Selesai
menjamu selera dan kena bahan dengan Kez, mereka berjalan tanpa tujuan ke tingkat
2. Habis semua butik dimasuki dan Kez terpaksa menurut apabila melihat Dara
yang begitu teruja. Kata tadi kaki rasa nak tercabut tapi tengok takda masalah
pun berjalan lama-lama? Women. Dia
hanya mampu menggeleng.
“Baju ni cute kan?”
Perhatianya kembali ke arah Dara.
Dia melihat couple shirt berwarna
biru yang dipegang Dara. Mereka kini berada di butik Forever 21. Itupun selepas
tanganya ditarik paksa oleh Dara.
“No.
No couple shirt” dia bersuara, tegas. Dara mengangkat muka. “Why?” dia menyoal dengan wajah minta
kesian. Kez menggeleng. Tenang Kez. Kuatkan semangat. Jangan cair dengan muka
comel ala anak kucing tu.
“It’s
too cliché. Not to mention too geli”
Dara tergelak. Geli? Kez geli dengan
couple shirt. Wow, ini perkara baru
yang harus ditulis didalam diari dibawah tajuk Perkara Yang Khairul Muslim @
Kez Tak Suka. “Okay apa? Sekarang memang trend
orang pakai couple t-shirt la”
Dia menggeleng, langsung tidak mahu
berkompromi. “Lets go” dia meletak
semula baju tersebut sebelum menarik keluar Dara dari butik berkenaan. Bahaya.
Lagi lama dalam tu, lagi banyak benda pelik-pelik nak dicubanya.
“You tak suka couple shirt tapi boleh pakai couple
bracelet?” Dara menyoal sambil menjungkit kening. “Bracelet lain. Bracelet nampak
cool. Tapi couple shirt is too mushy” Dara hanya mampu tersenyum. Dia tak tahu
sisi Kez yang ini.
“Oh, jadi betul la kata Jas. Bracelet ni memang untuk couple?”
Kez menoleh. Dara menguntum senyum.
“I ingat kita hanya kawan waktu tu?” idea menyakat semakin mencurah-curah. “It just a token of gratitude. Awak
hadiah saya bracelet. Saya hadiah
perkara yang sama”
Dara mencebik. Ala, alasan la tu.
Muka dah berubah tu. “Sampai suruh I jangan tanggalkan?” dia menyoal lagi.
Nasib awaklah, Kez. Dapat tunang yang kaki bahan juga. Kez menghela nafas.
Darah terasa menyerbu ke muka.
“Cantiknya baby tu. Jom tengok”
Dara ketawa. Kez sudah jalan
terlebih dahulu. Awak sesungguhnya sangat sweet.
Saya tentu akan rindukan awak bila balik New York nanti. Dara melangkah
menghampiri sebelum seseorang melanggarnya secara tiba-tiba.
“Sorry,
sorry. I tak sengaja”
Lelaki itu menoleh. Dara ingin
mengatakan It’s okay tapi terkejut
melihat wajah itu. Wajah yang tidak banyak berubah walaupun sudah bertahun
tidak berjumpa.
“Arieff”
“Dara”
Mereka pecah gelak. Masing-masing
tak percaya akan bertemu disini. Kecilnya dunia. “You buat apa sini?” dia
menyoal, pantas. Arieff masih tampan seperti dahulu. Sedikit tinggi berbanding
kali terakhir mereka bertemu.
“I kerja sini. You dah….berhijab?”
Dara mengangguk. “Beberapa bulan
yang lepas. Alhamdulillah” Arieff mengangguk. Dara bertambah cantik apabila
bertudung. Nampak lebih sopan. Hatinya kembali berdebar.
“You pula? Sejak tiba-tiba berhenti
U, I terus hilang berita tentang you. Apa cerita?”
Dara tersenyum. “I pindah ke New
York. Uruskan syarikat mama I dekat sana”
Patutlah. Dia baru tahu betapa
dirinya merindui gadis ini apabila mereka bertemu secara tidak sengaja seperti
ini. “Damia” dia menoleh apabila melihat senyuman Dara terus mekar. Seorang
lelaki menghampiri mereka berdua.
