Wednesday, 12 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 5


“Susahnya soalan tadi. Rasa nak hantuk kepala dekat meja”
            Dara tergelak. Jas. Jas. Ayat hiperbola sungguh. Amboi Dara, dah pandai dah hiperbola sekarang? Cikgu Kasim tentu bangga sebab dia hampir hilang sabar ajar kau Bahasa Melayu.
            “Apa yang susah?”
            “Aku paling benci English. Siapalah yang cipta bahasa ni hah?”
            Dara menggeleng. “You such a drama queen” Jas memberi sengihan. Mereka berlalu ke kantin yang sudah penuh dengan pelajar tingkatan 4 dan 5. Tingkatan 1, 2, 3 rehat lebih awal berbanding mereka.
            “Kau cakap senanglah. English tuh bahasa rasmi kau. Macam kacang je jawab tadi. 15 minit dah siap”
            “Its fair right? I rasa nak hantuk kepala dekat meja waktu paper Bahasa Melayu”
            Jas tergelak. Betul jugak! Bahasa Melayu Dara sudah semakin pulih namun masih memeningkan. Kadangkala kasihan juga tengok mata dia berbinar-binar lihat soalan yang diberi. Mereka duduk di meja yang kosong.
            “Nak makan?” dia menyoal. Dara menggeleng. “Pedas. I nak air je”
            “Haila anak orang putih ni. Dah berminggu duduk Malaysia masih tak tahan pedas?” Jas mengusik sebelum berlalu ke kaunter dan beratur. Dara memandang sekeliling. Semua sibuk berbual dengan rakan-rakan.
            “Oi Kez” suara lelaki kedengaran. Kantin yang riuh tadi menjadi sunyi apabila Kez berjalan. Dara menoleh. Eh, macam nak datang arah aku je? Dia menoleh kiri dan kanan. Semuanya memerhati gerak Kez. Dia ni hotsuff sekolah ini ke?
            “Hai” dia memberi senyuman, mempamerk lesung pipit di pipi. Dara diam. Hailah, cantik sungguh lesung pipit tu. “Hai” dia membalas.
            “Jas mana?”
            “Ambil minum” Kez tergelak. “Beli minuman saya rasa” Dara segera tersedar. “Oh. That the correct phrase I guess” Comel. Taktahu pula kau boleh sangkut dengan anak orang putih, Kez?
            Dara mengangkat muka. Terasa aura membunuh disekeliling. Suasana kembali riuh namun mata-mata membunuh masih memerhati dirinya. Dara menjadi tidak selesa. Cepatlah datang Jas. Nyawa aku dah terancam ni. Takkan nak halau pulak?
            “Again. Maaf pasal kes bola hari tu. Saya taktahu saya baling kuat sangat sampai berdarah kepala awak”
            “Saya okay. Takda perut pun” Kez ketawa lagi. Dara mengerut dahi. Dia ni, sesuka hati gelakkan aku? Ingat aku ni badut ke?
            “Parut, Damia. Bukan perut”
            Dara buat muka menyampah. Tahulah BM saya tak macam awak. A++ agaknya. “Whatever” Jas menghampiri bersama 2 gelas air. “Eh abang. Takda training basket ke rehat ni?”
            “Kejap lagi. Saja jumpa orang sakit” dia memberi senyuman kepada Dara. Gadis itu sekadar mencebik. Jas menggeleng. Abang aku ni, sejak bila terlebih mesra? Selalu kaku je dengan perempuan.
            “I okay. You tak perlu risau. Bukanya I minta ganti-rugi pun”
            Jas mengambil tempat disebelah abang. “Wait a second. Did you call him ‘abang’?” Dara menyoal. Jas mengangguk. “You bukan sama umur ke?”
            Kez tersenyum. Jas tergelak. “Kami ni kembar tak seiras la” Jas menjawab. Dara mengangguk. Patutlah muka tak sama pun. Seorang lelaki, seorang perempuan.
            “No wonder”
            “Asal tak makan? Diet?” Kez menyoal Jas disebelah. “Kenyang lagi. Tadi breakfast berat. Ma buat nasi goreng ‘kan?” Kez mengangguk.
            “Awak?”
            “Dia cakap makanan kantin pedas” Jas tolong jawab. Dara memberi segaris senyuman. “Can’t cope with Malaysia’s food yet?” dia menjungkit kening. Dara terasa disindir. “Am not. I’m just not hungry
            Jas diam. Apa kes pula budak berdua ni? Dah macam nak mula perang dah nampak. “Betulke? Nanti merah pula muka anak orang putih ni makan pedas” Kez semakin galak mengusik. Dara mengetap bibir.
            “You tak percaya?” Kez segera menggeleng. Jas rasa tersepit. “Where’s the fire?” Kez tergelak. “Kedai depan sekolah. Asam pedas. Ada berani?”
            Dara terdiam. Asam pedas? Apa benda tu? “Abang!” Jas bersuara. Kez segera menekup mulut adiknya itu. “Deal?
            Dara semakin geram melihat kening itu naik turun. “Fine! Deal!” Kez tersenyum, puas. Bukan selalu boleh kenakan anak orang putih. “Kita jumpa depan sekolah”
            Kez mengangkat punggung dan berlalu tanpa bicara lagi. Dara memegang cawan air dengan erat. Geramnya! Kening tu! Senyum tu! Semuanya menyakitkan hati.
            “Emmm, Dara?”
            Dia baru perasan Jas dihadapan. “Kau serius ke?” dia menyoal. Dara segera mengangguk. Ingat aku takut sangat ke? Setakat asam pedas tu? Dia pernah masuk pertandingan makan hot chicken wings dekat Buffalo waktu di NY dahulu. Cool je walaupun Ericka kata kulit dia dah macam orang kena panggang.

