Pintu bilik dibuka. Dara mengerling sahaja memandangkan wajahnya masih ditouch-up oleh mak andam. “Hey Dara!”
wajah Jas nyata bercahaya. Dara tergelak.
“Bertuah. You baru
sampai?”
Jas menutup semula pintu
biliknya dan menghampiri. Dia kagum sekejap. Cantiknya. Walaupun rambut blonde itu sudah ditutup sepenuhnya
namun Dara masih seperti anak orang putih yang dikenalinya sewaktu sekolah
menengah.
“Kenapa you lambat? As my bestfriend, you should been here since
yesterday”
Mak Andam yang mendengar
hanya mampu tersenyum. “Blame my dear
brother. Dia punya nervous sampai
suruh aku dengar cerita dia tentang kau semalam sampai pukul 3 pagi”
Dara tersenyum. Dia tak
pernah sangka daripada sahabat karib, mereka akan merubah hubungan menjadi adik
dan kakak ipar. Sungguh aneh sekali jodoh yang ditentukan oleh Allah
sebenarnya. Tak mampu diduga oleh sesiapapun.
“Wey, serius. Kau nampak
cantik gila!”
Jas memegang bahu Dara
dengan rasa kagum. Dara hanya tersenyum. Memang cantik tapi I gementar gila
tahu? Walaupun majlis kali ini hanyalah majlis pertunangan namun rasa gementar
itu tetap ada.
“Semuanya dah siap. Jangan
menangis atau betulkan apa-apa” mak andam sempat berpesan dengan nada serius.
Dara dan Jas berpandangan sebelum ketawa. “Jangan risau. Saya akan jaga dia”
Mereka kemudianya
ditinggalkan berdua didalam bilik sementara menanti rombongan pihak lelaki. Jas
duduk diatas katil sementara Dara menoleh memandangnya. Mereka sama-sama
tersenyum. Sama-sama ketawa. Dara sebenarnya agak malu untuk berhadapan dengan
Jas sekarang. Iyalah, dahulu beria menafikan dirinya punya perasaan terhadap
Kez. Sekarang, mereka berdua akan bertunang.
“I’m happy for you. For abang too. Aku dah cakap kalian punya
perasaan yang sama”
Senyuman diukir sebagai
tanda terima kasih. Dia terhutang budi pada Jas yang tidak henti-henti
menyakinkan dirinya tentang perasaan sendiri. “Thanks to you, Jas. You dah banyak berjasa dalam hal ini. And thanks for calling him coward for keep a
secret about his feeling for me”
Jas tergelak. Dia tak
sangka abang masih mengingati peristiwa di lapangan terbang dahulu. Tapi ketika
itu memang dia sangat marah. Walaupun mereka bersama sejak lahir namun Jas
takkan mampu memahami apa yang abang fikirkan.
“So, macam mana abang propose pada
kau? Mesti akward gila kan? It took him long enough to confront his
feeling for you. Sampai aku yang letih. Sehingga sekarang aku tak pasti
macam mana dia boleh bertahan simpan perasaan sendiri selama 4 tahun”
Senyuman semakin mekar.
Dia teringat ucapan Kez malam itu. Sebab mengapa dia mengambil masa yang lama
untuk meluahkan perasaanya. “Dia ajak I makan seafood dekat kedai pakcik Azis”
Jas melopong. Serius? OMG
abang. Habis romantik sampai propose dekat
kedai makan? Sungguh tak romantik betul abang aku yang seorang ni.
“He’s so cute. Menggeletar. Tersekat-sekat nak bercakap. I can tell that he really nervous but sincere
too. He’s so sweet that night. I yang merambu airmata macam empangan pecah”
Dia melihat senyuman Dara
yang semakin mekar setiap kali berbicara tentang abang. Dara, kalau kau lihat
wajah kau sekarang. Tentu kau terkejut. You
are so inlove with him. Macam mana kau boleh nafikan semua itu selama ini?
“Akhirnya. Penantian kau
berbaloi juga la?”
Dara hanya mengangguk.
Sangat berbaloi kerana dia sekarang berada disamping lelaki yang dicintainya
sejak zaman sekolah lagi. Perbualan mereka terganggu apabila pintu diketuk dan
dibuka. “Kinah!”
