Monday, 11 February 2013

Isteri Aku Rambut Blonde 37


“Bihun sup tulang, teh ais, cekodok?”
                Kez memandangnya sambil mengira jarinya. Dara mengangguk sebelum ketawa, kecil. “Itu je, abang. You repeat it 4 times already
                Suaminya itu sekadar senyuman comel. Dara menggeleng. “Abang taknak anak abang kempunan makan sebab abang lupa”
                “Kalau abang taknak anak abang ni kempunan, rasanya baik abang pergi sekarang”
                “Ah. Ye tak ye kan?”
                Dara ketawa lagi. “Abang pergi dulu” dia berlalu selepas memberi kucupan didahi Dara. “Eh, abang”
                Jas memandang, hairan. “Nak pergi mana?”
                Kez tersenyum. “Anak abang teringin nak makan bihun sup. Sibuklah kamu” dia menolak Jas ketepi sebelum berlalu keluar. Jas mencebik. Senyum sampai telinga. Rasanya semua orang boleh tahu dia bakal jadi ayah.
                Jas kemudian mengatur langkah menghampiri Dara yang nyata terkejut dengan kehadiranya. “Jas!”
                Senyuman diukir. Dia menghampiri Dara. Syukurlah tak ada apa-apa. Risau juga bila dapat panggilan dari abang pagi tadi mengatakan Dara masuk hospital.
                “Ma dengan pa mana?”
                “Assalamualaikum” suara ma membuat mereka berdua menoleh. Jas tersenyum. “Dara” melihat senyuman ma membuatkan hatinya tenang. Dia sangat merindui ma. Ma yang dianggap seperti mamanya sendiri. Ma yang tak pernah membezakan antara dirinya, Jas dan Kez. Ma yang sentiasa membuatkan dirinya merindui mama.
                “Waalaikumsalam”
                Dara mencium tangan ma sebelum kucupan singgah dikedua belah pipinya. “Kurusnya kamu. Kez tak bagi kau makan ke?”
                Jas ketawa kecil. Dara memandang, geram. “Sebab itulah sampai pengsan, ma” Dara mencubit lengan Jas dan membuatkan temanya itu menjerit, sakit. “Budak ni. Main-main pulak”
                Dara mengukir senyuman. “Pa sihat?”
                “Alhamdulillah. Ma kamu ni. Tak sabar sangat nak jumpa kamu lepas dapat tahu dari Kez. Pa ingat nak biar kamu berehat dulu”
                “Awak tu mulut je cakap taknak. Tapi tiap-tiap hari suruh saya tanya khabar Dara. Nasib baiklah anak kita tu lelaki. Kalau Jas, mahu merajuk kalau pa dia selalu tanya menantu je”
                Jas memandang Dara sebelum tersenyum. Mereka dah biasa dengan usik-mengusik pa dan ma. Tak perlu risau. Itu cara mereka bergurau sesama sendiri.
                “Kamu sihat sayang?”
                “Alhamdulillah, ma. Doktor pesan untuk Dara hati-hati pada awal kandungan ni”
                “Ala ma, tak payah risau. Tadi Jas dengar, dia siap bagi list dekat abang makanan yang dia nak” Jas mencelah, selamba.
                “Jas” pa bersuara disofa. Jas menoleh. “Cubalah panggil kak Dara. Pa tahulah dia kawan kamu. Tapi dia isteri abang kamu ‘kan?”
                Dara dah ketawa dibelakang. Jas tarik muka. “Ala pa ni. Selama ni tak kisah pun. Jas kenal Dara dari sekolah. Takkanlah nak panggil kak Dara?”
                “Apa salahnya? Cuba panggil?” Dara memberi senyuman, mengusik. Jas mencebik. “Betul tu. Kalau anak buah kamu ni lahir, tak ke pelik dia dengar nanti”
                Dara ketawa lagi. Rasakan, Jas! “Kak Dara. Cubalah!” Dara menyakat. “Ma!”
                Ma hanya tersenyum. Budak berdua ni memang pantang jumpa. Bergaduh je kerjanya.  “Malas la layan kau!” dia berlalu ke sofa sebelum duduk disebelah pa dengan rasa sebal.
                Ma dan Dara sama-sama tergelak. “Ma tak kisah kalau Dara nak tinggal dirumah. Bolehlah ma jaga kamu. Bagi kamu makanan yang berkhasiat”
                “Betul?” wajah Dara bercahaya. Itu layanan first class tu. “Kenapa? Jas kan ada?” temanya itu menyoal, cemburu. “Kamu? Kalau kamu mengandung nanti, tinggal la sampai kamu bersalin pun tak apa-apa”
                “Pa!” Jas merengek memandang pa yang membaca akhbar. “Pa setuju Jas. Bila la agaknya kami nak dapat menantu lelaki pula. Lagipun, kamu je anak pa yang belum kahwin”
                “Ala pa, Jas sibuk. Nanti-nanti je la Jas kahwin”
                Dara ketawa mendengar alasan Jas. “Budak bertuah ni. Cakap pandai tapi cari suami tak” selamba ma bersuara menyindir. “Ma” Jas tarik muka sekali lagi.

