Saturday, 13 October 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 19

            Selesai menjamu selera dan kena bahan dengan Kez, mereka berjalan tanpa tujuan ke tingkat 2. Habis semua butik dimasuki dan Kez terpaksa menurut apabila melihat Dara yang begitu teruja. Kata tadi kaki rasa nak tercabut tapi tengok takda masalah pun berjalan lama-lama? Women. Dia hanya mampu menggeleng.
            “Baju ni cute kan?”
            Perhatianya kembali ke arah Dara. Dia melihat couple shirt berwarna biru yang dipegang Dara. Mereka kini berada di butik Forever 21. Itupun selepas tanganya ditarik paksa oleh Dara.
            “No. No couple shirt” dia bersuara, tegas. Dara mengangkat muka. “Why?” dia menyoal dengan wajah minta kesian. Kez menggeleng. Tenang Kez. Kuatkan semangat. Jangan cair dengan muka comel ala anak kucing tu.
            “It’s too cliché. Not to mention too geli”
          Dara tergelak. Geli? Kez geli dengan couple shirt. Wow, ini perkara baru yang harus ditulis didalam diari dibawah tajuk Perkara Yang Khairul Muslim @ Kez Tak Suka. “Okay apa? Sekarang memang trend orang pakai couple t-shirt la”
        Dia menggeleng, langsung tidak mahu berkompromi. “Lets go” dia meletak semula baju tersebut sebelum menarik keluar Dara dari butik berkenaan. Bahaya. Lagi lama dalam tu, lagi banyak benda pelik-pelik nak dicubanya.
            “You tak suka couple shirt tapi boleh pakai couple bracelet?” Dara menyoal sambil menjungkit kening. “Bracelet lain. Bracelet nampak cool. Tapi couple shirt is too mushy” Dara hanya mampu tersenyum. Dia tak tahu sisi Kez yang ini.
            “Oh, jadi betul la kata Jas. Bracelet ni memang untuk couple?”
            Kez menoleh. Dara menguntum senyum. “I ingat kita hanya kawan waktu tu?” idea menyakat semakin mencurah-curah. “It just a token of gratitude. Awak hadiah saya bracelet. Saya hadiah perkara yang sama”
         Dara mencebik. Ala, alasan la tu. Muka dah berubah tu. “Sampai suruh I jangan tanggalkan?” dia menyoal lagi. Nasib awaklah, Kez. Dapat tunang yang kaki bahan juga. Kez menghela nafas. Darah terasa menyerbu ke muka.
            “Cantiknya baby tu. Jom tengok”
         Dara ketawa. Kez sudah jalan terlebih dahulu. Awak sesungguhnya sangat sweet. Saya tentu akan rindukan awak bila balik New York nanti. Dara melangkah menghampiri sebelum seseorang melanggarnya secara tiba-tiba.
            “Sorry, sorry. I tak sengaja”
            Lelaki itu menoleh. Dara ingin mengatakan It’s okay tapi terkejut melihat wajah itu. Wajah yang tidak banyak berubah walaupun sudah bertahun tidak berjumpa.
            “Arieff”
            “Dara”
            Mereka pecah gelak. Masing-masing tak percaya akan bertemu disini. Kecilnya dunia. “You buat apa sini?” dia menyoal, pantas. Arieff masih tampan seperti dahulu. Sedikit tinggi berbanding kali terakhir mereka bertemu.
            “I kerja sini. You dah….berhijab?”