“Saya bercakap sendirian rupanya.
Kenapa dekat sini lagi?”
Kez menyoal sebelum dia perasaan
lelaki yang berdiri dihadapan Dara ketika ini. Mata mereka bertembung. “Kez,
inilah Arieff. Kawan U I. Arieff, kenalkan dengan Kez, my fiancée”
Hatinya bagai dihentak batu besar. My fiancée. Sungguh dia tak menyangka
gadis ini sudah menjadi milik orang. Kez menghulur salam dan dibalas oleh
Arieff. Perasaan aku atau Arieff ni ada feeling
dekat Damia. Kez kembali memandang Dara.
“Dia pernah cerita pasal awak”
Arieff tersenyum. Dan dia tak pernah
cerita pasal awak. Dia kembali memandang Dara. Gadis itu nampak ceria. Dia
kelihatan sangat bahagia. Walaupun mereka tak tunjukkan dalam bentuk fizikal
namun wajah Dara sudah memberitahu semuanya.
“Okaylah. Saya kena gerak sekarang.
Gembira jumpa awak berdua”
Dara mengangguk. “2 hari lagi I akan
pulang ke New York semula” dia memberitahu. Arieff tersentak. Nampaknya, mereka
takkan berjumpa lagi selepas ini. Mungkin sudah takdir mereka hanya akan
menjadi kawan sampai bila-bila.
“Jangan
lupa invite I untuk weeding kau orang nanti”
“Sure
do, bro” Kez membalas, tenang. Arieff memberi senyuman sebelum menapak
pergi. Hatinya hancur tapi jika Dara bahagia, Arieff akan turut sama mendoakan
kebahagiaan gadis itu.
“Itulah Arieff, kawan Perlis awak?”
Dara mengangguk. Seronok bila jumpa
Arieff tapi rasa sayang sebab mereka bertemu sekejap je. Kez memerhati. Handsome juga. Macam anak cina. Nasib
baik Dara tak terpikat. Kalau tak, melepasla jawabnya.
“Kita nak balik dah?” Dara menyoal
disebelah. Kez memandangnya. “Dah letih?” dia menyoal dengan senyuman. Dara
mengangguk. Kaki terasa macam nak patah dengan heels ni. Dia berjanji akan pakai flat je selepas ini.
“Saya pesan jangan pakai heels kan?”
Dara mencebik. Awak takkan pernah
tahu hati seorang perempuan Kez. Perempuan bila dia jatuh cinta, dia nampak
orang tu je. Datanglah sepuluh Aaron Aziz sekalipun, dia mungkin akan fangirls macam gila tapi hatinya tetap
pada lelaki yang dicintainya itu. Apabila jatuh cinta, perempuan akan buat apa
sahaja untuk nampak cantik dihadapan lelaki itu. Walaupun itu termasuk
mengorbankan keselesaan sendiri.
***********************************************
Masak kari ayam dengan temenung
goreng dan sayur campur. Menu simple yang
Dara rasa yakin untuk memasak. Iyalah, kali pertama memasak untuk Kez. Kenalah
bagi impression yang bagus. Walaupun
dekat New York selalu masak tapi tentu tak sama. Kalau disana, masak hangus pun
perut terima tanpa banyak songeh. Dekat sini, situasinya tak sama.
“Apahal yang kau tiba-tiba volunteer nak memasak untuk abang ni?”
Dia menoleh melihat Jas yang sedang
menyorong troli dengan wajah terpaksa. Iyalah, hari ini adalah hujung minggu.
Pasti Jas mahu berehat dan berbaring dirumah.
“I kesian lihat dia semakin kurus.
Ma pun dah complain. You tak perasan
ke?”
Jas kerut dahi. Abang kurus? Aku
tengok sama je. Dia melihat Dara yang khusyuk melihat jenama kari yang
dipamerkan. Untunglah kau, bang. Ramai betul orang yang care. Tiba-tiba, dia terasa sunyi. Kalaulah dirinya juga jumpa
orang yang dicintai seperti Dara jumpa abang.
“You rasa Adabi atau Babas yang
okay?”