Dara
berdiri sebaik Kinah masuk. Mereka berpelukan seketika. “Rindunya aku dekat
kau. Bila kau balik?”
“Seminggu yang lepas”
Kinah merenggangkan pelukan. “Tak
terfikir nak beritahu aku ke? Pertunangan ini pun aku dapat last minute. Nasib baiklah boleh cuti”
Dara hanya tersenyum. Dia kembali
duduk sementara Kinah berlalu ke sebelah Jas. Mereka berdua memandangnya ketika
ini. Tiada apa yang menggembirakan kecuali kehadiran rakan baiknya dihari yang
bersejarah ini. Walaupun dirinya tak punya ramai kawan namun kehadiran mereka
berdua sudah melengkapi semua itu.
“Jadi, panjang sungguh jodoh kau
dengan Kez kan?”
Jas tergelak. “Iyalah. Sampai aku
pun naik letih tengok dia orang buat drama swasta”
Dara menggeleng. Tahan je la kena
bahan. Mereka berdua disampingnya ketika susah dan senang. “Thanks sebab datang. Aku minta maaf
sebab bagi last minute invitation. Sebenarnya,
aku nak ambil lebih masa tapi nenek beria sangat. Katanya perkara baik tak
harus dilengahkan”
“Betul la tu. Sampai bila nak
tunggu? Aku rasa Kez dah berjanggut sebab tunggu kau”
“Hey, aku pun berjanggut tunggu dia
tahu? Ingat dia seorang je ke?”
Kinah tersenyum. Dara nampak
gembira. Sangat gembira sehingga sebagai kawan dia turut gembira. Kez dan Dara
sememangnya ditakdirkan untuk bersama. “Kalau kau orang tak keras kepala,
takdanya sampai 4 tahun”
Jas memandang dengan pandangan I told you so. Dara mencebik. Biarlah
apa nak dikata asalkan kini jodoh mereka bertaut. Sekarang, mereka sudah
melangkah ke frasa baru didalam hubungan mereka. “Salahkan abang you yang
lambat bertindak. Nasib baiklah hati I tak terpaut dengan mat salleh dekat New
York tu”
Kinah dah tergelak. Jas hanya mampu
menggeleng. Masih tak berubah. Macam mana agaknya mereka kalau duduk serumah
nanti.
“Dara”
Dia segera menoleh. Macam kenal je
suara tu. Dara bangun dan membuka pintu. Memang sah! “Jude!” suaranya kuat
sebelum memeluk Judy dengan erat. Judy hanya ketawa sambil mengusap belakang
Dara.
“Gosh,
I miss you. Macam mana you tahu?”
Judy merenggangkan pelukan. “Thanks to nenek sebenarnya. How dare you got engaged without the present
of me?” dia buat muka serius. Dara memberi sengihan, bersalah. Semuanya
berlaku dengan cepat sehingga tak sempat memberitahu Judy. Nasib baiklah nenek
teringat untuk menjemput Judy.
“Sorry”
Judy menggeleng. Bertuah punya Dara.
Pertunangan sendiri pun saat-saat akhir baru tahu. Tapi dia tumpang gembira.
Akhirnya, Kez bertindak juga. “Nanti-nanti I marah you. I kesini untuk bawa you
turun. Rombongan pihak lelaki dah sampai”
Dadanya kembali berdegup laju.
Tangan mulai menggeletar. Dara menelan air liur yang terasa sukar ketika ini.
“Abang meseg aku. Dia di luar. Ma
dengan pa je yang akan masuk sarung cincin”
Jas bangun bersama Kinah. Dara
memandang Judy yang tersenyum. “I tumpang gembira untuk you, babe. Akhirnya you menjadi milik lelaki
yang you cintai”
Dia merasa sebak. Judy sahaja yang
tahu apa perasaanya kepada Kez sejak sekolah. Walaupun dia menafikan namun Judy
sentiasa mampu melihat disebalik wajah tidak berperasaan yang ditayangkan. Dara
sentiasa berterima kasih kerana Judy sentiasa disampingnya.
