Thursday, 11 October 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 18

             Pintu bilik dibuka. Dara mengerling sahaja memandangkan wajahnya masih ditouch-up oleh mak andam. “Hey Dara!” wajah Jas nyata bercahaya. Dara tergelak.
            “Bertuah. You baru sampai?”
           Jas menutup semula pintu biliknya dan menghampiri. Dia kagum sekejap. Cantiknya. Walaupun rambut blonde itu sudah ditutup sepenuhnya namun Dara masih seperti anak orang putih yang dikenalinya sewaktu sekolah menengah.
            “Kenapa you lambat? As my bestfriend, you should been here since yesterday
           Mak Andam yang mendengar hanya mampu tersenyum. “Blame my dear brother. Dia punya nervous sampai suruh aku dengar cerita dia tentang kau semalam sampai pukul 3 pagi”
           Dara tersenyum. Dia tak pernah sangka daripada sahabat karib, mereka akan merubah hubungan menjadi adik dan kakak ipar. Sungguh aneh sekali jodoh yang ditentukan oleh Allah sebenarnya. Tak mampu diduga oleh sesiapapun.
            “Wey, serius. Kau nampak cantik gila!”
           Jas memegang bahu Dara dengan rasa kagum. Dara hanya tersenyum. Memang cantik tapi I gementar gila tahu? Walaupun majlis kali ini hanyalah majlis pertunangan namun rasa gementar itu tetap ada.
            “Semuanya dah siap. Jangan menangis atau betulkan apa-apa” mak andam sempat berpesan dengan nada serius. Dara dan Jas berpandangan sebelum ketawa. “Jangan risau. Saya akan jaga dia”
           Mereka kemudianya ditinggalkan berdua didalam bilik sementara menanti rombongan pihak lelaki. Jas duduk diatas katil sementara Dara menoleh memandangnya. Mereka sama-sama tersenyum. Sama-sama ketawa. Dara sebenarnya agak malu untuk berhadapan dengan Jas sekarang. Iyalah, dahulu beria menafikan dirinya punya perasaan terhadap Kez. Sekarang, mereka berdua akan bertunang.
            “I’m happy for you. For abang too. Aku dah cakap kalian punya perasaan yang sama”
        Senyuman diukir sebagai tanda terima kasih. Dia terhutang budi pada Jas yang tidak henti-henti menyakinkan dirinya tentang perasaan sendiri. “Thanks to you, Jas. You dah banyak berjasa dalam hal ini. And thanks for calling him coward for keep a secret about his feeling for me
          Jas tergelak. Dia tak sangka abang masih mengingati peristiwa di lapangan terbang dahulu. Tapi ketika itu memang dia sangat marah. Walaupun mereka bersama sejak lahir namun Jas takkan mampu memahami apa yang abang fikirkan.
           “So, macam mana abang propose pada kau? Mesti akward gila kan? It took him long enough to confront his feeling for you. Sampai aku yang letih. Sehingga sekarang aku tak pasti macam mana dia boleh bertahan simpan perasaan sendiri selama 4 tahun”
            Senyuman semakin mekar. Dia teringat ucapan Kez malam itu. Sebab mengapa dia mengambil masa yang lama untuk meluahkan perasaanya. “Dia ajak I makan seafood dekat kedai pakcik Azis”
           Jas melopong. Serius? OMG abang. Habis romantik sampai propose dekat kedai makan? Sungguh tak romantik betul abang aku yang seorang ni.
            “He’s so cute. Menggeletar. Tersekat-sekat nak bercakap. I can tell that he really nervous but sincere too. He’s so sweet that night. I yang merambu airmata macam empangan pecah”
            Dia melihat senyuman Dara yang semakin mekar setiap kali berbicara tentang abang. Dara, kalau kau lihat wajah kau sekarang. Tentu kau terkejut. You are so inlove with him. Macam mana kau boleh nafikan semua itu selama ini?
            “Akhirnya. Penantian kau berbaloi juga la?”
