“Bihun sup tulang, teh ais, cekodok?”
Kez
memandangnya sambil mengira jarinya. Dara mengangguk sebelum ketawa, kecil.
“Itu je, abang. You repeat it 4 times
already”
Suaminya
itu sekadar senyuman comel. Dara menggeleng. “Abang taknak anak abang kempunan
makan sebab abang lupa”
“Kalau
abang taknak anak abang ni kempunan, rasanya baik abang pergi sekarang”
“Ah.
Ye tak ye kan?”
Dara
ketawa lagi. “Abang pergi dulu” dia berlalu selepas memberi kucupan didahi
Dara. “Eh, abang”
Jas
memandang, hairan. “Nak pergi mana?”
Kez
tersenyum. “Anak abang teringin nak makan bihun sup. Sibuklah kamu” dia menolak
Jas ketepi sebelum berlalu keluar. Jas mencebik. Senyum sampai telinga. Rasanya
semua orang boleh tahu dia bakal jadi ayah.
Jas
kemudian mengatur langkah menghampiri Dara yang nyata terkejut dengan
kehadiranya. “Jas!”
Senyuman
diukir. Dia menghampiri Dara. Syukurlah tak ada apa-apa. Risau juga bila dapat
panggilan dari abang pagi tadi mengatakan Dara masuk hospital.
“Ma
dengan pa mana?”
“Assalamualaikum”
suara ma membuat mereka berdua menoleh. Jas tersenyum. “Dara” melihat senyuman
ma membuatkan hatinya tenang. Dia sangat merindui ma. Ma yang dianggap seperti
mamanya sendiri. Ma yang tak pernah membezakan antara dirinya, Jas dan Kez. Ma
yang sentiasa membuatkan dirinya merindui mama.
“Waalaikumsalam”
Dara
mencium tangan ma sebelum kucupan singgah dikedua belah pipinya. “Kurusnya
kamu. Kez tak bagi kau makan ke?”
Jas
ketawa kecil. Dara memandang, geram. “Sebab itulah sampai pengsan, ma” Dara
mencubit lengan Jas dan membuatkan temanya itu menjerit, sakit. “Budak ni.
Main-main pulak”
Dara
mengukir senyuman. “Pa sihat?”
“Alhamdulillah.
Ma kamu ni. Tak sabar sangat nak jumpa kamu lepas dapat tahu dari Kez. Pa ingat
nak biar kamu berehat dulu”
“Awak
tu mulut je cakap taknak. Tapi tiap-tiap hari suruh saya tanya khabar Dara.
Nasib baiklah anak kita tu lelaki. Kalau Jas, mahu merajuk kalau pa dia selalu
tanya menantu je”
Jas
memandang Dara sebelum tersenyum. Mereka dah biasa dengan usik-mengusik pa dan
ma. Tak perlu risau. Itu cara mereka bergurau sesama sendiri.
“Kamu
sihat sayang?”
“Alhamdulillah,
ma. Doktor pesan untuk Dara hati-hati pada awal kandungan ni”
“Ala
ma, tak payah risau. Tadi Jas dengar, dia siap bagi list dekat abang makanan yang dia nak” Jas mencelah, selamba.
“Jas”
pa bersuara disofa. Jas menoleh. “Cubalah panggil kak Dara. Pa tahulah dia
kawan kamu. Tapi dia isteri abang kamu ‘kan?”
Dara
dah ketawa dibelakang. Jas tarik muka. “Ala pa ni. Selama ni tak kisah pun. Jas
kenal Dara dari sekolah. Takkanlah nak panggil kak Dara?”
“Apa
salahnya? Cuba panggil?” Dara memberi senyuman, mengusik. Jas mencebik. “Betul
tu. Kalau anak buah kamu ni lahir, tak ke pelik dia dengar nanti”
Dara
ketawa lagi. Rasakan, Jas! “Kak Dara. Cubalah!” Dara menyakat. “Ma!”
Ma
hanya tersenyum. Budak berdua ni memang pantang jumpa. Bergaduh je kerjanya. “Malas la layan kau!” dia berlalu ke sofa
sebelum duduk disebelah pa dengan rasa sebal.
Ma
dan Dara sama-sama tergelak. “Ma tak kisah kalau Dara nak tinggal dirumah.
Bolehlah ma jaga kamu. Bagi kamu makanan yang berkhasiat”
“Betul?”
wajah Dara bercahaya. Itu layanan first
class tu. “Kenapa? Jas kan ada?” temanya itu menyoal, cemburu. “Kamu? Kalau
kamu mengandung nanti, tinggal la sampai kamu bersalin pun tak apa-apa”
“Pa!”
