Tuesday, 11 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 4


Judy datang tergesa-gesa selepas dapat telifon dari guru kelas Dara. Dia masih dalam keadaan separa mengantuk dan separa terkejut. Tak sangka. Baru hari pertama Dara dah buat hal.
            Dia tiba di bilik pengetua. Rasa macam dirinya pula yang dikenakan hukuman. Dara. Dara. Perangai dekat New York tak boleh diubah ke? Dia mengetuk pintu bilik pengetua selepas mendapat kebenaran daripada kerani sekolah.
            “Ye?” wajah wanita berkaca mata itu ditatap. “Saya penjaga Alessandara Damia” dia bersuara. Dara menoleh melihat Judy berdiri di pintu. Shit.
            “Jemputlah”
            Judy masuk dan kemudianya duduk disebelah Dara yang membisu. Judy serba-salah. Nak cakap apa? Selalu, D yang uruskan semua ini. Tapi D cool je walaupun kena panggil dengan pengetua. Adakah dirinya harus jadi macam D?
            “Saya sebenarnya tak mahu memanggil cik Judy memandangkan ini kesalahan pertama Alessandara” pengetua memula bicara. Judy mengangguk penuh fokus.
            “Tapi sebagai pengetua, saya nak penjaga diberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku disekolah ini. Sewaktu rehat tadi, Alessandara telah bergaduh dengan Eva”
            Judy terkejut. Bergaduh? Dia menoleh kearah Dara. Langsung Dara tak menoleh ke arahnya. Judy menghela nafas. “Sebab apa, cikgu?”
            Pengetua menggeleng. “Dara taknak buka mulut. Eva pula membisu. Saya tak nak paksa jika itu keputusan mereka berdua”
            Dia mengeluh pula. Hari pertama sekolah dah bergaduh? “Saya rasa lebih baik cik Judy bawa Dara pulang ke rumah dahulu. Saya yakin Dara tak bermaksud untuk lakukan semua ini”
            Judy mengangguk. Dia sendiri tak tahu nak kata apa-apa. Nasib baiklah pengetua ni jenis yang cool dan bukanya bossy tak tentu hala. “Baiklah. Terima kasih, cikgu”
            Mereka bangun bersama. Judy menarik tanganya dan memberi isyarat. Dara mendengus. I hate doing this. Thank you, teacher” pengetua mengangguk dengan senyuman. Dara berlalu dahulu sementara Judy mengucapkan terima kasih.
            Dara menuruni tangga bangunan sambil menggalas beg. Dia rasa ingin menghilangkan diri ketika ini. Judy pasti akan membebel. Judy pasti akan marah. Namun semua itu harus dihadapi kerana dia tak punya tempat untuk dituju. Kalau di New York, boleh lari rumah Anne.
            Dia terkejut apabila pintu kereta Toyota Camry berbunyi. Dara masuk dan duduk didalam tanpa bicara. Kemudian, Judy duduk di tempat pemandu. Pintu ditutup. Suasana sunyi sekali. Dara menekan butang radio. Judy menutupnya semula.
            Tekan lagi. Judy tutup. Dia mendengus. Sekali lagi. Judy menepuk stereng sebelum menutup dengan kasar. “What the hell are you doing?”
            Dara menoleh. “I want music. I need music. What wrong with you?
            Judy mendengus. Dia benar-benar marah. Semuanya akan pulih jika Dara hanya cakap I’m sorry. Tapi dia tahu Dara keras kepala. “Jangan cuba tukar topik kita, Dara! You tahu you bersalah dalam hal ini”
            Dia menghenyak kusyen dengan rasa geram. Shit. Shit all this. School is hell. I hate it. Judy menghela nafas, cuba mengawal perasaan marah ketika ini. Kalau dua-dua api, pasti akan meletup. Biarlah dia jadi air kali ini.
            “What happen? Why did you fight? Don’t you learned your lesson last time?
            Diam. Sengaja ingin menyakitkan hati. Judy mengenggam stereng. Sabar je la. Perangai Dara yang degil memang menguji kesabaran.
            “I’m talking to you, Alessandara. Don’t push my limit!”
            Dara menoleh dengan rasa sebak. “Everything! Everything is wrong. Me staying here. This stupid school. Stupid student. I hate it. I hate it with all my guts. I want to go home. This is not my home! I hate here!
            Judy terkedu. Mata Dara sudah bergenang namun dia pantas menyeka. Dara. Dia merasa Dara sangat jauh ketika ini. Semuanya serba tak kena. I ambil keputusan yang salah ke D? I paksa Dara tinggal disini sedangkan dia tak gembira. Salah I ke?
            Dara memeluk tubuh dan membuka radio. Sengaja dikuatkan untuk memberi isyarat supaya Judy tidak bertanya lagi. Judy menghela nafas. Dara sangat sukar digapai ketika ini. Walaupun mereka hanya bersebelahan.
            “Dara” dia bersuara, lembut. Dara memusing tubuh menghadap tingkap dan memejamkan mata. Judy mengeluh. I’m sorry. Dia tak mampu lihat Dara seperti ini. Akhirnya gear reverse dimasukkan dan dia kemudianya menekan pedal minyak. Kereta Toyota Camry berwarna perak itu menyusur keluar dari bangunan sekolah. 


