Tuesday, 18 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 9



            “Dara, meja 12” suara Nisa terdengar. Dia segera ke kaunter mengambil pesanan sebelum membawa ke meja 12. 2 pasang kekasih yang sedang date. Nampak sweet je. Mungkin sebab awek dia kecil kot.
            “Dik, bil”
            Meja 5 memanggil. Dia ke cashier dan Izat menghulurkan bil kepadanya. Dara menuju kearah meja 5. “Ini bilnya, encik” mereka membuka buku tersebut dan melihat. Seketika kemudian, not RM50 dihulurkan.
            Dara kembali ke cashier dan menghulurkan duit tersebut kepada Izat. “Ini bakinya” dia kembali ke meja 5 dan memberi baki semula kepada mereka. “Terima kasih. Sila datang lagi”
            Dia terasa kakinya hampir patah. Patutlah ramai orang. Sudah tiba waktu lunch. Tak menang tangan dia, Farid dan Nana mengambil pesanan. Nasib baiklah keadaan sudah mulai surut. Dia bersandar di dinding, merehatkan kaki yang begitu lenguh.
            “Letih?” dia menoleh melihat Kinah disebelah. Dara mengangguk. “Kalau lunch memang ramai orang. Tapi lepastu, dah boleh rehat. Kafe tak ramai. Tunggu malam pula baru ramai balik”
            “Kaki rasa nak patah”
            Kinah tersenyum. “Baru kita rasa susahnya mak ayah kita cari duit ‘kan?” Dara terpukul. Mama. Dia selalu lihat mama pulang dengan wajah letih. Namun masih sempat mendengar semua ceritanya pada hari itu. Waktu itu Dara tak tahu mama letih sangat. Semuanya untuk beri kesenangan kepadanya.
            “Itulah. Sekarang baru rasa”
            Kinah mengangguk. “Apapun, jangan cepat putus asa” dia memberi semangat sebelum berlalu ke dapur. Dara tergelak, kecil. Kinah dan Jas tak jauh berbeza. Namun mereka berkenalan di tempat yang berlainan.
            Pintu kafe dibuka. Dara hanya melihat baju seragam kafe sahaja. Pasti pekerja yang mahu bertukar shift.Kafe ini dibahagi kepada 2 shift. Pagi dan malam. Memandangkan dirinya masih trainer, dia wajib berkerja dari pukul 8 hingga 12 malam selama seminggu.
            “Damia” bahunya terasa digerak. Ya Allah. Boleh tertidur dalam keadaan berdiri. Nampak sangat dirinya letih. Dara mengangkat muka. Dia kaget. Kez? Apa dia buat sini? “Apa awak buat sini?”
            “Hah?” otaknya masih tidak berfungsi dengan betul. Kez menggeleng. Letih sangatlah tu. Sekarang pukul 2. Waktu rehat pekerja ada sejam hingga pukul 3. “Mari” dia menarik tangan Dara ke belakang kafe. Mereka duduk di tangga.
            “Awak kerja sini juga?” lelaki itu menyoal. Dara mengangguk. “Kenapa tak beritahu?” dia menyoal lagi. “Tak tahu you kerja dekat sini. I baru masuk hari ni”
            Patutlah. Kez diam melihat Dara yang menahap kuap. Dia kasihan. Tentu sukar waktu mula-mula ini. Kez pernah merasa semua itu hingga dirinya dilantik menjadi cashier. Kerja dah kurang sebab duduk kaunter saja.
            “Letih ke?”
            Angguk. “Makan dah?” geleng. “Takda selera”
            Teruknya. Baru sehari bekerja. Macam mana nak tahan hampir 2 bulan? “Nanti sakit” dia bersuara, perlahan. Mata Dara semakin berat. “Kez”
            “Hmm”
            “Boleh pinjam bahu?” dia menyoal, selamba. Tanpa jawapan, Kez menarik kepala Dara sebelum meletakkanya diatas bahu. “Selesa?”
            “Hmm” mata dipejam dan dia terlena. Letih sungguh. Kez diam memerhati dinding belakang bangunan lain. Hatinya sentiasa berdebar disamping gadis ini. Kadangkala dianggap adik. Kadangkala lebih. Dia sendiri tak faham. Mungkin kerana Dara kawan Jas. Jadi dia anggap Dara sama dengan Jas. Tapi sama ke kalau hatinya berdebar? Sama ke kalau dia happy sangat Dara tahu basket? Bukan itu ke ciri-ciri wanita idaman kau, Kez? Yang reti main basket sebab nanti takdalah dia membebel kalau kau selalu lepak gelanggang.
            Damia. Who are you to me? A sister? A basket’s friend? Just a friend?

