Senyuman diukir sebelum kaki diatur
menghampiri. “Busy?”
Kez menutup laptop sebelum
menggeleng. Zaid memandangnya, mengusik. “Ehem. I miss you too?”
Sah. Dia dengar semuanya. “Apahal
kau?” dia cuba mengawal reaksi. Zaid dah hentam gelak tengok wajah gelabah Kez.
Patutlah buat tak nampak je junior
engineer yang datang menggoda. Rupa-rupanya dah ada yang empunya.
Mengenali Khairul Muslim hampir 3
tahun, terlalu banyak yang dirahsiakan. Kez bukan jenis lelaki yang gemar
bercerita hal peribadi. Perbualan mereka pula hanya berkisar tentang kerja dan
pejabat sahaja. Inilah kali pertama dia mengetahui Kez mempunyai kekasih.
“Patutlah aku selalu sangat nampak
kau pakai cincin tu. Aku sangka kau memang minat pakai cincin-cincin ni”
Kez mengerut dahi. “Apahal pula
dengan cincin aku? Memang aku selalu pakai kan?”
Zaid menarik kerusi lantas duduk
dihadapan. Kez semakin hairan. Gaya macam nak soal-siasat je. “Itu bro, cincin yang direka khas.
Bukanya cincin perhiasan”
Kez merenung cincin di jari manisnya
sebelah kanan. Dia menghela nafas. Mereka mungkin berkawan lama tapi banyak
yang dirahsiakan daripada Zaid. “Ini cincin tunang” dia membuka bicara.
Memang dijangka. Cincin yang direka
khas pastinya punya makna yang sangat penting. Lebih-lebih lagi bila tidak
sengaja mendengar dan melihat perbualanya dengan si tunang. Senyuman yang tidak
pernah diukir sepanjang mereka berkawan. Zaid tahu gadis itu istimewa.
“Dia duduk mana?”
“New York”
Zaid hampir jatuh kerusi. Jauh
sungguh. Patutlah hanya mampu berbual menggunakan laptop je. Zaid kembali
memandang Kez. “Kenal lama ke?”
Kez tersenyum sambil menggeleng.
“Sejak bila kau tukar kerja masuk Melodi ni?”
Zaid mencebik. “Lama ke?” dia
menyoal lagi. Bukan senang Kez nak buka mulut. Alang-alang dah berbual, baik
korek sampai habis. “Since highschool”
“Ohhhh, highschool sweetheart la ni”
Kez hanya senyum. “Patutlah kau
pandang sebelah mata je cokelat, kuih-muih, kek yang junior kita bagi. Dah bertunang rupanya. Nampaknya, ramailah junior perempuan yang akan menangis bila
dengar berita ni nanti”
“Merepeklah kau. Aku anggap dia
orang macam adik-adik je”
Zaid hanya mengangguk. Memang pun.
Tak pernah lebih. “Macam mana boleh sampai New York? Dia sambung berlajar ke?”
“Dia kerja sana”
“Kerja apa?”
Kez sedikit gusar. Baginya, dia rela
jika Dara sahaja yang mendapat perhatian. Dia tak kisah jika dirinya hanya low profile kerana dia selesa begini.
Tapi lambat-laun, orang luar pasti akan tahu juga.
“Fashion
designer”
Zaid melopong. Sungguh dia tak
percaya. “Patutlah” dia mengangguk, tiba-tiba. Kez tergelak. “Apa yang
patutlah?” Zaid menggeleng.
“Punyalah payah nak dengar kau
bercerita. Alih-alih aku tahu kau dah bertunang je. Kau memang hebat sungguh
la”
“Jangan risau. Kalau aku kahwin
nanti, aku jemput kau dan semua orang dalam pejabat”
Zaid tersenyum. “Nanti dia bercuti,
ajaklah jumpa dengan kami semua. Teringin juga nak tengok wanita yang berjaya
tawan hati Khairul Muslim yang macam batu ni”
“Kepala kau macam batu. Ingat aku
hati keras ke?”
Zaid hanya ketawa. Kez menggeleng.
*******************************************************
Ya Allah. Kereta di belakang mulai
membunyikan hon sebaik dentuman kedengaran. Kez terhantuk kepala di stereng.
Nasib baiklah dirinya masih sedar. Tiada darah cuma bengkak. Kez memandang
sekeliling. Apa yang berlaku?
Ketukan di cermin kereta mengejutkan
dirinya. Dia pantas membuka pintu. “Abang tak apa-apa? Nak saya panggil
ambulan?”