****************************************************************************************

Pintu bilik diketuk. Tak rasa nak buka pun. Biarlah. Hatinya perlu dicool down terlebih dahulu. Dara membaringkan diri diatas katil memegang frame gambar mama. Airmata turun membasahkan cadar katil. Dia tak sekuat mana. Semua ini benar-benar menyusahkan.
            “Dara”
            Suara Judy memanggil. Dara hanya buat tak endah. Biarkan. Anggap je la I dah tidur. Dara tak pernah marahkan Judy. Lagipun, ini keputusanya. Tapi semua yang berlaku tadi buat dirinya benar-benar hilang sabar.
            “Dara, open the door. Please
            Rayuan Judy tidak mengusik perasaan. Dia hanya mahu bersendirian. “Go away” suara dikeluarkan walaupun terpaksa.
            Mom. It’s really hard. I don’t know if I make a right decision to stay here.
            Terasa nak meraung je. Kalau mama ada, tak lama dia meraung. Peritnya hati. Susahnya nak berhadapan dengan orang yang suka judge berdasarkan luaran.
            “Dara” dia kaget. Itu bukan suara Judy. “Ini nenek sayang. Bukalah pintu ni”
            Dia bangun mengesat airmata yang mengalir hingga ke pipi. Lambat dia bangun membuka kunci dan pintu. Nenek memandang dengan rasa risau. “Boleh nenek masuk?”
            Angguk. Dia berlalu duduk di atas katil semula. Nenek memandangnya bersama helaan nafas sebelum duduk disebelah. Pasti Judy dah ceritakan semuanya. “Dara tak turun dinner pun tadi”
            “I’m not hungry” dia menjawab ringkas. Perutnya memang kenyang walaupun tak jamah apa-apa lepas balik dari sekolah tadi.
            Nenek mengangguk tanpa soal. “Judy beritahu nenek apa yang berlaku di sekolah” nenek bersuara, perlahan. Dara hanya diam. Dia dah bersedia dengan kemarahan nenek pula.
            “Dara okay? Nenek dan suruh maid buang baju tu. Esok, pakai baju baru ye?”
            “It’s okay”
            Nenek menghela nafas. Dara masih terasa jauh walaupun sudah hampir 3 minggu disini. Sukar sekali untuk memahami apa yang Dara rasai. Benar kata, Judy. Mereka berdua perlukan masa yang banyak.
            “Dara boleh cerita pada nenek kalau Dara mahu. Nenek sentiasa ada untuk mendengar”
            Diam. Dara tahu nenek cuba untuk rapat tapi semua ini ambil masa. Bukan semudah ABC. “I’m fine. Don’t worry.”
            Nenek sedikit kecewa walaupun sudah menduga. Judy beritahu Dara bergaduh dengan teman sekelas tadi. Tapi taknak beritahu sebab apa. Nenek ingatkan dia mampu buat Dara beritahu apa yang berlaku sebenarnya.
            “Dara sayang” nenek memegang tangan Dara dengan lembut. Cucunya itu menoleh. “Apa yang berlaku antara nenek dan arwah mama, bukan salah Dara. Semua itu kerana sikap ego kami berdua. Jangan seksa diri Dara dengan masalah itu. Nenek mahu Dara gembira duduk disini”
            “Then, why you make that decision? You let her go away. Don’t you miss her? Why don’t you call her to come back?
            Diam. Dara sedikit kecewa. Sampai bila-bila pun dia takkan dapat rungkai masalah sebenar nenek dan mama. Kalau itu berlaku, sampai bila-bila pun hubunganya dengan nenek takkan pulih.
            “Dara” nenek bersuara, lemah. Dara menggeleng. Stop it. This thing hurting me again and again. Kamu semua pentingkan diri sendiri. Do you know how we live there? How much hurt that mom get? She hurt herself to not think about all of you. Even if she misses you that she can die, she can’t back home”
            Dia menghela nafas. Nenek takkan tahu penderitaan mama. Kerana dirinya sahaja yang selalu disamping mama. Kerana dia yang melihat airmata mama walaupun mama cuba sembunyikan. Peritnya hidup dibuang keluarga sendiri. Takkan ada sesiapa mampu membayangkanya.
            “Maafkan nenek”
            Hatinya semakin perit. Bukan itu yang diminta. Bukan itu yang diinginkan. Dara turun dari katil. Dia sudah tidak mahu berbicara. Dia berlalu ke tandas tanpa menoleh. Pintu bilik air ditutup dan airmata kembali menitis. Shit all this.

