“Lawa gelang”
Jas memandang dengan
sengihan. “Macam sama je dengan gelang abang”
Darah terasa menyerbu ke
muka. Kinah disebelah hanya ketawa. Tak membantu langsung. “Dah dapat hadiah
hari jadi ke?”
“Jas” Dara bersuara, malu.
Jas tersenyum.
“Walaupun jauh, masih
rapat. Cemburu aku”
Dara menampar lengan Jas.
Puas kena bahan dengan Jas sejak dia lihat gelang itu ditangan. Dara sabarkan
je hati sebab Jas takkan berhenti menyakat sehingga puas hati.
“Patutlah layan tak layan je si Arieff tu. Abang
dah cop dahulu”
“Jasmin Alwani!”
Dara memandang, geram. “I baling bola basket nanti”
“Tengok tu. Nak baling pun guna bola basket ke Dara? Rindu le tu”
Dara melepaskan keluhan.
Dia kemudianya menggeleng. “Habislah kau, Dara. Kena bahan teruk dengan si Jas ni”
“Itulah. Kawan siapalah
dia ni”
Jas memberi sengihan. “3
minggu lagi abang balik. Dia nak kau ambil dia ‘kan?”
Dara mengangguk.
Sungguhlah kembar. Semua benda dikongsi bersama. “Untunglah” Kinah disebelah
bersuara. Dara menggeleng. Malas nak layan.
******************************************************
“Haiyarkkk” Dara mengeliat
ke kiri dan kanan setelah penat merenung buku micro yang berada diatas meja.
Test, test. Rasa nak
hentak kepala atas meja. Kalaulah otak dan mata boleh berbicara. Tentu mereka suruh dirinya berhenti
dan berehat. Dara melihat jam ditangan. Hampir pukul 4 petang. Telifon bimbit
bergetar diatas meja.
“Ye”
“Kau mana?” Kinah menyoal.
“Library. Kenapa?”
“Aku dengan Jas nak pergi
kafe. Nak kirim
tak?”
Dara
diam sebentar. Nak makan apa hari ni? Macam kenyang pula menghadap buku hampir
2 jam. “Mee goreng taknak sayur”
Dia
mendengar Kinah mengeluh. “Besar gajah dah. Tapi sayur tak makan”
Senyuman
diukir. Nak salah siapa? Mama pun tak pernah paksa dirinya makan sayur. Begitu juga dengan Judy. Nenek dah penat membebel.
“Ala, aku memang tak
makan. Jude dengan nenek dah puas bebelkan aku. Aku nak teh ais sekali ye”
“Iyalah. Kau nak balik dah
ke?”
Dara melihat jam ditangan.
“On the way” panggilan dimatikan.
Dara segera mengemas barang-barangnya sebelum berlalu keluar.
Dia menuruni tangga untuk
ke hostel sebelum terserempak dengan Arieff yang turut ingin pulang. Lelaki itu
segera memberi senyuman. “Hai”
“Hai”
“Balik hostel?” dia
menyoal. Dara mengangguk.
“I pun. Marilah”
Akhirnya mereka berjalan
bersama untuk kembali ke hostel yang sedikit jauh. “So, you duduk mana dekat oversea?”
“New York”
Arieff mengangguk. “Kenapa tiba-tiba
you pindah sini?” dia menyoal kemudianya. Dara diam sebentar. Sejak mengenali
Jas dan yang lain, tiada sesiapapun yang pernah bertanya sebab dirinya
berpindah.
“Mama I meninggal”
Dia terkejut. Arieff melihat Dara
yang tenang. “I balik untuk
hadiri pengebumian dia. Lepas itu, I dan my sis buat keputusan untuk tinggal
disini. Lagipun, I takda
sesiapa di sana. Disini, I ada nenek dan yang lain”
Dara memberi senyuman,
nipis. Arieff memerhati. Dia seperti pernah melihat wajah Dara namun masih
kabur. “Tentu sukar selepas hidup lama di negara orang. Sukar juga untuk
sesuaikan diri dengan adat dan pantang-larang disini”
“Tentulah. Waktu mula-mula
I disini, BM I sangat teruk. Kasihan cikgu BM waktu itu. Berusah-payah mengajar
untuk I faham”
Arieff tergelak. “Tapi
sekarang BM you dah macam orang disini”
“Itu hasil usaha Jas dan
Kinah” dia memberi senyuman. Arieff mengangguk.
“Dara!” dari jauh dia
melihat mereka berdua melambai tangan. Senyuman lebar diukir. Arieff ketawa.
Macam tak jumpa setahun. Mereka berjalan pantas mendapat dirinya dan Arieff.
“Baru balik ke?”
“Ya. Lambat sungguh tunggu
nasi ayam tu. Semuanya sebab si Jas ni mengidam nak makan nasi ayam”
Lengan Kinah ditampar.
Dara hanya mampu menggeleng. “Kau balik berdua? Dengan Arieff?”