            Dara mengangguk. “Beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah” Arieff mengangguk. Dara bertambah cantik apabila bertudung. Nampak lebih sopan. Hatinya kembali berdebar.
            “You pula? Sejak tiba-tiba berhenti U, I terus hilang berita tentang you. Apa cerita?”
            Dara tersenyum. “I pindah ke New York. Uruskan syarikat mama I dekat sana”
            Patutlah. Dia baru tahu betapa dirinya merindui gadis ini apabila mereka bertemu secara tidak sengaja seperti ini. “Damia” dia menoleh apabila melihat senyuman Dara terus mekar. Seorang lelaki menghampiri mereka berdua.
            “Saya bercakap sendirian rupanya. Kenapa dekat sini lagi?”
        Kez menyoal sebelum dia perasaan lelaki yang berdiri dihadapan Dara ketika ini. Mata mereka bertembung. “Kez, inilah Arieff. Kawan U I. Arieff, kenalkan dengan Kez, my fiancée
            Hatinya bagai dihentak batu besar. My fiancée. Sungguh dia tak menyangka gadis ini sudah menjadi milik orang. Kez menghulur salam dan dibalas oleh Arieff. Perasaan aku atau Arieff ni ada feeling dekat Damia. Kez kembali memandang Dara.
            “Dia pernah cerita pasal awak”
         Arieff tersenyum. Dan dia tak pernah cerita pasal awak. Dia kembali memandang Dara. Gadis itu nampak ceria. Dia kelihatan sangat bahagia. Walaupun mereka tak tunjukkan dalam bentuk fizikal namun wajah Dara sudah memberitahu semuanya.
            “Okaylah. Saya kena gerak sekarang. Gembira jumpa awak berdua”
            Dara mengangguk. “2 hari lagi I akan pulang ke New York semula” dia memberitahu. Arieff tersentak. Nampaknya, mereka takkan berjumpa lagi selepas ini. Mungkin sudah takdir mereka hanya akan menjadi kawan sampai bila-bila.
“Jangan lupa invite I untuk weeding kau orang nanti”
         “Sure do, bro” Kez membalas, tenang. Arieff memberi senyuman sebelum menapak pergi. Hatinya hancur tapi jika Dara bahagia, Arieff akan turut sama mendoakan kebahagiaan gadis itu. 
            “Itulah Arieff, kawan Perlis awak?”
           Dara mengangguk. Seronok bila jumpa Arieff tapi rasa sayang sebab mereka bertemu sekejap je. Kez memerhati. Handsome juga. Macam anak cina. Nasib baik Dara tak terpikat. Kalau tak, melepasla jawabnya.
            “Kita nak balik dah?” Dara menyoal disebelah. Kez memandangnya. “Dah letih?” dia menyoal dengan senyuman. Dara mengangguk. Kaki terasa macam nak patah dengan heels ni. Dia berjanji akan pakai flat je selepas ini.
            “Saya pesan jangan pakai heels kan?”
          Dara mencebik. Awak takkan pernah tahu hati seorang perempuan Kez. Perempuan bila dia jatuh cinta, dia nampak orang tu je. Datanglah sepuluh Aaron Aziz sekalipun, dia mungkin akan fangirls macam gila tapi hatinya tetap pada lelaki yang dicintainya itu. Apabila jatuh cinta, perempuan akan buat apa sahaja untuk nampak cantik dihadapan lelaki itu. Walaupun itu termasuk mengorbankan keselesaan sendiri.

