Meriahnya. Hari pekerja kafe diadakan di tepi pantai. Dia diambil oleh Kinah menggunakan kereta sebelum
sama-sama kesini.
”Sedapnya bau makanan”
Kinah menggosok perut yang
sudah berkeroncong. Dara memerhati sekeliling. Kelibat Kez masih tidak
kelihatan.
”Jom Dara” panggilan Kinah
mengejutkan dia disebelah. Dara mengatur langkah kearah tempat pembakar yang
dipenuhi dengan pekerja lain.
”Da.Ra!” Nabil bersuara,
riang. ”Hai Na.Bil!” Dara tergelak.
Izzat disebelah hanya menggeleng. ”Makan?” Hakim
menghulur kepak ayam yang sudah siap dibakar.
”Memang nak makan pun.
Lapar gila” Kinah sudah mengambil pinggan kosong yang disediakan. Dara memilih
2 ketul ayam dan sosej sebelum duduk disebelah Ain dan Hana.
”Hai” mereka menegur,
ceria. ”Baru sampai ke?”
Dara mengangguk. Kinah
kembali bersama 2 gelas air sirap limau. Dia kemudianya duduk disebelah Dara
menghadap pemandangan laut yang hitam. Hanya kedengaran bunyi ombak sahaja.
”Pedas sikit kan?” Kinah
bersuara sambil mengunyah ayam didalam pinggan. Dara bersetuju. Nasib baiklah
dia dah boleh tahan dengan masakan yang pedas. Semuanya kerana kerja gila menerima deal daripada Kez dahulu. Kalaulah dia
tahu apa itu asam pedas, bagi 1 juta pun belum tentu dirinya bersetuju.
”Aku dengar Kez akan buat
persembahan lagi malam ni”
”Ya?”
Kinah mengangguk. ”Semakin
sukalah si Nadia dan konco-konconya itu” Dia tergelak sambil menggeleng. Kinah,
Kinah. Anti sungguh dengan si Nadia tu. Kalau berjumpa, bergaduh je kerjanya.
Dara merenung laut
dihadapan. Tenangnya. Dah lama tak rasa tenang macam ni. Teringat waktu dirinya
dan mama bercuti ditepi pantai. Rindunya kenangan waktu itu. Sudah jauh mama
ditinggalkan. Dirinya sudah meneruskan hidup sendiri. Namun mama akan tetap ada
didalam hatinya sampai bila-bila.
*************************************************
”Hey”
Dia menoleh melihat Kez
duduk disebelah sebaik persembahanya tamat. Senyuman nipis diberi. ”You dah
makan?”
”Baru habis. Awak?”
”Sebaik sampai, saya dah
makan”
Kez tergelak sambil
menggeleng. ”Minggu depan result keluar”
Dara mengangguk. Rasa cuak
gila. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik, esok dah nak tahu
keputusan. Takut gila.
”Awak balik New York
semula ke?”
”Hah?”
”Iyalah. Kawan-kawan awak
banyak disana. Awak nampak lebih selesa disana”
Dara diam. Balik semula?
Dia tak pernah terfikir selepas hampir setahun disini. Jika dahulu, dia yang
beria-ia tak mahu pulang. Sekarang, dirinya pula yang tak mahu kembali. ”Macam
mana dengan you? Dah ada perancangan sendiri ke?”
”Entah. Basket takkan mungkin dibawa hingga usia
30 tahun. Saya kena cari kerja yang lebih stabil”
Dia tergelak. Memang gila
sungguh. ”I forgot. You and your
basketball life”
Senyuman diberi. ”Tak
sehebat awak yang masukkan 3 pointer berturut-turut”
”Credit goes straight to my coach”
Senyuman masih dibibir.
Kez memandang Dara yang turut senyuman. Apa yang saya rasa ni hanya mainan
perasaan remaja ke? Adakah semuanya akan dilupakan bila kita meningkat dewasa?
”Kez”
Lelaki itu menoleh. ”Thanks” kerutan muncul didahi. ”Untuk
semuanya”
Gaya macam takkan jumpa
lagi je lepas ni. ”Untuk apa?”
”Saja. Tiba-tiba nak
cakap” dia memberi sengihan. Kez menjulingkan mata. Macam-macam. ”Thanks untuk awak juga”
Dara akhirnya tergelak.
”Gaya macam kita tak jumpa lagi lepas ni” Kez sekadar memberi senyuman.
Jantungnya berdebar. Dara diam memandang. Haila cik jantung ni. Kenapa
tiba-tiba macam orang lepas lari 100 meter?