Jas merengek memandang pa yang membaca akhbar. “Pa setuju Jas. Bila la agaknya
kami nak dapat menantu lelaki pula. Lagipun, kamu je anak pa yang belum kahwin”
“Ala
pa, Jas sibuk. Nanti-nanti je la Jas kahwin”
Dara
ketawa mendengar alasan Jas. “Budak bertuah ni. Cakap pandai tapi cari suami tak”
selamba ma bersuara menyindir. “Ma” Jas tarik muka sekali lagi.
*********************************************************************
“Sayang”
Dara
menoleh memandang Kez di sofa. “Hmm?” kening diangkat sedikit. Majalah WANITA
diletak diatas katil sebelah kanan.
“Buat
masa sekarang, can you hold all your work
at the boutique?”
“Kenapa?”
“I’m worried. Awak kelihatan sangat lemah
sekarang. Mungkin sehingga kandungan awak sudah 3 bulan. Abang taknak Dara
letih dan pengsan macam sekarang ni”
Dara
tersenyum. Dia tahu Kez risaukan keadaan dirinya. “Ada beberapa pelanggan yang
sudah menetapkan date untuk siapkan
baju yang ditempah. Dara kasihankan Manda. Sudah beberapa kali Dara biarkan dia
uruskan semuanya”
Kez
mengangguk. Dia sendiri sedar tentang hal itu. Tapi kesihatan Dara sangat
penting sekarang ini. “Tapi Dara ada juga terfikir untuk cari pekerja baru”
“Pekerja
baru?”
Dara
mengangguk. “Dara ingat nak hantar Manda ke New York. Buat internship disana dengan seliaan Jude. Dia dah banyak tolong Dara
selama ni”
“Manda
tak apa ke dihantar jauh-jauh ni?”
“Dia
nampak teruja. Dara tahu impian dia adalah jadi fashion designer. Tak salah rasanya nak serapkan di dalam pasukan
Judy. Manda boleh berlajar banyak perkara disana”
Kez
mengangguk. Dia bukanya faham sangat tentang semua ini namun Kez tahu Dara
inginkan yang terbaik untuk Manda. “Kalau Manda kesana, macam mana dengan
butik?”
“Sebab
itulah Dara nak cari pekerja lain”
“Abang
setuju. Cari perkerja ramai-ramai barulah awak boleh berehat. Kan?” Dara
tersenyum. Kez bangun dari sofa sebelum menghampiri katil Dara.
Dara
berganjak sedikit sebelum Kez turut berbaring disebelah. Dara mengangkat kepala
sebelum merehatkanya diatas lengan kanan Kez. Dia tersenyum, bahagia.
“Sayang”
“Hmm”
mereka berpandangan. “Walauapapun yang berlaku, keep holding my hand tight” Kez memandang jauh ke dasar mata. Dara
mengangguk.
“I will”
Mereka
sama-sama tersenyum. Kez memberi kucupan didahi sebelum membawa Dara kedalam
pelukan. Jantungnya masih berdebar. Betapa bodohnya dia dahulu. Permata berada
dihadapan mata namun dia tak mampu melihat. Semuanya kerana rasa benci yang
melukai hati orang yang ikhlas mencintainya. Kez menghela nafas. Cukuplah
dengan apa yang berlaku. Perkahwinan ini akan dipertahankan dengan segala
kudratnya.
*********************************************************************
“Kez”
Zahid mengangkat tangan sebaik melihat Kez masuk ke dalam lobi syarikat. 3 hari
Kez ambil cuti kecemasan kerana Dara dimasukkan ke hospital.
Senyuman
diukir. “Cerianya kau? Ada apa-apa ke?”
Zahid
menggeleng. “Aku pula. Kau tu yang senyum sampai ke telinga. Dara sihat?”
“Alhamdulillah.
Morning sickness dah bermula. Kasihan
juga aku bila tengok dia lembik macam sayur sejak akhir-akhir ni”
“Biasalah
tu. Kau tak nak ambil cuti lagi ke?”
Kez
tergelak. “Aku tak tahula mana nak cari boss
macam kau, Id” terlalu mengambil-berat kebajikan pekerjanya. Mungkin sebab
itu dia disenangi ramai.
Zahid
menggeleng. “Baru kau sedar?”
“Iyalah.
Kau memang pantang kena puji” mereka sama-sama ketawa sebelum melangkah keluar
dari lif. Suasana yang riuh membuatkan mereka berkerut.
