Monday, 22 October 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 21

            “Ehem!” dia mengangkat muka. Zaid berdiri di muka pintu sambil memeluk tubuh. Kez terkejut. Sejak bila Zaid terpacak ni? Dia dengar semuanya ke?
            Senyuman diukir sebelum kaki diatur menghampiri. “Busy?
            Kez menutup laptop sebelum menggeleng. Zaid memandangnya, mengusik. “Ehem. I miss you too?”
            Sah. Dia dengar semuanya. “Apahal kau?” dia cuba mengawal reaksi. Zaid dah hentam gelak tengok wajah gelabah Kez. Patutlah buat tak nampak je junior engineer yang datang menggoda. Rupa-rupanya dah ada yang empunya.
            Mengenali Khairul Muslim hampir 3 tahun, terlalu banyak yang dirahsiakan. Kez bukan jenis lelaki yang gemar bercerita hal peribadi. Perbualan mereka pula hanya berkisar tentang kerja dan pejabat sahaja. Inilah kali pertama dia mengetahui Kez mempunyai kekasih.
            “Patutlah aku selalu sangat nampak kau pakai cincin tu. Aku sangka kau memang minat pakai cincin-cincin ni”
            Kez mengerut dahi. “Apahal pula dengan cincin aku? Memang aku selalu pakai kan?”
            Zaid menarik kerusi lantas duduk dihadapan. Kez semakin hairan. Gaya macam nak soal-siasat je. “Itu bro, cincin yang direka khas. Bukanya cincin perhiasan”
           Kez merenung cincin di jari manisnya sebelah kanan. Dia menghela nafas. Mereka mungkin berkawan lama tapi banyak yang dirahsiakan daripada Zaid. “Ini cincin tunang” dia membuka bicara.
          Memang dijangka. Cincin yang direka khas pastinya punya makna yang sangat penting. Lebih-lebih lagi bila tidak sengaja mendengar dan melihat perbualanya dengan si tunang. Senyuman yang tidak pernah diukir sepanjang mereka berkawan. Zaid tahu gadis itu istimewa.
            “Dia duduk mana?”
            “New York”
            Zaid hampir jatuh kerusi. Jauh sungguh. Patutlah hanya mampu berbual menggunakan laptop je. Zaid kembali memandang Kez. “Kenal lama ke?”
            Kez tersenyum sambil menggeleng. “Sejak bila kau tukar kerja masuk Melodi ni?”
         Zaid mencebik. “Lama ke?” dia menyoal lagi. Bukan senang Kez nak buka mulut. Alang-alang dah berbual, baik korek sampai habis. “Since highschool
            “Ohhhh, highschool sweetheart la ni”
          Kez hanya senyum. “Patutlah kau pandang sebelah mata je cokelat, kuih-muih, kek yang junior kita bagi. Dah bertunang rupanya. Nampaknya, ramailah junior perempuan yang akan menangis bila dengar berita ni nanti”
            “Merepeklah kau. Aku anggap dia orang macam adik-adik je”
            Zaid hanya mengangguk. Memang pun. Tak pernah lebih. “Macam mana boleh sampai New York? Dia sambung berlajar ke?”
            “Dia kerja sana”
            “Kerja apa?”
           Kez sedikit gusar. Baginya, dia rela jika Dara sahaja yang mendapat perhatian. Dia tak kisah jika dirinya hanya low profile kerana dia selesa begini. Tapi lambat-laun, orang luar pasti akan tahu juga.
            “Fashion designer
            Zaid melopong. Sungguh dia tak percaya. “Patutlah” dia mengangguk, tiba-tiba. Kez tergelak. “Apa yang patutlah?” Zaid menggeleng.
            “Punyalah payah nak dengar kau bercerita. Alih-alih aku tahu kau dah bertunang je. Kau memang hebat sungguh la”
            “Jangan risau. Kalau aku kahwin nanti, aku jemput kau dan semua orang dalam pejabat”
           Zaid tersenyum. “Nanti dia bercuti, ajaklah jumpa dengan kami semua. Teringin juga nak tengok wanita yang berjaya tawan hati Khairul Muslim yang macam batu ni”
            “Kepala kau macam batu. Ingat aku hati keras ke?”
            Zaid hanya ketawa. Kez menggeleng.