Kez menggeleng. Dia tahu dirinya tak
apa-apa. Hanya cedera ringan. Sekarang, apa yang harus dirisaukan adalah
pemandu kereta hadapan. “Saya tak apa-apa”
“Kalau macam tu, abang bawa kereta
ke tepi sekejap. Nanti block jalan
lagi susah”
Selepas meletakkan kereta di bahu
jalan, Kez keluar. Keadaan sedikit baik berbanding tadi kecuali rasa pening
yang masih mampu ditahan. Kez menghampiri kereta tersebut.
“Cik tak apa-apa?” dia menyoal si
pemandu yang dikerumuni orang awam. Dia menoleh. Kez terkejut. “Eva”
Eva kaget. “Kez” dia bersuara,
perlahan. Sungguh dia tak percaya. Siapa sangka mereka akan bertemu seperti
ini. Kez menghampiri. “You tak apa-apa?” dia menyoal, risau. Nasib baiklah Eva.
Kalau orang lain, tentu lebih sukar.
“I okay je. Kereta je remuk sikit”
Kez mengangguk. Luaran memang tiada
yang luka tapi risau jika Eva alami kecederaan dalaman. “Biar I hantar you
pergi hospital” Eva menggeleng. “I baru pindah syarikat hari ini. I perlu
daftar”
“Beritahulah boss you cakap you kemalangan. Come.
I help you”
Tangan ditarik dan Eva bangun. Dia
melihat Kez yang begitu prihatin. Hatinya berdebar. Bertahun lamanya tidak
bertemu, lelaki ini masih sama. Masih prihatin dan mengambil-berat seperti
dahulu.
********************************************************
“How?”
dia menyoal sebaik Eva keluar dari bilik rawatan. Senyuman diukir. “Takda yang
serius. Hanya cedera ringan je. Tak perlu ubat pun”
Kez mengangguk. Lega. “You taknak
periksa ke? Teruk juga benjol di kepala tu”
“I tak apa-apa”
Eva mengangguk. Dia memerhati lagi.
Kali terakhir berjumpa adalah hari terakhir sekolah. Hari yang takkan Eva
lupakan seumur hidupnya. Sehingga sekarang, dirinya takut bercinta kerana
peristiwa itu. Mungkin hatinya yang terluka masih belum sembuh sepenuhnya.
“Kenapa?” Kez menyoal. Risau pula
tengok Eva tenung macam ni. Eva ketawa, kecil. “Macam mana dengan kereta I?”
“Jangan risau. I dah suruh kawan I
uruskan dengan pihak insuran. Rasanya, sekarang kereta you dah ada di workshop”
Eva mengangguk lagi. Jadi, tak
perlula nak risau apa-apa. “Marilah. I belanja you breakfast dekat kafe hospital”
Kez kaget. “Huh?”
“Sebagai tanda terima kasih sebab
hantar kereta I terus ke workshop”
Kez diam, cuba menimbang semuanya.
Tapi memikirkan bahawa mereka adalah kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa,
dia akhirnya mengekori Eva tanpa berfikir apa-apa.
Sebaik memilih makanan yang diingini
mereka duduk di sebuah meja kosong. Kez memilih teh tarik dan kuih. Begitu juga
dengan Eva. “So?”
Kez tersenyum. “Kenapa?” Eva ketawa,
kecil. “Long time no see, huh? Mana
you hilang? Lepas habis sekolah, terus ghaib tanpa dikesan”
“I sambung berlajar. Dekat Jepun”
Eva terkejut. Patutlah dia dengar
khabar angin mengatakan Kez berlajar di Jepun. “Bidang?”
“Civil
engineering”
Menarik. Mereka mengambil bidang
yang sama. “You pula?”
“I juga sambung berlajar luar
negara. Sama bidang dengan you” Kez pula terkejut. Tak nampak gaya macam engineer langsung. Dia akhirnya mengukir
senyum.
“You masih tak berubah. Prihatin dan
ambil-berat. Sebab itulah ramai yang jatuh hati pada you waktu sekolah dulu”
“You kawan I. Tentulah I lebih
prihatin” Kez cuba berbasa-basi. Eva hanya mengangguk. Adakah ini jodoh kerana
bertemu semula seperti ini? “Apa perkembangan you? Dah bertunang? Kahwin? Ada
anak berapa?”