“Kita
buat apa-apa event ke?” Kez menyoal,
hairan. Zahid menggeleng sekejap sebelum baru teringat. “Oh. Ini majlis untuk
Eva. Aku lupa beritahu kau sebab kau cuti waktu tu”
Kez
sekadar mengangguk. Berita Eva mengundur diri sudah diketahui namun mereka tak
pernah bertemu sejak hari itu. Bersama-sama mereka memasuki ruang pejabat.
“Baru
sampai?” Aina menegur bersama pinggan berisi bihun dan kuih-muih. Kez
mengangguk. “Kenapa?”Aina menyoal, pelik. Zahid ketawa. “Banyaknya kau makan.
Badan kecik je”
Aina
hanya mencebik sebelum berlalu ke sofa. Kez menapak menghampiri mereka yang
sibuk berbual. “Kez!” rakan sekerja memanggil. “Come. Join us”
Kez
menggeleng. “No, thanks. I kena masuk
pejabat dulu. Banyak kerja” dia berlalu ke dalam pejabat walaupun rakan
sekerjanya memandang pelik. Briefcase yang
dibawa diletakkan diatas meja sebelum dia duduk di kerusi. Kez menghela nafas.
Biarkan,
Kez. Ini yang terbaik. Dara mengandungkan anak kau sekarang. Ini yang
seharusnya dilakukan sejak dari dahulu. Dia mengangguk tanpa sedar. Kez
membetulkan duduknya sebelum membuka fail yang sudah bertimbun diatas meja.
Ketukan
di pintu buat Kez mengangkat muka. Pintu dibuka dan Eva masuk bersama pinggin
berisi makanan. Senyuman terukir diwajah wanita itu. “Sampai hati awak. Kita
dahla jarang jumpa. Majlis perpisahan saya pun awak taknak join”
Eva
menghampiri dengan hati berdebar. Walaupun dia cuba untuk melupakan semuanya
namun dia tak mampu mengawal hati sendiri. Lelaki ini masih dicintai walaupun
dia sudah banyak kali terluka.
“Saya
ada banyak kerja. Majlis itu untuk awak. Bukanya saya”
Pinggan
diletakkan diatas meja. Kez memandang tanpa reaksi. “Makanlah. Ini kali
terakhir saya hidangkan makanan untuk awak”
Kez
menghela nafas. “Saya ada benda nak tanya awak sebenarnya” Eva mengangguk,
memberi ruang untuk Kez meneruskan.
“Awak
jumpa Dara ke?”
Eva
tergamam. “Ye” dia mengangguk setelah memikirkan sebaik-baiknya. Kez mengeluh.
“Cukuplah. Apa yang berlaku hari tu sudah cukup. Awak teruskanlah hidup. Saya
nak bahagia dengan isteri dan anak saya”
“Anak?”
Kez
mengangguk. “Dara mengandung. Saya tak mahu awak ganggu dia lagi, Eva. Saya
takkan mampu bertoleransi lagi kalau itu terjadi”
Eva
terkelu. Kez mengugutnya? Hati rasa mendidih dengan tiba-tiba. “Senang kan?
Lepas semuanya selesai, saya ni hanya sisa awak sahaja. Awak tak pernah rugi
apa-apapun. Saya yang bodoh menyangka awak benar-benar mencintai saya!”
“Saya
dah berkahwin, Eva. Awak kena terima hakikat saya sudah beristeri dan bakal
punya anak. Apa yang berlaku antara kita adalah kesilapan dan saya sangat
menyesal. Saya menyesal melukai awak tapi saya lebih menyesal melukai isteri
yang selama ini setia disisi saya”
Helaan
nafas kedengaran. Kez menggeleng. Dia benar-benar menyesal memikirkan apa yang
berlaku diantara mereka dahulu. Mengenangkan airmata Dara yang turun walaupun
ketika tidur kerana dirinya. Sehingga sekarang Kez diburu rasa bersalah.
“Eva”
Kez memandang, sayu. “Let me go. Saya
merayu. Saya ingin pulang ke pangkuan Dara tanpa awak sebagai bayangan diantara
kami lagi. Anak saya perlukan papa dan mamanya. Tak boleh ke awak lepaskan saya?”
Eva
terdiam. Airmata ingin menitis mendengar rayuan Kez yang menggigit-gigit
hatinya ketika ini. Melihat Kez merayu seperti ini. Eva rasa ingin meraung. Kez!
Berapa banyak lagi luka yang awak nak beri pada hati saya? Tak cukup lagi ke?
“Selagi
awak wujud diantara kami, saya dan Dara takkan boleh kembali seperti dahulu.