        Dara hanya mengangguk. Sangat berbaloi kerana dia sekarang berada disamping lelaki yang dicintainya sejak zaman sekolah lagi. Perbualan mereka terganggu apabila pintu diketuk dan dibuka. “Kinah!”
        Dara berdiri sebaik Kinah masuk. Mereka berpelukan seketika. “Rindunya aku dekat kau. Bila kau balik?”
            “Seminggu yang lepas”
            Kinah merenggangkan pelukan. “Tak terfikir nak beritahu aku ke? Pertunangan ini pun aku dapat last minute. Nasib baiklah boleh cuti”
            Dara hanya tersenyum. Dia kembali duduk sementara Kinah berlalu ke sebelah Jas. Mereka berdua memandangnya ketika ini. Tiada apa yang menggembirakan kecuali kehadiran rakan baiknya dihari yang bersejarah ini. Walaupun dirinya tak punya ramai kawan namun kehadiran mereka berdua sudah melengkapi semua itu.
            “Jadi, panjang sungguh jodoh kau dengan Kez kan?”
            Jas tergelak. “Iyalah. Sampai aku pun naik letih tengok dia orang buat drama swasta”
            Dara menggeleng. Tahan je la kena bahan. Mereka berdua disampingnya ketika susah dan senang. “Thanks sebab datang. Aku minta maaf sebab bagi last minute invitation. Sebenarnya, aku nak ambil lebih masa tapi nenek beria sangat. Katanya perkara baik tak harus dilengahkan”
            “Betul la tu. Sampai bila nak tunggu? Aku rasa Kez dah berjanggut sebab tunggu kau”
            “Hey, aku pun berjanggut tunggu dia tahu? Ingat dia seorang je ke?”
            Kinah tersenyum. Dara nampak gembira. Sangat gembira sehingga sebagai kawan dia turut gembira. Kez dan Dara sememangnya ditakdirkan untuk bersama. “Kalau kau orang tak keras kepala, takdanya sampai 4 tahun”
            Jas memandang dengan pandangan I told you so. Dara mencebik. Biarlah apa nak dikata asalkan kini jodoh mereka bertaut. Sekarang, mereka sudah melangkah ke frasa baru didalam hubungan mereka. “Salahkan abang you yang lambat bertindak. Nasib baiklah hati I tak terpaut dengan mat salleh dekat New York tu”
         Kinah dah tergelak. Jas hanya mampu menggeleng. Masih tak berubah. Macam mana agaknya mereka kalau duduk serumah nanti.
            “Dara”
          Dia segera menoleh. Macam kenal je suara tu. Dara bangun dan membuka pintu. Memang sah! “Jude!” suaranya kuat sebelum memeluk Judy dengan erat. Judy hanya ketawa sambil mengusap belakang Dara.
            “Gosh, I miss you. Macam mana you tahu?”
            Judy merenggangkan pelukan. “Thanks to nenek sebenarnya. How dare you got engaged without the present of me?” dia buat muka serius. Dara memberi sengihan, bersalah. Semuanya berlaku dengan cepat sehingga tak sempat memberitahu Judy. Nasib baiklah nenek teringat untuk menjemput Judy.
            “Sorry
            Judy menggeleng. Bertuah punya Dara. Pertunangan sendiri pun saat-saat akhir baru tahu. Tapi dia tumpang gembira. Akhirnya, Kez bertindak juga. “Nanti-nanti I marah you. I kesini untuk bawa you turun. Rombongan pihak lelaki dah sampai”
            Dadanya kembali berdegup laju. Tangan mulai menggeletar. Dara menelan air liur yang terasa sukar ketika ini.
            “Abang meseg aku. Dia di luar. Ma dengan pa je yang akan masuk sarung cincin”
            Jas bangun bersama Kinah. Dara memandang Judy yang tersenyum. “I tumpang gembira untuk you, babe. Akhirnya you menjadi milik lelaki yang you cintai”
            Dia merasa sebak. Judy sahaja yang tahu apa perasaanya kepada Kez sejak sekolah. Walaupun dia menafikan namun Judy sentiasa mampu melihat disebalik wajah tidak berperasaan yang ditayangkan. Dara sentiasa berterima kasih kerana Judy sentiasa disampingnya.