***************************************************************


“Tapi dia handsome sangat” pekerja pertama berbicara.
            “Aku pernah nampak crew dia main basket waktu bertanding dekat sekolah aku”
            “Ha’ah. Menonjol gila. Selalu score walaupun kena kawal ketat” sampuk pekerja ketiga.
            “Dia jenis yang tak banyak cakap”
            “Itulah. Tapi pernah nampak dia cakap dengan Dara. Nampak rapat sangat”  
            “Hah?” dia terberhenti apabila mendengar namanya disebut. Mereka memberi sengihan. “Cari aku ke?” dia menyoal. Mereka berpandangan.
            “Meh sat nak cerita” Nisa memanggil. Dara menghampiri, hairan. “Kenapa?”
            “Kau kenal Kez ke?”
            Dara mengerut dahi. “Kenapa pula kalau kenal?”
            “Maknanya kau kenal la?” soal Nana pula. Dara mengangguk. “Kami satu sekolah”
            “Oooo” suara mereka mengegarkan ruang kafe yang lengang. Dara semakin tak faham. Kenapa dengan dia orang ni?
            “Rapat ke?” Fia bersoal pula. “Aku kawan dengan adik dia”
            Semua mata merenungnya, tidak faham. “Kau umur berapa?” soal Umie. “17 tahun la”
            “Habistu? Macam mana boleh kawan dengan adik dia?”
            Dara menepuk dahi. “Kawan dia dalam kurungan adik kembar dia” mereka sekali lagi terkejut. “Dia ada adik kembar?”
            Dara sekadar menganguk. Pelik-pelik la dia orang ni. “Untunglah kau” mereka bersuara, serentak. Dara tidak faham. “Kenapa pula?”
            “Dara” Kinah memanggil. Dia segera meninggalkan kelompok mereka dan berjalan kearah Kinah. “Kenapa dia orang panggil kau?”
            “Tanya pasal Kez” Kinah mengerut dahi. “Kenapa dengan Kez?” Dara menjungkit bahu. Dia sendiri tidak faham. Kinah menggeleng. Tak habis-habis. Sejak Kez masuk lagi, masing-masing dok cuba mengayat. Tapi Kez buat tak nampak je.
            Sebenarnya, dia terkejut juga lihat aksi mesra Kez dengan Dara di belakang kafe tadi. Siap tidur atas bahu lagi. Dia tahu Dara letih. Tapi takkanlah sampai macam tu? Tapi nak kata apa? Dara duduk luar negara sejak kecil. Dia mesti taktahu tatasusila keadaan disini.
            “Hati-hati dengan dia orang tu. Bukan boleh percaya sangat”
            Dara memandang kearah kumpulan perempuan yang asyik bersembang itu. Dia mengangguk. Ini kali pertama dia berjumpa kumpulan itu. Buat dia teringat mengenai kumpulan Eva waktu disekolah dulu.