*************************************************************************
Sekelip mata sahaja jarinya sudah
disarungkan dengan cincin emas yang dipilih sendiri oleh Kez sambil dibantu
oleh Jas. Hatinya berdebar. Matanya terasa ingin menangis. Dia bertambah sebak
apabila ma mencium dahi dan kedua belah pipinya.
“Terima kasih, sayang. Tolong jaga
Kez untuk ma, ye”
Dia bertemu mata dengan ma. Wanita
itu memberi senyuman yang mengingatkan Dara kepada arwah mama. Jas disebelah
memeluk bahunya bersama esakan kecil.
“Akhirnya, kau jadi kakak ipar aku
juga”
Mereka bertiga berpelukan seketika
sambil jurugambar merakam setiap detik yang bersejarah ini. “Selepas ni, aku
kena panggil kau kakak ke?”
Dara pecah gelak. Jas memberi
senyuman. “Sengal” dia hanya mampu menggeleng. Sungguh dia sangat bersyukur
kerana mengenali keluarga yang sangat baik dan sempurna ini. Sungguh dia rasa
bertuah kerana menjadi sebahagian daripada keluarga yang pernah dicemburuinya
dahulu.
“Dara”
Ma beri ruang kepada nenek yang
dibantu oleh Judy. Dara segera memegang tangan nenek sebelum mencium lama.
Airmata menitis juga. Kalaulah mama ada. Kalaulah mama masih hidup. Saat ini
akan jadi saat yang paling indah bagi dirinya.
“Nenek gembira sangat. Terima kasih”
Terasa ingin menangis kuat mendengar
ucapan nenek yang menyentuh perasaan. Dara memandang nenek bersama linangan
airmata. “Terima kasih, nek. Sebab bertahan dengan perangai Dara. Sebab tak
berputus asa dengan Dara”
Nenek dipeluk, erat. Mom, I thank you for giving me such
wonderful nenek. I never blame you for what we have been through. I wish you
were here with me. Giving me your blessing. Dara sedikit terkilan kerana
Dara tak mampu menjadi pendamai diantara mama dan nenek. I’m really sorry. Dara akan tebus semua kesalahan mama yang tak
mampu jadi anak yang baik kepada nenek.
“Panggil encik tunang. Kita nak
tangkap gambar ni”
Suasana sedikit kecoh dengan suara
sanak-saudara dari kedua belah pihak. Dara sempat berbual dengan Kinah sebelum
dia mendengar suara-suara yang memuji ketampanan seseorang.
“Dara” Kinah menunjuk ke arah pintu.
Kez masuk bersama kameja berwarna biru lembut, seluar slack hitam dan cermin
mata. Sungguh hatinya terasa bagai nak pecah ketika ini. Mereka bertemu pandang
dan Kez mengukir senyuman.
“Nak buat apa ni, ma?” terdengar dia
berbisik. Nyata dia sendiri tak tahu sebab dirinya dipanggil masuk. Dara
tergelak, kecil. “Jurugambar nak ambil gambar kamu berdua”
Jas dan Kinah bangun untuk memberi
ruang. Perlahan dia duduk disebelah namun jarak sedikit jauh. Dara menjadi
kekok. Buat pertama kali dia taktahu macam mana nak berbual dengan lelaki yang
kini menjadi tunangnya ini.
“Berbual la macam biasa. Biar nampak
neutral sikit”
Dara menoleh kearah Kez, memberi
isyarat untuk memulakan bicara. Kez menelan air liur. Walaupun sekadar
bergambar tetapi dia sangat gementar sekarang ini.
“Hmmm, awak dah makan?”
Dengan pantas Dara tergelak. Kez
memberi sengihan. Sungguhla Kez. Awak memang sangat tak romantik. Saya
bersetuju dengan Jas sekarang ini. Kerlipan kamera mulai kelihatan.
“I dah makan. Thanks kerana ambil-berat”
Kez menggosok leher. Sungguh dia tak
tahu nak buat apa. “You happy?” Dara
menyoal, berani. Kez memandangnya. “I’m
so happy. Thank you” hatinya kembali berdebar.
