Jam
dah menunjukkan pukul 2 petang. Sebab terlalu sibuk, Kez hanya sempat take away makanan dekat Moonstar. Hari
ni banyak pula la kes dekat site. Sampai
rasa diri dah nak bertukar jadi hulk warna
hijau.
“Baru nampak muka kau”
Adda menegur sewaktu bertembung di
lif. Kez memberi senyuman segaris. Tak mampu nak balas. Dirinya terlalu letih
seharian di site tadi. “Kami ingat
nak ajak kau lunch tadi. Sambil nak
kenalkan junior baru”
Ada budak baru? “Siapa?”
“Nanti Zaid kenalkan. Aku nak keluar
jumpa klien”
Mereka berpisah kearah tujuan masing-masing. Kez menampak masuk ke dalam pejabat. “Baru balik, Encik Kez?”
Hana, pembantu peribadinya menegur. “Ada banyak kerja sikit tadi”
“Tadi Encik Danny telifon untuk aturkan
meeting. Bila Encik Kez free?”
Kez mencongak. Otak dah tak mampu
berfungsi sekarang ini. “Saya lihat jadual dulu. Nanti saya inform awak balik”
Hana mengangguk. “Ada apa-apa lagi?”
dia menggeleng. Kez menapak masuk ke dalam bilik. Barulah boleh menarik nafas
lega. Dia meletakkan briefcase yang
dibawa diatas sofa sebelum melonggarkan tali leher yang dibawa.
Kez melabuhkan punggung diatas sofa.
Letih sungguh hari ni. Kalau hari-hari macam ni, boleh tidur bercakap tiap-tiap
malam. Itupun kalau kau sempat tidur, Kez. Kalau 2-3 pagi boleh tidur, kira
bersyukur sangat. Sebab menguruskan projek Travis sendirian, masa tidurnya
banyak dikorbankan. Tak sabar rasanya menunggu projek ini siap.
Ketika dirinya hampir tertidur,
pintu biliknya diketuk. Kez membuka mata. Kacau sungguh. Baru rasa nak rehat
sekejap. “Masuk” kedudukan duduk dibetulkan.
“Kau ada rupanya. Patutlah Hana
beritahu aku tadi”
Kez menoleh ke muka pintu. Zaid.
“Kau nak apa? Aku nak rest sekejap
ni”
“Aku nak kenalkan kau dengan budak
baru kita ni. Kau je yang tak kenal lagi” Kez menahan kuap. “Nanti-nantilah.
Aku malas”
“Too
bad. Dia dah ada sebelah aku je sekarang ni”
Kez mengeluh. Terpaksa juga la
bangun memandang Zaid yang tersengih. “Kenalkan, junior engineering kita, Eva Liana”
Eva menunjukkan muka. Kez terkejut.
Eva bertambah-tambah terkejut. “Ehem!”
Zaid berdehem. Dah macam gaya cerita Hindustan pula dua orang ni.
Pandang-pandang. Tenung-tenung. “Kecilnya dunia” Eva tersenyum sambil menggeleng.
“Kalian berdua kenal ke?”
“Budak sekolah aku ni. Satu kelas”
Kez menjawab. Zaid terkejut. Patutlah kenal. Bertuah betul Kez. Ada kawan punya
cantik, taknak beritahu aku. “Tak sangka kita kerja company yang sama”
Kez hanya mengangguk. “Macam mana
kereta? Dah boleh guna?”
Eva mengangguk. “Sekejap. Kereta
yang kau suruh aku urus tu, kereta Eva la?” Zaid menyoal. Kez mengangguk.
Memang kecil sungguh dunia. “Tak sangka sungguh” Zaid menggeleng.
“Eva, mulai sekarang you dengan Kez
akan uruskan projek Travis. I tak larat dengar budak ni membebel sebab tak
cukup masa”
Mereka berpandangan. Uruskan projek
bersama? “I kena urus dengan Kez?” Eva menyoal sekali lagi. Zaid mengangguk.
Iyalah. Untuk Kez juga. Dia kasihan lihat temanya ini bagai tak cukup kaki dan
tangan nak buat kerja.
“Tapi projek tu dah hampir 60% siap”
“Tak apa. Kau terangkan sedikit demi
sedikit pada dia. Sekurang-kurangnya, dia ada pengalaman”
Eva mengukir senyuman sambil
mengangguk. Nampaknya mereka akan punya masa untuk bersama kerana projek ini.