Perhatianya kembali kepada Dara.
“Babas. Selalu aku tengok ma guna jenama tu” Dara mengambil 3 paket rempah kari
sebelum diletakkan ke dalam troli. “Sekarang, ke tempat sayur pula”
Jas mengikut dari belakang. Walaupun
esok akan naik flight. Esok dia harus
melalui perjalanan yang panjang namun Dara kelihatan gembira. Apa sahaja yang
dilakukan demi abang akan buat Dara gembira. Ini ke cara orang jatuh cinta?
Muka bercahaya gaya duduk bawah lampu spotlight?
“Eh, Kez suka sayur apa?” Dara
kembali menoleh kearah Jas. “Abang telan je. Janji sayur. Tapi dia tak makan
sangat sayur-sayur ni. Waktu kecil, jenuh juga ma nak paksa dia makan sayur”
Dara tergelak. Macam sama je dengan
aku. Dua-dua tak makan sayur. Memang baguslah. Tapi still nak cuba juga memasak sayur. “Kejap, kau pun tak makan sayur
kan?” Jas menyoal semula. Dara tersengih. Jas menggeleng.
“Memang match made in heaven la kalian berdua ni. Habistu, kenapa nak masak
sayur pula?”
“I nak suruh dia makan sayur”
sengihan nakal diberi. Jas mencebik. Ceh, dia pun tak makan sayur. Ada hati nak
paksa orang makan. Dara berlalu ke tempat penimbang setelah mengambil sayur
yang diingini. Mereka kemudian ke tempat ayam yang berada berhampiran sahaja.
“Dara, yang ni besar sikit”
Tanpa banyak soal, Dara mengambil
ayam yang ditunjukkan dan dibawa ke tempat memotong. “Potong berapa ni, dik?”
lelaki yang bertugas itu bertanya. Dara menoleh kearah Jas. “Selalu ma potong
10”
“Potong 10” lelaki itu mengangguk.
Jas menggeleng. Beria nak memasak tapi aku dah musykil. Betulke boleh masak ni?
Takut nanti nak kena delivery je.
Selesai mengambil ayam yang sudah dipotong, mereka kemudianya ke tempat ikan.
Dara memilih beberapa ekor ikan sebelum mereka menuju ke kaunter pembayaran.
“Kau pernah memasak ke sebelum ni?”
Jas menyoal sementara menanti giliran. “Dekat New York. Kalau I teringin sangat
nak makan masakan Malaysia. Tapi Judy banyak bantu I”
Memang dah diagak. Tengok gaya pun
tahu Dara ni newbie dalam bidang
masakan. Tapi effort itu yang buat
Jas tak mahu membahan. Demi tunang tersayang, Alessandara Damia sanggup memasak
walaupun beg untuk pulang esok pun belum dikemas lagi.
********************************************************
“Hai abang”
Beria dia membuka tapi disambut
dengan wajah terpaksa Jas. Kez tergelak. Nampak sangat Jas kena paksa datang
sini. Dia tahu weekend macam ni, Jas
lebih rela melengkar didalam bilik tidak berbuat apa-apa.
“Apahal datang rumah abang gaya
macam kena masuk penjara?” dia meluku kepala Jas. Adiknya itu mengadu sakit.
“Tanyalah tunang kesayangan abang ni” dia melangkah masuk meninggalkan Dara di
luar. Kez segera membantu Dara yang penuh memegang beg plastic tesco. Mereka
kemudianya masuk kedalam rumah.
“Beratnya” barang-barang yang
dibeli, diletakkan diatas meja di dapur. Bersih sungguh. Memang nampak sangat
jarang masuk dapur. Kez membantu mengeluarkan barang-barang yang dibeli. “Jas,
you masak nasi”
Jas masuk ke dapur dengan wajah
masam. Dara memberi senyuman dengan rasa bersalah. “You tahu I sayang you kan?”
Jas mencebik namun tetap melakukan kerja yang disuruh. Kez menghampiri Dara
yang sedang membasuh ayam di sinki.
“Nak masak apa ni?”
