Thursday, 25 October 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 22

             Jam dah menunjukkan pukul 2 petang. Sebab terlalu sibuk, Kez hanya sempat take away makanan dekat Moonstar. Hari ni banyak pula la kes dekat site. Sampai rasa diri dah nak bertukar jadi hulk warna hijau.
            “Baru nampak muka kau”
            Adda menegur sewaktu bertembung di lif. Kez memberi senyuman segaris. Tak mampu nak balas. Dirinya terlalu letih seharian di site tadi. “Kami ingat nak ajak kau lunch tadi. Sambil nak kenalkan junior baru”
            Ada budak baru? “Siapa?”
            “Nanti Zaid kenalkan. Aku nak keluar jumpa klien”
            Mereka berpisah kearah tujuan masing-masing. Kez menampak masuk ke dalam pejabat. “Baru balik, Encik Kez?” Hana, pembantu peribadinya menegur. “Ada banyak kerja sikit tadi”
            “Tadi Encik Danny telifon untuk aturkan meeting. Bila Encik Kez free?”
           Kez mencongak. Otak dah tak mampu berfungsi sekarang ini. “Saya lihat jadual dulu. Nanti saya inform awak balik”
          Hana mengangguk. “Ada apa-apa lagi?” dia menggeleng. Kez menapak masuk ke dalam bilik. Barulah boleh menarik nafas lega. Dia meletakkan briefcase yang dibawa diatas sofa sebelum melonggarkan tali leher yang dibawa.
         Kez melabuhkan punggung diatas sofa. Letih sungguh hari ni. Kalau hari-hari macam ni, boleh tidur bercakap tiap-tiap malam. Itupun kalau kau sempat tidur, Kez. Kalau 2-3 pagi boleh tidur, kira bersyukur sangat. Sebab menguruskan projek Travis sendirian, masa tidurnya banyak dikorbankan. Tak sabar rasanya menunggu projek ini siap.
            Ketika dirinya hampir tertidur, pintu biliknya diketuk. Kez membuka mata. Kacau sungguh. Baru rasa nak rehat sekejap. “Masuk” kedudukan duduk dibetulkan.
            “Kau ada rupanya. Patutlah Hana beritahu aku tadi”
            Kez menoleh ke muka pintu. Zaid. “Kau nak apa? Aku nak rest sekejap ni”
            “Aku nak kenalkan kau dengan budak baru kita ni. Kau je yang tak kenal lagi” Kez menahan kuap. “Nanti-nantilah. Aku malas”
            “Too bad. Dia dah ada sebelah aku je sekarang ni”
         Kez mengeluh. Terpaksa juga la bangun memandang Zaid yang tersengih. “Kenalkan, junior engineering kita, Eva Liana”
            Eva menunjukkan muka. Kez terkejut. Eva bertambah-tambah terkejut. “Ehem!” Zaid berdehem. Dah macam gaya cerita Hindustan pula dua orang ni. Pandang-pandang. Tenung-tenung. “Kecilnya dunia” Eva tersenyum sambil menggeleng.
            “Kalian berdua kenal ke?”
            “Budak sekolah aku ni. Satu kelas” Kez menjawab. Zaid terkejut. Patutlah kenal. Bertuah betul Kez. Ada kawan punya cantik, taknak beritahu aku. “Tak sangka kita kerja company yang sama”
            Kez hanya mengangguk. “Macam mana kereta? Dah boleh guna?”
            Eva mengangguk. “Sekejap. Kereta yang kau suruh aku urus tu, kereta Eva la?” Zaid menyoal. Kez mengangguk. Memang kecil sungguh dunia. “Tak sangka sungguh” Zaid menggeleng.
            “Eva, mulai sekarang you dengan Kez akan uruskan projek Travis. I tak larat dengar budak ni membebel sebab tak cukup masa”
            Mereka berpandangan. Uruskan projek bersama? “I kena urus dengan Kez?” Eva menyoal sekali lagi. Zaid mengangguk. Iyalah. Untuk Kez juga. Dia kasihan lihat temanya ini bagai tak cukup kaki dan tangan nak buat kerja.
            “Tapi projek tu dah hampir 60% siap”
            “Tak apa. Kau terangkan sedikit demi sedikit pada dia. Sekurang-kurangnya, dia ada pengalaman”
            Eva mengukir senyuman sambil mengangguk. Nampaknya mereka akan punya masa untuk bersama kerana projek ini. Mungkin ada hikmah dirinya ditukarkan ke syarikat ini dahulu. “Okaylah. Aku gerak dulu. Kalian berbual la”
            Zaid berlalu tanpa bicara lagi. Pintu kemudianya ditutup. “’Saya baru nampak awak sejak masuk pejabat pagi tadi”
            Kez hanya tersenyum. Dia menunjukkan fail yang berlonggok diatas meja. Eva mengangguk, faham. “Baiklah. Saya taknak ganggu awak berehat. Have a rest” Kez mengangguk dengan rasa bersyukur.