***********************************************

          Masak kari ayam dengan temenung goreng dan sayur campur. Menu simple yang Dara rasa yakin untuk memasak. Iyalah, kali pertama memasak untuk Kez. Kenalah bagi impression yang bagus. Walaupun dekat New York selalu masak tapi tentu tak sama. Kalau disana, masak hangus pun perut terima tanpa banyak songeh. Dekat sini, situasinya tak sama.
            “Apahal yang kau tiba-tiba volunteer nak memasak untuk abang ni?”
            Dia menoleh melihat Jas yang sedang menyorong troli dengan wajah terpaksa. Iyalah, hari ini adalah hujung minggu. Pasti Jas mahu berehat dan berbaring dirumah.
            “I kesian lihat dia semakin kurus. Ma pun dah complain. You tak perasan ke?”
            Jas kerut dahi. Abang kurus? Aku tengok sama je. Dia melihat Dara yang khusyuk melihat jenama kari yang dipamerkan. Untunglah kau, bang. Ramai betul orang yang care. Tiba-tiba, dia terasa sunyi. Kalaulah dirinya juga jumpa orang yang dicintai seperti Dara jumpa abang.
            “You rasa Adabi atau Babas yang okay?”
            Perhatianya kembali kepada Dara. “Babas. Selalu aku tengok ma guna jenama tu” Dara mengambil 3 paket rempah kari sebelum diletakkan ke dalam troli. “Sekarang, ke tempat sayur pula”
            Jas mengikut dari belakang. Walaupun esok akan naik flight. Esok dia harus melalui perjalanan yang panjang namun Dara kelihatan gembira. Apa sahaja yang dilakukan demi abang akan buat Dara gembira. Ini ke cara orang jatuh cinta? Muka bercahaya gaya duduk bawah lampu spotlight?
            “Eh, Kez suka sayur apa?” Dara kembali menoleh kearah Jas. “Abang telan je. Janji sayur. Tapi dia tak makan sangat sayur-sayur ni. Waktu kecil, jenuh juga ma nak paksa dia makan sayur”
            Dara tergelak. Macam sama je dengan aku. Dua-dua tak makan sayur. Memang baguslah. Tapi still nak cuba juga memasak sayur. “Kejap, kau pun tak makan sayur kan?” Jas menyoal semula. Dara tersengih. Jas menggeleng.
            “Memang match made in heaven la kalian berdua ni. Habistu, kenapa nak masak sayur pula?”
          “I nak suruh dia makan sayur” sengihan nakal diberi. Jas mencebik. Ceh, dia pun tak makan sayur. Ada hati nak paksa orang makan. Dara berlalu ke tempat penimbang setelah mengambil sayur yang diingini. Mereka kemudian ke tempat ayam yang berada berhampiran sahaja.
            “Dara, yang ni besar sikit”
         Tanpa banyak soal, Dara mengambil ayam yang ditunjukkan dan dibawa ke tempat memotong. “Potong berapa ni, dik?” lelaki yang bertugas itu bertanya. Dara menoleh kearah Jas. “Selalu ma potong 10”
         “Potong 10” lelaki itu mengangguk. Jas menggeleng. Beria nak memasak tapi aku dah musykil. Betulke boleh masak ni? Takut nanti nak kena delivery je. Selesai mengambil ayam yang sudah dipotong, mereka kemudianya ke tempat ikan. Dara memilih beberapa ekor ikan sebelum mereka menuju ke kaunter pembayaran.
        “Kau pernah memasak ke sebelum ni?” Jas menyoal sementara menanti giliran. “Dekat New York. Kalau I teringin sangat nak makan masakan Malaysia. Tapi Judy banyak bantu I”
         Memang dah diagak. Tengok gaya pun tahu Dara ni newbie dalam bidang masakan. Tapi effort itu yang buat Jas tak mahu membahan. Demi tunang tersayang, Alessandara Damia sanggup memasak walaupun beg untuk pulang esok pun belum dikemas lagi.