Kez tergelak. “Sejak bila you apply jadi wartawan Melodi ni?” dia
menyakat. Eva hanya tersenyum. Saya nak tahu samada saya masih berpeluang
ataupun tidak. Kez memandang Eva yang masih menanti jawapan darinya.
“Enggaged.
Soon to be married next year. Insya-Allah”
Nyata dia terkejut. Kez menayangkan
cincin yang dipakai. Hatinya bagai ditusuk berulang kali. Sememangnya mereka
tidak berjodoh. Eva membetulkan reaksi yang sangat ketara. Kez hanya membisu.
Dia tahu Eva kecewa.
“Congrats.
Siapa perempuan bertuah tu?”
Kez menghirup teh tarik yang dibeli
dengan tenang. Eva mengunyah karipap dengan penuh debar. Siapa agaknya
perempuan bertuah itu? Siapa agaknya yang berjaya mencairkan hati jejak idaman
ini?
“Dara”
Eva hampir tersedak. Nama yang sudah
lama tidak didengar. Kez memberi senyuman. Eva cuba berlagak tenang. “Dara?”
Kez mengangguk. Eva menghela nafas. Sudah terlalu lama tapi nama itu masih
menyakitkan hatinya.
“Seperti yang I jangka. You beri
perhatian lebih pada dia. Waktu itu I tahu you dah jatuh hati pada dia”
“Bukan semudah itu. You tahu I tak
percaya dengan perasaan zaman remaja kan?” Eva mengangguk dengan rasa sakit.
Sebab itulah you tolak I tanpa simpati dahulu. Sebab you tak percaya dengan
perasaan zaman remaja.
“She’s
lucky though. Bukan senang seorang Kez untuk jatuh hati”
Kez hanya senyum. Eva memandang,
sayu. Lelaki ini begitu hampir namun sukar digapai. Mereka ditakdirkan bertemu
tetapi tiada jodoh. Mungkin sebab inilah semua calon menantu pilihan mama
ditolak. Kerana hatinya masih ada pada lelaki ini. Cinta pertamanya sejak
sekolah.
“No.
I am lucky to have her. Dia kekasih dan sahabat terbaik untuk I”
Eva semakin sakit. Cukuplah Kez. Tak
perlu awak lukakan hati saya lagi. Eva membuang pandang ke luar. Sesekali dia
memandang Kez yang sekadar menjamah makanan dihadapan. Siapa sangka hatinya
akan kembali terluka ketika pertama kali bertemu setelah sekian lama?
**************************************************
“Macam mana kereta kau?” Nana
menyoal sebaik tiba di rumah. Terkejut juga waktu dengar Eva kemalangan di hari
pertama dirinya mahu mendaftar.
“Dah hantar ke workshop”
Nana meletakkan beg tangan diatas
sofa sebelum berlalu ke ruang dapur. “Kau masak apa hari ni?” dia menyoal,
kuat. “Beli bungkus je. Atas meja tu. Nasi goreng kampung”
Bekas makanan dipandang dengan rasa
terliur. Ini yang buat aku sayang lebih ni. Nana mengambil bekas tersebut
sebelum membawanya ke ruang tamu. Dia melihat kearah tv.
“Serius? The voice lagi? Kau tak ada benda nak tengok ke?”
“Biarlah. Aku nak tengok siapa lagi
yang si Adam ni pilih”
Nana hanya mampu menggeleng. Dia
duduk diatas permaidani lalu membuka bekas makanan yang diletakkan diatas meja.
Sedapnya bau. Semerbak. Senyuman terukir dengan sendirinya.
“Kau terlanggar siapa tadi?”
“Lelaki”
Nana menoleh. “Kacak?”
Eva hanya tersenyum. Mesti kacak. Nana
mengunyah nasi goreng kampung dengan berselera. “Nama apa? Sempat ambil kad
nama tak?”
“Ala, kau pun kenal dia”
“Huh?” dia memandang bersama
kerutan. “Dia Kez”
Nana melopong. Kez? Otaknya ligat
berfikir. Kez, budak lelaki kacak dekat sekolah dulu? Kez, lelaki yang Eva gila
separuh mati dulu?
“Kez, Khairul Muslim?”
Eva menjuling mata. Iyalah. Kez mana
lagi yang mereka kenal. Nana bertambah tidak percaya. Kecilnya dunia. Bertahun
rasanya mereka tidak bertemu rakan sekolah. “Patutlah senyum memanjang. Jumpa
bekas kekasih hati rupanya”
“Apa kau merepek?”