*************************************************************************

        Sekelip mata sahaja jarinya sudah disarungkan dengan cincin emas yang dipilih sendiri oleh Kez sambil dibantu oleh Jas. Hatinya berdebar. Matanya terasa ingin menangis. Dia bertambah sebak apabila ma mencium dahi dan kedua belah pipinya.
            “Terima kasih, sayang. Tolong jaga Kez untuk ma, ye”
            Dia bertemu mata dengan ma. Wanita itu memberi senyuman yang mengingatkan Dara kepada arwah mama. Jas disebelah memeluk bahunya bersama esakan kecil.
            “Akhirnya, kau jadi kakak ipar aku juga”
         Mereka bertiga berpelukan seketika sambil jurugambar merakam setiap detik yang bersejarah ini. “Selepas ni, aku kena panggil kau kakak ke?”
            Dara pecah gelak. Jas memberi senyuman. “Sengal” dia hanya mampu menggeleng. Sungguh dia sangat bersyukur kerana mengenali keluarga yang sangat baik dan sempurna ini. Sungguh dia rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada keluarga yang pernah dicemburuinya dahulu.
            “Dara”
           Ma beri ruang kepada nenek yang dibantu oleh Judy. Dara segera memegang tangan nenek sebelum mencium lama. Airmata menitis juga. Kalaulah mama ada. Kalaulah mama masih hidup. Saat ini akan jadi saat yang paling indah bagi dirinya.
            “Nenek gembira sangat. Terima kasih”
            Terasa ingin menangis kuat mendengar ucapan nenek yang menyentuh perasaan. Dara memandang nenek bersama linangan airmata. “Terima kasih, nek. Sebab bertahan dengan perangai Dara. Sebab tak berputus asa dengan Dara”
            Nenek dipeluk, erat. Mom, I thank you for giving me such wonderful nenek. I never blame you for what we have been through. I wish you were here with me. Giving me your blessing. Dara sedikit terkilan kerana Dara tak mampu menjadi pendamai diantara mama dan nenek. I’m really sorry. Dara akan tebus semua kesalahan mama yang tak mampu jadi anak yang baik kepada nenek.
            “Panggil encik tunang. Kita nak tangkap gambar ni”
        Suasana sedikit kecoh dengan suara sanak-saudara dari kedua belah pihak. Dara sempat berbual dengan Kinah sebelum dia mendengar suara-suara yang memuji ketampanan seseorang.
            “Dara” Kinah menunjuk ke arah pintu. Kez masuk bersama kameja berwarna biru lembut, seluar slack hitam dan cermin mata. Sungguh hatinya terasa bagai nak pecah ketika ini. Mereka bertemu pandang dan Kez mengukir senyuman.
         “Nak buat apa ni, ma?” terdengar dia berbisik. Nyata dia sendiri tak tahu sebab dirinya dipanggil masuk. Dara tergelak, kecil. “Jurugambar nak ambil gambar kamu berdua”
            Jas dan Kinah bangun untuk memberi ruang. Perlahan dia duduk disebelah namun jarak sedikit jauh. Dara menjadi kekok. Buat pertama kali dia taktahu macam mana nak berbual dengan lelaki yang kini menjadi tunangnya ini.
            “Berbual la macam biasa. Biar nampak neutral sikit”
