She what?”
Hampir tersembur teh yang dihirup
sebentar tadi. Tish meletakkan cawan tersebut ditempatnya semula dan memandang
Reza dengan wajah terkejut.
“Apa kau cakap? Dia nak tamatkan
semuanya?”
Reza mengangguk. Dia menghela nafas
tanpa bicara. Terlalu banyak yang berada diminda sehingga dirinya tak mampu
berfikir dengan wajar ketika ini.
“Apa alasanya?” Tish menyoal lagi.
Rasa tak percaya pun ada. Biar benar gadis bernama Fathea itu? Dia tak rasa
bertuah ke dapat suami seperti Q?
“Apa yang boleh aku buat? She has a very concreate reason for that. Aku
bukan sekejam yang kau sangka”
Tish terdiam. Teringat peristiwa
sewaktu di Indonesia dahulu. “Maksud kau?”
Reza diam sekejap. Selepas ini, hanya
perlu memberitahu pihak atasan pula. Reza sendiri tak pasti kalau permintaan
Thea ini akan diterima ataupun tidak.
“Dia ada penyakit lemah jantung”
Tish tergamam. “Katanya, jantung dia
boleh berhenti bila-bila masa sahaja” Reza memandang Tish yang terkelu, tidak
mampu berkata apa-apa. Suasana menjadi sunyi seketika.
Tish mengeluh, berat. Mereka
langsung tak menyangka perkara akan jadi seberat ini. “Apa kau nak buat? Kau
terima permintaan dia?”
“Aku tak bermain dengan nyawa
seseorang, Tish. Aku pentingkan MARS. Jika ini terbaik untuk MARS, aku akan
lakukanya”
“Apa kau nak beritahu Q?”
“Thea minta aku rahsiakan semuanya”
Tish terkejut. “Jadi, Q akan seperti orang bodoh. Ditinggalkan oleh isteri
sendiri?”
Reza hanya mampu mengeluh. Semua ini
sangat memeningkan kepala. Sewaktu memulakan semua ini, dia tak pernah
menyangka keadaan akan jadi seperti ini.
“Aku akan katakan bahawa ini adalah
keputusan produksi. Ini sahaja jalanya, Tish. Aku tak boleh buat apa-apa lagi
selain itu”
Kali ini Tish pula mengeluh. Kepala
terasa berpusing sekarang. “Heart failure
huh? Kesan daripada serangan hari tu?”
Reza sekadar mengangguk. Thea
sendiri sudah mengaku. Mungkin ini yang terbaik. Demi kebaikan semua orang,
Thea mengundur diri. “Siapa sangka? Dalam beribu peserta, aku pilih dia. Dalam
banyak-banyak penyakit, aku tak pernah menyangka watak heroin aku punya
penyakit yang boleh membunuh dia bila-bila masa sahaja”
Tish hanya membisu. Dia risau
sebenarnya. Q kelihatan terlalu serius walaupun mereka sekadar berlakon.
Melihat perlakuan Q sejak mengenali Thea, Tish tahu Q semakin tertarik dengan
gadis ini. Antara MARS dan seorang gadis. Apa agaknya keputusan Q nanti?
**********************************************
Thea melihat frame gambar yang mempamerkan kesemua ahli kumpulan MARS yang
ditempah khas olehnya. Kali pertama melihat poster yang ditunjuk Q, mindanya
terus mendapat idea untuk melakukan semua ini.
“Cantik ke?” dia menyoal diri
sendiri. Bagi dirinya, memang dah cantik. Tapi apa pendapat Q? Frame tersebut sengaja diletak
berhampiran dengan pintu masuk kerana tempatnya yang strategik.
Setelah berpuas hati, dia kembali ke
dapur dan melihat masakan yang hampir siap sepenuhnya. Q akan lewat sedikit
hari ini kerana jadual yang agak padat. Jadi, Thea ambil keputusan untuk datang
ke ruamh mereka terlebih dahulu dan menyiapkan semua.
Dia mengacau kuah spagheti yang
hampir mendidih. Teringat kali pertama dirinya memasak untuk Q dan ahli
kumpulan MARS yang lain. Q pernah memintanya untuk memasak sekali lagi. Setelah
termenung hampir setengah jam dihadapan rak barangan makanan, dia akhirnya
memilih untuk memasak spagheti kegemaran Q.