********************************************************

            “Hai abang”
           Beria dia membuka tapi disambut dengan wajah terpaksa Jas. Kez tergelak. Nampak sangat Jas kena paksa datang sini. Dia tahu weekend macam ni, Jas lebih rela melengkar didalam bilik tidak berbuat apa-apa.
          “Apahal datang rumah abang gaya macam kena masuk penjara?” dia meluku kepala Jas. Adiknya itu mengadu sakit. “Tanyalah tunang kesayangan abang ni” dia melangkah masuk meninggalkan Dara di luar. Kez segera membantu Dara yang penuh memegang beg plastic tesco. Mereka kemudianya masuk kedalam rumah.
        “Beratnya” barang-barang yang dibeli, diletakkan diatas meja di dapur. Bersih sungguh. Memang nampak sangat jarang masuk dapur. Kez membantu mengeluarkan barang-barang yang dibeli. “Jas, you masak nasi”
           Jas masuk ke dapur dengan wajah masam. Dara memberi senyuman dengan rasa bersalah. “You tahu I sayang you kan?” Jas mencebik namun tetap melakukan kerja yang disuruh. Kez menghampiri Dara yang sedang membasuh ayam di sinki.
            “Nak masak apa ni?”
            “Kari ayam, ikan temenung goreng dengan sayur campur”
        Kez kaget. Sayur campur? Dia menelan air liur. “Sayur campur?” dia menyoal semula. Dara mengangguk gaya tak tahu apa-apa. “You suka sayur kan?”
            “Hah? Ha” nampak sangat terpaksa mengangguk. Dara menahan diri dari tersenyum. “You tolonglah potong sayur tu” Kez berlalu ke meja dengan rasa tidak bermaya. Ingatkan bila keluar dari rumah, boleh terlepas dari paksaan makan sayur oleh ma. Tapi sekarang, Dara pula yang ambil-alih tugas ma. Kez menghela nafas.
           Selesai membasuh ayam, Dara mulai memanaskan kuali untuk memasak rempah kari. Dengan pantas dia melakukan semuanya seolah-olah pernah memasak di dapur ini. Kez yang selesai memotong menarik kerusi lalu memandang Dara dengan rasa kagum.
          Mungkin ini rasanya bila lihat orang yang kita cinta memasak dengan penuh kasih-sayang. Terasa ingin memeluk Dara sekarang ini namun disabarkan hati. Kalau hari-hari macam ni, tentu dia akan jadi lelaki paling gembira. Namun kesibukan mereka berdua pasti menyukarkan perkara ini berlaku. Dara sukar untuk pulang kesini kerana syarikat mamanya, dia pula jarang mampu ke sana kerana kesibukan kerja.
        “Awak dah kemas beg untuk esok?” dia menyoal apabila terasa ruang dapur sedikit sunyi. Jas sudah kembali ke ruang tamu semula. “Tak sempat lagi. Mungkin malam ni”
          Diam. Esok, gadis ini takkan berada disini lagi. Esok, mereka akan terpisah antara benua. Tentu dirinya akan rindu. “Masih nak ambil-alih syarikat nenek ke?” dia menyoal lagi. Dara menoleh. Wajah Kez yang nampak tidak ceria membuatkan hatinya semakin berat untuk pergi.
       “Semua ini ambil masa. I baru sahaja cuba untuk establish my name dekat sana. Sangat sukar jika I lakukan kerja separuh jalan. Mereka perlukan I disana”