******************************************************************************************************

 Seperti yang dijanjikan. Dara mengemas beg selepas loceng terakhir berbunyi. Dia melihat Jas yang diam sejak rehat tadi. “Whats wrong?
            Jas menggeleng. Dia kelihatan aneh namun Dara tidak mahu bertanya. Dia berlalu keluar dari kelas dan Jas mengekori dari belakang.
            “Kau ada masa untuk tarik diri. Nanti aku beritahu abang”
            “No way. I taknak dia dapat sebab untuk gelakkan I”
            Jas menggeleng lagi. Degil la pula anak orang putih ni. Dia tahu tak apa itu asam pedas? Dia tahu tak asam pedas Makcik Yam depan sekolah itu memang sangat sangat pedas? Jas sendiri hampir terbakar lidah bila diajak makan dengan abang dahulu.
            Mereka tiba di pintu pagar sekolah. Kez bersama kumpulanya sudah menunggu sambil berbual. Mereka segera menoleh sebaik melihat kelibatnya. “Hai” lelaki bertopi mengangkat tangan. Dara sekadar mengangguk.
            “Ini crew basket abang aku. Haris, Shaf dengan Mika”
            Mereka memberi sengihan. “So, this is the so called Alesandara Damia? Budak NY yang baru pindah sini?” Shaf menyoal, tiada nada. “Call me Dara
            Mereka berpandangan sebelum meledakkan tawa. Hantu! Dia tahu mereka gelak sebab. “Baik kau orang diam” Jas memberi amaran. Mereka menekup mulut namun masih mampu melihat senyuman yang terukir.
            “Boleh kita pergi sekarang?” Kez akhirnya bersuara. Dara segera mengangguk dan mengekori Kez dari belakang.
            “Apa kes? Tetiba budak Kez tu ajak kita orang lepak kedai Makcik Yam”
            “Deal” Jas menjawab ringkas. Budak bertiga itu memberi pandangan yang sama. Blur. “Abang terus attack Dara bila tahu dia tak makan makanan Malaysia sebab pedas”
            “Apa?” mereka bertiga bersuara. Apahal pula budak-budak ni? Dah macam three stooges dah aku tengok. “Jangan cakap dia nak suruh anak orang putih tu makan asam pedas Makcik Yam” Shaf bersuara sambil menggeleng.
            “Itulah yang aku risau. Aku rasa Dara pun taktahu apa tu asam pedas. Sengal betulla abang ni kadang-kadang”
            “Kejam”
            “Tak berperikemanusiaan” Mika menelan air liur. Jas mengeluh. “Kez tu memang suka mengusik. Tak sangka seteruk ini” Haris pula bersuara. Itulah yang aku risau. Abang macam pay attention terlebih sangat dekat si Dara ni. Dah angau ke?