Mereka akhirnya diam
bersama. Masing-masing menyimpan rasa. Masing-masing merasa perasaan mereka
hanyalah perasaan remaja. Tak serius. Dara bermain dengan jari sendiri. Kez
merenung jauh. Tiada sesiapapun yang mahu meluahkan apa yang mereka rasa ketika
ini.
*******************************************************
Suasana di sekolah kecoh
dengan jeritan dan tangisan. Dara terasa seperti ingin berpatah balik. “Wait. You nak kemana?”
“I tak sanggup nak ambil”
Judy
menggeleng. “No way. You kena
hadapinya juga. Come on, Dara. Jadi berani sikit” Dara mengangguk. Kuatkan semangat Dara. Sampai bila nak lari? Langkah
diatur kearah dewan.
“Dara!”
Lambai Jas yang seperti
sudah mendapat keputusanya. “Hey” dia memberi senyuman, resah. “Baru sampai?”
“Tunggu
Jude siap. Itu yang lambat”
Jas
tersenyum melihat Judy disebelah. “You dapat berapa?” dengan pantas dia
menyembunyikan slip peperiksaanya. “Pergi ambil diri sendiri punya dulu”
Dara
mencebik sebelum berlalu kearah cikgu Siti. Senyuman diberi. “Apa khabar, Dara?”
“Baik cikgu”
Cikgu Siti mulai mencari
slip namanya. “Tahniah. 8A”
Dia
terasa bermimpi. 8A? Serius 8A?
Hampir tak percaya sahaja. “Kamu diantara 10 orang pelajar terbaik sekolah” cikgu Siti menambah. Dara
masih lagi terkejut. Dia sempat mengucapkan terima kasih sebelum berlalu kearah
Judy yang setiasa menanti.
“Macam mana?” Jas menyoal, tidak sabar. “8” dia
memberitahu. Mata Jas terbeliak. “8A?” angguk sahaja.
“Waaaaaa”
jeritan Jas membuatkan semua pelajar menoleh kearah mereka. Dara menggeleng
namun senyuman diukir. “Tahniah” pelukan dari Jas dibalas erat. “Aku tumpang
gembira untuk kau”
Dara kemudianya memandang Judy yang sekadar tersenyum. “I’m proud, babe” ujarnya, ikhlas.
Senyuman diberi. Kalaulah mama ada. Kalaulah mama boleh kongsi kegembiraanya
ketika ini. Pelukan diberi. Dara menghela nafas, mengawal perasaan.
“Mama you pasti bangga”
Diam. Dara mengeratkan
pelukan dan memejam mata. Dia tidak mahu airmata tumpah dihari bahagia ini.
Hampir setahun mama pergi, Dara tidak pernah merasa terlalu rindu sehinggalah
saat ini. Judy mengusap belakang Dara dengan lembut.
“I rindu mama”
Perlahan sahaja diucap.
Judy mengangguk, faham. Dirinya turut sebak mengenangkan D yang pasti orang
yang paling gembira. “I tahu”
***********************************************
Dara kembali ke bilik
loker apabila waktu rehat bermula. Kakinya benar-benar letih selepas seharian
berdiri melayan pelanggan yang hadir. Dara duduk di kerusi dan mengurut kakinya
yang sakit. Itulah, degil! Nenek dan Judy suruh berhenti tapi taknak.
Nasib diri la, Dara. Kau
ada perangai degil yang tak boleh diubah hingga mencederakan diri sendiri. Dara
memandang sekeliling bilik loker yang sunyi. Pekerja lain pasti sedang berehat
di bilik yang disediakan oleh Encik Faizal.
Matanya yang meliar,
berhenti melihat sampul surat putih di hadapan loker Kez. Dia mengerut dahi.
Surat ke? Dara bangun mengambil surat tersebut. Dia terkejut.
Nagoya University, Japan?
Dia mengerut dahi. Kez apply U dekat
Jepun ke? Jas pun tak beritahu apa-apa. Dia melihat sampul yang sudah dibuka.
Dara terkejut apabila pintu bilik loker dibuka. Kez berdiri dan melihat Dara
memegang sampul U yang ditaja.
Dia segera masuk dan
mengambil sampul itu dari tangan Dara. Dara tersedar. “You nak pergi Jepun?”
dia menyoal, perlahan. Kez membuka loker sebelum meletakkan sampul tersebut
didalamnya. “Saya ditaja”
Dara menangguk. Jepun?