            Dara menoleh kearah Kez, memberi isyarat untuk memulakan bicara. Kez menelan air liur. Walaupun sekadar bergambar tetapi dia sangat gementar sekarang ini.
            “Hmmm, awak dah makan?”
          Dengan pantas Dara tergelak. Kez memberi sengihan. Sungguhla Kez. Awak memang sangat tak romantik. Saya bersetuju dengan Jas sekarang ini. Kerlipan kamera mulai kelihatan.
            “I dah makan. Thanks kerana ambil-berat”
            Kez menggosok leher. Sungguh dia tak tahu nak buat apa. “You happy?” Dara menyoal, berani. Kez memandangnya. “I’m so happy. Thank you” hatinya kembali berdebar.
            “Awak nampak cantik”
         Senyuman mekar diukir. Kez masih memandangnya tidak berkelip. Cantik sungguh ciptaan Allah. Siapa sangka anak orang putih yang jadi mangsa bulinya sejak sekolah kini menjadi tunanganya dan insya-ALLAH, bakal menjadi permaisuri hidupnya nanti. Dipukul banyak kali pun, Kez masih merasa semua ini hanya mimpi.
            “Lama you duduk luar?”
            Kez mengangguk. “Nasib baik ada Mika dengan Shaf. Takdalah saya bosan sangat”
            “Nenek menangis tadi. Tak pernah I lihat dia gembira seperti sekarang” Dara memulakan perbualan yang lebih santai. Dia mahu menghilangkan rasa kekok diantara mereka berdua.
            “Awak cucu kesayangan dia”
            Dara mengangguk. Dia tahu tentang itu. “Tapi saya rasa, saya akan jadi cucu kesayangan dia selepas ini. Awak akan duduk nombor 2”
            “Tekan lif naik sendiri la”
            Kez ketawa, kecil. “Damia” dia memanggil, lembut. Mata mereka bertentang sekali lagi. Dara tak mampu mengalihkan matanya. Seolah-olah dia terpukau melihat mata itu. Kez mengukir senyuman.
            “Thank you so much. Terima kasih kerana terima saya. Insya-ALLAH, saya akan menjadi imam terbaik untuk awak dan bakal anak-anak kita nanti
            Airmata menitis dengan tiba-tiba. Sebagai seorang wanita, dia tak pernah bermimpi untuk bertemu lelaki seperti ini. Lelaki yang merupakan rakan dan juga kekasih hati. Lelaki yang melengkapi dirinya sebagai seorang wanita.
            “Kez, kamu buat apa?” suara ma buat mereka menoleh. Jas segera menghulurkan tisu untuk mengesat airmata yang menitis. “Bertuah budak ni. Kamu sakat Dara lagi ke?”
            Dara ketawa sambil menggeleng. “Kez tak buat apapun” dia bangun dengan pantas apabila melihat kaum ibu memandangnya, tajam. Baiklah melarikan diri lebih awal. Dara hanya tersenyum. Jas duduk disebelah.
            “Abang usik kau ke?”
            Dara menggeleng. “Jas” temanya itu memandang. “Kez is a romantic guy. In his own way. Just for me
            Kerutan mulai terpamer di dahi. Dara ketawa lagi sebelum memeluk Jas dengan erat. Sungguh dia rasa sangat bahagia. Hari bersejarahnya ini dihadiri oleh semua orang yang disayanginya. Cuma insya-ALLAH, majlis perkahwinan mereka nanti, Dara mahu menjemput rakan-rakanya di New York pula.