“Awak nampak cantik”
Senyuman mekar diukir. Kez masih
memandangnya tidak berkelip. Cantik sungguh ciptaan Allah. Siapa sangka anak
orang putih yang jadi mangsa bulinya sejak sekolah kini menjadi tunanganya dan
insya-ALLAH, bakal menjadi permaisuri hidupnya nanti. Dipukul banyak kali pun,
Kez masih merasa semua ini hanya mimpi.
“Lama you duduk luar?”
Kez mengangguk. “Nasib baik ada Mika
dengan Shaf. Takdalah saya bosan sangat”
“Nenek menangis tadi. Tak pernah I
lihat dia gembira seperti sekarang” Dara memulakan perbualan yang lebih santai.
Dia mahu menghilangkan rasa kekok diantara mereka berdua.
“Awak cucu kesayangan dia”
Dara mengangguk. Dia tahu tentang
itu. “Tapi saya rasa, saya akan jadi cucu kesayangan dia selepas ini. Awak akan
duduk nombor 2”
“Tekan lif naik sendiri la”
Kez ketawa, kecil. “Damia” dia
memanggil, lembut. Mata mereka bertentang sekali lagi. Dara tak mampu
mengalihkan matanya. Seolah-olah dia terpukau melihat mata itu. Kez mengukir
senyuman.
“Thank
you so much. Terima kasih kerana terima saya. Insya-ALLAH, saya akan
menjadi imam terbaik untuk awak dan bakal anak-anak kita nanti”
Airmata menitis dengan tiba-tiba.
Sebagai seorang wanita, dia tak pernah bermimpi untuk bertemu lelaki seperti
ini. Lelaki yang merupakan rakan dan juga kekasih hati. Lelaki yang melengkapi
dirinya sebagai seorang wanita.
“Kez, kamu buat apa?” suara ma buat
mereka menoleh. Jas segera menghulurkan tisu untuk mengesat airmata yang
menitis. “Bertuah budak ni. Kamu sakat Dara lagi ke?”
Dara ketawa sambil menggeleng. “Kez
tak buat apapun” dia bangun dengan pantas apabila melihat kaum ibu
memandangnya, tajam. Baiklah melarikan diri lebih awal. Dara hanya tersenyum.
Jas duduk disebelah.
“Abang usik kau ke?”
Dara menggeleng. “Jas” temanya itu
memandang. “Kez is a romantic guy. In his
own way. Just for me”
Kerutan mulai terpamer di dahi. Dara
ketawa lagi sebelum memeluk Jas dengan erat. Sungguh dia rasa sangat bahagia.
Hari bersejarahnya ini dihadiri oleh semua orang yang disayanginya. Cuma
insya-ALLAH, majlis perkahwinan mereka nanti, Dara mahu menjemput rakan-rakanya
di New York pula.
**************************************************************
Dara melihat jam ditangan. Sudah 15
minit. Sungguhlah sekarang rasa diri sendiri yang macam lelaki tengah tunggu
anak dara bersiap. Sudah berapa kali orang yang lalu-lalang melihatnya berdiri
dihadapan McD ibarat mascot terbaru franchise
terkenal itu.
Dia mengatur langkah untuk duduk di
kerusi yang berhampiran dengan elevator. Kaki
dah rasa lenguh. Itulah kau. Beria pakai heels
padahal dah kena warning dengan
Kez dulu. Dara mendengus. Semua ini takkan jadi masalah kalau lelaki bertuah
ini menepati masa.
“Hey”
Tiba-tiba, bahunya dicuit. Dia
menoleh melihat Kez duduk disisi memberi sengihan. Dara mendengus, geram. Kalau
mereka tak ditempat ramai orang, sudah lama Kez kena cekik denganya.
“I
know I’m late and I’m sorry”
Dia menghulurkan coklat cadburry yang siap dibalut dengan riben
berwarna pink. “You ingat I budak tadika ke?”
Kez menggeleng. “Nak kasi cool down awak punya angin sikit”
Dara mengeluh. “I thought our date is at 3 o’clock. Did you change the time? Huh?”
dengan sengaja dia menyoal. Kez hanya mampu tersenyum. Dia tahu dia bersalah
hari ini.
“Tiba-tiba on the way saya nak keluar, bos
panggil kata ada meeting untuk presentation esok. Terpaksa duduk dalam
bilik tu dengar bos membebel. I really sorry”
Alasan! Semua itu alasan. Rasa nak
baling dengan heels je sekarang ni.