Saya bersalah diatas semua yang berlaku kepada awak. Tapi saya tak mampu
menebusnya dengan cara yang awak mahukan. Saya berharap awak mampu berjumpa
lelaki yang benar-benar mencintai awak”
Eva
cuba menahan airmata yang ingin turun. Matanya sudah bergenang. Jika Kez merayu
untuk dilepaskan seperti ini, apa lagi yang harus dipertahankan? Kez bukan
miliknya lagi. Samada Kez dahulu mahupun Kez yang sekarang. Mereka hanya
mencintai Dara. Tiada Eva.
“Saya
mencintai awak sejak sekolah. Awak adalah cinta pertama yang tak mampu saya
lupakan walaupun saya mendampingi ramai lelaki. Saya lepaskan semuanya demi
awak. Saya rela diri dihina kerana cinta saya kepada awak. Namun akhirnya, awak
tetap memilih dia. Dimata awak, hanya ada Dara. Dihati awak, cinta awak hanya
untuk Dara”
Eva
menghela nafas. Airmata sudah mengalir perlahan. “Saya lepaskan awak tapi maaf.
Saya tak mampu mendoakan kebahagiaan awak. Selamat tinggal” dia berlalu keluar
tanpa menoleh lagi. Hancur hatinya tidak akan mampu dicantum semula.
Kez
meraup wajah dengan pelbagai perasaan. Dia tak sangka Eva akhirnya melepaskan
dirinya. Kez mengucapkan syukur ke Hadrat ILLAHI. Semoga tiada lagi dugaan
untuk bahtera kami yang baru hendak berlayar, Ya Rabbi.
*******************************************************
“Apa
khabar, mommy?”
Dara
tergelak mendengar ucapan Jas di pintu rumah. “Khabar baik, maksu. Tak kerja
ke?” Jas pula ketawa sebelum menurunkan bakul buah-buahan yang ditayang kepada
Dara tadi.
“Tak.
Half day semata-mata nak jumpa kau”
Dara
mencebik. Iyalah sangat tu. Jas ni bukan boleh percaya sangat. ”Marilah masuk.
Aku memang tengah bosan pun sekarang ni”
Jas
mengangguk. Bersama-sama mereka melangkah ke ruang tamu sebelum duduk disofa. “I
ke dapur sekejap”
Dara
berlalu ke dapur meninggalkan Jas sendirian. Jas menghela nafas. Dia kesini
berhajat. Tapi Jas risau jika dengan reaksi yang bakal Dara berikan. Namun
permintaan Arieff buat dirinya serba-salah. Permintaan seorang ayah untuk
bertemu dengan anak kandungnya. Siapa dirinya untuk menghalang?
Dara
kembali bersama air oren yang kemudianya diletakkan diatas meja kopi dihadapan
Jas. Dara kemudian duduk disebelah Jas.
“Kau
buat apa je hari ni?” Jas menyoal. “Biasa. Kemas rumah. Basuh baju. Cuba resepi
baru” Jas tergelak. “Tentu bosan kan?” dia tumpang simpati. Sejak peristiwa
Dara cium permaidani dekat butik, abang larang Dara untuk berkerja
sekurang-kurangnya sehingga kandungan Dara cukup 3 bulan.
“You tell me”
Jas
hanya tersenyum. Walaupun kelihatan tidak suka namun wajah Dara nampak
berseri-seri. Seri orang mengandung agaknya. Sebagai kawan yang disisi Dara
sejak zaman sekolah, perubahan Dara sememangnya sangat ketara. Jauh disudut
hati, dia gembira melihat Dara sekarang ini.
“Okaylah
tu. Kau boleh berehat. Kalau tak, sibuk memanjang dekat butik tu”
Jas
menghirup air oren yang disediakan dengan pelbagai perasaan. Dia mengerling
kearah Dara yang sedang menjamah keropok. Tak tahu dari mana nak mula
sebenarnya. Emosi orang mengandung bukanya boleh diduga.
“Dara”
dia bersuara, perlahan. “Kenapa?”
“Kau
ingat tak papa kau?” Jas menyoal bersama jantung yang berdebar. Dara mengerut
dahi. “Papa I? Kenapa?”
“Saja
je tanya” sengihan diberi. Dra hanya menggeleng sebelum turut tersenyum. “Tak
sangat. Papa meninggal waktu I masih kecil. Honestly,
I don’t remember him at all. Bila I dah besar, baru I faham semuanya. Sebab
itulah I cuma ada ingatan tentang mamam I je”
Jas
mengangguk. Jadi Dara sendiri tak pasti. Nak tanya siapa lagi? Mama Dara juga
sudah lama meninggal dunia. Jas menghela nafas. Dia meletak semula gelas diatas
meja sebelum memandang Dara.