****************************************************************

“Awak dah sedia? Taknak tarik diri? Masih ada masa ni?”
            Kez memberi sengihan menyakitkan hati. “You wish, mister” Kez ketawa kecil. Kemudian menggeleng. Macam manalah reaksi minah salleh ni agaknya? Agak-agak berasap tak kepala dia? Kalau sakit anak dara orang Kez, kau tanggung dan jawablah sendiri. Sudahlah hari tu kau hentak kepala dia dengan bola basket.
            “Err, Dara” dia menoleh kearah Jas disebelah. “Ini keputusan yang paling buruk pernah kau buat” Dara mengerut dahi.
            “Kenapa?”
            Jas serba-salah. Meja mereka dihampir oleh Makcik Yam bersama 2 mangkuk asam pedas yang berasap. Dara menelan air liur. Merahnya kuah! Dia memandang Kez yang tersengih sambil menjungkit kening.
            Jungkit kening. Jungkit. Aku buat wax dekat kening tu nanti baru tahu! Dia cuba menghidu makanan tersebut namun dia sudah tersedak. Jas segera menepuk belakangnya.
            “Ready?
            Dara mengangguk, penuh semangat. “Mula” Mika bersuara. Dara segera menceduk kuah dan merasa. Okay je. Dia memberi senyuman buat Jas. Namun kesan selepas itu membuatkan dia mengerti kenapa Jas sangat risau tadi.
            “Kau okay?” Jas menyoal. Dara tidak menjawab. Dia menjamah ikan pula. Lagi pedas! Mata terasa ingin berair. Dia melihat Kez selamba sahaja menghirup kuah asam pedas tanpa riak. Kecuali peluh yang meniti di rambut yang agak panjang dihadapan.
            Suapan ke 5 rasa bagai nak terbakar lidah. Sudah hampir 2 gelas air diteguknya namun rasa itu semakin kuat. Jas mengesat peluh yang menitis. Dara kuatkan semangat. Dia takkan kalah dengan lelaki ini.
            “Dara” Shaf bersuara. Dara memandang. “Muka kau. Merah gila siot” semua mata tertumpu kearahnya. “Dah macam kena panggang je aku tengok” Harris menokok. Dara hanya buat tak dengar. Dia terus berusaha menghabiskan semangkuk asam pedas.
            10 minit kemudian, hanya tinggal kuah sahaja. Mulutnya terasa ingin mengeluarkan api sahaja ketika ini. Pedasnya yang amat sangat. Lebih pedas dari hot chicken wings di Buffalo. Dia meneguk segelas air lagi.
            “Done!” Kez meletak sudu diatas mangkuknya yang licin. Dia memberi senyuman. “Tak habis lagi?” dia menyindir. Dara segera menyuap beberapa sudu. Kez tersenyum. Comel! Setelah berhempas-pulas, dia akhirnya habiskan juga semangkuk asam pedas itu.
            “I’m done” mereka memandangnya, tidak berkelip. Dara meneguk gelas air sejuk yang tertahan. “Wow! Aku kagum!” Shaf bersuara.
            “Aku lagi kagum tengok muka dia” Mika menambah. “Merahnya muka kau” Jas mengesat peluh yang menitis. Dara menekup tisu di hidung yang sudah berair.
            “Well done. I’m impress
            Jas dan yang lain menggeleng. Sama-sama degil! Sama-sama gila! “Dah habis? Ada nak deal apa-apa lagi? Nak tambah semangkuk lagi?”
            “No” mereka menjawab, serentak. Yang lain tergelak. Kez melihat Dara yang masih berpeluh. Kasihan pula. Dia mengambil tisu sebelum mengesat rambut hadapan Dara yang sudah basah. Darah kaget. Yang lain bagai nak keluar biji mata.
            “Kesian. Muka awak merah sangat”
            Dia memberi senyuman, damai. Tidak lagi menyakitkan hati. Makcik Yam hadir bersama air susu ais. Kez menghulurkan kepada Dara. “Minum ni. Hilang sikit pedas tu” Dara sekadar menurut. Kez tersenyum.
            Dia menoleh kearah kawan-kawanya yang bagai kena sampuk. “Apa hal?”
            “Gila!”
            “Sawan”
            “Kasanova tahap pertama” Harris menunjuk ibu jari. Jas mengetuk kepalanya. Dia memandang abang, geram. Sah abang aku ni dah gila! Ada ke nak mengorat guna cara ni? Agak-agaklah. Kawan aku dah macam ayam lepas kena panggang macam dekat bazaar ramadhan tu.