Apabila siap, Thea menutup api dan
kemudian menuang kuah tersebut kedalam mangkuk diatas meja. Dia kemudian
meletakkan mangkuk tersebut dibawah tudung dan mulai mengemas. 10 minit
kemudian, keadaan menjadi seperti sebelum digunakan.
Thea mengangguk tanda berpuas hati.
Dia kemudian menanggalkan apron yang dipakai sebelum berlalu ke masterbedroom. Barang sedikit bertambah
apabila melihat beberapa barang milik Q yang mungkin dibawanya sewaktu mereka
tiada penggambaran.
Dia duduk diatas katil dan melihat
gambar polaroid yang ditangkap oleh Q
sewaktu hari pertama mereka bertemu. Senyuman terukir sedikit. Walaupun aneh
namun dia mampu melihat kegembiraan diwajah sendiri.
“Sebulan.
Itu tempoh yang diberi oleh pihak produksi untuk menamatkan semuanya. Saya akan
beritahu Q juga nanti”
Helaan nafas
dilepaskan. Sebulan. 4 minggu sahaja lagi untuk mereka bertemu. Sekali seminggu
bermakna, hanya ada 4 kali sahaja lagi pertemuan mereka berdua. Terasa sangat
cepat masa berlalu. Mereka sudah hampir 3 bulan menjadi pasangan suami isteri.
Walaupun jarang bertemu namun banyak juga kenangan yang dikongsi bersama.
Thea mengambil gitar milik Q yang
disandar berhampiran katil. Tanpa sedar, dia memainkan beberapa not muzik. Mata
terasa hangat mengenangkan ini kali pertama dan kali terakhir meraikan hari
jadi Q. Qhalid Rayyan yang hanya miliknya seorang.
********************************************
Bunyi loceng rumah mengejutkan Thea
yang sedang menonton tv di ruang tamu. Dia segera mengambil remote control berhampiran sebelum
menutup tv dan bangun menghampiri pintu. Setelah menghela nafas untuk beberapa
ketika, Thea membuka pintu.
Senyuman diukir walaupun wajahnya
kelihatan sangat penat. “Hai. Lama awak tunggu?”
Thea menggeleng walaupun hampir 3
jam menunggu sehingga hampir bosan. Q melangkah masuk dengan pelbagai perasaan.
Melihat Thea menunggu ketika dirinya pulang bekerja, terbit satu perasaan
bahagia dihati. Seolah-olah mereka sememangnya pasangan suami isteri.
Langkah terhenti apabila dia
terpandang frame yang agak besar
dilekat di dinding menghela ke ruang tamu. Q berdiri memandang tanpa berkelip.
Thea memandang dengan rasa gementar. Dia suka ke? Tak suka? Besar sangat ke?
“Awak buat?” dia menyoal, sedikit
ceria. Thea sekadar mengangguk. “Cantik. Kreatif juga. Sebab ini awak minta
poster hari tu?”
Pipi terasa hangat mendengar pujian
Q. Lelaki itu ketawa, kecil. Tak sangka Thea punya idea sehebat ini. Menarik.
Boleh letak dekat asrama juga nanti.
“Awak suka?” dia menyoal, perlahan.
Q menoleh dan mengangguk. “Menarik. Rasanya yang lain pun mesti suka. Mika lagi
suka kalau muka dia dibesarkan macam ni”
Thea tertawa akhirnya. Q memandang
dengan rasa terharu bercampur kagum. Macam mana agaknya kalau mereka
benar-benar berkahwin? Begini ke kehidupan seharian mereka? Q sendiri terkejut
apabila dirinya boleh menyoal seperti itu.
“Awak berehatlah dulu. Awak mesti
penat kan?”
Q sekadar mengangguk. Dia berlalu ke
ruang tamu dan meletakkan barangnya diatas permaidani sebelum duduk diatas
sofa. “Theaaaa” dia memanggil.
“Hmm?”
“Duduk sini kejap” dia menepuk
tempat kosong disebelah. Thea hanya menurut walaupun agak hairan. “Awak tak
kerja hari ni?”
“Saya ambil cuti”
Q terkejut. Ambil cuti? Demi aku?
“Saya hanya wish di telifon sahaja
waktu hari jadi awak minggu lepas. Saya taknak ganggu awak”
“Its
okay. Asalkan awak tak lupa, saya dah cukup gembira” senyuman diberi nampak
lemah. Thea menyandar badan di sofa sambil merenung tv yang gelap. Suasana
sunyi diantara mereka tidak membuatkan dirinya kekok lagi. Malah, sedikit
tenang.
