy but you’re oh so cute
            And i’m kind of girl that would love to be yours if you ask me to
            Melihat tersenyum, Thea tahu dirinya turut gembira. Q nampak paling tampan apabila matanya turut tersenyum dan pipinya mempamerkan lesung pipit.
            So just take a chance
            Try to hold my hand
            I swear I’d never let yo go
            Just let me know
            If you be my man

             I really want to

            Come out and tell you
            Oh Darling, I love you so
            If you ask for my heart,
            There’s no way that  i’ll say no
            Oh Darling, just take a chance please
            So we can stay together
            Till Hell starts to freeze



Tepukan diberi dengan rasa kagum. Kali pertama seorang gadis menyanyi untuknya. Kali pertama, hari jadinya disambut seperti ini. Q masih tersenyum. Melihat kesungguhan Thea, dia rasa sangat terharu.
            Thea meletakkan gitar disebelah sebelum bangun menghampiri Q yang sedikit kaget. “Thats sound silly huh?” dia menyoal dengan rasa malu. Pipi terasa hangat melihat Q yang hanya membisu.
            “Awak penyanyi yang baik”
          Thea hanya mampu ketawa, kecil. Suasana sedikit kekok. Dia berlalu kearah pintu sebelum membuka semula suis lampu dah kipas yang ditutup. Q menghela nafas. Ini hari jadi paling indah didalam hidupnya.
            “Ini untuk awak”
            Dia menghulur kotak berwarna koko tanpa memandangnya. Q sedikit hairan. Dia mengambil dan membuka. “Cincin?”
            Perlahan gadis itu mengangguk. “Itu bukan cincin kahwin kalau awak nak tahu” Q hanya tersenyum. “Sekadar hadiah kerana saya dapat tahu awak suka kumpul cincin”
            Q mengangguk. Dalam diam, Thea cuba mengenalinya. Walaupun nampak tidak ketara namun Q sentiasa menghargai usahanya itu. Tanpa bicara, cincin itu disarung di tangan kanan jari manisnya. Muat-muat. Thea ukur ke? Ke ambil dekat internet juga?
            “Baiklah. The show is over. Sudah pukul 11”
            Dia ingin berlalu namun Q memaut lenganya dengan pantas. Thea menoleh dengan wajah bertanya. “Saya juga ada hadiah untuk awak”
            Thea mengerut dahi. Perlahan Q menarik Thea hampir sebelum memeluknya dengan lembut. Thea kaget sekejap, tidak bergerak. Dia kaku didalam pelukan Q yang tiba-tiba.
            Thank you. Ini sambutan hari jadi paling bermakna untuk saya” perlahan dia menutur. Thea merasa jantungnya berdegup hebat sehingga dirinya risau kalau dia akan diserang sekali lagi.
            Q mengukir senyuman, bahagia. Fathea Husna. Awak sangat istimewa. Saya bertuah kerana dapat mengenali awak. 

3 comments:

  1. addoooooyyyyyyyy......x sanggup la nak hadapi kenyatan nanti bila seme ni dah berkahir....hhhhaaaaiiiihhhhh....

    ReplyDelete
  2. jangan laa berahsia dgn Q. kesian Q. mesti ada jln penyelesaian. kongsi laa masalah bersama. suami isteri kan......

    ReplyDelete
  3. OOwwhhh so sweet....sukeeeeenyaaa.....

    ReplyDelete