*******************************************************

            Ya Allah. Kereta di belakang mulai membunyikan hon sebaik dentuman kedengaran. Kez terhantuk kepala di stereng. Nasib baiklah dirinya masih sedar. Tiada darah cuma bengkak. Kez memandang sekeliling. Apa yang berlaku?
            Ketukan di cermin kereta mengejutkan dirinya. Dia pantas membuka pintu. “Abang tak apa-apa? Nak saya panggil ambulan?”
         Kez menggeleng. Dia tahu dirinya tak apa-apa. Hanya cedera ringan. Sekarang, apa yang harus dirisaukan adalah pemandu kereta hadapan. “Saya tak apa-apa”
            “Kalau macam tu, abang bawa kereta ke tepi sekejap. Nanti block jalan lagi susah”
            Selepas meletakkan kereta di bahu jalan, Kez keluar. Keadaan sedikit baik berbanding tadi kecuali rasa pening yang masih mampu ditahan. Kez menghampiri kereta tersebut.
            “Cik tak apa-apa?” dia menyoal si pemandu yang dikerumuni orang awam. Dia menoleh. Kez terkejut. “Eva”
          Eva kaget. “Kez” dia bersuara, perlahan. Sungguh dia tak percaya. Siapa sangka mereka akan bertemu seperti ini. Kez menghampiri. “You tak apa-apa?” dia menyoal, risau. Nasib baiklah Eva. Kalau orang lain, tentu lebih sukar.
            “I okay je. Kereta je remuk sikit”
            Kez mengangguk. Luaran memang tiada yang luka tapi risau jika Eva alami kecederaan dalaman. “Biar I hantar you pergi hospital” Eva menggeleng. “I baru pindah syarikat hari ini. I perlu daftar”
            “Beritahulah boss you cakap you kemalangan. Come. I help you
            Tangan ditarik dan Eva bangun. Dia melihat Kez yang begitu prihatin. Hatinya berdebar. Bertahun lamanya tidak bertemu, lelaki ini masih sama. Masih prihatin dan mengambil-berat seperti dahulu.

********************************************************

            “How?” dia menyoal sebaik Eva keluar dari bilik rawatan. Senyuman diukir. “Takda yang serius. Hanya cedera ringan je. Tak perlu ubat pun”
            Kez mengangguk. Lega. “You taknak periksa ke? Teruk juga benjol di kepala tu”
            “I tak apa-apa”
            Eva mengangguk. Dia memerhati lagi. Kali terakhir berjumpa adalah hari terakhir sekolah. Hari yang takkan Eva lupakan seumur hidupnya. Sehingga sekarang, dirinya takut bercinta kerana peristiwa itu. Mungkin hatinya yang terluka masih belum sembuh sepenuhnya.
            “Kenapa?” Kez menyoal. Risau pula tengok Eva tenung macam ni. Eva ketawa, kecil. “Macam mana dengan kereta I?”
            “Jangan risau. I dah suruh kawan I uruskan dengan pihak insuran. Rasanya, sekarang kereta you dah ada di workshop
            Eva mengangguk lagi. Jadi, tak perlula nak risau apa-apa. “Marilah. I belanja you breakfast dekat kafe hospital”
            Kez kaget. “Huh?”
            “Sebagai tanda terima kasih sebab hantar kereta I terus ke workshop
            Kez diam, cuba menimbang semuanya. Tapi memikirkan bahawa mereka adalah kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa, dia akhirnya mengekori Eva tanpa berfikir apa-apa.