Nana menguntum senyum. Macamlah tak
tahu kisah cinta Eva. Semuanya ada didalam genggaman tanganya. Namun dalam
ramai-ramai yang Eva dampingi, Nana tahu Kez sentiasa punya tempat yang
istimewa didalam hati Eva.
“Macam mana dia? Mesti
bertambah-tambah handsome kan?”
Eva mengangguk. Sangat handsome sampai nak gugur jantung aku.
Dia nampak matang berbanding waktu sekolah dulu. “Macam dahulu la. Bukanya dia
buat plastic surgery pun”
Nana tergelak. Dia semakin ingin
tahu. “Dia buat apa sekarang?”
“Civil.
Sama dengan aku”
“Ohhhhh” Nana menyakat. Eva hanya
menggeleng. “Jadi, dia yang tolong kau hantar kereta ke workshop?”
“Dia suruh kawan dia hantar. Dia
hantar aku pergi hospital dan kami breakfast
bersama”
“Amboi, siap breakfast sekali?” Nana menyoal. Eva hanya memberi senyuman. “Sebagai
tanda terima kasih la. Kau ni prejudis sangat” Eva membalas, geram. Sabar je
la. Nana hanya ketawa.
“So,
apa cerita dia? Dah kahwin ke?”
Eva menghela nafas. Pertanyaan yang
melukai hati sendiri. Kenapalah lelaki itu sudah dimiliki? Tak bolehkah Kez
menjadi miliknya? “Kenapa?” Nana menyoal, hairan. Gaya macam kecewa habis. Dah
kahwin ke, Kez?
“He’s
engaged” Patutlah muka semacam je. Kata tak ada rasa apa-apa. Muka tu gaya
macam mati suami je. “Dengan siapa? Kita kenal ke?”
“Dara”
Nana kaget. Wait. Dara? Eva mengangguk. Rasanya seorang je yang nama pelik tu.
Nana diam. Ingatanya merawang kembali ke zaman sekolah. Alessandara Damia.
Budak rambut blonde yang sentiasa
menyakitkan hati Eva. Budak New York yang tak reti langsung cakap Bahasa
Melayu.
“Oh” Nana menghela nafas. Lagi
bertambah sakitlah hati kawan aku ni. “Aku tak sangka Kez dengan Dara. Tapi
dari sekolah lagi dia orang rapat kan?”
Eva hanya diam merenung tv. Takda mood nak layan bila membabitkan Dara. “Takpalah.
Takda jodoh. Move on. Kau akan dapat
lelaki yang lebih baik”
Suasana menjadi sepi dengan
tiba-tiba. Eva dah banyak berubah sejak sekolah menengah. Tiada lagi perangai
diva. Tiada lagi rasa tak puas hati melihat orang melebihi dia. Tapi ada satu
sahaja yang sehingga kini Nana tahu takkan berubah. Rasa cintanya kepada Kez.
**************************************************
“Hey” Jas memberi senyuman. Kez
hairan. Apa kes tiba-tiba depan pintu ni? Tanpa disuruh, Jas masuk bersama
plastik berwarna putih.
“Mimpi apa datang rumah abang ni?”
Jas memerhati keadaan ruang tamu
abang. Ya Ampun. “Baru habis berperang ke?” dia menyoal, selamba. Kez mengurut
leher.
“Abang ada projek. Tengah buat
kerja, malas pula rasa nak kemas”
Dia hanya mampu menggeleng. Jas
kemudianya menoleh sebelum menghulurkan beg plastik yang dibawa. Kez kerut
dahi. “Apa ni?”
“Dari Dara”
Dia mengambil beg tersebut. Dari
farmasi rupanya. Mesti sebab Dara risau bila dapat tahu dirinya kemalangan. “Thanks”
“Ma risau sangat. Abang dah call dia?”
“Dah. Abang cakap abang okay”
Jas mengangguk. Dia kemudian
memengang dagu abang sebelum membelek kiri dan kanan. Kez hairan. Apa kena
dengan si Jas ni? Dia kemudian membelek lenganya pula. Kez menarik, pantas.
“Kenapa ni?”
Jas tak menjawab. Dia mengeluarkan blackberry sebelum menelifon seseorang.
Kez memerhati. Kena sampuk ke budak ni? Jas berlalu duduk diatas sofa. “Hello”
Dia memandang Kez yang masih berdiri
merenungnya. “Aku dekat rumah abang ni” dia mulai berbual dengan si pemanggil.