*********************************************************************

                “Sayang”
                Dara menoleh memandang Kez di sofa. “Hmm?” kening diangkat sedikit. Majalah WANITA diletak diatas katil sebelah kanan.
                “Buat masa sekarang, can you hold all your work at the boutique?”
                “Kenapa?”
                “I’m worried. Awak kelihatan sangat lemah sekarang. Mungkin sehingga kandungan awak sudah 3 bulan. Abang taknak Dara letih dan pengsan macam sekarang ni”
                Dara tersenyum. Dia tahu Kez risaukan keadaan dirinya. “Ada beberapa pelanggan yang sudah menetapkan date untuk siapkan baju yang ditempah. Dara kasihankan Manda. Sudah beberapa kali Dara biarkan dia uruskan semuanya”
                Kez mengangguk. Dia sendiri sedar tentang hal itu. Tapi kesihatan Dara sangat penting sekarang ini. “Tapi Dara ada juga terfikir untuk cari pekerja baru”
                “Pekerja baru?”
                Dara mengangguk. “Dara ingat nak hantar Manda ke New York. Buat internship disana dengan seliaan Jude. Dia dah banyak tolong Dara selama ni”
                “Manda tak apa ke dihantar jauh-jauh ni?”
                “Dia nampak teruja. Dara tahu impian dia adalah jadi fashion designer. Tak salah rasanya nak serapkan di dalam pasukan Judy. Manda boleh berlajar banyak perkara disana”
                Kez mengangguk. Dia bukanya faham sangat tentang semua ini namun Kez tahu Dara inginkan yang terbaik untuk Manda. “Kalau Manda kesana, macam mana dengan butik?”
                “Sebab itulah Dara nak cari pekerja lain”
                “Abang setuju. Cari perkerja ramai-ramai barulah awak boleh berehat. Kan?” Dara tersenyum. Kez bangun dari sofa sebelum menghampiri katil Dara.
                Dara berganjak sedikit sebelum Kez turut berbaring disebelah. Dara mengangkat kepala sebelum merehatkanya diatas lengan kanan Kez. Dia tersenyum, bahagia.
                “Sayang”
                “Hmm” mereka berpandangan. “Walauapapun yang berlaku, keep holding my hand tight” Kez memandang jauh ke dasar mata. Dara mengangguk.
                “I will
                Mereka sama-sama tersenyum. Kez memberi kucupan didahi sebelum membawa Dara kedalam pelukan. Jantungnya masih berdebar. Betapa bodohnya dia dahulu. Permata berada dihadapan mata namun dia tak mampu melihat. Semuanya kerana rasa benci yang melukai hati orang yang ikhlas mencintainya. Kez menghela nafas. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Perkahwinan ini akan dipertahankan dengan segala kudratnya.