**************************************************************************************

            Esoknya dia keluar dari rumah tanpa menunggu Judy. Nenek pun tak ditegur. Sarapan yang disediakan dipandang sepi. Tak rasa nak makan langsung. Perut tentu dah masuk angin sebab tak makan sejak pulang sekolah tadi.
            Dia pergi ke sekolah pun dengan dihantar oleh driver. Kalau dia tahu jalan dengan menggunakan bas, dah lama Dara buat. Hatinya masih sakit. Judy tak pernah cuba faham. Yang Judy tahu hanya Give them chance, Dara. Give them chance. The hell with chance. Did THEY give me chance?.
            Semua ini salah. Dia seharusnya naik sahaja flight terus ke New York dan tak pulang-pulang lagi. Tapi Dara, sanggup ke kau buat macam tu bila tahu nenek bertarung dengan maut? Langkah berhenti apabila dia disoal seperti itu.
            “Aduh!”
            Tindakan drastiknya itu buat orang dibelakang merempuh tubuhnya dan mereka sama-sama terjatuh. Perit. Tanganya terseret diatas koridor. Nasib baik tak terkoyak kulit. Hanya calar sahaja. Dara menoleh melihat gadis itu membetulkan cermin mata yang sudah melurut di atas hidung.
            “Maaf. Maaf. Saya tak nampak tadi”
            Tak jadi nak marah bila lihat gadis itu beria meminta maaf. Dara bangun memerhati dia yang sedang mengutip buku. Dia kemudianya tunduk mengutip buku yang berada hampir dengan kakinya. Mereka bertembung mama. Senyuman diberi terlebih dahulu.
            “Terima kasih” entah kenapa, dia senang mendengar ucapan itu. Dara melihat dia bangun dengan bersusah-payah. Mana nak bawa buku-buku lagi. Nak betulkan kain lagi. Dara hanya memeluk tubuh. Dia bukanlah jenis mesra alam bila pertama kali jumpa.
            “Saya tergesa-gesa tadi sampai tak nampak awak berhenti. Saya kena hantar buku latihan ini di bilik guru sebelum loceng bunyi”
            Dia terus memberikan alasan walaupun Dara tak bertanya pun. “Eh?” jari tunjuk dikeluarkan. Dara terkejut. Apa kes minah ni? Nampak hantu belakang aku ke? Dia menoleh ke belakang sebelum kembali memandangnya.
            “Awak anak orang putih itu ‘kan?” senyuman semakin lebar. Dara buat muka bosan. Here it comes. Dia sudah bersedia dengan kata-kata selepas ini.
            “Gembira jumpa awak. Saya Jas”
            Tangan dihulur tanpa kata-kata yang menyakitkan hati. Dia akui dirinya terkejut. Agak lama jugalah dibiarkan tangan Jas tak bersambut. Sehingga Jas sendiri yang bersalam denganya. Dia ketawa, riang.
            “Awak mesti Dara ‘kan?”
            Angguk. Dia masih terkejut. “Saya dengar cerita pasal awak sejak awak masuk sekolah semalam. Tapi tak sempat berjumpa dengan awak. Wah, awak nampak lebih cantik dari apa yang mereka ceritakan”
            Mereka? Dara menghela nafas. Apa agaknya yang mereka ceritakan? “Rambut awak. Cantik!” ibu jari diangkat dengan penuh rasa kagum. Dara tergelak, kecil. “Ini rambut betul. Bukanya dye” dia akhirnya bersuara. Jas bertambah terkejut.
            “Serius? Untunglah awak. Orang disini sibuk nak rambut macam awak”
            Senyuman diukir. This girl is interesting. Jas menayangkan giginya. “Okaylah. Saya nak kena gerak dulu. Nanti ustaz bising. Jumpa awak lagi” lambaian diberi. Dara hanya memerhati. Orang pertama yang tak pandang serong padanya.