***********************************************

            “Awak buat apa tu?”
           Pandangan dihala kepada Kez. Lelaki itu menggeleng dengan keluhan. Susahnya nak dapat perhatian Dara sejak akhir-akhir ni. Terlalu sibuk sempai ada ketika mereka skype pun hanya untuk lihat wajah masing-masing.
            “I ada interview dengan majalah New York. I ingatkan nak buat surprise dengan tunjukkan draft rekaan I dekat majalah itu. They paid me a lot of money, you know?” senyuman diukir, riang. Kez menggeleng. Otak bisnes sungguh.
            “Awak tengah lukis apa?”
         “Hah? Oh. Ni” dia menunjukkan draf rekaan yang separuh sahaja sudah siap. Bukan senang sebenarnya. Dara banyak berpandukan majalah fesyen dan kreativiti sendiri. Kez memberi tumbs up. Memang cantik walaupun dirinya sendiri tak faham sangat dengan bab fesyen ni.
            “Awak balik cuti ni, tinggalkan semua kerja disana. Saya taknak kena date dengan kerja-kerja awak juga”
            Dara tergelak. Kez sangat comel. “You tak tahu? Beg ketiga I penuh dengan kerja-kerja yang tak sempat I habiskan sekarang ni”
         Kez mengecilkan mata, geram. Budak ni. Dara tersenyum. I miss you, sayang. Ya Allah, percepatkanlah masa untuk kami berdua bertemu. Dara kembali menghadap lukisan. Kez menjuling mata. Dara, Dara. Saya dah setengah mati rindu ni. Awak ni cool sungguh.
            “2 minggu lagi balik ‘kan?”
            Dara mengangguk. Muka masih tidak diangkat. “Syarikat saya buat annual dinner seminggu selepas awak balik”
            “Hah?” pandangan diangkat dengan wajah terkejut. Kez mengangguk. “Jadi?”
            “Mereka ingat nak jemput awak. Dia orang terkejut bila tahu saya dah bertunang”
            Dara kerut dahi. “Awak tak beritahu dia orang ke?”
            “Dah orang tak tanya” dia terasa nak hentuk kepada dekat dinding. Sungguh la Khairul Muslim. Sejak bila jadi lurus bendul ni? “Oh-ho, sebab itulah awak dapat coklat la, kuih la, kek la. Mesti dia orang pun tak tahu awak dah bertunang ‘kan?”
            Kez memberi sengihan yang mencairkan hati. Uh-uh. Strategi awak dah tak berkesan. Dara cuba teguhkan hati. “Khairul Muslim” wajah diseriuskan. Kez menghela nafas. “Bukan salah saya kalau dia orang bagi. Lagipun, tak baik tolak pemberian orang”
            “Baguslah tu. Nanti I pula ambil semua hadiah yang mat salleh hot-hot sana bagi dekat I. Baru fair kan?”
            Lelaki itu tergelak. Dara semakin sakit hati. Sudahlah jauh. Tahu tak saya risau perempuan-perempuan itu mengorat awak?
            “My love, saya bukanlah jenis lelaki yang senang jatuh hati sekadar diberi hadiah macam tu”
            Dara mencebik. Macamlah nak percaya sangat. Lelaki! Kez menguntum senyum. “So, nak jadi date saya tak nanti”
            “Pergilah ajak perempuan yang bagi hadiah dekat you tu!” Dara menekup muka dengan drawing block, sebal. Kez ketawa, kecil. Comelnya Damia. Sejak bila New York ada course meningkatkan tahap kecomelan diri ni?
            “Hey, Damia”
            Dara menggeleng, enggan dengar. “Alessandara Damia” senyuman segera terukir. Stupid feeling. Stupid me. Senang sungguh kau cair. “Look here
            Dia mengalah. Drawing block diturunkan lalu memandang Kez. Dia kaget melihat Iphone milik Kez bernyala.
            I’m sorry, baby. I love you ditulis menggunakan LED dan berkelip-kelip. Ya Allah. Dia tidak berkelip kerana terlalu terkejut. Kez meneleng muka ke tepi kerana Iphone tersebut menutup mukanya sebentar tadi. Mata sengaja dikelipkan seperti anak kucing. Dara tergelak, rajuknya terus hilang macam angin.
            Dara kemudian segera mencapai kamera Polaroid yang berhampiran sebelum menangkap gambar Kez. Satu lagi gambar. Kez mengukir senyuman. Dara kemudian melakukan perkara yang sama pada Kez.
            Apology accepted. I love you more. Hatinya berbunga.