*********************************************************************

                “Kez” Zahid mengangkat tangan sebaik melihat Kez masuk ke dalam lobi syarikat. 3 hari Kez ambil cuti kecemasan kerana Dara dimasukkan ke hospital.
                Senyuman diukir. “Cerianya kau? Ada apa-apa ke?”
                Zahid menggeleng. “Aku pula. Kau tu yang senyum sampai ke telinga. Dara sihat?”
                “Alhamdulillah. Morning sickness dah bermula. Kasihan juga aku bila tengok dia lembik macam sayur sejak akhir-akhir ni”
                “Biasalah tu. Kau tak nak ambil cuti lagi ke?”
                Kez tergelak. “Aku tak tahula mana nak cari boss macam kau, Id” terlalu mengambil-berat kebajikan pekerjanya. Mungkin sebab itu dia disenangi ramai.
                Zahid menggeleng. “Baru kau sedar?”
                “Iyalah. Kau memang pantang kena puji” mereka sama-sama ketawa sebelum melangkah keluar dari lif. Suasana yang riuh membuatkan mereka berkerut.
                “Kita buat apa-apa event ke?” Kez menyoal, hairan. Zahid menggeleng sekejap sebelum baru teringat. “Oh. Ini majlis untuk Eva. Aku lupa beritahu kau sebab kau cuti waktu tu”
                Kez sekadar mengangguk. Berita Eva mengundur diri sudah diketahui namun mereka tak pernah bertemu sejak hari itu. Bersama-sama mereka memasuki ruang pejabat.
                “Baru sampai?” Aina menegur bersama pinggan berisi bihun dan kuih-muih. Kez mengangguk. “Kenapa?”Aina menyoal, pelik. Zahid ketawa. “Banyaknya kau makan. Badan kecik je”
                Aina hanya mencebik sebelum berlalu ke sofa. Kez menapak menghampiri mereka yang sibuk berbual. “Kez!” rakan sekerja memanggil. “Come. Join us
                Kez menggeleng. “No, thanks. I kena masuk pejabat dulu. Banyak kerja” dia berlalu ke dalam pejabat walaupun rakan sekerjanya memandang pelik. Briefcase yang dibawa diletakkan diatas meja sebelum dia duduk di kerusi. Kez menghela nafas.
                Biarkan, Kez. Ini yang terbaik. Dara mengandungkan anak kau sekarang. Ini yang seharusnya dilakukan sejak dari dahulu. Dia mengangguk tanpa sedar. Kez membetulkan duduknya sebelum membuka fail yang sudah bertimbun diatas meja.
                Ketukan di pintu buat Kez mengangkat muka. Pintu dibuka dan Eva masuk bersama pinggin berisi makanan. Senyuman terukir diwajah wanita itu. “Sampai hati awak. Kita dahla jarang jumpa. Majlis perpisahan saya pun awak taknak join
                Eva menghampiri dengan hati berdebar. Walaupun dia cuba untuk melupakan semuanya namun dia tak mampu mengawal hati sendiri. Lelaki ini masih dicintai walaupun dia sudah banyak kali terluka.
                “Saya ada banyak kerja. Majlis itu untuk awak. Bukanya saya”
                Pinggan diletakkan diatas meja. Kez memandang tanpa reaksi. “Makanlah. Ini kali terakhir saya hidangkan makanan untuk awak”
                Kez menghela nafas. “Saya ada benda nak tanya awak sebenarnya” Eva mengangguk, memberi ruang untuk Kez meneruskan.
                “Awak jumpa Dara ke?”
                Eva tergamam. “Ye” dia mengangguk setelah memikirkan sebaik-baiknya. Kez mengeluh. “Cukuplah. Apa yang berlaku hari tu sudah cukup. Awak teruskanlah hidup. Saya nak bahagia dengan isteri dan anak saya”
                “Anak?”
                Kez mengangguk. “Dara mengandung. Saya tak mahu awak ganggu dia lagi, Eva. Saya takkan mampu bertoleransi lagi kalau itu terjadi”
                Eva terkelu. Kez mengugutnya? Hati rasa mendidih dengan tiba-tiba. “Senang kan? Lepas semuanya selesai, saya ni hanya sisa awak sahaja. Awak tak pernah rugi apa-apapun. Saya yang bodoh menyangka awak benar-benar mencintai saya!”
                “Saya dah berkahwin, Eva. Awak kena terima hakikat saya sudah beristeri dan bakal punya anak. Apa yang berlaku antara kita adalah kesilapan dan saya sangat menyesal. Saya menyesal melukai awak tapi saya lebih menyesal melukai isteri yang selama ini setia disisi saya”
                Helaan nafas kedengaran. Kez menggeleng. Dia benar-benar menyesal memikirkan apa yang berlaku diantara mereka dahulu. Mengenangkan airmata Dara yang turun walaupun ketika tidur kerana dirinya. Sehingga sekarang Kez diburu rasa bersalah.
                “Eva” Kez memandang, sayu. “Let me go. Saya merayu. Saya ingin pulang ke pangkuan Dara tanpa awak sebagai bayangan diantara kami lagi. Anak saya perlukan papa dan mamanya. Tak boleh ke awak lepaskan saya?”
                Eva terdiam. Airmata ingin menitis mendengar rayuan Kez yang menggigit-gigit hatinya ketika ini. Melihat Kez merayu seperti ini. Eva rasa ingin meraung. Kez! Berapa banyak lagi luka yang awak nak beri pada hati saya? Tak cukup lagi ke?
                “Selagi awak wujud diantara kami, saya dan Dara takkan boleh kembali seperti dahulu. Saya bersalah diatas semua yang berlaku kepada awak. Tapi saya tak mampu menebusnya dengan cara yang awak mahukan. Saya berharap awak mampu berjumpa lelaki yang benar-benar mencintai awak”
                Eva cuba menahan airmata yang ingin turun. Matanya sudah bergenang. Jika Kez merayu untuk dilepaskan seperti ini, apa lagi yang harus dipertahankan? Kez bukan miliknya lagi. Samada Kez dahulu mahupun Kez yang sekarang. Mereka hanya mencintai Dara. Tiada Eva.
                “Saya mencintai awak sejak sekolah. Awak adalah cinta pertama yang tak mampu saya lupakan walaupun saya mendampingi ramai lelaki. Saya lepaskan semuanya demi awak. Saya rela diri dihina kerana cinta saya kepada awak. Namun akhirnya, awak tetap memilih dia. Dimata awak, hanya ada Dara. Dihati awak, cinta awak hanya untuk Dara”
                Eva menghela nafas. Airmata sudah mengalir perlahan. “Saya lepaskan awak tapi maaf. Saya tak mampu mendoakan kebahagiaan awak. Selamat tinggal” dia berlalu keluar tanpa menoleh lagi. Hancur hatinya tidak akan mampu dicantum semula.
                Kez meraup wajah dengan pelbagai perasaan. Dia tak sangka Eva akhirnya melepaskan dirinya. Kez mengucapkan syukur ke Hadrat ILLAHI. Semoga tiada lagi dugaan untuk bahtera kami yang baru hendak berlayar, Ya Rabbi.