“Menung!”  
            Dia melihat Jas disebelah. Mata tidak berkelip. Terkejut disergah seperti itu. “Am not. I tengah fikir benda tadi”
            Jas menggeleng. “Nah, air milo kotak favourite kau”
            “Thanks
            Mereka diam menghirup air masing-masing. Suasana di kantin riuh dengan pelajar yang lain. Mereka berdua hanya minum memandangkan selepas sekolah mahu ke Pizza Hut. “Dara”
            “Hmm”
            “Nak gi jejalan?” dia menyoal. Dara mengerut dahi. “Kita pegi gelanggang basket nak?” dia menjungkit kening. “Basket? For what?
            “Saja” senyuman licik diberi. Macam ada yang tak kena. Jas bangun dengan segera dan menarik tangan Dara untuk bangun bersama. “You tak bosan buat rutin yang sama dekat sekolah?” dia menyoal ketika mereka menyusuri koridor.
            “Maksud you?”
            “Iyalah. Datang sekolah. Berlajar. Rehat. Lepas itu berlajar balik. Kemudian balik. Takda fun langsung”
            Dara tergelak kecil. “I baru sampai 2 minggu je dekat sini, Jas. Takda masa nak bosan lagi. Everything is still new to me. The rules. The uniform. And the weird faces when they ask for my name
            Jas ketawa. Bab nama tu memang tak dinafikan. Siapa tak pelik tiba-tiba Alessandara bertukar Dara? Dia yang tahu pun hampir gelak juga waktu itu.
            “Iyalah. Nama kau unik. Lain dari lain”
            “Bukan sebab nickname I tuh sama erti dengan virgin?” dia menyakat. Jas mengangkat 2 tangan. “Bukan salah kau diberi nickname seperti itu”  
            Dara ketawa, kecil. Tanpa sedar, mereka tiba di gelanggang basket. Kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermain dan sekumpulan perempuan sedang melihat dengan senyuman bermakna. Dara mengerut dahi.
            “Marilah. Tak nampak kalau dekat sini”
            Jas menarik tanganya untuk lebih menghampiri basket. Sebaik perasan kehadiranya, semua mata pelajar perempuan menoleh kearah mereka. Dara sedikit rimas melihat pandangan yang membunuh itu. Kalau betul la, dah banyak kali dirinya terbunuh.
            “Kenapa dia datang sini?”
            “Ala, nak tunjuk muka dia yang putih dengan rambut perang dia itu la”
            “Sibuk je. Nak pikat Kez la tu”
            Dara semakin rimas. Hatinya kalau dah panas, perangai buruk pun akan keluar. Eva disebelah memberi senyuman sinis. Dara menahan kemarahanya ketika ini.
            “Hoi budak perasaan”
            Panggilanya tidak dibalas. Dara sengaja berpura-pura melihat gelanggang. Eva mulai geram. Berlagak sungguh! “Hoi!”
            Bahunya ditolak kasar. Dara menoleh. “What do you want? Tak reti duduk diam ke?”
            Eva tergelak. “Reti pun cakap BM. Ingat dah lupa”
            The same thing again and again. BM, BM. Kalau tak reti cakap, mati ke? Kena bunuh diri ke? Bukanya taknak bercakap tapi bagilah masa. Bukanya otak aku ni otak kamus Dewan Bahasa dan Pustaka!  
            “You ni kenapa? Masalah ke kalau I tak reti cakap BM?”
            Eva menjuih bibir mengajuk. “You I konon. Rasa nak muntah aku dengar”
            Penumbuk sudah dikepal. Eva dah nampak kecil je sekarang ni. Cool, Dara. Cool. This bitch is nothing compare to you. Dia menghembus nafas. “Kau dekat sini buat apa? Nak mengorat?”
            Such a narrow-minded. Patutlah perangai macam kampung. Tak reti cakap bahasa ibunda je cakap lupa daratan. Datang tengok orang main basket pun kena cop nak mengorat. Sejak bila bangsa aku jadi macam ni?
            “Well, samalah dengan you. Kenapa disini? Nak mengorat je?”
            Walaupun dia taktahu apakebenda sebenarnya perkataan mengorat tuh. Hentam je la. Rasa puas bila lihat wajah Eva berubah. Jas disebelah ketawa, kecil. Eva semakin geram.