“Kari ayam, ikan temenung goreng
dengan sayur campur”
Kez kaget. Sayur campur? Dia menelan
air liur. “Sayur campur?” dia menyoal semula. Dara mengangguk gaya tak tahu
apa-apa. “You suka sayur kan?”
“Hah? Ha” nampak sangat terpaksa
mengangguk. Dara menahan diri dari tersenyum. “You tolonglah potong sayur tu”
Kez berlalu ke meja dengan rasa tidak bermaya. Ingatkan bila keluar dari rumah,
boleh terlepas dari paksaan makan sayur oleh ma. Tapi sekarang, Dara pula yang
ambil-alih tugas ma. Kez menghela nafas.
Selesai membasuh ayam, Dara mulai
memanaskan kuali untuk memasak rempah kari. Dengan pantas dia melakukan
semuanya seolah-olah pernah memasak di dapur ini. Kez yang selesai memotong
menarik kerusi lalu memandang Dara dengan rasa kagum.
Mungkin ini rasanya bila lihat orang
yang kita cinta memasak dengan penuh kasih-sayang. Terasa ingin memeluk Dara
sekarang ini namun disabarkan hati. Kalau hari-hari macam ni, tentu dia akan
jadi lelaki paling gembira. Namun kesibukan mereka berdua pasti menyukarkan
perkara ini berlaku. Dara sukar untuk pulang kesini kerana syarikat mamanya,
dia pula jarang mampu ke sana kerana kesibukan kerja.
“Awak dah kemas beg untuk esok?” dia
menyoal apabila terasa ruang dapur sedikit sunyi. Jas sudah kembali ke ruang
tamu semula. “Tak sempat lagi. Mungkin malam ni”
Diam. Esok, gadis ini takkan berada
disini lagi. Esok, mereka akan terpisah antara benua. Tentu dirinya akan rindu.
“Masih nak ambil-alih syarikat nenek ke?” dia menyoal lagi. Dara menoleh. Wajah
Kez yang nampak tidak ceria membuatkan hatinya semakin berat untuk pergi.
“Semua ini ambil masa. I baru sahaja
cuba untuk establish my name dekat
sana. Sangat sukar jika I lakukan kerja separuh jalan. Mereka perlukan I
disana”
Kez hanya mengangguk. Dara
meletakkan senduk sebelum menghampiri Kez. Dia kemudianya menarik kerusi lalu
duduk dihadapan lelaki itu. “Kenapa ni?”
“Lepas kita kahwin nanti pun, awak
masih akan bekerja disana ke?”
Sejujurnya, perkara itu langsung
tidak dibincangkan oleh mereka berdua. Dara sendiri tak pasti jika dia boleh
pulang walaupun sudah berkahwin nanti. “Awak nak saya bekerja disini?” dia
menyoal semula. Kez segera mengangguk. Tiada guna berkahwin jika seorang di New
York, seorang di Malaysia.
“I
need you here. With me”
Dia
merasa sayu. Wajah Kez yang merayu buat dirinya semakin tidak sampai hati.
Lelaki ini menjadi segala-galanya dalam hidup Dara selepas mereka bertunang.
Apabila berkahwin nanti, Dara memerlukan keizinan lelaki ini untuk melakukan
apa sahaja.
Dara menghela nafas. Dia menggosok
kepala Kez dengan lembut. “Alahai, manjanya Khairul Muslim ni. Kalau Jas tahu,
mesti kena gelak” Dara cuba menceriakan keadaan. Esok mereka akan berpisah jadi
Dara tak mahu mereka berpisah dalam keadaan seperti ini.
Kez menarik tangan Dara turun
sebelum mengenggam erat. Dara terkelu. “Saya tak mahu menjadi penghalang kepada
masa depan awak yang lebih cerah. Saya harus lepaskan awak bebas jika saya mahu
jadi seorang tunang dan bakal suami yang baik. Awak pun tak pernah menghalang
saya dahulu ‘kan?”