*******************************************************************************

 “Kau okay tak ni?” Jas menyoal risau. Sejak peristiwa asam pedas semalam, Dara nampak lemah semangat. Bila ditanya dah pergi hospital, dia cakap dah. Tapi keadaan masih tak berubah.
            “I okay”
            Jas duduk disebelah. Dara sudah meletakkan kepala diatas meja. Mukanya sedikit merah. Jas meletakkan belakang tangan di dahi Dara. Dia terkejut.
            “Weyh, kau demam ni”
            Dara membuka sedikit mata. “Hah?”
            “Kau demam. Asal datang sekolah lagi?”
            Dara mengerut dahi. “Asal?” dia tidak faham. Jas menghela nafas. “Kau demam. Kenapa datang sekolah?”
            “Oh. Hari ini test maths. I kena ambil. Kalau tak, kosong”
            Jas mendengus. Ini semua salah abang. Buat lawak yag tak lawak sungguh. Dia jadi kasihan. Pasti sukar untuk Dara menerima semua perkara baru ini. “Kau ni. Buat aku risau je la”
            Senyuman hambar diberi. “Jangan risau. Kejap lagi aku okay”
            “Apa jadi?
            “Sebab abanglah. Buat-buat tak tahu pula”
            “Apahal pula dengan abang?”
            Jas mendegus. “Sebab abang buat lawak luar alam ajak dia makan asam pedas. Sampai demam budak tu”
            Kez mengerut dahi. Dara demam? Sebab asam pedas? “Kenapa dia datang sekolah pula?” dia menyoal. Risau jugaklah. Anak orang tu. Kalau jadi apa-apa, sapa nak tanggung?
            “Sebab hari ni ada test maths. Cik Nadia dah warning awal-awal. Siapa tak hadir, dia terus bagi kosong”
            Dara membuka mata yang terasa lemah. Aku dekat mana? Dia memerhati sekeliling. Otaknya baru berfungsi. Sekolah! “Jas” dia memanggil, lemah.
            “Kau dah bangun?” dia menghampiri. “Aku dahagalah” dia mengadu. Sakit sebegini, dia sangat perlukan mama. Airmata tumpah dengan mudah. Jas gelabah.
            “Okay. Okay. Jangan nangis. Aku beli air untuk kau”
            Dara mengangguk. Mata ditutup semula. Kez duduk disebelah dengan berhati-hati. Tidak mahu menganggu gadis itu. Merahnya muka! Itulah kau Kez. Nak deal pun benda pelik-pelik. Teruk budak ni kena bahan kau!
            Esakan kecil kedengaran. Kez kaget. Dara nangis ke? Dia tak keruan. “Mama” dia menutur perlahan. Hah? Mama? Dia nak mama dia ke? Kez menggaru kepala.
            Airmata mengalir lagi. Kez tersentuh. Dia mengesat airmata yang mengalir dengan jari. “I’m sorry” dia menutur, perlahan. Dara masih tidur. Kez mengangkat tangan penuh berhati-hati sebelum menggosok kepala Dara dengan lembut. Hatinya berdebar.
            Dara kelihatan lebih selesa berbanding tadi. Kez diam memerhati. She look like angel when sleeping. Dia memuji sendiri. Apa gila kau Kez? Takkan dah sangkut dengan anak orang putih? Kez menggeleng. Kau memang gila la, Kez. 

8 comments:

  1. hahaha yeahh ada pon entry~ best2. keep it up! why not awak letak gambar dara skli ke ? so that readers bole tahu muka dara camne. suggestion only *anne*

    ReplyDelete
  2. hmmm. interesting. tapi payah nak cari gambar orang rambut blonde :)

    ReplyDelete
  3. da kta ank org putih amek jela artis org putih or artis mane2 yg rmbt blonde.. best la dara... tp xkan dye xrindu kat kawan2 kat NY?

    ReplyDelete
  4. Boleh..cari je..yg comel2 tau. menunggu enti demi entri.Good job!

    ReplyDelete
  5. eunhae diela : mungkin taylor swift sesuai. nanti saya upload. dia sentiasa rindu kawan2 dia tapi dia akan stay Malaysia buat masa sekarang.

    shafiza : thanks :)

    ReplyDelete
  6. wahh nanti mesti kez suka dara kan, x sbr nak tngu next entry <.lisa>

    ReplyDelete
  7. HAHA. kez suka buli dara. tunggulah next entry nanti ye :)

    ReplyDelete
  8. good job , cepat2 lah updet :)

    ReplyDelete