Jauhnya. “You dah beritahu Jas?” dia menyoal semula. Kez diam. “Belum”
“You ada 2 hari untuk
jawapan”
Kez terkejut. “Awak baca?” dia menyoal semula. Dara terdiam. Dia
bersalah kerana membaca surat orang namun Kez lagi bersalah kerana merahsiakan
perkara besar seperti ini. “Kalau I tak baca, sesiapapun tak tahu. Nanti I
dengar you fly pergi Jepun je”
Suasana
sunyi. Dara duduk memandang Kez. “You nak pergi ke?” Kenapa? Kenapa hatinya rasa sakit sangat sekarang ini? “I
taktahu”
“You tak punya banyak masa
lagi, Kez. You nak pergi ‘kan?”
Kez mendengus. Dara
terlalu mendesak. “Ya. Memang saya nak pergi. Salah ke?” Dara terkejut
mendengar suara tinggi Kez. “Jadi, kenapa rahsiakan? Ma dan pa pasti kecewa”
“Itu hal family saya. Takda kena mengena dengan awak”
Hatinya dihiris tajam. Dia rasa terhina. Dara mengawal
airmata yang ingin sahaja turun sekarang ni. “Sorry. I forgot” dia bangun untuk pergi namun lenganya dipengang.
Dara menoleh. “I’m sorry” dia
memandang dengan wajah sedih. Dara serba-salah.
Dia melihat Kez duduk
diatas lantai bersandar dinding loker. Dara mengambil tempat disebelah Kez.
“You nak pergi ke?” dia menyoal, lembut. Kez menggeleng. “Saya tak tahu” dia
menjadi kasihan. Pasti Kez memikirkan perkara ini dengan teliti. Bukan senang
mahu berlajar di luar negara dan meninggalkan keluarga.
“You harus buat keputusan
untuk masa depan sendiri. You yang berhak tentu hala tuju itu”
Kez diam disebelah. “Saya
nak pergi Jepun” dia bersuara. “Tapi saya taknak tinggal mereka yang lain” dia
menambah. Dara terdiam.
“Kadangkala untuk dapat
sesuatu, kita harus korbankan sesuatu. Fikir positif, Kez. Keluarga you akan sentiasa
disini menunggu you. Mereka takkan kemana-mana”
“Saya tahu”
Mereka diam semula. Dara
menyandar kepala di pintu loker. Dia sendiri tak tahu. Semuanya ditangan Kez.
Namun jauh disudut hati, dia berharap Kez akan menolak. “Damia” Kez memanggil.
“Hm?”
“Macam mana duduk oversea? Tinggalkan keluarga dan duduk
sendiri. Sukar ke?”
Dara tersenyum. “I duduk
dengan mama. Tak adalah rasa sunyi. Tapi bila tiba hari raya, perasaan itu akan muncul. Tapi situasi I dengan
you tak sama”
Awak boleh pulang bila-bila
masa tapi saya tak. Dara tidak mampu menghabiskan kata-kata yang terakhir itu.
Dia kembali memandang Kez yang menundukkan muka.
“Saya yakin ma dengan pa
pasti akan suruh awak terima tawaran ini”
Senyuman diberi apabila mata mereka bertentang. Macam mana dengan awak? Kez memandang sayu. Tinggalkan
awak bermaksud tinggalkan separuh dari jasad saya. Sanggup ke awak tunggu saya?
“Saya tumpang gembira
untuk awak” bahu ditepuk dan senyuman diberi. Namun terasa dipaksa sangat.
Tipulah kalau dia kata dirinya tak sedih. Kez akan pergi lama. Mereka juga tak
punya apa-apa hubungan. Dalam masa mereka terpisah, banyak perkara boleh
terjadi.
“Awak tak kisah saya pergi
Jepun?” dia menyoal, tenang. Dara kaget. Segera dia mengukir senyuman. “Ini
hidup you. I tak berhak menghalang”
Kez sekadar mengangguk.
Dia bermain dengan gelang ditangan. Dara hanya memandang. Dia tidak tahu apa
yang difikirkan Kez ketika ini. “Saya akan rindu awak”
Dia terkejut. Kez menoleh
dan senyuman tampan diberi. Kez kemudian menggosok kepala Dara dengan lembut.
Sukar nak tinggalkan ma, pa dan Jas. Tapi lebih sukar nak tinggalkan awak,
Damia.

NAK LAGI....
ReplyDeleteorait :)
ReplyDeletehmmmmm.....xpe kejap je 2....pejam celik pejam celik dah abis blajar....cuma kene tabah la hihihi
ReplyDeleteye. betul.
ReplyDelete