“Hai” Arieff menyapa,
selamba. Mereka memberi senyuman. “Terserempak waktu I nak balik hostel. Dia
pun nak balik jalan yang sama”
Mereka sudah memberi
sengihan bermakna. Dara malas nak layan. Budak berdua ni kalau dapat bahan. Teruk disakat. “Arieff, ini Jas dan ini
Kinah”
“Arieff Fahmi”
“I
kena pergi. Thanks by the way”
“No
biggie” senyuman diberi. Dara segera mendapatkan Kinah dan Jas sebelum
berlalu tanpa menoleh lagi. “Dah pandai balik bersama ye?”
“Diam Jas. Diam”
Kinah ketawa melihat wajah tak
keruan Dara.
****************************************************************
Suasana di Lapangan Terbang Bayan
Lepas Pulau Pinang lengang dari pelancong. Mungkin masih belum tiba waktu cuti
sekolah. Dara melihat board menyatakan
kapal terbang dari Jepun sudah mendarat. Pasti Kez sedang menunggu bagasi.
Dara bangun membetulkan baju yang
dipakai. Entah kenapa dirinya berdebar-debar. Hampir setengah tahun tidak
bertemu. Mereka pastinya akan kekok.
+mama
ajk kau dinner skali nanti
Meseg
dari Jas diterima. Dia membalas sebelum mengangkat muka. Dari jauh Dara melihat
Kez menolak troli dengan tenang. Lelaki itu kelihatan santai dengan jeans,
t-shirt, jaket dan topi serta cermin mata. Senyuman terukir sebaik mereka
bertemu mata.
Dara menghampiri Kez yang keluar.
“Hai”
“Hai. Sihat?”
Dia mengangguk. “Banyak beg?”
“Saya cuti 2 bulan”
Dara mengangguk. Ternyata, mereka
sangat kekok. “Awak nampak
kurus? Tak makan ke?”
“Busy. You pun sama. Rindu masakan Malaysia?”
Kez tergelak. Hati Dara
berbunga. “I rindu orang di
Malaysia” dia bersuara, perlahan. Dara menoleh bersama kerutan. Kez memberi
senyuman.
“Boleh pergi sekarang?”
dia menyoal. Dara segera
mengangguk dan beriringan keluar dari airport.
*******************************************
“Macam mana study?”
Kez menyoal tanpa
memandang. Sebentar tadi baru sahaja bergaduh mengenai siapa yang akan memandu.
Beria Kez mahu memandu. Begitu juga dengan Dara.
“Saya lelaki. Seharusnya saya memandu”
“Rules negara mana yang awak ikut?”
Kez
tergelak. Damia. Damia. Never thought that I’ll miss you this much. “Rules
Khairul Muslim bin Abdul Wafi”
Dara
mendengus. Masih tidak berpuas hati.
“Okay”
“Marah saya lagi?” dia menoleh
sekejap. Wajah marah Dara sentiasa menghiburkan hatinya. Siapa sangka dia akan merindui hobinya yang suka menyakat
gadis ini.
“Tak. I happy sangat”
senyum paksa sengaja dipamerkan. Kez ketawa, kecil. Dia kemudianya menggeleng.
“Apa khabar orang Perlis
tu?”
Dara menoleh. “Siapa?”
“Arieff”
dia menjawab, tenang. “Kenapa pula
you nak tahu?”
“Sebab dia kawan lelaki
awak selain saya”
Kawan. Hanya kawan. Dara tak sedar perkataan itu
menyakitkan hatinya yang mendengar. Hubungan mereka hanya kawan. Sudah 2 tahun
dan perkara itu tidak berubah.
“Dia sihat.” Kez
mengangguk. Wajah Dara sudah berubah kelat. Siapa Arieff, Damia? Saya ada hak
ke untuk bertanya soalan itu pada awak?
Dara menoleh kearah
tingkap. Airmatanya ingin gugur namun ditahan dengan kuat. Dara tidak mahu
menangis dihadapan lelaki ini. “Damia” Kez memanggil. Dara tidak menoleh.
“Alessandara Damia”
“Kenapa?” dia menyoal,
kasar. “Awak nangis ke?”
Airmata gugur dengan
mudah. Apahal kau Dara? Sejak bila jadi emo macam ni? Sejak bila kau peduli
tentang Kez?
Kez memberhentikan kereta
di bahu jalan. Dia menanggalkan seatbelt yang
dipakai sebelum menghadap Dara. Tubuh gadis itu dibawa menghadapnya. Tak
nangis? Mata tu dah merah.
“Sejak bila awak emosi ni?
Dulu saya sakatlah macam mana pun. Awak kental je”
“Semua orang berubah, Kez.
Kita bukan budak-budak lagi”
Kez diam. Damia. Apa yang
dah jadi antara kita berdua? “Ye. Kita bukan budak-budak lagi”
Suasana menjadi sunyi.
