Friday, 14 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 7


Dara melihat jam ditangan. Hampir pukul 5 petang. Manalah pergi mamat tak bertuah ni? Dia lupa ke kena bawa aku balik? Itulah kau Dara. Beria suruh Jas balik dulu. Sekarang siapa yang duduk macam penunggu dekat pintu pagar sekolah.
            Dia mendengus. Kez ni la kan. Memang menguji kesabaran orang sungguh. Dia bangun menggalas beg masuk kedalam sekolah semula. Hampir satu sekolah ditawaf sebelum mendengar gelak-tawa di gelanggang basket. Dara menghampiri melihat Kez dan crew basketnya sedang seronok bermain tak ingat dunia.
            Sabar Dara. Turun sikit tahap didih tuh. Dia mengatur langkah menuju ke gelanggang basket. Seronoknya dia main tak ingat aku tunggu hampir 2 jam. Rasa macam nak baling bom atom tambah mercun bola dekat lelaki ni sekarang.
            “Khairul Muslim”
            Mereka serentak menoleh. “Uh-uh. Aku kesan angin tak baik, Kez” Harris bersuara. Kez tersengih. Dia benar-benar terlupa. Dara menghampiri dengan wajah geram. “Hai. Tak balik lagi?” dia sengaja menyoal.
            “Hampir 2 jam I tunggu macam orang bertapa depan sekolah. You seronok main dekat sini tak ingat dunia”
            “La, saya tak beritahu awak ke saya main basket petang ni?”
            Dara melepaskan keluhan bercampur rasa marah teramat sangat. Dia merampas bola basket dari tangan Kez. Lelaki itu kaget. “Oi oi. Cool dulu. Jangan nak menggila”
            “Sabar Dara. Sabar” Mika bersuara, kecut juga lihat wajah serius Dara. Kez pun satu hal. Suka sangat mengusik budak ni. Apa? Hobi terbaru dia agaknya. “Kalau I dapat 3 point untuk 3 kali berturut, You akan hantar I sekarang juga!”
            Kening Kez naik sedikit. Serius? Nak bertapa terus dekat sekolah ni ke, cik Damia? Crew yang lain turut terkejut. “Awak biar benar” Shaf bersuara, perlahan. Dara menanggalkan beg galas yang dibawa sebelum menuju ke ruang D.
            “Aku rasa dia akan bertapa dekat sini” Kez bersuara, yakin.
            “Tapi dia nampak confident sangat. Pro pun belum tentu dapat 3 pointer straight weyh”
            Dara melihat jaring yang sedikit jauh. Dia menghela nafas. Tenang, Dara. Kau MVP basket antara highschool dulu. Jangan kasi malu orang kampung! Dia mengangkat tangan dan bersedia. Sekelip mata bola masuk kedalam jaring.
            Yang memerhati bagai nak terkeluar biji mata. “Beauty” Paan bersuara.
            “Luck je tu” Kez masih tidak percaya walaupun terkejut. 3 pointer sangat sukar walau untuk mereka sekalipun.
            Jaringan kali kedua. “Masuk lagi” Joe bersuara, kuat. Kez terasa dihentak dengan bola basket ketika ini. “Gila. Dia adik-beradik dengan LeBron James ke?”
            Dara menoleh dan memberi senyuman sinis. “Cool” tanpa riak Mika bersuara. Jaringan terakhir. “Stylo
            Walaupun bola menggelilingi lingkaran namun tetap masuk. Mereka memang memberi tabik spring untuk Dara ketika ini.
            “Sah dia berguru dengan Kobe Bryant waktu dia duduk NY dulu” Harris bersuara. Kez bagai nak pitam. Tak pernah budak perempuan buat straigt 3 pointer tanpa miss. Dia semakin kagum namun turut bangga. Dara kembali menggalas beg yang ditinggal sebentar tadi.
            “Boleh kita pergi sekarang?” dia menyoal, selamba. Kez mengeluh sebelum mencapai sweatshirt kegemaran sebelum mengangguk. Dara memberi senyuman. “Jumpa lagi”
            “Bye Bye. Kalau nak buat latihan, jemputlah datang”
            Kez menggeleng. Tak jaga maruah captain sungguh budak-budak ni. Aku ni dah macam semut je sebelum anak orang putih ni. Tiba di motor, Kez membantu Dara yang masih tidak reti memakai tali helmet. Dia senyum sendiri.
            “Kenapa?” Dara menyoal. “Iyalah. Awak score 3 pointer tanpa miss tapi tak reti nak ikat tali helmet sendiri?” dia mengusik.
            “No one perfect, mister” dia bersuara, selamba. Kez menjungkit kening. Dia semakin ingin mendekati anak orang putih ni.