            “Kenapa Jas? Kau nak bagi saham naik, kau kawan dengan minah salleh celup ni?” Eva mengalihkan serangan kepada Jas pula. Perempuan, perempuan. Sebab inilah banyak kes tarik rambut dalam sekolah. Tak faham kadang-kadang. Suka sangat cari pasal tak tentu arah.
            “Apa masalah korang? Jealous? Kau orang yang minah salleh celup. Rambut dah macam air karat rumah opah aku”
            Dara menahan senyum. Not bad, Jas. “At least, kami takdalah cakap. Alesandara Damia. New York. 17 years old. Cakap melayu la? Mak kau tak ajar cakap melayu ke? Dah lama sangat tinggal NY sampai tak reti cakap bahasa sendiri?”
            Darahnya kembali mendidih. Jas mengalih pandangan. “Since baby, I tinggal New York. Of course, my Malay language is not good as my English. Tapi you all duduk sini sejak lahir ‘kan? Kenapa cakap Melayu pun menyakitkan hati orang?”
            Jas kaget. Amboi, minah salleh ni. Reti berbalas kata dalam Bahasa Melayu ke? Wajah mereka berubah. “Berlagak!”
            Mereka mengangkat kaki dan berlalu. Dara mengetap bibir. Sabarlah wahai hati. Ini dugaan, Dara.
            “Bila disini, akan ramai yang judge you based on the appearance. Nenek mahu Dara sabar ye. Nenek tahu cucu nenek kuat”
            Pesanan Nenek yang menahanya daripada meletup dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan. “You’re great, girl” Jas memberi sengihan.
            “Walaupun rasa nak gelak juga”
            Dara mengerut dahi. “Why?
            “Serius Dara. Kau kena ubah slang kau. Tadi dah cool habis tapi slang kau buat aku nak gelak pula”
            “What wrong with my slang? At least, I try? Nanti ada orang cakap I lupa asa-usul la. Lupa daratan la. Minah salleh celup la”
            “Wo, wo. Cool down. Taka pa. Kau cakaplah macam mana pun. Janji orang lain faham sudah. Pedulikan orang nak cakap apa. Orang memang suka mengata orang lain. Tak tengok diri sendiri”
            Dara melepaskan keluhan sebelum duduk diatas kerusi. Sungguh dia rindu New York. Anne, Zach, Ericka, tak pernah persoal pun pasal language dia. Pasal rambut perang dia. Kenapa orang disini dah jadi macam hakim tak bertauliah pula?
            “Kau okay?” Jas menyoal, lembut. Dara sekadar mengangguk.  “I need time to cool down” Jas diam. Dia faham Dara terasa. Tentu sukar untuk sesuaikan diri selepas hampir berbelas tahun di luar negara. Jas semakin kasihan. Persepsi orang terhadap Dara memang tak baik. Tambah-tambah lagi bila Dara tak berapa fasih Bahasa Melayu.
             “Tak payah fikir sangatlah. Tak berbaloi pun”
            Dara menoleh. “Berbaloi? Macam kamdar punya tagline tuh?” Jas sudah meledakkan tawa. “Weyh, mana kau tahu lawak tu?”
            Jas sudah menekan perut. Boleh tahan minah salleh ni. Lawak melayu pun dah makin pandai. Tak lama lagi boleh jadi Gadis Melayu dah. Bukan Miss Universe.
            “Hati-hati”
            Tiba-tiba, kepalanya terasa pening. Dara memegang kepala sebelah kiri. Terasa seperti bintang menggelilingi kepalanya ketika ini. “Dara. Dara” suara Jas kedengaran.
            “Kau okay tak ni?”
            Dara diam. Seketika kemudian, keadaan kembali seperti biasa. “Sorry. My mistake” lelaki disebelah pula bersuara. Dara memandangnya. “Ya Allah. Darah” jeritan Jas membuatkan mereka di gelanggang turun berlari menghampiri. Dara masih keliru.
            “Bawa dia ke hospital Kez”
            “Gila. Waktu sekolah lagi ni”
            “Bawa dia pergi bilik rehatlah”
            “Jas bawa dia”
            Semuanya gelap dengan tiba-tiba. Namun dia sempat mendengar Jas menjerit memanggilnya sebelum tubuh terasa ringan sahaja. 