**********************************

            Akhirnya. Selepas hampir 2 minggu makan nasi bungkus bersama pekerja dekat site, hari ini dalam sejarah Khairul Muslim mampu lunch bersama kawan yang lain. Zaid hampir terjojol biji mata bila lihat Kez mengajaknya keluar makan tengah hari di muka pintu.
            “Makan mana hari ni? Tak larat la nak makan Moonstar. Muak”
            “Itu kau. Tapi aku dah 2 minggu tak makan Moonstar”
            Zaid mencebik. “Siapa suruh kau busy?”
            Kez menggeleng. Macam budak-budak. “Pergi First Avenue la. Ada food court yang dia orang cakap sedap juga”
            Food court baru? Terasa berkurun dah tak mengunjungi First Avenue. “Aku no hal
           10 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di Magic Kitchen. Kecil sahaja tempatnya tapi bersih. Banyak juga pilihan daripada grill, sizzling, arab hingga ke western food. Kez menuju ke gerai makanan yang diingini. Service pun not bad.
            Tak sampai 10 minit, makan yang diminta siap. Dia segera memilih meja yang kosong sebelum Zaid duduk dihadapan bersama makananya.
            “Bau sedap” dia bersuara. Zaid menjungkit kening. Tanpa bicara mereka menjamah makanan yang dibeli dengan rakus. “Sedap?” Zaid menyoal.
            “Boleh tahan”
          Zaid tersenyum. Cerewet sungguh. “Oh ya. Kau dah ajak tunang kau untuk annual dinner syarikat nanti?”
          Kez mengangguk. “Dia setuju datang?” angguk lagi. “Boleh la aku tengok dia?” Kez mengangkat muka. Wajah Zaid bercahaya. Apa kes mamat ni?
            “Kau kenapa, Id?”
            Zaid tergelak. “Tak sabarnya aku nak tengok muka tunang kau. Kau kedekut. Tak bagi aku tengok langsung” Kez tersenyum. Biarlah mereka berjumpa secara berdepan. Baru surprise sikit.
            “Kenapa kau nak sangat tengok muka tunang aku ni?”
            “Sebab kau tak bagi tengok” Kez ketawa. Zaid tersengih. “Tahan je la aku dengan perangai kau”
            Dia hanya mampu menggeleng. Kez kembali menjamah. “Eh, Id, Kez!” serentak mereka menoleh. Adda, Ain dan Eva. Zaid segera melambai. “Marilah” bertiga, mereka mengatur langkah kearah Zaid.
            “Aku ingat korang makan dekat Moonstar?”
            “Budak ni kata dah jemu” selamba jari telunjuk dihala kepada Kez. Temanya itu tersedak. Eva tersenyum. “Apahal aku?” Zaid memberi sengihan. “Duduklah. Ada kosong lagi”
            Eva duduk disebelah Kez dengan pantas. Senyuman diukir. Kez membalas seikhlas mungkin. “Makan?” dia sekadar menyoal. Eva menggeleng. “Saya sarapan nasi lemak tadi. Masih kenyang”
            Adda dan Ain kembali selepas mengambil makanan masing-masing. “Kau dah berkenalan dengan budak baru syarikat kita?” Ain menyoal. Kez mengangguk. “Kami satu sekolah” Adda tersentak. “Apa?”
            Eva mengangguk. “Bertuah sungguh. Kau diam je selama ni?”
            Kez memberi sengihan. “Dah korang tak tanya” Ain menggeleng, geram. Rasa nak cekik batang leher Kez sekarang ni. “So, awak kenal Kez waktu budak ni berhingus?” Eva tergelak. Kez menolak bahu Zaid.
            “Apa kau?”