**********************************************

Dara duduk diatas kerusi didalam bilik loker. Dia membuka heels yang dipakai. Sakitnya. Seharian berkerja pakai heels memang menempah maut. Kaki terasa macam tak boleh bergerak je sekarang ni.
            Stoking yang dipakai turut dibuka. Dia terkejut. Ya Allah. Bengkak. Dia memandang sambil cuba menahan rasa sakit. Dara menghela nafas. Terasa sayu pula kerana harus berjalan ke perhentian bas dan pulang dengan keadaan sebegini.
            Itulah. Berlagak! Judy beria nak ambil tapi kata nak berdikari. Sekarang, siapa yang susah? Dia menyarung selipar jepun yang dibawa. Malas nak pakai sneakers pagi tadi. Biar kakinya bernafas sekejap.
            Dia menutup pintu loker sebelum berjalan keluar dengan perlahan-lahan. Rakan sekerja banyak yang dah balik. Hanya dia sahaja di masih didalam kedai dengan Encik Faizal. “Kenapa kaki tu?”
            Dara kaget. Lembaga ke? Ke Encik Faizal? Kez keluar dari gelap memandang Dara dengan tajam. Dara segera menyembunyikan kakinya yang bengkak.
            “Sampai macam tu? Boleh kan pakai sneakers? Kenapa tak pakai?”
            Alamak. Dia dah keluar syarahan gaya saya-abang-Jas-termasuk-abang-awak-sekali sekarang ni. “Hari pertama. Tak sangka sakit macam ni”
            Kez sudah menggeleng kepala. “Manja” dia menyindir. Dara mencebik. “I nak balik dulu. Jangan halang” dia membawa kaki yang sakit dengan perlahan. Sakit yang dirasa, ditahan sahaja kerana tidak mahu dilihat manja dihadapan Kez.
            “Boleh jalan ke? Balik dengan apa?”
            Dia menyoal setelah keluar dari kafe. “Naik bas” wajah Kez berubah. “Tengah malam macam ni?” Dara mendengus. Sejak bila terlebih prihatin ni? Dulu biar je aku tunggu depan pintu pagar untuk 2 jam. Tak kisah pun kalau-kalau aku kena culik ke. Kena cekup ke. Sekarang prihatin pula.
            “I tak suruh Judy ambil. Ingat balik awal”
            Kez menggeleng. “Damia. Damia” Dara menoleh. Apa? Damia? Sejak bila ada mandat besar panggil aku Damia ni? “Awak selalu sahaja tak bertuah setiap kali jumpa saya ‘kan?”
            Dara mencebik. Memanglah. Bila diingat semula, dirinya memang malang sejak bertemu Khairul Muslim dihadapanya ketika ini. Bola, asam pedas, basket sekarang kafe pula. “You la. Pembawa malang”
            Kez melepaskan tawa. “Salah saya pula? Semuanya sebab awak tu muncul tiba-tiba je tanpa diundang” amboi, bagusnya bahasa encik Kez. Muncul tak diundang? “Apa-apa je la, Kez. I malas nak layan. I penat. Nak balik tidur”
            Dia mengatur langkah. Esok saja saya balas ye. Saya ingat katil je sekarang ni.
            Langkah terhenti apabila tangan dipegang. Dia menoleh. “Saya hantar balik” Dara kaku. Hah? Dia memakaikan helmet dikepala sebelum mengikat tali helmet. “Boleh naik ke?”
            Dia memijak tempat pemijak sebelum memegang bahu Kez. Lelaki itu tersenyum. Dah pandai sekarang, Damia? “Dah okay?” dia mengangguk. Kez memulas minyak dan motor bergerak perlahan menyusuri jalan yang semakin legang.

***********************************************************

 “Dara”  
            Dia menggoyang badan Dara yang sudah tertidur diatas sofa tidak bergerak. Dara bergerak sedikit. “Kenapa?”
            “Tak sempat naik tidur bilik ke?” nenek bersuara, lembut. Dara membuka mata sedikit. Ingat Judy tadi. “Nek” dia bersuara, perlahan.
            “Kenapa letih sangat ni?” nenek mengusap wajah Dara dengan lembut. Kasihan lihat cucunya nan seorang ni. Bukanya mahu mencari duit sangat, Sekadar ingin mencari pengalaman sahaja.
            “Nenek tengok kamu letih sangat kenapa?”
            “First time kerja nek. Nanti lama-lama okaylah”
            Nenek menghela nafas. “Kenapalah susahkan diri berkerja? Nenek tak suruh pun. Kau nak cari duit lebih ke? Nenek boleh berikan”
            “Dara nak cari pengalaman, nek”
            “Kamu tu muda lagi. Nanti lepas habis berlajar barulah cari pengalaman”
            Dara menguntum senyum. Dia tahu nenek risau namun ini keputusanya untuk berdikari. Kalau mama masih hidup pun, Dara yakin mama takkan menghalang.
            “Kamu dah makan?”
            “Tak lalu lagi. Nanti Dara makan”
            Nenek menggeleng. Dia risau lihat Dara yang semakin kurus. Nenek tidak minta Dara tinggal disini dan berkerja keras seperti ini. “Kamu dah semakin kurus, Dara”
            “Ini trend la, nek. Mana lelaki mahu perempuan berisi”
            “Kalau dia sayang, dia terima kamu seadanya”
            Senyuman diberi tanpa balasan. Dia tahu tapi sekadar mahu mengusik. “Dah pukul berapa, nek?”
            “9 malam. Esok kamu kerja lagi?”
            “Masuk minggu kedua”
            “Dara, Dara. Risau nenek tengok kamu ni” keluhan dilepaskan. Dara sekadar tersenyum. Judy pun dah puas membebel melihat keadaanya yang kepenatan. Tapi Dara tidak mahu mengalah dengan cepat. Dara mahu teruskan sehingga benar-benar tidak mampu. 


No comments:

Post a Comment