Mungkin ada hikmah dirinya ditukarkan ke syarikat ini dahulu. “Okaylah. Aku
gerak dulu. Kalian berbual la”
Zaid berlalu tanpa bicara lagi.
Pintu kemudianya ditutup. “’Saya baru nampak awak sejak masuk pejabat pagi
tadi”
Kez hanya tersenyum. Dia menunjukkan
fail yang berlonggok diatas meja. Eva mengangguk, faham. “Baiklah. Saya taknak
ganggu awak berehat. Have a rest” Kez
mengangguk dengan rasa bersyukur.
***********************************************
“Awak buat apa tu?”
Pandangan dihala kepada Kez. Lelaki
itu menggeleng dengan keluhan. Susahnya nak dapat perhatian Dara sejak
akhir-akhir ni. Terlalu sibuk sempai ada ketika mereka skype pun hanya untuk lihat wajah masing-masing.
“I ada interview dengan majalah New York. I ingatkan nak buat surprise dengan tunjukkan draft rekaan I
dekat majalah itu. They paid me a lot of
money, you know?” senyuman diukir, riang. Kez menggeleng. Otak bisnes
sungguh.
“Awak tengah lukis apa?”
“Hah? Oh. Ni” dia menunjukkan draf
rekaan yang separuh sahaja sudah siap. Bukan senang sebenarnya. Dara banyak
berpandukan majalah fesyen dan kreativiti sendiri. Kez memberi tumbs up. Memang cantik walaupun dirinya
sendiri tak faham sangat dengan bab fesyen ni.
“Awak balik cuti ni, tinggalkan
semua kerja disana. Saya taknak kena date
dengan kerja-kerja awak juga”
Dara tergelak. Kez sangat comel.
“You tak tahu? Beg ketiga I penuh dengan kerja-kerja yang tak sempat I habiskan
sekarang ni”
Kez mengecilkan mata, geram. Budak
ni. Dara tersenyum. I miss you, sayang. Ya
Allah, percepatkanlah masa untuk kami berdua bertemu. Dara kembali menghadap
lukisan. Kez menjuling mata. Dara, Dara. Saya dah setengah mati rindu ni. Awak
ni cool sungguh.
“2 minggu lagi balik ‘kan?”
Dara mengangguk. Muka masih tidak
diangkat. “Syarikat saya buat annual
dinner seminggu selepas awak balik”
“Hah?” pandangan diangkat dengan
wajah terkejut. Kez mengangguk. “Jadi?”
“Mereka ingat nak jemput awak. Dia
orang terkejut bila tahu saya dah bertunang”
Dara kerut dahi. “Awak tak beritahu
dia orang ke?”
“Dah orang tak tanya” dia terasa nak
hentuk kepada dekat dinding. Sungguh la Khairul Muslim. Sejak bila jadi lurus
bendul ni? “Oh-ho, sebab itulah awak dapat coklat la, kuih la, kek la. Mesti
dia orang pun tak tahu awak dah bertunang ‘kan?”
Kez memberi sengihan yang mencairkan
hati. Uh-uh. Strategi awak dah tak berkesan. Dara cuba teguhkan hati. “Khairul
Muslim” wajah diseriuskan. Kez menghela nafas. “Bukan salah saya kalau dia
orang bagi. Lagipun, tak baik tolak pemberian orang”
“Baguslah tu. Nanti I pula ambil
semua hadiah yang mat salleh hot-hot sana
bagi dekat I. Baru fair kan?”
Lelaki itu tergelak. Dara semakin
sakit hati. Sudahlah jauh. Tahu tak saya risau perempuan-perempuan itu mengorat
awak?
“My
love, saya bukanlah jenis lelaki yang senang jatuh hati sekadar diberi
hadiah macam tu”
Dara mencebik. Macamlah nak percaya
sangat. Lelaki! Kez menguntum senyum. “So,
nak jadi date saya tak nanti”
“Pergilah ajak perempuan yang bagi
hadiah dekat you tu!” Dara menekup muka dengan drawing block, sebal. Kez ketawa, kecil. Comelnya Damia. Sejak bila
New York ada course meningkatkan
tahap kecomelan diri ni?
“Hey, Damia”
Dara menggeleng, enggan dengar.
“Alessandara Damia” senyuman segera terukir. Stupid feeling. Stupid me. Senang sungguh kau cair. “Look here”
Dia mengalah. Drawing block diturunkan lalu memandang Kez. Dia kaget melihat
Iphone milik Kez bernyala.