            Zaid ketawa. “Ceritalah Eva. Macam mana si Kez ni waktu sekolah? Mesti gangster kan?” Adda mulai menjalankan tugasnya untuk mengorek rahsia. Eva menoleh kearah Kez. “Boleh cerita ke?”
            “Ala, cerita je. Budak ni tak kisah pun” Zaid menyampuk, pantas. Kez menggeleng. Kalau bab nak menyakat orang. Serah pada Zaid Hamidi. Eva mengukir senyuman. “Sebenarnya, sejak sekolah lagi Kez memang diminati ramai”
            “Ohhhhh” suara Adda dan Ain bergabung. “Apa?” mata sengaja dijegil. Mereka ketawa.
          “Mungkin sebab dia atlet. Kez ni dulu kapten pasukan bola keranjang sekolah. Memang ramai la budak perempuan yang jatuh hati”
            Mereka mengangguk. Patutlah. Sampai sekarang pun masih ada ramai peminat dalam syarikat tu. “Tapi dia ni bukan jenis melayan. Buat taktahu je. Ramai juga la yang patah hati”
            Zaid menepuk bahu Kez. Temanya itu terkejut. “Betul, betul. Budak ni slow motion sikit. Kerja ja difikiran. Langsung tak menggunakan kelebihan yang ada”
            “Jangan cemburu, bro” Kez menepuk bahu Zaid, berpura-pura simpati. “Tapi takkanlah takda seorang pun yang Kez berkenan? Entah-entah, kau kot Eva”
            Mereka tersentak. Kez menoleh. Wajah Eva tiada riak. Kalaulah itu boleh menjadi kenyataan. Dia mengeluh didalam hati. “Oh, itu tidak mungkin. Korang tak tahu ke yang budak ni dah ada tunang?”
            Adda tersedak. Ain membulatkan mata. “Apa dia?”
            Zaid menoleh. “Kau tak beritahu dia orang lagi ke?” Kez diam. Adda dan Ain memandangnya, tajam. “Tak guna kau, Kez. Diam-diam dah ada tunang rupanya. Bila agaknya nak beritahu kami? Lepas dah ada anak dua?”
            Adda mengetap bibir, geram. Patutlah tak pandang langsung hadiah yang diberi pekerja lain. Dah dimiliki rupanya lelaki ini. “Pertunangan lebih elok jika tidak dihebahkan” dia menjawab, selamba. Zaid tergelak. Ambik kau orang!
            Ain mencebik. “Habistu? Tak ingin jemput kami ke majlis kau ke?” dia menyoal, sebal. Kez mengukir senyuman. Hati Eva berdebar. “Insya-Allah. Aku jemput satu syarikat. Jangan risau”
            Mereka akhirnya mengangguk. Eva menghela nafas. Dara, sampai bila kau nak merampas semuanya dari aku? “Macam mana pula si Zaid ni boleh tahu? Kau pilih kasih ke?”
            Kez menjuling mata. Sesedap oren je buat kesimpulan. “Aku terdengar dia skype dengan tunang dia hari tu”
            “Id” Kez menjegil. Zaid menjungkit bahu, tidak bersalah. “Dia duduk mana sekarang?” Ain menyoal. Kez menghela nafas. Kenapa tiba-tiba masuk bab aku pula ni? “New York” mereka melopong. Eva terkejut. Patutlah Kez jarang bercerita tentang Dara. Berjauhan rupanya.
            “Dara balik New York?” Eva menyoal. Kez hanya mengangguk. “Sekejap!” mereka menoleh kearah Adda. “Dara tu siapa?”
            “Alessandara. Itu nama tunang aku”
            “Dan dipanggil Dara?” Kez mengangguk. Mereka menjadi kagum. Pelik tapi menarik. Tak sabar nak jumpa siapa gadis bertuah itu. “Jangan risau. Annual dinner kita nanti, Dara akan datang”
            Mereka bertiga serentak terkejut. Dara akan pulang? “Memang terbaiklah. Tak sabar aku nak jumpa. Cukup payah nak suruh si Kez ni buka mulut. Macam ada emas je dalam mulut tu” mereka semua ketawa kerana bersetuju.