“Kez”
Lelaki itu mengukir senyuman, cuba
menenangkan hati Dara. “Saya akan lebih benci diri sendiri jika awak harus
tinggalkan semuanya demi saya”
“You, dengar sini” suara tegas Dara
menarik perhatian Kez yang tenggelam didalam perasaan sendiri. “Jika I jadi
isteri you nanti, tempat I adalah disisi you. I tak kisah tinggalkan semuanya,
Kez. I boleh suruh Judy uruskan syarikat disana dan I ambil-alih syarikat
nenek. Nothing else doesn’t matter as
long as I’m with you”
Kez memandang bersama senyuman
segaris. Dara menghela nafas. Sejak bertunang, Kez menjadi kepentingan pertama.
Dara dah hilang banyak perkara didalam hidup ini. Dia tidak mahu kehilangan Kez
pula.
“Ehem!”
Mereka menoleh melihat Jas memandang
sambil memeluk tubuh. Dara segera menarik tanganya yang digenggam tadi. “Sorry to interrupt, tapi aku rasa kari
tu hampir hangus dah”
Dara segera bangun untuk melihat
kari yang hampir kering. Dia segera menuangkan santan yang dibeli sebelum
memasukkan ayam yang siap dibasuh. Jas menggeleng. Bukan bermaksud untuk
menjadi penganggu tapi perutnya dah berbunyi keroncong ni. Datang dapur, dapat
pula tengok drama free.
Jas melihat abang bangun membantu
Dara membasuh pinggan. Dia tumpang kasihan. Walaupun tidak mahu mendengar, tapi
adalah beberapa butir bicara yang mendengar. Wajah abang yang muram membuatkan
dia bersimpati. Tentu sukar nak berpisah dengan orang tersayang. Lebih-lebih
lagi, Dara taktahu bila boleh balik semula. Tapi Jas yakin, jika ada jodoh,
mereka berdua pasti bersama juga.
*******************************************************
Malam itu, Kez menghantarnya pulang.
Suasana didalam kereta sunyi. Tiada perbualan ceria. Tiada sakat-menyakat. Kez
seperti berada didunia sendiri. Dara disebelah juga tidak mampu menarik
perhatianya.
Perjalanan selama sejam itu terasa
lama sekali. Sesekali dia merenung Kez. Apabila mereka bertemu pandang, Kez
sekadar memberi senyuman yang hambar. Akhirnya kereta Kez berhenti dihadapan
rumah nenek. Dia mematikan enjin.
“Esok saya ambil awak” dia bersuara
akhirnya. Dara mengangguk. Dia bermain dengan jari-jemari diatas paha.
“Kez”
Lelaki itu menoleh. “Maaf buat awak
risau” dia memberi senyuman yang tampan sambil menggosok kepala Dara. “Saya
akan balik tiap bulan”
Dia memandang dengan penuh
kesungguhan. Kez mengukir senyum bersama anggukan. Dia membuka pintu lalu
keluar. Seketika kemudian, pintu Dara dibuka oleh Kez. Dara keluar sebelum Kez
menutup pintu semula.
“You okay?”
Kez bersandar di pintu kereta
sebelum mengangguk. Dara menghela nafas. Siapa sangka sangat sukar untuk mereka
berpisah? Sebelum ni, gaya cool je.
Tak pernah hantar masing-masing di airport.
Masing-masing keras kepala.
”I masuk dalam dulu”
Kez mengangguk. Dia memberi senyuman
sebelum menggosok kepala Dara dengan lembut. “Basuh kaki dan baca doa tidur.
Mimpikan saya”
Dia tersenyum. Sejak bila Kez yang
kental dan hanya tahu main basket boleh
jadi sweet macam ni? Rasa macam tak
percaya pun ada. “You too”
Kez melihatnya masuk ke dalam rumah
sebelum kereta dibawa pergi. Dara mengunci pintu rumah bersama helaan nafas.
“Baru balik?” nenek di ruang tamu menegur. Dara hanya mengangguk sebelum
menghampiri nenek. Dia mengambil tempat disebelah nenek.
“Drama Indonesia lagi?”