******************************************************

Hujung minggu adalah hari untuk bermalas sedunia. Jam sudah pukul 11 tengah hari namun Dara masih melingkar diatas katil. Selepas subuh, dia tidur sekejap. Selepas itu, bangun dan mandi pukul 10 dan sekarang hanya bermalas-malasan diatara katil Jas.
            “Hoi cik kak. Tahulah kau suka katil aku pun. Tak reti nak bangun ke?”
            Dia melihat Jas yang baru keluar bilik air. Dara menarik muncung. “I baru nak rehat-rehat” Jas menggeleng. “Amboi, dah pukul 11. Tak cukup rehat lagi ke?”
            Dara memberi sengihan. Mereka berpaling apabila pintu diketuk. Jas segera membuka kerana dia lebih hampir. “Hah? Kenapa pula ni?”
            Kez menjenguk dan melihat Dara masih berbaring. “Oit, apa jenguk-jenguk bilik anak dara orang ni? Tak malu ke?” Jas sudah menolak tubuh abang untuk keluar. “Ala, lepaklah. Abang nak ajak Dara main basket. Gerak dia. Anak dara tidur lagi matahari dah tinggi”
            Jas kaget. Dara main basket. Biar benar? “Ewah, sedapnya mengata orang, encik Khairul Muslim” mereka menoleh melihat Dara di muka pintu sambil memeluk tubuh.
            “Main basket jom?” dia mengajak, riang. Dara menggeleng. “Taknak. Tak larat” Kez menghampiri. “Ala, jomlah. Bukan selalu ada orang rumah boleh main basket. Jas ni kaki bangku. Tak reti main apapun”
            “Oit! Tak nampak ke Jas dekat sini?”
            Kez memberi sengih. Jas memandang, geram. Ni aku musykil. Sejak bila si Dara ni pandai main basket. Aku tengok lembik je budak ni. Tapi takkan la abang tiba-tiba sawan ajak dia main basket kalau Dara tak reti ‘kan?
            “Boleh dengan syarat”
            Kez kerut dahi. Apa main syarat-syarat ni? Ingat nak buat kontrak ke pakai syarat bagai. “Apanya?” dia menyoal, malas. “Jas kena main sekali. Kami geng berdua. You sorang” Jas terbeliak. “What?
            “You kata anak dara tak elok bermalasan atas katil. Marilah bersama keluarkan peluh” sengihan nakal diberi. Jas menepuk dahi. Sudah! Apa kes mereka ni berpakat nak kenakan aku? Ada apa-apa ke?
            “Jas nak kena main?”
            Dara mengangguk, serius. Kez mengeluh. “Okay, okay. Ada Jas pun bukanya ada apa. Saya kena lawan awak seorang je” bahu Kez ditolak, geram. Agak-agaklah bang oi. Nak kutuk pun. Hati adikmu ini taknak jaga ke?
            “Saya tunggu luar” dia sudah berlalu keluar. Dara menggeleng. Jas menghampiri. “Apahal kau babit aku pulak ni?”
            “Kata nak keluarkan peluh?” Dara berlalu ke dalam bilik menukar pakaian. Bagus juga. Dah lama tak main basket. Skill yang ada dahulu pun dah berkarat agaknya. Zach mesti membebel kalau tahu. Iyalah, dia yang beria menjadi tenaga pengajar dulu. 