“Aku
ada benda nak beritahu kau sebenarnya”
Dara
menoleh. Risau sekejap melihat Jas yang serius. Ada perkara teruk yang berlaku
ke? “Jas. Kenapa ni? Apa yang berlaku?”
Jas
menggeleng. Dia menghela nafas sambil cuba mengawal dengupan jantung. “Aku
jumpa Arieff bulan lepas”
“Arieff?”
Jas
mengangguk. “Dia nak jumpa kau sebenarnya tapi kau dengan dia dah lost contact. Jadi dia cari aku. Dia
beritahu aku perkara yang aku tak mampu sangka”
“Kenapa?
Nak bagi kad kahwin ke?”
“Tak.
Tapi dia
bawa berita yang mengejutkan”
Dara
menoleh dengan pandangan hairan. “Berita apa?” Jas memandang Dara. Tak
terkeluar rasanya perkara yang ingin disampaikan.
“Tentang
papa kau” Jas bersuara perlahan. “Apa?”
Jas
menghela nafas. “Tentang papa kau” Dara mengangguk. Kenapa dengan papa yang
sudah meninggal lama dulu?
“Papa
kau masih hidup” Dara kaku sekejap. Hidup? “Apa? Papa aku? Hidup? You buat lawak ke?” Dara tergelak kecil bersama
gelengan. Jas masih serius dan tawa Dara terhenti.
“Apa
you cakap?”
Jas
mengangguk. “Dia masih hidup. Erti kata lain, papa kau yang meninggal tu bukan
papa kandung kau”
Otak
tiba-tiba rasa berpinar. Semua terasa seperti mimpi. “Habistu, apa kena mengena
dengan Arieff pula?”
“Papa Arieff adalah papa kau”
“Papa Arieff adalah papa kau”
Dara
tergamam. Semua ini membuatkan dirinya terkedu tak bersuara. Apa yang Jas cakap
ni? Kenapa papa aku boleh jadi papa Arieff? Kenapa papa aku boleh hidup semula?
“Dara”
panggilan Jas buat dia tersedar. “Arieff jumpa aku hari tu dan terangkan
semuanya. Kalian adik-beradik. Papa Arieff berkahwin dengan mama dia dahulu
sebelum bertemu mama kau dan berkahwin sekali lagi”
“Apa?”
Dara
menggeleng dengan rasa tak percaya. Seumur hidup dia disogok dengan kenyataan
papanya telah meninggal dan dia hanya ada mama sahaja. Kemudian dia tahu
kewujudan nenek yang selama ini langsung tidak dibangkitkan oleh mama mahupun
Judy.
“Papa
I dah meninggal, Jas. Apa you merepek ni?”
Jas
mengeluh, berat. Dia tahu Dara sukar untuk menerima kenyataan ini. “Arieff
jumpa gambar kau waktu sekolah dibilik bacaan papa dia. Waktu itu dia bongkar
semuanya. Papa dia tahu kewujudan kau tapi mama kau menghalang kalian dari
berjumpa. Mereka bercerai dengan cara tak elok. Mama kau mahu papa Arieff
menyesali perbuatanya dengan menghalang kalian dari berjumpa”
Ya
Allah. Kepalanya terasa sakit tiba-tiba. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa
mama nak buat macam tu pula? Selama ini mama adalah mangsa. Kenapa sekarang
keadaan terbalik pula?
“Arieff
nak kau bertemu dengan papa dia dan selesaikan semuanya.Aku rasa itu yang
terbaik untuk rungkai masalah yang berlaku. Sehingga sekarang kau masih taktahu
kenapa mama kau taknak balik sini kan?”
Dara
diam tidak menjawab. Jas memegang bahu Dara dengan lembut. “Aku fikir banyak
kali untuk ceritakan pada kau.Tapi aku akan rasa lebih bersalah jika
merahsiakan semuanya. Ini saat untuk kau rungkai semua yang berlaku dalam
keluarga kau selama ini. Aku minta maaf, Dara”
Tubuh
Dara dipeluk, erat. Jas berharap Dara mampu menerima kenyataan yang mengejutkan
ini bersama hati yang tabah. Dara hanya membisu didalam pelukan Jas. Dia
sebenarnya masih keliru dan terkejut. Tapi lebih tepat lagi dirinya masih tidak
memahami apa yang berlaku sekarang ini.

huhhhhhhh....lama tunggu....bila nak dpt n3 baru len nih
ReplyDeleteTq.
ReplyDeleteI'm still juggling my time with assignment and cracking my head for some idea to come in. sorry for all the waiting. I really appreciate it. Hope you guys still anticipating the ending even I can't find the best ending yet. till then. keep reading.
ReplyDeletexoxo :)