I’m
sorry, baby. I love you ditulis menggunakan LED dan berkelip-kelip. Ya
Allah. Dia tidak berkelip kerana terlalu terkejut. Kez meneleng muka ke tepi
kerana Iphone tersebut menutup mukanya sebentar tadi. Mata sengaja dikelipkan
seperti anak kucing. Dara tergelak, rajuknya terus hilang macam angin.
Dara kemudian segera mencapai kamera
Polaroid yang berhampiran sebelum menangkap gambar Kez. Satu lagi gambar. Kez
mengukir senyuman. Dara kemudian melakukan perkara yang sama pada Kez.
Apology
accepted. I love you more. Hatinya berbunga.
**********************************
Akhirnya. Selepas hampir 2 minggu
makan nasi bungkus bersama pekerja dekat site,
hari ini dalam sejarah Khairul Muslim mampu lunch bersama kawan yang lain. Zaid hampir terjojol biji mata bila
lihat Kez mengajaknya keluar makan tengah hari di muka pintu.
“Makan mana hari ni? Tak larat la
nak makan Moonstar. Muak”
“Itu kau. Tapi aku dah 2 minggu tak
makan Moonstar”
Zaid mencebik. “Siapa suruh kau busy?”
Kez menggeleng. Macam budak-budak.
“Pergi First Avenue la. Ada food court yang dia orang cakap sedap
juga”
Food
court baru? Terasa berkurun dah tak mengunjungi First Avenue. “Aku no hal”
10 minit perjalanan, mereka akhirnya
tiba di Magic Kitchen. Kecil sahaja
tempatnya tapi bersih. Banyak juga pilihan daripada grill, sizzling, arab hingga ke western
food. Kez menuju ke gerai makanan yang diingini. Service pun not bad.
Tak sampai 10 minit, makan yang
diminta siap. Dia segera memilih meja yang kosong sebelum Zaid duduk dihadapan
bersama makananya.
“Bau sedap” dia bersuara. Zaid
menjungkit kening. Tanpa bicara mereka menjamah makanan yang dibeli dengan
rakus. “Sedap?” Zaid menyoal.
“Boleh tahan”
Zaid tersenyum. Cerewet sungguh. “Oh
ya. Kau dah ajak tunang kau untuk annual
dinner syarikat nanti?”
Kez mengangguk. “Dia setuju datang?”
angguk lagi. “Boleh la aku tengok dia?” Kez mengangkat muka. Wajah Zaid
bercahaya. Apa kes mamat ni?
“Kau kenapa, Id?”
Zaid tergelak. “Tak sabarnya aku nak
tengok muka tunang kau. Kau kedekut. Tak bagi aku tengok langsung” Kez
tersenyum. Biarlah mereka berjumpa secara berdepan. Baru surprise sikit.
“Kenapa kau nak sangat tengok muka tunang
aku ni?”
“Sebab kau tak bagi tengok” Kez
ketawa. Zaid tersengih. “Tahan je la aku dengan perangai kau”
Dia hanya mampu menggeleng. Kez
kembali menjamah. “Eh, Id, Kez!” serentak mereka menoleh. Adda, Ain dan Eva.
Zaid segera melambai. “Marilah” bertiga, mereka mengatur langkah kearah Zaid.
“Aku ingat korang makan dekat
Moonstar?”
“Budak ni kata dah jemu” selamba
jari telunjuk dihala kepada Kez. Temanya itu tersedak. Eva tersenyum. “Apahal
aku?” Zaid memberi sengihan. “Duduklah. Ada kosong lagi”
Eva duduk disebelah Kez dengan
pantas. Senyuman diukir. Kez membalas seikhlas mungkin. “Makan?” dia sekadar
menyoal. Eva menggeleng. “Saya sarapan nasi lemak tadi. Masih kenyang”
Adda dan Ain kembali selepas
mengambil makanan masing-masing. “Kau dah berkenalan dengan budak baru syarikat
kita?” Ain menyoal. Kez mengangguk. “Kami satu sekolah” Adda tersentak. “Apa?”
Eva mengangguk. “Bertuah sungguh.
Kau diam je selama ni?”
Kez memberi sengihan. “Dah korang
tak tanya” Ain menggeleng, geram. Rasa nak cekik batang leher Kez sekarang ni.
“So, awak kenal Kez waktu budak ni
berhingus?” Eva tergelak. Kez menolak bahu Zaid.