“Aku dah belek semuanya. Takda apa-apa. Hanya benjol dekat kepala sikit je”
“Besar mana?” Jas kerut dahi.
Agak-agak la Dara ni. Takkan aku nak ukur benjol abang kot? Dia bangun
menghampiri Kez. Abang menapak ke belakang kerana terkejut. “Hmmm, besar telur
aku rasa”
“Ya. Aku dah beli semua ubat dekat
farmasi tu. Kenapa tak suruh aku beli sekali dengan farmasi tu?”
Kez sudah mampu mengagak. Mesti
Dara. Jas diam seketika. “Iyalah. Aku akan jenguk dia lebih kerap demi kau” dia
menghela nafas. Kez hanya mampu menggeleng bersama senyuman. “Nah” Jas
menghulur telifon kepadanya. Kez mengambil tanpa menyoal.
“Assalamualaikum”
Dara tersenyum. Dengar suara pun mood tiba-tiba jadi baik. Tak sabarnya
nak balik Malaysia. “I suruh Jas beli ubat tahan sakit. Pastikan you makan
tanpa miss”
Kez menggeleng. Risau mengalahkan
ma. “Baiklah. Kalau tak percaya, tanya je Jas” adiknya itu menjuih bibir. Kez
tergelak. “Okay. Malam ni saya on skype”
Panggilan dimatikan. Kez memulangkan
semula telifon kepada Jas di atas sofa. “Payah sungguhlah bila sorang dekat New
York, sorang dekat Malaysia. Tak kesian dekat Jas ke?”
“Kenapa pula?”
“Meremang bulu roma Jas ni bila tengok
Dara sekarang. Dulu buat main control macho.
Taknak mengaku. Sekarang, habis semua orang dikacaunya sebab abang”
Kez sekadar mengukir senyuman. Dia
kemudianya duduk disebelah Jas. Sah, adiknya ini cemburu. “Itulah tanda sayang.
Jas apa tahu?” adiknya itu mencebik. Berlagak! Geli aku dengar.
“Anyway,
thanks sebab bersusah-payah hantar ubat dekat abang. Berguna juga jadi
adik” Jas mengetap bibir. Bertuah punya abang! Sempat lagi menyindir. “Kereta
macam mana? Nampak okay je Jas tengok dekat bawah tadi”
“Baru je workshop hantar balik. Teruk juga. Tapi kereta yang abang langgar
lebih teruk”
“Habistu, dah settle dengan dia ke?” Kez mengangguk. Mungkin ambil masa tapi Zaid
dah uruskan semua itu. Kez sekadar bayar bilnya sahaja nanti. “Nak tahu tak
abang langgar siapa?”
“Jas kenal ke?”
Kez mengangguk. “Abang terlanggar
Eva” Jas terkejut. Eva? Eva Liana? “Eva, budak sekolah kita dulu ke?”
“Nasib baiklah dia tak cedera teruk.
Risau juga abang”
Wow. Ini berita tergempar. Bukan tak
tahu kisah Eva dengan abang dahulu. Dia tahu hari terakhir sekolah, Eva ada
meluahkan perasaan pada abang tapi waktu itu abang tolak mentah-mentah.
Sekarang, mereka bertemu semula.
“Dia buat apa sekarang?”
“Engineer.
Memang tak sangka betul” Jas diam. Mungkin hanya kebetulan sahaja. “Dia tak
cakap apa-apa pada abang ke?”
“Dia tahu abang dah bertunang dengan
Dara. Dia ucap tahniah juga”
Jas diam. Boleh percaya ke? Bukan
tak kenal Eva. Terlalu kenal sehingga dia yang risau sekarang ni. Sudahlah Dara
jauh di benua lain. Jas berharap Eva tak lakukan perkara yang boleh menggugat
hubungan abang dan Dara.

eva, sila jgn ganggu kez ek..kez ai punye..hehehe
ReplyDeleteeva tuh mst nk menggangu gugat kez kn...
setuju.haip itu kez dara punya
DeleteEva si gila merpyan dah muncul....heyy mana tongkat sakti aku ni, nak sumpah dia jadi kodok kejap..smpai ending citer ni hehehehe....
ReplyDeletealaaaaa.....muncul minah ni ke...imgat kan dah kawen baru start konflik hmmmm......adoyyy la x ske tol kalo lom kawen dah start ala2 nih huhuu
ReplyDelete