*******************************************************

                “Apa khabar, mommy?”
                Dara tergelak mendengar ucapan Jas di pintu rumah. “Khabar baik, maksu. Tak kerja ke?” Jas pula ketawa sebelum menurunkan bakul buah-buahan yang ditayang kepada Dara tadi.
                “Tak. Half day semata-mata nak jumpa kau”
                Dara mencebik. Iyalah sangat tu. Jas ni bukan boleh percaya sangat. ”Marilah masuk. Aku memang tengah bosan pun sekarang ni”
                Jas mengangguk. Bersama-sama mereka melangkah ke ruang tamu sebelum duduk disofa. “I ke dapur sekejap”
                Dara berlalu ke dapur meninggalkan Jas sendirian. Jas menghela nafas. Dia kesini berhajat. Tapi Jas risau jika dengan reaksi yang bakal Dara berikan. Namun permintaan Arieff buat dirinya serba-salah. Permintaan seorang ayah untuk bertemu dengan anak kandungnya. Siapa dirinya untuk menghalang?
                Dara kembali bersama air oren yang kemudianya diletakkan diatas meja kopi dihadapan Jas. Dara kemudian duduk disebelah Jas.
                “Kau buat apa je hari ni?” Jas menyoal. “Biasa. Kemas rumah. Basuh baju. Cuba resepi baru” Jas tergelak. “Tentu bosan kan?” dia tumpang simpati. Sejak peristiwa Dara cium permaidani dekat butik, abang larang Dara untuk berkerja sekurang-kurangnya sehingga kandungan Dara cukup 3 bulan.
                “You tell me
                Jas hanya tersenyum. Walaupun kelihatan tidak suka namun wajah Dara nampak berseri-seri. Seri orang mengandung agaknya. Sebagai kawan yang disisi Dara sejak zaman sekolah, perubahan Dara sememangnya sangat ketara. Jauh disudut hati, dia gembira melihat Dara sekarang ini.
                “Okaylah tu. Kau boleh berehat. Kalau tak, sibuk memanjang dekat butik tu”
                Jas menghirup air oren yang disediakan dengan pelbagai perasaan. Dia mengerling kearah Dara yang sedang menjamah keropok. Tak tahu dari mana nak mula sebenarnya. Emosi orang mengandung bukanya boleh diduga.
                “Dara” dia bersuara, perlahan. “Kenapa?”
                “Kau ingat tak papa kau?” Jas menyoal bersama jantung yang berdebar. Dara mengerut dahi. “Papa I? Kenapa?”
                “Saja je tanya” sengihan diberi. Dra hanya menggeleng sebelum turut tersenyum. “Tak sangat. Papa meninggal waktu I masih kecil. Honestly, I don’t remember him at all. Bila I dah besar, baru I faham semuanya. Sebab itulah I cuma ada ingatan tentang mamam I je”
                Jas mengangguk. Jadi Dara sendiri tak pasti. Nak tanya siapa lagi? Mama Dara juga sudah lama meninggal dunia. Jas menghela nafas. Dia meletak semula gelas diatas meja sebelum memandang Dara.
                “Aku ada benda nak beritahu kau sebenarnya”
                Dara menoleh. Risau sekejap melihat Jas yang serius. Ada perkara teruk yang berlaku ke? “Jas. Kenapa ni? Apa yang berlaku?”
                Jas menggeleng. Dia menghela nafas sambil cuba mengawal dengupan jantung. “Aku jumpa Arieff bulan lepas”
                “Arieff?”
                Jas mengangguk. “Dia nak jumpa kau sebenarnya tapi kau dengan dia dah lost contact. Jadi dia cari aku. Dia beritahu aku perkara yang aku tak mampu sangka”
                “Kenapa? Nak bagi kad kahwin ke?”
                “Tak. Tapi  dia  bawa berita yang mengejutkan”