Sungguhlah susah nak date dengan engineer yang sentiasa sibuk ni. 2 hari
lagi nak berangkat ke New York semula. Tak tahu bila pula boleh pulang ke sini.
“Please
my princess. My heart. My love. Damia”
Dara
terpaksa cool down sendiri. Tak
sampai hati pula lihat dia merayu seperti ini. Hai la, hati seorang perempuan.
Sungguh cepat cair. “I lapar. You kena belanja I makan McD”
“Anything
for you, my love”
Kez sudah tersenyum. Fuhh, nasib
baik. Dia melihat Dara menonong berjalan meninggalkan dirinya. Hai, itulah kau
Kez. Selalu je lewat nak date. Dara
pun dah naik angin. Dia berjalan lebih laju untuk berdiri disebelah Dara.
Mereka masuk ke dalam McD. Kez
menyuruh Dara duduk di meja sementara dia akan order makan. Kenalah ambil hati balik. Muka dah masam macam cuka
dah tu. Dara duduk di meja yang kosong sambil memerhati orang sekeliling. Ramai
keluarga yang hadir ke Queensbay Mall pada hari ini.
Sementara menunggu Kez, Dara
mengeluarkan Ipad dari beg tangan. Semalam, Micky menghantar beberapa draft
baju rekaan yang akan dikeluarkan untuk musim panas. Dia perlu meneliti semua
rekaan tersebut sebelum memberi pengesahan. Judy dah awal-awal lagi beritahu.
Meja pejabatnya sudah dipenuh dengan berpuluh fail rekaan terbaru. Jadualnya
pula penuh dengan PC dan show yang
terpaksa dibatalkan kerana ingin menjenguk nenek.
Dara mengeluh. Sibuk sungguh sejak
dirinya mengambil-alih syarikat mama. Rasa macam tak cukup 24 jam untuk
dirinya. Setiap masa punya kerja untuk dibuat. “Tak baik mengeluh”
Dia memandang Kez yang meletakkan tray diatas meja. Dara menyimpan semula
Ipad ke dalam beg. Dia tidak mahu saatnya bersama Kez terganggu dengan beban
kerja. Nampak tak Kez? I’m dedicated when
it comes to spending time with you.
“Makanlah. Saya tahu awak lapar”
Dara mengambil fries tanpa bicara. Saja nak merajuk lagi dengan lelaki yang sangat
heartless ni. “Ma cakap dia dah booking dewan untuk majlis kita” dia
sekadar mengangguk.
“Pa dah booked Umi Shekar untuk catering.
Saya rasa awak tak payah balik la untuk food
testing nanti. Saya akan bawa nenek dengan ma dan pa je”
Angguk lagi. Kez menghela nafas. Dia
melihat Dara yang muram. “Damia” dia memanggil. Sabar je la dengan budak ni.
Nak tunjuk angin sendiri ke? “Nak kunci terus mulut tu ke?”
Dara menyuap Mcflurry Oreo ke dalam
mulut. “Saya minta maaf okay? Saya janji tak lewat lagi. Please. Cakaplah. I miss my
Damia. Cakaplah. Cakaplah”
Terasa nak tergelak lihat matanya
yang besar itu berkelip-kelip dengan wajah yang macam minta 10 sen. Dara
tersenyum. Kez lega. Nasib baik tak teruk sangat.
“You
such a bad fiancée. Date sendiri pun lambat? I dah macam mascot McD ni
tahu? Nasib baik budak tuh tak minta nak tangkap gambar dengan I. Buat kali
pertama I pakai heels. Tapi sekarang
kaki I rasa nak tercabut sebab berdiri lama tunggu you. You know how much I hate heels. All because of you. You, Khairul
Muslim”
Kez menelan air liur. Bila Dara dah
membebel dengan bahasa rojak. Memang gaya kena tahan telinga la sekarang. Padan
muka kau, Kez! Dara menghela nafas. Dia sedikit tenang berbanding tadi. Dara
kembali menjamah fries tapi kali ini
tiada muka masam ala nak minta penampar.