“Saya nak tidur sekejap. Pukul 9
kita makan. Boleh?”
Thea hanya mengangguk. Dia tahu Q
pasti sangat letih. Tiba-tiba, Q melentokkan kepala di bahu dan mengenggam
kananya. Kaget sekejap Thea apabila diperlaku seperti itu. “Q” dia memanggil,
kekok. Tak pernah Q seperti ini. Kenapa tiba-tiba berubah?
“I
miss you. I miss you so much” dia menutur perlahan. Hanya mampu didengari
olehnya. Thea terasa jantungnya berdebar hebat.
“Kalaulah semua ini adalah realiti. I will be the happiest man in the world” dia
kemudian ketawa perlahan. Q menghela nafas. Kalaulah. Thea hanya diam
membiarkan. Tak sampai hati ingin menolak apabila melihat Q yang sudah
tertidur.
Thea memandang tanganya yang
digenggam erat. Hati merasa sebak tiba-tiba. Jika semuanya sudah berakhir,
adakah awak akan terus mengenggam tangan saya seperti ini? Jika jadual awak tak
dikosongkan semata-mata bertemu saya, mampukah kita seperti ini walaupun hanya
sekali dalam seminggu?
Thea tahu semua jawapan pastinya
tidak memihak kepada diri sendiri. Mengenangkan itu, hatinya bagai dihiris
sedikit demi sedikit. Wajah tampan Q membuatkan hatinya berdebar. Namun sikap
ambil-berat dan suka tersenyum lelaki ini yang membuatkan dirinya tertarik.
Qhalid Rayyan. Semua kenangan ini
akan saya simpan rapi didalam hati saya. Mengenali awak yang terlalu bersinar
dan melihat awak tertidur berbantalkan bahu saya, walaupun cuma mimpi, ianya
adalah mimpi yang paling indah. Awak mengajar saya banyak perkara dan
menyedarkan saya bahawa awak bukanlah Q yang ditunjukkan di pentas. Saya
gembira mengenali Qhalid Rayyan yang pastinya bukan semua orang mampu.
***************************************
Ini pinggan ke dua. Thea yang
melihat terasa kenyang apabila Q menjamah spagheti yang dimasak dengan penuh
berselera. Mungkin kerana dia sendiri sedang kelaparan sekarang ini.
“Awak tak makan ke tadi?” dia
menyoal, risau. Sudahlah kurus je badan tu. Jarang pula makan. Macam manalah
ada tenaga menari atas pentas?
“Tengah hari tadi. Selepas itu, saya
terlalu sibuk. Sempat minum air je”
Tanpa sedar, Thea menggeleng. Satu
sikap yang Thea faham. Q jika terlalu sibuk, dia akan lupa semuanya termasuk
makan. Dari kurus, menjadi lebih kurus. Jauh disudut hati, dirinya risau
melihat lelaki ini.
“Awak diet ke?”
Q hampir tersedak mendengar soalan
Thea. Segera dia meneguk air oren berhampiran. “Saya perlukan stamina untuk
menari. Awak rasa saya perlu berdiet ke?”
Segera Thea menggeleng. Badan kurus
macam ni, nak diet lagi? Nanti tinggal tulang agaknya. “Kalau awak lagi kurus
dari saya, itu pelik namanya”
Q hanya tersenyum. “Awak makan sikit
je? Tak lapar ke?”
“Saya baru makan tadi. Lagipun, saya
buat untuk awak. Makanlah”
Lelaki itu hanya mengangguk sebelum
kembali menjamah spagheti yang masih ada didalam pinggan. Thea hanya memerhati.
4 kali. Perkara itu terngiang-ngiang di telinga.
“Reza...ada beritahu apa-apa ke?”
dia menyoal, perlahan. Q menggeleng. “Kenapa? Ada yang perlu saya tahu ke?”
Thea pula menggeleng. Pasti Reza
perlukan masa untuk memberitahu Q mengenai hal ini. Buat masa sekarang, biarlah
mereka menghargai masa yang ada.
Tiba-tiba, dia teringat akan gitar
yang berada didalam bilik. Hadiah hari jadi Q. Itupun setelah dipaksa oleh Sara
yang sakit jiwa melihat dirinya yang langsung tak ambil kisah.
“Selepas makan nanti, awak ke bilik
kita ye” dia memberitahu. Q menghirup air kosong dengan wajah hairan. “Kenapa?”