***************************

            Malaysia! Sungguh indah rasanya sebaik menjejak kaki di tanah kelahiran sendiri. Kaki diatur dengan penuh bertenaga dan rasa tidak sabar. Cermin mata gelap dibetulkan kerana hampir menyorot ke hidung.
            Tetiba rasa nak menjerti satu dunia. Sungguh aku rindu. Over gila kau, Dara. Dia tersenyum, sendiri. Bagasi yang sudah melepasi kastam, diambil dan disorong bersama. Pintu Balai Ketibaan semakin hampir. Hatinya berdebar-debar. Kez tak lupa kan? Semalam pun sempat ingatkan dia. Jangan dia lupa sudahla.
          Suasana di luar dipenuhi dengan gelak-tawa dan pelukan mesra daripada ahli keluarga. Dara menghela nafas. Saat macam ni la terasa memang diri ini betul-betul anak yatim piatu. “Hey” bahu dicuit dengan tiba-tiba. Dara menoleh.
            Senyuman tampan diberi. Dengan cap, cermin mata dan pakaian kasual, dia nampak bertambah tampan. Lebih berisi berbanding kali terakhir mereka berjumpa.
            “Welcome back, sayang
            Kalau diikutkan hati, nak sahaja tubuh itu dipeluk erat. Dara melebarkan senyuman. Kali ini Kez hanya meletakkan tangan diatas kepala tetapi tidak menggosok seperti selalu. Hatinya terasa hangat. Perbuatan yang sederhana namun boleh buat hatinya berdebar bagai nak gila.
            “Sihat?”
            Kez mengangguk. Dia segera mengambil beg yang dipegang Dara. “Ma ajak awak dinner nanti. Tapi kita jumpa nenek dulu. Dia beria nak ikut tadi tapi Jas tak bagi. Dia risau nenek letih”
            Dara mengangguk. Dia rindu nenek. Kaki diatur dengan rasa riang. Seronoknya balik Malaysia. Dahulu, beria taknak balik. Sekarang, menangis sebab tak boleh balik. “Macam mana kerja? Beg mana yang penuh barang kerja?”
            Dia tergelak. “Tak ada. Semuanya baju-baju. I ni tunang yang baik tahu?”
            Kez tersenyum. Rindu. Orang depan mata pun kau masih rindu, Kez? “Saya baru nak tempah lori tadi” dia menambah, selamba. Dara mencebik. Suka betul mengusik orang.

************************************

            “Dara”
       Dia terkejut apabila nenek memeluknya, erat. Dara memandang Jas yang hanya tersenyum. Dia kemudian membalas pelukan nenek dengan senyuman.
            “Nenek sihat?”
            “Alhamdulillah. Kamu?”
            “Dara sihat”
         Nenek menghela nafas. Airmata berlinangan. Syukurlah Allah berikan usia yang panjang untuk berjumpa Dara sekali lagi. Sejak akhir-akhir ini, dia terlalu merindui Dara. Agak lama juga mereka dalam keadaan begitu sebelum nenek melepaskan dirinya.
            Dara berlalu kearah Jas pula. Temanya itu mengesat hujung mata. Dara tergelak, kecil. “You rindu I kan?” dia mengusik. Jas ketawa. Tentulah. Dara sahabat baiknya sejak sekolah. Susah-senang dikongsi bersama. Sekarang, wanita dihadapanya ini bakal menjadi kakak iparnya pula.  
            Tanpa bicara, mereka berpelukan. Jas turut mengalirkan airmata. Dia memandang abang yang hanya tersenyum. “I rindu you. Dekat sana, takda siapa nak buat lawak bodoh dekat I. Semuanya serius”
            Pelukan direnggang. “Kenapa tak telifon aku?”
            “I sibuk sangat. Dengan Kez pun kadang-kadang 2-3 pagi baru skype. Itupun dia mengadu I tak beri perhatian penuh dekat dia”
            Jas memandang abang. Kez mengangguk, bersetuju. “Iyalah. Tapi kau orang skype tiap-tiap hari kan?”
            Dara kaget. Kez menggeleng. Sungguh takda insuran betul mulut budak ni. Nenek hanya tersenyum. Seronok dia lihat mereka bertiga. Bahagia.
            “Takpalah. Mari kita makan dulu. Nanti sambung balik dengar bebelan Jas ye?”
            Mereka tergelak. Jas tarik muka. “Nek!” 

2 comments: