“Happy birthday, babe!” jeritan
Judy hampir memekakkan telinga Dara yang memakai headphone. “Oh my. Judy!
I boleh pekak tahu?”
Judy sudah gelak besar.
Dia nampak gembira, membuatkan Dara turut gembira. “I happy sangat. Selamat Hari Jadi yang ke 19. Wow, you dah besar. I
terharu”
Dia menyeka airmata yang
kononya turun. Dara menjuling mata. “You such a drama queen” Judy memberi
sengihan. “You balik minggu ni?”
“I tak pasti. Dengar cerita ada
khuliah ganti nanti”
Judy mencebik. “I baru nak bagi hadiah besar untuk you. Kira tak payah la ni?”
“No way. Simpan sampai I balik rumah” Judy tergelak sebelum
mengangguk. “Iyalah. I simpan sampai you balik”
Dara
tersenyum. “Nenek sihat?” dia menyoal. Kesihatan nenek sekejap okay sekejap
tidak. Nasib baiklah Judy ada untuk menjadi peneman.
“Baru
balik hospital. Darah tinggi naik lagi”
Dara
menggeleng. “Dia fikir banyak sangat” Judy tersenyum bersama anggukan.
“Biasalah. Usahawan terkenal, Dara. Dia sibuk urus syarikat dia. Nanti you
habis berlajar, you pula ambil-alih”
“I
ambek pengurusan pejabat,Judy. Macam mana nak urus syarikat? Jadi setiausaha bolehla”
“Ala, diploma je. Itupun
sebab you beria nak masuk UITM. Kalau ikut nenek you, dia nak you ambik business study dekat luar negara je”
“I taknak pergi oversea lagi” wajah Judy berubah. “Why?”
“I dah puas hidup negara
orang. Sekarang masa I jaga nenek. Sebab itulah I pilih UITM. You tahu kesihatan nenek tak baik sangat. I je yang dia ada sekarang ni”
Judy mengukir senyuman.
Dahulu mungkin Dara sangat kekok dengan nenek. Tapi sekarang, sangat rapat.
Kalau arwah D masih ada, pasti dia terkejut. Kerana sikap pentingkan diri, D
buat Dara hilang neneknya. Tapi kerana D juga, Dara bertemu semula dengan
neneknya.
****************************************
“You dekat mana?”
Dia berjalan melintasi
gelanggang mencari kelibat Jas yang tiba-tiba mahu bersenam. “I tak salin baju
lagi ni”
Dara merasa badanya
melekit walaupun tidak berpeluh. Iyalah, seharian kelas dari 8 pagi hingga 5
petang. “I nak kena tunggu dekat mana ni?”
“Pondok?”
Matanya meliar sebelum
melihat pondok berhampiran dengan tasik. Dara menoleh sebelum mendengar
jeritan. “Hati-hati”
Kakinya terasa tidak mampu
bergerak. Jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh apabila tubuhnya tidak kena
apa-apa. Dara terkejut melihat lelaki yang lebih tinggi memegang bola yang
begitu hampir dengan wajahnya ketika ini.
“Shoot. Nasib baik tak kena”
Dara terkebil-kebil
disebelah. Kenangan lama berputar dengan pantas. Bezanya, bukan lelaki ini yang
berada disisi waktu itu. Bezanya, kepalanya tidak terkena bola yang dilontar
itu.
Sekumpulan lelaki yang
bermain tadi menghampirinya yang masih terkejut. “Sorry, sorry. Nasib baik tak kena. You okay?”
Dara menganguk. “No biggie. I okay” mereka mengangguk.
Lelaki itu memberi semula bola yang dipegang. “Watch out la, bro. Kena
kepala anak orang nanti”
Lelaki itu memberi
sengihan, bersalah. “Tak apa. Saya okay”
Mereka kemudianya berlalu
ke gelanggang semula. Dara membetulkan rambutnya yang ditiup angin. “Terima
kasih”
“Arieff”
“Dara”
Senyuman diberi. Lelaki
ini kelihatan seperti kacukan cina. Tapi fasih berbahasa melayu. “Jadi, awaklah
Dara?”
“Maksud?”
Arieff tergelak. “Iyalah.
Budak office yang rambut blonde.”
Dara
mengangguk. “With a weird name too right?”
Arieff menganggkat 2 tangan. “Saya tak kata apa-apa”
“Anyway, you tunggu orang ke?” dia
menyoal. “Kawan. I patut
teman dia jogging sekarang”
Arieff memandangnya atas
bawah. Tidak percaya. “Begini?”
Dara sekada menjungkit
bahu. Bukan salah pun walaupun
pelik. “I just teman. Dia yang akan jog” Arieff mengangguk. Menarik. Memang
gaya anak mat salleh sungguh. Tambah pula dengan rambut blonde yang asli.
“Dara!” dia menoleh melihat Jas melambai tangan. Dara mengetuk jam di tangan dengan wajah masam. Jas merapatkan kedua tanganya, meminta maaf. “Belanja I
makan seminggu”
“Demand sungguh anak orang putih ni” Jas bersuara, selamba. Dara menampar lembut. Jas kembali memandang lelaki
disebelah Dara. Kacaknya! Macam anak cina.
“Siapa
ni?” dia menyoal apabila Dara tidak memperkenalkan mereka berdua. “Ini Arieff.
Ini Jas” Jas menggeleng. Gaya cool habis
perkenalkan orang. Arieff tergelak.
“Kawan
kau ke?” Jas menyoal. Dara menggeleng. “Dia selamatkan I dari kena bola basket” Jas terkejut. “Again?”
Dara
sekadar menjungkit bahu. “Kata nak jog. Jomlah”
dia menarik tangan Jas tanpa mempedulikan Arieff. Semuanya ini membuatkan dia
terasa sesak. Arieff memandang dengan senyuman. Menarik!
***************************************
“Dara!”
dia hampir jatuh katil mendengar jeritan Jas. Dara membuka matanya yang terus
segar. “Kenapa you?”
Jas
segera mendapatkan dirinya sebelum menghulurkan kertas yang diprint sebentar tadi. Dia masih terkejut.
Dara kehairanan. Kenapa pula dengan Jas ni?
Dara
melihat kertas yang diberikan. Kelihatan gambar seorang lelaki bersama Arieff. Dia kembali memandang Jas. “Kenapa dengan gambar ni?”
Jas menepuk dahi. “Kau
kenal budak ni? Arieff kan?”
Dara mengangguk tetapi masih tak faham. Jas
menggeleng. Sabar je la dengan perangai blur
minah ni. “Kau tahu bapa dia siapa?”
“Siapa?”
Mereka
menoleh melihat Kinah yang baru masuk selepas selesai mandi. “Datuk Ayden
Abdullah”
Kinah
terkejut. Ayden Abdullah? Macam pernah dengar. “Siapa dia?” Dara menyoal sambil
menahan kuap. “Dia adalah…”
“Pemilik A&F. Syarikat perkapalan”
Jas menoleh kearah Kinah
yang menyambung. “Ayah aku kerja dekat syarikat dia”
Dara memerhati mereka
berdua. Jadi? Apa yang harus dirisaukan? “Okay” dia kembali menutup mata namun
Jas menarik tanganya. Dara kembali membuka mata. “Apa lagi, Jas?”
“Kau sedar tak dia
satu-satunya anak lelaki Datuk Ayden?” Jas menyoal. Dara menggeleng. “Itu
bermaksud, dia adalah pewaris A&F”
Kinah duduk diatas katil sambil mengeringkan rambutnya
yang panjang. “Iyalah. Tapi takda kena-mengena dengan aku”
Jas menggeleng. Kinah
ketawa. “Padan muka kau, Jas”
“Nasib akulah dapat kawan
lambat berfikir macam kau”
Dara kembali memejamkan
mata. Dia tak kisah siapa Arieff. Mereka bukanya kenal pun. Sekadar berjumpa
untuk seketika. Jas melihat Dara yang kembali tidur.
“Kau nak suruh dia rapat
dengan Arieff ke?” Kinah
menyoal selesai memakai baju. Jas menoleh. “Takda kerja pula aku nak suruh dia
rapat dengan Arieff”
Kinah tersenyum. “Kau tahu
dia masih tunggu Kez ‘kan?”
Jas diam. Siapa tak tahu?
Walaupun Dara tak beritahu apa-apa. Abang pula langsung tak beritahu apa-apa
walaupun mereka selalu juga skype ataupun
YM bersama. Dua-dua keras kepala.
Dirinya juga yang merana memikirkan mereka berdua.
*******************************************
Hujung minggu tiba. Dara
kembali ke rumah selepas dijemput pemandu. Dia sempat melihat Jas yang pulang
bersama Kinah minggu ini.
“Hey” pelukan diberi
sebaik Judy melihatnya dimuka pintu. Dara tersenyum. Ternyata dia merindui Judy dan nenek. Serta rumah ini.
“Dara
dah sampai, Judy?”
Merek
merenggangkan pelukan. “Pergilah” Dara masuk ke dalam rumah melihat nenek duduk
di ruang tamu. Wajahnya kelihatan cengkung dan pucat berbanding dahulu. “Nek”
Tangan
dicium, pelukan diberi. Dia bersyukur kerana nenek masih bertahan. “Nenek sihat?” nenek sekadar
mengangguk. Dara duduk disebelah dengan wajah risau.
“Kenapa kurus sangat? Tak makan ke?”
Judy yang baru tiba hanya tersenyum. “Dara makanlah.
Badan je yang tak gemuk-gemuk”
Nenek ketawa, kecil. Dia
mengusap wajah Dara dengan lembut. Dara hanya membiarkan sahaja. Inilah sebab
dirinya tak mahu berlajar di luar negara. Cukuplah nenek ditinggalkan dahulu.
Sekarang adalah masa untuknya membalas jasa nenek.
“Takpa. Nanti nenek suruh
pembantu masak makanan kegemaran kamu”
Dara segera mengangguk.
Makanan rumah antara perkara yang dirindui oleh Dara sewaktu di hostel. “Kamu
cuti sampai bila?”
“Ahad je, nek. Cuti hujung
minggu”
“Takpalah. Nanti nenek
suruh pemandu hantar kamu” nenek memegang tanganya dengan senyuman.
“Tak apa. Jas janji nak
hantar dengan kereta. Dia nak bawa kereta katanya”
Nenek mengangguk. “Nanti
kena ajak Jas dinner dengan kita. Dia
dah banyak tolong kamu disana ‘kan?”
Dara sekadar tersenyum.
***********************************************
Pintu bilik diketuk dengan
perlahan. “Masuk” dia bersuara dari dalam. Pintu dikuak dan Judy memberi
senyuman.
“Sibuk ke?”
Dara menggeleng. “I tak
buat apa-apapun”
“Untuk you” dia
menghulurkan kotak besar yang dibalut cantik. Dara menjungkit kening. “Hadiah
I?”
Judy mengangguk. Dara
mengambil dan membuka dengan rasa teruja. Sehelai dress berwarna biru gelap dilipat cantik didalamnya. Senyuman
diukir. “Cantik” dia mengeluarkan baju tersebut dan ternyata hatinya terpikat.
“Pandai you pilih”
“Tengok oranglah”
Dara mencebik namun turut
merasa gembira. Semua ini tidak diperlukan asalkan nenek dan Judy berada
disampingnya. Dia tidak punya banyak ahli keluarga selepas mama dan papa
meninggal. “Suka?”
Dia mengangguk. Judy lega.
Habis satu hal. Puas dia tawaf satu QB untuk memilih baju yang sesuai. Walaupun
Dara bukan jenis memilih. “I ada satu lagi hadiah untuk you. Yang ini, you
pasti lagi-lagi suka”
Dara mengerut dahi.
“Hadiah apa?”
Jas berlalu keluar dari
bilik dengan tiba-tiba. Dara semakin hairan. Pelik sungguh Judy hari ni. Dia kembali memandang dress tadi. Senyuman terukir. Cantik
sangat! Pandai Judy pilih.
Judy kembali bersama Dell
berwarna merah. “You nak hadiah I lappy ke?”
dia mengusik. Judy menggeleng. Dia menghalangkan skrin kearah dan jantung Dara
seolah-olah berhenti berdegup melihat wajah itu. Dara memandang Judy.
“Permintaan dia. He’s yours” Dara menyambut huluran Judy
sebelum Judy berlalu meninggalkan dirinya sendiri. Dia kemudianya meletakkan laptop tersebut diatas katil sebelum
memakai headphone yang berada
berhampiran.
Dara diam melihat lelaki
itu turut memakai headphone. Perasaanya
bercampur baur. Hampir 4 bulan selepas berpisah. Ini kali pertama mereka
berbual selepas peristiwa di telifon itu.
“Damia?” dia sudah merasa
sebak. Tiada sesiapa yang akan memanggil nama itu kecuali lelaki ini. “I’m here” senyuman diukir. Dara sedikit
senang. Kez nampak lebih kurus namun masih tampan seperti dahulu.
“Sihat?”
Dia
mengangguk. “You?”
“Sama”
Diam.
Masing-masing cuba mengatur ayat yang sesuai. “Macam mana life dekat hostel?” dia menyoal pula.
“Biasa.
Masih sibuk dengan test,assignment dan
presentation”
Kez
mengangguk. “You?”
“Sama”
tiada soalan lagi. Sangat
kekok. Seolah-olah kali pertama berbual. Jantung Dara tidak mampu berdengup
dengan tenang lagi. Dia sangat merindui lelaki ini.
“Happy Belated Birthday” senyuman diberi.
“Thanks. Walau lambat seminggu”
Dia tergelak. Dara tersenyum. “Balas dendam” Dara mencebik. Masih
tak berubah! “Hadiah awak, minta pada Judy nanti. Saya dah pos sebulan awal”
Kening
dinaik. “Awalnya?”
“Biasalah.
Engineer selalu sibuk. Nasib baik
saya ingat”
“Iyalah
sangat” Kez ketawa, kecil. Dara memandang. Mereka kelihatan dekat namun begitu jauh. Perpisahan ini
membuatkan Dara sedar. Dirinya sudah jatuh cinta. Namun peritnya apabila
masing-masing tidak mahu mengaku.
“Kenal kawan lain tak selain Jas dan Kinah?”
Dara menggeleng. Bukan tak
mahu tapi dia selesa dengan mereka berdua sahaja. Yang lain berkawan sekadar
didalam kelas sahaja. Tiba-tiba dia teringat. Arieff kira kawan ke? Mereka
jumpa beberapa kali je. “Ada. Arieff”
Entah kenapa, nama itu
terkeluar. Kez menjungkit kening. “Arieff? Hmmm” dia kelihatan tenang. Dara
sedar dia mahu buat Kez cemburu. “Should
I worry about this guy?”
Kaget. Kez terlalu jelas namun masih
kabur. “Kawan je” Dara
bersuara, perlahan. “Sama macam kita ‘kan?”
Diam. Kez menghela nafas.
“Damia. Damia. Kalaulah saya boleh
terbang sekarang juga”
Dara terkejut. Apa maksud
Kez? “Saya cuti bulan depan” dia memberitahu. “Okay”
“Ambil saya”
“Apa?”
Kez mengangguk. “Saya
taknak pa atau Jas ambil. Saya nak awak ambil”
“Ewah. Mandat besar
nampak?” Kez tergelak. “Saya tahu” Dara mencebik tapi hatinya berdebar. Ambil
dia dekat airport? Seorang diri? Rasa
nak golek-golek atas katil sekarang ini.
“Okaylah. Budak baik kena
tidur awal”
Tanpa sedar Dara
mengangguk. Jam sudah berganjak pukul 12 malam. “Saya bukan budak la!” Kez
memberi senyuman.
“Nenek apa khabar?”
Dara kembali serius.
”Macam biasa. Tapi dia nampak letih sangat” Kez melihat wajah Dara yang muram.
Kalaulah saya boleh ada disisi awak sekarang.
”Tak ada apa-apa tu. Awak
jangan risau sangat”
Dia mengangguk. Eh? ”Macam
mana awak tahu pasal nenek?”
Sengihan diberi. ”Saya
tahu banyak perkara yang berlaku di Malaysia, Damia. Awak je tak tahu”
Dara terdiam. Banyak perkara? Perkara apa tu? Kez senyum lagi. Hai la, hati. Tengok senyum dia pun kau
berdebar ke? Dah parah kau ni.

sweetnya dia org malu2 pulak....
ReplyDeleteHAHA. sebab dia orang dah lama tak jumpa. :)
ReplyDeleteohooooo....dpt mandat besar p amek Kez kat airport 2 ihihiii.....nak ikut boleyhhhhh....
ReplyDelete