Senyuman nipis diukir. “Adalah. Saya
ke bilik dahulu”
Tanpa sempat disoal, dia bangun
meninggalkan Q sendirian. Terpinga-pinga lelaki itu dengan tindakan Thea yang
tiba-tiba.
*********************************
“Thea?”
Teragak-agak dia membuka pintu masterbedroom yang berhampiran dengan
ruang tamu. Tergamam sekejap melihat bilik yang gelap namun hanya disinari
dengan lilin yang membentuk hati.
Q melihat Thea duduk diatas katil
sambil memegang gitar. Senyuman diukir membuatkan dirinya terpesona. Tanpa
sedar, bibir sendiri turut mengukir senyum.
“This
is my gift for you. Maaf sebab tak mampu menjadi isteri terbaik untuk awak.
Maaf kerana awak terpaksa berusaha untuk rapat dengan saya. Thanks for everything”
Dia diam memeluk tubuh dengan rasa
terharu. Ini kali pertama seorang gadis melakukan semua ini kepadanya. Terasa
seperti watak mereka tertukar sekejap. Petikan gitar yang kedengaran menarik
perhatianya.
You
seem quite shy but you’re oh so cute
And i’m kind of girl that would love to be yours if you
ask me to
Melihat tersenyum, Thea tahu dirinya
turut gembira. Q nampak paling tampan apabila matanya turut tersenyum dan
pipinya mempamerkan lesung pipit.
So
just take a chance
Try to hold my hand
I swear I’d never let yo go
Just let me know
If you be my man
I really want to
Come out and tell you
Oh Darling, I love you so
If you ask for my heart,
There’s no way that
i’ll say no
Oh Darling, just take a chance please
So we can stay together
Till Hell starts to freeze
Tepukan diberi dengan rasa kagum. Kali pertama seorang gadis menyanyi untuknya. Kali pertama, hari jadinya disambut seperti ini. Q masih tersenyum. Melihat kesungguhan Thea, dia rasa sangat
terharu.
Thea meletakkan gitar disebelah
sebelum bangun menghampiri Q yang sedikit kaget. “Thats sound silly huh?” dia menyoal dengan rasa malu. Pipi terasa
hangat melihat Q yang hanya membisu.
“Awak penyanyi yang baik”
Thea hanya mampu ketawa, kecil.
Suasana sedikit kekok. Dia berlalu kearah pintu sebelum membuka semula suis
lampu dah kipas yang ditutup. Q menghela nafas. Ini hari jadi paling indah
didalam hidupnya.
“Ini untuk awak”
Dia menghulur kotak berwarna koko
tanpa memandangnya. Q sedikit hairan. Dia mengambil dan membuka. “Cincin?”
Perlahan gadis itu mengangguk. “Itu
bukan cincin kahwin kalau awak nak tahu” Q hanya tersenyum. “Sekadar hadiah
kerana saya dapat tahu awak suka kumpul cincin”
Q mengangguk. Dalam diam, Thea cuba
mengenalinya. Walaupun nampak tidak ketara namun Q sentiasa menghargai usahanya
itu. Tanpa bicara, cincin itu disarung di tangan kanan jari manisnya.
Muat-muat. Thea ukur ke? Ke ambil dekat internet juga?
“Baiklah. The show is over. Sudah pukul 11”
Dia ingin berlalu namun Q memaut
lenganya dengan pantas. Thea menoleh dengan wajah bertanya. “Saya juga ada
hadiah untuk awak”
Thea mengerut dahi. Perlahan Q
menarik Thea hampir sebelum memeluknya dengan lembut. Thea kaget sekejap, tidak
bergerak. Dia kaku didalam pelukan Q yang tiba-tiba.
“Thank
you. Ini sambutan hari jadi paling bermakna untuk saya” perlahan dia
menutur. Thea merasa jantungnya berdegup hebat sehingga dirinya risau kalau dia
akan diserang sekali lagi.
Q mengukir senyuman, bahagia. Fathea
Husna. Awak sangat istimewa. Saya bertuah kerana dapat mengenali awak.

addoooooyyyyyyyy......x sanggup la nak hadapi kenyatan nanti bila seme ni dah berkahir....hhhhaaaaiiiihhhhh....
ReplyDeletejangan laa berahsia dgn Q. kesian Q. mesti ada jln penyelesaian. kongsi laa masalah bersama. suami isteri kan......
ReplyDeleteOOwwhhh so sweet....sukeeeeenyaaa.....
ReplyDelete