                Dara menoleh dengan pandangan hairan. “Berita apa?” Jas memandang Dara. Tak terkeluar rasanya perkara yang ingin disampaikan.
                “Tentang papa kau” Jas bersuara perlahan. “Apa?”
                Jas menghela nafas. “Tentang papa kau” Dara mengangguk. Kenapa dengan papa yang sudah meninggal lama dulu?
                “Papa kau masih hidup” Dara kaku sekejap. Hidup? “Apa? Papa aku? Hidup? You buat  lawak ke?” Dara tergelak kecil bersama gelengan. Jas masih serius dan tawa Dara terhenti.
                “Apa you cakap?”
                Jas mengangguk. “Dia masih hidup. Erti kata lain, papa kau yang meninggal tu bukan papa kandung kau”
                Otak tiba-tiba rasa berpinar. Semua terasa seperti mimpi. “Habistu, apa kena mengena dengan Arieff pula?”
                “Papa Arieff adalah papa kau”
                Dara tergamam. Semua ini membuatkan dirinya terkedu tak bersuara. Apa yang Jas cakap ni? Kenapa papa aku boleh jadi papa Arieff? Kenapa papa aku boleh hidup semula?
                “Dara” panggilan Jas buat dia tersedar. “Arieff jumpa aku hari tu dan terangkan semuanya. Kalian adik-beradik. Papa Arieff berkahwin dengan mama dia dahulu sebelum bertemu mama kau dan berkahwin sekali lagi”
                “Apa?”
                Dara menggeleng dengan rasa tak percaya. Seumur hidup dia disogok dengan kenyataan papanya telah meninggal dan dia hanya ada mama sahaja. Kemudian dia tahu kewujudan nenek yang selama ini langsung tidak dibangkitkan oleh mama mahupun Judy.
                “Papa I dah meninggal, Jas. Apa you merepek ni?”
                Jas mengeluh, berat. Dia tahu Dara sukar untuk menerima kenyataan ini. “Arieff jumpa gambar kau waktu sekolah dibilik bacaan papa dia. Waktu itu dia bongkar semuanya. Papa dia tahu kewujudan kau tapi mama kau menghalang kalian dari berjumpa. Mereka bercerai dengan cara tak elok. Mama kau mahu papa Arieff menyesali perbuatanya dengan menghalang kalian dari berjumpa”
                Ya Allah. Kepalanya terasa sakit tiba-tiba. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa mama nak buat macam tu pula? Selama ini mama adalah mangsa. Kenapa sekarang keadaan terbalik pula?
                “Arieff nak kau bertemu dengan papa dia dan selesaikan semuanya.Aku rasa itu yang terbaik untuk rungkai masalah yang berlaku. Sehingga sekarang kau masih taktahu kenapa mama kau taknak balik sini kan?”
                Dara diam tidak menjawab. Jas memegang bahu Dara dengan lembut. “Aku fikir banyak kali untuk ceritakan pada kau.Tapi aku akan rasa lebih bersalah jika merahsiakan semuanya. Ini saat untuk kau rungkai semua yang berlaku dalam keluarga kau selama ini. Aku minta maaf, Dara”
                Tubuh Dara dipeluk, erat. Jas berharap Dara mampu menerima kenyataan yang mengejutkan ini bersama hati yang tabah. Dara hanya membisu didalam pelukan Jas. Dia sebenarnya masih keliru dan terkejut. Tapi lebih tepat lagi dirinya masih tidak memahami apa yang berlaku sekarang ini.

3 comments:

  1. huhhhhhhh....lama tunggu....bila nak dpt n3 baru len nih

    ReplyDelete
  2. I'm still juggling my time with assignment and cracking my head for some idea to come in. sorry for all the waiting. I really appreciate it. Hope you guys still anticipating the ending even I can't find the best ending yet. till then. keep reading.

    xoxo :)

    ReplyDelete