*************************************************

15 minit berlalu. Jas rasa bagai nak mati. Namun 2 orang ni masih bermain macam ada tournament antara benua. Masing-masing taknak beralah. Masing-masing ada ego sendiri. Memang kenalah mereka berdua.
            “Jas, bola”
            “Hah” dia kaget melihat bola melayang tidak ditangkap. “Jasmin!” suara Dara kuat kerana geram. Jas tersedar. Dia mengangkat kedua belah tangga dan membuat tanda x.
            “Sudah. Sudah. Aku rasa macam nak mati sekarang”
            Memang sahlah dua-dua gila. Ada ke main basket sampai pukul 1 petang. Terik matahari hanya ALLAH yang tahu. “Kenapa? Baru je main?” Dara menghampiri.
            “Aku rasa macam nak pitam” dia duduk diatas gelanggang dengan nafas yang mengah. Penatnya! Macam mana abang boleh main hari-hari? Tak penat ke?
            “Kau okay? Sorry la buat kau penat sampai macam ni” Jas menggeleng. Dia tak kisah. Tapi mereka berdua ni beria sangat. Macam lawan betul. “Aku rehat tepi dulu. Kau nak teruskan, terus je la. Aku tengok je”
            Dara membawa mengangkat Jas sebelum membawanya duduk di kerusi batu yang berhampiran. Dia kemudian kembali ke dalam gelanggang. “Kenapa budak tu?”
            “Penat. Tak mampu dah”
            Kez melihat jam yang sudah kabur kerana peluh yang menitis. “La, baru 15 minit. Lembik betul la budak tu”
            Dara hanya diam sambil mengawal nafas. “So, kita berdua je sekarang?” dia memberi sengihan. Dara mengangguk. “Its time, baby” dia melantun bola keatas dan kebawah. Dara memandang, tenang.
            “Siapa kalah makan asam pedas Makcik Yam” Dara bersuara. Kez ketawa. “Masih tak serik ke?” dia menyoal.
            “Tak pernah ada istilah serik”
            Kez mencebik, menyakat. “Game start….now

            “Itulah. Nak berhenti taknak. Kan dah kena”
            Suara bebelan Kez kedengaran. Dara mencebik sambil memegang kaki kiri yang terseliuh kerana dirempuh Kez tadi. Salah siapa? Main kasar gaya main dengan crew sendiri. Aku pun dia rempuh suka hati je.
            “Ma dengan pa tengok ni, mesti dia orang membebel. Siap sedialah kau orang berdua”
            Dara melepaskan keluhan. Judy pasti bising kalau tahu. Sudah 2 hari tidak skype dengan Judy kerana sibuk sekolah. Judy juga sibuk. Dia rindukan Judy dan nenek.
            “Tengok kaki”
            Jas melunjurkan kaki Dara dan melihat bahagian terseliuh di buku lali. “Abang pun. Agak-agaklah main. Ingat main dengan crew ke? Kasar ya amat”
            “Oi, waktu game mana ada laki atau perempuan. Hanya ada pesaing”
            Jas menjuling mata. Abang aku ni kadang-kadang. Kental sungguh hati. “Tengok Dara kejap. Jas cari minya nak urut sikit”
            Kez memandang Dara yang menyandarkan dirinya di sofa. Dia benar-benar letih. Kez duduk disebelah. Kasihan! Dara selaku menjadi mangsa. Kena bola la. Asam pedas la. Sekarang kena main basket sampai sejam lebih.
            “Damia” dia membuka mata, terkejut. “What?” Kez memberi senyuman. “Nice game. Berguru dengan LeBron James ke?”
            Dara ketawa, kecil sebelum menggeleng. “I dulu wakil highschool antara sekolah. Sempatlah berlajar itu ini” Kez mengangguk. “Sakit lagi ke?”
            “Sikit je. Dah biasa pun”
            Kez menggosok kepalanya, lembut. Dara kaget. “Saya happy awak reti main basket” dia bersuara, perlahan. Dara keliru. Apa maksudnya?
            “Assalamualaikum” suara mama kedengaran. Kez bangun dari sofa dan Jas keluar bersama minyak. Mata ma dah pandang Dara yang terduduk di sofa sambil melunjur kaki. Pa yang masuk, perasan dengan suasana kekok itu.
            “Apa jadi?”

********************************************

p/s : tetiba kering idea. oh no. please please. TOLONG BAGI SAYA IDEA.  kalau korang ada idea yang bagus, rasa boleh masuk or boleh berangan jadi Dara dan bayangkan scene yang korang nak dengan Kez, dipersilakan *drumroll* bagilah kongsi sikit :D *kelip2 mata ala2 sinchan takut kena marah dengan mak dia yang rambut ketak-ketak tu*

1 comment:

  1. Hehe as usual best2. cepat2 sambung k. hm buat past kez urut kaki dara pulak. kan dia yg buat kaki dara sakit, hehe cdngan je *anne

    ReplyDelete