Dara menggeleng. Dia kagum dengan
tahap kesetiaan nenek untuk tengok drama Indonesia yang punyalah banyak episode
dan kadangkala jalan ceritanya agak tidak masuk akal. “Nenek nak tengok Safa
pilih siapa ni. Hari ni episod penting”
Dia hanya mampu ketawa. Nenek dan
drama Indonesia. Rasanya, maid yang
berkhidmat dirumah ini pun tidak seperti nenek yang sungguh setia. “Kez hantar
kamu balik?” Dara mengangguk. Dia terpaksalah juga melihat drama Safa dan
Marwah yang merupakan siaran ulangan.
“Nenek dah suruh maid kemaskan baju-baju kamu. Nanti kamu
tengoklah kalau ada apa-apa barang lagi nak bawa balik sana”
“Betul?” dia menyoal, teruja. Nenek
tersenyum. “Iyalah. Nenek tahu kamu sibuk sepanjang balik sini”
Dia pantas memeluk nenek, erat.
“Ish, ni yang Dara sayang nenek ni”
Nenek mengukir senyuman. Dia bahagia
dengan perubahan sikap Dara sekarang. Tiada lagi nada dingin ataupun aura benci
yang dibawa. Dara sudah banyak berubah. “Kamu dengan Kez. Macam mana?”
Dara menoleh. “Kenapa dengan Kez?”
“Iyalah. Esok kamu akan ke New York.
Kamu taktahu bila boleh balik sini lagi kan?”
Wajah terus berubah. Itulah yang
dibincangkan tadi tapi tiada kata putus. Kez cuba nampak gembira kerana tidak
mahu dirinya susah hati. Nenek yang perasan Dara yang diam, menoleh juga.
“Kamu dah bincang dengan dia?”
Dara mengangguk. “Dara cuba balik
sebulan sekali” dia menjawab, lemah. “Dia kata apa?”
“Dia tak kisah”
Nenek memandang dengan rasa kasihan.
Iyalah, orang baru bertunang. Sekarang terpaksa berpisah benua pula. Tentu
sukar. “Apa perlu Dara buat, nek? Keadaan akan lebih sukar selepas ini”
“Kamu ada kerjaya disana. Kamu
sanggup ke lepaskan semua demi Kez?”
Perlahan dia mengangguk. Bukan
sahaja demi Kez. Tapi demi nenek juga. Dia risau jika nenek diserang sekali
lagi kerana terlalu penat bekerja. “Ini tempat Dara. Disini, ada semua orang
yang Dara sayang. Kalau boleh, Dara memang nak balik sini”
Nenek diam bercampur terharu. “Jadi,
kamu kenalah bincang dengan Judy”
Itulah masalahnya. Takkan nak
biarkan Judy uruskan syarikat mama memandangkan dirinya dah memulakan semuanya.
Sekarang, semua pekerja memerlukan dirinya disana. Dia akhirnya mengeluh
bersama kepala yang berserabut.
“Nantilah. Balik ni Dara sibuk
dengan runaway. Mungkin Dara harus
habiskan semua tugas Dara disana terlebih dahulu”
Nenek mengangguk. Dia tak mahu
menyusahkan kepala Dara sekarang. Apa sahaja yang Dara pilih, nenek akan sokong
dibelakang. “Iyalah. Kamu pergilah naik dan rehat. Esok kamu akan lalui
perjalanan yang panjang”

Nak lg boleh best le
ReplyDeleteNak lg boleh best le
ReplyDeletecam ne agaknya penerimaan judy eh?....harap2 dia dah bersedia lepaskan Dara tinggal terus di M'sia. penting mmg la penting tp Nenek Dara pon penting selain dari kerja kat NY 2...nak atau x ....rela atau terpaksa moga2 Judy lebih terbuka dlm bab ni ngan Dara...
ReplyDeleteAla la cute la plak leyh tgk sisi Kez yang lain selain dari Basketball 2....nak tau cam ne hubungan benua diowang ni sementara Dara betul2 balik bantu nenek dia di M'sia, jgn kata dia majuk manje2 sudah mau kite gelak golek2 kat sini...mesti cute hiihihi
itulah. konflik sebab dara kena pilih mana yang lebih baik untuk diri dia sendiri.
ReplyDeletep/s : kez akan lebih cute lepas ni. tunggu ye.