****************************************************************************
“Abang punya pasal la ni”
            “Mana nak tahu kena dia?” lelaki itu membalas.
            “Sampai berdarah kepala dia. Kalau family dia saman abang, baru padan muka” Jas memberi ugutan yang nada serius
            “Teruk sangat ke?” lelaki itu kedengaran risau.
            “Tak tahulah. Kepala anak orang abang”
            Dara membuka mata dengan perlahan-lahan. Pandangan kabur namun kembali stabil setelah beberapa ketika. “Jas” dia memanggil, lemah. Dara meraba kepalanya yang sudah dibalut.
            “Kau dah bangun?”
            “Where am I? Where’s Zach?” Jas diam menggaru kepala. Sudah! Siapa pula si Zach ni? Dara pengsan sampai New York ke? Dia menoleh kearah abang yang sekadar menjungkit bahu.
            “Kau di bilik rehat. Tadi kau pengsan”
            Dara diam, cuba mengingati semula peristiwa yang berlaku. Kemudian dia mengangguk. “Oh. I ingat dah” Jas menarik nafas lega. Syukur sangat. Kalau tak, jenuh nak kena cakap dengan ma, pa. Kena jawab dengan keluarga Dara lagi.
            “Nurse kata tak apa-apa. Cedera sikit je. Tapi you dapat MC 2 hari”
            “You call my family?” Jas menggeleng. “Aku ingat nak telifon lepas kau sedar. Takut dia orang risau pula”
            “Don’t”
            Jas mengerut dahi. “Kenapa?” Dara menelan air liur yang terasa kelat. “I taknak mereka risau. I’m fine. Cedera sikit je”
            Dara memandang lelaki disebelah yang berpakaian basket. Dia memberi senyuman, kekok. “Hai” tangan diangkat. “Sorry. Saya yang buat awak sampai macam tu”
            Jas melihat Dara yang masih belum mencerna ucapan abang sebentar tadi. “Ini abang aku. Khairul Muslim. Tapi semua panggil Kez je”
            “Awak okay? Nanti saya hantar awak ke hospital. Check mana yang patut”
            Dara menggeleng. Dia lebih mengetahui keadaan diri. “No thanks. I tak apa-apa” Kez sekadar mengangguk. Dia hairan sebenarnya. Ini ke minah salleh yang heboh dikatakan sejak 2 minggu yang lepas? Cantiknya! Memang macam minah salleh. Rambut perang dia nampak asli. Mungkin sebab lain dari rambut air karat bak kata Jas berbanding rakan-rakan sekelasnya yang lain.
            “Okay. Sekarang kau rehat dulu. Aku dah beritahu cikgu Siti. Jadi, tak payah risau. Kau rehat sini sampai habis sekolah”
            Jas membaringkan Dara semula ke atas katil sebelum menyelimutkan tubuh gadis itu. Dia risau namun lega melihat Dara masih seperti biasa.
            “Tidurlah. Nanti kalau loceng dah bunyi aku kejutkan kau”
           