“I’m
sorry”
Dia mengusap pipi Dara, lembut. Dara
kaget. Jantungnya seperti berhenti berdegup. Stupid heart. Stupid feeling. Dia sentuh sikit je kau dah cair
macam aiskrim? Kez kemudian memberi senyum.
“Flight
I pukul 2”
Kez mengangguk. “You better not late again this time. Kalau
tak, I merajuk tak balik Malaysia. Biar you rindu I seorang diri” Dara mencebik.
Kez tergelak. Comel sungguh la tunang aku ni. Rasa nak simpan dalam poket bawa
balik.
“Saya ambil cuti hari tu”
Mereka kembali diam. Dara menjamah
McChicken yang dibeli. Dia memandang Kez yang nampak berselera. “You lunch tak ni?” dia menggeleng. “Saya
sibuk pergi site. Tak sempat nak
jamah apapun”
Dara menggeleng. Kez, Kez. I akan
risau tinggal you sendirian. Makan tak tentu masa. Tidur 2-3 jam je. Awak
nampak letih tahu? Mungkin dahulu dia tak kisah dengan jadual Kez yang tidak
teratur tetapi apabila dah menjadi tunang dan dia punya sebab untuk
ambil-berat, Dara sangat risau.
“Malam selalu makan apa?”
“Maggie.
Tak pun saya takeaway atau order delivery je”
Sungguhlah Khairul Muslim. Patutlah
badan kurus kering. Ma pun risau lihat you sekarang. Teruk sangat ke kerja
sampai hidup tak macam orang ni?
“Esok malam I pergi rumah you”
Kez angkat muka. Aku salah dengar
ke. “Huh?”
“I buatkan dinner untuk you”
Dia kerut dahi. “My dear, I live alone at the apartment”
dia mengingatkan. Dara juling mata. You ingat I ni open-minded sangat ke aci redah je rumah orang bujang walaupun dah
bertunang? I tinggal lama di oversea tapi
I masih tahu hukum-hakam. Sengal.
“I bawa Jas. Bukanya JAIS”
Kez dah hentam gelak. Dara
mendengus. Susah betul la dapat tunang yang suka bahan orang ni. Dia harus
terima dengan redha. “Saya ingat awak nak datang seorang. Eventhough, I have no problems with that”
Dia memandang dengan pandangan
menggoda. Dara jadi tak keruan. Bertuah punya tunang. Kez kembali tersenyum. Seronok pula lihat wajah Dara yang merah.
Mungkin sebab kulit Dara putih jadi senang sangat nak tahu kalau dia blush. Tak payah guna pemerah pipi.
“Anyway,
you suka makan apa?”
“Makanan favourite saya?” Dara mengangguk. Takkanlah I nak tanya makanan favourite Jas pula. Kez diam memikir.
Taknak minta yang grand sangat sebab
taknak susahkan Dara. Sebenarnya, dia hanya nak merasa air tangan Dara sahaja.
“You
lucky, you know? Saya jenis makan je selagi benda tu dipanggil makanan. So, apa sahaja yang awak masak, saya
akan makan”
Dia memberi senyuman. Dara rasa
terharu. You are so sweet. You know that,
Khairul Muslim? Dara kemudian memberi senyuman. “Kalau I masak cicak asam
pedas, you makan je?” dia menyakat. Kez tergelak. Teringat kisah mereka dengan
asam pedas.
“Of
course la awak kena makan dulu baru saya makan”
Ceh. Sungguh tak gentleman. Tarik balik pujian saya pada
awak tadi. Kez hanya tersenyum. Dia selesa seperti ini. Walaupun hubungan
mereka sudah berubah namun dia masih mampu berbual dengan Dara seperti zaman
sekolah. Tiada apa yang berubah kecuali sekarang, rasa sayang seorang sahabat
itu bertukar kerana rasa sayang seorang kekasih.

nak lagi.....romantiknya
ReplyDeletebiarla bahagia utk mereka...
ReplyDeletebiarla krisis bila mereka dah nikah...
baby mio = stay tuned :)
ReplyDeleteanon : insya-ALLAH.
he's romantic in his own ways towards Damia waaaaaaa.....melting again and again hihhihi
ReplyDeletelagi3!!!