Dara mengigit bawah bibir. Itulah kau, Dara. Emo sangat kenapa? Dari elok boleh
sembang, tiba-tiba sunyi macam ni. ”Tapi”
Dia menoleh. Kez kelihatan
serius. ”Awak cemburu ke saya tanya pasal Arieff dan bukanya pasal awak?”
wajahnya sengaja dibuat serius namun Dara tahu Kez mahu menyakat lagi.
Dara tersedak. Nak ketawa
pun ada. “No!
You dummy”
Kez mengukir senyuman. Dara menyeka airmata yang sudah kering. Gila apa cemburu
dengan Arieff? Itu dah buang tabiat namanya. Kez memandang. Rindunya la.
Walaupun ramai awek Jepun yang comel-comel tapi awek orang putih ni je yang ada
dalam fikiran. Parah la kau, Kez!
Kez kembali memakai seatbelt dan kereta kembali ke jalan
raya. Dara sedikit tenang
berbanding tadi. Rasa macam budak-budak sangat. Aku ni tengah mood swing ke?
“Seharusnya saya yang
cemburukan Arieff”
“Kenapa pula?”
Kez
menghela nafas. “Sebab dia sentiasa disisi awak”
Dara
terdiam. “Siapa suruh you pilih Jepun? Bukanya dekat sini takda U untuk engineering”
Kez menoleh. “Oh-ho.
Sebenarnya, awak pun taknak saya pergi Jepun kan?”
Kaget. Alamak, macam mana boleh kantoi ni? Kez mengukir
senyuman, lebar. Dara cuba berlagak tenang. “Masuk lif tekan sendiri”
***************************************
Suasana makan malam memang
seronok. Pa dengan lawaknya. Ma dengan dramanya. Jas, dirinya dan Kez sahaja
yang rasanya masih bertahan. Penuh meja makan bila Ma buat keputusan untuk
tunjukkan bakat memasak yang sudah lama tidak dipraktikkan.
”Ala, ma kata Jas. Dara ni
ramai je peminat tapi jual mahal. Anak ma ni bukan memilih tapi nak yang
betul-betul serius”
Dara menoleh. ”Ni apahal
babit I? Nak cari gaduh?”
Jas menjelir lidah.
Nasiblah. Takkan nak tuju semua dekat aku? Apa guna kau jadi kawan? Dia kembali
memandang ma. ”Tak salah memilih, Jas. Tapi janganlah sampai jadi anak dara
tua”
”Cop!” tiba-tiba Kez
angkat tangan. Semua memandang.
”Ma takyah ingatkan. She look old enough”
Meja makan pecah gelak
dengan suara. Jas menahan geram. Bertuah punya abang. Skill menyakat tu asah
dekat Jepun ke? ”Abang jealous sebab
takda awek Jepun nak dekat abang”
Kez mencebik. Jas buat
muka. Dara ditengah hanya mampu menggeleng. Kalau dah nama kembar. Tak pernah
berubah kalau tiba bab nak bergaduh.
”Betul juga cakap Jas tu,
abang. Takkan takda awek Jepun yang berkenan dengan kamu? Dekat sini bukan main
player lagi kamu”
Huh? Player? Player basketball ke? ”Dah sangkut orang Malaysia, ma”
Zap! Dia tersedak
tiba-tiba. Apahal aku terasa pula ni? Jas menepuk belakangnya dengan lembut.
”Takpa, Dara. Jangan nervous. Kau
kenal bakal mertua kau sejak sekolah menengah lagi”
Kali ini, Kez pula
tersedak. Ma dan pa kerut dahi. Apa kena budak berdua ni? Jas dah hentam gelak
tak ingat. Sabar je la budak ni. Dara megetap bibir. ”Kamu berdua okay tak ni?”
Pa menyoal, risau. Dara mengangguk.
”Shut up, Jas” dia sempat berbisik ditelinga Jas. Temanya itu
memberi sengihan bermakna.
”Orang Malaysia? Orang
mana?” ma kembali menyoal. Darah terasa menyerbu ke muka. Apahal kau overreacted sangat Dara? Dia memarahi
diri sendiri.
”Kez dah kenyang” dia
bersuara dengan kuat sebelum mengangkat pinggan. ”Sikit je kamu makan. Taknak
tambah lagi?”
Dia menggeleng. Taknak la
dengan mulut tempayan Jas. Bertuah punya adik. Masa sekarang juga mulut tu nak
berceloteh. Takda insuran sungguh. ”Abang dah kenyang”
Jas memberi sengihan
apabila Kez merenungnya tajam. Haha. Bukan senang lihat wajah cuak abang. Wajah
terkejut beruk Dara. Sampai bila la 2 orang kepala batu ni nak luahkan perasaan
masing-masing? Nak suruh aku jadi orang tengah ke?

yer lah kenapa susah sangat nak reveal perasaan masing2. jgn smpai yg dikejar x dpt sudahlah parah nanti.
ReplyDeletejangan risau. nanti Kez akan confess juga. sabar ye :)
ReplyDeletebaguih jugak la si jas ni jd adik x sesia idup muahhahahahha
ReplyDelete