            Sebaik memilih makanan yang diingini mereka duduk di sebuah meja kosong. Kez memilih teh tarik dan kuih. Begitu juga dengan Eva. “So?
            Kez tersenyum. “Kenapa?” Eva ketawa, kecil. “Long time no see, huh? Mana you hilang? Lepas habis sekolah, terus ghaib tanpa dikesan”
            “I sambung berlajar. Dekat Jepun”
            Eva terkejut. Patutlah dia dengar khabar angin mengatakan Kez berlajar di Jepun. “Bidang?”
            “Civil engineering
            Menarik. Mereka mengambil bidang yang sama. “You pula?”
            “I juga sambung berlajar luar negara. Sama bidang dengan you” Kez pula terkejut. Tak nampak gaya macam engineer langsung. Dia akhirnya mengukir senyum.
            “You masih tak berubah. Prihatin dan ambil-berat. Sebab itulah ramai yang jatuh hati pada you waktu sekolah dulu”
            “You kawan I. Tentulah I lebih prihatin” Kez cuba berbasa-basi. Eva hanya mengangguk. Adakah ini jodoh kerana bertemu semula seperti ini? “Apa perkembangan you? Dah bertunang? Kahwin? Ada anak berapa?”
            Kez tergelak. “Sejak bila you apply jadi wartawan Melodi ni?” dia menyakat. Eva hanya tersenyum. Saya nak tahu samada saya masih berpeluang ataupun tidak. Kez memandang Eva yang masih menanti jawapan darinya.
            “Enggaged. Soon to be married next year. Insya-Allah”
       Nyata dia terkejut. Kez menayangkan cincin yang dipakai. Hatinya bagai ditusuk berulang kali. Sememangnya mereka tidak berjodoh. Eva membetulkan reaksi yang sangat ketara. Kez hanya membisu. Dia tahu Eva kecewa.
            “Congrats. Siapa perempuan bertuah tu?”
            Kez menghirup teh tarik yang dibeli dengan tenang. Eva mengunyah karipap dengan penuh debar. Siapa agaknya perempuan bertuah itu? Siapa agaknya yang berjaya mencairkan hati jejak idaman ini?
            “Dara”
         Eva hampir tersedak. Nama yang sudah lama tidak didengar. Kez memberi senyuman. Eva cuba berlagak tenang. “Dara?” Kez mengangguk. Eva menghela nafas. Sudah terlalu lama tapi nama itu masih menyakitkan hatinya.
            “Seperti yang I jangka. You beri perhatian lebih pada dia. Waktu itu I tahu you dah jatuh hati pada dia”
            “Bukan semudah itu. You tahu I tak percaya dengan perasaan zaman remaja kan?” Eva mengangguk dengan rasa sakit. Sebab itulah you tolak I tanpa simpati dahulu. Sebab you tak percaya dengan perasaan zaman remaja.
            “She’s lucky though. Bukan senang seorang Kez untuk jatuh hati”
            Kez hanya senyum. Eva memandang, sayu. Lelaki ini begitu hampir namun sukar digapai. Mereka ditakdirkan bertemu tetapi tiada jodoh. Mungkin sebab inilah semua calon menantu pilihan mama ditolak. Kerana hatinya masih ada pada lelaki ini. Cinta pertamanya sejak sekolah.
            “No. I am lucky to have her. Dia kekasih dan sahabat terbaik untuk I”
            Eva semakin sakit. Cukuplah Kez. Tak perlu awak lukakan hati saya lagi. Eva membuang pandang ke luar. Sesekali dia memandang Kez yang sekadar menjamah makanan dihadapan. Siapa sangka hatinya akan kembali terluka ketika pertama kali bertemu setelah sekian lama?