**************************************************************

            Dara melihat jam ditangan. Sudah 15 minit. Sungguhlah sekarang rasa diri sendiri yang macam lelaki tengah tunggu anak dara bersiap. Sudah berapa kali orang yang lalu-lalang melihatnya berdiri dihadapan McD ibarat mascot terbaru franchise terkenal itu.
           Dia mengatur langkah untuk duduk di kerusi yang berhampiran dengan elevator. Kaki dah rasa lenguh. Itulah kau. Beria pakai heels padahal dah kena warning dengan Kez dulu. Dara mendengus. Semua ini takkan jadi masalah kalau lelaki bertuah ini menepati masa.
            “Hey”
            Tiba-tiba, bahunya dicuit. Dia menoleh melihat Kez duduk disisi memberi sengihan. Dara mendengus, geram. Kalau mereka tak ditempat ramai orang, sudah lama Kez kena cekik denganya.
            “I know I’m late and I’m sorry
            Dia menghulurkan coklat cadburry yang siap dibalut dengan riben berwarna pink. “You ingat I budak tadika ke?”
            Kez menggeleng. “Nak kasi cool down awak punya angin sikit”
            Dara mengeluh. “I thought our date is at 3 o’clock. Did you change the time? Huh?” dengan sengaja dia menyoal. Kez hanya mampu tersenyum. Dia tahu dia bersalah hari ini.
           “Tiba-tiba on the way saya nak keluar, bos panggil kata ada meeting untuk presentation esok. Terpaksa duduk dalam bilik tu dengar bos membebel. I really sorry
            Alasan! Semua itu alasan. Rasa nak baling dengan heels je sekarang ni. Sungguhlah susah nak date dengan engineer yang sentiasa sibuk ni. 2 hari lagi nak berangkat ke New York semula. Tak tahu bila pula boleh pulang ke sini.
            “Please my princess. My heart. My love. Damia”
            Dara terpaksa cool down sendiri. Tak sampai hati pula lihat dia merayu seperti ini. Hai la, hati seorang perempuan. Sungguh cepat cair. “I lapar. You kena belanja I makan McD”
            “Anything for you, my love
            Kez sudah tersenyum. Fuhh, nasib baik. Dia melihat Dara menonong berjalan meninggalkan dirinya. Hai, itulah kau Kez. Selalu je lewat nak date. Dara pun dah naik angin. Dia berjalan lebih laju untuk berdiri disebelah Dara.
            Mereka masuk ke dalam McD. Kez menyuruh Dara duduk di meja sementara dia akan order makan. Kenalah ambil hati balik. Muka dah masam macam cuka dah tu. Dara duduk di meja yang kosong sambil memerhati orang sekeliling. Ramai keluarga yang hadir ke Queensbay Mall pada hari ini.
            Sementara menunggu Kez, Dara mengeluarkan Ipad dari beg tangan. Semalam, Micky menghantar beberapa draft baju rekaan yang akan dikeluarkan untuk musim panas. Dia perlu meneliti semua rekaan tersebut sebelum memberi pengesahan. Judy dah awal-awal lagi beritahu. Meja pejabatnya sudah dipenuh dengan berpuluh fail rekaan terbaru. Jadualnya pula penuh dengan PC dan show yang terpaksa dibatalkan kerana ingin menjenguk nenek.
            Dara mengeluh. Sibuk sungguh sejak dirinya mengambil-alih syarikat mama. Rasa macam tak cukup 24 jam untuk dirinya. Setiap masa punya kerja untuk dibuat. “Tak baik mengeluh”
            Dia memandang Kez yang meletakkan tray diatas meja. Dara menyimpan semula Ipad ke dalam beg. Dia tidak mahu saatnya bersama Kez terganggu dengan beban kerja. Nampak tak Kez? I’m dedicated when it comes to spending time with you.
            “Makanlah. Saya tahu awak lapar”
            Dara mengambil fries tanpa bicara. Saja nak merajuk lagi dengan lelaki yang sangat heartless ni. “Ma cakap dia dah booking dewan untuk majlis kita” dia sekadar mengangguk.
            “Pa dah booked Umi Shekar untuk catering. Saya rasa awak tak payah balik la untuk food testing nanti. Saya akan bawa nenek dengan ma dan pa je”
            Angguk lagi. Kez menghela nafas. Dia melihat Dara yang muram. “Damia” dia memanggil. Sabar je la dengan budak ni. Nak tunjuk angin sendiri ke? “Nak kunci terus mulut tu ke?”
           Dara menyuap Mcflurry Oreo ke dalam mulut. “Saya minta maaf okay? Saya janji tak lewat lagi. Please. Cakaplah. I miss my Damia. Cakaplah. Cakaplah”
            Terasa nak tergelak lihat matanya yang besar itu berkelip-kelip dengan wajah yang macam minta 10 sen. Dara tersenyum. Kez lega. Nasib baik tak teruk sangat.