        Kez hanya mengangguk. Dara meletakkan senduk sebelum menghampiri Kez. Dia kemudianya menarik kerusi lalu duduk dihadapan lelaki itu. “Kenapa ni?”
         “Lepas kita kahwin nanti pun, awak masih akan bekerja disana ke?”
          Sejujurnya, perkara itu langsung tidak dibincangkan oleh mereka berdua. Dara sendiri tak pasti jika dia boleh pulang walaupun sudah berkahwin nanti. “Awak nak saya bekerja disini?” dia menyoal semula. Kez segera mengangguk. Tiada guna berkahwin jika seorang di New York, seorang di Malaysia.
            “I need you here. With me”
            Dia merasa sayu. Wajah Kez yang merayu buat dirinya semakin tidak sampai hati. Lelaki ini menjadi segala-galanya dalam hidup Dara selepas mereka bertunang. Apabila berkahwin nanti, Dara memerlukan keizinan lelaki ini untuk melakukan apa sahaja.
            Dara menghela nafas. Dia menggosok kepala Kez dengan lembut. “Alahai, manjanya Khairul Muslim ni. Kalau Jas tahu, mesti kena gelak” Dara cuba menceriakan keadaan. Esok mereka akan berpisah jadi Dara tak mahu mereka berpisah dalam keadaan seperti ini.
        Kez menarik tangan Dara turun sebelum mengenggam erat. Dara terkelu. “Saya tak mahu menjadi penghalang kepada masa depan awak yang lebih cerah. Saya harus lepaskan awak bebas jika saya mahu jadi seorang tunang dan bakal suami yang baik. Awak pun tak pernah menghalang saya dahulu ‘kan?”
            “Kez”
            Lelaki itu mengukir senyuman, cuba menenangkan hati Dara. “Saya akan lebih benci diri sendiri jika awak harus tinggalkan semuanya demi saya”
            “You, dengar sini” suara tegas Dara menarik perhatian Kez yang tenggelam didalam perasaan sendiri. “Jika I jadi isteri you nanti, tempat I adalah disisi you. I tak kisah tinggalkan semuanya, Kez. I boleh suruh Judy uruskan syarikat disana dan I ambil-alih syarikat nenek. Nothing else doesn’t matter as long as I’m with you
           Kez memandang bersama senyuman segaris. Dara menghela nafas. Sejak bertunang, Kez menjadi kepentingan pertama. Dara dah hilang banyak perkara didalam hidup ini. Dia tidak mahu kehilangan Kez pula.
            “Ehem!”
           Mereka menoleh melihat Jas memandang sambil memeluk tubuh. Dara segera menarik tanganya yang digenggam tadi. “Sorry to interrupt, tapi aku rasa kari tu hampir hangus dah”
            Dara segera bangun untuk melihat kari yang hampir kering. Dia segera menuangkan santan yang dibeli sebelum memasukkan ayam yang siap dibasuh. Jas menggeleng. Bukan bermaksud untuk menjadi penganggu tapi perutnya dah berbunyi keroncong ni. Datang dapur, dapat pula tengok drama free.
            Jas melihat abang bangun membantu Dara membasuh pinggan. Dia tumpang kasihan. Walaupun tidak mahu mendengar, tapi adalah beberapa butir bicara yang mendengar. Wajah abang yang muram membuatkan dia bersimpati. Tentu sukar nak berpisah dengan orang tersayang. Lebih-lebih lagi, Dara taktahu bila boleh balik semula. Tapi Jas yakin, jika ada jodoh, mereka berdua pasti bersama juga.