**************************************************

            “Macam mana kereta kau?” Nana menyoal sebaik tiba di rumah. Terkejut juga waktu dengar Eva kemalangan di hari pertama dirinya mahu mendaftar.
            “Dah hantar ke workshop
            Nana meletakkan beg tangan diatas sofa sebelum berlalu ke ruang dapur. “Kau masak apa hari ni?” dia menyoal, kuat. “Beli bungkus je. Atas meja tu. Nasi goreng kampung”
            Bekas makanan dipandang dengan rasa terliur. Ini yang buat aku sayang lebih ni. Nana mengambil bekas tersebut sebelum membawanya ke ruang tamu. Dia melihat kearah tv.
            “Serius? The voice lagi? Kau tak ada benda nak tengok ke?”
            “Biarlah. Aku nak tengok siapa lagi yang si Adam ni pilih”
            Nana hanya mampu menggeleng. Dia duduk diatas permaidani lalu membuka bekas makanan yang diletakkan diatas meja. Sedapnya bau. Semerbak. Senyuman terukir dengan sendirinya.
            “Kau terlanggar siapa tadi?”
            “Lelaki”
            Nana menoleh. “Kacak?”
            Eva hanya tersenyum. Mesti kacak. Nana mengunyah nasi goreng kampung dengan berselera. “Nama apa? Sempat ambil kad nama tak?”
            “Ala, kau pun kenal dia”
            “Huh?” dia memandang bersama kerutan. “Dia Kez”
            Nana melopong. Kez? Otaknya ligat berfikir. Kez, budak lelaki kacak dekat sekolah dulu? Kez, lelaki yang Eva gila separuh mati dulu?
            “Kez, Khairul Muslim?”
          Eva menjuling mata. Iyalah. Kez mana lagi yang mereka kenal. Nana bertambah tidak percaya. Kecilnya dunia. Bertahun rasanya mereka tidak bertemu rakan sekolah. “Patutlah senyum memanjang. Jumpa bekas kekasih hati rupanya”
            “Apa kau merepek?”
            Nana menguntum senyum. Macamlah tak tahu kisah cinta Eva. Semuanya ada didalam genggaman tanganya. Namun dalam ramai-ramai yang Eva dampingi, Nana tahu Kez sentiasa punya tempat yang istimewa didalam hati Eva.
            “Macam mana dia? Mesti bertambah-tambah handsome kan?”
            Eva mengangguk. Sangat handsome sampai nak gugur jantung aku. Dia nampak matang berbanding waktu sekolah dulu. “Macam dahulu la. Bukanya dia buat plastic surgery pun”
            Nana tergelak. Dia semakin ingin tahu. “Dia buat apa sekarang?”
            “Civil. Sama dengan aku”
       “Ohhhhh” Nana menyakat. Eva hanya menggeleng. “Jadi, dia yang tolong kau hantar kereta ke workshop?”
            “Dia suruh kawan dia hantar. Dia hantar aku pergi hospital dan kami breakfast bersama”
            “Amboi, siap breakfast sekali?” Nana menyoal. Eva hanya memberi senyuman. “Sebagai tanda terima kasih la. Kau ni prejudis sangat” Eva membalas, geram. Sabar je la. Nana hanya ketawa.
            “So, apa cerita dia? Dah kahwin ke?”
            Eva menghela nafas. Pertanyaan yang melukai hati sendiri. Kenapalah lelaki itu sudah dimiliki? Tak bolehkah Kez menjadi miliknya? “Kenapa?” Nana menyoal, hairan. Gaya macam kecewa habis. Dah kahwin ke, Kez?
            “He’s engaged” Patutlah muka semacam je. Kata tak ada rasa apa-apa. Muka tu gaya macam mati suami je. “Dengan siapa? Kita kenal ke?”
            “Dara”
         Nana kaget. Wait. Dara? Eva mengangguk. Rasanya seorang je yang nama pelik tu. Nana diam. Ingatanya merawang kembali ke zaman sekolah. Alessandara Damia. Budak rambut blonde yang sentiasa menyakitkan hati Eva. Budak New York yang tak reti langsung cakap Bahasa Melayu.
            “Oh” Nana menghela nafas. Lagi bertambah sakitlah hati kawan aku ni. “Aku tak sangka Kez dengan Dara. Tapi dari sekolah lagi dia orang rapat kan?”
            Eva hanya diam merenung tv. Takda mood nak layan bila membabitkan Dara. “Takpalah. Takda jodoh. Move on. Kau akan dapat lelaki yang lebih baik”
            Suasana menjadi sepi dengan tiba-tiba. Eva dah banyak berubah sejak sekolah menengah. Tiada lagi perangai diva. Tiada lagi rasa tak puas hati melihat orang melebihi dia. Tapi ada satu sahaja yang sehingga kini Nana tahu takkan berubah. Rasa cintanya kepada Kez.