            “You such a bad fiancée. Date sendiri pun lambat? I dah macam mascot McD ni tahu? Nasib baik budak tuh tak minta nak tangkap gambar dengan I. Buat kali pertama I pakai heels. Tapi sekarang kaki I rasa nak tercabut sebab berdiri lama tunggu you. You know how much I hate heels. All because of you. You, Khairul Muslim”
           Kez menelan air liur. Bila Dara dah membebel dengan bahasa rojak. Memang gaya kena tahan telinga la sekarang. Padan muka kau, Kez! Dara menghela nafas. Dia sedikit tenang berbanding tadi. Dara kembali menjamah fries tapi kali ini tiada muka masam ala nak minta penampar.
            “I’m sorry
         Dia mengusap pipi Dara, lembut. Dara kaget. Jantungnya seperti berhenti berdegup. Stupid heart. Stupid feeling. Dia sentuh sikit je kau dah cair macam aiskrim? Kez kemudian memberi senyum.
            “Flight I pukul 2”
            Kez mengangguk. “You better not late again this time. Kalau tak, I merajuk tak balik Malaysia. Biar you rindu I seorang diri” Dara mencebik. Kez tergelak. Comel sungguh la tunang aku ni. Rasa nak simpan dalam poket bawa balik.
            “Saya ambil cuti hari tu”
            Mereka kembali diam. Dara menjamah McChicken yang dibeli. Dia memandang Kez yang nampak berselera. “You lunch tak ni?” dia menggeleng. “Saya sibuk pergi site. Tak sempat nak jamah apapun”
            Dara menggeleng. Kez, Kez. I akan risau tinggal you sendirian. Makan tak tentu masa. Tidur 2-3 jam je. Awak nampak letih tahu? Mungkin dahulu dia tak kisah dengan jadual Kez yang tidak teratur tetapi apabila dah menjadi tunang dan dia punya sebab untuk ambil-berat, Dara sangat risau.
            “Malam selalu makan apa?”
            “Maggie. Tak pun saya takeaway atau order delivery je”
          Sungguhlah Khairul Muslim. Patutlah badan kurus kering. Ma pun risau lihat you sekarang. Teruk sangat ke kerja sampai hidup tak macam orang ni?
            “Esok malam I pergi rumah you”
            Kez angkat muka. Aku salah dengar ke. “Huh?”
            “I buatkan dinner untuk you”
            Dia kerut dahi. “My dear, I live alone at the apartment” dia mengingatkan. Dara juling mata. You ingat I ni open-minded sangat ke aci redah je rumah orang bujang walaupun dah bertunang? I tinggal lama di oversea tapi I masih tahu hukum-hakam. Sengal.
            “I bawa Jas. Bukanya JAIS”
            Kez dah hentam gelak. Dara mendengus. Susah betul la dapat tunang yang suka bahan orang ni. Dia harus terima dengan redha. “Saya ingat awak nak datang seorang. Eventhough, I have no problems with that
         Dia memandang dengan pandangan menggoda. Dara jadi tak keruan. Bertuah punya tunang. Kez kembali tersenyum. Seronok pula lihat wajah Dara yang merah. Mungkin sebab kulit Dara putih jadi senang sangat nak tahu kalau dia blush. Tak payah guna pemerah pipi.
            “Anyway, you suka makan apa?”
            “Makanan favourite saya?” Dara mengangguk. Takkanlah I nak tanya makanan favourite Jas pula. Kez diam memikir. Taknak minta yang grand sangat sebab taknak susahkan Dara. Sebenarnya, dia hanya nak merasa air tangan Dara sahaja.
            “You lucky, you know? Saya jenis makan je selagi benda tu dipanggil makanan. So, apa sahaja yang awak masak, saya akan makan”
          Dia memberi senyuman. Dara rasa terharu. You are so sweet. You know that, Khairul Muslim? Dara kemudian memberi senyuman. “Kalau I masak cicak asam pedas, you makan je?” dia menyakat. Kez tergelak. Teringat kisah mereka dengan asam pedas.
            “Of course la awak kena makan dulu baru saya makan”
          Ceh. Sungguh tak gentleman. Tarik balik pujian saya pada awak tadi. Kez hanya tersenyum. Dia selesa seperti ini. Walaupun hubungan mereka sudah berubah namun dia masih mampu berbual dengan Dara seperti zaman sekolah. Tiada apa yang berubah kecuali sekarang, rasa sayang seorang sahabat itu bertukar kerana rasa sayang seorang kekasih. 

4 comments:

  1. biarla bahagia utk mereka...
    biarla krisis bila mereka dah nikah...

    ReplyDelete
  2. baby mio = stay tuned :)

    anon : insya-ALLAH.

    ReplyDelete
  3. he's romantic in his own ways towards Damia waaaaaaa.....melting again and again hihhihi

    lagi3!!!

    ReplyDelete