“Apa kau?”
Zaid ketawa. “Ceritalah Eva. Macam
mana si Kez ni waktu sekolah? Mesti gangster kan?” Adda mulai menjalankan
tugasnya untuk mengorek rahsia. Eva menoleh kearah Kez. “Boleh cerita ke?”
“Ala, cerita je. Budak ni tak kisah
pun” Zaid menyampuk, pantas. Kez menggeleng. Kalau bab nak menyakat orang.
Serah pada Zaid Hamidi. Eva mengukir senyuman. “Sebenarnya, sejak sekolah lagi
Kez memang diminati ramai”
“Ohhhhh” suara Adda dan Ain
bergabung. “Apa?” mata sengaja dijegil. Mereka ketawa.
“Mungkin sebab dia atlet. Kez ni
dulu kapten pasukan bola keranjang sekolah. Memang ramai la budak perempuan
yang jatuh hati”
Mereka mengangguk. Patutlah. Sampai
sekarang pun masih ada ramai peminat dalam syarikat tu. “Tapi dia ni bukan
jenis melayan. Buat taktahu je. Ramai juga la yang patah hati”
Zaid menepuk bahu Kez. Temanya itu
terkejut. “Betul, betul. Budak ni slow
motion sikit. Kerja ja difikiran. Langsung tak menggunakan kelebihan yang
ada”
“Jangan cemburu, bro” Kez menepuk bahu Zaid, berpura-pura
simpati. “Tapi takkanlah takda seorang pun yang Kez berkenan? Entah-entah, kau
kot Eva”
Mereka tersentak. Kez menoleh. Wajah
Eva tiada riak. Kalaulah itu boleh menjadi kenyataan. Dia mengeluh didalam hati.
“Oh, itu tidak mungkin. Korang tak tahu ke yang budak ni dah ada tunang?”
Adda tersedak. Ain membulatkan mata.
“Apa dia?”
Zaid menoleh. “Kau tak beritahu dia
orang lagi ke?” Kez diam. Adda dan Ain memandangnya, tajam. “Tak guna kau, Kez.
Diam-diam dah ada tunang rupanya. Bila agaknya nak beritahu kami? Lepas dah ada
anak dua?”
Adda mengetap bibir, geram. Patutlah
tak pandang langsung hadiah yang diberi pekerja lain. Dah dimiliki rupanya
lelaki ini. “Pertunangan lebih elok jika tidak dihebahkan” dia menjawab,
selamba. Zaid tergelak. Ambik kau orang!
Ain mencebik. “Habistu? Tak ingin
jemput kami ke majlis kau ke?” dia menyoal, sebal. Kez mengukir senyuman. Hati
Eva berdebar. “Insya-Allah. Aku jemput satu syarikat. Jangan risau”
Mereka akhirnya mengangguk. Eva
menghela nafas. Dara, sampai bila kau nak merampas semuanya dari aku? “Macam
mana pula si Zaid ni boleh tahu? Kau pilih kasih ke?”
Kez menjuling mata. Sesedap oren je
buat kesimpulan. “Aku terdengar dia skype
dengan tunang dia hari tu”
“Id” Kez menjegil. Zaid menjungkit
bahu, tidak bersalah. “Dia duduk mana sekarang?” Ain menyoal. Kez menghela
nafas. Kenapa tiba-tiba masuk bab aku pula ni? “New York” mereka melopong. Eva
terkejut. Patutlah Kez jarang bercerita tentang Dara. Berjauhan rupanya.
“Dara balik New York?” Eva menyoal.
Kez hanya mengangguk. “Sekejap!” mereka menoleh kearah Adda. “Dara tu siapa?”
“Alessandara. Itu nama tunang aku”
“Dan dipanggil Dara?” Kez mengangguk.
Mereka menjadi kagum. Pelik tapi menarik. Tak sabar nak jumpa siapa gadis
bertuah itu. “Jangan risau. Annual dinner
kita nanti, Dara akan datang”
Mereka bertiga serentak terkejut.
Dara akan pulang? “Memang terbaiklah. Tak sabar aku nak jumpa. Cukup payah nak
suruh si Kez ni buka mulut. Macam ada emas je dalam mulut tu” mereka semua
ketawa kerana bersetuju.
***************************
Malaysia! Sungguh indah rasanya
sebaik menjejak kaki di tanah kelahiran sendiri. Kaki diatur dengan penuh
bertenaga dan rasa tidak sabar. Cermin mata gelap dibetulkan kerana hampir
menyorot ke hidung.