*******************************************************

            Malam itu, Kez menghantarnya pulang. Suasana didalam kereta sunyi. Tiada perbualan ceria. Tiada sakat-menyakat. Kez seperti berada didunia sendiri. Dara disebelah juga tidak mampu menarik perhatianya.
           Perjalanan selama sejam itu terasa lama sekali. Sesekali dia merenung Kez. Apabila mereka bertemu pandang, Kez sekadar memberi senyuman yang hambar. Akhirnya kereta Kez berhenti dihadapan rumah nenek. Dia mematikan enjin.
         “Esok saya ambil awak” dia bersuara akhirnya. Dara mengangguk. Dia bermain dengan jari-jemari diatas paha.
            “Kez”
            Lelaki itu menoleh. “Maaf buat awak risau” dia memberi senyuman yang tampan sambil menggosok kepala Dara. “Saya akan balik tiap bulan”
        Dia memandang dengan penuh kesungguhan. Kez mengukir senyum bersama anggukan. Dia membuka pintu lalu keluar. Seketika kemudian, pintu Dara dibuka oleh Kez. Dara keluar sebelum Kez menutup pintu semula.
            “You okay?”
          Kez bersandar di pintu kereta sebelum mengangguk. Dara menghela nafas. Siapa sangka sangat sukar untuk mereka berpisah? Sebelum ni, gaya cool je. Tak pernah hantar masing-masing di airport. Masing-masing keras kepala.
            ”I masuk dalam dulu”
            Kez mengangguk. Dia memberi senyuman sebelum menggosok kepala Dara dengan lembut. “Basuh kaki dan baca doa tidur. Mimpikan saya”
            Dia tersenyum. Sejak bila Kez yang kental dan hanya tahu main basket boleh jadi sweet macam ni? Rasa macam tak percaya pun ada. “You too
            Kez melihatnya masuk ke dalam rumah sebelum kereta dibawa pergi. Dara mengunci pintu rumah bersama helaan nafas. “Baru balik?” nenek di ruang tamu menegur. Dara hanya mengangguk sebelum menghampiri nenek. Dia mengambil tempat disebelah nenek.
            “Drama Indonesia lagi?”
            Dara menggeleng. Dia kagum dengan tahap kesetiaan nenek untuk tengok drama Indonesia yang punyalah banyak episode dan kadangkala jalan ceritanya agak tidak masuk akal. “Nenek nak tengok Safa pilih siapa ni. Hari ni episod penting”
            Dia hanya mampu ketawa. Nenek dan drama Indonesia. Rasanya, maid yang berkhidmat dirumah ini pun tidak seperti nenek yang sungguh setia. “Kez hantar kamu balik?” Dara mengangguk. Dia terpaksalah juga melihat drama Safa dan Marwah yang merupakan siaran ulangan.
            “Nenek dah suruh maid kemaskan baju-baju kamu. Nanti kamu tengoklah kalau ada apa-apa barang lagi nak bawa balik sana”
            “Betul?” dia menyoal, teruja. Nenek tersenyum. “Iyalah. Nenek tahu kamu sibuk sepanjang balik sini”
            Dia pantas memeluk nenek, erat. “Ish, ni yang Dara sayang nenek ni”
         Nenek mengukir senyuman. Dia bahagia dengan perubahan sikap Dara sekarang. Tiada lagi nada dingin ataupun aura benci yang dibawa. Dara sudah banyak berubah. “Kamu dengan Kez. Macam mana?”
            Dara menoleh. “Kenapa dengan Kez?”
            “Iyalah. Esok kamu akan ke New York. Kamu taktahu bila boleh balik sini lagi kan?”
            Wajah terus berubah. Itulah yang dibincangkan tadi tapi tiada kata putus. Kez cuba nampak gembira kerana tidak mahu dirinya susah hati. Nenek yang perasan Dara yang diam, menoleh juga.
            “Kamu dah bincang dengan dia?”
            Dara mengangguk. “Dara cuba balik sebulan sekali” dia menjawab, lemah. “Dia kata apa?”
            “Dia tak kisah”
            Nenek memandang dengan rasa kasihan. Iyalah, orang baru bertunang. Sekarang terpaksa berpisah benua pula. Tentu sukar. “Apa perlu Dara buat, nek? Keadaan akan lebih sukar selepas ini”
            “Kamu ada kerjaya disana. Kamu sanggup ke lepaskan semua demi Kez?”
        Perlahan dia mengangguk. Bukan sahaja demi Kez. Tapi demi nenek juga. Dia risau jika nenek diserang sekali lagi kerana terlalu penat bekerja. “Ini tempat Dara. Disini, ada semua orang yang Dara sayang. Kalau boleh, Dara memang nak balik sini”
            Nenek diam bercampur terharu. “Jadi, kamu kenalah bincang dengan Judy”
      Itulah masalahnya. Takkan nak biarkan Judy uruskan syarikat mama memandangkan dirinya dah memulakan semuanya. Sekarang, semua pekerja memerlukan dirinya disana. Dia akhirnya mengeluh bersama kepala yang berserabut.
            “Nantilah. Balik ni Dara sibuk dengan runaway. Mungkin Dara harus habiskan semua tugas Dara disana terlebih dahulu”
            Nenek mengangguk. Dia tak mahu menyusahkan kepala Dara sekarang. Apa sahaja yang Dara pilih, nenek akan sokong dibelakang. “Iyalah. Kamu pergilah naik dan rehat. Esok kamu akan lalui perjalanan yang panjang” 

4 comments:

  1. Nak lg boleh best le

    ReplyDelete
  2. Nak lg boleh best le

    ReplyDelete
  3. cam ne agaknya penerimaan judy eh?....harap2 dia dah bersedia lepaskan Dara tinggal terus di M'sia. penting mmg la penting tp Nenek Dara pon penting selain dari kerja kat NY 2...nak atau x ....rela atau terpaksa moga2 Judy lebih terbuka dlm bab ni ngan Dara...

    Ala la cute la plak leyh tgk sisi Kez yang lain selain dari Basketball 2....nak tau cam ne hubungan benua diowang ni sementara Dara betul2 balik bantu nenek dia di M'sia, jgn kata dia majuk manje2 sudah mau kite gelak golek2 kat sini...mesti cute hiihihi

    ReplyDelete
  4. itulah. konflik sebab dara kena pilih mana yang lebih baik untuk diri dia sendiri.

    p/s : kez akan lebih cute lepas ni. tunggu ye.

    ReplyDelete