**************************************************

            “Hey” Jas memberi senyuman. Kez hairan. Apa kes tiba-tiba depan pintu ni? Tanpa disuruh, Jas masuk bersama plastik berwarna putih.
            “Mimpi apa datang rumah abang ni?”
            Jas memerhati keadaan ruang tamu abang. Ya Ampun. “Baru habis berperang ke?” dia menyoal, selamba. Kez mengurut leher.
            “Abang ada projek. Tengah buat kerja, malas pula rasa nak kemas”
            Dia hanya mampu menggeleng. Jas kemudianya menoleh sebelum menghulurkan beg plastik yang dibawa. Kez kerut dahi. “Apa ni?”
            “Dari Dara”
            Dia mengambil beg tersebut. Dari farmasi rupanya. Mesti sebab Dara risau bila dapat tahu dirinya kemalangan. “Thanks
            “Ma risau sangat. Abang dah call dia?”
            “Dah. Abang cakap abang okay”
            Jas mengangguk. Dia kemudian memengang dagu abang sebelum membelek kiri dan kanan. Kez hairan. Apa kena dengan si Jas ni? Dia kemudian membelek lenganya pula. Kez menarik, pantas.
            “Kenapa ni?”
           Jas tak menjawab. Dia mengeluarkan blackberry sebelum menelifon seseorang. Kez memerhati. Kena sampuk ke budak ni? Jas berlalu duduk diatas sofa. “Hello”
            Dia memandang Kez yang masih berdiri merenungnya. “Aku dekat rumah abang ni” dia mulai berbual dengan si pemanggil. “Aku dah belek semuanya. Takda apa-apa. Hanya benjol dekat kepala sikit je”
            “Besar mana?” Jas kerut dahi. Agak-agak la Dara ni. Takkan aku nak ukur benjol abang kot? Dia bangun menghampiri Kez. Abang menapak ke belakang kerana terkejut. “Hmmm, besar telur aku rasa”
            “Ya. Aku dah beli semua ubat dekat farmasi tu. Kenapa tak suruh aku beli sekali dengan farmasi tu?”
            Kez sudah mampu mengagak. Mesti Dara. Jas diam seketika. “Iyalah. Aku akan jenguk dia lebih kerap demi kau” dia menghela nafas. Kez hanya mampu menggeleng bersama senyuman. “Nah” Jas menghulur telifon kepadanya. Kez mengambil tanpa menyoal.
            “Assalamualaikum”
            Dara tersenyum. Dengar suara pun mood tiba-tiba jadi baik. Tak sabarnya nak balik Malaysia. “I suruh Jas beli ubat tahan sakit. Pastikan you makan tanpa miss
            Kez menggeleng. Risau mengalahkan ma. “Baiklah. Kalau tak percaya, tanya je Jas” adiknya itu menjuih bibir. Kez tergelak. “Okay. Malam ni saya on skype
            Panggilan dimatikan. Kez memulangkan semula telifon kepada Jas di atas sofa. “Payah sungguhlah bila sorang dekat New York, sorang dekat Malaysia. Tak kesian dekat Jas ke?”
            “Kenapa pula?”
            “Meremang bulu roma Jas ni bila tengok Dara sekarang. Dulu buat main control macho. Taknak mengaku. Sekarang, habis semua orang dikacaunya sebab abang”
            Kez sekadar mengukir senyuman. Dia kemudianya duduk disebelah Jas. Sah, adiknya ini cemburu. “Itulah tanda sayang. Jas apa tahu?” adiknya itu mencebik. Berlagak! Geli aku dengar.
            “Anyway, thanks sebab bersusah-payah hantar ubat dekat abang. Berguna juga jadi adik” Jas mengetap bibir. Bertuah punya abang! Sempat lagi menyindir. “Kereta macam mana? Nampak okay je Jas tengok dekat bawah tadi”
            “Baru je workshop hantar balik. Teruk juga. Tapi kereta yang abang langgar lebih teruk”
            “Habistu, dah settle dengan dia ke?” Kez mengangguk. Mungkin ambil masa tapi Zaid dah uruskan semua itu. Kez sekadar bayar bilnya sahaja nanti. “Nak tahu tak abang langgar siapa?”
            “Jas kenal ke?”
            Kez mengangguk. “Abang terlanggar Eva” Jas terkejut. Eva? Eva Liana? “Eva, budak sekolah kita dulu ke?”
            “Nasib baiklah dia tak cedera teruk. Risau juga abang”
            Wow. Ini berita tergempar. Bukan tak tahu kisah Eva dengan abang dahulu. Dia tahu hari terakhir sekolah, Eva ada meluahkan perasaan pada abang tapi waktu itu abang tolak mentah-mentah. Sekarang, mereka bertemu semula.
            “Dia buat apa sekarang?”
            “Engineer. Memang tak sangka betul” Jas diam. Mungkin hanya kebetulan sahaja. “Dia tak cakap apa-apa pada abang ke?”
            “Dia tahu abang dah bertunang dengan Dara. Dia ucap tahniah juga”
            Jas diam. Boleh percaya ke? Bukan tak kenal Eva. Terlalu kenal sehingga dia yang risau sekarang ni. Sudahlah Dara jauh di benua lain. Jas berharap Eva tak lakukan perkara yang boleh menggugat hubungan abang dan Dara. 

4 comments:

  1. eva, sila jgn ganggu kez ek..kez ai punye..hehehe
    eva tuh mst nk menggangu gugat kez kn...

    ReplyDelete
  2. Eva si gila merpyan dah muncul....heyy mana tongkat sakti aku ni, nak sumpah dia jadi kodok kejap..smpai ending citer ni hehehehe....

    ReplyDelete
  3. alaaaaa.....muncul minah ni ke...imgat kan dah kawen baru start konflik hmmmm......adoyyy la x ske tol kalo lom kawen dah start ala2 nih huhuu

    ReplyDelete