*******************************************************************************

 “Hey Dara”
            Sepantas kilat dia menoleh. Judy memandang bersama baskin robin perisa coklat chip. Dia mengawangkan aiskrim itu dengan sengihan.
            “Apa sengih-sengih?” dia menyoal, berpura-pura marah. Judy memuncungkan mulut sebelum duduk disebelah Dara. “Tengok cerita apa?”
            “CSI” sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sabar je la. “Nak?”
            Dara memandang bersama kerutan. “Taknak sudah” sudu berwarna merah jambu itu segera disambur bersana bakul aiskrim. Judy memberi senyuman. Dara merajuk tak lama. Dia tahu tentang itu.
            “Ini bukan dah tengok ke? Pembunuh dia pakcik dia kan?”
            “Entah. I rasa macam cerita baru je”
            Judy memandang tv. Bukanlah nak tengok sangat. Tapi ini je saat yang sesuai nak berbual. Sejak pergaduhan itu, Dara dah sedikit jauh. Judy tak pernah berharap mereka jadi seperti ini. “You nak cakap sesuatu ke, Jude?”
            Kaget. Huh? Dara masih melihat tv dihadapan. Judy mengangguk. Dara dah buka ruang. “Look. I’m sorry. I tak patut marah you macam tu. Semua ini sukar untuk you. I sepatutnya lebih memahami”
            Diam. Judy melihat Dara tidak bereaksi. Dia menghela nafas. “I tahu sukar untuk you cope dengan semua ini. I cuma berharap you tak hanyut. Salah you sebab bergaduh dengan budak tu. Salah I sebab tak memahami dan marahkan you”
            “Jude” dia memanggil, menghentikan Judy yang masih ingin berbual. “Hmm”
            “I’m sorry too” dia menoleh dengan wajah bersalah. Judy terkejut. “I tak seharusnya bergaduh. Perkara ini hanya kecil sahaja. I’ve to learn how to control my anger
            Judy mengangguk, bersetuju. Dara mungkin bukanlah jenis baran tapi jika ada sesuatu yang menyakitkan hatinya, Dara akan buat perkara di luar kawalan. “Boleh I tanya?”
            Dara hanya mengangguk. Sedap sungguh chocolate chip ni. Dia menjilat sudu ditangan. “Kenapa you bergaduh? Dia ada cakap apa-apa ke?”
            Tangan yang ingin menceduk aiskrim terhenti. Judy diam disebelah. “Dia cakap pasal mama” balasnya, tenang. Mama? “Dia cakap apa pasal D?”
            “Hmmm…tentang macam mana mama I tak reti jaga anak dia. Tentang macam mana mama I buat anak dia lupa daratan. Tentang mama I yang tak reti ajar anak dia bahasa ibunda sendiri”
            Dara. Judy memanggil lemah. Patutlah dia naik angin. Sekelip mata dia semakin rasa bersalah. Kalaulah dia tahu sebab mereka bergaduh. Pasti Judy takkan marahkan Dara. “I’m really sorry, babe
            Dara menggeleng. Bukan salah Judy. Mungkin betul cakap mereka. Tapi itu bukan salah mama juga. Kalau dengan puaskan hati mereka, mampu kembalikan maruah mama, Dara akan lakukan. Walaupun sangat sukar.
            “I letih dengan semua ni. So, I dah buat keputusan”
            Judy mengerut dahi. Dia nak balik New York ke? Dara menoleh memandang Judy dengan wajah serius. “I akan berlajar BM. I akan berlajar tatasusila masyarakat disini. I akan lakukan semuanya jika itu buat I diterima dalam kelompok mereka”
            Terkebil-kebil Judy memandang Dara yang nyata sangat serius. “Dara” dia bersuara, perlahan. Senyuman segaris diberi. Ya. Kalau itu buat dia diterima. Dara akan lakukan. 


5 comments:

  1. bile kawan2 dara nk muncul?
    msti best kalu kwn2 dara skola kat malaysia

    ReplyDelete
  2. Best! TUnggu lama kat P2U..updated best..dah hantar manuskrip ke mana2 penerbit? Ada potensi untuk versi cetak nih

    ReplyDelete
  3. eunhae diela : tak pasti kawan dara datang ke tak. Dara mungkin ada seorang je kawan. Jas. Sebab yang lain typical dengan rambut blonde dia :)

    shafriza : tak hantar mana-mana lagi. saya cuba di p2u sekadar suka-suka :)

    ReplyDelete
  4. Cite ni best. Hari2 sy refresh blog nie tunggu entry baru hehe

    ReplyDelete