Tetiba rasa nak menjerti satu dunia.
Sungguh aku rindu. Over gila kau,
Dara. Dia tersenyum, sendiri. Bagasi yang sudah melepasi kastam, diambil dan
disorong bersama. Pintu Balai Ketibaan semakin hampir. Hatinya berdebar-debar.
Kez tak lupa kan? Semalam pun sempat ingatkan dia. Jangan dia lupa sudahla.
Suasana di luar dipenuhi dengan
gelak-tawa dan pelukan mesra daripada ahli keluarga. Dara menghela nafas. Saat
macam ni la terasa memang diri ini betul-betul anak yatim piatu. “Hey” bahu
dicuit dengan tiba-tiba. Dara menoleh.
Senyuman tampan diberi. Dengan cap, cermin mata dan pakaian kasual, dia
nampak bertambah tampan. Lebih berisi berbanding kali terakhir mereka berjumpa.
“Welcome
back, sayang”
Kalau diikutkan hati, nak sahaja
tubuh itu dipeluk erat. Dara melebarkan senyuman. Kali ini Kez hanya meletakkan
tangan diatas kepala tetapi tidak menggosok seperti selalu. Hatinya terasa
hangat. Perbuatan yang sederhana namun boleh buat hatinya berdebar bagai nak
gila.
“Sihat?”
Kez mengangguk. Dia segera mengambil
beg yang dipegang Dara. “Ma ajak awak dinner
nanti. Tapi kita jumpa nenek dulu. Dia beria nak ikut tadi tapi Jas tak
bagi. Dia risau nenek letih”
Dara mengangguk. Dia rindu nenek.
Kaki diatur dengan rasa riang. Seronoknya balik Malaysia. Dahulu, beria taknak
balik. Sekarang, menangis sebab tak boleh balik. “Macam mana kerja? Beg mana
yang penuh barang kerja?”
Dia tergelak. “Tak ada. Semuanya
baju-baju. I ni tunang yang baik tahu?”
Kez tersenyum. Rindu. Orang depan
mata pun kau masih rindu, Kez? “Saya baru nak tempah lori tadi” dia menambah,
selamba. Dara mencebik. Suka betul mengusik orang.
************************************
“Dara”
Dia terkejut apabila nenek
memeluknya, erat. Dara memandang Jas yang hanya tersenyum. Dia kemudian
membalas pelukan nenek dengan senyuman.
“Nenek sihat?”
“Alhamdulillah. Kamu?”
“Dara sihat”
Nenek menghela nafas. Airmata
berlinangan. Syukurlah Allah berikan usia yang panjang untuk berjumpa Dara
sekali lagi. Sejak akhir-akhir ini, dia terlalu merindui Dara. Agak lama juga
mereka dalam keadaan begitu sebelum nenek melepaskan dirinya.
Dara berlalu kearah Jas pula.
Temanya itu mengesat hujung mata. Dara tergelak, kecil. “You rindu I kan?” dia
mengusik. Jas ketawa. Tentulah. Dara sahabat baiknya sejak sekolah.
Susah-senang dikongsi bersama. Sekarang, wanita dihadapanya ini bakal menjadi
kakak iparnya pula.
Tanpa bicara, mereka berpelukan. Jas
turut mengalirkan airmata. Dia memandang abang yang hanya tersenyum. “I rindu
you. Dekat sana, takda siapa nak buat lawak bodoh dekat I. Semuanya serius”
Pelukan direnggang. “Kenapa tak
telifon aku?”
“I sibuk sangat. Dengan Kez pun
kadang-kadang 2-3 pagi baru skype. Itupun
dia mengadu I tak beri perhatian penuh dekat dia”
Jas memandang abang. Kez mengangguk,
bersetuju. “Iyalah. Tapi kau orang skype tiap-tiap
hari kan?”
Dara kaget. Kez menggeleng. Sungguh
takda insuran betul mulut budak ni. Nenek hanya tersenyum. Seronok dia lihat
mereka bertiga. Bahagia.
“Takpalah. Mari kita makan dulu. Nanti
sambung balik dengar bebelan Jas ye?”
Mereka tergelak. Jas tarik muka.
“Nek!”

nak lagi please.
ReplyDeleteSWEETTTT....cepat la annual dinnerrrrr!!!!!!!!!
ReplyDelete